☆Tadabbur Kalamullah 12 Rejab 1445H☆

قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9]

#Sambung bicara tentang kemuliaan para ulamak dan penghormatan terhadap mereka.

#Dalam suasana masyarakat Islam masa kini, para ulamak hendaklah dijadikan pemimpin dan ikutan, kerana kefahaman mereka yang mendalam terhadap Islam akan memelihara ummah dari terjerumus kepada kesesatan.

#Juga dengan sifat mereka yang takutkan Allah swt menjadikan para ulamak sentiasa bertindak berdasarkan panduan wahyu al-Quran dan as-Sunnah yang akan memberikan jaminan tidak berlakunya sebarang penyelewengan.

#Sebaliknya perbuatan memandang serong kepada para ulamak, memperkecilkan kebolehan mereka, mempersendakan pendapat mereka adalah bibit-bibit yang akan membuahkan kebencian terhadap ulamak. Ia adalah permulaan malapetaka yang bakal menimpa umat Islam kerana apabila jauhnya mereka dari pimpinan para ulamak bermakna semakin jauhlah mereka dari  panduan al-Quran dan as-Sunnah.

#Orang yang memperlekehkan ulamak bererti dia hendak menjatuhkan kredibiliti penjaga syariat Islam ini. Jika penjaga syariat Islam ini berjaya dijatuhkan, akan mudahlah baginya jalan untuk meruntuhkan seluruh ajaran Islam itu sendiri. Oleh itu, fahaman serong seperti ini wajar dibanteras dan diberikan pengajaran yang secukupnya.

#Ketahuilah bahawa para ulamak adalah pewaris nabi dan wali Allah swt. Maka, dikhuatiri orang yang memusuhi mereka akan diperangi oleh Allah swt sendiri.

#Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah swt berfirman: "Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya..." (HR al-Bukhari)

#Kata Imam al-Khalil bin Ahmad: "Jika ahli al-Quran dan hadis itu bukan wali Allah, maka tiada lagi bagi Allah seorang wali pun di muka bumi ini."

#Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie diriwayatkan berkata: "Jika ulamak fiqah itu bukan wali Allah, maka tiada lagi seorang wali pun bagi Allah swt."

♡Carilah ruang, peluang dan kesempatan untuk mendampingi para alim ulamak, mengambil Ilmu darinya, berkhidmat untuknya dan sentiasa meletakkan kedudukan para ulamak di tempat yang mulia dan terhormat♡

Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 12 Rejab 1445H☆ قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9] #Sambung bicara tentang kemuliaan para ulamak dan penghormatan terhadap mereka. #Dalam suasana masyarakat Islam masa kini, para ulamak hendaklah dijadikan pemimpin dan ikutan, kerana kefahaman mereka yang mendalam terhadap Islam akan memelihara ummah dari terjerumus kepada kesesatan. #Juga dengan sifat mereka yang takutkan Allah swt menjadikan para ulamak sentiasa bertindak berdasarkan panduan wahyu al-Quran dan as-Sunnah yang akan memberikan jaminan tidak berlakunya sebarang penyelewengan. #Sebaliknya perbuatan memandang serong kepada para ulamak, memperkecilkan kebolehan mereka, mempersendakan pendapat mereka adalah bibit-bibit yang akan membuahkan kebencian terhadap ulamak. Ia adalah permulaan malapetaka yang bakal menimpa umat Islam kerana apabila jauhnya mereka dari pimpinan para ulamak bermakna semakin jauhlah mereka dari  panduan al-Quran dan as-Sunnah. #Orang yang memperlekehkan ulamak bererti dia hendak menjatuhkan kredibiliti penjaga syariat Islam ini. Jika penjaga syariat Islam ini berjaya dijatuhkan, akan mudahlah baginya jalan untuk meruntuhkan seluruh ajaran Islam itu sendiri. Oleh itu, fahaman serong seperti ini wajar dibanteras dan diberikan pengajaran yang secukupnya. #Ketahuilah bahawa para ulamak adalah pewaris nabi dan wali Allah swt. Maka, dikhuatiri orang yang memusuhi mereka akan diperangi oleh Allah swt sendiri. #Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah swt berfirman: "Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya..." (HR al-Bukhari) #Kata Imam al-Khalil bin Ahmad: "Jika ahli al-Quran dan hadis itu bukan wali Allah, maka tiada lagi bagi Allah seorang wali pun di muka bumi ini." #Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie diriwayatkan berkata: "Jika ulamak fiqah itu bukan wali Allah, maka tiada lagi seorang wali pun bagi Allah swt." ♡Carilah ruang, peluang dan kesempatan untuk mendampingi para alim ulamak, mengambil Ilmu darinya, berkhidmat untuknya dan sentiasa meletakkan kedudukan para ulamak di tempat yang mulia dan terhormat♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
Like
1
0 Comments 0 Shares 5078 Views