• ☆Tadabbur Kalamullah 13 Jamadil Awwal 1445H☆

    یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰ⁠مِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

    "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Maʾidah 8]

    #Sambung bicara  tentang sistem pemerintahan Islam yang menjamin keadilan, kebahagiaan dan keamanan bagi segenap lapisan rakyat dan masyarakat. Hayatilah lagi kisah keadilan dan keindahan pemerintahan Islam dalam catatan sejarah:

    #Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab r.a, wilayah-wilayah Islam yang telah berkembang luas telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang gabenor. Mereka diberi kuasa dalam menguruskan urusan-urusan pentadbiran termasuklah memungut cukai di bahagian masing-masing. Walaubagaimanapun, kuasa mutlak dalam memutuskan sesuatu kes atau masalah berkaitan cukai tanah akan dirujuk kepada Khalifah Umar ibn al-Khattab r.a.

    #Tanah-tanah tersebut akan diukur dan dinilai terlebih dahulu sebelum ditentukan kadar cukai. Tanah yang telah ditentukan jenisnya itu, kemudian akan ditetapkan kadar cukai mengikut jenis tanah tersebut. Hal ini jelas menunjukkan keadilan sistem yang diterapkan oleh Khalifah Umar r.a dalam sistem pemerintahannya. (Lihat: Milkiyyat al-‘Aradi fi al-Islam: Tahdid al-Milkiyyah wa al-Ta’mim oleh Muhammad ‘Abd al-Jawwad)

    #Berkenaan kadar cukai pertanian, Khalifah Umar r.a telah menetapkan iaitu 10 dirham bagi tanaman kurma dan 5 dirham bagi tanaman anggur. Cukai bagi setiap tanah yang sampai air sama ada diusahakan atau tidak adalah sebanyak satu dirham atau satu gantang (sa’). Manakala cukai sebanyak 1/10 dikenakan ke atas tanaman tamar yang diairkan dengan hujan sedangkan kadar 1/20 pula dikenakan untuk tanaman yang diairkan dengan tenaga sendiri. (Lihat: Kitab al-Kharaj oleh Abu Yusuf)

    #Walaupun begitu, sekiranya sesuatu tanah tidak mempunyai hasil pertanian, atau hasilnya terkena penyakit atau bencana alam, maka cukai tidak dikenakan. Cukai hanya dikenakan bagi tanah yang mempunyai hasil. Penetapan cukai kurma dengan kadar 10 dirham adalah disebabkan penanamannya yang memerlukan kepada tenaga, penjagaan yang rapi serta tanah yang subur.

    #Manifestasi keadilan pemerintahan Khalifah Umar r.a dalam menentukan kharaj jelas terlihat dengan mengenakan cukai sebanyak satu dirham dan segantang bagi tanah yang sampai air sama ada ia diusahakan atau sebaliknya. Ini juga dapat menggalakkan para pemilik tanah untuk mengusahakannya. Begitu juga sikap adil beliau dapat dilihat pada kadar cukai 1/10 dan 1/20 sepertimana yang dijelaskan menzahirkan sikap beliau dalam menilai dan menghargai tenaga yang dicurahkan oleh pengusaha.

    #Sayidina Umar r.a sangat mengambil berat tentang perihal rakyatnya dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Hal ini dapat dibuktikan dengan ungkapannya yang masyhur dan dapat menginsafkan para pemimpin selepasnya:

    لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً لَظَنَنْتُ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

    "Kalaulah mati seekor kambing di tebing Sungai Furat dalam keadaan kehilangan rakan taulannya, nescaya aku merasa Allah SWT akan bertanya kepadaku pada Hari Kiamat" (Lihat: Hilyah al-Auliya’ oleh Abi Nu’aim)

    ♡Inilah keadilan sistem perundangan dan pemerintahan Islam yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw. Maka contohi dan aplikasikanlah dalam zaman kini♡

    🐊Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 13 Jamadil Awwal 1445H☆ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰ⁠مِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Maʾidah 8] #Sambung bicara  tentang sistem pemerintahan Islam yang menjamin keadilan, kebahagiaan dan keamanan bagi segenap lapisan rakyat dan masyarakat. Hayatilah lagi kisah keadilan dan keindahan pemerintahan Islam dalam catatan sejarah: #Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab r.a, wilayah-wilayah Islam yang telah berkembang luas telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang gabenor. Mereka diberi kuasa dalam menguruskan urusan-urusan pentadbiran termasuklah memungut cukai di bahagian masing-masing. Walaubagaimanapun, kuasa mutlak dalam memutuskan sesuatu kes atau masalah berkaitan cukai tanah akan dirujuk kepada Khalifah Umar ibn al-Khattab r.a. #Tanah-tanah tersebut akan diukur dan dinilai terlebih dahulu sebelum ditentukan kadar cukai. Tanah yang telah ditentukan jenisnya itu, kemudian akan ditetapkan kadar cukai mengikut jenis tanah tersebut. Hal ini jelas menunjukkan keadilan sistem yang diterapkan oleh Khalifah Umar r.a dalam sistem pemerintahannya. (Lihat: Milkiyyat al-‘Aradi fi al-Islam: Tahdid al-Milkiyyah wa al-Ta’mim oleh Muhammad ‘Abd al-Jawwad) #Berkenaan kadar cukai pertanian, Khalifah Umar r.a telah menetapkan iaitu 10 dirham bagi tanaman kurma dan 5 dirham bagi tanaman anggur. Cukai bagi setiap tanah yang sampai air sama ada diusahakan atau tidak adalah sebanyak satu dirham atau satu gantang (sa’). Manakala cukai sebanyak 1/10 dikenakan ke atas tanaman tamar yang diairkan dengan hujan sedangkan kadar 1/20 pula dikenakan untuk tanaman yang diairkan dengan tenaga sendiri. (Lihat: Kitab al-Kharaj oleh Abu Yusuf) #Walaupun begitu, sekiranya sesuatu tanah tidak mempunyai hasil pertanian, atau hasilnya terkena penyakit atau bencana alam, maka cukai tidak dikenakan. Cukai hanya dikenakan bagi tanah yang mempunyai hasil. Penetapan cukai kurma dengan kadar 10 dirham adalah disebabkan penanamannya yang memerlukan kepada tenaga, penjagaan yang rapi serta tanah yang subur. #Manifestasi keadilan pemerintahan Khalifah Umar r.a dalam menentukan kharaj jelas terlihat dengan mengenakan cukai sebanyak satu dirham dan segantang bagi tanah yang sampai air sama ada ia diusahakan atau sebaliknya. Ini juga dapat menggalakkan para pemilik tanah untuk mengusahakannya. Begitu juga sikap adil beliau dapat dilihat pada kadar cukai 1/10 dan 1/20 sepertimana yang dijelaskan menzahirkan sikap beliau dalam menilai dan menghargai tenaga yang dicurahkan oleh pengusaha. #Sayidina Umar r.a sangat mengambil berat tentang perihal rakyatnya dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Hal ini dapat dibuktikan dengan ungkapannya yang masyhur dan dapat menginsafkan para pemimpin selepasnya: لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً لَظَنَنْتُ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ "Kalaulah mati seekor kambing di tebing Sungai Furat dalam keadaan kehilangan rakan taulannya, nescaya aku merasa Allah SWT akan bertanya kepadaku pada Hari Kiamat" (Lihat: Hilyah al-Auliya’ oleh Abi Nu’aim) ♡Inilah keadilan sistem perundangan dan pemerintahan Islam yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw. Maka contohi dan aplikasikanlah dalam zaman kini♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 8211 Views
  • TABUT AS SAKINAH (THE ARK OF THE COVENANT)

    GalleryDec 24, 2016 zulsegamat

    ​PENCARIAN TABUT NABI MUSA DI TAPAK MASJID AL AQSA

    “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut (yang menunjukkan benarnya dari Allah) itu ialah datangnya Peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun; Peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Peti Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika benar kamu golongan yang beriman.” 

    (Al-Baqarah: 248)

    ===================================================================

    RAHSIA KUASA YANG DICARI OLEH ZIONIS

    SIHIR… senjata super bagi pihak Yahudi-Mason untuk menguasai dunia pada akhir zaman.  Impian Yahudi dalam mencapai KEKUASAAN yang selama ini telah dicabut oleh Allah S.W.T daripada mereka akibat kesesatan akidah golongan itu.

    Motivasi paganistik-kabbalah yang mempercayai kesaktian Tabut. 

    Mereka yang menemui Tabut dipercayai akan mendapat kekuatan mistik yang akan meresap ke dalam tubuh dan jiwa mereka.Selama ini kaum zionis, masih menganggap bahawa Tabut adalah kurniaan atau mu’jizat yang diberikan Tuhan kepada orang-orang Yahudi.

    Mereka meyakini apabila Tabut berjaya ditemui maka keagungan dan kejayaan mereka akan kembali dan dapat menguasai dunia lagi.

    Namun, sekalipun Tabut masih ada dan Yahudi berjaya menemuinya, dengan akal waras kita mampu berfikir: Tidak mungkin Allah SWT memberikan rahmat dan mukjizat kepada bangsa yang terus membunuh nabi-nabi-Nya dan ingkar terhadap ajaran-Nya.

    (Gambar) Peta yang menunjukkan Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) di utara dan Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) di selatan. Dua negara hasil dari pecahan Kerajaan Bersatu (United Monarchy) bangsa Israel di bawah Raja Talut, Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman a.s. dahulu. =====================================================================================================

    1) Terbentuknya Kerajaan Bersatu (United Monarchy) setelah Nabi Musa a.s. membawa bangsa Israel ini melintasi Laut Merah untuk ke “TANAH YANG DIJANJIKAN” (The Promised Land). 

    Nabi Musa A.S telah menyerahkan tugas mengepalai bangsa Israel ini kepada Joshua, seorang panglima perang yang mengetuai bangsa Israel dalam peperangan menentang penduduk asal kawasan Tebing Barat kini, iaitu bangsa Kanaan (Canaanite) yang tidak beriman kepada Allah S.W.T. 

    Bangsa Kanaan adalah nenek moyang orang Filistin (Philistine) iaitu asal usul orang Arab Palestin kini. Setelah berjaya menduduki kawasan Kanaan itu (kawasan yang menjadi negara haram Israel kini), maka timbullah satu dilema di mana bangsa Israel yang mempunyai 12 suku (Tribes) ini tiada raja untuk memerintah.

    Maka ketika itu seorang pengembala keldai yang bernama Talut (dalam Injil dipanggil Saul), telah diangkat menjadi Raja Pertama Israel oleh seorang Nabi (bukan Rasul) yang juga Kadi (hakim) Israel bernama Samuel. 

    Bagi menjadikan rakyat Israel taat kepada Talut yang asalnya seorang pengembala keldai ini, maka Allah telah kurniakannya PETI TABUT sebagai simbol PENYATUAN dan KEKUASAAN bagi Talut memerintah bangsa Israel. 

    Maka terbentuklah Kerajaan Bersatu (United Monarchy), iaitu sebuah negara dan kerajaan bangsa Israel yang sah sekitar tahun 1050 sebelum Masihi di kawasan Kanaan itu.

    =====================================================================================================

    2) Apa yang uniknya PETI TABUT itu? 

    Mengikut komentar Allahyarham Abdullah Yusuf Ali (penterjemah Al-Quran ke Bahasa Inggeris yang terkenal), PETI TABUT atau juga dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai “The Ark of The Covenant” ini diperbuat daripada kayu pokok akasia dan mempunyai jalur-jalur emas tulen. 

    Tudungnya yang keemasan itu dikatakan “Takhta Kasih” dari Allah S.W.T. 

    Ia mengandungi “PERNYATAAN TUHAN”, iaitu Sepuluh Perintah (The Ten Commandments) yang terukir pada tablet-tablet batu di samping beberapa lagi peninggalan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S. 

    Ia dipercayai pernah dibawa oleh malaikat. Ia juga merupakan simbol KEAMANAN dan KETENTERAMAN dari Allah S.W.T kepada mereka yang beriman.

    Namun golongan Yahudi-Zionist percaya bahawa PETI TABUT ini mengandungi pelbagai lagi rahsia yang merupakan kunci kepada ilmu-ilmu (mungkin ilmu metafizikal) para Nabi untuk mereka eksploitasi demi berkuasa di dunia ini sebagai “UMAT YANG TERPILIH”. 

    Oleh sebab itu sehingga kini, adalah satu impian bagi golongan Yahudi-Zionist ini untuk menemui kembali PETI TABUT yang telah hilang sejak Jerusalem (Baitulmaqdis) diserang oleh Empayar Babilonia Baru (Neo Babylonian Empire) pada tahun 586 sebelum Masihi.

    =====================================================================================================

    3) Setelah kematian Talut, Kerajaan Bersatu ini diperintah pula oleh Nabi Daud A.S (King David) dan anaknya Nabi Sulaiman A.S (King Solomon). 

    Nabi Daud A.S diberikan kelebihan untuk melembutkan besi, kerana itu mengikut sumber Israeliyyat (Sejarah Israel), Nabi Daud A.S merupakan manusia pertama yang membuat baju rantai besi (chainmail). 

    Nabi Daud A.S juga dikurniakan suara yang merdu sehinggakan pada zaman itu, syariat agama Allah melalui Kitab Zabur (Psalms) adalah beribadat secara nyanyian. Ketika inilah Nabi Daud A.S menggunakan simbol Bintang Daud (Star of David) sebagai cop mohor kerajaannya. 

    Kini simbol bintang itu telah diambil oleh Zionist & Mason sebagai lambang negara haram Israel mereka.

    Nabi Sulaiman A.S pula dikurniakan pelbagai mukjizat termasuk boleh mengawal angin, burung-burung serta jin. Kerana kebolehannya untuk berkomunikasi dengan jin, maka Haikal Sulaiman, juga dipanggil sebagai Istana Nabi Sulaiman atau Kuil Sulaiman (King Solomon’s Temple) telah dibina oleh jin berdasarkan corak binaan dan teknologi dari alam jin. 

    Itulah yang menjadi kekaguman golongan Yahudi-Mason untuk mendapat kekuasaan mengawal alam jin ini seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Sulaiman A.S, walaupun secara hakikatnya kebolehan Nabi Sulaiman A.S itu merupakan mukjizat kurniaan Allah S.W.T, bukannya ilmu sihir yang boleh dipelajari.

    (Gambar) Lakaran abad ke-19 yang menunjukkan bentuk PETI TABUT (The Ark of The Covenant). Mungkinkah ia dapat dijumpai dan berbentuk seperti ini?=====================================================================================================

    4) Golongan Yahudi ini percaya bahawa segala kemahiran dan mukjizat para Nabi mereka dahulu dapat dipelajari dan digunakan oleh mereka yang mengkaji.

    Ini kerana segala ilmu-ilmu serta kebolehan-kebolehan luar biasa para Nabi ini dapat menjadikan alam ini dibawah kawalan mereka. 

    Kebanyakan ilmu-ilmu para Nabi ini berbentuk ilmu metafizikal yang dapat melawan hukum alam yang lazim. 

    Kecenderungan Yahudi-Mason ini juga mungkin berasal dari pengalaman bangsa mereka yang pernah berada dibawah perhambaan oleh bangsa Mesir dan Babilonia yang terkenal dengan ilmu-ilmu SIHIR yang telah berjaya menundukkan musuh-musuh tamadun mereka.

    Agenda Zionisme ini secara tidak langsung merupakan manifestasi BALAS DENDAM terhadap manusia lain yang kononnya selama ini menindas mereka sejak munculnya bangsa mereka ini dalam sejarah tamadun manusia. 

    Bangsa Israel (kini golongan Yahudi-Zionist) seolah-olah tidak dapat membezakan antara mukjizat Nabi, karamah dan ilmu sihir. 

    Mereka anggap semua itu adalah satu sumber kuasa metafizikal untuk mengawal alam ini dan manusia lainnya. Mereka menjadi golongan manusia yang angkuh untuk mencapai kekuasaan kerana percaya bahawa mereka adalah “UMAT YANG TERPILIH” untuk menjadi tuan di muka bumi ini. 

    Maklumlah, majoriti Nabi pun berasal dari bangsa mereka dan bangsa mereka adalah satu-satunya golongan manusia di atas muka bumi ini yang pernah memakan hidangan dari syurga iaitu “Manna Was Salwa” dan diberikan beberapa kelebihan berbanding manusia lain secara fitrahnya.

    =====================================================================================================

    5) Apa yang terjadi sesudah Nabi Sulaiman a.s. meninggal dunia? 

    Kerajaan Bersatu bangsa Israel ini berpecah menjadi dua negara yang berasingan akibat perang saudara untuk merebut takhta Nabi Sulaiman a.s. itu. 

    Di bahagian utara terbentuk Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) yang mengandungi 10 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Samaria (Shomron). 

    Manakala di bahagian selatannya terbentuk Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) yang mengandungi 2 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Jerusalem, tempat Haikal Sulaiman itu berada di atas Bukit Zion.

    Haikal Sulaiman merupakan tempat terakhir PETI TABUT ini disimpan sebelum ia dikatakan hilang setelah Kerajaan Yehuda diserang oleh Raja Nebuchadnezzar II dari Empayar Babilonia Baru.

    Binaan asal Haikal Sulaiman oleh jin itu telah diruntuhkan dalam serangan tersebut. Dari Kerajaan Yehuda inilah penduduknya digelar sebagai orang Yehuda atau Judea (oleh orang Rom dan Yunani) dan akhirnya memunculkan perkataan “Jew” dalam Bahasa Inggeris. 

    Mereka inilah yang kita panggil YAHUDI pada hari ini, iaitu subset daripada bangsa Israel yang asal. 

    Tetapi istilah itu telah menjadi universal sehinggakan sesiapa sahaja yang mempunyai darah dari bangsa Israel ini akan digelar “Jew” (Yahudi) oleh masyarakat dunia kini. Sedangkan secara realitinya tidak semua suku dalam bangsa Israel itu Yahudi dan tidak semua Yahudi adalah pendukung Zionisme @Freemasonry.

    =====================================================================================================

    6) Ke mana pula perginya 10 suku bangsa Israel dari Kerajaan Israel? 

    Mereka telah hilang, hilang secara identitinya apabila Kerajaan Israel itu diserang oleh Empayar Assyria dari arah utara, dan 10 suku tersebut telah dipindahkan ke arah timur sebagai tawanan perang hingga ke kawasan Khorasan (kini meliputi Iran, Afghanistan, Pakistan, Iraq sehingga Kashmir). 

    Sesetengah riwayat mengatakan ada 12 suku bani Israel:

    Serangan yang meruntuhkan Kerajaan Israel itu berlaku 134 ratus tahun sebelum Kerajaan Yehuda diserang oleh Empayar Babilonia Baru. Oleh itu, dikatakan sisa daripada bangsa Israel yang masih wujud (secara identitinya) hingga ke hari ini adalah golongan Yahudi ini tadi yang telah pun menyebar ke serata dunia setelah berlaku DIASPORA sebaik sahaja Kerajaan Yehuda mereka diserang. 

    Golongan pendita Yahudi di Haikal Sulaiman inilah yang membentuk satu golongan agama elit yang akhirnya telah mencipta kitab Talmud, iaitu kitab tafsiran para pendita terhadap ajaran Taurat (Torah) yang telah dipesongkan menjadi kitab sihir.

    Ajaran Talmud ini meresapi akidah agama Yahudi sehingga berkembang dengan pesat ketika golongan Yahudi ini berada di dalam tawanan bangsa Babilonia. 

    Sebelum itu, telah ada fahaman-fahaman sesat dari golongan Yahudi elit yang menduduki Haikal Sulaiman tersebut sebagai pendita. 

    Kebanyakan fahaman-fahaman ini bersifat mistik dan bercampur dengan ilmu-ilmu sihir dari zaman mereka menjadi hamba di Mesir dahulu.

    (Gambar) Impresi pelukis terhadap reka bentuk Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) yang kini runtuhannya berada di bawah Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) di sekitar Bukit Zion. Di sinilah punca kepada segala KEKUASAAN yang dicari oleh Yahudi-Zionist-Freemason selama ini untuk mendominasi dunia pada Akhir Zaman.

    =====================================================================================================

    7)  Oleh kerana kesesatan yang berlaku inilah maka kita faham mengapa Allah S.W.T telah menurunkan bala kepada bangsa Israel sehingga hancurnya dua negara serumpun mereka iaitu Kerajaan Yehuda dan Kerajaan Israel. 

    Dan Allah S.W.T telah mentakdirkan mereka kehilangan PETI TABUT tersebut yang selama ini merupakan simbol sahnya “KETUANAN” mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan ini. 

    Hilangnya PETI TABUT tersebut merupakan petanda bahawa bangsa Israel (kini majoriti Yahudi) tidak mempunyai “HAK” ke atas tanah keturunan bangsa Arab Palestin itu. 

    Tidak seperti bangsa Kanaan, iaitu nenek moyang mereka dahulu, bangsa Arab Palestin kini adalah antara golongan manusia yang beriman kepada keesaan Allah S.W.T (majoriti Muslim dan Ahli Kitab) dan berhak ke atas tanah mereka tersebut.

    Bagi orang Yahudi yang masih beriman kepada Taurat dan Injil (Gospel) pula, mereka mengakui bahawa hanya kemunculan Nabi Isa A.S pada Akhir Zaman yang dapat mengembalikan mereka ke “TANAH YANG DIJANJIKAN” itu bersama manusia-manusia lain yang beriman. 

    Pembentukan negara haram Yahudi-Zionist yang menggunakan istilah ISRAEL itu hanyalah satu muslihat agar keturunan 10 atau 12 suku-suku bangsa Israel yang telah hilang bertebaran serata dunia tersebut akan berasa sentimental dengan nama negara itu yang sama dengan nama bangsa nenek moyang mereka dan berusaha untuk kembali bersatu bagi memenuhi kerakyatan negara Israel tersebut, lantas ia akan memberi tekanan kepada ruang hidup bangsa Arab Palestin di sekitar sempadan negara haram tersebut.

    =====================================================================================================

    8)  Ini sebagai persediaan untuk membentuk pemerintahan dunia (NEW WORLD ORDER) yang berpusat dari Haikal Sulaiman yang terletak di atas Bukit Zion di Jerusalem dengan segala KEKUASAAN sains dan teknologi serta ilmu-limu metafizikal (ilmu sihir). 

    Ia adalah sebuah negara yang sedang bersedia menerima kedatangan Al-Masih Ad-Dajjal (The Anti-Christ) yang bakal mengetuai Yahudi-Zionist dalam mencengkam dunia Akhir Zaman ini supaya tunduk kepada kesesatan Iblis (Lucifer). 

    Oleh kerana itu kerja-kerja pengalian dan pengorekan sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa negara Israel di sekitar Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) terutama di bahagian bawah bukit Zion tersebut yang dikatakan tempat asal Haikal Sulaiman.

    Runtuhan Haikal Sulaiman dipercayai mengandungi pelbagai khazanah ilmu (kononnya ilmu mukjizat) para Nabi dari bangsa Israel.

    Mereka juga berharap dapat menemui kembali PETI TABUT, sebagai mengesahkan kependudukan mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan (nenek moyang Arab Palestin) ini. 

    Dengan adanya PETI TABUT tersebut, maka Yahudi-Zionist-Mason akan dapat menghalalkan rampasan tanah penduduk Arab Palestin atas nama Tuhan, kononnya seperti ketika Tuhan memberi “KETUANAN” dan “HAK” melalui PETI TABUT itu kepada Talut untuk memerintah Kerajaan Bersatu bangsa Israel di tanah yang sama suatu masa dahulu. 

    Inilah agenda sebenar Zionisme Antarabangsa dalam mencorak sejarah, agama, ekonomi, sosial, teknologi, mentaliti dan juga nilai-nilai kemanusiaan agar menjadi terpesong dan tunduk kepada mereka di Akhir Zaman.

    Sehingga ke hari ini, PETI TABUT yang disahkan asli masih gagal ditemui.

    =========================================================================================================================================================================

    SIAPAKAH BAKAL MENGELUARKANNYA? 

    Yang akan mengeluarkan tabut itu nanti ialah Imam kita, Imamul Mahdi Al-Muntazar. Allah akan memberi kurnia kepadanya untuk mengeluarkan tabut itu dari tempat tersimpannya sebagai bukti bahawa dia adalah IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR. 

    =====================================================================================================

    APAKAH KANDUNGAN TABUT? 

    Peti Tabut mengandungi dua buah batu Loh yang tertulis 10 wasiat Allah kepada Nabi Musa,  sebatang tongkat Nabi Musa a.s yang digunakan untuk membelah Laut Merah, serban Nabi Harun a.s dan sedikit makanan yang diturunkan dari langit untuk Nabi Musa a.s dan pengikutnya ketika mereka tersesat di padang pasir.

    KEISTIMEWAAN LAIN 

    Bani Israel percaya bahawa Peti Tabut mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa barang siapa yang dapat memiliki Peti Tabut akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah swt. Jika dibawa berperang,ia boleh memberikan ketenangan, ketenteraman dan semangat serta mampu mengalahkan musuh. 

    =================================

    KEBIADAPAN ISRAEL TERHADAP TABUT

    Malangnya, Bani Israel tidak tahu mensyukuri anugerah yang diberikan itu. Mereka mengingkari segala perintah Allah s.w.t.. Mereka banyak memalsukan kitab suci mereka. Mereka juga ingkar dengan ajaran Nabi Samuel.

    Pada zaman tersebut, Nabi Samuel diutuskan oleh Allah untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran. Semasa kecil Nabi Samuel telah dididik dan dibesarkan oleh para alim-ulamak. Baginda kemudiannya diajar dengan ajaran Nabi Musa dan juga kitab sucinya iaitu Taurat. 

    Setelah dewasa dan menjadi utusan Allah, Nabi Samuel mula berdakwah kepada Bani Israel supaya menyembah Allah tetapi mereka ingkar. Malah, mereka tidak percaya akan kenabian Nabi Samuel. Mereka menuduhnya sebagai pendusta. Bani Israel telah mencabarnya agar menunjukkan bukti kenabiannya. Lalu Allah menarik balik keistimewaan yang diberikan kepada Bani Israel itu. 

    DIA menukarkannya dengan memberi kekuatan dan keberanian kepada orang-orang Filistin (Palestin). Ketika Filistin berperang dengan Bani Israel, mereka berjaya mengalahkan Bani Israel. Bani Israel telah diusir dari Jerusalem. Tabut yang menjadi azimat mereka selama ini telah dirampas. Kemudian sesuatu telah berlaku.

    Orang-orang Filistin mendapat bala kerana menyentuh & mempersendakan tabut tersebut. Tabut Nabi Musa itu kemudiannya direbut kembali oleh Bani Israel sesudah mereka insaf dan bertaubat. Tetapi perangai degil mereka itu selalu berterusan. 

    Seterusnya Bani Israel mempersendakan perintah Nabi Samuel sebagai pemimpin mereka. Maka Allah telah menghantar musuh yang lebih besar kepada mereka. 

    p/s: Indiana Jones and Raiders of the lost Ark adalah movie berkenaan Tabut versi barat… 
    TABUT AS SAKINAH (THE ARK OF THE COVENANT) GalleryDec 24, 2016 zulsegamat ​PENCARIAN TABUT NABI MUSA DI TAPAK MASJID AL AQSA “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut (yang menunjukkan benarnya dari Allah) itu ialah datangnya Peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun; Peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Peti Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika benar kamu golongan yang beriman.”  (Al-Baqarah: 248) =================================================================== RAHSIA KUASA YANG DICARI OLEH ZIONIS SIHIR… senjata super bagi pihak Yahudi-Mason untuk menguasai dunia pada akhir zaman.  Impian Yahudi dalam mencapai KEKUASAAN yang selama ini telah dicabut oleh Allah S.W.T daripada mereka akibat kesesatan akidah golongan itu. Motivasi paganistik-kabbalah yang mempercayai kesaktian Tabut.  Mereka yang menemui Tabut dipercayai akan mendapat kekuatan mistik yang akan meresap ke dalam tubuh dan jiwa mereka.Selama ini kaum zionis, masih menganggap bahawa Tabut adalah kurniaan atau mu’jizat yang diberikan Tuhan kepada orang-orang Yahudi. Mereka meyakini apabila Tabut berjaya ditemui maka keagungan dan kejayaan mereka akan kembali dan dapat menguasai dunia lagi. Namun, sekalipun Tabut masih ada dan Yahudi berjaya menemuinya, dengan akal waras kita mampu berfikir: Tidak mungkin Allah SWT memberikan rahmat dan mukjizat kepada bangsa yang terus membunuh nabi-nabi-Nya dan ingkar terhadap ajaran-Nya. (Gambar) Peta yang menunjukkan Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) di utara dan Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) di selatan. Dua negara hasil dari pecahan Kerajaan Bersatu (United Monarchy) bangsa Israel di bawah Raja Talut, Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman a.s. dahulu. ===================================================================================================== 1) Terbentuknya Kerajaan Bersatu (United Monarchy) setelah Nabi Musa a.s. membawa bangsa Israel ini melintasi Laut Merah untuk ke “TANAH YANG DIJANJIKAN” (The Promised Land).  Nabi Musa A.S telah menyerahkan tugas mengepalai bangsa Israel ini kepada Joshua, seorang panglima perang yang mengetuai bangsa Israel dalam peperangan menentang penduduk asal kawasan Tebing Barat kini, iaitu bangsa Kanaan (Canaanite) yang tidak beriman kepada Allah S.W.T.  Bangsa Kanaan adalah nenek moyang orang Filistin (Philistine) iaitu asal usul orang Arab Palestin kini. Setelah berjaya menduduki kawasan Kanaan itu (kawasan yang menjadi negara haram Israel kini), maka timbullah satu dilema di mana bangsa Israel yang mempunyai 12 suku (Tribes) ini tiada raja untuk memerintah. Maka ketika itu seorang pengembala keldai yang bernama Talut (dalam Injil dipanggil Saul), telah diangkat menjadi Raja Pertama Israel oleh seorang Nabi (bukan Rasul) yang juga Kadi (hakim) Israel bernama Samuel.  Bagi menjadikan rakyat Israel taat kepada Talut yang asalnya seorang pengembala keldai ini, maka Allah telah kurniakannya PETI TABUT sebagai simbol PENYATUAN dan KEKUASAAN bagi Talut memerintah bangsa Israel.  Maka terbentuklah Kerajaan Bersatu (United Monarchy), iaitu sebuah negara dan kerajaan bangsa Israel yang sah sekitar tahun 1050 sebelum Masihi di kawasan Kanaan itu. ===================================================================================================== 2) Apa yang uniknya PETI TABUT itu?  Mengikut komentar Allahyarham Abdullah Yusuf Ali (penterjemah Al-Quran ke Bahasa Inggeris yang terkenal), PETI TABUT atau juga dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai “The Ark of The Covenant” ini diperbuat daripada kayu pokok akasia dan mempunyai jalur-jalur emas tulen.  Tudungnya yang keemasan itu dikatakan “Takhta Kasih” dari Allah S.W.T.  Ia mengandungi “PERNYATAAN TUHAN”, iaitu Sepuluh Perintah (The Ten Commandments) yang terukir pada tablet-tablet batu di samping beberapa lagi peninggalan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S.  Ia dipercayai pernah dibawa oleh malaikat. Ia juga merupakan simbol KEAMANAN dan KETENTERAMAN dari Allah S.W.T kepada mereka yang beriman. Namun golongan Yahudi-Zionist percaya bahawa PETI TABUT ini mengandungi pelbagai lagi rahsia yang merupakan kunci kepada ilmu-ilmu (mungkin ilmu metafizikal) para Nabi untuk mereka eksploitasi demi berkuasa di dunia ini sebagai “UMAT YANG TERPILIH”.  Oleh sebab itu sehingga kini, adalah satu impian bagi golongan Yahudi-Zionist ini untuk menemui kembali PETI TABUT yang telah hilang sejak Jerusalem (Baitulmaqdis) diserang oleh Empayar Babilonia Baru (Neo Babylonian Empire) pada tahun 586 sebelum Masihi. ===================================================================================================== 3) Setelah kematian Talut, Kerajaan Bersatu ini diperintah pula oleh Nabi Daud A.S (King David) dan anaknya Nabi Sulaiman A.S (King Solomon).  Nabi Daud A.S diberikan kelebihan untuk melembutkan besi, kerana itu mengikut sumber Israeliyyat (Sejarah Israel), Nabi Daud A.S merupakan manusia pertama yang membuat baju rantai besi (chainmail).  Nabi Daud A.S juga dikurniakan suara yang merdu sehinggakan pada zaman itu, syariat agama Allah melalui Kitab Zabur (Psalms) adalah beribadat secara nyanyian. Ketika inilah Nabi Daud A.S menggunakan simbol Bintang Daud (Star of David) sebagai cop mohor kerajaannya.  Kini simbol bintang itu telah diambil oleh Zionist & Mason sebagai lambang negara haram Israel mereka. Nabi Sulaiman A.S pula dikurniakan pelbagai mukjizat termasuk boleh mengawal angin, burung-burung serta jin. Kerana kebolehannya untuk berkomunikasi dengan jin, maka Haikal Sulaiman, juga dipanggil sebagai Istana Nabi Sulaiman atau Kuil Sulaiman (King Solomon’s Temple) telah dibina oleh jin berdasarkan corak binaan dan teknologi dari alam jin.  Itulah yang menjadi kekaguman golongan Yahudi-Mason untuk mendapat kekuasaan mengawal alam jin ini seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Sulaiman A.S, walaupun secara hakikatnya kebolehan Nabi Sulaiman A.S itu merupakan mukjizat kurniaan Allah S.W.T, bukannya ilmu sihir yang boleh dipelajari. (Gambar) Lakaran abad ke-19 yang menunjukkan bentuk PETI TABUT (The Ark of The Covenant). Mungkinkah ia dapat dijumpai dan berbentuk seperti ini?===================================================================================================== 4) Golongan Yahudi ini percaya bahawa segala kemahiran dan mukjizat para Nabi mereka dahulu dapat dipelajari dan digunakan oleh mereka yang mengkaji. Ini kerana segala ilmu-ilmu serta kebolehan-kebolehan luar biasa para Nabi ini dapat menjadikan alam ini dibawah kawalan mereka.  Kebanyakan ilmu-ilmu para Nabi ini berbentuk ilmu metafizikal yang dapat melawan hukum alam yang lazim.  Kecenderungan Yahudi-Mason ini juga mungkin berasal dari pengalaman bangsa mereka yang pernah berada dibawah perhambaan oleh bangsa Mesir dan Babilonia yang terkenal dengan ilmu-ilmu SIHIR yang telah berjaya menundukkan musuh-musuh tamadun mereka. Agenda Zionisme ini secara tidak langsung merupakan manifestasi BALAS DENDAM terhadap manusia lain yang kononnya selama ini menindas mereka sejak munculnya bangsa mereka ini dalam sejarah tamadun manusia.  Bangsa Israel (kini golongan Yahudi-Zionist) seolah-olah tidak dapat membezakan antara mukjizat Nabi, karamah dan ilmu sihir.  Mereka anggap semua itu adalah satu sumber kuasa metafizikal untuk mengawal alam ini dan manusia lainnya. Mereka menjadi golongan manusia yang angkuh untuk mencapai kekuasaan kerana percaya bahawa mereka adalah “UMAT YANG TERPILIH” untuk menjadi tuan di muka bumi ini.  Maklumlah, majoriti Nabi pun berasal dari bangsa mereka dan bangsa mereka adalah satu-satunya golongan manusia di atas muka bumi ini yang pernah memakan hidangan dari syurga iaitu “Manna Was Salwa” dan diberikan beberapa kelebihan berbanding manusia lain secara fitrahnya. ===================================================================================================== 5) Apa yang terjadi sesudah Nabi Sulaiman a.s. meninggal dunia?  Kerajaan Bersatu bangsa Israel ini berpecah menjadi dua negara yang berasingan akibat perang saudara untuk merebut takhta Nabi Sulaiman a.s. itu.  Di bahagian utara terbentuk Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) yang mengandungi 10 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Samaria (Shomron).  Manakala di bahagian selatannya terbentuk Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) yang mengandungi 2 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Jerusalem, tempat Haikal Sulaiman itu berada di atas Bukit Zion. Haikal Sulaiman merupakan tempat terakhir PETI TABUT ini disimpan sebelum ia dikatakan hilang setelah Kerajaan Yehuda diserang oleh Raja Nebuchadnezzar II dari Empayar Babilonia Baru. Binaan asal Haikal Sulaiman oleh jin itu telah diruntuhkan dalam serangan tersebut. Dari Kerajaan Yehuda inilah penduduknya digelar sebagai orang Yehuda atau Judea (oleh orang Rom dan Yunani) dan akhirnya memunculkan perkataan “Jew” dalam Bahasa Inggeris.  Mereka inilah yang kita panggil YAHUDI pada hari ini, iaitu subset daripada bangsa Israel yang asal.  Tetapi istilah itu telah menjadi universal sehinggakan sesiapa sahaja yang mempunyai darah dari bangsa Israel ini akan digelar “Jew” (Yahudi) oleh masyarakat dunia kini. Sedangkan secara realitinya tidak semua suku dalam bangsa Israel itu Yahudi dan tidak semua Yahudi adalah pendukung Zionisme @Freemasonry. ===================================================================================================== 6) Ke mana pula perginya 10 suku bangsa Israel dari Kerajaan Israel?  Mereka telah hilang, hilang secara identitinya apabila Kerajaan Israel itu diserang oleh Empayar Assyria dari arah utara, dan 10 suku tersebut telah dipindahkan ke arah timur sebagai tawanan perang hingga ke kawasan Khorasan (kini meliputi Iran, Afghanistan, Pakistan, Iraq sehingga Kashmir).  Sesetengah riwayat mengatakan ada 12 suku bani Israel: Serangan yang meruntuhkan Kerajaan Israel itu berlaku 134 ratus tahun sebelum Kerajaan Yehuda diserang oleh Empayar Babilonia Baru. Oleh itu, dikatakan sisa daripada bangsa Israel yang masih wujud (secara identitinya) hingga ke hari ini adalah golongan Yahudi ini tadi yang telah pun menyebar ke serata dunia setelah berlaku DIASPORA sebaik sahaja Kerajaan Yehuda mereka diserang.  Golongan pendita Yahudi di Haikal Sulaiman inilah yang membentuk satu golongan agama elit yang akhirnya telah mencipta kitab Talmud, iaitu kitab tafsiran para pendita terhadap ajaran Taurat (Torah) yang telah dipesongkan menjadi kitab sihir. Ajaran Talmud ini meresapi akidah agama Yahudi sehingga berkembang dengan pesat ketika golongan Yahudi ini berada di dalam tawanan bangsa Babilonia.  Sebelum itu, telah ada fahaman-fahaman sesat dari golongan Yahudi elit yang menduduki Haikal Sulaiman tersebut sebagai pendita.  Kebanyakan fahaman-fahaman ini bersifat mistik dan bercampur dengan ilmu-ilmu sihir dari zaman mereka menjadi hamba di Mesir dahulu. (Gambar) Impresi pelukis terhadap reka bentuk Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) yang kini runtuhannya berada di bawah Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) di sekitar Bukit Zion. Di sinilah punca kepada segala KEKUASAAN yang dicari oleh Yahudi-Zionist-Freemason selama ini untuk mendominasi dunia pada Akhir Zaman. ===================================================================================================== 7)  Oleh kerana kesesatan yang berlaku inilah maka kita faham mengapa Allah S.W.T telah menurunkan bala kepada bangsa Israel sehingga hancurnya dua negara serumpun mereka iaitu Kerajaan Yehuda dan Kerajaan Israel.  Dan Allah S.W.T telah mentakdirkan mereka kehilangan PETI TABUT tersebut yang selama ini merupakan simbol sahnya “KETUANAN” mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan ini.  Hilangnya PETI TABUT tersebut merupakan petanda bahawa bangsa Israel (kini majoriti Yahudi) tidak mempunyai “HAK” ke atas tanah keturunan bangsa Arab Palestin itu.  Tidak seperti bangsa Kanaan, iaitu nenek moyang mereka dahulu, bangsa Arab Palestin kini adalah antara golongan manusia yang beriman kepada keesaan Allah S.W.T (majoriti Muslim dan Ahli Kitab) dan berhak ke atas tanah mereka tersebut. Bagi orang Yahudi yang masih beriman kepada Taurat dan Injil (Gospel) pula, mereka mengakui bahawa hanya kemunculan Nabi Isa A.S pada Akhir Zaman yang dapat mengembalikan mereka ke “TANAH YANG DIJANJIKAN” itu bersama manusia-manusia lain yang beriman.  Pembentukan negara haram Yahudi-Zionist yang menggunakan istilah ISRAEL itu hanyalah satu muslihat agar keturunan 10 atau 12 suku-suku bangsa Israel yang telah hilang bertebaran serata dunia tersebut akan berasa sentimental dengan nama negara itu yang sama dengan nama bangsa nenek moyang mereka dan berusaha untuk kembali bersatu bagi memenuhi kerakyatan negara Israel tersebut, lantas ia akan memberi tekanan kepada ruang hidup bangsa Arab Palestin di sekitar sempadan negara haram tersebut. ===================================================================================================== 8)  Ini sebagai persediaan untuk membentuk pemerintahan dunia (NEW WORLD ORDER) yang berpusat dari Haikal Sulaiman yang terletak di atas Bukit Zion di Jerusalem dengan segala KEKUASAAN sains dan teknologi serta ilmu-limu metafizikal (ilmu sihir).  Ia adalah sebuah negara yang sedang bersedia menerima kedatangan Al-Masih Ad-Dajjal (The Anti-Christ) yang bakal mengetuai Yahudi-Zionist dalam mencengkam dunia Akhir Zaman ini supaya tunduk kepada kesesatan Iblis (Lucifer).  Oleh kerana itu kerja-kerja pengalian dan pengorekan sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa negara Israel di sekitar Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) terutama di bahagian bawah bukit Zion tersebut yang dikatakan tempat asal Haikal Sulaiman. Runtuhan Haikal Sulaiman dipercayai mengandungi pelbagai khazanah ilmu (kononnya ilmu mukjizat) para Nabi dari bangsa Israel. Mereka juga berharap dapat menemui kembali PETI TABUT, sebagai mengesahkan kependudukan mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan (nenek moyang Arab Palestin) ini.  Dengan adanya PETI TABUT tersebut, maka Yahudi-Zionist-Mason akan dapat menghalalkan rampasan tanah penduduk Arab Palestin atas nama Tuhan, kononnya seperti ketika Tuhan memberi “KETUANAN” dan “HAK” melalui PETI TABUT itu kepada Talut untuk memerintah Kerajaan Bersatu bangsa Israel di tanah yang sama suatu masa dahulu.  Inilah agenda sebenar Zionisme Antarabangsa dalam mencorak sejarah, agama, ekonomi, sosial, teknologi, mentaliti dan juga nilai-nilai kemanusiaan agar menjadi terpesong dan tunduk kepada mereka di Akhir Zaman. Sehingga ke hari ini, PETI TABUT yang disahkan asli masih gagal ditemui. ========================================================================================================================================================================= SIAPAKAH BAKAL MENGELUARKANNYA?  Yang akan mengeluarkan tabut itu nanti ialah Imam kita, Imamul Mahdi Al-Muntazar. Allah akan memberi kurnia kepadanya untuk mengeluarkan tabut itu dari tempat tersimpannya sebagai bukti bahawa dia adalah IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR.  ===================================================================================================== APAKAH KANDUNGAN TABUT?  Peti Tabut mengandungi dua buah batu Loh yang tertulis 10 wasiat Allah kepada Nabi Musa,  sebatang tongkat Nabi Musa a.s yang digunakan untuk membelah Laut Merah, serban Nabi Harun a.s dan sedikit makanan yang diturunkan dari langit untuk Nabi Musa a.s dan pengikutnya ketika mereka tersesat di padang pasir. KEISTIMEWAAN LAIN  Bani Israel percaya bahawa Peti Tabut mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa barang siapa yang dapat memiliki Peti Tabut akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah swt. Jika dibawa berperang,ia boleh memberikan ketenangan, ketenteraman dan semangat serta mampu mengalahkan musuh.  ================================= KEBIADAPAN ISRAEL TERHADAP TABUT Malangnya, Bani Israel tidak tahu mensyukuri anugerah yang diberikan itu. Mereka mengingkari segala perintah Allah s.w.t.. Mereka banyak memalsukan kitab suci mereka. Mereka juga ingkar dengan ajaran Nabi Samuel. Pada zaman tersebut, Nabi Samuel diutuskan oleh Allah untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran. Semasa kecil Nabi Samuel telah dididik dan dibesarkan oleh para alim-ulamak. Baginda kemudiannya diajar dengan ajaran Nabi Musa dan juga kitab sucinya iaitu Taurat.  Setelah dewasa dan menjadi utusan Allah, Nabi Samuel mula berdakwah kepada Bani Israel supaya menyembah Allah tetapi mereka ingkar. Malah, mereka tidak percaya akan kenabian Nabi Samuel. Mereka menuduhnya sebagai pendusta. Bani Israel telah mencabarnya agar menunjukkan bukti kenabiannya. Lalu Allah menarik balik keistimewaan yang diberikan kepada Bani Israel itu.  DIA menukarkannya dengan memberi kekuatan dan keberanian kepada orang-orang Filistin (Palestin). Ketika Filistin berperang dengan Bani Israel, mereka berjaya mengalahkan Bani Israel. Bani Israel telah diusir dari Jerusalem. Tabut yang menjadi azimat mereka selama ini telah dirampas. Kemudian sesuatu telah berlaku. Orang-orang Filistin mendapat bala kerana menyentuh & mempersendakan tabut tersebut. Tabut Nabi Musa itu kemudiannya direbut kembali oleh Bani Israel sesudah mereka insaf dan bertaubat. Tetapi perangai degil mereka itu selalu berterusan.  Seterusnya Bani Israel mempersendakan perintah Nabi Samuel sebagai pemimpin mereka. Maka Allah telah menghantar musuh yang lebih besar kepada mereka.  p/s: Indiana Jones and Raiders of the lost Ark adalah movie berkenaan Tabut versi barat… 
    0 Comments 0 Shares 15006 Views

  • Majlis Ugama Islam Singapura

    Khutbah Jumaat

    20 Oktober 2023 / 5 Rabi’ul Akhir 1445H

    Mengikuti Jejak Langkah Nabi: Menyumbang Ke Arah Kebaikan



    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

    Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah (s.w.t.) dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga Allah (s.w.t.) membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

    Saudara dan Saudari,

    Minggu lalu, Mimbar ini telah menekankan kepentingan kemakmuran, keihsanan dan kedamaian bagi seluruh umat manusia, pada setiap masa dan ketika, khususnya dalam saat-saat yang mencabar seperti sekarang ini. Pada hari ini, khatib ingin menyentuh satu lagi nilai utama daripada hadis yang dibacakan pada minggu lalu iaitu nilai "memberi makan kepada mereka yang memerlukan" sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Nabi (s.a.w.):

    يَا أَيُّهَا النَّاسُ: أَفْشُوا السَّلَامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ، تَدْخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلَامٍ

    Yang bermaksud: "Wahai manusia, sebarkanlah kedamaian, berikanlah makan kepada yang memerlukan, dan lakukanlah solat pada waktu malam ketika orang-orang sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat." [Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmizi].

    Nilai "memberi makan" atau menghulurkan bantuan mencerminkan nilai hubungan sesama manusia yang didasari keperihatinan yang mendalam. Nilai ini mendidik kita untuk saling prihatin dan bekerjasama dalam mengharungi kehidupan di dunia ini.

    Walaupun hadis tersebut menyebut “makan” sebagai salah satu keperluan asasi manusia, nilai menghulurkan bantuan juga mencakup keperluan-keperluan asasi lain. Keperluan-keperluan asasi manusia seperti ini kadang kala tidak dapat disediakan dengan secukupnya tanpa sokongan dan bantuan orang lain.

    Di sinilah peluang kita sebagai hamba Allah untuk menghayati sifat Rahmah-Nya membantu sesama insan, dan mendapat ganjaran yang terbaik daripada Allah (s.w.t.). Firman Allah (s.w.t.):



    Yang bermaksud: “Sekiranya kamu menzahirkan sedekah-sedekah itu, maka ia adalah baik. Dan sekiranya kamu menyembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada fakir miskin, maka ia adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan bagi kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 271).

    Allah (s.w.t.) telah menetapkan agar setiap mereka yang mempunyai kelebihan untuk mengongsikan kelebihan yang ada kepada yang memerlukan. Sama ada dilakukan secara terang-terangan atau rahsia. Sumbangan kita itu pastinya akan menghasilkan kebaikan buat semua.

    Saudara Saudari,

    Masyarakat Singapura sememangnya terkenal dengan sifat kemurahan hati, rahmah dan keihsanan. Sifat dan akhlak seperti ini menjadi kebanggaan kita dan perlu diteruskan.

    Sifat dan semangat memberi kepada yang memerlukan tentunya bukan hanya terbatas untuk memenuhi keperluan yang mendesak, tetapi ia juga bagi menangani isu-isu jangka-panjang yang lebih luas seperti kemiskinan, asas pendidikan, ketidaksetaraan, dan sebagainya.

    Atas semangat rahmah dan rasa prihatin sebeginilah, Allah (s.w.t.) memberikan jalan keluar kepada manusia untuk mengatasi dan berhadapan dengan permasalahan dan ujian yang dihadapi.

    Saudara Saudari,

    Krisis kemanusiaan yang melanda bumi Palestin pada saat ini adalah suatu tragedi yang menyedihkan dan amat menyayat hati. Saban hari, kita menyaksikan angka korban jiwa yang tidak berdosa meningkat dengan mendadak. Sebagai masyarakat yang cintakan kedamaian, kita benci dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya penumpahan darah dan apa jua bentuk kezaliman yang menimpa jiwa-jiwa yang tidak berdosa. Justeru itu, krisis dan tragedi ini perlu kepada penyelesaian, dan sebaik-baik penyelesaian adalah pencapaian kedamaian dan semua bentuk kekerasan dihentikan.

    Penyelesaian kepada suatu permasalahan atau konflik itu memerlukan kepada langkah-langkah yang membina lagi membangun. Dalam kita menyuarakan suatu pandangan, kita perlu memastikan setiap tutur kata dihiasi dengan keindahan akhlak kita. Setiap tutur kata kita merupakan cerminan diri kita. Seorang Muslim tentunya tidak akan sanggup mencemarkan dirinya dengan kata-kata yang boleh membawa kepada kebencian dan permusuhan.

    Saudara dan Saudari,

    Islam mengutamakan keamanan dan kedamaian dalam menyelesaikan segala bentuk konflik. Membalas kejahatan dengan kebaikan itu adalah perbuatan yang sangat mulia dan murni. Ia juga adalah cerminan daripada akhlak Nabi Muhammad (s.a.w.).

    Dalam kita menyusuri jejak langkah Rasulullah dan mencontohi akhlak mulia Baginda dengan memupuk nilai “وَأَطْعِمُوا الطَّعَام” dalam menangani krisis kemanusiaan di bumi Palestin, Mimbar ingin mengajak para jemaah untuk menyumbang kepada Tabung Rayuan untuk bantuan kemanusiaan di Gaza. Sumbangan anda boleh dibuat sama ada secara dalam talian melalui lelaman sesawang RLAF atau ke dalam tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid mulai hari ini. Sumbangan sebegini adalah bukti dan manifestasi cinta kita kepada Rasulullah s.a.w., dan komitmen kita kepada kedamaian dan keihsanan walaupun pada saat yang mendukakan dan mencabar ini. Bantuan kewangan, dokongan moral dan sokongan kerohanian kita – melalui doa, bacaan qunut nazilah, solat hajat dan lain-lain – kita harapkan akan dapat meringankan beban mangsa-mangsa tragedi ini.

    Semoga Allah (s.w.t.) memberi jalan penyelesaian yang menyeluruh kepada krisis ini, serta mengurniakan Masyarakat Islam Singapura yang kita cintai, untuk terus berusaha menyebarkan kebaikan, kedamaian dan keihsanan dalam apa jua keadaan. Amin.

    أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

    Khutbah Kedua

    الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.

    أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

    وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِيْ غَزَّة وَفِي فِلِسْطِيْنَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ يَا أَرْحَمَ الرّاحِمِيْنَ.، اللهم بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ.

    Ya Allah Ya Qawi Ya Matin, dengan rendah hati kami menadah tangan memohon kepada-Mu, kembalikanlah keamanan, kedamaian dan ketenangan kepada dunia ini. Lindungilah kami, negara kami serta saudara-saudara kami yang sedang menghadapi konflik dan krisis kemanusiaan, khususnya mereka yang di Palestin daripada sebarang kesulitan dan kezaliman. Kurniakanlah petunjuk, bimbingan serta hidayah-Mu agar sebarang konflik dan ketegangan dapat dileraikan dengan aman.

    Ya Rahman Ya Rahim, limpahkanlah kasih sayang-Mu kepada hamba-hamba-Mu yang memerlukan bantuan. Ringankanlah cabaran hamba-hamba-Mu yang berhadapan dengan rintangan.

    Ya Hayyu Ya Qayyum, pandanglah kami dan mereka yang terjejas dengan pandangan rahmat-Mu, dan kurniakanlah kami dan mereka dengan limpahan kurniaan-Mu di dunia dan di akhirat. Perkenankanlah permohonan dan permintaan kami, Ya Mujibus Saailiin! Ya Rahman Ya Rahim. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

    رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

    عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.
    Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 20 Oktober 2023 / 5 Rabi’ul Akhir 1445H Mengikuti Jejak Langkah Nabi: Menyumbang Ke Arah Kebaikan Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah (s.w.t.) dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga Allah (s.w.t.) membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin. Saudara dan Saudari, Minggu lalu, Mimbar ini telah menekankan kepentingan kemakmuran, keihsanan dan kedamaian bagi seluruh umat manusia, pada setiap masa dan ketika, khususnya dalam saat-saat yang mencabar seperti sekarang ini. Pada hari ini, khatib ingin menyentuh satu lagi nilai utama daripada hadis yang dibacakan pada minggu lalu iaitu nilai "memberi makan kepada mereka yang memerlukan" sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Nabi (s.a.w.): يَا أَيُّهَا النَّاسُ: أَفْشُوا السَّلَامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ، تَدْخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلَامٍ Yang bermaksud: "Wahai manusia, sebarkanlah kedamaian, berikanlah makan kepada yang memerlukan, dan lakukanlah solat pada waktu malam ketika orang-orang sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat." [Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmizi]. Nilai "memberi makan" atau menghulurkan bantuan mencerminkan nilai hubungan sesama manusia yang didasari keperihatinan yang mendalam. Nilai ini mendidik kita untuk saling prihatin dan bekerjasama dalam mengharungi kehidupan di dunia ini. Walaupun hadis tersebut menyebut “makan” sebagai salah satu keperluan asasi manusia, nilai menghulurkan bantuan juga mencakup keperluan-keperluan asasi lain. Keperluan-keperluan asasi manusia seperti ini kadang kala tidak dapat disediakan dengan secukupnya tanpa sokongan dan bantuan orang lain. Di sinilah peluang kita sebagai hamba Allah untuk menghayati sifat Rahmah-Nya membantu sesama insan, dan mendapat ganjaran yang terbaik daripada Allah (s.w.t.). Firman Allah (s.w.t.): Yang bermaksud: “Sekiranya kamu menzahirkan sedekah-sedekah itu, maka ia adalah baik. Dan sekiranya kamu menyembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada fakir miskin, maka ia adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan bagi kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 271). Allah (s.w.t.) telah menetapkan agar setiap mereka yang mempunyai kelebihan untuk mengongsikan kelebihan yang ada kepada yang memerlukan. Sama ada dilakukan secara terang-terangan atau rahsia. Sumbangan kita itu pastinya akan menghasilkan kebaikan buat semua. Saudara Saudari, Masyarakat Singapura sememangnya terkenal dengan sifat kemurahan hati, rahmah dan keihsanan. Sifat dan akhlak seperti ini menjadi kebanggaan kita dan perlu diteruskan. Sifat dan semangat memberi kepada yang memerlukan tentunya bukan hanya terbatas untuk memenuhi keperluan yang mendesak, tetapi ia juga bagi menangani isu-isu jangka-panjang yang lebih luas seperti kemiskinan, asas pendidikan, ketidaksetaraan, dan sebagainya. Atas semangat rahmah dan rasa prihatin sebeginilah, Allah (s.w.t.) memberikan jalan keluar kepada manusia untuk mengatasi dan berhadapan dengan permasalahan dan ujian yang dihadapi. Saudara Saudari, Krisis kemanusiaan yang melanda bumi Palestin pada saat ini adalah suatu tragedi yang menyedihkan dan amat menyayat hati. Saban hari, kita menyaksikan angka korban jiwa yang tidak berdosa meningkat dengan mendadak. Sebagai masyarakat yang cintakan kedamaian, kita benci dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya penumpahan darah dan apa jua bentuk kezaliman yang menimpa jiwa-jiwa yang tidak berdosa. Justeru itu, krisis dan tragedi ini perlu kepada penyelesaian, dan sebaik-baik penyelesaian adalah pencapaian kedamaian dan semua bentuk kekerasan dihentikan. Penyelesaian kepada suatu permasalahan atau konflik itu memerlukan kepada langkah-langkah yang membina lagi membangun. Dalam kita menyuarakan suatu pandangan, kita perlu memastikan setiap tutur kata dihiasi dengan keindahan akhlak kita. Setiap tutur kata kita merupakan cerminan diri kita. Seorang Muslim tentunya tidak akan sanggup mencemarkan dirinya dengan kata-kata yang boleh membawa kepada kebencian dan permusuhan. Saudara dan Saudari, Islam mengutamakan keamanan dan kedamaian dalam menyelesaikan segala bentuk konflik. Membalas kejahatan dengan kebaikan itu adalah perbuatan yang sangat mulia dan murni. Ia juga adalah cerminan daripada akhlak Nabi Muhammad (s.a.w.). Dalam kita menyusuri jejak langkah Rasulullah dan mencontohi akhlak mulia Baginda dengan memupuk nilai “وَأَطْعِمُوا الطَّعَام” dalam menangani krisis kemanusiaan di bumi Palestin, Mimbar ingin mengajak para jemaah untuk menyumbang kepada Tabung Rayuan untuk bantuan kemanusiaan di Gaza. Sumbangan anda boleh dibuat sama ada secara dalam talian melalui lelaman sesawang RLAF atau ke dalam tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid mulai hari ini. Sumbangan sebegini adalah bukti dan manifestasi cinta kita kepada Rasulullah s.a.w., dan komitmen kita kepada kedamaian dan keihsanan walaupun pada saat yang mendukakan dan mencabar ini. Bantuan kewangan, dokongan moral dan sokongan kerohanian kita – melalui doa, bacaan qunut nazilah, solat hajat dan lain-lain – kita harapkan akan dapat meringankan beban mangsa-mangsa tragedi ini. Semoga Allah (s.w.t.) memberi jalan penyelesaian yang menyeluruh kepada krisis ini, serta mengurniakan Masyarakat Islam Singapura yang kita cintai, untuk terus berusaha menyebarkan kebaikan, kedamaian dan keihsanan dalam apa jua keadaan. Amin. أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم Khutbah Kedua الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ Ø£ÙŽÙ† لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ. أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ ÙˆÙŽ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِيْ غَزَّة وَفِي فِلِسْطِيْنَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ يَا أَرْحَمَ الرّاحِمِيْنَ.ØŒ اللهم بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. Ya Allah Ya Qawi Ya Matin, dengan rendah hati kami menadah tangan memohon kepada-Mu, kembalikanlah keamanan, kedamaian dan ketenangan kepada dunia ini. Lindungilah kami, negara kami serta saudara-saudara kami yang sedang menghadapi konflik dan krisis kemanusiaan, khususnya mereka yang di Palestin daripada sebarang kesulitan dan kezaliman. Kurniakanlah petunjuk, bimbingan serta hidayah-Mu agar sebarang konflik dan ketegangan dapat dileraikan dengan aman. Ya Rahman Ya Rahim, limpahkanlah kasih sayang-Mu kepada hamba-hamba-Mu yang memerlukan bantuan. Ringankanlah cabaran hamba-hamba-Mu yang berhadapan dengan rintangan. Ya Hayyu Ya Qayyum, pandanglah kami dan mereka yang terjejas dengan pandangan rahmat-Mu, dan kurniakanlah kami dan mereka dengan limpahan kurniaan-Mu di dunia dan di akhirat. Perkenankanlah permohonan dan permintaan kami, Ya Mujibus Saailiin! Ya Rahman Ya Rahim. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.
    0 Comments 0 Shares 3832 Views