Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

24 November 2023 / 10 Jamadil Awal 1445H

Berhikmah dalam Memahami Teks Agama



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita bertakwa kepada Allah (S.W.T.) dengan melaksanakan segala perintahNya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita memperolehi ilmu yang bermanfaat dan kekal terpandu di atas jalan yang diredhai-Nya. Amin.

Para jemaah yang dihormati sekalian,

Rasulullah (S.A.W.) telah meninggalkan banyak pengajaran buat umat manusia agar ia dapat dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan di dunia ini sebagai jambatan bagi kehidupan di alam akhirat yang lebih kekal nanti.

Sebagai umat Islam, kita sentiasa diingatkan untuk berusaha memperolehi pemahaman yang tepat akan nas-nas agama. Al-Quran dan Hadis itu bukanlah hanya merupakan coretan teks-teks agama di sebalik lembaran kitab, akan tetapi kefahaman yang betul di sebalik teks-teks agama juga merupakan sebahagian daripada tuntutan Al-Quran dan Hadis.

Sidang Jumaat yang saya muliakan,

Konflik yang berlarutan di Palestin yang kita saksikan sekarang ini telah mengorbankan ribuan nyawa mereka yang tidak berdosa. Ini disebabkan tindakan rambang dan melampau oleh pihak yang memiliki kuasa tanpa menghiraukan atau menghormati peraturan antarabangsa. Ini adalah sama sekali tidak dapat diterima. Kita berdoa agar Allah (S.W.T.) memberi petunjuk kepada kepimpinan dunia agar berusaha lebih serius dalam mencari huraian kepada penderitaan yang dilalui oleh para penduduk Gaza dan Palestin.

Di samping berasa sedih, kerdil dan bergantung kepada kekuatan doa serta menghulurkan bantuan apa yang terdaya dari jauh, terdapat sebahagian umat Islam yang menyaksikan peristiwa ini membuat andaian dan tafsiran terhadap nas-nas agama dengan cara yang simplistik dan mendatar. Hal ini dapat kita saksikan dalam sebahagian perkongsian di media sosial, di mana mereka mengaitkan secara langsung peristiwa ini dengan apa yang diriwayatkan mengenai fitnah akhir zaman. Tafsiran sebegini boleh membawa kepada salah pengertian terhadap nas agama jika tidak didasari dengan panduan yang jelas dan betul.

Kadangkala salah pengertian sebegini boleh menyebabkan seseorang berasa putus asa dan mula meninggalkan tanggungjawab duniawinya hanya kerana hendak memberi tumpuan kepada amal ibadah demi bersiap menghadapi kiamat yang bakal tiba.

Yang jelasnya, apa yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini tidak dapat ditafsirkan dan dikaitkan secara pasti dengan sebahagian nas-nas spesifik Al-Quran dan Hadis yang menyebut mengenai beberapa fitnah akhir zaman. Malahan, terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menggunakan peristiwa sebegini untuk mengetengahkan agenda pelampauan mereka. Mereka lalu menyalahgunakan nas-nas agama untuk menghalalkan tindakan-tindakan mereka yang melampau.

Masih segar lagi dalam ingatan kita peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu bagaimana puak radikal ISIS telah menggunakan nas-nas berkaitan “bendera hitam” bagi menyokong agenda mereka, lalu menghalalkan tindakan ganas mereka yang sama sekali tidak dibenarkan di dalam agama.

Maka atas dasar ini, masyarakat Islam perlu lebih berhati-hati ketika berhadapan dengan penafsiran yang simplistik dan tidak jelas. Ia tidak seharusnya dianggap sebagai satu kebenaran yang pasti. Ketahuilah, bersikap waspada terhadap penafsiran agama tidak bererti menolak periwayatan nas-nas agama yang sahih. Akan tetapi yang dipersoalkan sebenarnya adalah pentakwilan dan penentuan konteks bagi nas-nas tersebut, sekiranya ia tidak menepati penjelasan para ulama dan penafsiran yang muktabar.

Saudara dan Saudari yang saya hormati,

Terdapat banyak pengajaran yang boleh diraih di sebalik nas-nas berkaitan akhir zaman. Di kesempatan ini, izinkan saya untuk mengongsikan dua perkara utama yang boleh kita hayati bersama dalam membahaskan berkaitan teks-teks agama ini:

Pertama: Fitnah atau ujian akhir zaman merupakan salah satu bentuk ujian kehidupan yang sudah ditentukan oleh Allah (S.W.T.) ke atas hamba-hambaNya. Sebenarnya, Allah (S.W.T.) ingin menguji siapakah di antara hamba-hambaNya yang lebih baik amalannya. Firman Allah (S.W.T.):



Yang bermaksud: "Dia yang telah mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Mulk, ayat 2).

Perjalanan kita di dunia ini adalah suatu medan untuk kita memperkukuhkan iman, mempertingkatkan amalan soleh dan memupuk daya tahan dalam menghadapi sebarang bentuk kesulitan mahupun ujian dengan penuh ketaatan dan kesabaran. Sebagai seorang mukmin, kita seharusnya tidak mudah mengeluh ataupun menyalahkan takdir, tetapi sebaliknya kita memperkukuhkan hubungan kita kepada Allah (S.W.T.) dan mencari jalan penyelesaian dengan penuh hikmah dan kesabaran.

Saudara dan Saudari yang dirahmati Allah,

Perkara kedua yang boleh sama-sama kita pelajari daripada panduan Rasulullah (S.A.W.) berkaitan akhir zaman ini adalah, ia sebenarnya mengingatkan kita untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan alam akhirat. Kita diingatkan untuk memperbanyakkan amal kebajikan, melakukan kebaikan dan memberi kemanfaatan buat umat manusia sejagat. Bahkan semangat menyumbang dan melakukan kebaikan ini tetap perlu terus dihidupkan walaupun jika kita mengetahui bahawa kiamat berlaku esok.

Dalam hal ini, Rasulullah (S.A.W.) berpesan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud: "Jika hari kiamat tiba dan di tangan salah seorang daripada kamu ada benih, maka jika ia mampu untuk menanamnya sebelum terjadi kiamat, maka hendaklah ia melakukannya."

Nabi (S.A.W.) meninggalkan panduan yang amat berharga buat kita. Baginda memberi dorongan dan semangat positif kepada umatnya, agar tetap berusaha melakukan kebaikan dan kebajikan pada setiap masa dan keadaan.

Maka ayuh saudaraku, marilah kita mendalami ilmu dan memahami teks agama dengan baik. Rujuklah kepada pakar dan para asatizah kita. Dan dalam kita mengharungi detik-detik yang mencabar ini, marilah kita bersama-sama mengukuhkan keimanan, mengutuhkan ketakwaan dan terus melakukan kebaikan kepada semua insan. Hanya kepada Allah kita berserah, kepada-Nya kita mengharapkan bantuan dan kepada-Nya juga kita kembali.

Semoga Allah (S.W.T.) mengurniakan kita iman yang kukuh, kesabaran yang jitu dan istiqamah untuk kita terus menanam benih-benih kebaikan hingga hembusan nafas kita yang terakhir. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم



Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.


https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/443
Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 24 November 2023 / 10 Jamadil Awal 1445H Berhikmah dalam Memahami Teks Agama Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Marilah kita bertakwa kepada Allah (S.W.T.) dengan melaksanakan segala perintahNya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita memperolehi ilmu yang bermanfaat dan kekal terpandu di atas jalan yang diredhai-Nya. Amin. Para jemaah yang dihormati sekalian, Rasulullah (S.A.W.) telah meninggalkan banyak pengajaran buat umat manusia agar ia dapat dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan di dunia ini sebagai jambatan bagi kehidupan di alam akhirat yang lebih kekal nanti. Sebagai umat Islam, kita sentiasa diingatkan untuk berusaha memperolehi pemahaman yang tepat akan nas-nas agama. Al-Quran dan Hadis itu bukanlah hanya merupakan coretan teks-teks agama di sebalik lembaran kitab, akan tetapi kefahaman yang betul di sebalik teks-teks agama juga merupakan sebahagian daripada tuntutan Al-Quran dan Hadis. Sidang Jumaat yang saya muliakan, Konflik yang berlarutan di Palestin yang kita saksikan sekarang ini telah mengorbankan ribuan nyawa mereka yang tidak berdosa. Ini disebabkan tindakan rambang dan melampau oleh pihak yang memiliki kuasa tanpa menghiraukan atau menghormati peraturan antarabangsa. Ini adalah sama sekali tidak dapat diterima. Kita berdoa agar Allah (S.W.T.) memberi petunjuk kepada kepimpinan dunia agar berusaha lebih serius dalam mencari huraian kepada penderitaan yang dilalui oleh para penduduk Gaza dan Palestin. Di samping berasa sedih, kerdil dan bergantung kepada kekuatan doa serta menghulurkan bantuan apa yang terdaya dari jauh, terdapat sebahagian umat Islam yang menyaksikan peristiwa ini membuat andaian dan tafsiran terhadap nas-nas agama dengan cara yang simplistik dan mendatar. Hal ini dapat kita saksikan dalam sebahagian perkongsian di media sosial, di mana mereka mengaitkan secara langsung peristiwa ini dengan apa yang diriwayatkan mengenai fitnah akhir zaman. Tafsiran sebegini boleh membawa kepada salah pengertian terhadap nas agama jika tidak didasari dengan panduan yang jelas dan betul. Kadangkala salah pengertian sebegini boleh menyebabkan seseorang berasa putus asa dan mula meninggalkan tanggungjawab duniawinya hanya kerana hendak memberi tumpuan kepada amal ibadah demi bersiap menghadapi kiamat yang bakal tiba. Yang jelasnya, apa yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini tidak dapat ditafsirkan dan dikaitkan secara pasti dengan sebahagian nas-nas spesifik Al-Quran dan Hadis yang menyebut mengenai beberapa fitnah akhir zaman. Malahan, terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menggunakan peristiwa sebegini untuk mengetengahkan agenda pelampauan mereka. Mereka lalu menyalahgunakan nas-nas agama untuk menghalalkan tindakan-tindakan mereka yang melampau. Masih segar lagi dalam ingatan kita peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu bagaimana puak radikal ISIS telah menggunakan nas-nas berkaitan “bendera hitam” bagi menyokong agenda mereka, lalu menghalalkan tindakan ganas mereka yang sama sekali tidak dibenarkan di dalam agama. Maka atas dasar ini, masyarakat Islam perlu lebih berhati-hati ketika berhadapan dengan penafsiran yang simplistik dan tidak jelas. Ia tidak seharusnya dianggap sebagai satu kebenaran yang pasti. Ketahuilah, bersikap waspada terhadap penafsiran agama tidak bererti menolak periwayatan nas-nas agama yang sahih. Akan tetapi yang dipersoalkan sebenarnya adalah pentakwilan dan penentuan konteks bagi nas-nas tersebut, sekiranya ia tidak menepati penjelasan para ulama dan penafsiran yang muktabar. Saudara dan Saudari yang saya hormati, Terdapat banyak pengajaran yang boleh diraih di sebalik nas-nas berkaitan akhir zaman. Di kesempatan ini, izinkan saya untuk mengongsikan dua perkara utama yang boleh kita hayati bersama dalam membahaskan berkaitan teks-teks agama ini: Pertama: Fitnah atau ujian akhir zaman merupakan salah satu bentuk ujian kehidupan yang sudah ditentukan oleh Allah (S.W.T.) ke atas hamba-hambaNya. Sebenarnya, Allah (S.W.T.) ingin menguji siapakah di antara hamba-hambaNya yang lebih baik amalannya. Firman Allah (S.W.T.): Yang bermaksud: "Dia yang telah mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Mulk, ayat 2). Perjalanan kita di dunia ini adalah suatu medan untuk kita memperkukuhkan iman, mempertingkatkan amalan soleh dan memupuk daya tahan dalam menghadapi sebarang bentuk kesulitan mahupun ujian dengan penuh ketaatan dan kesabaran. Sebagai seorang mukmin, kita seharusnya tidak mudah mengeluh ataupun menyalahkan takdir, tetapi sebaliknya kita memperkukuhkan hubungan kita kepada Allah (S.W.T.) dan mencari jalan penyelesaian dengan penuh hikmah dan kesabaran. Saudara dan Saudari yang dirahmati Allah, Perkara kedua yang boleh sama-sama kita pelajari daripada panduan Rasulullah (S.A.W.) berkaitan akhir zaman ini adalah, ia sebenarnya mengingatkan kita untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan alam akhirat. Kita diingatkan untuk memperbanyakkan amal kebajikan, melakukan kebaikan dan memberi kemanfaatan buat umat manusia sejagat. Bahkan semangat menyumbang dan melakukan kebaikan ini tetap perlu terus dihidupkan walaupun jika kita mengetahui bahawa kiamat berlaku esok. Dalam hal ini, Rasulullah (S.A.W.) berpesan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud: "Jika hari kiamat tiba dan di tangan salah seorang daripada kamu ada benih, maka jika ia mampu untuk menanamnya sebelum terjadi kiamat, maka hendaklah ia melakukannya." Nabi (S.A.W.) meninggalkan panduan yang amat berharga buat kita. Baginda memberi dorongan dan semangat positif kepada umatnya, agar tetap berusaha melakukan kebaikan dan kebajikan pada setiap masa dan keadaan. Maka ayuh saudaraku, marilah kita mendalami ilmu dan memahami teks agama dengan baik. Rujuklah kepada pakar dan para asatizah kita. Dan dalam kita mengharungi detik-detik yang mencabar ini, marilah kita bersama-sama mengukuhkan keimanan, mengutuhkan ketakwaan dan terus melakukan kebaikan kepada semua insan. Hanya kepada Allah kita berserah, kepada-Nya kita mengharapkan bantuan dan kepada-Nya juga kita kembali. Semoga Allah (S.W.T.) mengurniakan kita iman yang kukuh, kesabaran yang jitu dan istiqamah untuk kita terus menanam benih-benih kebaikan hingga hembusan nafas kita yang terakhir. Amin ya Rabbal ‘Alamin. أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم Khutbah Kedua الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ Ø£ÙŽÙ† لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ. أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ. https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/443
0 Comments 0 Shares 7515 Views