• ☆Tadabbur Kalamullah 15 Syaaban 1445H☆

    كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

    "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216]

    #Dalam Islam, jihad bertujuan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia keseluruhannya agar terbela di atas prinsip keadilan yang telus. Jihad juga berperanan untuk memastikan ketinggian agama Allah swt supaya ia dapat disampaikan secara terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa pun.

    #Pengembelingan usaha sama ada dalam bentuk tenaga, wang ringgit, fikiran ataupun kepakaran malahan jiwa dan raga sekalipun adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga perkara yang tersebut diatas terbela dan tidak diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Kegigihan usaha dan pengorbanan yang dibuat oleh seseorang Muslim, masyarakat atau negara Islam untuk mewujudkan ketiga-tiga perkara tersebut diistilahkan sebagai jihad.

    #Sekiranya ketiga-tiga perkara di atas tergugat, maka usaha untuk mengembalikannya semula juga disebut sebagai jihad. Manakala orang-orang Islam yang terlibat dalam usaha tersebut dikenali sebagai Mujahid.

    #Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menulis di dalam sebuah bukunya dengan menyebut kata-kata daripada Imam Hassan al-Banna mengenai jihad iaitu:

    "Usaha kita dan jihad kita berfokus kepada dua paksi: prinsip (Islam) dan tanah air Islam".

    #Beliau iaitu Imam Hassan al-Banna telah menggabungkan kedua-dua perkara di atas kerana suatu ideologi itu hanya boleh ditegakkan di atas sebuah tanah air atau negara yang bebas dan berpegang kepada hukum-hakam Islam. Dengan negara Islam ini, Islam itu dapat hidup dan memandu ummah ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.

    #Oleh sebab itu, para fuqahak Islam telah bersepakat bahawa adalah merupakan tanggungjawab setiap orang Islam untuk mempertahankan setiap tanah yang dikuasai dan dijajah oleh golongan yang tidak beriman. Seterusnya, mereka menyatakan jihad tersebut adalah fardhu ain terhadap setiap muslim yang tinggal di tanah air tersebut manakala orang Islam yang lain wajib memberikan sokongan kepada mereka dari segi kewangan, senjata dan tentera serta sebarang kepakaran sebagaimana yang diperlukan untuk memastikan tanah air tersebut bebas daripada aktiviti kezaliman yang dilakukan oleh golongan penjajah yang tidak beriman.

    #Imam Hassan al-Banna juga menyatakan: "Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas bahu tiap-tiap muslim. Amanah ini adalah untuk menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran"

    ♡Jihad demi mewujudkan keadilan dan kedamaian serta menghapuskan kezaliman dan penindasan♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 15 Syaaban 1445H☆ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ  "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216] #Dalam Islam, jihad bertujuan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia keseluruhannya agar terbela di atas prinsip keadilan yang telus. Jihad juga berperanan untuk memastikan ketinggian agama Allah swt supaya ia dapat disampaikan secara terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa pun. #Pengembelingan usaha sama ada dalam bentuk tenaga, wang ringgit, fikiran ataupun kepakaran malahan jiwa dan raga sekalipun adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga perkara yang tersebut diatas terbela dan tidak diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Kegigihan usaha dan pengorbanan yang dibuat oleh seseorang Muslim, masyarakat atau negara Islam untuk mewujudkan ketiga-tiga perkara tersebut diistilahkan sebagai jihad. #Sekiranya ketiga-tiga perkara di atas tergugat, maka usaha untuk mengembalikannya semula juga disebut sebagai jihad. Manakala orang-orang Islam yang terlibat dalam usaha tersebut dikenali sebagai Mujahid. #Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menulis di dalam sebuah bukunya dengan menyebut kata-kata daripada Imam Hassan al-Banna mengenai jihad iaitu: "Usaha kita dan jihad kita berfokus kepada dua paksi: prinsip (Islam) dan tanah air Islam". #Beliau iaitu Imam Hassan al-Banna telah menggabungkan kedua-dua perkara di atas kerana suatu ideologi itu hanya boleh ditegakkan di atas sebuah tanah air atau negara yang bebas dan berpegang kepada hukum-hakam Islam. Dengan negara Islam ini, Islam itu dapat hidup dan memandu ummah ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat. #Oleh sebab itu, para fuqahak Islam telah bersepakat bahawa adalah merupakan tanggungjawab setiap orang Islam untuk mempertahankan setiap tanah yang dikuasai dan dijajah oleh golongan yang tidak beriman. Seterusnya, mereka menyatakan jihad tersebut adalah fardhu ain terhadap setiap muslim yang tinggal di tanah air tersebut manakala orang Islam yang lain wajib memberikan sokongan kepada mereka dari segi kewangan, senjata dan tentera serta sebarang kepakaran sebagaimana yang diperlukan untuk memastikan tanah air tersebut bebas daripada aktiviti kezaliman yang dilakukan oleh golongan penjajah yang tidak beriman. #Imam Hassan al-Banna juga menyatakan: "Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas bahu tiap-tiap muslim. Amanah ini adalah untuk menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran" ♡Jihad demi mewujudkan keadilan dan kedamaian serta menghapuskan kezaliman dan penindasan♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 7035 Views