• ☆Tadabbur Kalamullah 13 Ramadhan 1445H☆

    یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

    "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

    #Dah 13 hari kita berpuasa dalam suasana panas yang agak terik membahang. Puasa penuh cabaran dan tahap kehausan semakin tinggi. Ada tempat yang cuaca agak sejuk, dingin dan mendung. Puasa sama tapi pahala berbeza disebab tahap bebanan yang ditanggung.

    #Ketahuilah bahawa setiap orang yang beribadah tidak sama nilainya di sisi Allah, walaupun mungkin sama pada jenis dan bilangannya. Seseorang  yang bersolat tarawih bersama para jemaah yang ramai tidaklah semestinya setiap mereka mendapat ganjaran pahala yang sama. Ini kerana di antara mereka sudah pasti ada perbezaan pada kadar khusyuk, ikhlas dan kesusahan yang dialami dalam menunaikan ibadah itu.

    #Imam ‘Izzuddin Abdissalam dalam kitab Qawa’id al-Ahkam membahaskan isu ini. Beliau menjelaskan perbezaan pahala dua amalan yang serupa itu bukanlah perbezaan pahala amalan itu sendiri, sebaliknya tambahan pahala itu diperolehi disebabkan kesusahan yang ditanggung. Contohnya, seseorang yang mandi wajib pada musim sejuk dan seorang yang mandi wajib pada musim panas. Dari segi mandi, keduanya mendapat pahala yang sama disebabkan sifat mandi itu dari sudut syarat, rukun dan sunnahnya itu sama. Namun yang mandi pada musim sejuk mendapat pahala lebih disebabkan beban yang lebih berat yang terpaksa ditanggung. Bukannya perbezaan pahala itu pada mandi tersebut, tetapi kepada beban sampingan yang terpaksa ditanggung.

    #Begitulah juga mengenai mereka yang pergi ke masjid, menunaikan haji, berdakwah, berjihad dan seumpamanya. Pahala diberikan bukan kerana perbezaan tujuan, tetapi kerana bebanan tahap bebanan dan kesabaran yang terpaksa ditempuh.

    #Demikianlah ibadah puasa, walaupun dari segi puasa, tujuannya sama. Syarat, rukun dan sunnahnya yang dilaksanakan itu sama. Namun, pahala berbeza bukan disebabkan perbezaan pahala puasa, tetapi perbezaan bebanan yang ditanggung oleh seseorang yang melaksanakan tanggungjawab tersebut. Orang yang berpuasa dalam suasana cuaca yang panas membahang tidak sama ganjaran pahala dengan orang yang berpuasa dalam suasana sejuk. Begitu juga mereka yang berpuasa dalam suasana bekerja berat dalam suasana panas terik. Puasa dalam keadaan ornag disekeliling tidak berpuasa dan dinegara yang agak mencabar untuk berpuasa dan seumpamanya.

    #Maka, kita hendaklah tahu bahawa setiap kesusahan yang ditanggung oleh pengamal ibadah itu, ada hitungan pahala di sisi Allah swt yang lebih dan berbeza dengan orang lain.

    ♡Tunaikanlah setiap kewajipan yang diperintahkan dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Yakinilah bahawa ganjaran pahala itu diberi oleh Allah mengikut kadar kesusahan, kepayahan dan cabaran yang dilalui disepanjang ibadah itu dilaksanakan. Selamat berpuasa di musim panas saat ini. Bertabahlah!!♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 13 Ramadhan 1445H☆ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183] #Dah 13 hari kita berpuasa dalam suasana panas yang agak terik membahang. Puasa penuh cabaran dan tahap kehausan semakin tinggi. Ada tempat yang cuaca agak sejuk, dingin dan mendung. Puasa sama tapi pahala berbeza disebab tahap bebanan yang ditanggung. #Ketahuilah bahawa setiap orang yang beribadah tidak sama nilainya di sisi Allah, walaupun mungkin sama pada jenis dan bilangannya. Seseorang  yang bersolat tarawih bersama para jemaah yang ramai tidaklah semestinya setiap mereka mendapat ganjaran pahala yang sama. Ini kerana di antara mereka sudah pasti ada perbezaan pada kadar khusyuk, ikhlas dan kesusahan yang dialami dalam menunaikan ibadah itu. #Imam ‘Izzuddin Abdissalam dalam kitab Qawa’id al-Ahkam membahaskan isu ini. Beliau menjelaskan perbezaan pahala dua amalan yang serupa itu bukanlah perbezaan pahala amalan itu sendiri, sebaliknya tambahan pahala itu diperolehi disebabkan kesusahan yang ditanggung. Contohnya, seseorang yang mandi wajib pada musim sejuk dan seorang yang mandi wajib pada musim panas. Dari segi mandi, keduanya mendapat pahala yang sama disebabkan sifat mandi itu dari sudut syarat, rukun dan sunnahnya itu sama. Namun yang mandi pada musim sejuk mendapat pahala lebih disebabkan beban yang lebih berat yang terpaksa ditanggung. Bukannya perbezaan pahala itu pada mandi tersebut, tetapi kepada beban sampingan yang terpaksa ditanggung. #Begitulah juga mengenai mereka yang pergi ke masjid, menunaikan haji, berdakwah, berjihad dan seumpamanya. Pahala diberikan bukan kerana perbezaan tujuan, tetapi kerana bebanan tahap bebanan dan kesabaran yang terpaksa ditempuh. #Demikianlah ibadah puasa, walaupun dari segi puasa, tujuannya sama. Syarat, rukun dan sunnahnya yang dilaksanakan itu sama. Namun, pahala berbeza bukan disebabkan perbezaan pahala puasa, tetapi perbezaan bebanan yang ditanggung oleh seseorang yang melaksanakan tanggungjawab tersebut. Orang yang berpuasa dalam suasana cuaca yang panas membahang tidak sama ganjaran pahala dengan orang yang berpuasa dalam suasana sejuk. Begitu juga mereka yang berpuasa dalam suasana bekerja berat dalam suasana panas terik. Puasa dalam keadaan ornag disekeliling tidak berpuasa dan dinegara yang agak mencabar untuk berpuasa dan seumpamanya. #Maka, kita hendaklah tahu bahawa setiap kesusahan yang ditanggung oleh pengamal ibadah itu, ada hitungan pahala di sisi Allah swt yang lebih dan berbeza dengan orang lain. ♡Tunaikanlah setiap kewajipan yang diperintahkan dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Yakinilah bahawa ganjaran pahala itu diberi oleh Allah mengikut kadar kesusahan, kepayahan dan cabaran yang dilalui disepanjang ibadah itu dilaksanakan. Selamat berpuasa di musim panas saat ini. Bertabahlah!!♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 1344 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 24 Syaaban 1445H☆

    وَٱلۡعَصۡرِ

    "Demi masa" [Surah al-ʿAṣr 1]

    #Setiap manusia pasti menemui dan melalui masa atau waktu dalam kehidupannya seharian. Maka beruntunglah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara kebaikan dan bermanfaat. Rugilah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia.

    #Allah swt adalah pencipta masa dan telah menetapkannya sebanyak 24 jam atau 1440 minit dalam sehari semalam tidak lebih dan tidak kurang.

    #Masa adalah amanah dari Allah swt. Setiap amanah merupakan tangungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat kelak. Maka kita wajib memenuhkan setiap minit tersebut dengan perkara yang menguntungkan dunia dan akhirat kita.

    #Jom kita hayati nasihat atau peringatan Salafussoleh tentang kepentingan masa:

    1. Imam Hasan al-Basri berkata:

    - Wahai anak Adam! Sesungguhnya dirimu adalah hari-hari yang engkau lalui. Apabila berlalu satu hari maka berlalulah sebahagian daripada dirimu!
    - Wahai anak Adam! Siangmu itu adalah tetamumu. Maka berbuat baiklah kepadanya kerana sekiranya engkau berbuat baik kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia memujimu. Dan sekiranya engkau berbuat jahat kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia mencelamu. Begitulah juga halnya dengan malammu.
    - Dunia ini hanya ada tiga hari sahaja: semalam, esok dan hari ini. Adapun semalam, maka ia telah pergi membawa apa yang ada di dalamnya. Esok pula, mungkin engkau tidak sempat menyusulinya. Dan hari ini, itulah untukmu. Maka beramallah pada hari ini.

    2. Sayidina Abdullah bin Mas’ud berkata:

    - Tidak ada perkara yang paling aku sesali seperti mana aku menyesal apabila tenggelamnya matahari yang menandakan kian berkurang umurku sedang amalku tidak bertambah pada hari itu.

    3. Imam Ibnul Qayyim berkata:

    - Membuang waktu lebih bahaya daripada kematian kerana engkau membuang waktu akan menyebabkan engkau terputus hubungan dengan Allah dan hari akhirat, sedangkan kematian memutuskan hubungan engkau dengan dunia dan isinya.

    4. As-Sirri bin Muflis berkata:

    - Jika engkau bersedih kerana berkurangnya hartamu, maka sewajarnya kamu menangis kerana berkurangnya usiamu

    ♡Uruslah masa secara teratur agar dapat dimanfaatkan dengan bijak dan berkesan serta berbuahkan pahala yang besar♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 24 Syaaban 1445H☆ وَٱلۡعَصۡرِ "Demi masa" [Surah al-ʿAṣr 1] #Setiap manusia pasti menemui dan melalui masa atau waktu dalam kehidupannya seharian. Maka beruntunglah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara kebaikan dan bermanfaat. Rugilah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia. #Allah swt adalah pencipta masa dan telah menetapkannya sebanyak 24 jam atau 1440 minit dalam sehari semalam tidak lebih dan tidak kurang. #Masa adalah amanah dari Allah swt. Setiap amanah merupakan tangungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat kelak. Maka kita wajib memenuhkan setiap minit tersebut dengan perkara yang menguntungkan dunia dan akhirat kita. #Jom kita hayati nasihat atau peringatan Salafussoleh tentang kepentingan masa: 1. Imam Hasan al-Basri berkata: - Wahai anak Adam! Sesungguhnya dirimu adalah hari-hari yang engkau lalui. Apabila berlalu satu hari maka berlalulah sebahagian daripada dirimu! - Wahai anak Adam! Siangmu itu adalah tetamumu. Maka berbuat baiklah kepadanya kerana sekiranya engkau berbuat baik kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia memujimu. Dan sekiranya engkau berbuat jahat kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia mencelamu. Begitulah juga halnya dengan malammu. - Dunia ini hanya ada tiga hari sahaja: semalam, esok dan hari ini. Adapun semalam, maka ia telah pergi membawa apa yang ada di dalamnya. Esok pula, mungkin engkau tidak sempat menyusulinya. Dan hari ini, itulah untukmu. Maka beramallah pada hari ini. 2. Sayidina Abdullah bin Mas’ud berkata: - Tidak ada perkara yang paling aku sesali seperti mana aku menyesal apabila tenggelamnya matahari yang menandakan kian berkurang umurku sedang amalku tidak bertambah pada hari itu. 3. Imam Ibnul Qayyim berkata: - Membuang waktu lebih bahaya daripada kematian kerana engkau membuang waktu akan menyebabkan engkau terputus hubungan dengan Allah dan hari akhirat, sedangkan kematian memutuskan hubungan engkau dengan dunia dan isinya. 4. As-Sirri bin Muflis berkata: - Jika engkau bersedih kerana berkurangnya hartamu, maka sewajarnya kamu menangis kerana berkurangnya usiamu ♡Uruslah masa secara teratur agar dapat dimanfaatkan dengan bijak dan berkesan serta berbuahkan pahala yang besar♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 3008 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 17 Rejab 1445H☆

    قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

    "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah az-Zumar 9]

    #Bicara berkaitan kemuliaan dan penghormatan terhadap para ulamak disambung lagi.

    #Di alam kesultanan Melayu Nusantara, sebahagian besar ulamak telah berperanan sebagai penasihat istana sehingga beberapa perkara seperti penyebaran dakwah, pengajian ilmu Islam, pelaksanaan pentadbiran Islam dan penguatkuasan Syariat dapat dibuat sehingga Daulah yang dibina berdiri kukuh. Ini sebagaimana peranan Syed Hussein Jamadil Kubra di Kelantan, Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati di Demak, Sheikh Mansor di Tidore dan Sheikh Nuruddin ar-Raniry di Aceh, begitulah berperanan mempengaruhi Raja terhadap pemupukan kehidupan beragama.

    #Lebih daripada itu, dimuliakan kedudukan para ulamak dengan melantik mereka sebagai pemerintah. Pelantikan para ulamak seperti Tengku Mohammad sebagai Sultan Perlak, Sultan Syarif Ali sebagai Sultan Brunei, Syarif Kebungsuwan sebagai Sultan Mindanao, anak-cucu Syed Jaafar as-Sadiq sebagai Sultan-sultan di Tidore, Bachan, Ternate dan Jailolo serta Sunan Fatahillah sebagai Sultan Demak, adalah contoh pembentukan Daulah Islam dengan para ulamak menjadi Raja dan Sultan.

    #Inilah kehebatan pemimpin dahulu dalam menghormati ulamak dan kehebatan ulamak yang dinobatkan sebagai pemimpin.

    #Ketahuilah bahawa ulamak adalah pewaris tugas dan peranan sekalian nabi dan rasul dalam menyampaikan amanah Islam kepada seluruh umat manusia. Di tangan ulamaklah penentu kepada maju mundurnya sesebuah negara, terang gelapnya sesebuah bangsa, baik buruknya sesuatu umat di bumi ini.

    #Jika ulamak berperanan sebagaimana berperanannya para nabi dan rasul, akan baiklah pemimpin dan umat berkenaan. Sebaliknya, jika ulamak itu tidak berfungsi dan berperanan jelik, nescaya akan buruk dan binasalah pemimpin dan umat berkenaan.

    ♡Setiap pemimpin dan rakyat hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada ulamak dalam sebarang persoalan hidup, samada persoalan duniawi mahupun ukhrawi. Jadikanlah ulamak sebagai obor yang menerangi seluruh kehidupan kita♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 17 Rejab 1445H☆ قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah az-Zumar 9] #Bicara berkaitan kemuliaan dan penghormatan terhadap para ulamak disambung lagi. #Di alam kesultanan Melayu Nusantara, sebahagian besar ulamak telah berperanan sebagai penasihat istana sehingga beberapa perkara seperti penyebaran dakwah, pengajian ilmu Islam, pelaksanaan pentadbiran Islam dan penguatkuasan Syariat dapat dibuat sehingga Daulah yang dibina berdiri kukuh. Ini sebagaimana peranan Syed Hussein Jamadil Kubra di Kelantan, Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati di Demak, Sheikh Mansor di Tidore dan Sheikh Nuruddin ar-Raniry di Aceh, begitulah berperanan mempengaruhi Raja terhadap pemupukan kehidupan beragama. #Lebih daripada itu, dimuliakan kedudukan para ulamak dengan melantik mereka sebagai pemerintah. Pelantikan para ulamak seperti Tengku Mohammad sebagai Sultan Perlak, Sultan Syarif Ali sebagai Sultan Brunei, Syarif Kebungsuwan sebagai Sultan Mindanao, anak-cucu Syed Jaafar as-Sadiq sebagai Sultan-sultan di Tidore, Bachan, Ternate dan Jailolo serta Sunan Fatahillah sebagai Sultan Demak, adalah contoh pembentukan Daulah Islam dengan para ulamak menjadi Raja dan Sultan. #Inilah kehebatan pemimpin dahulu dalam menghormati ulamak dan kehebatan ulamak yang dinobatkan sebagai pemimpin. #Ketahuilah bahawa ulamak adalah pewaris tugas dan peranan sekalian nabi dan rasul dalam menyampaikan amanah Islam kepada seluruh umat manusia. Di tangan ulamaklah penentu kepada maju mundurnya sesebuah negara, terang gelapnya sesebuah bangsa, baik buruknya sesuatu umat di bumi ini. #Jika ulamak berperanan sebagaimana berperanannya para nabi dan rasul, akan baiklah pemimpin dan umat berkenaan. Sebaliknya, jika ulamak itu tidak berfungsi dan berperanan jelik, nescaya akan buruk dan binasalah pemimpin dan umat berkenaan. ♡Setiap pemimpin dan rakyat hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada ulamak dalam sebarang persoalan hidup, samada persoalan duniawi mahupun ukhrawi. Jadikanlah ulamak sebagai obor yang menerangi seluruh kehidupan kita♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 6020 Views
  • PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Ilmu Umpama Hujan

    عَنْ أَبِي مُوسَى عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنْ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتْ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتْ الْكَلَأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ
    وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتْ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لَا تُمْسِكُ مَاءً وَلَا تُنْبِتُ كَلَأً فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ

    Daripada Abu Musa dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Perumpamaan petunjuk (hidayah) dan ilmu yang Allah mengutusku dengan membawanya adalah seperti hujan lebat yang jatuh ke bumi. Di antara tanah itu ada jenis yang dapat menyerap air sehingga dapat menumbuhkan rerumput dan tumbuhan yang pelbagai. Ada pula tanah yang keras tidak menyerap air hingga bertakungnya air sehingga dapat diminum oleh manusia, haiwan ternak dan untuk menyiram tanaman. Ada juga permukaan tanah yang berbentuk lembah yang tidak dapat menahan air dan juga tidak dapat menumbuhkan tanaman. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, memahami agama Allah dan dapat memanfaatkan apa yang aku diutus dengannya, dia mempelajarinya dan mengajarkannya. Begitu juga perumpamaan orang yang tidak dapat mengangkat darjat (untuk berfikir) dan tidak mahu menerima hidayah Allah dengan apa yang aku diutus dengannya (dia umpama tanah yang tidak menakung air dan tidak subur)". (HR Bukhari No: 79) Status: Hadis Sahih

    Pengajaran:

    Terdapat tiga kategori manusia:

    1. Orang yang berilmu, beramal dengan ilmu, dan mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain. Ini seperti tanah yang subur yang bila ditimpa hujan ia menyerap air dan menumbuhkan tumbuhan.

    2. Orang yang berilmu, kurang dalam amalan, atau kurang memahami ilmu yang dia dapati, akan tetapi dia tetap menyampaikan ilmu tersebut. Hal ini seperti tanah yang keras. Ia tidak dapat menyerap air, akan tetapi air yang bertakung itu memberi manfaat kepada makhluk lain.

    3. Orang yang berilmu, tetapi tidak berusaha memahami atau menghafaznya, tidak juga beramal dengannya, dan tidak juga berkongsi ilmu. Ia seperti tanah yang tidak subur untuk menumbuhkan tumbuhan, dan tidak juga dapat menakung air. Ilmu itu tidak bermanfaat untuk dirinya dan orang lain.

    4. Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Sebagaimana hujan yang turun akan menghidupkan tanah yang mati, begitu jugalah ilmu agama akan menghidupkan hati yang telah mati”.

    Jadilah kita kategori pertama, orang yang menerima ilmu, mengamalkan dan menggunakannya untuk mengajar serta memberi manfaat kepada orang lain.

    #BangunkanJiwamu
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
    #PalestinMerdeka

    21hb Januari  2024
    09hb Rejab 1445H

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Ilmu Umpama Hujan عَنْ أَبِي مُوسَى عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنْ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتْ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتْ الْكَلَأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتْ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لَا تُمْسِكُ مَاءً وَلَا تُنْبِتُ كَلَأً فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ Daripada Abu Musa dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Perumpamaan petunjuk (hidayah) dan ilmu yang Allah mengutusku dengan membawanya adalah seperti hujan lebat yang jatuh ke bumi. Di antara tanah itu ada jenis yang dapat menyerap air sehingga dapat menumbuhkan rerumput dan tumbuhan yang pelbagai. Ada pula tanah yang keras tidak menyerap air hingga bertakungnya air sehingga dapat diminum oleh manusia, haiwan ternak dan untuk menyiram tanaman. Ada juga permukaan tanah yang berbentuk lembah yang tidak dapat menahan air dan juga tidak dapat menumbuhkan tanaman. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, memahami agama Allah dan dapat memanfaatkan apa yang aku diutus dengannya, dia mempelajarinya dan mengajarkannya. Begitu juga perumpamaan orang yang tidak dapat mengangkat darjat (untuk berfikir) dan tidak mahu menerima hidayah Allah dengan apa yang aku diutus dengannya (dia umpama tanah yang tidak menakung air dan tidak subur)". (HR Bukhari No: 79) Status: Hadis Sahih Pengajaran: Terdapat tiga kategori manusia: 1. Orang yang berilmu, beramal dengan ilmu, dan mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain. Ini seperti tanah yang subur yang bila ditimpa hujan ia menyerap air dan menumbuhkan tumbuhan. 2. Orang yang berilmu, kurang dalam amalan, atau kurang memahami ilmu yang dia dapati, akan tetapi dia tetap menyampaikan ilmu tersebut. Hal ini seperti tanah yang keras. Ia tidak dapat menyerap air, akan tetapi air yang bertakung itu memberi manfaat kepada makhluk lain. 3. Orang yang berilmu, tetapi tidak berusaha memahami atau menghafaznya, tidak juga beramal dengannya, dan tidak juga berkongsi ilmu. Ia seperti tanah yang tidak subur untuk menumbuhkan tumbuhan, dan tidak juga dapat menakung air. Ilmu itu tidak bermanfaat untuk dirinya dan orang lain. 4. Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Sebagaimana hujan yang turun akan menghidupkan tanah yang mati, begitu jugalah ilmu agama akan menghidupkan hati yang telah mati”. Jadilah kita kategori pertama, orang yang menerima ilmu, mengamalkan dan menggunakannya untuk mengajar serta memberi manfaat kepada orang lain. #BangunkanJiwamu #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 21hb Januari  2024 09hb Rejab 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    0 Comments 0 Shares 3301 Views
  • Majlis Ugama Islam Singapura

    Khutbah Jumaat

    12 Januari 2024 / 30 Jamadil Akhir 1445H

    Keindahan Syariat Islam



    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah (s.w.t.). Taati segala perintah-Nya dan jauhi segala larangan-Nya. Semoga Allah (s.w.t.) menerima segala amalan kita. Amin.

    Saudara dan Saudari yang dikasihi,

    Allah (s.w.t.) mengurniakan pelbagai nikmat buat manusia. Kita dikurniakan akal yang mampu menilai baik buruknya sesuatu perkara. Kita dikurniakan akal fikiran yang perlu disirami dan dimurnikan dengan ilmu yang bermanfaat. Ingatlah pada firman Allah (s.w.t.) di dalam surah al-Ma’idah, ayat 100:



    Yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu berjaya.”

    Kemampuan manusia untuk membezakan perkara yang baik dan buruk adalah anugerah yang amat berharga. Imam Al-Jurjani, di dalam kitabnya At-ta'rifat pernah menjelaskan bahawa Islam merupakan suatu sistem ketuhanan yang menyeru orang-orang berakal kepada menerima apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w.).

    Sebagai seorang yang beriman dan berakal, kitalah yang mencorak pemikiran dan kehidupan kita agar selari dengan syariat Islam. Ilmu yang sahih dan keimanan yang mantap dapat membezakan antara hak dan batil dalam suatu amalan.

    Saudara Saudari,

    Perumpamaan iman dan amal adalah seperti hati dan badan yang aktif berfungsi, tidak dapat dipisahkan. Syariat Islam dijadikan sebagai panduan dan bimbingan buat kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

    Di sebalik syariat Islam itu, terdapat nilai-nilai yang mewarnai keindahan ajaran Islam. Pada kesempatan hari ini, izinkan saya untuk mengongsikan beberapa nilai murni dalam syariat Islam:

    Pertama: Nilai kemudahan buat manusia

    Syariat Islam diturunkan untuk memberi kemudahan buat umat manusia. Malahan, syariat Islam diturunkan kepada kita, umat Nabi Muhammad (s.a.w.), secara tadarruj, iaitu bertahap-tahap.

    Islam turut memberi keyakinan kepada kita bahawa setiap kesukaran pasti ada jalan keluarnya. Sebagai contoh, keringanan untuk solat dalam keadaan duduk bagi mereka yang berkeuzuran untuk berdiri dengan sempurna ketika solat. Solusi ini membantu hamba-Nya melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan sebaik mungkin tanpa rasa paksaan atau bebanan. Begitulah keindahan syariat Islam yang mengambil kira kemampuan manusia. Ingatlah pesanan Rasulullah (s.a.w.):

    إِنَّ الدِّيْنَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّيْنَ إِلاَّ غَلَبَهُ

    Yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agamanya kecuali akan dikalahkan (tidak dapat melaksanakannya dengan sempurna).” (Hadis riwayat Imam Bukhari).

    Islam itu adalah agama yang mudah, jangan kita menjadi penyebab orang lain menjauhi agama ini disebabkan kita yang menyulitkannya. Diburukkan lagi sekiranya kesulitan berlaku kerana kejahilan kita dalam beragama. Namun, kemudahan dalam beragama tidak bererti kita boleh memperlekehkan agama ini, sehingga kita mengambil ringan serta mengabaikan metodologi fiqh yang telah disusun dan diterima pakai oleh para ulama. Oleh itu, amat penting untuk memahami nilai syariat Islam ini melalui ilmu yang muktabar.

    Kedua: Nilai keadilan dalam syariat Islam

    Para jemaah sekalian,

    Syariat Islam sangat menitikberatkan sifat berlaku adil di dalam berurusan sesama manusia. Tiada sebarang bentuk kezaliman atau kekejaman yang boleh dilakukan kepada sesiapa pun. Apatah lagi dalam masalah hukum agama kita sendiri. Namun, terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita, sebagai contoh, yang menyalahgunakan dan mengeksploitasikan hukum faraid untuk memenuhi kepentingan diri. Ada pula yang mengabaikan kebajikan sebahagian ahli waris yang memerlukan sehingga menzalimi hak mereka dalam hukum faraid.

    Perbuatan mempergunakan hukum agama untuk kepentingan diri adalah satu bentuk kezaliman. Ia sama sekali bertentangan dengan nilai keadilan dalam ajaran Islam.

    Ketiga: Nilai kesyumulan (menyeluruh) syariat Islam

    Syariat Islam bersifat holistik atau syumul. Kesyumulan syariat Islam meliputi akidah, akhlak, hukum-hakam dan segala aspek kehidupan seharian. Lihat sahaja keindahan syariat Islam menerusi ibadah haji dan zakat. Kedua-duanya merupakan suatu bentuk ibadah yang merangkumi sudut kerohanian, sosial, ekonomi, mahupun kemanusiaan. Ketika seorang Muslim itu mengharapkan rahmat dan pengampunan Allah (s.w.t.) dalam peribadatannya, dia turut berpeluang untuk memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama manusia. Ia juga dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan kehidupan beragama di dalam masyarakat.

    Semoga Allah (s.w.t.) mengurniakan kefahaman agama buat kita semua, dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

    أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم





    KHUTBAH KEDUA



    الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.



    أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.



    وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.



    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.



    عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.



    https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/455
    Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 12 Januari 2024 / 30 Jamadil Akhir 1445H Keindahan Syariat Islam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah (s.w.t.). Taati segala perintah-Nya dan jauhi segala larangan-Nya. Semoga Allah (s.w.t.) menerima segala amalan kita. Amin. Saudara dan Saudari yang dikasihi, Allah (s.w.t.) mengurniakan pelbagai nikmat buat manusia. Kita dikurniakan akal yang mampu menilai baik buruknya sesuatu perkara. Kita dikurniakan akal fikiran yang perlu disirami dan dimurnikan dengan ilmu yang bermanfaat. Ingatlah pada firman Allah (s.w.t.) di dalam surah al-Ma’idah, ayat 100: Yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu berjaya.” Kemampuan manusia untuk membezakan perkara yang baik dan buruk adalah anugerah yang amat berharga. Imam Al-Jurjani, di dalam kitabnya At-ta'rifat pernah menjelaskan bahawa Islam merupakan suatu sistem ketuhanan yang menyeru orang-orang berakal kepada menerima apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w.). Sebagai seorang yang beriman dan berakal, kitalah yang mencorak pemikiran dan kehidupan kita agar selari dengan syariat Islam. Ilmu yang sahih dan keimanan yang mantap dapat membezakan antara hak dan batil dalam suatu amalan. Saudara Saudari, Perumpamaan iman dan amal adalah seperti hati dan badan yang aktif berfungsi, tidak dapat dipisahkan. Syariat Islam dijadikan sebagai panduan dan bimbingan buat kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Di sebalik syariat Islam itu, terdapat nilai-nilai yang mewarnai keindahan ajaran Islam. Pada kesempatan hari ini, izinkan saya untuk mengongsikan beberapa nilai murni dalam syariat Islam: Pertama: Nilai kemudahan buat manusia Syariat Islam diturunkan untuk memberi kemudahan buat umat manusia. Malahan, syariat Islam diturunkan kepada kita, umat Nabi Muhammad (s.a.w.), secara tadarruj, iaitu bertahap-tahap. Islam turut memberi keyakinan kepada kita bahawa setiap kesukaran pasti ada jalan keluarnya. Sebagai contoh, keringanan untuk solat dalam keadaan duduk bagi mereka yang berkeuzuran untuk berdiri dengan sempurna ketika solat. Solusi ini membantu hamba-Nya melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan sebaik mungkin tanpa rasa paksaan atau bebanan. Begitulah keindahan syariat Islam yang mengambil kira kemampuan manusia. Ingatlah pesanan Rasulullah (s.a.w.): إِنَّ الدِّيْنَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّيْنَ إِلاَّ غَلَبَهُ Yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agamanya kecuali akan dikalahkan (tidak dapat melaksanakannya dengan sempurna).” (Hadis riwayat Imam Bukhari). Islam itu adalah agama yang mudah, jangan kita menjadi penyebab orang lain menjauhi agama ini disebabkan kita yang menyulitkannya. Diburukkan lagi sekiranya kesulitan berlaku kerana kejahilan kita dalam beragama. Namun, kemudahan dalam beragama tidak bererti kita boleh memperlekehkan agama ini, sehingga kita mengambil ringan serta mengabaikan metodologi fiqh yang telah disusun dan diterima pakai oleh para ulama. Oleh itu, amat penting untuk memahami nilai syariat Islam ini melalui ilmu yang muktabar. Kedua: Nilai keadilan dalam syariat Islam Para jemaah sekalian, Syariat Islam sangat menitikberatkan sifat berlaku adil di dalam berurusan sesama manusia. Tiada sebarang bentuk kezaliman atau kekejaman yang boleh dilakukan kepada sesiapa pun. Apatah lagi dalam masalah hukum agama kita sendiri. Namun, terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita, sebagai contoh, yang menyalahgunakan dan mengeksploitasikan hukum faraid untuk memenuhi kepentingan diri. Ada pula yang mengabaikan kebajikan sebahagian ahli waris yang memerlukan sehingga menzalimi hak mereka dalam hukum faraid. Perbuatan mempergunakan hukum agama untuk kepentingan diri adalah satu bentuk kezaliman. Ia sama sekali bertentangan dengan nilai keadilan dalam ajaran Islam. Ketiga: Nilai kesyumulan (menyeluruh) syariat Islam Syariat Islam bersifat holistik atau syumul. Kesyumulan syariat Islam meliputi akidah, akhlak, hukum-hakam dan segala aspek kehidupan seharian. Lihat sahaja keindahan syariat Islam menerusi ibadah haji dan zakat. Kedua-duanya merupakan suatu bentuk ibadah yang merangkumi sudut kerohanian, sosial, ekonomi, mahupun kemanusiaan. Ketika seorang Muslim itu mengharapkan rahmat dan pengampunan Allah (s.w.t.) dalam peribadatannya, dia turut berpeluang untuk memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama manusia. Ia juga dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan kehidupan beragama di dalam masyarakat. Semoga Allah (s.w.t.) mengurniakan kefahaman agama buat kita semua, dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم KHUTBAH KEDUA الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ. أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ. https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/455
    0 Comments 0 Shares 4251 Views
  • Sangat besar rasa cinta Rasulullah kepada Khadijah, sampai-sampai Aisyah mengatakan dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim,

    “Tidak pernah aku merasa cemburu kepada seorang pun dari istri-istri Rasulullah seperti kecemburuanku terhadap Khadijah. Padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah seringkali menyebut-nyebutnya. Jika ia memotong seekor kambing, ia potong-potong dagingnya, dan mengirimkannya kepada sahabat-sahabat Khadijah.

    Maka aku pun berkata kepadanya, “Sepertinya tidak ada wanita lain di dunia ini selain Khadijah…!”

    Maka berkatalah Rasulullah, “Ya, begitulah ia, dan darinyalah aku mendapatkan anak.”

    Dalam suatu riwayat dikisahkan, suatu saat Aisyah merasa cemburu, lalu berkata, “Bukankah ia (Khadijah) hanya seorang wanita tua dan Allah telah memberi gantinya untukmu yang lebih baik darinya? (maksud Aisyah yang menggatikan Khadijah adalah dirinya). Maka Belaiu pun marah sampai berguncang rambut depannya. Lalu Beliau bersabda, “Demi Allah! Ia tidak memberikan ganti untukku yang lebih baik darinya. Khadijah telah beriman kepadaku ketika orang-orang masih kufur, ia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku, ia memberikan hartanya kepadaku ketika manusia lain tidak mau memberiku, dan Allah memberikan kepadu anak darinya dan tidak memberiku anak dari yang lain.”Maka aku berkata dalam hati,” Demi Allah, aku tidak akan lagi menyebut Khadijah dengan sesuatu yang buruk selama-lamanya.”

    Ketika Aisyah ingin menampakkan kelebihannya atas Khadijah, ia berkata kepada Fatimah ra., putri Nabi dari Khadijah ra.: “Aku gadis ketika dinikahi ayahmu sedang ibumu adalah janda ketika dinikahi ayahmu.” Rasul saw. Yang mendengar ucapan ini dari putrinya yang mengeluh bersabda: “Sampaikanlah kepadanya ‘Ibuku (maksudnya Khadijah ra) lebih hebat dari engkau, beliau menikahi ayahku yang jejaka, sedang engkau menikahinya saat beliau duda.”

    Disamping itu Rasulullah tidak memadu Khadijah dengan wanita lain, sedang semua istri selainnya dimadu.
    Teman-teman Khadiijah pun masih diingat oleh Rasul dan berpesan kepada putri-putri beliau agar terus menjalin hubungan kasih dengan mengirimkan hadiah-walau sederhana- kepada mereka.

    Ketika Fath Makkah, yakni hari keberhasilan rasul saw memasuki kota Mekkah bersama kaum Muslim, beliau berkunjung ke lokasi rumah Khadijah ra., karena rumah itu sendiri telah tiada. Beliau juga-pada hari itu- menyendiri, di tengah kesibukan bersama pasukan kaum Muslim, dengan seorang wanita tua sambil bercakap-cakap dengan wajah berseri-seri. Aisyah ra yang melihat hal tersebut bertanya:”Siapa orang itu dan apa yang dibicarakannya?” Ternyata wanita tua itu sobat karib Khadijah ra dan pembicaraan Nabi saw dengannya berkisar pada kenangan manis masa lalu.

    Gerak langkah suara dan ketukan pintu yang biasa dilakukan Khadijah ra pun terus segar dalam benak dan pikiran beliau. Suatu ketika beliau mendengar ketukan dan suara serupa. Beliau berkomentar:”Ini cara ketukan Khadijah. Saya duga yang dating adalah Hala ( saudara perempuan Khadijah ra.) dan ternyata dugaan beliau benar.

    Demikianlah keagungan cinta Rasulullah swa. kepada Khadijah ra. Yang akan tetap terukir indah sepajang zaman.

    #gerbangmakrifat
    #IslamForU
    Sangat besar rasa cinta Rasulullah kepada Khadijah, sampai-sampai Aisyah mengatakan dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, “Tidak pernah aku merasa cemburu kepada seorang pun dari istri-istri Rasulullah seperti kecemburuanku terhadap Khadijah. Padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah seringkali menyebut-nyebutnya. Jika ia memotong seekor kambing, ia potong-potong dagingnya, dan mengirimkannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Maka aku pun berkata kepadanya, “Sepertinya tidak ada wanita lain di dunia ini selain Khadijah…!” Maka berkatalah Rasulullah, “Ya, begitulah ia, dan darinyalah aku mendapatkan anak.” Dalam suatu riwayat dikisahkan, suatu saat Aisyah merasa cemburu, lalu berkata, “Bukankah ia (Khadijah) hanya seorang wanita tua dan Allah telah memberi gantinya untukmu yang lebih baik darinya? (maksud Aisyah yang menggatikan Khadijah adalah dirinya). Maka Belaiu pun marah sampai berguncang rambut depannya. Lalu Beliau bersabda, “Demi Allah! Ia tidak memberikan ganti untukku yang lebih baik darinya. Khadijah telah beriman kepadaku ketika orang-orang masih kufur, ia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku, ia memberikan hartanya kepadaku ketika manusia lain tidak mau memberiku, dan Allah memberikan kepadu anak darinya dan tidak memberiku anak dari yang lain.”Maka aku berkata dalam hati,” Demi Allah, aku tidak akan lagi menyebut Khadijah dengan sesuatu yang buruk selama-lamanya.” Ketika Aisyah ingin menampakkan kelebihannya atas Khadijah, ia berkata kepada Fatimah ra., putri Nabi dari Khadijah ra.: “Aku gadis ketika dinikahi ayahmu sedang ibumu adalah janda ketika dinikahi ayahmu.” Rasul saw. Yang mendengar ucapan ini dari putrinya yang mengeluh bersabda: “Sampaikanlah kepadanya ‘Ibuku (maksudnya Khadijah ra) lebih hebat dari engkau, beliau menikahi ayahku yang jejaka, sedang engkau menikahinya saat beliau duda.” Disamping itu Rasulullah tidak memadu Khadijah dengan wanita lain, sedang semua istri selainnya dimadu. Teman-teman Khadiijah pun masih diingat oleh Rasul dan berpesan kepada putri-putri beliau agar terus menjalin hubungan kasih dengan mengirimkan hadiah-walau sederhana- kepada mereka. Ketika Fath Makkah, yakni hari keberhasilan rasul saw memasuki kota Mekkah bersama kaum Muslim, beliau berkunjung ke lokasi rumah Khadijah ra., karena rumah itu sendiri telah tiada. Beliau juga-pada hari itu- menyendiri, di tengah kesibukan bersama pasukan kaum Muslim, dengan seorang wanita tua sambil bercakap-cakap dengan wajah berseri-seri. Aisyah ra yang melihat hal tersebut bertanya:”Siapa orang itu dan apa yang dibicarakannya?” Ternyata wanita tua itu sobat karib Khadijah ra dan pembicaraan Nabi saw dengannya berkisar pada kenangan manis masa lalu. Gerak langkah suara dan ketukan pintu yang biasa dilakukan Khadijah ra pun terus segar dalam benak dan pikiran beliau. Suatu ketika beliau mendengar ketukan dan suara serupa. Beliau berkomentar:”Ini cara ketukan Khadijah. Saya duga yang dating adalah Hala ( saudara perempuan Khadijah ra.) dan ternyata dugaan beliau benar. Demikianlah keagungan cinta Rasulullah swa. kepada Khadijah ra. Yang akan tetap terukir indah sepajang zaman. #gerbangmakrifat #IslamForU
    0 Comments 0 Shares 3054 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 28 Rabiul Akhir 1445H☆

    وَیَدۡعُ ٱلۡإِنسَـٰنُ بِٱلشَّرِّ دُعَاۤءَهُۥ بِٱلۡخَیۡرِۖ وَكَانَ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَجُولࣰا

    "Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru" [Surah al-Israʾ 11]

    #Imam Ibnu Athaillah menerangkan dalam kitab Al-Hikam:

    "Keterlambatan datangnya pemberian (Allah), meskipun sudah dimohonkan berulang kali, janganlah membuatmu patah harapan. Kerana Dia (Allah) telah menjamin untuk mengabulkan permintaanmu sesuai dengan apa yang Dia pilihkan untukmu, bukan menurut keinginan engkau sendiri. Juga dalam waktu yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yang engkau inginkan".

    #Beruntunglah bagi orang-orang yang bersabar, menanti penuh harap bahawa janji Allah akan datang sambil terus memperbaiki diri menjadi hamba Allah lebih baik.

    #Menyedari bahawa penangguhan Allah adalah lebih baik dari kehendaknya yang boleh jadi buruk akibatnya, buruk untuk agama dan akhiratnya.

    #Allah, jika hendak memberi untuk kekasihNya, pasti kekasihNya akan diuji sejauh mana yakin padanya. Allah, jika hendak memberi untuk kekasihNya, pasti Dia memberi yang jauh lebih baik dari yang difikirkan kekasihnya. Apa salahnya, kita meletakkan diri kita di posisi 'kekasih Allah'. Bersangka baik kepada Allah swt.

    #Begitulah juga perjuangan dan jihad yang Lalah tangguhkan kemenangan. Antara hikmah tertangguhnya kemenangan Islam adalah untuk penapisan, siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang tidak. Hal ini disebut oleh as-Syahid Syed Qutb rahimahullah:

    "Allah akan beri ujian yang besar, kemudian Allah akan lambatkan kemenangan, kemudian Allah akan sikitkan bilangan, kemudian Allah akan lambatkan penerimaan orang, sehingga terbukti mereka sabar, thabat dan bersedia, sehingga mereka layak menjadi Qaedah Sulbah (anggota teras), kemudian mereka akan bergerak ke hadapan”.

    ♡Kemenangan, kebahagiaan dan juga kenikmatan yang dirindukan pasti akan datang. Asal kita mahu menjadi hamba Allah yang yakin, bersyukur, sabar dan terus istiqamah dalam ketaatan. Namun, itulah sifat manusia, segalanya mahu segera dan mereka bersifat tergesa-gesa♡

    🐊Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 28 Rabiul Akhir 1445H☆ وَیَدۡعُ ٱلۡإِنسَـٰنُ بِٱلشَّرِّ دُعَاۤءَهُۥ بِٱلۡخَیۡرِۖ وَكَانَ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَجُولࣰا "Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru" [Surah al-Israʾ 11] #Imam Ibnu Athaillah menerangkan dalam kitab Al-Hikam: "Keterlambatan datangnya pemberian (Allah), meskipun sudah dimohonkan berulang kali, janganlah membuatmu patah harapan. Kerana Dia (Allah) telah menjamin untuk mengabulkan permintaanmu sesuai dengan apa yang Dia pilihkan untukmu, bukan menurut keinginan engkau sendiri. Juga dalam waktu yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yang engkau inginkan". #Beruntunglah bagi orang-orang yang bersabar, menanti penuh harap bahawa janji Allah akan datang sambil terus memperbaiki diri menjadi hamba Allah lebih baik. #Menyedari bahawa penangguhan Allah adalah lebih baik dari kehendaknya yang boleh jadi buruk akibatnya, buruk untuk agama dan akhiratnya. #Allah, jika hendak memberi untuk kekasihNya, pasti kekasihNya akan diuji sejauh mana yakin padanya. Allah, jika hendak memberi untuk kekasihNya, pasti Dia memberi yang jauh lebih baik dari yang difikirkan kekasihnya. Apa salahnya, kita meletakkan diri kita di posisi 'kekasih Allah'. Bersangka baik kepada Allah swt. #Begitulah juga perjuangan dan jihad yang Lalah tangguhkan kemenangan. Antara hikmah tertangguhnya kemenangan Islam adalah untuk penapisan, siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang tidak. Hal ini disebut oleh as-Syahid Syed Qutb rahimahullah: "Allah akan beri ujian yang besar, kemudian Allah akan lambatkan kemenangan, kemudian Allah akan sikitkan bilangan, kemudian Allah akan lambatkan penerimaan orang, sehingga terbukti mereka sabar, thabat dan bersedia, sehingga mereka layak menjadi Qaedah Sulbah (anggota teras), kemudian mereka akan bergerak ke hadapan”. ♡Kemenangan, kebahagiaan dan juga kenikmatan yang dirindukan pasti akan datang. Asal kita mahu menjadi hamba Allah yang yakin, bersyukur, sabar dan terus istiqamah dalam ketaatan. Namun, itulah sifat manusia, segalanya mahu segera dan mereka bersifat tergesa-gesa♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 2708 Views