• ☆Tadabbur Kalamullah 17 Zulkaedah 1445H☆

    لَاۤ إِكۡرَاهَ فِی ٱلدِّینِۖ قَد تَّبَیَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَیِّۚ فَمَن یَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَیُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِیعٌ عَلِیمٌ

    "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah al-Baqarah 256]

    #Berkata Imam at-Thabari rahimahullah: "Ahli tafsir berbeza pendapat tentang makna 'tiada paksaan dalam agama'. Sebahagian mereka berkata ayat ini turun untuk menjawab kemusykilan kaum Ansar atau seorang lelaki dari kalangan mereka yang mempunyai beberapa orang anak yang telah mereka jadikan penganut agama yahudi atau nasrani. Apabila Allah menurunkan Islam, mereka mahu memaksa anak-anak mereka itu agar memeluk Islam. Maka Allah melarang mereka berbuat demikian. Sebaliknya mereka hendaklah membiarkan anak-anak mereka itu sendiri yang memilih untuk memeluk Islam.

    #Antara riwayat yang menyebut demikian ialah apa yang diambil daripada Imam Said bin Jubair rahimahullah daripada Ibn Abbas r.a: "Seorang wanita dikatakan miqlat, iaitu selalu kematian anak. Lalu dia bernazar sekiranya ada anaknya yang hidup dia akan menjadikan anak itu yahudi. Ketika Bani Nadhir diusir dari Madinah, terdapat bersama dengan mereka anak-anak orang Ansar (termasuk anak wanita itu). Mereka bertekad tidak akan membiarkan anak-anak mereka bersama yahudi. Lalu Allah turunkan ayat ini".

    #Riwayat yang lain, daripada maula Sayidina Zaid bin Thabit r.a daripada Ikrimah atau Said bin Jubair daripada Sayidina Ibn Abbas r.a: "Ayat ini turun mengenai seorang lelaki Ansar daripada Bani Salim bin Auf bernama Husain. Dia mempunyai dua orang anak yang menganut agama Nasrani sedangkan dia seorang muslim. Dia berkata kepada Nabi saw:" Tidakkah aku harus memaksa kedua-duanya? Sesungguhnya kedua-duanya tidak mahu terima kecuali Nasrani!". Maka Allah menurunkan ayat ini bagi menjawab persoalan itu.

    #Jika kita renungi ayat di atas serta sebab turunnya secara mendalam, akan memahamkan kita bahawa Allah swt memberikan kebebasan kepada hambaNya untuk memilih agama mereka.

    #Justeru, tanggungjawab kita sebagai muslim adalah memberi penerangan dengan jelas dan berhikmah supaya nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Apabila telah nyata, maka terserah kepada mereka membuat pilihan sama ada menerima kebenaran agama Islam atau masih belum mahu menerima Islam. Tiada sebarang paksaan.

    #Jika mereka masih belum menerima, teruskan usaha dakwah tanpa putus asa. Tidak perlu rasa bersalah jika mereka terus enggan menerima Islam kerana hidayah adalah milik Allah swt.

    ♡Membawa manusia yang berada di dalam kegelapan untuk menerima cahaya kebenaran adalah satu pekerjaan yang amat berat. Namun begitu, pekerjaan yang mulia inilah merupakan pekerjaan para nabi dan rasul iaitu membawa manusia ke jalan hidayah. Teruskan berdakwah dengan hikmah dan jangan sesekali memaksa mereka menerima Islam♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 17 Zulkaedah 1445H☆ لَاۤ إِكۡرَاهَ فِی ٱلدِّینِۖ قَد تَّبَیَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَیِّۚ فَمَن یَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَیُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِیعٌ عَلِیمٌ "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah al-Baqarah 256] #Berkata Imam at-Thabari rahimahullah: "Ahli tafsir berbeza pendapat tentang makna 'tiada paksaan dalam agama'. Sebahagian mereka berkata ayat ini turun untuk menjawab kemusykilan kaum Ansar atau seorang lelaki dari kalangan mereka yang mempunyai beberapa orang anak yang telah mereka jadikan penganut agama yahudi atau nasrani. Apabila Allah menurunkan Islam, mereka mahu memaksa anak-anak mereka itu agar memeluk Islam. Maka Allah melarang mereka berbuat demikian. Sebaliknya mereka hendaklah membiarkan anak-anak mereka itu sendiri yang memilih untuk memeluk Islam. #Antara riwayat yang menyebut demikian ialah apa yang diambil daripada Imam Said bin Jubair rahimahullah daripada Ibn Abbas r.a: "Seorang wanita dikatakan miqlat, iaitu selalu kematian anak. Lalu dia bernazar sekiranya ada anaknya yang hidup dia akan menjadikan anak itu yahudi. Ketika Bani Nadhir diusir dari Madinah, terdapat bersama dengan mereka anak-anak orang Ansar (termasuk anak wanita itu). Mereka bertekad tidak akan membiarkan anak-anak mereka bersama yahudi. Lalu Allah turunkan ayat ini". #Riwayat yang lain, daripada maula Sayidina Zaid bin Thabit r.a daripada Ikrimah atau Said bin Jubair daripada Sayidina Ibn Abbas r.a: "Ayat ini turun mengenai seorang lelaki Ansar daripada Bani Salim bin Auf bernama Husain. Dia mempunyai dua orang anak yang menganut agama Nasrani sedangkan dia seorang muslim. Dia berkata kepada Nabi saw:" Tidakkah aku harus memaksa kedua-duanya? Sesungguhnya kedua-duanya tidak mahu terima kecuali Nasrani!". Maka Allah menurunkan ayat ini bagi menjawab persoalan itu. #Jika kita renungi ayat di atas serta sebab turunnya secara mendalam, akan memahamkan kita bahawa Allah swt memberikan kebebasan kepada hambaNya untuk memilih agama mereka. #Justeru, tanggungjawab kita sebagai muslim adalah memberi penerangan dengan jelas dan berhikmah supaya nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Apabila telah nyata, maka terserah kepada mereka membuat pilihan sama ada menerima kebenaran agama Islam atau masih belum mahu menerima Islam. Tiada sebarang paksaan. #Jika mereka masih belum menerima, teruskan usaha dakwah tanpa putus asa. Tidak perlu rasa bersalah jika mereka terus enggan menerima Islam kerana hidayah adalah milik Allah swt. ♡Membawa manusia yang berada di dalam kegelapan untuk menerima cahaya kebenaran adalah satu pekerjaan yang amat berat. Namun begitu, pekerjaan yang mulia inilah merupakan pekerjaan para nabi dan rasul iaitu membawa manusia ke jalan hidayah. Teruskan berdakwah dengan hikmah dan jangan sesekali memaksa mereka menerima Islam♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 5696 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 13 Ramadhan 1445H☆

    یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

    "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

    #Dah 13 hari kita berpuasa dalam suasana panas yang agak terik membahang. Puasa penuh cabaran dan tahap kehausan semakin tinggi. Ada tempat yang cuaca agak sejuk, dingin dan mendung. Puasa sama tapi pahala berbeza disebab tahap bebanan yang ditanggung.

    #Ketahuilah bahawa setiap orang yang beribadah tidak sama nilainya di sisi Allah, walaupun mungkin sama pada jenis dan bilangannya. Seseorang  yang bersolat tarawih bersama para jemaah yang ramai tidaklah semestinya setiap mereka mendapat ganjaran pahala yang sama. Ini kerana di antara mereka sudah pasti ada perbezaan pada kadar khusyuk, ikhlas dan kesusahan yang dialami dalam menunaikan ibadah itu.

    #Imam ‘Izzuddin Abdissalam dalam kitab Qawa’id al-Ahkam membahaskan isu ini. Beliau menjelaskan perbezaan pahala dua amalan yang serupa itu bukanlah perbezaan pahala amalan itu sendiri, sebaliknya tambahan pahala itu diperolehi disebabkan kesusahan yang ditanggung. Contohnya, seseorang yang mandi wajib pada musim sejuk dan seorang yang mandi wajib pada musim panas. Dari segi mandi, keduanya mendapat pahala yang sama disebabkan sifat mandi itu dari sudut syarat, rukun dan sunnahnya itu sama. Namun yang mandi pada musim sejuk mendapat pahala lebih disebabkan beban yang lebih berat yang terpaksa ditanggung. Bukannya perbezaan pahala itu pada mandi tersebut, tetapi kepada beban sampingan yang terpaksa ditanggung.

    #Begitulah juga mengenai mereka yang pergi ke masjid, menunaikan haji, berdakwah, berjihad dan seumpamanya. Pahala diberikan bukan kerana perbezaan tujuan, tetapi kerana bebanan tahap bebanan dan kesabaran yang terpaksa ditempuh.

    #Demikianlah ibadah puasa, walaupun dari segi puasa, tujuannya sama. Syarat, rukun dan sunnahnya yang dilaksanakan itu sama. Namun, pahala berbeza bukan disebabkan perbezaan pahala puasa, tetapi perbezaan bebanan yang ditanggung oleh seseorang yang melaksanakan tanggungjawab tersebut. Orang yang berpuasa dalam suasana cuaca yang panas membahang tidak sama ganjaran pahala dengan orang yang berpuasa dalam suasana sejuk. Begitu juga mereka yang berpuasa dalam suasana bekerja berat dalam suasana panas terik. Puasa dalam keadaan ornag disekeliling tidak berpuasa dan dinegara yang agak mencabar untuk berpuasa dan seumpamanya.

    #Maka, kita hendaklah tahu bahawa setiap kesusahan yang ditanggung oleh pengamal ibadah itu, ada hitungan pahala di sisi Allah swt yang lebih dan berbeza dengan orang lain.

    ♡Tunaikanlah setiap kewajipan yang diperintahkan dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Yakinilah bahawa ganjaran pahala itu diberi oleh Allah mengikut kadar kesusahan, kepayahan dan cabaran yang dilalui disepanjang ibadah itu dilaksanakan. Selamat berpuasa di musim panas saat ini. Bertabahlah!!♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 13 Ramadhan 1445H☆ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183] #Dah 13 hari kita berpuasa dalam suasana panas yang agak terik membahang. Puasa penuh cabaran dan tahap kehausan semakin tinggi. Ada tempat yang cuaca agak sejuk, dingin dan mendung. Puasa sama tapi pahala berbeza disebab tahap bebanan yang ditanggung. #Ketahuilah bahawa setiap orang yang beribadah tidak sama nilainya di sisi Allah, walaupun mungkin sama pada jenis dan bilangannya. Seseorang  yang bersolat tarawih bersama para jemaah yang ramai tidaklah semestinya setiap mereka mendapat ganjaran pahala yang sama. Ini kerana di antara mereka sudah pasti ada perbezaan pada kadar khusyuk, ikhlas dan kesusahan yang dialami dalam menunaikan ibadah itu. #Imam ‘Izzuddin Abdissalam dalam kitab Qawa’id al-Ahkam membahaskan isu ini. Beliau menjelaskan perbezaan pahala dua amalan yang serupa itu bukanlah perbezaan pahala amalan itu sendiri, sebaliknya tambahan pahala itu diperolehi disebabkan kesusahan yang ditanggung. Contohnya, seseorang yang mandi wajib pada musim sejuk dan seorang yang mandi wajib pada musim panas. Dari segi mandi, keduanya mendapat pahala yang sama disebabkan sifat mandi itu dari sudut syarat, rukun dan sunnahnya itu sama. Namun yang mandi pada musim sejuk mendapat pahala lebih disebabkan beban yang lebih berat yang terpaksa ditanggung. Bukannya perbezaan pahala itu pada mandi tersebut, tetapi kepada beban sampingan yang terpaksa ditanggung. #Begitulah juga mengenai mereka yang pergi ke masjid, menunaikan haji, berdakwah, berjihad dan seumpamanya. Pahala diberikan bukan kerana perbezaan tujuan, tetapi kerana bebanan tahap bebanan dan kesabaran yang terpaksa ditempuh. #Demikianlah ibadah puasa, walaupun dari segi puasa, tujuannya sama. Syarat, rukun dan sunnahnya yang dilaksanakan itu sama. Namun, pahala berbeza bukan disebabkan perbezaan pahala puasa, tetapi perbezaan bebanan yang ditanggung oleh seseorang yang melaksanakan tanggungjawab tersebut. Orang yang berpuasa dalam suasana cuaca yang panas membahang tidak sama ganjaran pahala dengan orang yang berpuasa dalam suasana sejuk. Begitu juga mereka yang berpuasa dalam suasana bekerja berat dalam suasana panas terik. Puasa dalam keadaan ornag disekeliling tidak berpuasa dan dinegara yang agak mencabar untuk berpuasa dan seumpamanya. #Maka, kita hendaklah tahu bahawa setiap kesusahan yang ditanggung oleh pengamal ibadah itu, ada hitungan pahala di sisi Allah swt yang lebih dan berbeza dengan orang lain. ♡Tunaikanlah setiap kewajipan yang diperintahkan dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Yakinilah bahawa ganjaran pahala itu diberi oleh Allah mengikut kadar kesusahan, kepayahan dan cabaran yang dilalui disepanjang ibadah itu dilaksanakan. Selamat berpuasa di musim panas saat ini. Bertabahlah!!♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 4374 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 12 Ramadhan 1445H☆

    شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

    "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
    [Surah al-Baqarah 185]

    #Al-Quran selain untuk dibaca bagi menambahkan pahala, ia juga menjadi terapi kepada jiwa. Orang yang hidup dengan al-Quran akan tenang jiwanya. Hal ini kerana hidup mereka sentiasa ingat akan Allah swt.

    الَّذِيْنَ ءَامَنُوا وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ

    “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah' (mengingati Allah). Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah ar-Ra’d 28]

    #Sayidina Ibn ‘Abbas r.huma pernah ditanya: "Amalan apakah yang paling utama?” Beliau menjawab: ‘وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ’ (Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)".

    #Dengan membaca al-Quran akan mendekatkan kita kepada Allah, mengingatkan kita kepadaNya dan memberi ketenangan yang sebenarnya.

    #Selain itu, al-Quran adalah penyembuh, doa dan zikir yang paling mustajab. Firman Allah swt:

    وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

    "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua” [Surah al-Isra’ 82]

    #Berkata Imam al-Baidawi berkenaan ayat ini: "Iaitu yang boleh menguatkan agama mereka dan juga memberi kebaikan seperti ubat penyembuh bagi orang yang sakit" (Lihat: Tafsir al-Baidawi)

    #Al-Quran juga menjadi penawar penyakit-penyakit batin dan juga sebagai petunjuk hidayah. Allah swt berfirman lagi:

    يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

    "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman" [Surah Yunus 57]

    ♡Berterapilah dengan al-Quran kerana ia adalah salah satu cara penyembuhan dan juga penyebab tenangnya hati seseorang♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 12 Ramadhan 1445H☆ شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185] #Al-Quran selain untuk dibaca bagi menambahkan pahala, ia juga menjadi terapi kepada jiwa. Orang yang hidup dengan al-Quran akan tenang jiwanya. Hal ini kerana hidup mereka sentiasa ingat akan Allah swt. الَّذِيْنَ ءَامَنُوا وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah' (mengingati Allah). Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah ar-Ra’d 28] #Sayidina Ibn ‘Abbas r.huma pernah ditanya: "Amalan apakah yang paling utama?” Beliau menjawab: ‘وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ’ (Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)". #Dengan membaca al-Quran akan mendekatkan kita kepada Allah, mengingatkan kita kepadaNya dan memberi ketenangan yang sebenarnya. #Selain itu, al-Quran adalah penyembuh, doa dan zikir yang paling mustajab. Firman Allah swt: وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua” [Surah al-Isra’ 82] #Berkata Imam al-Baidawi berkenaan ayat ini: "Iaitu yang boleh menguatkan agama mereka dan juga memberi kebaikan seperti ubat penyembuh bagi orang yang sakit" (Lihat: Tafsir al-Baidawi) #Al-Quran juga menjadi penawar penyakit-penyakit batin dan juga sebagai petunjuk hidayah. Allah swt berfirman lagi: يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman" [Surah Yunus 57] ♡Berterapilah dengan al-Quran kerana ia adalah salah satu cara penyembuhan dan juga penyebab tenangnya hati seseorang♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 3917 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 15 Syaaban 1445H☆

    كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

    "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216]

    #Dalam Islam, jihad bertujuan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia keseluruhannya agar terbela di atas prinsip keadilan yang telus. Jihad juga berperanan untuk memastikan ketinggian agama Allah swt supaya ia dapat disampaikan secara terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa pun.

    #Pengembelingan usaha sama ada dalam bentuk tenaga, wang ringgit, fikiran ataupun kepakaran malahan jiwa dan raga sekalipun adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga perkara yang tersebut diatas terbela dan tidak diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Kegigihan usaha dan pengorbanan yang dibuat oleh seseorang Muslim, masyarakat atau negara Islam untuk mewujudkan ketiga-tiga perkara tersebut diistilahkan sebagai jihad.

    #Sekiranya ketiga-tiga perkara di atas tergugat, maka usaha untuk mengembalikannya semula juga disebut sebagai jihad. Manakala orang-orang Islam yang terlibat dalam usaha tersebut dikenali sebagai Mujahid.

    #Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menulis di dalam sebuah bukunya dengan menyebut kata-kata daripada Imam Hassan al-Banna mengenai jihad iaitu:

    "Usaha kita dan jihad kita berfokus kepada dua paksi: prinsip (Islam) dan tanah air Islam".

    #Beliau iaitu Imam Hassan al-Banna telah menggabungkan kedua-dua perkara di atas kerana suatu ideologi itu hanya boleh ditegakkan di atas sebuah tanah air atau negara yang bebas dan berpegang kepada hukum-hakam Islam. Dengan negara Islam ini, Islam itu dapat hidup dan memandu ummah ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.

    #Oleh sebab itu, para fuqahak Islam telah bersepakat bahawa adalah merupakan tanggungjawab setiap orang Islam untuk mempertahankan setiap tanah yang dikuasai dan dijajah oleh golongan yang tidak beriman. Seterusnya, mereka menyatakan jihad tersebut adalah fardhu ain terhadap setiap muslim yang tinggal di tanah air tersebut manakala orang Islam yang lain wajib memberikan sokongan kepada mereka dari segi kewangan, senjata dan tentera serta sebarang kepakaran sebagaimana yang diperlukan untuk memastikan tanah air tersebut bebas daripada aktiviti kezaliman yang dilakukan oleh golongan penjajah yang tidak beriman.

    #Imam Hassan al-Banna juga menyatakan: "Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas bahu tiap-tiap muslim. Amanah ini adalah untuk menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran"

    ♡Jihad demi mewujudkan keadilan dan kedamaian serta menghapuskan kezaliman dan penindasan♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 15 Syaaban 1445H☆ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ  "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216] #Dalam Islam, jihad bertujuan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia keseluruhannya agar terbela di atas prinsip keadilan yang telus. Jihad juga berperanan untuk memastikan ketinggian agama Allah swt supaya ia dapat disampaikan secara terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa pun. #Pengembelingan usaha sama ada dalam bentuk tenaga, wang ringgit, fikiran ataupun kepakaran malahan jiwa dan raga sekalipun adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga perkara yang tersebut diatas terbela dan tidak diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Kegigihan usaha dan pengorbanan yang dibuat oleh seseorang Muslim, masyarakat atau negara Islam untuk mewujudkan ketiga-tiga perkara tersebut diistilahkan sebagai jihad. #Sekiranya ketiga-tiga perkara di atas tergugat, maka usaha untuk mengembalikannya semula juga disebut sebagai jihad. Manakala orang-orang Islam yang terlibat dalam usaha tersebut dikenali sebagai Mujahid. #Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menulis di dalam sebuah bukunya dengan menyebut kata-kata daripada Imam Hassan al-Banna mengenai jihad iaitu: "Usaha kita dan jihad kita berfokus kepada dua paksi: prinsip (Islam) dan tanah air Islam". #Beliau iaitu Imam Hassan al-Banna telah menggabungkan kedua-dua perkara di atas kerana suatu ideologi itu hanya boleh ditegakkan di atas sebuah tanah air atau negara yang bebas dan berpegang kepada hukum-hakam Islam. Dengan negara Islam ini, Islam itu dapat hidup dan memandu ummah ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat. #Oleh sebab itu, para fuqahak Islam telah bersepakat bahawa adalah merupakan tanggungjawab setiap orang Islam untuk mempertahankan setiap tanah yang dikuasai dan dijajah oleh golongan yang tidak beriman. Seterusnya, mereka menyatakan jihad tersebut adalah fardhu ain terhadap setiap muslim yang tinggal di tanah air tersebut manakala orang Islam yang lain wajib memberikan sokongan kepada mereka dari segi kewangan, senjata dan tentera serta sebarang kepakaran sebagaimana yang diperlukan untuk memastikan tanah air tersebut bebas daripada aktiviti kezaliman yang dilakukan oleh golongan penjajah yang tidak beriman. #Imam Hassan al-Banna juga menyatakan: "Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas bahu tiap-tiap muslim. Amanah ini adalah untuk menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran" ♡Jihad demi mewujudkan keadilan dan kedamaian serta menghapuskan kezaliman dan penindasan♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 5939 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 18 Rejab 1445H☆

    وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا

    "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29]

    #Jangan sesekali tergolong dalam kalangan orang yang bakhil dan membazir harta. Jadilah insan yang pemurah yang ringan tangan dalam bersedekah, membantu orang yang memerlukan. Ini kerana, orang yang bakhil dan membazir adalah golongan yang terkeji serta dimurkai Allah swt. Sebaliknya orang yang pemurah sangat dicintai dan disayangi Allah swt.

    وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا

    “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu” [Surah al-Furqan 67]

    #Contohilah isteri baginda saw, Ummul Mukminin yang menunjukkan akhlak dan contoh yang baik serta kuat bersedekah dan istiqamah.

    #Sayidatina Aisyah r.ha pernah memuji Sayidatina Zainab binti Jahsy r.ha. Hal ini dapat dilihat menerusi riwayat daripada Sayidatina Aisyah r.ha, katanya:

    وَلَمْ أَرَ امْرَأَةً قَطُّ خَيْرًا فِي الدِّينِ مِنْ زَيْنَبَ. وَأَتْقَى لِلَّهِ. وَأَصْدَقَ حَدِيثًا. وَأَوْصَلَ لِلرَّحِمِ. وَأَعْظَمَ صَدَقَةً. وَأَشَدَّ ابْتِذَالًا لِنَفْسِهَا فِي الْعَمَلِ الَّذِي تَصَدَّقُ بِهِ، وَتَقَرَّبُ بِهِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى

    “Aku tidak pernah melihat seseorang wanita yang lebih baik urusan agamanya, paling bertakwa kepada Allah, paling benar bicaranya, paling banyak menyambung silaturrahim, paling banyak bersedekah, dan paling memberi komitmen terhadap dirinya dalam amalan bersedekah yang beliau laksanakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah swt selain Zainab” (HR Muslim)

    #Bukan itu sahaja, Rasulullah saw juga pernah memujinya kerana (rajin bersedekah di jalan Allah swt, sehingga beliau digelar sebagai ‘panjang tangan.’) Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Masruq, daripada Sayidatina Aisyah r.ha bahawa:

    أَنَّ بَعْضَ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قُلْنَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّنَا أَسْرَعُ بِكَ لُحُوقًا؟ قَالَ: «أَطْوَلُكُنَّ يَدًا»، فَأَخَذُوا قَصَبَةً يَذْرَعُونَهَا، فَكَانَتْ سَوْدَةُ أَطْوَلَهُنَّ يَدًا، فَعَلِمْنَا بَعْدُ أَنَّمَا كَانَتْ طُولَ يَدِهَا الصَّدَقَةُ، وَكَانَتْ أَسْرَعَنَا لُحُوقًا بِهِ وَكَانَتْ تُحِبُّ الصَّدَقَةَ

    “Sebahagian daripada isteri-isteri Nabi saw bertanya kepada Nabi saw: ‘Siapakah antara kami yang paling cepat menyusulmu (meninggal dunia)?’ Baginda saw menjawab:  ‘Orang yang paling panjang tangannya antara kamu.’ Lalu mereka mengambil sebatang kayu untuk mereka mengukurnya (tangan mereka). Maka Saudah ialah orang yang paling panjang tangannya dalam kalangan mereka. Setelah itu, kami mengetahui bahawa yang dimaksudkan dengan panjang tangan sebenarnya adalah sedekah dan sememangnya beliaulah yang paling cepat antara kami menyusul Baginda, dan beliau sangat gemar bersedekah" (HR al-Bukhari dan Muslim)

    #Sayidatina Aisyah berkata: “Orang yang paling panjang tangannya di antara kami ialah Zainab kerana beliau menggunakan tangannya untuk bekerja dan bersedekah.” (Lihat: al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah)

    #Sayidatina Zainab bin Jahsy r.ha merupakan isteri pertama yang wafat selepas kewafatan Baginda saw dan paling cepat menyusul Baginda saw. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah dan solat jenazahnya diimamkan oleh Sayidina Umar bin al-Khattab R.A. (Lihat: Siyar A‘lam al-Nubala')

    ♡Bersedekahlah, jangan sesekali bakhil dan membazir. Ikutilah sifat mulia orang soleh dahulu kala yang gemar bersedekah dan bahagia kehidupan mereka. Jom sedekah!!♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 18 Rejab 1445H☆ وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29] #Jangan sesekali tergolong dalam kalangan orang yang bakhil dan membazir harta. Jadilah insan yang pemurah yang ringan tangan dalam bersedekah, membantu orang yang memerlukan. Ini kerana, orang yang bakhil dan membazir adalah golongan yang terkeji serta dimurkai Allah swt. Sebaliknya orang yang pemurah sangat dicintai dan disayangi Allah swt. وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu” [Surah al-Furqan 67] #Contohilah isteri baginda saw, Ummul Mukminin yang menunjukkan akhlak dan contoh yang baik serta kuat bersedekah dan istiqamah. #Sayidatina Aisyah r.ha pernah memuji Sayidatina Zainab binti Jahsy r.ha. Hal ini dapat dilihat menerusi riwayat daripada Sayidatina Aisyah r.ha, katanya: وَلَمْ أَرَ امْرَأَةً قَطُّ خَيْرًا فِي الدِّينِ مِنْ زَيْنَبَ. وَأَتْقَى لِلَّهِ. وَأَصْدَقَ حَدِيثًا. وَأَوْصَلَ لِلرَّحِمِ. وَأَعْظَمَ صَدَقَةً. وَأَشَدَّ ابْتِذَالًا لِنَفْسِهَا فِي الْعَمَلِ الَّذِي تَصَدَّقُ بِهِ، وَتَقَرَّبُ بِهِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى “Aku tidak pernah melihat seseorang wanita yang lebih baik urusan agamanya, paling bertakwa kepada Allah, paling benar bicaranya, paling banyak menyambung silaturrahim, paling banyak bersedekah, dan paling memberi komitmen terhadap dirinya dalam amalan bersedekah yang beliau laksanakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah swt selain Zainab” (HR Muslim) #Bukan itu sahaja, Rasulullah saw juga pernah memujinya kerana (rajin bersedekah di jalan Allah swt, sehingga beliau digelar sebagai ‘panjang tangan.’) Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Masruq, daripada Sayidatina Aisyah r.ha bahawa: أَنَّ بَعْضَ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قُلْنَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّنَا أَسْرَعُ بِكَ لُحُوقًا؟ قَالَ: «أَطْوَلُكُنَّ يَدًا»، فَأَخَذُوا قَصَبَةً يَذْرَعُونَهَا، فَكَانَتْ سَوْدَةُ أَطْوَلَهُنَّ يَدًا، فَعَلِمْنَا بَعْدُ أَنَّمَا كَانَتْ طُولَ يَدِهَا الصَّدَقَةُ، وَكَانَتْ أَسْرَعَنَا لُحُوقًا بِهِ وَكَانَتْ تُحِبُّ الصَّدَقَةَ “Sebahagian daripada isteri-isteri Nabi saw bertanya kepada Nabi saw: ‘Siapakah antara kami yang paling cepat menyusulmu (meninggal dunia)?’ Baginda saw menjawab:  ‘Orang yang paling panjang tangannya antara kamu.’ Lalu mereka mengambil sebatang kayu untuk mereka mengukurnya (tangan mereka). Maka Saudah ialah orang yang paling panjang tangannya dalam kalangan mereka. Setelah itu, kami mengetahui bahawa yang dimaksudkan dengan panjang tangan sebenarnya adalah sedekah dan sememangnya beliaulah yang paling cepat antara kami menyusul Baginda, dan beliau sangat gemar bersedekah" (HR al-Bukhari dan Muslim) #Sayidatina Aisyah berkata: “Orang yang paling panjang tangannya di antara kami ialah Zainab kerana beliau menggunakan tangannya untuk bekerja dan bersedekah.” (Lihat: al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah) #Sayidatina Zainab bin Jahsy r.ha merupakan isteri pertama yang wafat selepas kewafatan Baginda saw dan paling cepat menyusul Baginda saw. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah dan solat jenazahnya diimamkan oleh Sayidina Umar bin al-Khattab R.A. (Lihat: Siyar A‘lam al-Nubala') ♡Bersedekahlah, jangan sesekali bakhil dan membazir. Ikutilah sifat mulia orang soleh dahulu kala yang gemar bersedekah dan bahagia kehidupan mereka. Jom sedekah!!♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 8102 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 17 Rejab 1445H☆

    قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

    "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah az-Zumar 9]

    #Bicara berkaitan kemuliaan dan penghormatan terhadap para ulamak disambung lagi.

    #Di alam kesultanan Melayu Nusantara, sebahagian besar ulamak telah berperanan sebagai penasihat istana sehingga beberapa perkara seperti penyebaran dakwah, pengajian ilmu Islam, pelaksanaan pentadbiran Islam dan penguatkuasan Syariat dapat dibuat sehingga Daulah yang dibina berdiri kukuh. Ini sebagaimana peranan Syed Hussein Jamadil Kubra di Kelantan, Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati di Demak, Sheikh Mansor di Tidore dan Sheikh Nuruddin ar-Raniry di Aceh, begitulah berperanan mempengaruhi Raja terhadap pemupukan kehidupan beragama.

    #Lebih daripada itu, dimuliakan kedudukan para ulamak dengan melantik mereka sebagai pemerintah. Pelantikan para ulamak seperti Tengku Mohammad sebagai Sultan Perlak, Sultan Syarif Ali sebagai Sultan Brunei, Syarif Kebungsuwan sebagai Sultan Mindanao, anak-cucu Syed Jaafar as-Sadiq sebagai Sultan-sultan di Tidore, Bachan, Ternate dan Jailolo serta Sunan Fatahillah sebagai Sultan Demak, adalah contoh pembentukan Daulah Islam dengan para ulamak menjadi Raja dan Sultan.

    #Inilah kehebatan pemimpin dahulu dalam menghormati ulamak dan kehebatan ulamak yang dinobatkan sebagai pemimpin.

    #Ketahuilah bahawa ulamak adalah pewaris tugas dan peranan sekalian nabi dan rasul dalam menyampaikan amanah Islam kepada seluruh umat manusia. Di tangan ulamaklah penentu kepada maju mundurnya sesebuah negara, terang gelapnya sesebuah bangsa, baik buruknya sesuatu umat di bumi ini.

    #Jika ulamak berperanan sebagaimana berperanannya para nabi dan rasul, akan baiklah pemimpin dan umat berkenaan. Sebaliknya, jika ulamak itu tidak berfungsi dan berperanan jelik, nescaya akan buruk dan binasalah pemimpin dan umat berkenaan.

    ♡Setiap pemimpin dan rakyat hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada ulamak dalam sebarang persoalan hidup, samada persoalan duniawi mahupun ukhrawi. Jadikanlah ulamak sebagai obor yang menerangi seluruh kehidupan kita♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 17 Rejab 1445H☆ قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah az-Zumar 9] #Bicara berkaitan kemuliaan dan penghormatan terhadap para ulamak disambung lagi. #Di alam kesultanan Melayu Nusantara, sebahagian besar ulamak telah berperanan sebagai penasihat istana sehingga beberapa perkara seperti penyebaran dakwah, pengajian ilmu Islam, pelaksanaan pentadbiran Islam dan penguatkuasan Syariat dapat dibuat sehingga Daulah yang dibina berdiri kukuh. Ini sebagaimana peranan Syed Hussein Jamadil Kubra di Kelantan, Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati di Demak, Sheikh Mansor di Tidore dan Sheikh Nuruddin ar-Raniry di Aceh, begitulah berperanan mempengaruhi Raja terhadap pemupukan kehidupan beragama. #Lebih daripada itu, dimuliakan kedudukan para ulamak dengan melantik mereka sebagai pemerintah. Pelantikan para ulamak seperti Tengku Mohammad sebagai Sultan Perlak, Sultan Syarif Ali sebagai Sultan Brunei, Syarif Kebungsuwan sebagai Sultan Mindanao, anak-cucu Syed Jaafar as-Sadiq sebagai Sultan-sultan di Tidore, Bachan, Ternate dan Jailolo serta Sunan Fatahillah sebagai Sultan Demak, adalah contoh pembentukan Daulah Islam dengan para ulamak menjadi Raja dan Sultan. #Inilah kehebatan pemimpin dahulu dalam menghormati ulamak dan kehebatan ulamak yang dinobatkan sebagai pemimpin. #Ketahuilah bahawa ulamak adalah pewaris tugas dan peranan sekalian nabi dan rasul dalam menyampaikan amanah Islam kepada seluruh umat manusia. Di tangan ulamaklah penentu kepada maju mundurnya sesebuah negara, terang gelapnya sesebuah bangsa, baik buruknya sesuatu umat di bumi ini. #Jika ulamak berperanan sebagaimana berperanannya para nabi dan rasul, akan baiklah pemimpin dan umat berkenaan. Sebaliknya, jika ulamak itu tidak berfungsi dan berperanan jelik, nescaya akan buruk dan binasalah pemimpin dan umat berkenaan. ♡Setiap pemimpin dan rakyat hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada ulamak dalam sebarang persoalan hidup, samada persoalan duniawi mahupun ukhrawi. Jadikanlah ulamak sebagai obor yang menerangi seluruh kehidupan kita♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 8073 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 12 Rejab 1445H☆

    قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

    "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9]

    #Sambung bicara tentang kemuliaan para ulamak dan penghormatan terhadap mereka.

    #Dalam suasana masyarakat Islam masa kini, para ulamak hendaklah dijadikan pemimpin dan ikutan, kerana kefahaman mereka yang mendalam terhadap Islam akan memelihara ummah dari terjerumus kepada kesesatan.

    #Juga dengan sifat mereka yang takutkan Allah swt menjadikan para ulamak sentiasa bertindak berdasarkan panduan wahyu al-Quran dan as-Sunnah yang akan memberikan jaminan tidak berlakunya sebarang penyelewengan.

    #Sebaliknya perbuatan memandang serong kepada para ulamak, memperkecilkan kebolehan mereka, mempersendakan pendapat mereka adalah bibit-bibit yang akan membuahkan kebencian terhadap ulamak. Ia adalah permulaan malapetaka yang bakal menimpa umat Islam kerana apabila jauhnya mereka dari pimpinan para ulamak bermakna semakin jauhlah mereka dari  panduan al-Quran dan as-Sunnah.

    #Orang yang memperlekehkan ulamak bererti dia hendak menjatuhkan kredibiliti penjaga syariat Islam ini. Jika penjaga syariat Islam ini berjaya dijatuhkan, akan mudahlah baginya jalan untuk meruntuhkan seluruh ajaran Islam itu sendiri. Oleh itu, fahaman serong seperti ini wajar dibanteras dan diberikan pengajaran yang secukupnya.

    #Ketahuilah bahawa para ulamak adalah pewaris nabi dan wali Allah swt. Maka, dikhuatiri orang yang memusuhi mereka akan diperangi oleh Allah swt sendiri.

    #Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah swt berfirman: "Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya..." (HR al-Bukhari)

    #Kata Imam al-Khalil bin Ahmad: "Jika ahli al-Quran dan hadis itu bukan wali Allah, maka tiada lagi bagi Allah seorang wali pun di muka bumi ini."

    #Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie diriwayatkan berkata: "Jika ulamak fiqah itu bukan wali Allah, maka tiada lagi seorang wali pun bagi Allah swt."

    ♡Carilah ruang, peluang dan kesempatan untuk mendampingi para alim ulamak, mengambil Ilmu darinya, berkhidmat untuknya dan sentiasa meletakkan kedudukan para ulamak di tempat yang mulia dan terhormat♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 12 Rejab 1445H☆ قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9] #Sambung bicara tentang kemuliaan para ulamak dan penghormatan terhadap mereka. #Dalam suasana masyarakat Islam masa kini, para ulamak hendaklah dijadikan pemimpin dan ikutan, kerana kefahaman mereka yang mendalam terhadap Islam akan memelihara ummah dari terjerumus kepada kesesatan. #Juga dengan sifat mereka yang takutkan Allah swt menjadikan para ulamak sentiasa bertindak berdasarkan panduan wahyu al-Quran dan as-Sunnah yang akan memberikan jaminan tidak berlakunya sebarang penyelewengan. #Sebaliknya perbuatan memandang serong kepada para ulamak, memperkecilkan kebolehan mereka, mempersendakan pendapat mereka adalah bibit-bibit yang akan membuahkan kebencian terhadap ulamak. Ia adalah permulaan malapetaka yang bakal menimpa umat Islam kerana apabila jauhnya mereka dari pimpinan para ulamak bermakna semakin jauhlah mereka dari  panduan al-Quran dan as-Sunnah. #Orang yang memperlekehkan ulamak bererti dia hendak menjatuhkan kredibiliti penjaga syariat Islam ini. Jika penjaga syariat Islam ini berjaya dijatuhkan, akan mudahlah baginya jalan untuk meruntuhkan seluruh ajaran Islam itu sendiri. Oleh itu, fahaman serong seperti ini wajar dibanteras dan diberikan pengajaran yang secukupnya. #Ketahuilah bahawa para ulamak adalah pewaris nabi dan wali Allah swt. Maka, dikhuatiri orang yang memusuhi mereka akan diperangi oleh Allah swt sendiri. #Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah swt berfirman: "Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya..." (HR al-Bukhari) #Kata Imam al-Khalil bin Ahmad: "Jika ahli al-Quran dan hadis itu bukan wali Allah, maka tiada lagi bagi Allah seorang wali pun di muka bumi ini." #Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie diriwayatkan berkata: "Jika ulamak fiqah itu bukan wali Allah, maka tiada lagi seorang wali pun bagi Allah swt." ♡Carilah ruang, peluang dan kesempatan untuk mendampingi para alim ulamak, mengambil Ilmu darinya, berkhidmat untuknya dan sentiasa meletakkan kedudukan para ulamak di tempat yang mulia dan terhormat♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 5894 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 17 Jamadil Akhir 1445H☆

    وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ

    "Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran)" [Surah Aali Imran 140]

    #Warna-warni, suka-duka dan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang kehidupan dan sepanjang tahun 2023, itulah putaran hidup yang terpaksa kita lalui.

    #Banyak peristiwa yang telah berlaku pada tahun 2023. Ada peristiwa melibatkan kejayaan, gembira dan sukacita. Sebaliknya tidak kurang yang kecewa, sedih dan berduka nestapa. Begitu juga ada yang dikurniakan dengan pelbagai anugerah dan nikmat.

    #Oleh itu, tatkala kita dikurniakan nikmat, maka wajib kita zahirkan kesyukuran kepada Allah swt. Sebaliknya jika diuji dengan sedikit musibah, maka hendaklah dia bersabar. Sudah tentu kehidupannya sentiasa dipahalakan oleh Allah swt.

    #Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sayidina Suhaib r.a, Rasulullah saw bersabda:

    عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

    “Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya" (HR Muslim)

    #Sepatutnya segala peristiwa yang berlaku di sepanjang tahun ini dapat mengislahkan kehidupan seseorang yang mendatang dengan lebih cemerlang dan gemilang.

    #Kita hendaklah bermuhasabah diri ke arah yang lebih baik pada masa akan datang. Daripada baik kepada lebih baik dan daripada lebih baik kepada terbaik. Inilah manusia yang mendapat laba dan keuntungan dalam kehidupan. Semoga sinar 2024 kita penuhinya dengan cita-cita yang mulia untuk kita capai.

    #Dengan itu, kita akan menjadi orang yang cerdik, bijak dan beruntung dalam kehidupan. Daripada Sayidina Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:

    الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ

    "Orang yang cerdik, siapa yang merendahkan dirinya dan beramal untuk bekalan selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, siapa yang mengikut hawa nafsunya dan hanya bercita-cita kepada Allah" (HR at-Tirmizi dan Ibn Majah)

    #Syeikh al-Mubarakfuri dalam menjelaskan hadis ini berkata: “(Orang yang cerdik) iaitu orang yang sentiasa memuhasabah dirinya di dunia sebelum dia dihisab di akhirat".

    #Berkata Sayidina Umar al-Khattab r.a:

    حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنّمَا يَخِفّ الْحَسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ في الدّنْيَا

    "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia” (Lihat: Tuhfah al-Ahwazi)

    #Imam al-Ghazali berkata: "Barangsiapa yang sering bermuhasabah pada dirinya, nescaya dia akan temui keringanan pada hari akhirat kelak."

    #Muhasabah umpama ubat yang pahit, tidak enak namun ia adalah penawar yang mengubati seribu satu penyakit. Sungguhpun menilai diri bukan sesuatu yang menyeronokkan, tetapi orang yang sering bermuhasabah akan dapat membersihkan diri daripada kejahilan, dosa dan noda.

    ...Bersambung...

    ♡Semoga kebaikan dan keberkatan hidup sentiasa menaungi kita semua dan singgah dalam kehidupan kita semua yang akhirnya membawa kebahagiaan dan ketenangan di dunia serta kejayaan hakiki di akhirat kelak. Aamiiin♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 17 Jamadil Akhir 1445H☆ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ "Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran)" [Surah Aali Imran 140] #Warna-warni, suka-duka dan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang kehidupan dan sepanjang tahun 2023, itulah putaran hidup yang terpaksa kita lalui. #Banyak peristiwa yang telah berlaku pada tahun 2023. Ada peristiwa melibatkan kejayaan, gembira dan sukacita. Sebaliknya tidak kurang yang kecewa, sedih dan berduka nestapa. Begitu juga ada yang dikurniakan dengan pelbagai anugerah dan nikmat. #Oleh itu, tatkala kita dikurniakan nikmat, maka wajib kita zahirkan kesyukuran kepada Allah swt. Sebaliknya jika diuji dengan sedikit musibah, maka hendaklah dia bersabar. Sudah tentu kehidupannya sentiasa dipahalakan oleh Allah swt. #Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sayidina Suhaib r.a, Rasulullah saw bersabda: عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ “Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya" (HR Muslim) #Sepatutnya segala peristiwa yang berlaku di sepanjang tahun ini dapat mengislahkan kehidupan seseorang yang mendatang dengan lebih cemerlang dan gemilang. #Kita hendaklah bermuhasabah diri ke arah yang lebih baik pada masa akan datang. Daripada baik kepada lebih baik dan daripada lebih baik kepada terbaik. Inilah manusia yang mendapat laba dan keuntungan dalam kehidupan. Semoga sinar 2024 kita penuhinya dengan cita-cita yang mulia untuk kita capai. #Dengan itu, kita akan menjadi orang yang cerdik, bijak dan beruntung dalam kehidupan. Daripada Sayidina Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah saw pernah bersabda: الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ "Orang yang cerdik, siapa yang merendahkan dirinya dan beramal untuk bekalan selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, siapa yang mengikut hawa nafsunya dan hanya bercita-cita kepada Allah" (HR at-Tirmizi dan Ibn Majah) #Syeikh al-Mubarakfuri dalam menjelaskan hadis ini berkata: “(Orang yang cerdik) iaitu orang yang sentiasa memuhasabah dirinya di dunia sebelum dia dihisab di akhirat". #Berkata Sayidina Umar al-Khattab r.a: حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنّمَا يَخِفّ الْحَسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ في الدّنْيَا "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia” (Lihat: Tuhfah al-Ahwazi) #Imam al-Ghazali berkata: "Barangsiapa yang sering bermuhasabah pada dirinya, nescaya dia akan temui keringanan pada hari akhirat kelak." #Muhasabah umpama ubat yang pahit, tidak enak namun ia adalah penawar yang mengubati seribu satu penyakit. Sungguhpun menilai diri bukan sesuatu yang menyeronokkan, tetapi orang yang sering bermuhasabah akan dapat membersihkan diri daripada kejahilan, dosa dan noda. ...Bersambung... ♡Semoga kebaikan dan keberkatan hidup sentiasa menaungi kita semua dan singgah dalam kehidupan kita semua yang akhirnya membawa kebahagiaan dan ketenangan di dunia serta kejayaan hakiki di akhirat kelak. Aamiiin♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    1 Comments 0 Shares 5784 Views
  • PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Kadar Balasan Kebaikan dan Kejahatan

    عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً

    Daripada Ibnu Abbas RA, dari Nabi SAW yang baginda riwayatkan dari rabbnya (hadis qudsi) Azza wa jalla berfirman, yang baginda sabdakan; “Sesungguhnya Allah menulis kebaikan dan kejahatan, “ selanjutnya baginda menjelaskan; “barangsiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan lalu ia tidak jadi melakukannya, maka Allah mencatat satu kebaikan disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat melakukan kebaikan lalu ia laksanakan, Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan, bahkan hingga dilipat gandakan tujuh ratus kali, bahkan sehingga lipatganda yang tidak terbatas, sebaliknya barang siapa yang berniat melakukan kejahatan kemudian tidak jadi dilakukan, Allah menulis satu kebaikan disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat melakukan kejahatan dan ia melakukan, Allah menulisnya sebagai satu kejahatan saja.” (HR Bukhari No: 6010) Status: Hadis Sahih

    Pengajaran:

    1.  Balasan setiap amal seseorang Muslim bergantung pada niat atau cita-cita serta perbuatannya. Terdapat 4 jenis kadar balasan untuk manusia:

    a.  Orang yang mendapat balasan sebanyak satu kebaikan yang sempurna iaitu orang yang berniat dan bercita-cita untuk mengerjakan satu amal kebaikan tetapi dia tidak dapat melakukannya atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

    b.  Orang yang mendapat 10 kebaikan dan sehingga 700 kali ganda malah lebih banyak dari itu iaitu orang yang berniat dan bercita-cita untuk mengerjakan satu amal kebaikan lalu ia terus mengerjakannya.

    مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٢٦١

    Bandingan pahala orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah  (adalah) seperti satu  biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada serratus  biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah ayat: 261)

    c.  Orang yang mendapat satu kejahatan iaitu orang yang berniat dan bercita-cita untuk melakukan satu kejahatan kemudian dikerjakannya.

    وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجۡزَىٰٓ إِلَّا مِثۡلَهَا وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ ١٦٠
    Sesiapa yang mengerjakan amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Surah al-an’am ayat: 160)

    d.  Orang yang mendapat sebanyak satu kebaikan yang sempurna iaitu orang yang bercita-cita mengerjakan satu kejahatan kemudian tidak dikerjakannya kerana takut kepada Allah.

    2.  Setiap perbuatan ada balasannya termasuk cita-cita yang terpendam dalam hatinya

    Hadis 37
    #Hadis40ImamNawawi
    #BangunkanJiwamu
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

    28hb Nov.  2023
    14hb Jamadil Awal 1445H

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Kadar Balasan Kebaikan dan Kejahatan عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً Daripada Ibnu Abbas RA, dari Nabi SAW yang baginda riwayatkan dari rabbnya (hadis qudsi) Azza wa jalla berfirman, yang baginda sabdakan; “Sesungguhnya Allah menulis kebaikan dan kejahatan, “ selanjutnya baginda menjelaskan; “barangsiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan lalu ia tidak jadi melakukannya, maka Allah mencatat satu kebaikan disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat melakukan kebaikan lalu ia laksanakan, Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan, bahkan hingga dilipat gandakan tujuh ratus kali, bahkan sehingga lipatganda yang tidak terbatas, sebaliknya barang siapa yang berniat melakukan kejahatan kemudian tidak jadi dilakukan, Allah menulis satu kebaikan disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat melakukan kejahatan dan ia melakukan, Allah menulisnya sebagai satu kejahatan saja.” (HR Bukhari No: 6010) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Balasan setiap amal seseorang Muslim bergantung pada niat atau cita-cita serta perbuatannya. Terdapat 4 jenis kadar balasan untuk manusia: a.  Orang yang mendapat balasan sebanyak satu kebaikan yang sempurna iaitu orang yang berniat dan bercita-cita untuk mengerjakan satu amal kebaikan tetapi dia tidak dapat melakukannya atas sebab yang tidak dapat dielakkan. b.  Orang yang mendapat 10 kebaikan dan sehingga 700 kali ganda malah lebih banyak dari itu iaitu orang yang berniat dan bercita-cita untuk mengerjakan satu amal kebaikan lalu ia terus mengerjakannya. مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٢٦١ Bandingan pahala orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah  (adalah) seperti satu  biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada serratus  biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah ayat: 261) c.  Orang yang mendapat satu kejahatan iaitu orang yang berniat dan bercita-cita untuk melakukan satu kejahatan kemudian dikerjakannya. ÙˆÙŽÙ…ÙŽÙ† جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجۡزَىٰٓ إِلَّا مِثۡلَهَا وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ ١٦٠ Sesiapa yang mengerjakan amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Surah al-an’am ayat: 160) d.  Orang yang mendapat sebanyak satu kebaikan yang sempurna iaitu orang yang bercita-cita mengerjakan satu kejahatan kemudian tidak dikerjakannya kerana takut kepada Allah. 2.  Setiap perbuatan ada balasannya termasuk cita-cita yang terpendam dalam hatinya Hadis 37 #Hadis40ImamNawawi #BangunkanJiwamu #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 28hb Nov.  2023 14hb Jamadil Awal 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    0 Comments 0 Shares 3357 Views
  • PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Kadar Balasan Kebaikan dan Kejahatan

    عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً

    Daripada Ibnu Abbas RA, dari Nabi SAW yang baginda riwayatkan dari rabbnya (hadis qudsi) Azza wa jalla berfirman, yang baginda sabdakan; “Sesungguhnya Allah menulis kebaikan dan kejahatan, “ selanjutnya baginda menjelaskan; “barangsiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan lalu ia tidak jadi melakukannya, maka Allah mencatat satu kebaikan disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat melakukan kebaikan lalu ia laksanakan, Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan, bahkan hingga dilipat gandakan tujuh ratus kali, bahkan sehingga lipatganda yang tidak terbatas, sebaliknya barang siapa yang berniat melakukan kejahatan kemudian tidak jadi dilakukan, Allah menulis satu kebaikan disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat melakukan kejahatan dan ia melakukan, Allah menulisnya sebagai satu kejahatan saja.” (HR Bukhari No: 6010) Status: Hadis Sahih

    Pengajaran:

    1.  Balasan setiap amal seseorang Muslim bergantung pada niat atau cita-cita serta perbuatannya. Terdapat 4 jenis kadar balasan untuk manusia:

    a.  Orang yang mendapat balasan sebanyak satu kebaikan yang sempurna iaitu orang yang berniat dan bercita-cita untuk mengerjakan satu amal kebaikan tetapi dia tidak dapat melakukannya atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

    b.  Orang yang mendapat 10 kebaikan dan sehingga 700 kali ganda malah lebih banyak dari itu iaitu orang yang berniat dan bercita-cita untuk mengerjakan satu amal kebaikan lalu ia terus mengerjakannya.

    مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٢٦١

    Bandingan pahala orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah  (adalah) seperti satu  biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada serratus  biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah ayat: 261)

    c.  Orang yang mendapat satu kejahatan iaitu orang yang berniat dan bercita-cita untuk melakukan satu kejahatan kemudian dikerjakannya.

    وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجۡزَىٰٓ إِلَّا مِثۡلَهَا وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ ١٦٠
    Sesiapa yang mengerjakan amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Surah al-an’am ayat: 160)

    d.  Orang yang mendapat sebanyak satu kebaikan yang sempurna iaitu orang yang bercita-cita mengerjakan satu kejahatan kemudian tidak dikerjakannya kerana takut kepada Allah.

    2.  Setiap perbuatan ada balasannya termasuk cita-cita yang terpendam dalam hatinya

    Hadis 37
    #Hadis40ImamNawawi
    #BangunkanJiwamu
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

    28hb Nov.  2023
    14hb Jamadil Awal 1445H

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Kadar Balasan Kebaikan dan Kejahatan عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً Daripada Ibnu Abbas RA, dari Nabi SAW yang baginda riwayatkan dari rabbnya (hadis qudsi) Azza wa jalla berfirman, yang baginda sabdakan; “Sesungguhnya Allah menulis kebaikan dan kejahatan, “ selanjutnya baginda menjelaskan; “barangsiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan lalu ia tidak jadi melakukannya, maka Allah mencatat satu kebaikan disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat melakukan kebaikan lalu ia laksanakan, Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan, bahkan hingga dilipat gandakan tujuh ratus kali, bahkan sehingga lipatganda yang tidak terbatas, sebaliknya barang siapa yang berniat melakukan kejahatan kemudian tidak jadi dilakukan, Allah menulis satu kebaikan disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat melakukan kejahatan dan ia melakukan, Allah menulisnya sebagai satu kejahatan saja.” (HR Bukhari No: 6010) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Balasan setiap amal seseorang Muslim bergantung pada niat atau cita-cita serta perbuatannya. Terdapat 4 jenis kadar balasan untuk manusia: a.  Orang yang mendapat balasan sebanyak satu kebaikan yang sempurna iaitu orang yang berniat dan bercita-cita untuk mengerjakan satu amal kebaikan tetapi dia tidak dapat melakukannya atas sebab yang tidak dapat dielakkan. b.  Orang yang mendapat 10 kebaikan dan sehingga 700 kali ganda malah lebih banyak dari itu iaitu orang yang berniat dan bercita-cita untuk mengerjakan satu amal kebaikan lalu ia terus mengerjakannya. مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٢٦١ Bandingan pahala orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah  (adalah) seperti satu  biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada serratus  biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah ayat: 261) c.  Orang yang mendapat satu kejahatan iaitu orang yang berniat dan bercita-cita untuk melakukan satu kejahatan kemudian dikerjakannya. ÙˆÙŽÙ…ÙŽÙ† جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجۡزَىٰٓ إِلَّا مِثۡلَهَا وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ ١٦٠ Sesiapa yang mengerjakan amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Surah al-an’am ayat: 160) d.  Orang yang mendapat sebanyak satu kebaikan yang sempurna iaitu orang yang bercita-cita mengerjakan satu kejahatan kemudian tidak dikerjakannya kerana takut kepada Allah. 2.  Setiap perbuatan ada balasannya termasuk cita-cita yang terpendam dalam hatinya Hadis 37 #Hadis40ImamNawawi #BangunkanJiwamu #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 28hb Nov.  2023 14hb Jamadil Awal 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    0 Comments 0 Shares 3029 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 13 Jamadil Awwal 1445H☆

    یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰ⁠مِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

    "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Maʾidah 8]

    #Sambung bicara  tentang sistem pemerintahan Islam yang menjamin keadilan, kebahagiaan dan keamanan bagi segenap lapisan rakyat dan masyarakat. Hayatilah lagi kisah keadilan dan keindahan pemerintahan Islam dalam catatan sejarah:

    #Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab r.a, wilayah-wilayah Islam yang telah berkembang luas telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang gabenor. Mereka diberi kuasa dalam menguruskan urusan-urusan pentadbiran termasuklah memungut cukai di bahagian masing-masing. Walaubagaimanapun, kuasa mutlak dalam memutuskan sesuatu kes atau masalah berkaitan cukai tanah akan dirujuk kepada Khalifah Umar ibn al-Khattab r.a.

    #Tanah-tanah tersebut akan diukur dan dinilai terlebih dahulu sebelum ditentukan kadar cukai. Tanah yang telah ditentukan jenisnya itu, kemudian akan ditetapkan kadar cukai mengikut jenis tanah tersebut. Hal ini jelas menunjukkan keadilan sistem yang diterapkan oleh Khalifah Umar r.a dalam sistem pemerintahannya. (Lihat: Milkiyyat al-‘Aradi fi al-Islam: Tahdid al-Milkiyyah wa al-Ta’mim oleh Muhammad ‘Abd al-Jawwad)

    #Berkenaan kadar cukai pertanian, Khalifah Umar r.a telah menetapkan iaitu 10 dirham bagi tanaman kurma dan 5 dirham bagi tanaman anggur. Cukai bagi setiap tanah yang sampai air sama ada diusahakan atau tidak adalah sebanyak satu dirham atau satu gantang (sa’). Manakala cukai sebanyak 1/10 dikenakan ke atas tanaman tamar yang diairkan dengan hujan sedangkan kadar 1/20 pula dikenakan untuk tanaman yang diairkan dengan tenaga sendiri. (Lihat: Kitab al-Kharaj oleh Abu Yusuf)

    #Walaupun begitu, sekiranya sesuatu tanah tidak mempunyai hasil pertanian, atau hasilnya terkena penyakit atau bencana alam, maka cukai tidak dikenakan. Cukai hanya dikenakan bagi tanah yang mempunyai hasil. Penetapan cukai kurma dengan kadar 10 dirham adalah disebabkan penanamannya yang memerlukan kepada tenaga, penjagaan yang rapi serta tanah yang subur.

    #Manifestasi keadilan pemerintahan Khalifah Umar r.a dalam menentukan kharaj jelas terlihat dengan mengenakan cukai sebanyak satu dirham dan segantang bagi tanah yang sampai air sama ada ia diusahakan atau sebaliknya. Ini juga dapat menggalakkan para pemilik tanah untuk mengusahakannya. Begitu juga sikap adil beliau dapat dilihat pada kadar cukai 1/10 dan 1/20 sepertimana yang dijelaskan menzahirkan sikap beliau dalam menilai dan menghargai tenaga yang dicurahkan oleh pengusaha.

    #Sayidina Umar r.a sangat mengambil berat tentang perihal rakyatnya dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Hal ini dapat dibuktikan dengan ungkapannya yang masyhur dan dapat menginsafkan para pemimpin selepasnya:

    لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً لَظَنَنْتُ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

    "Kalaulah mati seekor kambing di tebing Sungai Furat dalam keadaan kehilangan rakan taulannya, nescaya aku merasa Allah SWT akan bertanya kepadaku pada Hari Kiamat" (Lihat: Hilyah al-Auliya’ oleh Abi Nu’aim)

    ♡Inilah keadilan sistem perundangan dan pemerintahan Islam yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw. Maka contohi dan aplikasikanlah dalam zaman kini♡

    🐊Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 13 Jamadil Awwal 1445H☆ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰ⁠مِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Maʾidah 8] #Sambung bicara  tentang sistem pemerintahan Islam yang menjamin keadilan, kebahagiaan dan keamanan bagi segenap lapisan rakyat dan masyarakat. Hayatilah lagi kisah keadilan dan keindahan pemerintahan Islam dalam catatan sejarah: #Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab r.a, wilayah-wilayah Islam yang telah berkembang luas telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang gabenor. Mereka diberi kuasa dalam menguruskan urusan-urusan pentadbiran termasuklah memungut cukai di bahagian masing-masing. Walaubagaimanapun, kuasa mutlak dalam memutuskan sesuatu kes atau masalah berkaitan cukai tanah akan dirujuk kepada Khalifah Umar ibn al-Khattab r.a. #Tanah-tanah tersebut akan diukur dan dinilai terlebih dahulu sebelum ditentukan kadar cukai. Tanah yang telah ditentukan jenisnya itu, kemudian akan ditetapkan kadar cukai mengikut jenis tanah tersebut. Hal ini jelas menunjukkan keadilan sistem yang diterapkan oleh Khalifah Umar r.a dalam sistem pemerintahannya. (Lihat: Milkiyyat al-‘Aradi fi al-Islam: Tahdid al-Milkiyyah wa al-Ta’mim oleh Muhammad ‘Abd al-Jawwad) #Berkenaan kadar cukai pertanian, Khalifah Umar r.a telah menetapkan iaitu 10 dirham bagi tanaman kurma dan 5 dirham bagi tanaman anggur. Cukai bagi setiap tanah yang sampai air sama ada diusahakan atau tidak adalah sebanyak satu dirham atau satu gantang (sa’). Manakala cukai sebanyak 1/10 dikenakan ke atas tanaman tamar yang diairkan dengan hujan sedangkan kadar 1/20 pula dikenakan untuk tanaman yang diairkan dengan tenaga sendiri. (Lihat: Kitab al-Kharaj oleh Abu Yusuf) #Walaupun begitu, sekiranya sesuatu tanah tidak mempunyai hasil pertanian, atau hasilnya terkena penyakit atau bencana alam, maka cukai tidak dikenakan. Cukai hanya dikenakan bagi tanah yang mempunyai hasil. Penetapan cukai kurma dengan kadar 10 dirham adalah disebabkan penanamannya yang memerlukan kepada tenaga, penjagaan yang rapi serta tanah yang subur. #Manifestasi keadilan pemerintahan Khalifah Umar r.a dalam menentukan kharaj jelas terlihat dengan mengenakan cukai sebanyak satu dirham dan segantang bagi tanah yang sampai air sama ada ia diusahakan atau sebaliknya. Ini juga dapat menggalakkan para pemilik tanah untuk mengusahakannya. Begitu juga sikap adil beliau dapat dilihat pada kadar cukai 1/10 dan 1/20 sepertimana yang dijelaskan menzahirkan sikap beliau dalam menilai dan menghargai tenaga yang dicurahkan oleh pengusaha. #Sayidina Umar r.a sangat mengambil berat tentang perihal rakyatnya dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Hal ini dapat dibuktikan dengan ungkapannya yang masyhur dan dapat menginsafkan para pemimpin selepasnya: لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً لَظَنَنْتُ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ "Kalaulah mati seekor kambing di tebing Sungai Furat dalam keadaan kehilangan rakan taulannya, nescaya aku merasa Allah SWT akan bertanya kepadaku pada Hari Kiamat" (Lihat: Hilyah al-Auliya’ oleh Abi Nu’aim) ♡Inilah keadilan sistem perundangan dan pemerintahan Islam yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw. Maka contohi dan aplikasikanlah dalam zaman kini♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 6267 Views
  • NIAT PUASA HARI PUTIH (Ayyamul Bidh)
    01/02/2023
    puasa hari putih ayyamul bidh
    Apakah lafaz niat Puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh)?

    Panduan ini akan menerangkan secara lengkap berkaitan niat Puasa Hari Putih, tarikh & waktu, kelebihan dan beberapa maklumat berkenaan Ayyamul Bidh.

    Lafaz niat juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi.

    Bilakah Tarikh Puasa Hari Putih?


    Apakah yang dimaksudkan dengan “puasa hari putih” atau Ayyamul Bidh ini?

    Hari Putih bermaksud hari pada pertengahan bulan Islam, iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan Qamariah.

    Menurut Imam Nawawi, tidak ada pengkhususan hari yang ditetapkan dalam melaksanakan puasa tiga hari setiap bulan.

    Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “Fiqah Puasa” menyebut, bahawa perbezaan dalam menetapkan hari-hari tertentu untuk berpuasa menunjukkan adanya toleransi dalam perkara ini.

    Setiap Muslim dibolehkan berpuasa pada awal, tengah ataupun akhir bulan, mengikut kesesuaian dan kesempatan yang dimiliki.

    Walau bagaimanapun, Imam Nawawi bersetuju bahawa hari yang terbaik untuk berpuasa adalah pada hari yang ke-13, 14 dan 15, berdasarkan hadis di atas dan hadis-hadis lain yang menjelaskan tentang perkara ini.

    Kenapa Dinamakan Ayyamul Bidh?

    Ia dipanggil Ayyamul Bidh (آيام البض) atau Hari Putih kerana pada pada malam-malam tersebut adalah waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih.

    Ini kerana ia jatuh pada hari ke 13, 14 dan 15 setiap bulan, tidak kira sama ada jumlah hari dalam bulan tersebut adalah 29 hari ataupun 30 hari.

    Pada tarikh ini, kita disunatkan berpuasa sebagai tambahan kepada amal ibadah yang lain.

    Imam Bukhari menulis sebuah bab di dalam kitab sahihnya dengan judul “Puasa hari-hari biidh (hari putih/purnama), hari ke 13, 14 dan 15).”

    Puasa ini sunat dilaksanakan pada setiap bulan. Dasarnya adalah hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah ï·º .

    Abu Hurairah & menceritakan,

    “Kekasihku, iaitu Rasulullah ï·º memberikan tiga perkara sebagai wasiat kepadaku: Berpuasa tiga hai pada setiap bulan, melakukan dua rakaat solat dhuha dan melaksanakan solat witir sebelum tidur.”

    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)none
    Dalil Pensyariatan Puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh)

    Latar belakang pensyariatannya adalah dari hadis Rasulullah SAW, seperti berikut:

    Abu Dzar al-Ghifari menceritakan, Rasulullah SAW bersabda:

    Wahai Aba Dzar! Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, berpuasalah pada hari yang ke-13, 14 dan 15.”

    (Hadis riwayat Tirmizi, Ahmad dan an-Nasaie)none
    Qatadah bin Milan menceritakan,

    Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk berpuasa pada hari-hari putih, iaitu hari yang ke- 13, 14 dan 15. Pahala berpuasa di hari-hari tersebut sama seperti berpuasa selamanya.”

    (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)none
    Begitu juga sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Mu’adzah ‘Adawiyah.

    Beliau bertanya kepada Aisyah, isteri Rasulullah ï·º, “Adakah Rasulullah ï·º berpuasa tiga hari pada setiap bulan?”

    Beliau berkata, “Ya.”

    Dia bertanya, “Pada bulan apa baginda berpuasa?”

    Beliau berkata, “Baginda tidak mempedulikan bulan apapun untuk berpuasa.”

    (Hadis riwayat Muslim)none
    Dalam riwayat Abu Daud ditambah:

    “Di mana aku tidak meninggalkannya, baik pada waktu musafir mahupun waktu bermukim.”

    (Hadis riwayat Abu Daud)none
    Nota

    Dikecualikan puasa pada 13 Dzulhijjah kerana tarikh itu sebahagian daripada Hari Tasyriq. (Berpuasa pada hari tersebut diharamkan).

    Sebaliknya ia diganti pada 16 Dzulhijjah.

    *Pada 9 Dzulhijjah disunatkan untuk Puasa Hari Arafah

    Nota Untuk Wanita

    Jika kita tidak dapat puasa pada hari-hari yang pertengahan, tidak mengapa.

    Anda boleh sahaja memilih hari apa untuk kita berpuasa asalkan ia 3 hari dalam sebulan.

    Lafaz Niat Puasa Hari Putih

    Lafaz niat bagi puasa hari putih adalah seperti berikut:

    niat puasa sunat ayyamul bidh
    Nawaitu Sauma Ayyaamal Bidh Sunnatan Lillahi Ta’ala

    Maksudnya:

    Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Taala.

    Nota

    Jika anda terlupa berniat di malam hari atau sebelum subuh tidak menjadi masalah, asalkan anda sempat berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat tidak makan dan minum atau tidak didahului dengan perkara yang boleh membatalkan puasa.

    Fadhilat & Kelebihan Puasa Ayyamul Bidh


    Apakah kelebihan mengamal Puasa Hari Putih ini?

    Berikut beberapa kelebihan yang terdapat pada puasa Ayyamul Bidh ini:

    1. Mendapat Pahala Seperti Puasa Setahun

    Diriwayatkan bahawa puasa Ayyamul Bidh mempunyai kelebihan pahala yang sama seperti orang yang melakukan puasa sepanjang tahun.

    Puasa pada 3 hari tiap bulannya merupakan serupa puasa sepanjang tahun.”

    — Hadis riwayat Bukhari :1979none
    Perkara ini juga disokong dengan riwayat lain:

    Berpuasa tiga hari setiap bulan sama dengan berpuasa sepanjang tahun dan hari-hari putih itu adalah tanggal 13, 14 dan 15.”

    — Hadis riwayat an-Nasai’enone
    2. Sunnah Yang Tidak Pernah Ditinggalkan Oleh Nabi ï·º

    Dalam riwayat Abu Hurairah pula, disebutkan:

    Kekasihku (Rasulullah) mewasiatkan padaku tiga nasihat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati yakni berpuasa tiga hari setiap bulannya, mengerjakan solat dhuha, mengerjakan solat witir sebelum tidur.”

    Hadis Riwayat Bukharinone
    3. Meningkatkan Ketahanan Badan Melawan Kanser

    Terbukti baik untuk kesihatan secara saintifik untuk mengelakkan kanser dan meningkat sistem imun badan.

    Kajian mengenainya boleh dibaca pada journal saintifik ini:

    4. Sebagai Alternatif Kepada Larangan Puasa Sepanjang Tahun (Puasa Dahr).

    Waktu yang paling utama untuk melakukan puasa tiga hari adalah pada hari-hari bidh (putih/terang), laitu hari yang ke-13,14 dan 15 dalam setiap bulan hijriah.

    Ini kerana Rasulullah ï·º pernah memerintahkan perkara ini secara khusus dalam hadis yang sahih.

    Rasulullah ï·º melarang seseorang berpuasa pada setiap hari sepanjang tahun (Puasa Dahr).

    Kemudian Baginda ï·º membimbing mereka kepada kebaikan dan keutamaan yang mereka mampu kerjakan secara rutin.

    Hadis-hadis di atas menunjukkan tentang keutamaan melaksanakan amal ibadah secara berterusan.

    Rasulullah ï·º bersabda,

    Amalan (ibadah) yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berterusan, walaupun sedikit. ”

    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)none
    Adakah Wajib Berpuasa Tiga Hari Berturut-turut?

    niat puasa enam dan qadha
    Timbul satu persoalan dari ramai orang awam, adakah Puasa Hari Putih atau Ayyamul Bidh ini perlu dilakukan secara 3 hari berturut-turut?

    Jawapannya, secara ringkasnya TIDAK.

    Walaupun puasa tersebut tiga hari, ia bukanlah satu kesatuan yang saling membatalkan jika tidak dilaksanakan salah satu daripadanya.

    Kita boleh berpuasa tiga hari, boleh juga berpuasa dua hari, ataupun hanya berpuasa satu hari sahaja.

    Apatah lagi memandangkan puasa ini hanyalah puasa sunat sahaja, bukan puasa yang wajib.

    Tidak ada dalil yang mengatakan ia perlu dilakukan tiga hari berturut-turut, di mana apabila salah satu daripadanya ditinggalkan, maka semuanya perlu ditinggalkan.

    Puasa sunah tiga hari ini tidak mensyaratkan mutatabi’ah (berturut-turut), sebagaimana Puasa Kafarah yang diwajibkan ke atas seseorang yang melakukan persetubuhan di siang hari pada Bulan Ramadan.

    Oleh itu, seseorang diharuskan untuk berpuasa pada salah satu daripada tiga hari tersebut.

    Bagaimana Pula Dengan Pahalanya?

    sudah tentu pahala orang yang berpuasa tiga hari berbeza dengan orang yang berpuasa hanya satu atau dua hari sahaja.

    Tetapi daripada tidak mendapat pahala langsung, maka lebih baik kita memperolehi sebahagiannya.

    Ini bersesuai dengan kaedah fikah,

    ‘”Maa laa yudraku kulluhu laa yutraku kulluhu, (Sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan keseluruhannya, tidak pula ditinggalkan semuanya).”

    Penutup

    Puasa sunat adalah salah satu ibadah sunat yang sangat digalakkan.

    Allah sangat menyukai orang yang berpuasa kerana Allah, sehinggakan Allah telah menjanjikan gerbang khusus di syurga bagi yang suka berpuasa, iaitu Ar-Rayyan.”

    — Hadis Riwayat Muslimnone
    Nabi Muhammad saw telah membawa seluruh umat manusia ke arah satu dimensi kehidupan yang jauh lebih baik.

    Malah Allah menjamin keselamatan di dunia dan di akhirat bagi sesiapa yang mengikuti jejak Rasulullah saw seperti mana yang telah disunahkan.

    Banyak amalan sunat yang diamalkan dan diwariskan kepada para sahabat, tabi’in (orang yang mengikuti), tabi’ tabi’in (orang yang ikut orang yang mengikuti) dan sehinggalah sampai kepada umat Islam pada hari ini.

    Semoga panduan ini dapat membantu anda.

    Muhamad Naim

    Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Berkongsi ilmu adalah perkara paling baik yang dapat dilakukan untuk mengubah dunia kepada yang lebih baik. Semoga Allah redha.

    Suka Apa Yang Anda Baca?

    Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!

    https://akuislam.com/blog/ibadah/puasa-hari-putih/
    NIAT PUASA HARI PUTIH (Ayyamul Bidh) 01/02/2023 puasa hari putih ayyamul bidh Apakah lafaz niat Puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh)? Panduan ini akan menerangkan secara lengkap berkaitan niat Puasa Hari Putih, tarikh & waktu, kelebihan dan beberapa maklumat berkenaan Ayyamul Bidh. Lafaz niat juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi. Bilakah Tarikh Puasa Hari Putih? Apakah yang dimaksudkan dengan “puasa hari putih” atau Ayyamul Bidh ini? Hari Putih bermaksud hari pada pertengahan bulan Islam, iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan Qamariah. Menurut Imam Nawawi, tidak ada pengkhususan hari yang ditetapkan dalam melaksanakan puasa tiga hari setiap bulan. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “Fiqah Puasa” menyebut, bahawa perbezaan dalam menetapkan hari-hari tertentu untuk berpuasa menunjukkan adanya toleransi dalam perkara ini. Setiap Muslim dibolehkan berpuasa pada awal, tengah ataupun akhir bulan, mengikut kesesuaian dan kesempatan yang dimiliki. Walau bagaimanapun, Imam Nawawi bersetuju bahawa hari yang terbaik untuk berpuasa adalah pada hari yang ke-13, 14 dan 15, berdasarkan hadis di atas dan hadis-hadis lain yang menjelaskan tentang perkara ini. Kenapa Dinamakan Ayyamul Bidh? Ia dipanggil Ayyamul Bidh (آيام البض) atau Hari Putih kerana pada pada malam-malam tersebut adalah waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih. Ini kerana ia jatuh pada hari ke 13, 14 dan 15 setiap bulan, tidak kira sama ada jumlah hari dalam bulan tersebut adalah 29 hari ataupun 30 hari. Pada tarikh ini, kita disunatkan berpuasa sebagai tambahan kepada amal ibadah yang lain. Imam Bukhari menulis sebuah bab di dalam kitab sahihnya dengan judul “Puasa hari-hari biidh (hari putih/purnama), hari ke 13, 14 dan 15).” Puasa ini sunat dilaksanakan pada setiap bulan. Dasarnya adalah hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah ï·º . Abu Hurairah & menceritakan, “Kekasihku, iaitu Rasulullah ï·º memberikan tiga perkara sebagai wasiat kepadaku: Berpuasa tiga hai pada setiap bulan, melakukan dua rakaat solat dhuha dan melaksanakan solat witir sebelum tidur.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)none Dalil Pensyariatan Puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh) Latar belakang pensyariatannya adalah dari hadis Rasulullah SAW, seperti berikut: Abu Dzar al-Ghifari menceritakan, Rasulullah SAW bersabda: Wahai Aba Dzar! Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, berpuasalah pada hari yang ke-13, 14 dan 15.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ahmad dan an-Nasaie)none Qatadah bin Milan menceritakan, Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk berpuasa pada hari-hari putih, iaitu hari yang ke- 13, 14 dan 15. Pahala berpuasa di hari-hari tersebut sama seperti berpuasa selamanya.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)none Begitu juga sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Mu’adzah ‘Adawiyah. Beliau bertanya kepada Aisyah, isteri Rasulullah ï·º, “Adakah Rasulullah ï·º berpuasa tiga hari pada setiap bulan?” Beliau berkata, “Ya.” Dia bertanya, “Pada bulan apa baginda berpuasa?” Beliau berkata, “Baginda tidak mempedulikan bulan apapun untuk berpuasa.” (Hadis riwayat Muslim)none Dalam riwayat Abu Daud ditambah: “Di mana aku tidak meninggalkannya, baik pada waktu musafir mahupun waktu bermukim.” (Hadis riwayat Abu Daud)none Nota Dikecualikan puasa pada 13 Dzulhijjah kerana tarikh itu sebahagian daripada Hari Tasyriq. (Berpuasa pada hari tersebut diharamkan). Sebaliknya ia diganti pada 16 Dzulhijjah. *Pada 9 Dzulhijjah disunatkan untuk Puasa Hari Arafah Nota Untuk Wanita Jika kita tidak dapat puasa pada hari-hari yang pertengahan, tidak mengapa. Anda boleh sahaja memilih hari apa untuk kita berpuasa asalkan ia 3 hari dalam sebulan. Lafaz Niat Puasa Hari Putih Lafaz niat bagi puasa hari putih adalah seperti berikut: niat puasa sunat ayyamul bidh Nawaitu Sauma Ayyaamal Bidh Sunnatan Lillahi Ta’ala Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Taala. Nota Jika anda terlupa berniat di malam hari atau sebelum subuh tidak menjadi masalah, asalkan anda sempat berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat tidak makan dan minum atau tidak didahului dengan perkara yang boleh membatalkan puasa. Fadhilat & Kelebihan Puasa Ayyamul Bidh Apakah kelebihan mengamal Puasa Hari Putih ini? Berikut beberapa kelebihan yang terdapat pada puasa Ayyamul Bidh ini: 1. Mendapat Pahala Seperti Puasa Setahun Diriwayatkan bahawa puasa Ayyamul Bidh mempunyai kelebihan pahala yang sama seperti orang yang melakukan puasa sepanjang tahun. Puasa pada 3 hari tiap bulannya merupakan serupa puasa sepanjang tahun.” — Hadis riwayat Bukhari :1979none Perkara ini juga disokong dengan riwayat lain: Berpuasa tiga hari setiap bulan sama dengan berpuasa sepanjang tahun dan hari-hari putih itu adalah tanggal 13, 14 dan 15.” — Hadis riwayat an-Nasai’enone 2. Sunnah Yang Tidak Pernah Ditinggalkan Oleh Nabi ï·º Dalam riwayat Abu Hurairah pula, disebutkan: Kekasihku (Rasulullah) mewasiatkan padaku tiga nasihat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati yakni berpuasa tiga hari setiap bulannya, mengerjakan solat dhuha, mengerjakan solat witir sebelum tidur.” Hadis Riwayat Bukharinone 3. Meningkatkan Ketahanan Badan Melawan Kanser Terbukti baik untuk kesihatan secara saintifik untuk mengelakkan kanser dan meningkat sistem imun badan. Kajian mengenainya boleh dibaca pada journal saintifik ini: 4. Sebagai Alternatif Kepada Larangan Puasa Sepanjang Tahun (Puasa Dahr). Waktu yang paling utama untuk melakukan puasa tiga hari adalah pada hari-hari bidh (putih/terang), laitu hari yang ke-13,14 dan 15 dalam setiap bulan hijriah. Ini kerana Rasulullah ï·º pernah memerintahkan perkara ini secara khusus dalam hadis yang sahih. Rasulullah ï·º melarang seseorang berpuasa pada setiap hari sepanjang tahun (Puasa Dahr). Kemudian Baginda ï·º membimbing mereka kepada kebaikan dan keutamaan yang mereka mampu kerjakan secara rutin. Hadis-hadis di atas menunjukkan tentang keutamaan melaksanakan amal ibadah secara berterusan. Rasulullah ï·º bersabda, Amalan (ibadah) yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berterusan, walaupun sedikit. ” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)none Adakah Wajib Berpuasa Tiga Hari Berturut-turut? niat puasa enam dan qadha Timbul satu persoalan dari ramai orang awam, adakah Puasa Hari Putih atau Ayyamul Bidh ini perlu dilakukan secara 3 hari berturut-turut? Jawapannya, secara ringkasnya TIDAK. Walaupun puasa tersebut tiga hari, ia bukanlah satu kesatuan yang saling membatalkan jika tidak dilaksanakan salah satu daripadanya. Kita boleh berpuasa tiga hari, boleh juga berpuasa dua hari, ataupun hanya berpuasa satu hari sahaja. Apatah lagi memandangkan puasa ini hanyalah puasa sunat sahaja, bukan puasa yang wajib. Tidak ada dalil yang mengatakan ia perlu dilakukan tiga hari berturut-turut, di mana apabila salah satu daripadanya ditinggalkan, maka semuanya perlu ditinggalkan. Puasa sunah tiga hari ini tidak mensyaratkan mutatabi’ah (berturut-turut), sebagaimana Puasa Kafarah yang diwajibkan ke atas seseorang yang melakukan persetubuhan di siang hari pada Bulan Ramadan. Oleh itu, seseorang diharuskan untuk berpuasa pada salah satu daripada tiga hari tersebut. Bagaimana Pula Dengan Pahalanya? sudah tentu pahala orang yang berpuasa tiga hari berbeza dengan orang yang berpuasa hanya satu atau dua hari sahaja. Tetapi daripada tidak mendapat pahala langsung, maka lebih baik kita memperolehi sebahagiannya. Ini bersesuai dengan kaedah fikah, ‘”Maa laa yudraku kulluhu laa yutraku kulluhu, (Sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan keseluruhannya, tidak pula ditinggalkan semuanya).” Penutup Puasa sunat adalah salah satu ibadah sunat yang sangat digalakkan. Allah sangat menyukai orang yang berpuasa kerana Allah, sehinggakan Allah telah menjanjikan gerbang khusus di syurga bagi yang suka berpuasa, iaitu Ar-Rayyan.” — Hadis Riwayat Muslimnone Nabi Muhammad saw telah membawa seluruh umat manusia ke arah satu dimensi kehidupan yang jauh lebih baik. Malah Allah menjamin keselamatan di dunia dan di akhirat bagi sesiapa yang mengikuti jejak Rasulullah saw seperti mana yang telah disunahkan. Banyak amalan sunat yang diamalkan dan diwariskan kepada para sahabat, tabi’in (orang yang mengikuti), tabi’ tabi’in (orang yang ikut orang yang mengikuti) dan sehinggalah sampai kepada umat Islam pada hari ini. Semoga panduan ini dapat membantu anda. Muhamad Naim Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Berkongsi ilmu adalah perkara paling baik yang dapat dilakukan untuk mengubah dunia kepada yang lebih baik. Semoga Allah redha. Suka Apa Yang Anda Baca? Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA! https://akuislam.com/blog/ibadah/puasa-hari-putih/
    AKUISLAM.COM
    NIAT PUASA HARI PUTIH (Ayyamul Bidh)
    Apakah lafaz niat Puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh)? Ini adalah panduan lengkap mengenai Puasa Hari Putih. Dalil, waktu & kelebihannya.
    0 Comments 0 Shares 6311 Views
  • Assalamualaikum sahabat-sahabat,

    Pernah tak kita rasa bangga sangat dengan kejayaan yang kita capai? Alhamdulillah, itu memang bagus! Tapi, jangan lupa satu perkara penting, kita bukan insan yang hebat sebenarnya... tapi Allah Yang Maha Hebat yang telah membantu kita.

    Setiap kali kita berjaya, baik dalam kerjaya, pelajaran, atau apa saja, ingatlah bahwa itu semua adalah dengan izin dan bantuan Allah. Tanpa kehendak-Nya, apa pun tak mungkin terjadi.

    Kadang-kadang, kita mudah terbawa dengan kejayaan dan lupa untuk berterima kasih kepada-Nya. Kita mungkin fikir semua itu hasil usaha keras kita sendiri. Tapi sebenarnya, siapa yang memberi kita kekuatan, kesihatan, akal untuk berusaha? Semua itu adalah kurniaan dari Allah.

    Bersambung 👇

    Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam sebuah hadis:

    كُلُّكُمْ بِنِعْمَةِ اللَّهِ فَقِيرٌ

    Maksudnya; "Kamu semua adalah fakir (memerlukan) kepada nikmat Allah."

    Hadis ini mengajar kita bahawa dalam apa jua keadaan, kita semua memerlukan pertolongan dan nikmat Allah. Jadi, bila kita berjaya, janganlah kita terlalu bangga. Sebaliknya, gunakan kejayaan itu sebagai cara untuk bersyukur dan membantu orang lain.

    Mari kita berdoa:

    يَا اللَّهُ، بِكُلِّ كَرَمِكَ وَفَضْلِكَ، جَعَلْنَا مِنَ الشَّاكِرِينَ وَالْمُتَوَاضِعِينَ

    Maksudnya; "Ya Allah, dengan segala kemurahan dan kurnia-Mu, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang bersyukur dan rendah hati."

    Semoga kita sentiasa diingatkan untuk tidak terlalu bangga dengan kejayaan kita dan selalu ingat pada Yang Maha Kuasa yang telah membantu kita. Amin!

    #Bersyukur #RendahHati 🌼🌿
    #cp
    #IslamForU
    Assalamualaikum sahabat-sahabat, Pernah tak kita rasa bangga sangat dengan kejayaan yang kita capai? Alhamdulillah, itu memang bagus! Tapi, jangan lupa satu perkara penting, kita bukan insan yang hebat sebenarnya... tapi Allah Yang Maha Hebat yang telah membantu kita. Setiap kali kita berjaya, baik dalam kerjaya, pelajaran, atau apa saja, ingatlah bahwa itu semua adalah dengan izin dan bantuan Allah. Tanpa kehendak-Nya, apa pun tak mungkin terjadi. Kadang-kadang, kita mudah terbawa dengan kejayaan dan lupa untuk berterima kasih kepada-Nya. Kita mungkin fikir semua itu hasil usaha keras kita sendiri. Tapi sebenarnya, siapa yang memberi kita kekuatan, kesihatan, akal untuk berusaha? Semua itu adalah kurniaan dari Allah. Bersambung 👇 Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam sebuah hadis: كُلُّكُمْ بِنِعْمَةِ اللَّهِ فَقِيرٌ Maksudnya; "Kamu semua adalah fakir (memerlukan) kepada nikmat Allah." Hadis ini mengajar kita bahawa dalam apa jua keadaan, kita semua memerlukan pertolongan dan nikmat Allah. Jadi, bila kita berjaya, janganlah kita terlalu bangga. Sebaliknya, gunakan kejayaan itu sebagai cara untuk bersyukur dan membantu orang lain. Mari kita berdoa: يَا اللَّهُ، بِكُلِّ كَرَمِكَ وَفَضْلِكَ، جَعَلْنَا مِنَ الشَّاكِرِينَ وَالْمُتَوَاضِعِينَ Maksudnya; "Ya Allah, dengan segala kemurahan dan kurnia-Mu, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang bersyukur dan rendah hati." Semoga kita sentiasa diingatkan untuk tidak terlalu bangga dengan kejayaan kita dan selalu ingat pada Yang Maha Kuasa yang telah membantu kita. Amin! #Bersyukur #RendahHati 🌼🌿 #cp #IslamForU
    0 Comments 0 Shares 2766 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 12 Jamadil Awwal 1445H☆

    یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰ⁠مِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

    "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Maʾidah 8]

    #Menurut Ibn Manzur: "Keadilan pada bahasa ialah tidak berat sebelah atau menetapkan sesuatu dengan benar".

    #Dari segi konsep, beliau menyebut:

    العَدلُ ما قامَ في النُّفوسِ أنَّه مُستَقيمٌ وهو ضِدَّ الجور

    "Bahawa yang dimaksudkan dengan keadilan ialah sesuatu yang sudah mantap dalam fikiran sebagai perkara yang lurus" (Lihat: Lisan al-‘Arab)

    #Lipatan sejarah Islam telah menyaksikan betapa sistem pemerintahan Islam telah menjamin keadilan, kebahagiaan dan keamanan bagi segenap lapisan rakyat dan masyarakat. Hayatilah beberapa catatan keadilan dan keindahan pemerintahan Islam dalam catatan sejarah Pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi:

    #Semasa penaklukan semula Palestin, dicatatkan seramai lebih daripada 100,000 orang Kristian termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah ditawan oleh tentera Islam. (Lihat Kitab al-Fath al-Qussi fi al-Fath al-Qudsi oleh Imad al-Din al-Isfahani).  

    #Berbanding apa yang telah dilakukan oleh tentera Salib terhadap umat Islam sebelum ini yang telah dikenakan hukuman bunuh. Salahuddin sebaliknya mengambil sikap memaafkan kepada masyarakat Kristian. Malah, kesemua mereka dibebaskan setelah membayar wang tebusan diri iaitu bagi lelaki 10 dinar, perempuan sebanyak 5 dinar dan kanak-kanak dikenakan 2 dinar. (Lihat al-Islam wa al-Qadiyyah al-Filistiniyyah oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan)

    #Orang-orang miskin seramai 7000 orang juga telah dibebaskan dengan jumlah pembayaran sebanyak 30,000 dinar secara sekaligus. Walaubagaimanapun, sekiranya wang tebusan diri tersebut tidak mampu dibayar oleh sebahagian mereka, maka secara automatik mereka akan terus berada dalam tahanan.
    Hal ini mencerminkan kebaikan, keselamatan dan keamanan Islam itu sendiri kerana pendekatan yang diambil oleh Salahuddin tersebut menjadikan pertempuran dan pertentangan dapat dielakkan. Ini sekaligus menatijahkan tragedi kehilangan nyawa dan pertumpahan darah yang dahsyat dapat dielakkan.

    #Dicatatkan bahawa Salahuddin turut membekalkan sejumlah wang dan haiwan tunggangan apabila beliau melihat ada para tebusan yang membawa ibu bapa dan saudara tetangga yang telah berumur. Ini berlaku dalam kalangan mereka yang telah membayar wang tebusan diri untuk bebas. (Lihat al-Islam wa al-Qadiyyah al-Filistiniyyah oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan)

    #Bahkan, bagi memastikan mereka selamat sampai ke destinasi yang dituju, Salahuddin turut mengarahkan tenteranya agar mengiringi para tebusan tersebut.

    #... Bersambung ...

    ♡Hal ini jelas menggambarkan bagaimana sikap Islam yang penuh dengan keramahan, keamanan, keharmonian, toleransi dan keadilan dalam membentuk satu sistem kehidupan masyarakat majmuk yang aman dan damai♡

    🐊Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 12 Jamadil Awwal 1445H☆ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰ⁠مِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Maʾidah 8] #Menurut Ibn Manzur: "Keadilan pada bahasa ialah tidak berat sebelah atau menetapkan sesuatu dengan benar". #Dari segi konsep, beliau menyebut: العَدلُ ما قامَ في النُّفوسِ أنَّه مُستَقيمٌ وهو ضِدَّ الجور "Bahawa yang dimaksudkan dengan keadilan ialah sesuatu yang sudah mantap dalam fikiran sebagai perkara yang lurus" (Lihat: Lisan al-‘Arab) #Lipatan sejarah Islam telah menyaksikan betapa sistem pemerintahan Islam telah menjamin keadilan, kebahagiaan dan keamanan bagi segenap lapisan rakyat dan masyarakat. Hayatilah beberapa catatan keadilan dan keindahan pemerintahan Islam dalam catatan sejarah Pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi: #Semasa penaklukan semula Palestin, dicatatkan seramai lebih daripada 100,000 orang Kristian termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah ditawan oleh tentera Islam. (Lihat Kitab al-Fath al-Qussi fi al-Fath al-Qudsi oleh Imad al-Din al-Isfahani).   #Berbanding apa yang telah dilakukan oleh tentera Salib terhadap umat Islam sebelum ini yang telah dikenakan hukuman bunuh. Salahuddin sebaliknya mengambil sikap memaafkan kepada masyarakat Kristian. Malah, kesemua mereka dibebaskan setelah membayar wang tebusan diri iaitu bagi lelaki 10 dinar, perempuan sebanyak 5 dinar dan kanak-kanak dikenakan 2 dinar. (Lihat al-Islam wa al-Qadiyyah al-Filistiniyyah oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan) #Orang-orang miskin seramai 7000 orang juga telah dibebaskan dengan jumlah pembayaran sebanyak 30,000 dinar secara sekaligus. Walaubagaimanapun, sekiranya wang tebusan diri tersebut tidak mampu dibayar oleh sebahagian mereka, maka secara automatik mereka akan terus berada dalam tahanan. Hal ini mencerminkan kebaikan, keselamatan dan keamanan Islam itu sendiri kerana pendekatan yang diambil oleh Salahuddin tersebut menjadikan pertempuran dan pertentangan dapat dielakkan. Ini sekaligus menatijahkan tragedi kehilangan nyawa dan pertumpahan darah yang dahsyat dapat dielakkan. #Dicatatkan bahawa Salahuddin turut membekalkan sejumlah wang dan haiwan tunggangan apabila beliau melihat ada para tebusan yang membawa ibu bapa dan saudara tetangga yang telah berumur. Ini berlaku dalam kalangan mereka yang telah membayar wang tebusan diri untuk bebas. (Lihat al-Islam wa al-Qadiyyah al-Filistiniyyah oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan) #Bahkan, bagi memastikan mereka selamat sampai ke destinasi yang dituju, Salahuddin turut mengarahkan tenteranya agar mengiringi para tebusan tersebut. #... Bersambung ... ♡Hal ini jelas menggambarkan bagaimana sikap Islam yang penuh dengan keramahan, keamanan, keharmonian, toleransi dan keadilan dalam membentuk satu sistem kehidupan masyarakat majmuk yang aman dan damai♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 4518 Views
  • Majlis Ugama Islam Singapura

    Khutbah Jumaat

    24 November 2023 / 10 Jamadil Awal 1445H

    Berhikmah dalam Memahami Teks Agama



    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

    Marilah kita bertakwa kepada Allah (S.W.T.) dengan melaksanakan segala perintahNya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita memperolehi ilmu yang bermanfaat dan kekal terpandu di atas jalan yang diredhai-Nya. Amin.

    Para jemaah yang dihormati sekalian,

    Rasulullah (S.A.W.) telah meninggalkan banyak pengajaran buat umat manusia agar ia dapat dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan di dunia ini sebagai jambatan bagi kehidupan di alam akhirat yang lebih kekal nanti.

    Sebagai umat Islam, kita sentiasa diingatkan untuk berusaha memperolehi pemahaman yang tepat akan nas-nas agama. Al-Quran dan Hadis itu bukanlah hanya merupakan coretan teks-teks agama di sebalik lembaran kitab, akan tetapi kefahaman yang betul di sebalik teks-teks agama juga merupakan sebahagian daripada tuntutan Al-Quran dan Hadis.

    Sidang Jumaat yang saya muliakan,

    Konflik yang berlarutan di Palestin yang kita saksikan sekarang ini telah mengorbankan ribuan nyawa mereka yang tidak berdosa. Ini disebabkan tindakan rambang dan melampau oleh pihak yang memiliki kuasa tanpa menghiraukan atau menghormati peraturan antarabangsa. Ini adalah sama sekali tidak dapat diterima. Kita berdoa agar Allah (S.W.T.) memberi petunjuk kepada kepimpinan dunia agar berusaha lebih serius dalam mencari huraian kepada penderitaan yang dilalui oleh para penduduk Gaza dan Palestin.

    Di samping berasa sedih, kerdil dan bergantung kepada kekuatan doa serta menghulurkan bantuan apa yang terdaya dari jauh, terdapat sebahagian umat Islam yang menyaksikan peristiwa ini membuat andaian dan tafsiran terhadap nas-nas agama dengan cara yang simplistik dan mendatar. Hal ini dapat kita saksikan dalam sebahagian perkongsian di media sosial, di mana mereka mengaitkan secara langsung peristiwa ini dengan apa yang diriwayatkan mengenai fitnah akhir zaman. Tafsiran sebegini boleh membawa kepada salah pengertian terhadap nas agama jika tidak didasari dengan panduan yang jelas dan betul.

    Kadangkala salah pengertian sebegini boleh menyebabkan seseorang berasa putus asa dan mula meninggalkan tanggungjawab duniawinya hanya kerana hendak memberi tumpuan kepada amal ibadah demi bersiap menghadapi kiamat yang bakal tiba.

    Yang jelasnya, apa yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini tidak dapat ditafsirkan dan dikaitkan secara pasti dengan sebahagian nas-nas spesifik Al-Quran dan Hadis yang menyebut mengenai beberapa fitnah akhir zaman. Malahan, terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menggunakan peristiwa sebegini untuk mengetengahkan agenda pelampauan mereka. Mereka lalu menyalahgunakan nas-nas agama untuk menghalalkan tindakan-tindakan mereka yang melampau.

    Masih segar lagi dalam ingatan kita peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu bagaimana puak radikal ISIS telah menggunakan nas-nas berkaitan “bendera hitam” bagi menyokong agenda mereka, lalu menghalalkan tindakan ganas mereka yang sama sekali tidak dibenarkan di dalam agama.

    Maka atas dasar ini, masyarakat Islam perlu lebih berhati-hati ketika berhadapan dengan penafsiran yang simplistik dan tidak jelas. Ia tidak seharusnya dianggap sebagai satu kebenaran yang pasti. Ketahuilah, bersikap waspada terhadap penafsiran agama tidak bererti menolak periwayatan nas-nas agama yang sahih. Akan tetapi yang dipersoalkan sebenarnya adalah pentakwilan dan penentuan konteks bagi nas-nas tersebut, sekiranya ia tidak menepati penjelasan para ulama dan penafsiran yang muktabar.

    Saudara dan Saudari yang saya hormati,

    Terdapat banyak pengajaran yang boleh diraih di sebalik nas-nas berkaitan akhir zaman. Di kesempatan ini, izinkan saya untuk mengongsikan dua perkara utama yang boleh kita hayati bersama dalam membahaskan berkaitan teks-teks agama ini:

    Pertama: Fitnah atau ujian akhir zaman merupakan salah satu bentuk ujian kehidupan yang sudah ditentukan oleh Allah (S.W.T.) ke atas hamba-hambaNya. Sebenarnya, Allah (S.W.T.) ingin menguji siapakah di antara hamba-hambaNya yang lebih baik amalannya. Firman Allah (S.W.T.):



    Yang bermaksud: "Dia yang telah mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Mulk, ayat 2).

    Perjalanan kita di dunia ini adalah suatu medan untuk kita memperkukuhkan iman, mempertingkatkan amalan soleh dan memupuk daya tahan dalam menghadapi sebarang bentuk kesulitan mahupun ujian dengan penuh ketaatan dan kesabaran. Sebagai seorang mukmin, kita seharusnya tidak mudah mengeluh ataupun menyalahkan takdir, tetapi sebaliknya kita memperkukuhkan hubungan kita kepada Allah (S.W.T.) dan mencari jalan penyelesaian dengan penuh hikmah dan kesabaran.

    Saudara dan Saudari yang dirahmati Allah,

    Perkara kedua yang boleh sama-sama kita pelajari daripada panduan Rasulullah (S.A.W.) berkaitan akhir zaman ini adalah, ia sebenarnya mengingatkan kita untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan alam akhirat. Kita diingatkan untuk memperbanyakkan amal kebajikan, melakukan kebaikan dan memberi kemanfaatan buat umat manusia sejagat. Bahkan semangat menyumbang dan melakukan kebaikan ini tetap perlu terus dihidupkan walaupun jika kita mengetahui bahawa kiamat berlaku esok.

    Dalam hal ini, Rasulullah (S.A.W.) berpesan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud: "Jika hari kiamat tiba dan di tangan salah seorang daripada kamu ada benih, maka jika ia mampu untuk menanamnya sebelum terjadi kiamat, maka hendaklah ia melakukannya."

    Nabi (S.A.W.) meninggalkan panduan yang amat berharga buat kita. Baginda memberi dorongan dan semangat positif kepada umatnya, agar tetap berusaha melakukan kebaikan dan kebajikan pada setiap masa dan keadaan.

    Maka ayuh saudaraku, marilah kita mendalami ilmu dan memahami teks agama dengan baik. Rujuklah kepada pakar dan para asatizah kita. Dan dalam kita mengharungi detik-detik yang mencabar ini, marilah kita bersama-sama mengukuhkan keimanan, mengutuhkan ketakwaan dan terus melakukan kebaikan kepada semua insan. Hanya kepada Allah kita berserah, kepada-Nya kita mengharapkan bantuan dan kepada-Nya juga kita kembali.

    Semoga Allah (S.W.T.) mengurniakan kita iman yang kukuh, kesabaran yang jitu dan istiqamah untuk kita terus menanam benih-benih kebaikan hingga hembusan nafas kita yang terakhir. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

    أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم



    Khutbah Kedua

    الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.

    أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

    وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

    عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.


    https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/443
    Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 24 November 2023 / 10 Jamadil Awal 1445H Berhikmah dalam Memahami Teks Agama Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Marilah kita bertakwa kepada Allah (S.W.T.) dengan melaksanakan segala perintahNya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita memperolehi ilmu yang bermanfaat dan kekal terpandu di atas jalan yang diredhai-Nya. Amin. Para jemaah yang dihormati sekalian, Rasulullah (S.A.W.) telah meninggalkan banyak pengajaran buat umat manusia agar ia dapat dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan di dunia ini sebagai jambatan bagi kehidupan di alam akhirat yang lebih kekal nanti. Sebagai umat Islam, kita sentiasa diingatkan untuk berusaha memperolehi pemahaman yang tepat akan nas-nas agama. Al-Quran dan Hadis itu bukanlah hanya merupakan coretan teks-teks agama di sebalik lembaran kitab, akan tetapi kefahaman yang betul di sebalik teks-teks agama juga merupakan sebahagian daripada tuntutan Al-Quran dan Hadis. Sidang Jumaat yang saya muliakan, Konflik yang berlarutan di Palestin yang kita saksikan sekarang ini telah mengorbankan ribuan nyawa mereka yang tidak berdosa. Ini disebabkan tindakan rambang dan melampau oleh pihak yang memiliki kuasa tanpa menghiraukan atau menghormati peraturan antarabangsa. Ini adalah sama sekali tidak dapat diterima. Kita berdoa agar Allah (S.W.T.) memberi petunjuk kepada kepimpinan dunia agar berusaha lebih serius dalam mencari huraian kepada penderitaan yang dilalui oleh para penduduk Gaza dan Palestin. Di samping berasa sedih, kerdil dan bergantung kepada kekuatan doa serta menghulurkan bantuan apa yang terdaya dari jauh, terdapat sebahagian umat Islam yang menyaksikan peristiwa ini membuat andaian dan tafsiran terhadap nas-nas agama dengan cara yang simplistik dan mendatar. Hal ini dapat kita saksikan dalam sebahagian perkongsian di media sosial, di mana mereka mengaitkan secara langsung peristiwa ini dengan apa yang diriwayatkan mengenai fitnah akhir zaman. Tafsiran sebegini boleh membawa kepada salah pengertian terhadap nas agama jika tidak didasari dengan panduan yang jelas dan betul. Kadangkala salah pengertian sebegini boleh menyebabkan seseorang berasa putus asa dan mula meninggalkan tanggungjawab duniawinya hanya kerana hendak memberi tumpuan kepada amal ibadah demi bersiap menghadapi kiamat yang bakal tiba. Yang jelasnya, apa yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini tidak dapat ditafsirkan dan dikaitkan secara pasti dengan sebahagian nas-nas spesifik Al-Quran dan Hadis yang menyebut mengenai beberapa fitnah akhir zaman. Malahan, terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menggunakan peristiwa sebegini untuk mengetengahkan agenda pelampauan mereka. Mereka lalu menyalahgunakan nas-nas agama untuk menghalalkan tindakan-tindakan mereka yang melampau. Masih segar lagi dalam ingatan kita peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu bagaimana puak radikal ISIS telah menggunakan nas-nas berkaitan “bendera hitam” bagi menyokong agenda mereka, lalu menghalalkan tindakan ganas mereka yang sama sekali tidak dibenarkan di dalam agama. Maka atas dasar ini, masyarakat Islam perlu lebih berhati-hati ketika berhadapan dengan penafsiran yang simplistik dan tidak jelas. Ia tidak seharusnya dianggap sebagai satu kebenaran yang pasti. Ketahuilah, bersikap waspada terhadap penafsiran agama tidak bererti menolak periwayatan nas-nas agama yang sahih. Akan tetapi yang dipersoalkan sebenarnya adalah pentakwilan dan penentuan konteks bagi nas-nas tersebut, sekiranya ia tidak menepati penjelasan para ulama dan penafsiran yang muktabar. Saudara dan Saudari yang saya hormati, Terdapat banyak pengajaran yang boleh diraih di sebalik nas-nas berkaitan akhir zaman. Di kesempatan ini, izinkan saya untuk mengongsikan dua perkara utama yang boleh kita hayati bersama dalam membahaskan berkaitan teks-teks agama ini: Pertama: Fitnah atau ujian akhir zaman merupakan salah satu bentuk ujian kehidupan yang sudah ditentukan oleh Allah (S.W.T.) ke atas hamba-hambaNya. Sebenarnya, Allah (S.W.T.) ingin menguji siapakah di antara hamba-hambaNya yang lebih baik amalannya. Firman Allah (S.W.T.): Yang bermaksud: "Dia yang telah mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Mulk, ayat 2). Perjalanan kita di dunia ini adalah suatu medan untuk kita memperkukuhkan iman, mempertingkatkan amalan soleh dan memupuk daya tahan dalam menghadapi sebarang bentuk kesulitan mahupun ujian dengan penuh ketaatan dan kesabaran. Sebagai seorang mukmin, kita seharusnya tidak mudah mengeluh ataupun menyalahkan takdir, tetapi sebaliknya kita memperkukuhkan hubungan kita kepada Allah (S.W.T.) dan mencari jalan penyelesaian dengan penuh hikmah dan kesabaran. Saudara dan Saudari yang dirahmati Allah, Perkara kedua yang boleh sama-sama kita pelajari daripada panduan Rasulullah (S.A.W.) berkaitan akhir zaman ini adalah, ia sebenarnya mengingatkan kita untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan alam akhirat. Kita diingatkan untuk memperbanyakkan amal kebajikan, melakukan kebaikan dan memberi kemanfaatan buat umat manusia sejagat. Bahkan semangat menyumbang dan melakukan kebaikan ini tetap perlu terus dihidupkan walaupun jika kita mengetahui bahawa kiamat berlaku esok. Dalam hal ini, Rasulullah (S.A.W.) berpesan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud: "Jika hari kiamat tiba dan di tangan salah seorang daripada kamu ada benih, maka jika ia mampu untuk menanamnya sebelum terjadi kiamat, maka hendaklah ia melakukannya." Nabi (S.A.W.) meninggalkan panduan yang amat berharga buat kita. Baginda memberi dorongan dan semangat positif kepada umatnya, agar tetap berusaha melakukan kebaikan dan kebajikan pada setiap masa dan keadaan. Maka ayuh saudaraku, marilah kita mendalami ilmu dan memahami teks agama dengan baik. Rujuklah kepada pakar dan para asatizah kita. Dan dalam kita mengharungi detik-detik yang mencabar ini, marilah kita bersama-sama mengukuhkan keimanan, mengutuhkan ketakwaan dan terus melakukan kebaikan kepada semua insan. Hanya kepada Allah kita berserah, kepada-Nya kita mengharapkan bantuan dan kepada-Nya juga kita kembali. Semoga Allah (S.W.T.) mengurniakan kita iman yang kukuh, kesabaran yang jitu dan istiqamah untuk kita terus menanam benih-benih kebaikan hingga hembusan nafas kita yang terakhir. Amin ya Rabbal ‘Alamin. أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم Khutbah Kedua الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ Ø£ÙŽÙ† لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ. أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ. https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/443
    0 Comments 0 Shares 5792 Views
More Results