• ☆Tadabbur Kalamullah 8 Ramadhan 1445H☆

    یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

    "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

    #Dalam keadaan kita diwajibkan berpuasa, pada masa yang sama juga, kita dituntut untuk memperbanyakkan sedekah dan sentiasa menyantuni orang susah yang memerlukan seperti menjamu mereka berbuka puasa.

    #Diriwayatkan daripada Sayidina Salman al-Farisi r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

    مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ قَالَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَوْ تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ

    "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka". Maka Rasulullah saw menjawab: "Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman" (Riwayat Ibn Khuzaimah)

    #Diriwayatkan bahawa Ibnu Shihab al-Zuhri,

    كان ابن شهاب الزهري إذا دخل رمضان قال: فإنما هو تلاوة القرآن، وإطعام الطعام.

    "Apabila tiba sahaja Ramadhan dia akan berkata: Ianya adalah bulan membaca al-Quran dan memberi orang makan" (Lihat: Lataif al-Maarif oleh Imam Ibn Rejab)

    #Daripada Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir berkata: "Maula perempuan Sayidina Abu Umamah r.a menceritakan kepadaku: Abu Umamah adalah orang yang suka bersedekah dan suka mengumpulkan sesuatu dan kemudian disedekahkannya. Dia tidak pernah menolak seorang pun yang meminta sesuatu kepadanya, walaupun dia hanya mampu untuk memberi hanya seulas bawang merah atau sebiji buah kurma atau sesuap makanan. Pada suatu hari datang seorang meminta kepadanya padahal ketika itu dia hanya mempunyai wang sebanyak 3 dinar. Orang itu tetap meminta juga, maka Abu Umamah pun memberikannya 1 dinar. Kemudian datang orang lain dan meminta bantuan daripadanya. Abu Umamah memberinya 1 dinar. Datang lagi seorang pengemis, Abu Umamah memberinya 1 dinar juga. (Lihat: Siyar A’lam Nubala)

    #Bagi orang yang dijamu makan, maka berdoalah untuk orang yang menjamu berbuka puasa itu. Ini sebagai tanda ingatan dan terima kasih kita kepada orang yang menjamu kita berbuka puasa, kita juga disunatkan untuk mendoakan mereka yang menjamu kita berbuka puasa dengan doa yang Nabi saw pernah ajar.

    #Menurut Anas bin Malik r.a, Nabi pernah datang ke rumah Sayidina Sa’ad bin ‘Ubadah r.a. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda saw lalu makan dan membaca:

    أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ
     
    "Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat" (HR Abu Daud, Ahmad dan an-Nasa’ie)

    ♡Contohilah mereka yang pemurah, suka berderma dan menjamu orang makan. Moga kita menjadi seorang yang dermawan. Aamiiin♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 8 Ramadhan 1445H☆ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183] #Dalam keadaan kita diwajibkan berpuasa, pada masa yang sama juga, kita dituntut untuk memperbanyakkan sedekah dan sentiasa menyantuni orang susah yang memerlukan seperti menjamu mereka berbuka puasa. #Diriwayatkan daripada Sayidina Salman al-Farisi r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ قَالَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَوْ تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka". Maka Rasulullah saw menjawab: "Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman" (Riwayat Ibn Khuzaimah) #Diriwayatkan bahawa Ibnu Shihab al-Zuhri, كان ابن شهاب الزهري إذا دخل رمضان قال: فإنما هو تلاوة القرآن، وإطعام الطعام. "Apabila tiba sahaja Ramadhan dia akan berkata: Ianya adalah bulan membaca al-Quran dan memberi orang makan" (Lihat: Lataif al-Maarif oleh Imam Ibn Rejab) #Daripada Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir berkata: "Maula perempuan Sayidina Abu Umamah r.a menceritakan kepadaku: Abu Umamah adalah orang yang suka bersedekah dan suka mengumpulkan sesuatu dan kemudian disedekahkannya. Dia tidak pernah menolak seorang pun yang meminta sesuatu kepadanya, walaupun dia hanya mampu untuk memberi hanya seulas bawang merah atau sebiji buah kurma atau sesuap makanan. Pada suatu hari datang seorang meminta kepadanya padahal ketika itu dia hanya mempunyai wang sebanyak 3 dinar. Orang itu tetap meminta juga, maka Abu Umamah pun memberikannya 1 dinar. Kemudian datang orang lain dan meminta bantuan daripadanya. Abu Umamah memberinya 1 dinar. Datang lagi seorang pengemis, Abu Umamah memberinya 1 dinar juga. (Lihat: Siyar A’lam Nubala) #Bagi orang yang dijamu makan, maka berdoalah untuk orang yang menjamu berbuka puasa itu. Ini sebagai tanda ingatan dan terima kasih kita kepada orang yang menjamu kita berbuka puasa, kita juga disunatkan untuk mendoakan mereka yang menjamu kita berbuka puasa dengan doa yang Nabi saw pernah ajar. #Menurut Anas bin Malik r.a, Nabi pernah datang ke rumah Sayidina Sa’ad bin ‘Ubadah r.a. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda saw lalu makan dan membaca: أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ   "Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat" (HR Abu Daud, Ahmad dan an-Nasa’ie) ♡Contohilah mereka yang pemurah, suka berderma dan menjamu orang makan. Moga kita menjadi seorang yang dermawan. Aamiiin♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 2372 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 18 Rejab 1445H☆

    وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا

    "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29]

    #Jangan sesekali tergolong dalam kalangan orang yang bakhil dan membazir harta. Jadilah insan yang pemurah yang ringan tangan dalam bersedekah, membantu orang yang memerlukan. Ini kerana, orang yang bakhil dan membazir adalah golongan yang terkeji serta dimurkai Allah swt. Sebaliknya orang yang pemurah sangat dicintai dan disayangi Allah swt.

    وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا

    “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu” [Surah al-Furqan 67]

    #Contohilah isteri baginda saw, Ummul Mukminin yang menunjukkan akhlak dan contoh yang baik serta kuat bersedekah dan istiqamah.

    #Sayidatina Aisyah r.ha pernah memuji Sayidatina Zainab binti Jahsy r.ha. Hal ini dapat dilihat menerusi riwayat daripada Sayidatina Aisyah r.ha, katanya:

    وَلَمْ أَرَ امْرَأَةً قَطُّ خَيْرًا فِي الدِّينِ مِنْ زَيْنَبَ. وَأَتْقَى لِلَّهِ. وَأَصْدَقَ حَدِيثًا. وَأَوْصَلَ لِلرَّحِمِ. وَأَعْظَمَ صَدَقَةً. وَأَشَدَّ ابْتِذَالًا لِنَفْسِهَا فِي الْعَمَلِ الَّذِي تَصَدَّقُ بِهِ، وَتَقَرَّبُ بِهِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى

    “Aku tidak pernah melihat seseorang wanita yang lebih baik urusan agamanya, paling bertakwa kepada Allah, paling benar bicaranya, paling banyak menyambung silaturrahim, paling banyak bersedekah, dan paling memberi komitmen terhadap dirinya dalam amalan bersedekah yang beliau laksanakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah swt selain Zainab” (HR Muslim)

    #Bukan itu sahaja, Rasulullah saw juga pernah memujinya kerana (rajin bersedekah di jalan Allah swt, sehingga beliau digelar sebagai ‘panjang tangan.’) Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Masruq, daripada Sayidatina Aisyah r.ha bahawa:

    أَنَّ بَعْضَ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قُلْنَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّنَا أَسْرَعُ بِكَ لُحُوقًا؟ قَالَ: «أَطْوَلُكُنَّ يَدًا»، فَأَخَذُوا قَصَبَةً يَذْرَعُونَهَا، فَكَانَتْ سَوْدَةُ أَطْوَلَهُنَّ يَدًا، فَعَلِمْنَا بَعْدُ أَنَّمَا كَانَتْ طُولَ يَدِهَا الصَّدَقَةُ، وَكَانَتْ أَسْرَعَنَا لُحُوقًا بِهِ وَكَانَتْ تُحِبُّ الصَّدَقَةَ

    “Sebahagian daripada isteri-isteri Nabi saw bertanya kepada Nabi saw: ‘Siapakah antara kami yang paling cepat menyusulmu (meninggal dunia)?’ Baginda saw menjawab:  ‘Orang yang paling panjang tangannya antara kamu.’ Lalu mereka mengambil sebatang kayu untuk mereka mengukurnya (tangan mereka). Maka Saudah ialah orang yang paling panjang tangannya dalam kalangan mereka. Setelah itu, kami mengetahui bahawa yang dimaksudkan dengan panjang tangan sebenarnya adalah sedekah dan sememangnya beliaulah yang paling cepat antara kami menyusul Baginda, dan beliau sangat gemar bersedekah" (HR al-Bukhari dan Muslim)

    #Sayidatina Aisyah berkata: “Orang yang paling panjang tangannya di antara kami ialah Zainab kerana beliau menggunakan tangannya untuk bekerja dan bersedekah.” (Lihat: al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah)

    #Sayidatina Zainab bin Jahsy r.ha merupakan isteri pertama yang wafat selepas kewafatan Baginda saw dan paling cepat menyusul Baginda saw. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah dan solat jenazahnya diimamkan oleh Sayidina Umar bin al-Khattab R.A. (Lihat: Siyar A‘lam al-Nubala')

    ♡Bersedekahlah, jangan sesekali bakhil dan membazir. Ikutilah sifat mulia orang soleh dahulu kala yang gemar bersedekah dan bahagia kehidupan mereka. Jom sedekah!!♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 18 Rejab 1445H☆ وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29] #Jangan sesekali tergolong dalam kalangan orang yang bakhil dan membazir harta. Jadilah insan yang pemurah yang ringan tangan dalam bersedekah, membantu orang yang memerlukan. Ini kerana, orang yang bakhil dan membazir adalah golongan yang terkeji serta dimurkai Allah swt. Sebaliknya orang yang pemurah sangat dicintai dan disayangi Allah swt. وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu” [Surah al-Furqan 67] #Contohilah isteri baginda saw, Ummul Mukminin yang menunjukkan akhlak dan contoh yang baik serta kuat bersedekah dan istiqamah. #Sayidatina Aisyah r.ha pernah memuji Sayidatina Zainab binti Jahsy r.ha. Hal ini dapat dilihat menerusi riwayat daripada Sayidatina Aisyah r.ha, katanya: وَلَمْ أَرَ امْرَأَةً قَطُّ خَيْرًا فِي الدِّينِ مِنْ زَيْنَبَ. وَأَتْقَى لِلَّهِ. وَأَصْدَقَ حَدِيثًا. وَأَوْصَلَ لِلرَّحِمِ. وَأَعْظَمَ صَدَقَةً. وَأَشَدَّ ابْتِذَالًا لِنَفْسِهَا فِي الْعَمَلِ الَّذِي تَصَدَّقُ بِهِ، وَتَقَرَّبُ بِهِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى “Aku tidak pernah melihat seseorang wanita yang lebih baik urusan agamanya, paling bertakwa kepada Allah, paling benar bicaranya, paling banyak menyambung silaturrahim, paling banyak bersedekah, dan paling memberi komitmen terhadap dirinya dalam amalan bersedekah yang beliau laksanakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah swt selain Zainab” (HR Muslim) #Bukan itu sahaja, Rasulullah saw juga pernah memujinya kerana (rajin bersedekah di jalan Allah swt, sehingga beliau digelar sebagai ‘panjang tangan.’) Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Masruq, daripada Sayidatina Aisyah r.ha bahawa: أَنَّ بَعْضَ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قُلْنَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّنَا أَسْرَعُ بِكَ لُحُوقًا؟ قَالَ: «أَطْوَلُكُنَّ يَدًا»، فَأَخَذُوا قَصَبَةً يَذْرَعُونَهَا، فَكَانَتْ سَوْدَةُ أَطْوَلَهُنَّ يَدًا، فَعَلِمْنَا بَعْدُ أَنَّمَا كَانَتْ طُولَ يَدِهَا الصَّدَقَةُ، وَكَانَتْ أَسْرَعَنَا لُحُوقًا بِهِ وَكَانَتْ تُحِبُّ الصَّدَقَةَ “Sebahagian daripada isteri-isteri Nabi saw bertanya kepada Nabi saw: ‘Siapakah antara kami yang paling cepat menyusulmu (meninggal dunia)?’ Baginda saw menjawab:  ‘Orang yang paling panjang tangannya antara kamu.’ Lalu mereka mengambil sebatang kayu untuk mereka mengukurnya (tangan mereka). Maka Saudah ialah orang yang paling panjang tangannya dalam kalangan mereka. Setelah itu, kami mengetahui bahawa yang dimaksudkan dengan panjang tangan sebenarnya adalah sedekah dan sememangnya beliaulah yang paling cepat antara kami menyusul Baginda, dan beliau sangat gemar bersedekah" (HR al-Bukhari dan Muslim) #Sayidatina Aisyah berkata: “Orang yang paling panjang tangannya di antara kami ialah Zainab kerana beliau menggunakan tangannya untuk bekerja dan bersedekah.” (Lihat: al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah) #Sayidatina Zainab bin Jahsy r.ha merupakan isteri pertama yang wafat selepas kewafatan Baginda saw dan paling cepat menyusul Baginda saw. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah dan solat jenazahnya diimamkan oleh Sayidina Umar bin al-Khattab R.A. (Lihat: Siyar A‘lam al-Nubala') ♡Bersedekahlah, jangan sesekali bakhil dan membazir. Ikutilah sifat mulia orang soleh dahulu kala yang gemar bersedekah dan bahagia kehidupan mereka. Jom sedekah!!♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 7031 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 15 Rejab 1445H☆

    قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

    "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9]

    #Sambungan lagi bicara berkaitan kemuliaan para ulamak dan penghormatan terhadap mereka.

    #Khalifah Umar bin Abdul Aziz di zaman belajarnya, beliau menuntut ilmu dengan beberapa ulamak besar dari kalangan sahabat Nabi yang hebat seperti Sayidina Ubadah bin as-Shomit, Sayidina Abdullah bin Umar bin al-Khattab. Beliau juga berguru dengan ulamak tabiin yang masyhur seperti Imam Said bin Musaiyib, Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah bin Mas'ud.

    #Beliau sangat menghormati dan menyanjungi semua gurunya. Beliau tersangat menyanjungi dan memuliakan gurunya Ubaidillah bin Abdilllah, belajar dariNya, beradab dengan akhlaknya dan begitu terkesan dengan Ubaidillah. Beliau pernah berkata:

    "Aku lebih suka berada dalam majlis ilmu Ubaidillah daripada diberikan kepadaku 1000 dinar" (Lihat: Umar bin Abdul Aziz, Abdullah Sattar Syeikh)

    #Katanya lagi: "Kalaulah Ubaidillah masih hidup, aku tidak akan mengeluarkan arahan melainkan setelah daku meminta pandangan darinya". *Ubaidillah pada waktu itu merupakan mufti di Madinah dan salah seorang daripada 7 ulamak fikah terkenal di Madinah. (Lihat: Siyar A'lam an-Nubala')

    #Ketika Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi gabenor di Thaif, beliau melantik 10 orang ulamak terhebat di Madinah untuk menjadi penasihat serta pembantunya. Beliau berkata kepada para ulamak ini:

    "Sesungguhnya aku memanggil kamu kerana satu tugas yang bergaji tetap. Ini bertujuan agar kamu menjadi pembantuku untuk menegakkan kebenaran. Aku tidak akan membuat apa-apa keputusan kecuali setelah mendengar pandangan daripada kamu semua" (Lihat: Suwar min hayat at-Tabiin)

    #Hebatnya pemimpin dahulu, mereka menjadi ulamak sebagai pembantu dan penasihat bahkan sentiasa memuliakan, menyanjungi dan menghormati mereka sebagai orang berilmu, alim ulamak dan penunjuk kebenaran.

    #Zaman kita hari ini, mufti menasihati dan menegur, mufti pula dikecam, ditegur menimbulkan polemik kepada masyarakat dan dipersalahkan serta mufti pula minta maaf kepada orang yang dinasihati. Lebih daripada itu, menteri/pemimpin pula mengeluarkan kenyataan bahawa SOP perlu diadakan sebelum mufti keluar sebarang kenyataan. Akhir zaman, mufti dan para alim ulamak pula yang dinasihati oleh pemimpin dan netizen, bukannya mereka yang menasihati pemimpin dan orang ramai. Pelik lagi ajaib.

    ♡Lihatlah pemimpin dan orang dulu yang menjadikan ulamak sebagai penasihat, penegur kesalahan dan pembetul kesilapan bukannya dijatuhkan martabat kedudukan ulamak. Contohilah mereka yang memuliakan ulamak, agar kita sentiasa diatas landasan kebenaran selamanya♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 15 Rejab 1445H☆ قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9] #Sambungan lagi bicara berkaitan kemuliaan para ulamak dan penghormatan terhadap mereka. #Khalifah Umar bin Abdul Aziz di zaman belajarnya, beliau menuntut ilmu dengan beberapa ulamak besar dari kalangan sahabat Nabi yang hebat seperti Sayidina Ubadah bin as-Shomit, Sayidina Abdullah bin Umar bin al-Khattab. Beliau juga berguru dengan ulamak tabiin yang masyhur seperti Imam Said bin Musaiyib, Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah bin Mas'ud. #Beliau sangat menghormati dan menyanjungi semua gurunya. Beliau tersangat menyanjungi dan memuliakan gurunya Ubaidillah bin Abdilllah, belajar dariNya, beradab dengan akhlaknya dan begitu terkesan dengan Ubaidillah. Beliau pernah berkata: "Aku lebih suka berada dalam majlis ilmu Ubaidillah daripada diberikan kepadaku 1000 dinar" (Lihat: Umar bin Abdul Aziz, Abdullah Sattar Syeikh) #Katanya lagi: "Kalaulah Ubaidillah masih hidup, aku tidak akan mengeluarkan arahan melainkan setelah daku meminta pandangan darinya". *Ubaidillah pada waktu itu merupakan mufti di Madinah dan salah seorang daripada 7 ulamak fikah terkenal di Madinah. (Lihat: Siyar A'lam an-Nubala') #Ketika Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi gabenor di Thaif, beliau melantik 10 orang ulamak terhebat di Madinah untuk menjadi penasihat serta pembantunya. Beliau berkata kepada para ulamak ini: "Sesungguhnya aku memanggil kamu kerana satu tugas yang bergaji tetap. Ini bertujuan agar kamu menjadi pembantuku untuk menegakkan kebenaran. Aku tidak akan membuat apa-apa keputusan kecuali setelah mendengar pandangan daripada kamu semua" (Lihat: Suwar min hayat at-Tabiin) #Hebatnya pemimpin dahulu, mereka menjadi ulamak sebagai pembantu dan penasihat bahkan sentiasa memuliakan, menyanjungi dan menghormati mereka sebagai orang berilmu, alim ulamak dan penunjuk kebenaran. #Zaman kita hari ini, mufti menasihati dan menegur, mufti pula dikecam, ditegur menimbulkan polemik kepada masyarakat dan dipersalahkan serta mufti pula minta maaf kepada orang yang dinasihati. Lebih daripada itu, menteri/pemimpin pula mengeluarkan kenyataan bahawa SOP perlu diadakan sebelum mufti keluar sebarang kenyataan. Akhir zaman, mufti dan para alim ulamak pula yang dinasihati oleh pemimpin dan netizen, bukannya mereka yang menasihati pemimpin dan orang ramai. Pelik lagi ajaib. ♡Lihatlah pemimpin dan orang dulu yang menjadikan ulamak sebagai penasihat, penegur kesalahan dan pembetul kesilapan bukannya dijatuhkan martabat kedudukan ulamak. Contohilah mereka yang memuliakan ulamak, agar kita sentiasa diatas landasan kebenaran selamanya♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 7488 Views