• PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Bersahabat Dengan Penjual Minyak Wangi Bukan Pembakar Besi

    حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً

    Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin 'Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa daripada bapanya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap". (Sahih Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih

    Pengajaran:

    1.  Hidup bermasayarakat memerlukan sahabat serta orang lain yang akan saling bertolong bantu bagi menyempurnakan kehidupan.

    2.  Pelbagai jenis manusia yang berada di sekeliling kita, ada yang baik ada juga yang jahat dan buruk akhlak.

    3.  Bergaul serta bersama dengan orang  yang baik dan soleh umpama berada bersama penjual minyak wangi, jika kita tidak membelinya, bau wangi tetap melekat pada tubuh kita.

    4.  Bergaul serta bersama dengan orang yang buruk akhlak umpama berada bersama pembakar besi, walaupun kita tidak membakarnya, bahang panasnya tetap kita rasai.

    Carilah orang yang soleh dan berakhlak mulia sebagai teman dan sahabat untuk kita bersama mereka. Moga tempias kebaikannya mempengaruhi kita.

    #BangunkanJiwaMerdeka
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
    #PalestinMerdeka

    08hb Jamadil Awal 1446H
    10hb November 2024

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Bersahabat Dengan Penjual Minyak Wangi Bukan Pembakar Besi حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin 'Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa daripada bapanya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap". (Sahih Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Hidup bermasayarakat memerlukan sahabat serta orang lain yang akan saling bertolong bantu bagi menyempurnakan kehidupan. 2.  Pelbagai jenis manusia yang berada di sekeliling kita, ada yang baik ada juga yang jahat dan buruk akhlak. 3.  Bergaul serta bersama dengan orang  yang baik dan soleh umpama berada bersama penjual minyak wangi, jika kita tidak membelinya, bau wangi tetap melekat pada tubuh kita. 4.  Bergaul serta bersama dengan orang yang buruk akhlak umpama berada bersama pembakar besi, walaupun kita tidak membakarnya, bahang panasnya tetap kita rasai. Carilah orang yang soleh dan berakhlak mulia sebagai teman dan sahabat untuk kita bersama mereka. Moga tempias kebaikannya mempengaruhi kita. #BangunkanJiwaMerdeka #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 08hb Jamadil Awal 1446H 10hb November 2024 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    0 Comments 0 Shares 8K Views 0 Reviews
  • ☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Awwal 1446H☆

    لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡیَا بِٱلۡحَقِّۖ

    "Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar" [Surah al-Fatḥ 27]

    #al-Raghib al-Asfahani berkata: "Al-Ru’ya ialah apa yang dilihat dalam mimpi.

    #Antara mimpi yang menzahirkan rasa takjub ialah apabila mendengar seseorang itu pernah bermimpi melihat Rasulullah saw, kerana ia merupakan satu peristiwa yang
    pastinya diinginkan oleh setiap insan yang bergelar Muslim. Dan mimpi melihat Rasulullah saw adalah mimpi yang benar.

    #Sabda Rasulullah saw:

    مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِي ‏

    "Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sememangnya dia melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupaku" (HR al-Bukhari dan Muslim)

    #Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata, hadis ini mengandungi isyarat bahawa, meskipun Allah swt membenarkan syaitan untuk menyerupai sesiapa sahaja yang dikehendaki, namun ia tetap terhalang dari menyerupai Nabi saw. Beberapa ulamak berpanjangan, yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah apabila seseorang melihat Baginda saw dalam rupa yang sama seperti rupa asal Baginda saw.

    #Terdapat banyak riwayat tentang orang-orang soleh mimpi bertemu Rasulullah saw yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran:

    1. Dikisahkan oleh Ishaq bin Ismail katanya: Aku mendengar Sufyan at-Thauri berkata: "Aku telah melihat Nabi saw dalam mimpiku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu tentang bawang merah dan bawang putih. Baginda menjawab: Para malaikat merasa terganggu dengan keduanya. (Lihat: al-Manamat)

    2. Dikisahkan bahawa al-Muthanna bin Sa‘id al-Qasir telah menceritakan kepada kami, katanya: Aku mendengar Malik bin Anas (Imam Malik) berkata: "Tidak pernah aku melalui satu malam pun melainkan aku melihat Rasulullah saw dalam tidurku" (Lihat: Hilyah al-Auliya)

    3. Al-Rabi‘ bin Sulaiman meriwayatkan: Aku mendengar
    Imam as-Syafi‘i berkata: Aku melihat Nabi saw dalam mimpi,
    sebelum aku mencapai usia dewasa. Baginda berkata kepadaku: Wahai anak muda. Aku menjawab, Labbaik, wahai Rasulullah. Baginda bertanya: Dari golongan manakah engkau? Aku menjawab: Dari golonganmu, wahai Rasulullah. Baginda berkata: Dekatkan dirimu kepadaku: Maka aku pun mendekat, lalu Baginda mengambil sedikit daripada air liurnya. Aku membuka mulutku, dan Baginda menyapukan air liurnya pada lidahku, mulutku, dan bibirku, sambil berkata: Teruskanlah, semoga Allah memberkatimu. (Lihat: Manaqib al-Syafi‘i. al-Baihaqi)

    4. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi pernah menceritakan kisahnya, lebih kurang 16 tahun yang lalu, bahawa beliau telah bermimpi bertemu Rasulullah saw sebanyak 47 kali. Pada suatu ketika, beliau merasakan Rasulullah saw menyentuh kepala dan belakangnya, dan beliau dapat merasai kesejukan jari-jemari baginda pada kepalanya dan belakangnya. Kisah ini diceritakannya dalam rancangan Muntada Fursan al-Sunnah li al-Intaj al-Islami. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi merupakan 
    seorang pendakwah Islam terkenal dari Mesir. Beliau terlibat dalam Rabitah al-Alam al-Islami (Liga Muslim Sedunia) di Mekah, khususnya dalam bahagian Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah.

    #Ya Allah, kurniakanlah aku kesempatan untuk bertemu dengan RasulMu, Nabi Muhammad saw, dalam mimpiku. Jadikan pertemuan itu sebagai pendorong kecintaan dan ikutan terhadap sunnah Baginda. Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, ahli keluarganya, dan para sahabatnya. Aamiiin.

    ♡Jelas bahawa mimpi bertemu Rasulullah saw termasuk dalam mimpi yang baik dan merupakan perkhabaran gembira buat seseorang. Ini menunjukkan bahawa terdapat keistimewaan dalam dirinya yang membolehkannya bertemu dengan insan yang paling mulia, sekiranya benar orang yang dijumpainya itu adalah Rasulullah saw berdasarkan sifat-sifat Baginda yang diceritakan dalam hadis dan sesuai dengannya. Oleh itu, secara umumnya, tidak menjadi masalah untuk seseorang menceritakan mimpinya bertemu Rasulullah saw.

    Bahkan Baginda saw sendiri membenarkan seseorang yang bermimpi sesuatu perkara yang baik untuk menceritakannya kepada orang lain♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk join:
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Awwal 1446H☆ لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡیَا بِٱلۡحَقِّۖ "Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar" [Surah al-Fatḥ 27] #al-Raghib al-Asfahani berkata: "Al-Ru’ya ialah apa yang dilihat dalam mimpi. #Antara mimpi yang menzahirkan rasa takjub ialah apabila mendengar seseorang itu pernah bermimpi melihat Rasulullah saw, kerana ia merupakan satu peristiwa yang pastinya diinginkan oleh setiap insan yang bergelar Muslim. Dan mimpi melihat Rasulullah saw adalah mimpi yang benar. #Sabda Rasulullah saw: مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِي ‏ "Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sememangnya dia melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupaku" (HR al-Bukhari dan Muslim) #Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata, hadis ini mengandungi isyarat bahawa, meskipun Allah swt membenarkan syaitan untuk menyerupai sesiapa sahaja yang dikehendaki, namun ia tetap terhalang dari menyerupai Nabi saw. Beberapa ulamak berpanjangan, yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah apabila seseorang melihat Baginda saw dalam rupa yang sama seperti rupa asal Baginda saw. #Terdapat banyak riwayat tentang orang-orang soleh mimpi bertemu Rasulullah saw yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran: 1. Dikisahkan oleh Ishaq bin Ismail katanya: Aku mendengar Sufyan at-Thauri berkata: "Aku telah melihat Nabi saw dalam mimpiku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu tentang bawang merah dan bawang putih. Baginda menjawab: Para malaikat merasa terganggu dengan keduanya. (Lihat: al-Manamat) 2. Dikisahkan bahawa al-Muthanna bin Sa‘id al-Qasir telah menceritakan kepada kami, katanya: Aku mendengar Malik bin Anas (Imam Malik) berkata: "Tidak pernah aku melalui satu malam pun melainkan aku melihat Rasulullah saw dalam tidurku" (Lihat: Hilyah al-Auliya) 3. Al-Rabi‘ bin Sulaiman meriwayatkan: Aku mendengar Imam as-Syafi‘i berkata: Aku melihat Nabi saw dalam mimpi, sebelum aku mencapai usia dewasa. Baginda berkata kepadaku: Wahai anak muda. Aku menjawab, Labbaik, wahai Rasulullah. Baginda bertanya: Dari golongan manakah engkau? Aku menjawab: Dari golonganmu, wahai Rasulullah. Baginda berkata: Dekatkan dirimu kepadaku: Maka aku pun mendekat, lalu Baginda mengambil sedikit daripada air liurnya. Aku membuka mulutku, dan Baginda menyapukan air liurnya pada lidahku, mulutku, dan bibirku, sambil berkata: Teruskanlah, semoga Allah memberkatimu. (Lihat: Manaqib al-Syafi‘i. al-Baihaqi) 4. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi pernah menceritakan kisahnya, lebih kurang 16 tahun yang lalu, bahawa beliau telah bermimpi bertemu Rasulullah saw sebanyak 47 kali. Pada suatu ketika, beliau merasakan Rasulullah saw menyentuh kepala dan belakangnya, dan beliau dapat merasai kesejukan jari-jemari baginda pada kepalanya dan belakangnya. Kisah ini diceritakannya dalam rancangan Muntada Fursan al-Sunnah li al-Intaj al-Islami. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi merupakan  seorang pendakwah Islam terkenal dari Mesir. Beliau terlibat dalam Rabitah al-Alam al-Islami (Liga Muslim Sedunia) di Mekah, khususnya dalam bahagian Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah. #Ya Allah, kurniakanlah aku kesempatan untuk bertemu dengan RasulMu, Nabi Muhammad saw, dalam mimpiku. Jadikan pertemuan itu sebagai pendorong kecintaan dan ikutan terhadap sunnah Baginda. Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, ahli keluarganya, dan para sahabatnya. Aamiiin. ♡Jelas bahawa mimpi bertemu Rasulullah saw termasuk dalam mimpi yang baik dan merupakan perkhabaran gembira buat seseorang. Ini menunjukkan bahawa terdapat keistimewaan dalam dirinya yang membolehkannya bertemu dengan insan yang paling mulia, sekiranya benar orang yang dijumpainya itu adalah Rasulullah saw berdasarkan sifat-sifat Baginda yang diceritakan dalam hadis dan sesuai dengannya. Oleh itu, secara umumnya, tidak menjadi masalah untuk seseorang menceritakan mimpinya bertemu Rasulullah saw. Bahkan Baginda saw sendiri membenarkan seseorang yang bermimpi sesuatu perkara yang baik untuk menceritakannya kepada orang lain♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook: https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 14K Views 0 Reviews
  • ☆Tadabbur Kalamullah 10 Rabiul Akhir 1446H☆

    إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ

    "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).. [Surah al-Hujurat 13]

    #Allah menilai manusia pada taqwanya. Bukan pada rupa paras atau hartanya.

    #Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki melintasi Rasulullah aw. Baginda pun bertanya: "Apa pandangan kamu semua tentang dia?"

    Mereka menjawab: Dia ini pasti, jika meminang, orang sudi nikahkan. Jika beri cadangan, orang terima. Jika berkata, orang dengar.’

    Nabi hanya diam. Kemudian lalu pula seorang lelaki Muslim yang miskin. Nabi pun bertanya: "Apa pandangan kamu semua pula tentang dia?"

    Mereka menjawab: "Dia ini pasti, jika meminang, orang tidak sudi. Jika beri cadangan, orang tolak. Jika berkata, orang tidak dengar"

    Rasulullah pun bersabda: "Dia seorang sahaja pun adalah lebih baik daripada seramai-ramai orang di bumi yang serupa dengan orang pertama tadi!" (HR al-Bukhari)
     
    #Disebut dalam riwayat, ada beberapa orang sahabat Nabi yang hodoh, antaranya Sayidina Ju'ail bin Suraqah r.a. Sebelah matanya buta. Sudahlah hodoh dan buta, miskin pula.

    Selepas pembahagian harta perang Hunain, Nabi tanya Sayidina Abu Zar tentang Ju'ail bin Saraqah r.a. Mereka berdua sekampung. "Bagaimana awak tengok Ju'ail?"

    Sayidina Abu Zar menjawab: "Kesian orangnya sepertimana rupanya di mata orang"

    Nabi tanya pula pandangan Sayidina Abu Zar tentang seorang pemimpin kabilah yang baru Nabi hadiahkan harta kepadanya. Beliau pun menjawab: "Dia adalah tokoh antara tokoh!"

    Lalu Nabi pun sebut: "Namun Ju'ail seorang adalah lebih baik daripada orang itu sekalipun seramai sampai penuh bumi orang sepertinya!" (Ma'rifah al-Sahabah)

    #Walaupun rupa hodoh, buta dan miskin, namun jika dia seorang yang bertaqwa, dia sangat bernilai disisi Allah swt bahkan dijanjikan syurga teristimewa.

    ♡Alhamdulillah, Allah tidak menilai kita pada rupa dan harta, tetapi pada iman, amal usaha dan taqwa. Bertaqwakah kita? Selamat bermuhasabah!!♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk join:
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 10 Rabiul Akhir 1446H☆ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).. [Surah al-Hujurat 13] #Allah menilai manusia pada taqwanya. Bukan pada rupa paras atau hartanya. #Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki melintasi Rasulullah aw. Baginda pun bertanya: "Apa pandangan kamu semua tentang dia?" Mereka menjawab: Dia ini pasti, jika meminang, orang sudi nikahkan. Jika beri cadangan, orang terima. Jika berkata, orang dengar.’ Nabi hanya diam. Kemudian lalu pula seorang lelaki Muslim yang miskin. Nabi pun bertanya: "Apa pandangan kamu semua pula tentang dia?" Mereka menjawab: "Dia ini pasti, jika meminang, orang tidak sudi. Jika beri cadangan, orang tolak. Jika berkata, orang tidak dengar" Rasulullah pun bersabda: "Dia seorang sahaja pun adalah lebih baik daripada seramai-ramai orang di bumi yang serupa dengan orang pertama tadi!" (HR al-Bukhari)   #Disebut dalam riwayat, ada beberapa orang sahabat Nabi yang hodoh, antaranya Sayidina Ju'ail bin Suraqah r.a. Sebelah matanya buta. Sudahlah hodoh dan buta, miskin pula. Selepas pembahagian harta perang Hunain, Nabi tanya Sayidina Abu Zar tentang Ju'ail bin Saraqah r.a. Mereka berdua sekampung. "Bagaimana awak tengok Ju'ail?" Sayidina Abu Zar menjawab: "Kesian orangnya sepertimana rupanya di mata orang" Nabi tanya pula pandangan Sayidina Abu Zar tentang seorang pemimpin kabilah yang baru Nabi hadiahkan harta kepadanya. Beliau pun menjawab: "Dia adalah tokoh antara tokoh!" Lalu Nabi pun sebut: "Namun Ju'ail seorang adalah lebih baik daripada orang itu sekalipun seramai sampai penuh bumi orang sepertinya!" (Ma'rifah al-Sahabah) #Walaupun rupa hodoh, buta dan miskin, namun jika dia seorang yang bertaqwa, dia sangat bernilai disisi Allah swt bahkan dijanjikan syurga teristimewa. ♡Alhamdulillah, Allah tidak menilai kita pada rupa dan harta, tetapi pada iman, amal usaha dan taqwa. Bertaqwakah kita? Selamat bermuhasabah!!♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 9K Views 0 Reviews
  • *"KEUTAMAAN ZIARAH ORANG TUA DI HARI JUM'AT"*

    ___

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَفَعَهُ مَنْ زَارَ قَبْرَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً غَفَرَ اللَّهُ لَهُ وَكَانَ بَارًّا بِوَالِدِيه

    Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu :

    "Siapa saja yang menziarahi makam kedua orang tuanya atau salah satu dari keduanya pada setiap Jumat, niscaya Allah mengampuninya dan ia tercatat sebagai anak yang berbakti kepada keduanya."

    وَفِي رِوَايَةٍ مَنْ زَارَ قَبْرَ وَالِدَيْهِ كُلَّ جُمُعَةٍ أَوْ أَحَدِهِمَا فَقَرَأَ عِنْدَهُ يَس وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ غُفِرَ لَهُ بِعَدَدِ ذَلِكَ آيَةً وَحَرْفًا وَفِي رِوَايَةٍ مَنْ زَارَ قَبْرَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدِهِمَا يَوْمَ الْجُمُعَةِ كَانَ كَحَجَّةٍ .

    Dalam riwayat lain, Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda:

    "Siapa saja yang menziarahi (makam) kedua orang tuanya atau salah satu dari keduanya setiap Jumat, lalu membaca di dekatnya Surat Yasin dan sejumlah ayat Al-Quran, maka diampuni baginya dosa sebanyak ayat dan huruf.
    Dalam riwayat lain, '‘Siapa saja yang menziarahi (makam) kedua orang tuanya atau salah satu dari keduanya pada hari Jumat, maka itu bernilai ibadah haji.

    وَرُوِيَ إنَّ الرَّجُلَ لَيَمُوتُ وَالِدَاهُ وَهُوَ عَاقٌّ لَهُمَا فَيَدْعُو اللَّهَ لَهُمَا مِنْ بَعْدِهِمَا فَيَكْتُبُهُ اللَّهُ مِنْ الْبَارِّينَ.

    "Diriwayatkan bahwa seorang anak yang kedua orang tuanya wafat sementara ia pernah berdurhaka terhadap keduanya, lalu ia berdoa kepada Allah sepeninggal keduanya, niscaya Allah mencatatnya sebagai anak yang berbakti."

    وَكَانَ ابْنُ وَاسِعٍ يَزُورُ الْقُبُورَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَقُولُ بَلَغَنِي أَنَّ الْمَوْتَى يَعْلَمُونَ بِزُوَّارِهِمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَوْمًا بَعْدَهُ.

    Dan ada beliau Ibnu Wasi‘ menziarahi makam-makam pada hari Jumat.
    Ia berkata, ;
    ‘Sebuah riwayat sampai kepadaku bahwa ahli kubur itu mengetahui orang-orang hidup yang menziarahi mereka di hari Jumat dan sehari sesudahnya.

    Mudah-mudahan Kita Semua Tergolong Menjadi Anak Yang Sholeh / Sholeha Yang Ta'at Berbakti Kepada Orang Tua Semasa Hidupnya Lebih-Lebih Setelahnya Wafatnya.

    Aamiin ya rabbal aalamiin 🤲🏻🤲🏻
    *"KEUTAMAAN ZIARAH ORANG TUA DI HARI JUM'AT"* ___🖤🌹 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَفَعَهُ مَنْ زَارَ قَبْرَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً غَفَرَ اللَّهُ لَهُ وَكَانَ بَارًّا بِوَالِدِيه Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu : "Siapa saja yang menziarahi makam kedua orang tuanya atau salah satu dari keduanya pada setiap Jumat, niscaya Allah mengampuninya dan ia tercatat sebagai anak yang berbakti kepada keduanya." وَفِي رِوَايَةٍ مَنْ زَارَ قَبْرَ وَالِدَيْهِ كُلَّ جُمُعَةٍ أَوْ أَحَدِهِمَا فَقَرَأَ عِنْدَهُ يَس وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ غُفِرَ لَهُ بِعَدَدِ ذَلِكَ آيَةً وَحَرْفًا وَفِي رِوَايَةٍ مَنْ زَارَ قَبْرَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدِهِمَا يَوْمَ الْجُمُعَةِ كَانَ كَحَجَّةٍ . Dalam riwayat lain, Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Siapa saja yang menziarahi (makam) kedua orang tuanya atau salah satu dari keduanya setiap Jumat, lalu membaca di dekatnya Surat Yasin dan sejumlah ayat Al-Quran, maka diampuni baginya dosa sebanyak ayat dan huruf. Dalam riwayat lain, '‘Siapa saja yang menziarahi (makam) kedua orang tuanya atau salah satu dari keduanya pada hari Jumat, maka itu bernilai ibadah haji. وَرُوِيَ إنَّ الرَّجُلَ لَيَمُوتُ وَالِدَاهُ وَهُوَ عَاقٌّ لَهُمَا فَيَدْعُو اللَّهَ لَهُمَا مِنْ بَعْدِهِمَا فَيَكْتُبُهُ اللَّهُ مِنْ الْبَارِّينَ. "Diriwayatkan bahwa seorang anak yang kedua orang tuanya wafat sementara ia pernah berdurhaka terhadap keduanya, lalu ia berdoa kepada Allah sepeninggal keduanya, niscaya Allah mencatatnya sebagai anak yang berbakti." وَكَانَ ابْنُ وَاسِعٍ يَزُورُ الْقُبُورَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَقُولُ بَلَغَنِي أَنَّ الْمَوْتَى يَعْلَمُونَ بِزُوَّارِهِمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَوْمًا بَعْدَهُ. Dan ada beliau Ibnu Wasi‘ menziarahi makam-makam pada hari Jumat. Ia berkata, ; ‘Sebuah riwayat sampai kepadaku bahwa ahli kubur itu mengetahui orang-orang hidup yang menziarahi mereka di hari Jumat dan sehari sesudahnya. Mudah-mudahan Kita Semua Tergolong Menjadi Anak Yang Sholeh / Sholeha Yang Ta'at Berbakti Kepada Orang Tua Semasa Hidupnya Lebih-Lebih Setelahnya Wafatnya. Aamiin ya rabbal aalamiin 🤲🏻🤲🏻
    0 Comments 0 Shares 4K Views 0 0 Reviews
  • *07 Rabiul Akhir 1446H*
    *10 Oktober 2024M*

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

    *Bila mata hati buta...*

    أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
    maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.(Al Hajj: 46)

    Mata hati yang celik dapat melihat tanda-tanda kebesaran Allah, dapat merasai hubungan yang suci denganNya, sentiasa mengingatiNya dengan zikir dan fikir, sentiasa terpandu dengan suluhan nur petunjukNya sehingga jiwanya sentiasa lapang dan luas dalam menerima dan menghayati kebenaran hidup beragama...

    سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
    Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?
    (Fussilat: 53)

    Sebaliknya mata hati yang buta;
    1. Tidak nampak kebenaran, bahkan sentiasa dibaluti dengan kelalaian...

    وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَـٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
    Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.(Al A'raf: 179)

    2. Tidak dapat membezakan kebenaran dengan kebatilan, sedangkan kedua-duanya terpisah jauh...

    وَمَا يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ ﴿١٩) وَلَا الظُّلُمَاتُ وَلَا النُّورُ ﴿٢٠﴾
    Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat.(19) dan tidak (pula) sama gelap gelita dengan cahaya, (20)(Fathir: 19-20)

    و ذكر ابن كثير في تفسيره عند قوله - تعالى : (كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْياً بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ)
    Al Imam Ibnu Katsir menyebut di dalam kitab tafsirnya, dalam mentafsirkan ayat Allah yang (bermaksud),"Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus".

    قال: وفي الدعاء المأثور: "اللهم أرنا الحق حقاً، وارزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلاً، وارزقنا اجتنابه، ولا تجعله ملتبساً علينا فنضل، واجعلنا للمتقين إماما".تفسير ابن كثير
    Kata Al Imam Ibnu Katsir, di dalam sebuah doa yang ma'tsur yang (bermaksud):"Ya Allah, Tunjukkilah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami agar dapat mengikut kebenaran, dan tunjukkilah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami agar dapat menjauhi kebatilan. Dan janganlah Engkau jadikan perkara yang batil itu nampak samar bagi kami kerana nanti kami akan sesat, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa".

    3. Mudah tertipu dengan nafsu dan tarikan duniawi, sehingga tidak menyedari kehidupannya di dunia adalah pada jalan kesesatan.

    الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
    Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.(Al Kahfi: 104)

    وَمَن كَانَ فِي هَـٰذِهِ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًا
    Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).(Al Isra': 72)

    4. Melihat kebaikan diri sendiri dan menolak kebaikan orang lain

    أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يُزَكُّونَ أَنفُسَهُم ۚ بَلِ ٱللَّهُ يُزَكِّى مَن يَشَآءُ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا
    Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang menganggap dirinya bersih?. Sebenarnya Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak aniaya sedikitpun.(An Nisa': 49)

    قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ : " إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ إِعْجَابُ الْمَرْءِ بِرَأْيِهِ ، وَمَنْ قَالَ : أَنَا عَالِمٌ ، فَهُوَ جَاهِلٌ ، وَمَنْ قَالَ : أَنَا فِي الْجَنَّةِ ، فَهُوَ فِي النَّارِ "
    Umar bin al-Khattab pernah berkata:“Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka”.(Riwayat Ibn Marduwaih)

    5. Tidak nampak keburukan diri sendiri tetapi hanya membesarkan keburukan orang lain

    Seorang mukmin yang celik mata hatinya, akan sentiasa bermuhasabah terhadap dirinya dengan melihat dan mengakui kelemahan dan keaiban dirinya. Sebaliknya yang buta matinya hanya lebih gemar mencari dan membesarkan kesalahan orang lain.

    (( إذا أراد الله بعبد خيرا زهده في الدنيا، ورغبه في الآخرة، وبصره بعيوب نفسه ))
    [ رواه أبو منصور الديلمي في مسند الفردوس دون قوله " ورغبه في الآخرة " وزاد " فقهه في الدين " وإسناده ضعيف ].
    Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah menghendaki hamba-Nya menjadi baik, maka diberinya kefahaman terhadap agama, dibuatnya zuhud terhadap dunia, dan dibuatnya menyedari keaibannya sendiri.
    (Hadith Riwayat Ad-Dailami)

    6. Sombong angkuh dengan diri sendiri, sehingga sukar menerima nasihat dan teguran.

    Syaikh al-Allamah Al-Muhaddits Abdul Aziz At-Thuraifi berkata:
    الكِبر بوابة الذنوب يُعمي صاحبه عن حق الله وحق خلقه، فلا يُبصر المتكبر النعمة فيُحرم الشكر، ولا يرى لأحد إحساناً عليه فيُحرم البر .
    "Keangkuhan adalah gerbang berbagai macam dosa, sebab keangkuhan akan membutakan mata hati seseorang dari melihat hak Allah dan hak sesama makhluk. Pada akhirnya, ia tidak mampu melihat nikmat Allah SWT, sehingga dia bersyukur. Dan dia juga tidak bisa melihat kebaikan yang dilakukan oleh seseorang untuk dirinya, sehingga dia bisa membalasnya dengan kebaikan juga".

    Sekaligus, seorang yang angkuh dan sombong sukar mendengar pandangan dan teguran orang lain sekali pun benar. Ini berpunca daripada asad dengki terhadap kebaikan orang lain sedangkan ia sentiasa dirinya lebih baik daripada orang lain.

    ﺍﻟﻜِﺒْﺮُ ﺑﻄﺮ ﺍﻟﺤﻖ ﻭﻏَﻤْﻂُ ﺍﻟﻨﺎﺱ
    Kesombongan itu ialah menolak kebenaran dan meremehkan manusia lain.(Hadith Riwayat Muslim)

    7. Berlaku zalim terhadap orang lain.

    Tidak hairan lah kemuncak daripada butanya mata hati, seseorang itu akan merasa tindakan buruk dan zalimnya sebagai suatu amalan yang baik. Sehingga berterang-terangan menzalimi orang lain dengan lidah dan perbuatannya.

    أَفَمَن زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا ۖ فَإِنَّ اللَّـهَ يُضِلُّ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ ۖ فَلَا تَذْهَبْ نَفْسُكَ عَلَيْهِمْ حَسَرَاتٍ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
    Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)? Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.(Fathir: 8)

    اللّهم نَوِّرْ قُلُوبَنا بِنُورِ هدايتك كما نَوَّرْتَ هٰذهِ اﻷَرْضَ بنور شَمْسِكَ
    Ya Allah, terangilah hati-hati kami dengan nur cahaya petunjukMu sebagaimana Engkau telah menerangi bumi ini dengan cahaya mentariMu...

    *Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan mohonlah nurNya agar mata hatimu sentiasa terang bersinar menerangi jiwamu...barakallahuminalakum*
    *Terima kasih saudaraku yang beriman lagi dimuliakan untuk penghasilan santapan jiwa ini*

    *جزك الله خيرا كثيرا.*

    *وَعَلَيْكُمْ السَّلامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.*
    *07 Rabiul Akhir 1446H* *10 Oktober 2024M* السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم *Bila mata hati buta...* أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.(Al Hajj: 46) Mata hati yang celik dapat melihat tanda-tanda kebesaran Allah, dapat merasai hubungan yang suci denganNya, sentiasa mengingatiNya dengan zikir dan fikir, sentiasa terpandu dengan suluhan nur petunjukNya sehingga jiwanya sentiasa lapang dan luas dalam menerima dan menghayati kebenaran hidup beragama... سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu? (Fussilat: 53) Sebaliknya mata hati yang buta; 1. Tidak nampak kebenaran, bahkan sentiasa dibaluti dengan kelalaian... وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَـٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.(Al A'raf: 179) 2. Tidak dapat membezakan kebenaran dengan kebatilan, sedangkan kedua-duanya terpisah jauh... وَمَا يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ ﴿١٩) وَلَا الظُّلُمَاتُ وَلَا النُّورُ ﴿٢٠﴾ Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat.(19) dan tidak (pula) sama gelap gelita dengan cahaya, (20)(Fathir: 19-20) و ذكر ابن كثير في تفسيره عند قوله - تعالى : (كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْياً بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ) Al Imam Ibnu Katsir menyebut di dalam kitab tafsirnya, dalam mentafsirkan ayat Allah yang (bermaksud),"Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus". قال: وفي الدعاء المأثور: "اللهم أرنا الحق حقاً، وارزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلاً، وارزقنا اجتنابه، ولا تجعله ملتبساً علينا فنضل، واجعلنا للمتقين إماما".تفسير ابن كثير Kata Al Imam Ibnu Katsir, di dalam sebuah doa yang ma'tsur yang (bermaksud):"Ya Allah, Tunjukkilah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami agar dapat mengikut kebenaran, dan tunjukkilah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami agar dapat menjauhi kebatilan. Dan janganlah Engkau jadikan perkara yang batil itu nampak samar bagi kami kerana nanti kami akan sesat, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa". 3. Mudah tertipu dengan nafsu dan tarikan duniawi, sehingga tidak menyedari kehidupannya di dunia adalah pada jalan kesesatan. الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.(Al Kahfi: 104) وَمَن كَانَ فِي هَـٰذِهِ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًا Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).(Al Isra': 72) 4. Melihat kebaikan diri sendiri dan menolak kebaikan orang lain أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يُزَكُّونَ أَنفُسَهُم ۚ بَلِ ٱللَّهُ يُزَكِّى مَن يَشَآءُ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang menganggap dirinya bersih?. Sebenarnya Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak aniaya sedikitpun.(An Nisa': 49) قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ : " إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ إِعْجَابُ الْمَرْءِ بِرَأْيِهِ ، وَمَنْ قَالَ : أَنَا عَالِمٌ ، فَهُوَ جَاهِلٌ ، وَمَنْ قَالَ : أَنَا فِي الْجَنَّةِ ، فَهُوَ فِي النَّارِ " Umar bin al-Khattab pernah berkata:“Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka”.(Riwayat Ibn Marduwaih) 5. Tidak nampak keburukan diri sendiri tetapi hanya membesarkan keburukan orang lain Seorang mukmin yang celik mata hatinya, akan sentiasa bermuhasabah terhadap dirinya dengan melihat dan mengakui kelemahan dan keaiban dirinya. Sebaliknya yang buta matinya hanya lebih gemar mencari dan membesarkan kesalahan orang lain. (( إذا أراد الله بعبد خيرا زهده في الدنيا، ورغبه في الآخرة، وبصره بعيوب نفسه )) [ رواه أبو منصور الديلمي في مسند الفردوس دون قوله " ورغبه في الآخرة " وزاد " فقهه في الدين " وإسناده ضعيف ]. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah menghendaki hamba-Nya menjadi baik, maka diberinya kefahaman terhadap agama, dibuatnya zuhud terhadap dunia, dan dibuatnya menyedari keaibannya sendiri. (Hadith Riwayat Ad-Dailami) 6. Sombong angkuh dengan diri sendiri, sehingga sukar menerima nasihat dan teguran. Syaikh al-Allamah Al-Muhaddits Abdul Aziz At-Thuraifi berkata: الكِبر بوابة الذنوب يُعمي صاحبه عن حق الله وحق خلقه، فلا يُبصر المتكبر النعمة فيُحرم الشكر، ولا يرى لأحد إحساناً عليه فيُحرم البر . "Keangkuhan adalah gerbang berbagai macam dosa, sebab keangkuhan akan membutakan mata hati seseorang dari melihat hak Allah dan hak sesama makhluk. Pada akhirnya, ia tidak mampu melihat nikmat Allah SWT, sehingga dia bersyukur. Dan dia juga tidak bisa melihat kebaikan yang dilakukan oleh seseorang untuk dirinya, sehingga dia bisa membalasnya dengan kebaikan juga". Sekaligus, seorang yang angkuh dan sombong sukar mendengar pandangan dan teguran orang lain sekali pun benar. Ini berpunca daripada asad dengki terhadap kebaikan orang lain sedangkan ia sentiasa dirinya lebih baik daripada orang lain. ﺍﻟﻜِﺒْﺮُ ﺑﻄﺮ ﺍﻟﺤﻖ ﻭﻏَﻤْﻂُ ﺍﻟﻨﺎﺱ Kesombongan itu ialah menolak kebenaran dan meremehkan manusia lain.(Hadith Riwayat Muslim) 7. Berlaku zalim terhadap orang lain. Tidak hairan lah kemuncak daripada butanya mata hati, seseorang itu akan merasa tindakan buruk dan zalimnya sebagai suatu amalan yang baik. Sehingga berterang-terangan menzalimi orang lain dengan lidah dan perbuatannya. أَفَمَن زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا ۖ فَإِنَّ اللَّـهَ يُضِلُّ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ ۖ فَلَا تَذْهَبْ نَفْسُكَ عَلَيْهِمْ حَسَرَاتٍ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ بِمَا يَصْنَعُونَ Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)? Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.(Fathir: 8) اللّهم نَوِّرْ قُلُوبَنا بِنُورِ هدايتك كما نَوَّرْتَ هٰذهِ اﻷَرْضَ بنور شَمْسِكَ Ya Allah, terangilah hati-hati kami dengan nur cahaya petunjukMu sebagaimana Engkau telah menerangi bumi ini dengan cahaya mentariMu... *Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan mohonlah nurNya agar mata hatimu sentiasa terang bersinar menerangi jiwamu...barakallahuminalakum* *Terima kasih saudaraku yang beriman lagi dimuliakan untuk penghasilan santapan jiwa ini* *جزك الله خيرا كثيرا.* *وَعَلَيْكُمْ السَّلامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.*
    0 Comments 0 Shares 11K Views 0 Reviews
More Results