• ☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Awwal 1446H☆

    لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡیَا بِٱلۡحَقِّۖ

    "Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar" [Surah al-Fatḥ 27]

    #al-Raghib al-Asfahani berkata: "Al-Ru’ya ialah apa yang dilihat dalam mimpi.

    #Antara mimpi yang menzahirkan rasa takjub ialah apabila mendengar seseorang itu pernah bermimpi melihat Rasulullah saw, kerana ia merupakan satu peristiwa yang
    pastinya diinginkan oleh setiap insan yang bergelar Muslim. Dan mimpi melihat Rasulullah saw adalah mimpi yang benar.

    #Sabda Rasulullah saw:

    مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِي ‏

    "Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sememangnya dia melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupaku" (HR al-Bukhari dan Muslim)

    #Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata, hadis ini mengandungi isyarat bahawa, meskipun Allah swt membenarkan syaitan untuk menyerupai sesiapa sahaja yang dikehendaki, namun ia tetap terhalang dari menyerupai Nabi saw. Beberapa ulamak berpanjangan, yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah apabila seseorang melihat Baginda saw dalam rupa yang sama seperti rupa asal Baginda saw.

    #Terdapat banyak riwayat tentang orang-orang soleh mimpi bertemu Rasulullah saw yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran:

    1. Dikisahkan oleh Ishaq bin Ismail katanya: Aku mendengar Sufyan at-Thauri berkata: "Aku telah melihat Nabi saw dalam mimpiku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu tentang bawang merah dan bawang putih. Baginda menjawab: Para malaikat merasa terganggu dengan keduanya. (Lihat: al-Manamat)

    2. Dikisahkan bahawa al-Muthanna bin Sa‘id al-Qasir telah menceritakan kepada kami, katanya: Aku mendengar Malik bin Anas (Imam Malik) berkata: "Tidak pernah aku melalui satu malam pun melainkan aku melihat Rasulullah saw dalam tidurku" (Lihat: Hilyah al-Auliya)

    3. Al-Rabi‘ bin Sulaiman meriwayatkan: Aku mendengar
    Imam as-Syafi‘i berkata: Aku melihat Nabi saw dalam mimpi,
    sebelum aku mencapai usia dewasa. Baginda berkata kepadaku: Wahai anak muda. Aku menjawab, Labbaik, wahai Rasulullah. Baginda bertanya: Dari golongan manakah engkau? Aku menjawab: Dari golonganmu, wahai Rasulullah. Baginda berkata: Dekatkan dirimu kepadaku: Maka aku pun mendekat, lalu Baginda mengambil sedikit daripada air liurnya. Aku membuka mulutku, dan Baginda menyapukan air liurnya pada lidahku, mulutku, dan bibirku, sambil berkata: Teruskanlah, semoga Allah memberkatimu. (Lihat: Manaqib al-Syafi‘i. al-Baihaqi)

    4. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi pernah menceritakan kisahnya, lebih kurang 16 tahun yang lalu, bahawa beliau telah bermimpi bertemu Rasulullah saw sebanyak 47 kali. Pada suatu ketika, beliau merasakan Rasulullah saw menyentuh kepala dan belakangnya, dan beliau dapat merasai kesejukan jari-jemari baginda pada kepalanya dan belakangnya. Kisah ini diceritakannya dalam rancangan Muntada Fursan al-Sunnah li al-Intaj al-Islami. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi merupakan 
    seorang pendakwah Islam terkenal dari Mesir. Beliau terlibat dalam Rabitah al-Alam al-Islami (Liga Muslim Sedunia) di Mekah, khususnya dalam bahagian Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah.

    #Ya Allah, kurniakanlah aku kesempatan untuk bertemu dengan RasulMu, Nabi Muhammad saw, dalam mimpiku. Jadikan pertemuan itu sebagai pendorong kecintaan dan ikutan terhadap sunnah Baginda. Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, ahli keluarganya, dan para sahabatnya. Aamiiin.

    ♡Jelas bahawa mimpi bertemu Rasulullah saw termasuk dalam mimpi yang baik dan merupakan perkhabaran gembira buat seseorang. Ini menunjukkan bahawa terdapat keistimewaan dalam dirinya yang membolehkannya bertemu dengan insan yang paling mulia, sekiranya benar orang yang dijumpainya itu adalah Rasulullah saw berdasarkan sifat-sifat Baginda yang diceritakan dalam hadis dan sesuai dengannya. Oleh itu, secara umumnya, tidak menjadi masalah untuk seseorang menceritakan mimpinya bertemu Rasulullah saw.

    Bahkan Baginda saw sendiri membenarkan seseorang yang bermimpi sesuatu perkara yang baik untuk menceritakannya kepada orang lain♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk join:
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Awwal 1446H☆ لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡیَا بِٱلۡحَقِّۖ "Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar" [Surah al-Fatḥ 27] #al-Raghib al-Asfahani berkata: "Al-Ru’ya ialah apa yang dilihat dalam mimpi. #Antara mimpi yang menzahirkan rasa takjub ialah apabila mendengar seseorang itu pernah bermimpi melihat Rasulullah saw, kerana ia merupakan satu peristiwa yang pastinya diinginkan oleh setiap insan yang bergelar Muslim. Dan mimpi melihat Rasulullah saw adalah mimpi yang benar. #Sabda Rasulullah saw: مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِي ‏ "Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sememangnya dia melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupaku" (HR al-Bukhari dan Muslim) #Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata, hadis ini mengandungi isyarat bahawa, meskipun Allah swt membenarkan syaitan untuk menyerupai sesiapa sahaja yang dikehendaki, namun ia tetap terhalang dari menyerupai Nabi saw. Beberapa ulamak berpanjangan, yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah apabila seseorang melihat Baginda saw dalam rupa yang sama seperti rupa asal Baginda saw. #Terdapat banyak riwayat tentang orang-orang soleh mimpi bertemu Rasulullah saw yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran: 1. Dikisahkan oleh Ishaq bin Ismail katanya: Aku mendengar Sufyan at-Thauri berkata: "Aku telah melihat Nabi saw dalam mimpiku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu tentang bawang merah dan bawang putih. Baginda menjawab: Para malaikat merasa terganggu dengan keduanya. (Lihat: al-Manamat) 2. Dikisahkan bahawa al-Muthanna bin Sa‘id al-Qasir telah menceritakan kepada kami, katanya: Aku mendengar Malik bin Anas (Imam Malik) berkata: "Tidak pernah aku melalui satu malam pun melainkan aku melihat Rasulullah saw dalam tidurku" (Lihat: Hilyah al-Auliya) 3. Al-Rabi‘ bin Sulaiman meriwayatkan: Aku mendengar Imam as-Syafi‘i berkata: Aku melihat Nabi saw dalam mimpi, sebelum aku mencapai usia dewasa. Baginda berkata kepadaku: Wahai anak muda. Aku menjawab, Labbaik, wahai Rasulullah. Baginda bertanya: Dari golongan manakah engkau? Aku menjawab: Dari golonganmu, wahai Rasulullah. Baginda berkata: Dekatkan dirimu kepadaku: Maka aku pun mendekat, lalu Baginda mengambil sedikit daripada air liurnya. Aku membuka mulutku, dan Baginda menyapukan air liurnya pada lidahku, mulutku, dan bibirku, sambil berkata: Teruskanlah, semoga Allah memberkatimu. (Lihat: Manaqib al-Syafi‘i. al-Baihaqi) 4. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi pernah menceritakan kisahnya, lebih kurang 16 tahun yang lalu, bahawa beliau telah bermimpi bertemu Rasulullah saw sebanyak 47 kali. Pada suatu ketika, beliau merasakan Rasulullah saw menyentuh kepala dan belakangnya, dan beliau dapat merasai kesejukan jari-jemari baginda pada kepalanya dan belakangnya. Kisah ini diceritakannya dalam rancangan Muntada Fursan al-Sunnah li al-Intaj al-Islami. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi merupakan  seorang pendakwah Islam terkenal dari Mesir. Beliau terlibat dalam Rabitah al-Alam al-Islami (Liga Muslim Sedunia) di Mekah, khususnya dalam bahagian Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah. #Ya Allah, kurniakanlah aku kesempatan untuk bertemu dengan RasulMu, Nabi Muhammad saw, dalam mimpiku. Jadikan pertemuan itu sebagai pendorong kecintaan dan ikutan terhadap sunnah Baginda. Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, ahli keluarganya, dan para sahabatnya. Aamiiin. ♡Jelas bahawa mimpi bertemu Rasulullah saw termasuk dalam mimpi yang baik dan merupakan perkhabaran gembira buat seseorang. Ini menunjukkan bahawa terdapat keistimewaan dalam dirinya yang membolehkannya bertemu dengan insan yang paling mulia, sekiranya benar orang yang dijumpainya itu adalah Rasulullah saw berdasarkan sifat-sifat Baginda yang diceritakan dalam hadis dan sesuai dengannya. Oleh itu, secara umumnya, tidak menjadi masalah untuk seseorang menceritakan mimpinya bertemu Rasulullah saw. Bahkan Baginda saw sendiri membenarkan seseorang yang bermimpi sesuatu perkara yang baik untuk menceritakannya kepada orang lain♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook: https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 14K Views 0 Reviews
  • ☆Tadabbur Kalamullah 9 Rabiul Akhir 1446H☆

    إنَّ اللهَ لَعَفُوٌّ غَفُوْرٌ

    "Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun" [Surah al-hajj 60]

    #Berkata Syeikh Abdul Rahman as-Sa'di rahimahullah: "Dia Maha memaafkan orang-orang yang berbuat dosa, dengan tidak menyegerakan seksaan bagi mereka, serta mengampuni dosa-dosa mereka. Maka Allah menghapuskan dosa dan bekas-bekasnya dari diri mereka. Inilah sifat Allah swt yang tetap dan terus ada pada zat-Nya (Yang Maha Mulia), dan inilah perlakuanNya kepada hamba-hambaNya di setiap waktu, (iaitu) dengan pemaafan dan pengampunan…"

    #Hal ini bertepatan dengan Firman Allah swt :

    وَلَوۡ یُؤَاخِذُ ٱللَّهُ ٱلنَّاسَ بِمَا كَسَبُوا۟ مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهۡرِهَا مِن دَاۤبَّةࣲ وَلَـٰكِن یُؤَخِّرُهُمۡ إِلَىٰۤ أَجَلࣲ مُّسَمࣰّىۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِۦ بَصِیرَۢا

    "Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya" [Surah Fāṭir 45]

    #Tersebut dalam hadis Qudsi, bahwa Allah swt berfirman: "Seorang hamba melakukan perbuatan dosa, kemudian dia berdoa: "Ya Allah ampunilah dosaku". Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa". (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba itu berbuat dosa lagi lalu berdoa: "Ya Tuhanku ampunilah dosaku" . Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa". (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba itu berbuat dosa lagi lalu berdoa: "Ya Tuhanku ampunilah dosaku". Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa, berbuatlah sesukamu (wahai hambaKu), maka sungguh Aku telah mengampunimu" (HR al-Bukhari) Iaitu "selama kamu terus bertaubat, memohon dan kembali (kepadaKu)".

    #Berkata Imam Ibnu Rajab:

    العفو من أسماء الله تعالى وهو يتجاوز عن سيئات عباده الماحي لأثارهم عنهم وهو يحب العفو فيحب أن يعفو عن عباده ويحب من عباده أن يعفو بعضهم عن بعض فإذا عفا بعضهم عن بعض عاملهم بعفوه وعفوه أحب إليه من عقوبته

    "Al-‘Afuw merupakan sebahagian dari nama-nama Allah swt. Ia bermaksud Allah mengampunkan dosa-dosa para hambaNya serta memadam kesan-kesan dosa dari mereka. Allah suka kepada kemaafan dan Dia suka untuk memaafkan para hambaNya. Dia juga suka sekiranya hamba-hambaNya saling memaafkan sesama mereka. Sekiranya mereka saling bermaafan, Allah akan melayan mereka dengan sifat pemaafNya, dan memaafkan itu lebih Dia sukai berbanding memberikan hukuman" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif)

    ♡Allah Tuhan Yang sentiasa bersedia memaafkan hambaNya, maka berdoa, bermunajat dan merayulah agar diampuni segala dosa dan kesalahan kita♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk join:
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 9 Rabiul Akhir 1446H☆ إنَّ اللهَ لَعَفُوٌّ غَفُوْرٌ "Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun" [Surah al-hajj 60] #Berkata Syeikh Abdul Rahman as-Sa'di rahimahullah: "Dia Maha memaafkan orang-orang yang berbuat dosa, dengan tidak menyegerakan seksaan bagi mereka, serta mengampuni dosa-dosa mereka. Maka Allah menghapuskan dosa dan bekas-bekasnya dari diri mereka. Inilah sifat Allah swt yang tetap dan terus ada pada zat-Nya (Yang Maha Mulia), dan inilah perlakuanNya kepada hamba-hambaNya di setiap waktu, (iaitu) dengan pemaafan dan pengampunan…" #Hal ini bertepatan dengan Firman Allah swt : وَلَوۡ یُؤَاخِذُ ٱللَّهُ ٱلنَّاسَ بِمَا كَسَبُوا۟ مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهۡرِهَا مِن دَاۤبَّةࣲ وَلَـٰكِن یُؤَخِّرُهُمۡ إِلَىٰۤ أَجَلࣲ مُّسَمࣰّىۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِۦ بَصِیرَۢا "Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya" [Surah Fāṭir 45] #Tersebut dalam hadis Qudsi, bahwa Allah swt berfirman: "Seorang hamba melakukan perbuatan dosa, kemudian dia berdoa: "Ya Allah ampunilah dosaku". Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa". (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba itu berbuat dosa lagi lalu berdoa: "Ya Tuhanku ampunilah dosaku" . Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa". (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba itu berbuat dosa lagi lalu berdoa: "Ya Tuhanku ampunilah dosaku". Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa, berbuatlah sesukamu (wahai hambaKu), maka sungguh Aku telah mengampunimu" (HR al-Bukhari) Iaitu "selama kamu terus bertaubat, memohon dan kembali (kepadaKu)". #Berkata Imam Ibnu Rajab: العفو من أسماء الله تعالى وهو يتجاوز عن سيئات عباده الماحي لأثارهم عنهم وهو يحب العفو فيحب أن يعفو عن عباده ويحب من عباده أن يعفو بعضهم عن بعض فإذا عفا بعضهم عن بعض عاملهم بعفوه وعفوه أحب إليه من عقوبته "Al-‘Afuw merupakan sebahagian dari nama-nama Allah swt. Ia bermaksud Allah mengampunkan dosa-dosa para hambaNya serta memadam kesan-kesan dosa dari mereka. Allah suka kepada kemaafan dan Dia suka untuk memaafkan para hambaNya. Dia juga suka sekiranya hamba-hambaNya saling memaafkan sesama mereka. Sekiranya mereka saling bermaafan, Allah akan melayan mereka dengan sifat pemaafNya, dan memaafkan itu lebih Dia sukai berbanding memberikan hukuman" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif) ♡Allah Tuhan Yang sentiasa bersedia memaafkan hambaNya, maka berdoa, bermunajat dan merayulah agar diampuni segala dosa dan kesalahan kita♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 6K Views 0 Reviews
  • ☆Tadabbur Kalamullah 7 Muharram 1446H☆

    ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

    "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah Ar-Raʿd 28]
    Zikrullah melahirkan rasa tenang dan tenteram di dalam diri seseorang. Ini yang difirmankan oleh Allah swt dalam kalamNya.

    Dan saat ini betapa kita memerlukan kepada ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan kita, khususnya pada zaman ini, dengan kesibukan hidup di negara moden, sering kali kita mendengarkan keluhan sebahagian individu tentang tuntutan dan tekanan urusan dunia.
    Zikrullah ialah kita berada di dalam keadaan sentiasa mengingati Allah. Hakikat Zikrullah secara luas dan sempurna hanya dapat kita capai dengan kita berusaha mentaati Allah pada setiap masa kerana seseorang itu apabila ia taat kepada Allah itu bermakna ia ingat kepada Allah.

    Dalam satu riwayat Nabi saw bersabda:

    أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا وَذَلِكَ مَا هُوَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

    "Mahukah kamu untuk aku khabarkan kepada kamu tentang amalan kamu yang paling baik, paling bersih di sisi Tuhan kamu, paling mengangkat darjat kamu, lebih baik untuk kamu daripada membelanjakan emas dan perak, lebih baik untuk kamu daripada kamu berdepan dengan musuh kamu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka pula memenggal leher kamu? Mereka (para sahabat) menjawab: "Apa dia wahai Rasulullah". Baginda bersabda "Zikrullah" (Musnad Ahmad)
    Zikir merupakan asas utama dalam perjalanan mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai keredhaanNya. Kedekatan diri dengan Allah swt tercapai menerusi penyucian hati dan penyuci bagi hati itu ialah zikrullah.
    Konsep zikrullah menjangkau makna yang lebih besar daripada sekadar membasahi lidah dengan lafaz zikir dan doa. Ia merupakan sebuah konsep menyeluruh yang mencorak kehidupan dan peribadi seorang Muslim.

    Maksud zikrullah yang lebih luas, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh 'Abdur Razzaq bin 'Abdul Muhsin al-Badr ialah:

    "Termasuk perkara yang mesti difahami oleh seorang muslim, bahawa Zikrullah Taala tidak dikhususkan hanya kepada majlis-majlis yang disebut di dalamnya nama Allah dengan bertasbih, bertakbir, bertahmid dan seumpamanya. Bahkan ia merangkumi apa-apa majlis yang disebut di dalamnya perintah dan tegahan Allah, halal dan haram, apa yang disukai dan diredhai oleh Allah. Bahkan barangkali zikir seperti ini adalah lebih bermanfaat dari zikir yang hanya semata-mata menyebut nama Allah. Ini kerana mengetahui halal dan haram adalah kewajipan dalam beberapa berkara ke atas setiap muslim. Adapun zikrullah dengan lisan, kebanyakannya adalah sunat, kadang-kala ia menjadi wajib seperti zikir di dalam solat fardhu. Adapun mengetahui perintah Allah, apa-apa yang disukai, diredhaiNya dan apa-apa yang tidak disukaiNya adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang yang perlu mengetahuinya.

    #Kerana itu, Sayidina Ibn Mas'ud r.a, apabila beliau menyebut hadis Nabi saw: "Taman-taman syurga itu adalah halaqah-halaqah zikir". Beliau berkata: "Adapun aku tidak memaksudkan al-Qussas (penceramah-penceramah yang menyebut kisah pengajaran), akan tetapi (aku maksudkan) halaqah-halaqah fiqh".

    ♡Apa sahaja amal soleh yang mengingatkan kita pada Allah, itulah zikrullah. Dengan zikrullah hati menjadi tenang, damai, bahagia dan tenteram♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

    https://t.me/tadabburkalamullah/3457
    ☆Tadabbur Kalamullah 7 Muharram 1446H☆ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah Ar-Raʿd 28] Zikrullah melahirkan rasa tenang dan tenteram di dalam diri seseorang. Ini yang difirmankan oleh Allah swt dalam kalamNya. Dan saat ini betapa kita memerlukan kepada ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan kita, khususnya pada zaman ini, dengan kesibukan hidup di negara moden, sering kali kita mendengarkan keluhan sebahagian individu tentang tuntutan dan tekanan urusan dunia. Zikrullah ialah kita berada di dalam keadaan sentiasa mengingati Allah. Hakikat Zikrullah secara luas dan sempurna hanya dapat kita capai dengan kita berusaha mentaati Allah pada setiap masa kerana seseorang itu apabila ia taat kepada Allah itu bermakna ia ingat kepada Allah. Dalam satu riwayat Nabi saw bersabda: أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا وَذَلِكَ مَا هُوَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ "Mahukah kamu untuk aku khabarkan kepada kamu tentang amalan kamu yang paling baik, paling bersih di sisi Tuhan kamu, paling mengangkat darjat kamu, lebih baik untuk kamu daripada membelanjakan emas dan perak, lebih baik untuk kamu daripada kamu berdepan dengan musuh kamu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka pula memenggal leher kamu? Mereka (para sahabat) menjawab: "Apa dia wahai Rasulullah". Baginda bersabda "Zikrullah" (Musnad Ahmad) Zikir merupakan asas utama dalam perjalanan mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai keredhaanNya. Kedekatan diri dengan Allah swt tercapai menerusi penyucian hati dan penyuci bagi hati itu ialah zikrullah. Konsep zikrullah menjangkau makna yang lebih besar daripada sekadar membasahi lidah dengan lafaz zikir dan doa. Ia merupakan sebuah konsep menyeluruh yang mencorak kehidupan dan peribadi seorang Muslim. Maksud zikrullah yang lebih luas, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh 'Abdur Razzaq bin 'Abdul Muhsin al-Badr ialah: "Termasuk perkara yang mesti difahami oleh seorang muslim, bahawa Zikrullah Taala tidak dikhususkan hanya kepada majlis-majlis yang disebut di dalamnya nama Allah dengan bertasbih, bertakbir, bertahmid dan seumpamanya. Bahkan ia merangkumi apa-apa majlis yang disebut di dalamnya perintah dan tegahan Allah, halal dan haram, apa yang disukai dan diredhai oleh Allah. Bahkan barangkali zikir seperti ini adalah lebih bermanfaat dari zikir yang hanya semata-mata menyebut nama Allah. Ini kerana mengetahui halal dan haram adalah kewajipan dalam beberapa berkara ke atas setiap muslim. Adapun zikrullah dengan lisan, kebanyakannya adalah sunat, kadang-kala ia menjadi wajib seperti zikir di dalam solat fardhu. Adapun mengetahui perintah Allah, apa-apa yang disukai, diredhaiNya dan apa-apa yang tidak disukaiNya adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang yang perlu mengetahuinya. #Kerana itu, Sayidina Ibn Mas'ud r.a, apabila beliau menyebut hadis Nabi saw: "Taman-taman syurga itu adalah halaqah-halaqah zikir". Beliau berkata: "Adapun aku tidak memaksudkan al-Qussas (penceramah-penceramah yang menyebut kisah pengajaran), akan tetapi (aku maksudkan) halaqah-halaqah fiqh". ♡Apa sahaja amal soleh yang mengingatkan kita pada Allah, itulah zikrullah. Dengan zikrullah hati menjadi tenang, damai, bahagia dan tenteram♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah https://t.me/tadabburkalamullah/3457
    T.ME
    Tadabbur Kalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 7 Muharram 1446H☆ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah Ar-Raʿd 28] #Zikrullah melahirkan rasa tenang dan tenteram di dalam diri seseorang. Ini yang difirmankan oleh Allah swt dalam kalamNya. #Dan saat ini betapa kita memerlukan kepada ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan kita, khususnya pada zaman ini, dengan kesibukan hidup di negara moden, sering kali kita mendengarkan keluhan sebahagian individu tentang tuntutan dan tekanan urusan dunia. #Zikrullah ialah kita berada di dalam keadaan sentiasa mengingati Allah. Hakikat Zikrullah secara luas dan sempurna hanya dapat kita capai dengan kita berusaha mentaati Allah pada setiap masa kerana seseorang itu apabila ia taat kepada Allah itu bermakna ia ingat kepada Allah. #Dalam satu riwayat Nabi saw bersabda: أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا وَذَلِكَ مَا هُوَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ "Mahukah kamu untuk aku khabarkan kepada kamu tentang amalan kamu yang paling baik, paling bersih di sisi Tuhan kamu, paling mengangkat darjat kamu, lebih baik untuk kamu daripada membelanjakan emas dan perak, lebih baik untuk kamu daripada kamu berdepan dengan musuh kamu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka pula memenggal leher kamu? Mereka (para sahabat) menjawab: "Apa dia wahai Rasulullah". Baginda bersabda "Zikrullah" (Musnad Ahmad) #Zikir merupakan asas utama dalam perjalanan mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai keredhaanNya. Kedekatan diri dengan Allah swt tercapai menerusi penyucian hati dan penyuci bagi hati itu ialah zikrullah. #Konsep zikrullah menjangkau makna yang lebih besar daripada sekadar membasahi lidah dengan lafaz zikir dan doa. Ia merupakan sebuah konsep menyeluruh yang mencorak kehidupan dan peribadi seorang Muslim. #Maksud zikrullah yang lebih luas, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh 'Abdur Razzaq bin 'Abdul Muhsin al-Badr ialah: "Termasuk perkara yang mesti difahami oleh seorang muslim, bahawa Zikrullah Taala tidak dikhususkan hanya kepada majlis-majlis yang disebut di dalamnya nama Allah dengan bertasbih, bertakbir, bertahmid dan seumpamanya. Bahkan ia merangkumi apa-apa majlis yang disebut di dalamnya perintah dan tegahan Allah, halal dan haram, apa yang disukai dan diredhai oleh Allah. Bahkan barangkali zikir seperti ini adalah lebih bermanfaat dari zikir yang hanya semata-mata menyebut nama Allah. Ini kerana mengetahui halal dan haram adalah kewajipan dalam beberapa berkara ke atas setiap muslim. Adapun zikrullah dengan lisan, kebanyakannya adalah sunat, kadang-kala ia menjadi wajib seperti zikir di dalam solat fardhu. Adapun mengetahui perintah Allah, apa-apa yang disukai, diredhaiNya dan apa-apa yang tidak disukaiNya adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang yang perlu mengetahuinya. #Kerana itu, Sayidina Ibn Mas'ud r.a, apabila beliau menyebut hadis Nabi saw: "Taman-taman syurga itu adalah halaqah-halaqah zikir". Beliau berkata: "Adapun aku tidak memaksudkan al-Qussas (penceramah-penceramah yang menyebut kisah pengajaran), akan tetapi (aku maksudkan) halaqah-halaqah fiqh". ♡Apa sahaja amal soleh yang mengingatkan kita pada Allah, itulah zikrullah. Dengan zikrullah hati menjadi tenang, damai, bahagia dan tenteram♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook: https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 12K Views 0 Reviews
  • ☆Tadabbur Kalamullah 22 Ramadhan 1445H☆

    لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

    "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

    #Menurut Syeikh Ali bin Ubaidillah: "Dinamakan malam al-Qadar kerana diturunkan pada malam tersebut kitab yang mempunyai kemuliaan di samping rahmat dan malaikat juga turun pada malam tersebut".

    #Kemuliaan apa lagi yang lebih agung dari suatu malam yang menjadi permulaan turunnya cahaya dan petunjuk kepada seluruh manusia setelah berlalunya beberapa abad kaum Quraisy yang berada dalam kesesatan menyembah berhala.

    #Tidak ada lagi keagungan yang lebih tinggi dari suatu malam yang menjadi saat bersinarnya cahaya pengetahuan Ilahi ke hati Rasulullah saw sebagai bukti rahmat kepada hamba-hambaNya.

    Berkata Imam Ad-Dahhaq: "Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan".

    #Berkata pula Imam Mujahid: "Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut".

    #Sebahagian para ulamak telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadhan, antaranya ialah:

    1. Berkata Sayidina Ubadah bin al-Somit r.a: "Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.

    2. Daripada Sayidina Ubay bin Kaab r.a menyatakan daripada Nabi saw sabdanya: "Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan".

    3. Riwayat daripada Sayidina Ibn Mas’ud: "Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar" (Lihat: Umdah al-Qari)

    #Antara doa terbaik untuk dibaca pada malam lailatulqadar ialah yang diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha, bahawa beliau bertanya Nabi saw: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi saw bersabda:

    اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

    "Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku" (HR at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)

    #Imam an-Nawawi berkata bahawa ashab kami (ulamak Syafieyyah) mengatakan disunatkan memperbanyakkan membaca doa ini pada malam al-Qadar. Begitu juga, disunatkan membaca al-Quran, zikir-zikir dan doa-doa yang disunatkan pada tempat-tempat yang mulia. (Lihat: al-Azkar)

    ♡Banyakkan beramal di 10 malam terakhir Ramadhan. Moga kita bertemu malam al-Qadar. Aamiiin♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 22 Ramadhan 1445H☆ لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3] #Menurut Syeikh Ali bin Ubaidillah: "Dinamakan malam al-Qadar kerana diturunkan pada malam tersebut kitab yang mempunyai kemuliaan di samping rahmat dan malaikat juga turun pada malam tersebut". #Kemuliaan apa lagi yang lebih agung dari suatu malam yang menjadi permulaan turunnya cahaya dan petunjuk kepada seluruh manusia setelah berlalunya beberapa abad kaum Quraisy yang berada dalam kesesatan menyembah berhala. #Tidak ada lagi keagungan yang lebih tinggi dari suatu malam yang menjadi saat bersinarnya cahaya pengetahuan Ilahi ke hati Rasulullah saw sebagai bukti rahmat kepada hamba-hambaNya. Berkata Imam Ad-Dahhaq: "Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan". #Berkata pula Imam Mujahid: "Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut". #Sebahagian para ulamak telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadhan, antaranya ialah: 1. Berkata Sayidina Ubadah bin al-Somit r.a: "Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. 2. Daripada Sayidina Ubay bin Kaab r.a menyatakan daripada Nabi saw sabdanya: "Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan". 3. Riwayat daripada Sayidina Ibn Mas’ud: "Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar" (Lihat: Umdah al-Qari) #Antara doa terbaik untuk dibaca pada malam lailatulqadar ialah yang diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha, bahawa beliau bertanya Nabi saw: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi saw bersabda: اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي "Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku" (HR at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad) #Imam an-Nawawi berkata bahawa ashab kami (ulamak Syafieyyah) mengatakan disunatkan memperbanyakkan membaca doa ini pada malam al-Qadar. Begitu juga, disunatkan membaca al-Quran, zikir-zikir dan doa-doa yang disunatkan pada tempat-tempat yang mulia. (Lihat: al-Azkar) ♡Banyakkan beramal di 10 malam terakhir Ramadhan. Moga kita bertemu malam al-Qadar. Aamiiin♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 19K Views 0 Reviews
  • ☆Tadabbur Kalamullah 29 Syaaban 1445H☆

    یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

    "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

    #Sebentar tadi telah diisytiharkan permulaan ibadah puasa bagi umat Islam di Malaysia bermula pada hari Selasa atau 1 Ramadhan 1445H bersamaan 12 Mac 2024.

    #Ahlan wa sahlan ya Ramadhan (Selamat datang bulan Ramadhan). Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang beriman yang mengetahui kelebihan dan kemuliaan yang terdapat pada bulan ini.

    #Orang-orang yang beriman tidak akan mensia-siakan kelebihan yang terdapat di dalam penghulu segala bulan ini walaupun sesaat. Mereka membuat pelbagai pengisian rohani yang dapat meningkatkan darjat keimanan mereka di sisi Allah swt. Janji-janji Allah swt yang sangat hebat melalui lisan RasulNya, nabi Muhammad saw, menyebabkan berlaku kerugian yang teramat sangat bagi mereka tidak merebut peluang keemasan di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.

    #Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Apabila tibanya Ramadhan, Rasulullah saw menyampaikan berita gembira ini kepada para sahabat. Sabda Nabi saw:

    أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ، وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ. فَيْهِ لَيْلَةٌ أَبْوَابُ خَيْرٌ من ألف شهر. مَنْ حرمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حرم

    "Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang merupakan bulan yang diberkati. Allah telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitan-syaitan yang jahat. Pada bulan ini terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan malam itu, sesungguhnya dia telah terhalang (dari rahmat Allah)" (Sunan an-Nasa’ie)

    #Imam Ibnu Rajab menjelaskan bahwa hadis ini menjadi isyarat bagi umat Islam agar menyambut bulan Ramadhan dengan penuh sukacita dan kegembiraan.

    #Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari rahimahullah:" Hadis ini merupakan asas (dalil atau dasar) bagi ucapan tahniah yang menjadi budaya pada awal bulan-bulan yang diberkati" (Lihat: Mirqat al-Mafatiḥ)

    #Maka, sebahagian ulamak mengatakan bahawa harus bagi kita untuk mengucapkan tahniah atas kedatangan Ramadhan, satu nikmat baharu yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Rezeki bertemu dengan Ramadhan adalah anugerah yang tidak ternilai.

    #Disamping itu, Rasulullah saw juga memberi teladan kepada para umatnya agar berdoa di saat telah melihat hilal (anak bulan) Ramadhan.

    #Imam an-Nawawi dalam kitab al-Majmu' menyebut hadis yang berisi doa Nabi saw saat menyambut bulan Ramadhan.

    انَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلالَ قَالَ : " اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالإِيمَانِ وَالسَّلامَةِ وَالإِسْلامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

    Sesungguhnya Nabi saw ketika telah melihat hilal (Ramadhan), baginda berdoa:" Ya Allah jadikanlah hilal (bulan ini) bagi kami dengan membawa keberkatan, keimanan, keselamatan, dan keIslaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah" (HR at-Tirmizi)

    #Oleh kerana ganjaran begitu banyak menanti di bulan Ramadhan, menyebabkan kedatangannya dinanti-nanti oleh orang-orang yang soleh, maka janganlah kita lepaskan peluang keemasan di bulan Ramadhan yang bakal tiba yang belum pasti untuk kita nikmati pada tahun-tahun yang mendatang.

    ♡Jom susun jadual ibadat kita sebaik mungkin dan jangan dibiarkan ia berlalu begitu sahaja walaupun sesaat sepertimana telah berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 29 Syaaban 1445H☆ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183] #Sebentar tadi telah diisytiharkan permulaan ibadah puasa bagi umat Islam di Malaysia bermula pada hari Selasa atau 1 Ramadhan 1445H bersamaan 12 Mac 2024. #Ahlan wa sahlan ya Ramadhan (Selamat datang bulan Ramadhan). Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang beriman yang mengetahui kelebihan dan kemuliaan yang terdapat pada bulan ini. #Orang-orang yang beriman tidak akan mensia-siakan kelebihan yang terdapat di dalam penghulu segala bulan ini walaupun sesaat. Mereka membuat pelbagai pengisian rohani yang dapat meningkatkan darjat keimanan mereka di sisi Allah swt. Janji-janji Allah swt yang sangat hebat melalui lisan RasulNya, nabi Muhammad saw, menyebabkan berlaku kerugian yang teramat sangat bagi mereka tidak merebut peluang keemasan di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. #Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Apabila tibanya Ramadhan, Rasulullah saw menyampaikan berita gembira ini kepada para sahabat. Sabda Nabi saw: أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ، وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ. فَيْهِ لَيْلَةٌ أَبْوَابُ خَيْرٌ من ألف شهر. مَنْ حرمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حرم "Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang merupakan bulan yang diberkati. Allah telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitan-syaitan yang jahat. Pada bulan ini terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan malam itu, sesungguhnya dia telah terhalang (dari rahmat Allah)" (Sunan an-Nasa’ie) #Imam Ibnu Rajab menjelaskan bahwa hadis ini menjadi isyarat bagi umat Islam agar menyambut bulan Ramadhan dengan penuh sukacita dan kegembiraan. #Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari rahimahullah:" Hadis ini merupakan asas (dalil atau dasar) bagi ucapan tahniah yang menjadi budaya pada awal bulan-bulan yang diberkati" (Lihat: Mirqat al-Mafatiḥ) #Maka, sebahagian ulamak mengatakan bahawa harus bagi kita untuk mengucapkan tahniah atas kedatangan Ramadhan, satu nikmat baharu yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Rezeki bertemu dengan Ramadhan adalah anugerah yang tidak ternilai. #Disamping itu, Rasulullah saw juga memberi teladan kepada para umatnya agar berdoa di saat telah melihat hilal (anak bulan) Ramadhan. #Imam an-Nawawi dalam kitab al-Majmu' menyebut hadis yang berisi doa Nabi saw saat menyambut bulan Ramadhan. انَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلالَ قَالَ : " اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالإِيمَانِ وَالسَّلامَةِ وَالإِسْلامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ Sesungguhnya Nabi saw ketika telah melihat hilal (Ramadhan), baginda berdoa:" Ya Allah jadikanlah hilal (bulan ini) bagi kami dengan membawa keberkatan, keimanan, keselamatan, dan keIslaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah" (HR at-Tirmizi) #Oleh kerana ganjaran begitu banyak menanti di bulan Ramadhan, menyebabkan kedatangannya dinanti-nanti oleh orang-orang yang soleh, maka janganlah kita lepaskan peluang keemasan di bulan Ramadhan yang bakal tiba yang belum pasti untuk kita nikmati pada tahun-tahun yang mendatang. ♡Jom susun jadual ibadat kita sebaik mungkin dan jangan dibiarkan ia berlalu begitu sahaja walaupun sesaat sepertimana telah berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 14K Views 0 Reviews
More Results