• ☆Tadabbur Kalamullah 22 Ramadhan 1445H☆

    لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

    "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

    #Menurut Syeikh Ali bin Ubaidillah: "Dinamakan malam al-Qadar kerana diturunkan pada malam tersebut kitab yang mempunyai kemuliaan di samping rahmat dan malaikat juga turun pada malam tersebut".

    #Kemuliaan apa lagi yang lebih agung dari suatu malam yang menjadi permulaan turunnya cahaya dan petunjuk kepada seluruh manusia setelah berlalunya beberapa abad kaum Quraisy yang berada dalam kesesatan menyembah berhala.

    #Tidak ada lagi keagungan yang lebih tinggi dari suatu malam yang menjadi saat bersinarnya cahaya pengetahuan Ilahi ke hati Rasulullah saw sebagai bukti rahmat kepada hamba-hambaNya.

    Berkata Imam Ad-Dahhaq: "Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan".

    #Berkata pula Imam Mujahid: "Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut".

    #Sebahagian para ulamak telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadhan, antaranya ialah:

    1. Berkata Sayidina Ubadah bin al-Somit r.a: "Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.

    2. Daripada Sayidina Ubay bin Kaab r.a menyatakan daripada Nabi saw sabdanya: "Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan".

    3. Riwayat daripada Sayidina Ibn Mas’ud: "Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar" (Lihat: Umdah al-Qari)

    #Antara doa terbaik untuk dibaca pada malam lailatulqadar ialah yang diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha, bahawa beliau bertanya Nabi saw: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi saw bersabda:

    اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

    "Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku" (HR at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)

    #Imam an-Nawawi berkata bahawa ashab kami (ulamak Syafieyyah) mengatakan disunatkan memperbanyakkan membaca doa ini pada malam al-Qadar. Begitu juga, disunatkan membaca al-Quran, zikir-zikir dan doa-doa yang disunatkan pada tempat-tempat yang mulia. (Lihat: al-Azkar)

    ♡Banyakkan beramal di 10 malam terakhir Ramadhan. Moga kita bertemu malam al-Qadar. Aamiiin♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 22 Ramadhan 1445H☆ لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3] #Menurut Syeikh Ali bin Ubaidillah: "Dinamakan malam al-Qadar kerana diturunkan pada malam tersebut kitab yang mempunyai kemuliaan di samping rahmat dan malaikat juga turun pada malam tersebut". #Kemuliaan apa lagi yang lebih agung dari suatu malam yang menjadi permulaan turunnya cahaya dan petunjuk kepada seluruh manusia setelah berlalunya beberapa abad kaum Quraisy yang berada dalam kesesatan menyembah berhala. #Tidak ada lagi keagungan yang lebih tinggi dari suatu malam yang menjadi saat bersinarnya cahaya pengetahuan Ilahi ke hati Rasulullah saw sebagai bukti rahmat kepada hamba-hambaNya. Berkata Imam Ad-Dahhaq: "Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan". #Berkata pula Imam Mujahid: "Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut". #Sebahagian para ulamak telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadhan, antaranya ialah: 1. Berkata Sayidina Ubadah bin al-Somit r.a: "Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. 2. Daripada Sayidina Ubay bin Kaab r.a menyatakan daripada Nabi saw sabdanya: "Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan". 3. Riwayat daripada Sayidina Ibn Mas’ud: "Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar" (Lihat: Umdah al-Qari) #Antara doa terbaik untuk dibaca pada malam lailatulqadar ialah yang diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha, bahawa beliau bertanya Nabi saw: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi saw bersabda: اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي "Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku" (HR at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad) #Imam an-Nawawi berkata bahawa ashab kami (ulamak Syafieyyah) mengatakan disunatkan memperbanyakkan membaca doa ini pada malam al-Qadar. Begitu juga, disunatkan membaca al-Quran, zikir-zikir dan doa-doa yang disunatkan pada tempat-tempat yang mulia. (Lihat: al-Azkar) ♡Banyakkan beramal di 10 malam terakhir Ramadhan. Moga kita bertemu malam al-Qadar. Aamiiin♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 2601 Views
  • Hidup Ini Tujuan nya Mencari Tuhan

    Dari zaman sekolah sampai ke universiti, dah biasa diajar kata kata keramat "percaya pada diri", "apa kita usaha kita akan dapat", "usaha kita sekarang adalah penentu masa depan", "jika kau fikir kau boleh, kau pasti boleh lakukan", "you are what you think" dan banyak lagilah.

    Jujurnya, penat chasing hidup berlumba ni. Namun, tiada siapa kejutkan saya. "

    Dik, kau tak perlu pun berlumba-lumba."

    Yang ada sebelah kanan kiri saya, semua berkejaran, berlumba-lumba macam masuk 400x lumba lari.

    Rupanya bukan kata-kata keramat semua tu, tapi membunuh roh sampai hancur lumat, mengundang maksiat (derhaka kepada Allah). Lalu, membesarkan ananiyah. Nilah punca kita TERHIJAB UNTUK FAHAM TANDA AKHIR ZAMAN.

    Membesarkan nafsu sendiri. Buang pergantungan kepada Tuhan. Kau sibuk berusaha konon mesti dapat, tapi kau lupa apa maksud beriman qada qadar. Lepas tu kau menyalahkan Tuhan..padahal kata keramat kau tu semua mengarut.

    Bila belajar tasawuf, tetiba diajar tawakal itu lebih penting dari segala yang penting. Sebab kita mampu berusaha pun atas tawakal kepada Allah. Kita pun konfius, aik dulu rasanya belajar kena bergantung kepada usaha je. Tawakal tu last sekali. So terpaksa reset otak semula. Penat jugak saya nak reset, tambah pulak saya spesies top scorer dan high competitor. Sedih, nobody tell me. Sis, this is a wrong way.

    Sebab tu maksud tawakal tu sendiri kena clear. Iman qada qadar kena clear. Sistem pendidikan kita harini telah MEMBUNUH TAUHID & TASAWUF.

    Semoga Allah selamatkan siapa yang nampak. Mohon ibu ayah sentiasa betulkan pemikiran anak-anak sendiri. Cukup cukuplah generasi saya dah dirosakkan. Cukuplah. Pedih.

    Sesungguhnya, anxiety, bunuh diri, tekanan hidup adalah bayaran kepada sistem jahiliyah ini dan kita dah hidup selama 100 tahun dengan sistem ini. Kita semua mangsa. Mak ayah kita mangsa. Yang sedar, sedarlah.

    Wallahualam, sekadar berkongsi apa yang saya dah alami dan Allah yang kejutkan saya atas rahmatNya. Sesungguhnya, bergantung kepada diri adalah permulaan kepada kesengsaraan hidup.

    Mana Tuhan kamu?


    #akhirzaman
    #fitnah
    Hidup Ini Tujuan nya Mencari Tuhan Dari zaman sekolah sampai ke universiti, dah biasa diajar kata kata keramat "percaya pada diri", "apa kita usaha kita akan dapat", "usaha kita sekarang adalah penentu masa depan", "jika kau fikir kau boleh, kau pasti boleh lakukan", "you are what you think" dan banyak lagilah. Jujurnya, penat chasing hidup berlumba ni. Namun, tiada siapa kejutkan saya. " Dik, kau tak perlu pun berlumba-lumba." Yang ada sebelah kanan kiri saya, semua berkejaran, berlumba-lumba macam masuk 400x lumba lari. Rupanya bukan kata-kata keramat semua tu, tapi membunuh roh sampai hancur lumat, mengundang maksiat (derhaka kepada Allah). Lalu, membesarkan ananiyah. Nilah punca kita TERHIJAB UNTUK FAHAM TANDA AKHIR ZAMAN. Membesarkan nafsu sendiri. Buang pergantungan kepada Tuhan. Kau sibuk berusaha konon mesti dapat, tapi kau lupa apa maksud beriman qada qadar. Lepas tu kau menyalahkan Tuhan..padahal kata keramat kau tu semua mengarut. Bila belajar tasawuf, tetiba diajar tawakal itu lebih penting dari segala yang penting. Sebab kita mampu berusaha pun atas tawakal kepada Allah. Kita pun konfius, aik dulu rasanya belajar kena bergantung kepada usaha je. Tawakal tu last sekali. So terpaksa reset otak semula. Penat jugak saya nak reset, tambah pulak saya spesies top scorer dan high competitor. Sedih, nobody tell me. Sis, this is a wrong way. Sebab tu maksud tawakal tu sendiri kena clear. Iman qada qadar kena clear. Sistem pendidikan kita harini telah MEMBUNUH TAUHID & TASAWUF. Semoga Allah selamatkan siapa yang nampak. Mohon ibu ayah sentiasa betulkan pemikiran anak-anak sendiri. Cukup cukuplah generasi saya dah dirosakkan. Cukuplah. Pedih. Sesungguhnya, anxiety, bunuh diri, tekanan hidup adalah bayaran kepada sistem jahiliyah ini dan kita dah hidup selama 100 tahun dengan sistem ini. Kita semua mangsa. Mak ayah kita mangsa. Yang sedar, sedarlah. Wallahualam, sekadar berkongsi apa yang saya dah alami dan Allah yang kejutkan saya atas rahmatNya. Sesungguhnya, bergantung kepada diri adalah permulaan kepada kesengsaraan hidup. Mana Tuhan kamu? #akhirzaman #fitnah
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 2687 Views
  • *ABAH GURU SEKUMPUL BERPESAN "JIKA INGIN SELAMAT DI AKHIR ZAMAN INI"*

    1. Jangan banyak cakap (bicara).

    Rasulullah ﷺ juga telah mengingatkan kita akan bahaya dari perbicaraan yang tidak berguna.

    “Sesungguhnya kebanyakan dosa anak Adam berada pada lidahnya.”
    HR. Ath Thabarani, Ibnu Abi Dunya dan Al Baihaqi.

    2. Jangan banyak keluar rumah, kecuali perlu.

    Bila tidak penting, tidak usah keluar rumah, tidak usah kumpul² yang tidak manfaat. Perbanyaklah membaca sholawat, dan Al-Qur'an.

    Jaga hati dari sifat merasa hebat, merasa memiliki, merasa suci. Ingat-ingat akan mati, harta diwarisi keluarga, jasad diwarisi cacing, ilmu kembali pada Sang Maha Pencipta, hanya dosa yang kita bawa maka Syafa'at Rasulullah ﷺ yang kita damba .

    3. Merasa cukup dengan apa yang ada (qona'ah).

    Barangsiapa merasa cukup, sehingga tidak mengharap pemberian orang lain & dapat memelihara lisannya, maka dia akan selamat di dunia dan akhirat

    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله سيدنا محمد . ماشاء الله تبرك الله
    *📝ABAH GURU SEKUMPUL BERPESAN "JIKA INGIN SELAMAT DI AKHIR ZAMAN INI"💙* 1. Jangan banyak cakap (bicara). Rasulullah ﷺ juga telah mengingatkan kita akan bahaya dari perbicaraan yang tidak berguna. “Sesungguhnya kebanyakan dosa anak Adam berada pada lidahnya.” HR. Ath Thabarani, Ibnu Abi Dunya dan Al Baihaqi. 2. Jangan banyak keluar rumah, kecuali perlu. Bila tidak penting, tidak usah keluar rumah, tidak usah kumpul² yang tidak manfaat. Perbanyaklah membaca sholawat, dan Al-Qur'an. Jaga hati dari sifat merasa hebat, merasa memiliki, merasa suci. Ingat-ingat akan mati, harta diwarisi keluarga, jasad diwarisi cacing, ilmu kembali pada Sang Maha Pencipta, hanya dosa yang kita bawa maka Syafa'at Rasulullah ﷺ yang kita damba . 3. Merasa cukup dengan apa yang ada (qona'ah). Barangsiapa merasa cukup, sehingga tidak mengharap pemberian orang lain & dapat memelihara lisannya, maka dia akan selamat di dunia dan akhirat اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله سيدنا محمد . ماشاء الله تبرك الله
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 1626 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 21 Ramadhan 1445H☆

    لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

    "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

    #Imam Ibn Qudamah rahimahullah berpendapat malam al-Qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan. (Lihat: al-Mughni)

    #Menurut Imam Abu Bakar al-Warraq, dinamakan al-Qadar kerana siapa yang tidak mempunyai kemuliaan akan mendapat kemuliaan dengan melakukan ibadat pada malam tersebut.

    #Berkata as-Syahid Sayid Qutub rahimahullah: "Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyebut peristiwa malam ini berkilauan memancarkan cahaya, ia melimpahkan cahaya yang tenang, indah dan mesra iaitu cahaya Allah yang gemilang di dalam al-QuranNya"

    #Imam Ibn Kathir berkata: "Zahir ayat menunjukkan bahawa malam Qadar lebih afdal daripada malam Jumaat. Walaupun begitu, ada juga pendapat yang mengatakan malam Jumaat lebih afdal".

    #Imam al-Qurtubi rahimahullah berkata: "Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar".

    #Malam al-Qadar itu merupakan perayaan bagi umat Islam di mana telah turunnya al-Quran dan merupakan malam kesyukuran, kebajikan dan kenikmatan. Malaikat menyertai manusia pada malam itu dan mereka mengetahui kelebihan malam tersebut dan betapa besarnya kelebihan manusia atas diri mereka. Seterusnya, Allah swt menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.

    تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

    "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin  TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar" [Surah al-Qadr 4-5]

    #Menurut Imam al-Qurtubi rahimahullah: "Mereka (malaikat) turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar".

    ♡Sepatutnya umat Islam menjadikan malam kemuliaan ini sebagai malam perayaan! Malam inilah permulaan turunnya perundangan samawi (langit), yang membimbing umat Islam ke arah yang baik. Jom hidupkan malam dengan ibadah!!♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 21 Ramadhan 1445H☆ لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3] #Imam Ibn Qudamah rahimahullah berpendapat malam al-Qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan. (Lihat: al-Mughni) #Menurut Imam Abu Bakar al-Warraq, dinamakan al-Qadar kerana siapa yang tidak mempunyai kemuliaan akan mendapat kemuliaan dengan melakukan ibadat pada malam tersebut. #Berkata as-Syahid Sayid Qutub rahimahullah: "Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyebut peristiwa malam ini berkilauan memancarkan cahaya, ia melimpahkan cahaya yang tenang, indah dan mesra iaitu cahaya Allah yang gemilang di dalam al-QuranNya" #Imam Ibn Kathir berkata: "Zahir ayat menunjukkan bahawa malam Qadar lebih afdal daripada malam Jumaat. Walaupun begitu, ada juga pendapat yang mengatakan malam Jumaat lebih afdal". #Imam al-Qurtubi rahimahullah berkata: "Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar". #Malam al-Qadar itu merupakan perayaan bagi umat Islam di mana telah turunnya al-Quran dan merupakan malam kesyukuran, kebajikan dan kenikmatan. Malaikat menyertai manusia pada malam itu dan mereka mengetahui kelebihan malam tersebut dan betapa besarnya kelebihan manusia atas diri mereka. Seterusnya, Allah swt menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin  TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar" [Surah al-Qadr 4-5] #Menurut Imam al-Qurtubi rahimahullah: "Mereka (malaikat) turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar". ♡Sepatutnya umat Islam menjadikan malam kemuliaan ini sebagai malam perayaan! Malam inilah permulaan turunnya perundangan samawi (langit), yang membimbing umat Islam ke arah yang baik. Jom hidupkan malam dengan ibadah!!♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 1976 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 19 Ramadhan 1445H☆

    لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

    "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

    #Hari ini hari ke 19 umat Islam di Malaysia berpuasa. Malam ini masuklah malam ke 20. Ini bermakna kita bakal memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Malam yang dijanjikan dengan Lailatul Qadr iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

    #Kita sangat dituntut untuk mencari malam al-Qadar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan ketaatan.

    #Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin Samurah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

    الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا

    "Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad)

    #Bahkan Nabi saw, sangat bersungguh-sungguh di 10 malam terakhir Ramadhan. Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, beliau menceritakan:

    كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ

    "Adapun Rasulullah saw apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda saw membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut" (HR Ibn Hibban)

    #Terdapat riwayat lain yang menunjukkan akan kesungguhan Baginda saw sebagaimana diceritakan oleh
    Sayidatina Aisyah r.ha:

    كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

    "Adalah Rasulullah saw berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain" (HR Muslim)

    #10 malam terakhir adalah malam-malam yang sangat kritikal, malam yang diharapkan satu daripadanya adalah Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada 1000 bulan.

    #Maka untuk meraih kebaikan maksimum rancanglah ia dengan sebaik-baiknya. Kata orang, jika kita tidak merancang untuk berjaya bererti kita merancang untuk gagal.

    #Antara amalan baik yang boleh dirancang untuk diisi pada malam-malam 10 terakhir ini:

    1. Qiam, dengan mendirikan solat tarawih, solat witir, solat tahajud dan memperbanyakkan solat-solat sunat.

    2. Iktikaf, dimasjid-masjid dan mana-mana rumah Allah.

    3. Tilawah al-Quran, menggandakan bacaan al-Quran.

    4. Berdakwah, mengajak kepada Islam, beriman kepada Allah dan melaksanakan suruhan serta menjauhi laranganNya.

    5. Mengajak ahli keluarga bersama-sama menghidupkan 10 malam terakhir dengan amal ketaatan.

    6. Taja iftar, Sekurang-kurangnya taja satu orang satu malam.

    7. Membanyakkan doa keampunan dan doa-doa yang dihajati.

    8. Membaca buku untuk menambah ilmu atau mendengar ceramah/tazkirah dan seumpamanya.

    9. Bersedekah, walaupun dengan nilai yang kecil tapi istiqamah setiap malam.

    10. Berzikir, selawat dan istighfar.

    ♡Ingat! Setiap apa yang kita rancang dan kita lakukan setiap malam pada 10 malam terakhir, satu daripadanya insyaaAllah akan berbetulan dengan malam istimewa itu. Maka untuk amalan kita pada malam itu: solat, tilawah, istighfar, doa, sedekah, dakwah dan lain-lain, ganjarannya lebih baik daripada beramal selama 1000 bulan! Aduhai, alangkah ruginya kalau ia terlepas♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 19 Ramadhan 1445H☆ لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3] #Hari ini hari ke 19 umat Islam di Malaysia berpuasa. Malam ini masuklah malam ke 20. Ini bermakna kita bakal memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Malam yang dijanjikan dengan Lailatul Qadr iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. #Kita sangat dituntut untuk mencari malam al-Qadar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan ketaatan. #Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin Samurah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda: الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا "Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad) #Bahkan Nabi saw, sangat bersungguh-sungguh di 10 malam terakhir Ramadhan. Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, beliau menceritakan: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ "Adapun Rasulullah saw apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda saw membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut" (HR Ibn Hibban) #Terdapat riwayat lain yang menunjukkan akan kesungguhan Baginda saw sebagaimana diceritakan oleh Sayidatina Aisyah r.ha: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ "Adalah Rasulullah saw berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain" (HR Muslim) #10 malam terakhir adalah malam-malam yang sangat kritikal, malam yang diharapkan satu daripadanya adalah Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada 1000 bulan. #Maka untuk meraih kebaikan maksimum rancanglah ia dengan sebaik-baiknya. Kata orang, jika kita tidak merancang untuk berjaya bererti kita merancang untuk gagal. #Antara amalan baik yang boleh dirancang untuk diisi pada malam-malam 10 terakhir ini: 1. Qiam, dengan mendirikan solat tarawih, solat witir, solat tahajud dan memperbanyakkan solat-solat sunat. 2. Iktikaf, dimasjid-masjid dan mana-mana rumah Allah. 3. Tilawah al-Quran, menggandakan bacaan al-Quran. 4. Berdakwah, mengajak kepada Islam, beriman kepada Allah dan melaksanakan suruhan serta menjauhi laranganNya. 5. Mengajak ahli keluarga bersama-sama menghidupkan 10 malam terakhir dengan amal ketaatan. 6. Taja iftar, Sekurang-kurangnya taja satu orang satu malam. 7. Membanyakkan doa keampunan dan doa-doa yang dihajati. 8. Membaca buku untuk menambah ilmu atau mendengar ceramah/tazkirah dan seumpamanya. 9. Bersedekah, walaupun dengan nilai yang kecil tapi istiqamah setiap malam. 10. Berzikir, selawat dan istighfar. ♡Ingat! Setiap apa yang kita rancang dan kita lakukan setiap malam pada 10 malam terakhir, satu daripadanya insyaaAllah akan berbetulan dengan malam istimewa itu. Maka untuk amalan kita pada malam itu: solat, tilawah, istighfar, doa, sedekah, dakwah dan lain-lain, ganjarannya lebih baik daripada beramal selama 1000 bulan! Aduhai, alangkah ruginya kalau ia terlepas♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 2044 Views
  • Bisikan Ruh Ramadhan 2

    Ramadhan adalah bulan diturunkan Al Quran. Al Quran telah mensifatkan dirinya dengan berbagai nama dan sifat yang mulia agar manusia mudah mengenalinya. Sayugianya Al Quran lebih dikenali, didekati dan diingati.

    1. Al-Quran adalah As-Shirath Al-Mustaqim ( jalan lurus )

    وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ. ﴿ الأنعام : ١٥٣﴾

    “Dan sungguh, inilah jalan–Ku yang lurus, maka ikutilah!.”

    (Al-An’am: 153)

    2. Al-Quran adalah Al–Hablu al-Matin ( Tali agama yang kukuh )

    وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا ﴿أل عمران : ١٠٣ ﴾

    “Maka berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah.”

    (Ali ‘Imran: 103)

    3. Al-Quran adalah Al-Mizan ( Neraca nilaian )

    فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ ﴿ النساء : ٥٩ ﴾

    “Kemudian jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul.”

    (An Nisa’: 59)

    “Kembali kepada Allah” maknanya adalah kembali kepada Al-Qur’an, sedangkan “kembali kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam” adalah kembali kepada As-Sunnah.


    4. Al-Quran adalah Al–‘Urwatul Wutsqa ( Pegangan yang kukuh )

    لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿ البقرة : ٢٥٦ ﴾

    “Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas (perbedaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat, yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”

    (Al-Baqarah: 256)

    5. Al-Quran adalah al- Burhan ( bukti kebenaran ) dan An-Nur al-Mubin ( Cahaya yang terang )

    يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينً ﴿ النساء : ١٧٤ ﴾

    “Wahai manusia! Sesungguhnya telah sampai kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu (Muhammad dengan mukjizatnya), dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang.”

    (An-Nisa’: 174)

    وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿ الشورى : ٥٢ ﴾

    “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) ruh (Al–Qur’an) dengan perintah Kami. Sebelumnya engkau tidak mengetahui apakah kitab (Al-Qur’an) dan apakah iman itu, tetapi Kami jadikan Al-Qur’an itu cahaya, dengan itu Kami memberi petunjuk siapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami. Dan sungguh, engkau benar-benar membimbing (manusia) kepada jalan yang lurus.”

    (Asy-Syura: 52)

    6. Al-Quran adalah Al–Huda ( Petunjuk )

    إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا
    ﴿ الإسراء : ٩ ﴾

    “Sungguh, Al–Qur’an ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus dan memberi kabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan, bahwa mereka akan mendapat pahala yang besar."

    (Al-Isra’: 9)

    وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ ﴿ النحل : ٨٩ ﴾

    “Dan Kami turunkan Al–Kitab (Al–Qur’an) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim).”

    (An-Nahl: 89)

    7. Al-Quran adalah Asy–Syifa’ ( Penawar dan penyembuhan)

    يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ.
    ﴿ يونس : ٥٧ ﴾

    “Wahai manusia! Sungguh telah dating kepadamu pelajaran (Al–Qur’an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.”

    (Yunus: 57)

    وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَّقَالُوا لَوْلَا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ
    ﴿ فصلت : ٤٤ ﴾
    Bisikan Ruh Ramadhan 2 Ramadhan adalah bulan diturunkan Al Quran. Al Quran telah mensifatkan dirinya dengan berbagai nama dan sifat yang mulia agar manusia mudah mengenalinya. Sayugianya Al Quran lebih dikenali, didekati dan diingati. 1. Al-Quran adalah As-Shirath Al-Mustaqim ( jalan lurus ) وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ. ﴿ الأنعام : ١٥٣﴾ “Dan sungguh, inilah jalan–Ku yang lurus, maka ikutilah!.” (Al-An’am: 153) 2. Al-Quran adalah Al–Hablu al-Matin ( Tali agama yang kukuh ) وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا ﴿أل عمران : ١٠٣ ﴾ “Maka berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah.” (Ali ‘Imran: 103) 3. Al-Quran adalah Al-Mizan ( Neraca nilaian ) فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ ﴿ النساء : ٥٩ ﴾ “Kemudian jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul.” (An Nisa’: 59) “Kembali kepada Allah” maknanya adalah kembali kepada Al-Qur’an, sedangkan “kembali kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam” adalah kembali kepada As-Sunnah. 4. Al-Quran adalah Al–‘Urwatul Wutsqa ( Pegangan yang kukuh ) لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿ البقرة : ٢٥٦ ﴾ “Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas (perbedaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat, yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 256) 5. Al-Quran adalah al- Burhan ( bukti kebenaran ) dan An-Nur al-Mubin ( Cahaya yang terang ) يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينً ﴿ النساء : ١٧٤ ﴾ “Wahai manusia! Sesungguhnya telah sampai kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu (Muhammad dengan mukjizatnya), dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang.” (An-Nisa’: 174) وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿ الشورى : ٥٢ ﴾ “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) ruh (Al–Qur’an) dengan perintah Kami. Sebelumnya engkau tidak mengetahui apakah kitab (Al-Qur’an) dan apakah iman itu, tetapi Kami jadikan Al-Qur’an itu cahaya, dengan itu Kami memberi petunjuk siapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami. Dan sungguh, engkau benar-benar membimbing (manusia) kepada jalan yang lurus.” (Asy-Syura: 52) 6. Al-Quran adalah Al–Huda ( Petunjuk ) إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا ﴿ الإسراء : ٩ ﴾ “Sungguh, Al–Qur’an ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus dan memberi kabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan, bahwa mereka akan mendapat pahala yang besar." (Al-Isra’: 9) وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ ﴿ النحل : ٨٩ ﴾ “Dan Kami turunkan Al–Kitab (Al–Qur’an) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim).” (An-Nahl: 89) 7. Al-Quran adalah Asy–Syifa’ ( Penawar dan penyembuhan) يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ. ﴿ يونس : ٥٧ ﴾ “Wahai manusia! Sungguh telah dating kepadamu pelajaran (Al–Qur’an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” (Yunus: 57) وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَّقَالُوا لَوْلَا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ ﴿ فصلت : ٤٤ ﴾
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 1271 Views
  • PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Paling Baik, Berani dan Dermawan

    عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ وَأَشْجَعَ النَّاسِ وَأَجْوَدَ النَّاسِ

    Daripada Anas RA berkata; Nabi SAW adalah orang yang paling baik, paling berani dan paling dermawan. (HR Bukhari No: 2813) Status: Hadis Sahih

    Pengajaran:

    1.  Rasulullah SAW adalah manusia yang paling baik, paling berani dan paling dermawan.

    2.  Mencontohi sifat Rasulullah SAW sebagai orang yang paling dermawan khususnya di bulan Ramadan.

    عَنْ أَنَسٍ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ قِيلَ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ

    Daripada Anas RA, Nabi SAW ditanya tentang puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan. Baginda menjawab: "puasa di bulan Syaban untuk memuliakan Ramadan, " Baginda ditanya lagi, lalu sedekah apakah yang paling utama? Baginda menjawab: "Sedekah di bulan Ramadan." Sunan Tirmizi No 663 Dar Kutub Ilmiyyah. Status Hadis: Daif

    3.  Amalan bersedekah sebagai satu daripada cara untuk menjauhkan daripada api neraka. Rasulullah SAW bersabda

    عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّارَ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا وَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ … قَالَ اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَ

    Daripada Adi bin Hatim dia berkata; "Nabi SAW menyebutkan tentang neraka, lalu baginda meminta berlindungan darinya sambil mengusap wajahnya, baginda bersabda …. "Takutlah kalian kepada neraka walau dengan setengah biji kurma, jika tiada, hendaknya dengan perkataan yang baik." (HR Bukhari No: 5677) Status: Hadis Sahih

    4.  Sifat suka bersedekah adalah pengikat dan penghubung kasih sayang kita dengan orang lain

    5.  Allah akan menggantikan apa yang disedekahkan dengan keberkahan harta di dunia dan pahala yang besar di akhirat. Firman Allah:

    وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

    “Dan apa saja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” (Sabaa’:39).

    6.  Sedekah akan menjadi penghindar daripada api neraka walaupun sebiji buah kurma.

    Renunglah kisah ini:

    Daripada Aisyah RA  bahawa keluarga Rasulullah SAW  pernah menyembelih seekor kambing, kemudian disedekahkan kepada orang-orang miskin, lalu Rasulullah  bertanya: “Apa yang tertinggal daripada (daging) kambing tersebut?”. ‘Aisyah  menjawab: “Tidak ada yang tertinggal darinya kecuali (bahagian) bahu (dari) kambing tersebut”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Itu bererti semua daging kambing tersebut tertinggal tetap dan kekal pahalanya kecuali bahagian bahunya”

    Tingkatkan sedekah, derma, wakaf kerana itulah yang kekal dan menetap pahala kebaikannya untuk kita, meskipun secara mata kasarnya harta tersebut berkurang.

    Negara Rahmah Ummah Sejahtera

    #BangunkanJiwaTaqwa
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
    #PalestinMerdeka

    24hb Mac 2024
    13hb Ramadan 1445H

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Paling Baik, Berani dan Dermawan عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ وَأَشْجَعَ النَّاسِ وَأَجْوَدَ النَّاسِ Daripada Anas RA berkata; Nabi SAW adalah orang yang paling baik, paling berani dan paling dermawan. (HR Bukhari No: 2813) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW adalah manusia yang paling baik, paling berani dan paling dermawan. 2.  Mencontohi sifat Rasulullah SAW sebagai orang yang paling dermawan khususnya di bulan Ramadan. عَنْ أَنَسٍ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ قِيلَ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ Daripada Anas RA, Nabi SAW ditanya tentang puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan. Baginda menjawab: "puasa di bulan Syaban untuk memuliakan Ramadan, " Baginda ditanya lagi, lalu sedekah apakah yang paling utama? Baginda menjawab: "Sedekah di bulan Ramadan." Sunan Tirmizi No 663 Dar Kutub Ilmiyyah. Status Hadis: Daif 3.  Amalan bersedekah sebagai satu daripada cara untuk menjauhkan daripada api neraka. Rasulullah SAW bersabda عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّارَ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا وَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ … قَالَ اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَ Daripada Adi bin Hatim dia berkata; "Nabi SAW menyebutkan tentang neraka, lalu baginda meminta berlindungan darinya sambil mengusap wajahnya, baginda bersabda …. "Takutlah kalian kepada neraka walau dengan setengah biji kurma, jika tiada, hendaknya dengan perkataan yang baik." (HR Bukhari No: 5677) Status: Hadis Sahih 4.  Sifat suka bersedekah adalah pengikat dan penghubung kasih sayang kita dengan orang lain 5.  Allah akan menggantikan apa yang disedekahkan dengan keberkahan harta di dunia dan pahala yang besar di akhirat. Firman Allah: وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ “Dan apa saja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” (Sabaa’:39). 6.  Sedekah akan menjadi penghindar daripada api neraka walaupun sebiji buah kurma. Renunglah kisah ini: Daripada Aisyah RA  bahawa keluarga Rasulullah SAW  pernah menyembelih seekor kambing, kemudian disedekahkan kepada orang-orang miskin, lalu Rasulullah  bertanya: “Apa yang tertinggal daripada (daging) kambing tersebut?”. ‘Aisyah  menjawab: “Tidak ada yang tertinggal darinya kecuali (bahagian) bahu (dari) kambing tersebut”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Itu bererti semua daging kambing tersebut tertinggal tetap dan kekal pahalanya kecuali bahagian bahunya” Tingkatkan sedekah, derma, wakaf kerana itulah yang kekal dan menetap pahala kebaikannya untuk kita, meskipun secara mata kasarnya harta tersebut berkurang. Negara Rahmah Ummah Sejahtera #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 24hb Mac 2024 13hb Ramadan 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    0 Comments 0 Shares 1421 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 24 Syaaban 1445H☆

    وَٱلۡعَصۡرِ

    "Demi masa" [Surah al-ʿAṣr 1]

    #Setiap manusia pasti menemui dan melalui masa atau waktu dalam kehidupannya seharian. Maka beruntunglah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara kebaikan dan bermanfaat. Rugilah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia.

    #Allah swt adalah pencipta masa dan telah menetapkannya sebanyak 24 jam atau 1440 minit dalam sehari semalam tidak lebih dan tidak kurang.

    #Masa adalah amanah dari Allah swt. Setiap amanah merupakan tangungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat kelak. Maka kita wajib memenuhkan setiap minit tersebut dengan perkara yang menguntungkan dunia dan akhirat kita.

    #Jom kita hayati nasihat atau peringatan Salafussoleh tentang kepentingan masa:

    1. Imam Hasan al-Basri berkata:

    - Wahai anak Adam! Sesungguhnya dirimu adalah hari-hari yang engkau lalui. Apabila berlalu satu hari maka berlalulah sebahagian daripada dirimu!
    - Wahai anak Adam! Siangmu itu adalah tetamumu. Maka berbuat baiklah kepadanya kerana sekiranya engkau berbuat baik kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia memujimu. Dan sekiranya engkau berbuat jahat kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia mencelamu. Begitulah juga halnya dengan malammu.
    - Dunia ini hanya ada tiga hari sahaja: semalam, esok dan hari ini. Adapun semalam, maka ia telah pergi membawa apa yang ada di dalamnya. Esok pula, mungkin engkau tidak sempat menyusulinya. Dan hari ini, itulah untukmu. Maka beramallah pada hari ini.

    2. Sayidina Abdullah bin Mas’ud berkata:

    - Tidak ada perkara yang paling aku sesali seperti mana aku menyesal apabila tenggelamnya matahari yang menandakan kian berkurang umurku sedang amalku tidak bertambah pada hari itu.

    3. Imam Ibnul Qayyim berkata:

    - Membuang waktu lebih bahaya daripada kematian kerana engkau membuang waktu akan menyebabkan engkau terputus hubungan dengan Allah dan hari akhirat, sedangkan kematian memutuskan hubungan engkau dengan dunia dan isinya.

    4. As-Sirri bin Muflis berkata:

    - Jika engkau bersedih kerana berkurangnya hartamu, maka sewajarnya kamu menangis kerana berkurangnya usiamu

    ♡Uruslah masa secara teratur agar dapat dimanfaatkan dengan bijak dan berkesan serta berbuahkan pahala yang besar♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 24 Syaaban 1445H☆ وَٱلۡعَصۡرِ "Demi masa" [Surah al-ʿAṣr 1] #Setiap manusia pasti menemui dan melalui masa atau waktu dalam kehidupannya seharian. Maka beruntunglah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara kebaikan dan bermanfaat. Rugilah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia. #Allah swt adalah pencipta masa dan telah menetapkannya sebanyak 24 jam atau 1440 minit dalam sehari semalam tidak lebih dan tidak kurang. #Masa adalah amanah dari Allah swt. Setiap amanah merupakan tangungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat kelak. Maka kita wajib memenuhkan setiap minit tersebut dengan perkara yang menguntungkan dunia dan akhirat kita. #Jom kita hayati nasihat atau peringatan Salafussoleh tentang kepentingan masa: 1. Imam Hasan al-Basri berkata: - Wahai anak Adam! Sesungguhnya dirimu adalah hari-hari yang engkau lalui. Apabila berlalu satu hari maka berlalulah sebahagian daripada dirimu! - Wahai anak Adam! Siangmu itu adalah tetamumu. Maka berbuat baiklah kepadanya kerana sekiranya engkau berbuat baik kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia memujimu. Dan sekiranya engkau berbuat jahat kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia mencelamu. Begitulah juga halnya dengan malammu. - Dunia ini hanya ada tiga hari sahaja: semalam, esok dan hari ini. Adapun semalam, maka ia telah pergi membawa apa yang ada di dalamnya. Esok pula, mungkin engkau tidak sempat menyusulinya. Dan hari ini, itulah untukmu. Maka beramallah pada hari ini. 2. Sayidina Abdullah bin Mas’ud berkata: - Tidak ada perkara yang paling aku sesali seperti mana aku menyesal apabila tenggelamnya matahari yang menandakan kian berkurang umurku sedang amalku tidak bertambah pada hari itu. 3. Imam Ibnul Qayyim berkata: - Membuang waktu lebih bahaya daripada kematian kerana engkau membuang waktu akan menyebabkan engkau terputus hubungan dengan Allah dan hari akhirat, sedangkan kematian memutuskan hubungan engkau dengan dunia dan isinya. 4. As-Sirri bin Muflis berkata: - Jika engkau bersedih kerana berkurangnya hartamu, maka sewajarnya kamu menangis kerana berkurangnya usiamu ♡Uruslah masa secara teratur agar dapat dimanfaatkan dengan bijak dan berkesan serta berbuahkan pahala yang besar♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 3126 Views
  • PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Takutlah Kepada Azab

    عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنْ الْمُنْكَرِ أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللَّهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُونَهُ فَلَا يُسْتَجَابُ لَكُمْ

    Daripada Hudzaifah bin Al Yaman dari Nabi SAW baginda bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, hendaknya kalian melakukan amar makruf dan nahi mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran)  atau jika tidak nescaya Allah akan mengirimkan siksaan dari sisi-Nya kepada kalian, kemudian kalian memohon kepada-Nya namun doa kalian tidak lagi dikabulkan." (Sunan Tirmidzi No: 2095) Status: Hadis  Sahih

    Pengajaran:

    1.  Setiap Muslim diperintahkan untuk menyampaikan dakwah, mengajak orang lain melakukan kebaikan dan dalam masa yang sama mencegah sebarang bentuk kemungkaran.

    2.  Jika kemungkaran yang berlaku dibiarkan tanpa sebarang usaha mencegah, dibimbangi akan diturunkan azab ke atas mereka. Firman Allah:

    وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةٗ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةٗۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢٥

    “Dan peliharalah diri kalian dari fitnah yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kalian, dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaan-Nya.” (QS. Al-Anfaal: 25)

    3.  At-Thabari menyampaikan sebuah riwayat dari Ibn ‘Abbas tentang ayat ini, Ibn ‘Abbas berkata: “Allah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk tidak mendiamkan kemungkaran yang nampak di hadapan mereka, jika demikian (tetap mendiamkan) maka Allah akan menimpakan azab yang berlaku kepada umum.

    4.  Allah juga tidak akan mengabulkan doa mereka.

    #BangunkanJiwaTaqwa
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
    #PalestinMerdeka

    05hb Mac 2024
    24hb Syaaban 1445H

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Takutlah Kepada Azab عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنْ الْمُنْكَرِ أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللَّهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُونَهُ فَلَا يُسْتَجَابُ لَكُمْ Daripada Hudzaifah bin Al Yaman dari Nabi SAW baginda bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, hendaknya kalian melakukan amar makruf dan nahi mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran)  atau jika tidak nescaya Allah akan mengirimkan siksaan dari sisi-Nya kepada kalian, kemudian kalian memohon kepada-Nya namun doa kalian tidak lagi dikabulkan." (Sunan Tirmidzi No: 2095) Status: Hadis  Sahih Pengajaran: 1.  Setiap Muslim diperintahkan untuk menyampaikan dakwah, mengajak orang lain melakukan kebaikan dan dalam masa yang sama mencegah sebarang bentuk kemungkaran. 2.  Jika kemungkaran yang berlaku dibiarkan tanpa sebarang usaha mencegah, dibimbangi akan diturunkan azab ke atas mereka. Firman Allah: وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةٗ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةٗۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢٥ “Dan peliharalah diri kalian dari fitnah yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kalian, dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaan-Nya.” (QS. Al-Anfaal: 25) 3.  At-Thabari menyampaikan sebuah riwayat dari Ibn ‘Abbas tentang ayat ini, Ibn ‘Abbas berkata: “Allah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk tidak mendiamkan kemungkaran yang nampak di hadapan mereka, jika demikian (tetap mendiamkan) maka Allah akan menimpakan azab yang berlaku kepada umum. 4.  Allah juga tidak akan mengabulkan doa mereka. #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 05hb Mac 2024 24hb Syaaban 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 2516 Views
  • PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Witir Penutup Solat Malam

    عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ سَأَلَ رَجُلٌ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ مَا تَرَى فِي صَلَاةِ اللَّيْلِ قَالَ مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خَشِيَ الصُّبْحَ صَلَّى وَاحِدَةً فَأَوْتَرَتْ لَهُ مَا صَلَّى وَإِنَّهُ كَانَ يَقُولُ اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ وِتْرًا فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِهِ

    Daripada 'Abdullah bin 'Umar berkata: "Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW yang pada ketika itu sedang berada di atas mimbar. "Bagaimana cara solat malam?" Baginda menjawab: "Dua rakaat dua rakaat. Apabila dikhuatirkan masuk subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir (penutup) bagi solatnya." Ibnu  Umar berkata: "Jadikanlah witir sebagai solat terakhir kalian, kerana Nabi SAW memerintahkan hal yang demikian." (HR Bukhari No: 452) Status Hadis Sahih

    Pengajaran:

    1.  Rasulullah SAW mengajar cara solat sunat malam hari (qiamullail) dilaksanakan dua rakaat dan salam diikuti dua rakaat lagi dan salam dan seterusnya sehingga ditutup dengan solat sunat witir.

    2.  Jika waktu dah hampir solat subuh, disarankan agar menunaikan solat sunat witir satu rakaat.

    3.  Solat witir dijadikan solat penutup kepada solat sunat di malam hari paling kurang satu rakaat.

    Ayuh kita tunaikan solat sunat di malam hari sekurang-kurangnya satu rakaat witir.

    #BangunkanJiwamu
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
    #PalestinMerdeka

    27hb Februari 2024
    17hb Syaaban 1445H

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Witir Penutup Solat Malam عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ سَأَلَ رَجُلٌ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ مَا تَرَى فِي صَلَاةِ اللَّيْلِ قَالَ مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خَشِيَ الصُّبْحَ صَلَّى وَاحِدَةً فَأَوْتَرَتْ لَهُ مَا صَلَّى وَإِنَّهُ كَانَ يَقُولُ اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ وِتْرًا فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِهِ Daripada 'Abdullah bin 'Umar berkata: "Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW yang pada ketika itu sedang berada di atas mimbar. "Bagaimana cara solat malam?" Baginda menjawab: "Dua rakaat dua rakaat. Apabila dikhuatirkan masuk subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir (penutup) bagi solatnya." Ibnu  Umar berkata: "Jadikanlah witir sebagai solat terakhir kalian, kerana Nabi SAW memerintahkan hal yang demikian." (HR Bukhari No: 452) Status Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW mengajar cara solat sunat malam hari (qiamullail) dilaksanakan dua rakaat dan salam diikuti dua rakaat lagi dan salam dan seterusnya sehingga ditutup dengan solat sunat witir. 2.  Jika waktu dah hampir solat subuh, disarankan agar menunaikan solat sunat witir satu rakaat. 3.  Solat witir dijadikan solat penutup kepada solat sunat di malam hari paling kurang satu rakaat. Ayuh kita tunaikan solat sunat di malam hari sekurang-kurangnya satu rakaat witir. #BangunkanJiwamu #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 27hb Februari 2024 17hb Syaaban 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 3251 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 16 Syaaban 1445H☆

    وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةࣱ وَیَكُونَ ٱلدِّینُ كُلُّهُۥ لِلَّهِۚ فَإِنِ ٱنتَهَوۡا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِمَا یَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ

    "Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan" [Surah al-Anfal 39]

    #Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke serata tempat di seluruh pelusuk dunia.

    #Dalam usaha berdakwah itu, mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datang dari kebanyakan orang-orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam.

    #Dalam suasana ini, timbul perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancaman dari musuh dakwah. Namun dalam konteks zaman mutakhir ini, perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad, merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja. Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam dengan saluran pilihanraya, penulisan dan sebagainya.

    #Makanya, dalam usaha dakwah tersebut di sepanjang zaman, mereka akan menghadapi cabaran dan tentangan dari musuh yang merupakan sebahagian dari ujian Allah swt. Cabaran dan tentangan tersebutlah yang melahirkan reaksi dalam bentuk perjuangan.
    Walaupun Islam mewajibkan perang tetapi Islam menganjurkan keamanan dan kedamaian.

    وَإِن جَنَحُوا۟ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ

    "Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah al-Anfal 61]

    #Jihad dalam Islam adalah kemuncak dan pengawal dasar-dasarnya. Ia juga merupakan pengawal negara orang-orang Islam. Oleh itu, ia adalah prinsip Islam yang agung kerana ia merupakan cara memelihara kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan Islam. Sebab itulah jihad menjadi fardu dan perintah yang berkekalan hingga ke hari kiamat. Mana-mana juga kaum yang meninggalkan jihad pasti ditimpa kehinaan, dijajah dan dihina oleh Allah swt dengan penguasaan orang-orang jahat dan berperangai buruk.

    #Daripada Ibnu Umar r.a berkata, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

    إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ، وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ، وَرَضِيتُمْ بِالزَّرْعِ، وَتَرَكْتُمْ الْجِهَادَ، سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ ذُلًّا لَايَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ

    “Apabila kalian melakukan jual beli dengan cara ‘inah (riba), berpegang pada ekor sapi (sibuk dengan perternakan dan pertanian), kalian redha dengan hasil tanaman dan kalian meninggalkan jihad, maka Allah akan membuat kalian dikuasai oleh kehinaan yang tidak ada sesuatu pun yang mampu mencabut kehinaan tersebut (dari kalian) sampai kalian kembali kepada agama kalian" (HR Abu Dawud)

    #Allah swt berfirman mengenai orang-orang beriman yang akan mendapat azab seksa yang pedih sekiranya meninggalkan jihad....

    ... Bersambung...

    ♡Berjihadlah di medan dakwah atau di medan peperangan dengan penuh kesungguhan agar Islam sentiasa terbela dan tertegak dengan jayanya♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 16 Syaaban 1445H☆ وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةࣱ وَیَكُونَ ٱلدِّینُ كُلُّهُۥ لِلَّهِۚ فَإِنِ ٱنتَهَوۡا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِمَا یَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ "Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan" [Surah al-Anfal 39] #Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke serata tempat di seluruh pelusuk dunia. #Dalam usaha berdakwah itu, mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datang dari kebanyakan orang-orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam. #Dalam suasana ini, timbul perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancaman dari musuh dakwah. Namun dalam konteks zaman mutakhir ini, perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad, merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja. Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam dengan saluran pilihanraya, penulisan dan sebagainya. #Makanya, dalam usaha dakwah tersebut di sepanjang zaman, mereka akan menghadapi cabaran dan tentangan dari musuh yang merupakan sebahagian dari ujian Allah swt. Cabaran dan tentangan tersebutlah yang melahirkan reaksi dalam bentuk perjuangan. Walaupun Islam mewajibkan perang tetapi Islam menganjurkan keamanan dan kedamaian. وَإِن جَنَحُوا۟ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ "Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah al-Anfal 61] #Jihad dalam Islam adalah kemuncak dan pengawal dasar-dasarnya. Ia juga merupakan pengawal negara orang-orang Islam. Oleh itu, ia adalah prinsip Islam yang agung kerana ia merupakan cara memelihara kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan Islam. Sebab itulah jihad menjadi fardu dan perintah yang berkekalan hingga ke hari kiamat. Mana-mana juga kaum yang meninggalkan jihad pasti ditimpa kehinaan, dijajah dan dihina oleh Allah swt dengan penguasaan orang-orang jahat dan berperangai buruk. #Daripada Ibnu Umar r.a berkata, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ، وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ، وَرَضِيتُمْ بِالزَّرْعِ، وَتَرَكْتُمْ الْجِهَادَ، سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ ذُلًّا لَايَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ “Apabila kalian melakukan jual beli dengan cara ‘inah (riba), berpegang pada ekor sapi (sibuk dengan perternakan dan pertanian), kalian redha dengan hasil tanaman dan kalian meninggalkan jihad, maka Allah akan membuat kalian dikuasai oleh kehinaan yang tidak ada sesuatu pun yang mampu mencabut kehinaan tersebut (dari kalian) sampai kalian kembali kepada agama kalian" (HR Abu Dawud) #Allah swt berfirman mengenai orang-orang beriman yang akan mendapat azab seksa yang pedih sekiranya meninggalkan jihad.... ... Bersambung... ♡Berjihadlah di medan dakwah atau di medan peperangan dengan penuh kesungguhan agar Islam sentiasa terbela dan tertegak dengan jayanya♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 5411 Views
  • *SHARING IS CARING*

    * Bersedialah untuk gelombang haba seterusnya *antara 40 hingga 50°C*. Sentiasa minum air suhu bilik perlahan-lahan. Elakkan minum air sejuk atau ais!

    Dalam waktu yg terdekat ini, Malaysia, Indonesia, Singapura dan banyak negara-negara lain sedang & akan mengalami fenomena "gelombang haba."

    Ini adalah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan:

    1. Doktor menasihatkan supaya *tidak minum air yang sangat sejuk apabila suhu mencecah 40°C, kerana saluran darah kecil kita mungkin pecah.*


    2. Apabila haba di luar rumah mencapai 38°C dan apabila anda pulang ke rumah, jangan minum air sejuk - hanya minum air suam perlahan-lahan.
    Jangan basuh tangan atau kaki anda dengan segera, jika terdedah kepada matahari yang panas. Tunggu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mencuci atau mandi.

    *Sila Ambil perhatian:*

    Semasa bulan panas atau jika anda sangat letih, elakkan minum air yang sangat sejuk dengan segera, kerana ia boleh menyebabkan urat atau saluran darah menjadi sempit, yang boleh menyebabkan strok.

    *Sila sebarkan info ini kepada orang lain n kawan n sahabat yg budiman

    #Sayangkan diri Anda
    #KitaJagaKesihatanKita
    *SHARING IS CARING* * Bersedialah untuk gelombang haba seterusnya *antara 40 hingga 50°C*. Sentiasa minum air suhu bilik perlahan-lahan. Elakkan minum air sejuk atau ais! Dalam waktu yg terdekat ini, Malaysia, Indonesia, Singapura dan banyak negara-negara lain sedang & akan mengalami fenomena "gelombang haba." Ini adalah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan: 1. Doktor menasihatkan supaya *tidak minum air yang sangat sejuk apabila suhu mencecah 40°C, kerana saluran darah kecil kita mungkin pecah.* 2. Apabila haba di luar rumah mencapai 38°C dan apabila anda pulang ke rumah, jangan minum air sejuk - hanya minum air suam perlahan-lahan. Jangan basuh tangan atau kaki anda dengan segera, jika terdedah kepada matahari yang panas. Tunggu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mencuci atau mandi. *Sila Ambil perhatian:* Semasa bulan panas atau jika anda sangat letih, elakkan minum air yang sangat sejuk dengan segera, kerana ia boleh menyebabkan urat atau saluran darah menjadi sempit, yang boleh menyebabkan strok. *Sila sebarkan info ini kepada orang lain n kawan n sahabat yg budiman #Sayangkan diri Anda #KitaJagaKesihatanKita
    0 Comments 0 Shares 2757 Views
  • Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini.

    Untuk selesa di alam kubur, amalkan 4 perkara ini:

    1 - Baca Al-Quran sebelum subuh

    Saat kita meninggalkan dunia yang fana ini, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Al-Quran yang dibaca sebelum subuh. Al-Quran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

    2 - Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

    Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau di dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Al-Quran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

    3 - Bangun solat Tahajud walau 2 rakaat

    Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat Tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat Tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang.

    4 - Amalkan membaca Sayyidul istighfar

    Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

    Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik. Aamiin..

    #mutiarahikmah
    #IslamForU
    Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini. Untuk selesa di alam kubur, amalkan 4 perkara ini: 1 - Baca Al-Quran sebelum subuh Saat kita meninggalkan dunia yang fana ini, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Al-Quran yang dibaca sebelum subuh. Al-Quran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat. 2 - Amalkan surah Al-Mulk setiap malam Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau di dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Al-Quran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya. 3 - Bangun solat Tahajud walau 2 rakaat Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat Tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat Tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. 4 - Amalkan membaca Sayyidul istighfar Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik. Aamiin.. #mutiarahikmah #IslamForU
    Like
    1
    1 Comments 0 Shares 2944 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 21 Rejab 1445H☆

    وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا

    "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29]

    #Sifat bakhil merupakan sifat mazmumah (tercela) yang dibenci oleh Allah swt. Orang yang bersifat bakhil tidak rela memberikan apa yang dimilikinya kepada orang lain.

    #Terdapat beberapa penderitaan yang bakal disesali orang yang bakhil:

    1. Dihalang daripada masuk syurga. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

    “Tidak akan masuk syurga orang yang bakhil, penipu, pengecut, dan tidak pula orang yang berperangai kasar” (HR Ahmad)

    2. Allah bakhil pada orang yang bakhil. Diriwayatkan daripada Sayidatina Asma’ binti Abu Bakar r.ha bahawa Rasulullah saw bersabda kepadanya:

    “Berinfaklah atau bersedekahlah! Dan janganlah kamu menahan sebahagian daripada hartamu, jika tidak, Allah akan menyempitkan rezekimu. Dan janganlah kamu bakhil, jika tidak, Allah akan bakhil terhadapmu” (HR Ahmad)

    3. Disenaraikan dalam golongan yang dibenci Allah swt. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

    “Sesungguhnya Allah mencintai tiga golongan dan membenci tiga golongan. Allah swt membenci lelaki tua yang berzina, orang fakir yang sombong dan orang berharta yang bakhil” (HR Ahmad)

    4. Didoakan kehancuran oleh malaikat. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

    “Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun dua malaikat kepadanya, lalu salah satunya berkata: "Ya Allah! Berikanlah ganti kepada sesiapa yang menafkahkan hartanya.” Sedangkan malaikat yang berikutnya berkata:" Ya Allah! Berikanlah kehancuran kepada orang yang menahan hartanya (bakhil)" (HR al-Bukhari)

    #Bagi sesiapa yang dikurniakan kelebihan harta, janganlah sesekali bersifat bakhil. Berkongsilah rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan, itu lebih besar ganjaran dan nikmatnya.

    ♡Orang yang bersifat bakhil adalah golongan yang mengingkari nikmat Allah swt. Mereka sengaja menyembunyikan nikmat yang Allah berikan kepada mereka serta menyekat tangan daripada bersedekah dan menderma♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 21 Rejab 1445H☆ وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29] #Sifat bakhil merupakan sifat mazmumah (tercela) yang dibenci oleh Allah swt. Orang yang bersifat bakhil tidak rela memberikan apa yang dimilikinya kepada orang lain. #Terdapat beberapa penderitaan yang bakal disesali orang yang bakhil: 1. Dihalang daripada masuk syurga. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang bakhil, penipu, pengecut, dan tidak pula orang yang berperangai kasar” (HR Ahmad) 2. Allah bakhil pada orang yang bakhil. Diriwayatkan daripada Sayidatina Asma’ binti Abu Bakar r.ha bahawa Rasulullah saw bersabda kepadanya: “Berinfaklah atau bersedekahlah! Dan janganlah kamu menahan sebahagian daripada hartamu, jika tidak, Allah akan menyempitkan rezekimu. Dan janganlah kamu bakhil, jika tidak, Allah akan bakhil terhadapmu” (HR Ahmad) 3. Disenaraikan dalam golongan yang dibenci Allah swt. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah mencintai tiga golongan dan membenci tiga golongan. Allah swt membenci lelaki tua yang berzina, orang fakir yang sombong dan orang berharta yang bakhil” (HR Ahmad) 4. Didoakan kehancuran oleh malaikat. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun dua malaikat kepadanya, lalu salah satunya berkata: "Ya Allah! Berikanlah ganti kepada sesiapa yang menafkahkan hartanya.” Sedangkan malaikat yang berikutnya berkata:" Ya Allah! Berikanlah kehancuran kepada orang yang menahan hartanya (bakhil)" (HR al-Bukhari) #Bagi sesiapa yang dikurniakan kelebihan harta, janganlah sesekali bersifat bakhil. Berkongsilah rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan, itu lebih besar ganjaran dan nikmatnya. ♡Orang yang bersifat bakhil adalah golongan yang mengingkari nikmat Allah swt. Mereka sengaja menyembunyikan nikmat yang Allah berikan kepada mereka serta menyekat tangan daripada bersedekah dan menderma♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 5786 Views
  • PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Orang Yang Tidak Bersyukur

    عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ  لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ

    Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia.” (HR. Abu Daud dan disahihkan di dalam kitab Silsilah Al Ahadis Ash Shahihah, 1/702).

    Pengajaran:

    1.  Orang yang tidak berterima kasih di atas kebaikan orang lain terhadapnya bermakna, ia tidak bersyukur kepada Allah di atas limpah nikmat yang diperolehi.

    2.  Al-Khaththaby berkata; barangsiapa kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah Ta’ala dan tidak bersyukur kepada-Nya.

    3.  Allah SWT tidak menerima syukur seorang hamba atas kebaikan Allah kepadanya, jika seorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain terhadapnya (Sunan Abu Daud dengan Syarah Al Khaththaby, 5/ 157-158).

    عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-  مَنْ أُعْطِىَ عَطَاءً فَوَجَدَ فَلْيَجْزِ بِهِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُثْنِ بِهِ فَمَنْ أَثْنَى بِهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ.

    Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang diberikan sebuah hadiah, lalu ia mendapati kecukupan maka hendaknya ia membalasnya, jika ia tidak mendapati maka pujilah ia, barangsiapa yang memujinya, maka sungguh ia telah bersyukur kepadanya, barangsiapa menyembunyikannya sungguh ia telah kufur.” (HR. Abu Daud dan disahihkan dalam kitab Silsilah Al Ahadis Ash Shahihah, no. 617).

    4.  Cara membalas kebaikan dan pemberian orang lain:

    a.  Membalas pemberian tersebut
    b.  Memuji orang tersebut
    c.  Mengucapkan Jazakallah khairan kepada orang tersebut
    d.  Mendoakan orang tersebut

    Ayuh berterima kasih kepada manusia dan bersyukur kepada Allah

    #BangunkanJiwamu
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
    #PalestinMerdeka

    31hb Januari  2024
    19hb Rejab 1445H

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Orang Yang Tidak Bersyukur عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ  لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia.” (HR. Abu Daud dan disahihkan di dalam kitab Silsilah Al Ahadis Ash Shahihah, 1/702). Pengajaran: 1.  Orang yang tidak berterima kasih di atas kebaikan orang lain terhadapnya bermakna, ia tidak bersyukur kepada Allah di atas limpah nikmat yang diperolehi. 2.  Al-Khaththaby berkata; barangsiapa kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah Ta’ala dan tidak bersyukur kepada-Nya. 3.  Allah SWT tidak menerima syukur seorang hamba atas kebaikan Allah kepadanya, jika seorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain terhadapnya (Sunan Abu Daud dengan Syarah Al Khaththaby, 5/ 157-158). عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-  مَنْ أُعْطِىَ عَطَاءً فَوَجَدَ فَلْيَجْزِ بِهِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُثْنِ بِهِ فَمَنْ أَثْنَى بِهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ. Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang diberikan sebuah hadiah, lalu ia mendapati kecukupan maka hendaknya ia membalasnya, jika ia tidak mendapati maka pujilah ia, barangsiapa yang memujinya, maka sungguh ia telah bersyukur kepadanya, barangsiapa menyembunyikannya sungguh ia telah kufur.” (HR. Abu Daud dan disahihkan dalam kitab Silsilah Al Ahadis Ash Shahihah, no. 617). 4.  Cara membalas kebaikan dan pemberian orang lain: a.  Membalas pemberian tersebut b.  Memuji orang tersebut c.  Mengucapkan Jazakallah khairan kepada orang tersebut d.  Mendoakan orang tersebut Ayuh berterima kasih kepada manusia dan bersyukur kepada Allah #BangunkanJiwamu #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 31hb Januari  2024 19hb Rejab 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    0 Comments 0 Shares 4897 Views
More Results