• PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Orang Yang Tidak Bersyukur

    عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ  لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ

    Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia.” (HR. Abu Daud dan disahihkan di dalam kitab Silsilah Al Ahadis Ash Shahihah, 1/702).

    Pengajaran:

    1.  Orang yang tidak berterima kasih di atas kebaikan orang lain terhadapnya bermakna, ia tidak bersyukur kepada Allah di atas limpah nikmat yang diperolehi.

    2.  Al-Khaththaby berkata; barangsiapa kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah Ta’ala dan tidak bersyukur kepada-Nya.

    3.  Allah SWT tidak menerima syukur seorang hamba atas kebaikan Allah kepadanya, jika seorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain terhadapnya (Sunan Abu Daud dengan Syarah Al Khaththaby, 5/ 157-158).

    عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-  مَنْ أُعْطِىَ عَطَاءً فَوَجَدَ فَلْيَجْزِ بِهِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُثْنِ بِهِ فَمَنْ أَثْنَى بِهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ.

    Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang diberikan sebuah hadiah, lalu ia mendapati kecukupan maka hendaknya ia membalasnya, jika ia tidak mendapati maka pujilah ia, barangsiapa yang memujinya, maka sungguh ia telah bersyukur kepadanya, barangsiapa menyembunyikannya sungguh ia telah kufur.” (HR. Abu Daud dan disahihkan dalam kitab Silsilah Al Ahadis Ash Shahihah, no. 617).

    4.  Cara membalas kebaikan dan pemberian orang lain:

    a.  Membalas pemberian tersebut
    b.  Memuji orang tersebut
    c.  Mengucapkan Jazakallah khairan kepada orang tersebut
    d.  Mendoakan orang tersebut

    Ayuh berterima kasih kepada manusia dan bersyukur kepada Allah

    #BangunkanJiwamu
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
    #PalestinMerdeka

    31hb Januari  2024
    19hb Rejab 1445H

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Orang Yang Tidak Bersyukur عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ  لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia.” (HR. Abu Daud dan disahihkan di dalam kitab Silsilah Al Ahadis Ash Shahihah, 1/702). Pengajaran: 1.  Orang yang tidak berterima kasih di atas kebaikan orang lain terhadapnya bermakna, ia tidak bersyukur kepada Allah di atas limpah nikmat yang diperolehi. 2.  Al-Khaththaby berkata; barangsiapa kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah Ta’ala dan tidak bersyukur kepada-Nya. 3.  Allah SWT tidak menerima syukur seorang hamba atas kebaikan Allah kepadanya, jika seorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain terhadapnya (Sunan Abu Daud dengan Syarah Al Khaththaby, 5/ 157-158). عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-  مَنْ أُعْطِىَ عَطَاءً فَوَجَدَ فَلْيَجْزِ بِهِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُثْنِ بِهِ فَمَنْ أَثْنَى بِهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ. Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang diberikan sebuah hadiah, lalu ia mendapati kecukupan maka hendaknya ia membalasnya, jika ia tidak mendapati maka pujilah ia, barangsiapa yang memujinya, maka sungguh ia telah bersyukur kepadanya, barangsiapa menyembunyikannya sungguh ia telah kufur.” (HR. Abu Daud dan disahihkan dalam kitab Silsilah Al Ahadis Ash Shahihah, no. 617). 4.  Cara membalas kebaikan dan pemberian orang lain: a.  Membalas pemberian tersebut b.  Memuji orang tersebut c.  Mengucapkan Jazakallah khairan kepada orang tersebut d.  Mendoakan orang tersebut Ayuh berterima kasih kepada manusia dan bersyukur kepada Allah #BangunkanJiwamu #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 31hb Januari  2024 19hb Rejab 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    0 Comments 0 Shares 4888 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 17 Jamadil Akhir 1445H☆

    وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ

    "Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran)" [Surah Aali Imran 140]

    #Warna-warni, suka-duka dan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang kehidupan dan sepanjang tahun 2023, itulah putaran hidup yang terpaksa kita lalui.

    #Banyak peristiwa yang telah berlaku pada tahun 2023. Ada peristiwa melibatkan kejayaan, gembira dan sukacita. Sebaliknya tidak kurang yang kecewa, sedih dan berduka nestapa. Begitu juga ada yang dikurniakan dengan pelbagai anugerah dan nikmat.

    #Oleh itu, tatkala kita dikurniakan nikmat, maka wajib kita zahirkan kesyukuran kepada Allah swt. Sebaliknya jika diuji dengan sedikit musibah, maka hendaklah dia bersabar. Sudah tentu kehidupannya sentiasa dipahalakan oleh Allah swt.

    #Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sayidina Suhaib r.a, Rasulullah saw bersabda:

    عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

    “Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya" (HR Muslim)

    #Sepatutnya segala peristiwa yang berlaku di sepanjang tahun ini dapat mengislahkan kehidupan seseorang yang mendatang dengan lebih cemerlang dan gemilang.

    #Kita hendaklah bermuhasabah diri ke arah yang lebih baik pada masa akan datang. Daripada baik kepada lebih baik dan daripada lebih baik kepada terbaik. Inilah manusia yang mendapat laba dan keuntungan dalam kehidupan. Semoga sinar 2024 kita penuhinya dengan cita-cita yang mulia untuk kita capai.

    #Dengan itu, kita akan menjadi orang yang cerdik, bijak dan beruntung dalam kehidupan. Daripada Sayidina Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:

    الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ

    "Orang yang cerdik, siapa yang merendahkan dirinya dan beramal untuk bekalan selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, siapa yang mengikut hawa nafsunya dan hanya bercita-cita kepada Allah" (HR at-Tirmizi dan Ibn Majah)

    #Syeikh al-Mubarakfuri dalam menjelaskan hadis ini berkata: “(Orang yang cerdik) iaitu orang yang sentiasa memuhasabah dirinya di dunia sebelum dia dihisab di akhirat".

    #Berkata Sayidina Umar al-Khattab r.a:

    حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنّمَا يَخِفّ الْحَسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ في الدّنْيَا

    "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia” (Lihat: Tuhfah al-Ahwazi)

    #Imam al-Ghazali berkata: "Barangsiapa yang sering bermuhasabah pada dirinya, nescaya dia akan temui keringanan pada hari akhirat kelak."

    #Muhasabah umpama ubat yang pahit, tidak enak namun ia adalah penawar yang mengubati seribu satu penyakit. Sungguhpun menilai diri bukan sesuatu yang menyeronokkan, tetapi orang yang sering bermuhasabah akan dapat membersihkan diri daripada kejahilan, dosa dan noda.

    ...Bersambung...

    ♡Semoga kebaikan dan keberkatan hidup sentiasa menaungi kita semua dan singgah dalam kehidupan kita semua yang akhirnya membawa kebahagiaan dan ketenangan di dunia serta kejayaan hakiki di akhirat kelak. Aamiiin♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 17 Jamadil Akhir 1445H☆ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ "Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran)" [Surah Aali Imran 140] #Warna-warni, suka-duka dan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang kehidupan dan sepanjang tahun 2023, itulah putaran hidup yang terpaksa kita lalui. #Banyak peristiwa yang telah berlaku pada tahun 2023. Ada peristiwa melibatkan kejayaan, gembira dan sukacita. Sebaliknya tidak kurang yang kecewa, sedih dan berduka nestapa. Begitu juga ada yang dikurniakan dengan pelbagai anugerah dan nikmat. #Oleh itu, tatkala kita dikurniakan nikmat, maka wajib kita zahirkan kesyukuran kepada Allah swt. Sebaliknya jika diuji dengan sedikit musibah, maka hendaklah dia bersabar. Sudah tentu kehidupannya sentiasa dipahalakan oleh Allah swt. #Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sayidina Suhaib r.a, Rasulullah saw bersabda: عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ “Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya" (HR Muslim) #Sepatutnya segala peristiwa yang berlaku di sepanjang tahun ini dapat mengislahkan kehidupan seseorang yang mendatang dengan lebih cemerlang dan gemilang. #Kita hendaklah bermuhasabah diri ke arah yang lebih baik pada masa akan datang. Daripada baik kepada lebih baik dan daripada lebih baik kepada terbaik. Inilah manusia yang mendapat laba dan keuntungan dalam kehidupan. Semoga sinar 2024 kita penuhinya dengan cita-cita yang mulia untuk kita capai. #Dengan itu, kita akan menjadi orang yang cerdik, bijak dan beruntung dalam kehidupan. Daripada Sayidina Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah saw pernah bersabda: الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ "Orang yang cerdik, siapa yang merendahkan dirinya dan beramal untuk bekalan selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, siapa yang mengikut hawa nafsunya dan hanya bercita-cita kepada Allah" (HR at-Tirmizi dan Ibn Majah) #Syeikh al-Mubarakfuri dalam menjelaskan hadis ini berkata: “(Orang yang cerdik) iaitu orang yang sentiasa memuhasabah dirinya di dunia sebelum dia dihisab di akhirat". #Berkata Sayidina Umar al-Khattab r.a: حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنّمَا يَخِفّ الْحَسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ في الدّنْيَا "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia” (Lihat: Tuhfah al-Ahwazi) #Imam al-Ghazali berkata: "Barangsiapa yang sering bermuhasabah pada dirinya, nescaya dia akan temui keringanan pada hari akhirat kelak." #Muhasabah umpama ubat yang pahit, tidak enak namun ia adalah penawar yang mengubati seribu satu penyakit. Sungguhpun menilai diri bukan sesuatu yang menyeronokkan, tetapi orang yang sering bermuhasabah akan dapat membersihkan diri daripada kejahilan, dosa dan noda. ...Bersambung... ♡Semoga kebaikan dan keberkatan hidup sentiasa menaungi kita semua dan singgah dalam kehidupan kita semua yang akhirnya membawa kebahagiaan dan ketenangan di dunia serta kejayaan hakiki di akhirat kelak. Aamiiin♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    1 Comments 0 Shares 4570 Views
  • Assalamualaikum sahabat-sahabat,

    Pernah tak kita rasa bangga sangat dengan kejayaan yang kita capai? Alhamdulillah, itu memang bagus! Tapi, jangan lupa satu perkara penting, kita bukan insan yang hebat sebenarnya... tapi Allah Yang Maha Hebat yang telah membantu kita.

    Setiap kali kita berjaya, baik dalam kerjaya, pelajaran, atau apa saja, ingatlah bahwa itu semua adalah dengan izin dan bantuan Allah. Tanpa kehendak-Nya, apa pun tak mungkin terjadi.

    Kadang-kadang, kita mudah terbawa dengan kejayaan dan lupa untuk berterima kasih kepada-Nya. Kita mungkin fikir semua itu hasil usaha keras kita sendiri. Tapi sebenarnya, siapa yang memberi kita kekuatan, kesihatan, akal untuk berusaha? Semua itu adalah kurniaan dari Allah.

    Bersambung 👇

    Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam sebuah hadis:

    كُلُّكُمْ بِنِعْمَةِ اللَّهِ فَقِيرٌ

    Maksudnya; "Kamu semua adalah fakir (memerlukan) kepada nikmat Allah."

    Hadis ini mengajar kita bahawa dalam apa jua keadaan, kita semua memerlukan pertolongan dan nikmat Allah. Jadi, bila kita berjaya, janganlah kita terlalu bangga. Sebaliknya, gunakan kejayaan itu sebagai cara untuk bersyukur dan membantu orang lain.

    Mari kita berdoa:

    يَا اللَّهُ، بِكُلِّ كَرَمِكَ وَفَضْلِكَ، جَعَلْنَا مِنَ الشَّاكِرِينَ وَالْمُتَوَاضِعِينَ

    Maksudnya; "Ya Allah, dengan segala kemurahan dan kurnia-Mu, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang bersyukur dan rendah hati."

    Semoga kita sentiasa diingatkan untuk tidak terlalu bangga dengan kejayaan kita dan selalu ingat pada Yang Maha Kuasa yang telah membantu kita. Amin!

    #Bersyukur #RendahHati 🌼🌿
    #cp
    #IslamForU
    Assalamualaikum sahabat-sahabat, Pernah tak kita rasa bangga sangat dengan kejayaan yang kita capai? Alhamdulillah, itu memang bagus! Tapi, jangan lupa satu perkara penting, kita bukan insan yang hebat sebenarnya... tapi Allah Yang Maha Hebat yang telah membantu kita. Setiap kali kita berjaya, baik dalam kerjaya, pelajaran, atau apa saja, ingatlah bahwa itu semua adalah dengan izin dan bantuan Allah. Tanpa kehendak-Nya, apa pun tak mungkin terjadi. Kadang-kadang, kita mudah terbawa dengan kejayaan dan lupa untuk berterima kasih kepada-Nya. Kita mungkin fikir semua itu hasil usaha keras kita sendiri. Tapi sebenarnya, siapa yang memberi kita kekuatan, kesihatan, akal untuk berusaha? Semua itu adalah kurniaan dari Allah. Bersambung 👇 Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam sebuah hadis: كُلُّكُمْ بِنِعْمَةِ اللَّهِ فَقِيرٌ Maksudnya; "Kamu semua adalah fakir (memerlukan) kepada nikmat Allah." Hadis ini mengajar kita bahawa dalam apa jua keadaan, kita semua memerlukan pertolongan dan nikmat Allah. Jadi, bila kita berjaya, janganlah kita terlalu bangga. Sebaliknya, gunakan kejayaan itu sebagai cara untuk bersyukur dan membantu orang lain. Mari kita berdoa: يَا اللَّهُ، بِكُلِّ كَرَمِكَ وَفَضْلِكَ، جَعَلْنَا مِنَ الشَّاكِرِينَ وَالْمُتَوَاضِعِينَ Maksudnya; "Ya Allah, dengan segala kemurahan dan kurnia-Mu, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang bersyukur dan rendah hati." Semoga kita sentiasa diingatkan untuk tidak terlalu bangga dengan kejayaan kita dan selalu ingat pada Yang Maha Kuasa yang telah membantu kita. Amin! #Bersyukur #RendahHati 🌼🌿 #cp #IslamForU
    0 Comments 0 Shares 2076 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 7 Jamadil Awwal 1445H☆

    فَٱذۡكُرُونِیۤ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُوا۟ لِی وَلَا تَكۡفُرُونِ

    "Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" [Surah al-Baqarah 152]

    #Orang beriman yang berakal akan sentiasa :

    1. Mengingati Allah.
    2. Merapatkan diri ke hadratNya.
    3. MerindukanNya.
    4. Merasa asyik bersamaNya.

    #Dia akan sentiasa ingat dan menyebut-nyebut nama Allah dalam segala keadaaanya, dalam segala hal dan waktunya, seluruh lorong kehidupannya tidak terlepas daripada mengingatiNya.

    #Ketika berdiri dia ingat Allah, saat duduk dia ingat Allah, saat berbaring dia ingat Allah, saat bekerja ingat Allah, saat memandu ingat Allah, saat bermain ingat Allah, saat berjual beli ingat Allah, saat bersendirian pun ingat Allah. Dia sentiasa berusaha untuk dekat dengan Allah swt dengan 1001 cara dan jalan.

    إِنَّ فِی خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّیۡلِ وَٱلنَّهَارِ لَـَٔایَـٰتࣲ لِّأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

    "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal"

    ٱلَّذِینَ یَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِیَـٰمࣰا وَقُعُودࣰا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَیَتَفَكَّرُونَ فِی خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلࣰا سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

    "(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka"  [Surah Ali-Ê¿Imran 190-191]

    #Manusia yang bertaqwa akan sentiasa berzikir mengingati Allah dalam hatinya dengan:

    1. Perasaan rendah diri.
    2. Perasaan yang tidak berdaya di hadapanNya.
    3. Perasaan takut menyelimuti jiwanya.

    #Hati mereka gementar tatkala nama Allah disebut, zikir segera meluncur dari mulut membasahi lidahnya dan keimanan memenuhi dadanya. Iman mereka melonjak tatkala ayat-ayat Allah dikumandangkan dan di alunkan. Tawakkal menjadi hiasan hidupnya, memagari setiap gerakannya.

    إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِینَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُهُمۡ وَإِذَا تُلِیَتۡ عَلَیۡهِمۡ ءَایَـٰتُهُۥ زَادَتۡهُمۡ إِیمَـٰنࣰا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ یَتَوَكَّلُونَ

    "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah" [Surah al-Anfal 2]

    ♡Adakah hati dan jiwa kita sentiasa ingat Allah dan terasa tenang tatkala mengingatiNya? Jika tiada sebarang rasa dan ketenangan, dibimbangi kita tergolong dalam kalangan golongan yang jauh daripada rahmat Allah swt. Selamat bermuhasabah!!♡

    🐊Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 7 Jamadil Awwal 1445H☆ فَٱذۡكُرُونِیۤ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُوا۟ لِی وَلَا تَكۡفُرُونِ "Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" [Surah al-Baqarah 152] #Orang beriman yang berakal akan sentiasa : 1. Mengingati Allah. 2. Merapatkan diri ke hadratNya. 3. MerindukanNya. 4. Merasa asyik bersamaNya. #Dia akan sentiasa ingat dan menyebut-nyebut nama Allah dalam segala keadaaanya, dalam segala hal dan waktunya, seluruh lorong kehidupannya tidak terlepas daripada mengingatiNya. #Ketika berdiri dia ingat Allah, saat duduk dia ingat Allah, saat berbaring dia ingat Allah, saat bekerja ingat Allah, saat memandu ingat Allah, saat bermain ingat Allah, saat berjual beli ingat Allah, saat bersendirian pun ingat Allah. Dia sentiasa berusaha untuk dekat dengan Allah swt dengan 1001 cara dan jalan. إِنَّ فِی خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّیۡلِ وَٱلنَّهَارِ لَـَٔایَـٰتࣲ لِّأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal" ٱلَّذِینَ یَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِیَـٰمࣰا وَقُعُودࣰا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَیَتَفَكَّرُونَ فِی خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلࣰا سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ "(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka"  [Surah Ali-Ê¿Imran 190-191] #Manusia yang bertaqwa akan sentiasa berzikir mengingati Allah dalam hatinya dengan: 1. Perasaan rendah diri. 2. Perasaan yang tidak berdaya di hadapanNya. 3. Perasaan takut menyelimuti jiwanya. #Hati mereka gementar tatkala nama Allah disebut, zikir segera meluncur dari mulut membasahi lidahnya dan keimanan memenuhi dadanya. Iman mereka melonjak tatkala ayat-ayat Allah dikumandangkan dan di alunkan. Tawakkal menjadi hiasan hidupnya, memagari setiap gerakannya. إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِینَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُهُمۡ وَإِذَا تُلِیَتۡ عَلَیۡهِمۡ ءَایَـٰتُهُۥ زَادَتۡهُمۡ إِیمَـٰنࣰا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ یَتَوَكَّلُونَ "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah" [Surah al-Anfal 2] ♡Adakah hati dan jiwa kita sentiasa ingat Allah dan terasa tenang tatkala mengingatiNya? Jika tiada sebarang rasa dan ketenangan, dibimbangi kita tergolong dalam kalangan golongan yang jauh daripada rahmat Allah swt. Selamat bermuhasabah!!♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 2271 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 6 Jamadil Awwal 1445H☆

    فَٱذۡكُرُونِیۤ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُوا۟ لِی وَلَا تَكۡفُرُونِ

    "Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" [Surah al-Baqarah 152]

    #Kita perlu mengingati Allah swt kerana kita memang memerlukanNya. Allah swt tidak perlu agar kita mengingatiNya tetapi kitalah yang berhajat kepadanya. Mengingati Allah adalah tanda syukur kita sedangkan melupakanNya adalah ungkapan nyata kekufuran kita.

    #Barangsiapa yang mengingati Allah swt maka Allah akan mengingatinya. Barangsiapa yang melupakan Allah maka Allah juga akan:

    1. Melupakannya.
    2. Membiarkannya larut, hanyut dan tenggelam dalam kealpaan yang panjang.
    3. Membiarkannya larut dalam kegelapan hati dan kekeruhan rohani.
    4. Membiarkannya hanyut dalam kekerasan hati dan kematian rohani.

    #Setiap kita pasti tidak terlepas dari kealpaan dan setiap kita juga pasti pernah lalai kerana ianya adalah sifat asas yang melekat dalam diri kita masing-masing. Namun sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan dan kelapaan adalah yang segera kembali kepada penciptanya dengan bersegera:

    1. Zikir dan ingat pada Allah swt.
    2. Memohon ampunanNya.
    3. Mengemis belas kasihNya.
    4. Meratapi dosa-dosa di depan kasih sayangNya.

    #Ini adalah kerana kita perlu sedar bahawa hanya Allah swt yang Maha lapang rahmatNya, Yang Maha Kasih akan hambaNya. RahmatNya lebih luas daripada kemurkaanNya.

    #Manusia yang sentiasa berzikir dengan jiwa yang sentiasa ingat akan Allah, tidak akan pernah dilalaikan oleh:

    1. Perniagaan mereka.
    2. Jawatan mereka.
    3. Tugas-tugas harian mereka.
    4. Anak-anak mereka.
    5. Harta-harta mereka.

    یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَ ٰ⁠لُكُمۡ وَلَاۤ أَوۡلَـٰدُكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ وَمَن یَفۡعَلۡ ذَ ٰ⁠لِكَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ

    "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi" [Surah al-Munafiqun 9]

    ♡Lantunan zikrullah dan mentaati segala perintahNya akan mendatangkan ketenangan, membuatkan teman-teman sekitarnya berasa tenteram, dapat mencegah daripada kealpaan dan mengatasi kelalaian. Hatinya sentiasa menatap akhirat dan mengabaikan dunia. Ia adalah jalan mendekatkan diri kepada Ilahi♡

    🐊Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 6 Jamadil Awwal 1445H☆ فَٱذۡكُرُونِیۤ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُوا۟ لِی وَلَا تَكۡفُرُونِ "Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" [Surah al-Baqarah 152] #Kita perlu mengingati Allah swt kerana kita memang memerlukanNya. Allah swt tidak perlu agar kita mengingatiNya tetapi kitalah yang berhajat kepadanya. Mengingati Allah adalah tanda syukur kita sedangkan melupakanNya adalah ungkapan nyata kekufuran kita. #Barangsiapa yang mengingati Allah swt maka Allah akan mengingatinya. Barangsiapa yang melupakan Allah maka Allah juga akan: 1. Melupakannya. 2. Membiarkannya larut, hanyut dan tenggelam dalam kealpaan yang panjang. 3. Membiarkannya larut dalam kegelapan hati dan kekeruhan rohani. 4. Membiarkannya hanyut dalam kekerasan hati dan kematian rohani. #Setiap kita pasti tidak terlepas dari kealpaan dan setiap kita juga pasti pernah lalai kerana ianya adalah sifat asas yang melekat dalam diri kita masing-masing. Namun sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan dan kelapaan adalah yang segera kembali kepada penciptanya dengan bersegera: 1. Zikir dan ingat pada Allah swt. 2. Memohon ampunanNya. 3. Mengemis belas kasihNya. 4. Meratapi dosa-dosa di depan kasih sayangNya. #Ini adalah kerana kita perlu sedar bahawa hanya Allah swt yang Maha lapang rahmatNya, Yang Maha Kasih akan hambaNya. RahmatNya lebih luas daripada kemurkaanNya. #Manusia yang sentiasa berzikir dengan jiwa yang sentiasa ingat akan Allah, tidak akan pernah dilalaikan oleh: 1. Perniagaan mereka. 2. Jawatan mereka. 3. Tugas-tugas harian mereka. 4. Anak-anak mereka. 5. Harta-harta mereka. یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَ ٰ⁠لُكُمۡ وَلَاۤ أَوۡلَـٰدُكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ÙˆÙŽÙ…ÙŽÙ† یَفۡعَلۡ ذَ ٰ⁠لِكَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi" [Surah al-Munafiqun 9] ♡Lantunan zikrullah dan mentaati segala perintahNya akan mendatangkan ketenangan, membuatkan teman-teman sekitarnya berasa tenteram, dapat mencegah daripada kealpaan dan mengatasi kelalaian. Hatinya sentiasa menatap akhirat dan mengabaikan dunia. Ia adalah jalan mendekatkan diri kepada Ilahi♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 1509 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 28 Rabiul Akhir 1445H☆

    وَیَدۡعُ ٱلۡإِنسَـٰنُ بِٱلشَّرِّ دُعَاۤءَهُۥ بِٱلۡخَیۡرِۖ وَكَانَ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَجُولࣰا

    "Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru" [Surah al-Israʾ 11]

    #Imam Ibnu Athaillah menerangkan dalam kitab Al-Hikam:

    "Keterlambatan datangnya pemberian (Allah), meskipun sudah dimohonkan berulang kali, janganlah membuatmu patah harapan. Kerana Dia (Allah) telah menjamin untuk mengabulkan permintaanmu sesuai dengan apa yang Dia pilihkan untukmu, bukan menurut keinginan engkau sendiri. Juga dalam waktu yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yang engkau inginkan".

    #Beruntunglah bagi orang-orang yang bersabar, menanti penuh harap bahawa janji Allah akan datang sambil terus memperbaiki diri menjadi hamba Allah lebih baik.

    #Menyedari bahawa penangguhan Allah adalah lebih baik dari kehendaknya yang boleh jadi buruk akibatnya, buruk untuk agama dan akhiratnya.

    #Allah, jika hendak memberi untuk kekasihNya, pasti kekasihNya akan diuji sejauh mana yakin padanya. Allah, jika hendak memberi untuk kekasihNya, pasti Dia memberi yang jauh lebih baik dari yang difikirkan kekasihnya. Apa salahnya, kita meletakkan diri kita di posisi 'kekasih Allah'. Bersangka baik kepada Allah swt.

    #Begitulah juga perjuangan dan jihad yang Lalah tangguhkan kemenangan. Antara hikmah tertangguhnya kemenangan Islam adalah untuk penapisan, siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang tidak. Hal ini disebut oleh as-Syahid Syed Qutb rahimahullah:

    "Allah akan beri ujian yang besar, kemudian Allah akan lambatkan kemenangan, kemudian Allah akan sikitkan bilangan, kemudian Allah akan lambatkan penerimaan orang, sehingga terbukti mereka sabar, thabat dan bersedia, sehingga mereka layak menjadi Qaedah Sulbah (anggota teras), kemudian mereka akan bergerak ke hadapan”.

    ♡Kemenangan, kebahagiaan dan juga kenikmatan yang dirindukan pasti akan datang. Asal kita mahu menjadi hamba Allah yang yakin, bersyukur, sabar dan terus istiqamah dalam ketaatan. Namun, itulah sifat manusia, segalanya mahu segera dan mereka bersifat tergesa-gesa♡

    🐊Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 28 Rabiul Akhir 1445H☆ وَیَدۡعُ ٱلۡإِنسَـٰنُ بِٱلشَّرِّ دُعَاۤءَهُۥ بِٱلۡخَیۡرِۖ وَكَانَ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَجُولࣰا "Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru" [Surah al-Israʾ 11] #Imam Ibnu Athaillah menerangkan dalam kitab Al-Hikam: "Keterlambatan datangnya pemberian (Allah), meskipun sudah dimohonkan berulang kali, janganlah membuatmu patah harapan. Kerana Dia (Allah) telah menjamin untuk mengabulkan permintaanmu sesuai dengan apa yang Dia pilihkan untukmu, bukan menurut keinginan engkau sendiri. Juga dalam waktu yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yang engkau inginkan". #Beruntunglah bagi orang-orang yang bersabar, menanti penuh harap bahawa janji Allah akan datang sambil terus memperbaiki diri menjadi hamba Allah lebih baik. #Menyedari bahawa penangguhan Allah adalah lebih baik dari kehendaknya yang boleh jadi buruk akibatnya, buruk untuk agama dan akhiratnya. #Allah, jika hendak memberi untuk kekasihNya, pasti kekasihNya akan diuji sejauh mana yakin padanya. Allah, jika hendak memberi untuk kekasihNya, pasti Dia memberi yang jauh lebih baik dari yang difikirkan kekasihnya. Apa salahnya, kita meletakkan diri kita di posisi 'kekasih Allah'. Bersangka baik kepada Allah swt. #Begitulah juga perjuangan dan jihad yang Lalah tangguhkan kemenangan. Antara hikmah tertangguhnya kemenangan Islam adalah untuk penapisan, siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang tidak. Hal ini disebut oleh as-Syahid Syed Qutb rahimahullah: "Allah akan beri ujian yang besar, kemudian Allah akan lambatkan kemenangan, kemudian Allah akan sikitkan bilangan, kemudian Allah akan lambatkan penerimaan orang, sehingga terbukti mereka sabar, thabat dan bersedia, sehingga mereka layak menjadi Qaedah Sulbah (anggota teras), kemudian mereka akan bergerak ke hadapan”. ♡Kemenangan, kebahagiaan dan juga kenikmatan yang dirindukan pasti akan datang. Asal kita mahu menjadi hamba Allah yang yakin, bersyukur, sabar dan terus istiqamah dalam ketaatan. Namun, itulah sifat manusia, segalanya mahu segera dan mereka bersifat tergesa-gesa♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 2709 Views