• PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan

    عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

    Daripada Aisyah Radliallahu 'anha berkata: Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadan". (Sahih Bukhari No: 1916) Dar Ibn Kathir.  Status: Hadis Sahih.

    Pengajaran:

    1.  Rasulullah SAW menyuruh beriktikaf pada 10 malam terakhir dari Ramadan untuk memburu lailatul Qadr.

    2.  Bersungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan untuk memperoleh lailatul Qadar yang ganjaran amalan pada malam tersebut lebih baik daripada 1000 bulan atau lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.

    لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣)

    "malam kemuliaan  (lailatul Qadr) itu lebih baik daripada seribu bulan" (al-Qadr: 3).

    3.  Sepatutnya kita tidak hanya memilih malam-malam tertentu untuk memburu lailatul Qadar kerana tidak ada satu tarikh yang tepat dan ia dirahsiakan untuk menjadi pendorong kepada kita mencarinya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

    4.  Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar.

    5.  Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah di masjid, tingkatkan tilawah al-Quran, perbanyakkan doa dan permohonan ampun kepada Allah.

    6.  Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan: Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jugalah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).

    7.  Marilah kita berazam bersungguh-sungguh untuk bertemu Lailatul Qadar. Bayangkan seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita dan mungkin ini peluang terakhir untuk bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini.

    Negara Rahmah Ummah Sejahtera

    #BangunkanJiwaTaqwa
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
    #PalestinMerdeka

    01hb April 2024
    21hb Ramadan 1445H

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ Daripada Aisyah Radliallahu 'anha berkata: Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadan". (Sahih Bukhari No: 1916) Dar Ibn Kathir.  Status: Hadis Sahih. Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW menyuruh beriktikaf pada 10 malam terakhir dari Ramadan untuk memburu lailatul Qadr. 2.  Bersungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan untuk memperoleh lailatul Qadar yang ganjaran amalan pada malam tersebut lebih baik daripada 1000 bulan atau lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣) "malam kemuliaan  (lailatul Qadr) itu lebih baik daripada seribu bulan" (al-Qadr: 3). 3.  Sepatutnya kita tidak hanya memilih malam-malam tertentu untuk memburu lailatul Qadar kerana tidak ada satu tarikh yang tepat dan ia dirahsiakan untuk menjadi pendorong kepada kita mencarinya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. 4.  Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar. 5.  Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah di masjid, tingkatkan tilawah al-Quran, perbanyakkan doa dan permohonan ampun kepada Allah. 6.  Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan: Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jugalah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159). 7.  Marilah kita berazam bersungguh-sungguh untuk bertemu Lailatul Qadar. Bayangkan seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita dan mungkin ini peluang terakhir untuk bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini. Negara Rahmah Ummah Sejahtera #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 01hb April 2024 21hb Ramadan 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    0 Comments 0 Shares 1817 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 20 Ramadhan 1445H☆

    لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

    "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

    #Rasulullah saw memberi beberapa isyarat kepada kita berkaitan malam al-Qadar ini. Antaranya, Baginda saw menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil dalam bulan Ramadhan.

    #Sayidina Jabir bin Samurah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

    الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا

    "Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad)

    #Dalam menentukan malam al-Qadar ini, antara pendapat yang paling kuat mengikut para ulamak bahawa malam itu berlaku pada malam 27 Ramadhan.

    #Hujah mereka amat banyak, antaranya:

    1. Mengikut Sayidina Abu Ka’ab r.a katanya: "Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam al-Qadar berada dalam bulan Ramadhan dan jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, beliau enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya".

    2. Daripada riwayat Sayidina Muawiyah r.a: "Bahawa Nabi saw telah bersabda bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27".

    3. Riwayat ini disokong oleh Sayidina Ibn Abbas r.a yang mengatakan bahawa surah al-Qadar mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu adalah dhamir (هِيَ) yang kembalinya kepada Lailatul Qadar.

    4. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sayidina Ibn Umar r.a: "Sesiapa yang mencari malam al-Qadar, hendaklah dia mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam al-Qadar pada malam yang ke-27".

    #Namun begitu, Imam as-Syafie berpendapat malam al-Qadar berlaku pada malam ke-21 Ramadhan berdalilkan hadis riwayat Sayidina Ibn Mas'ud. Terdapat juga pandangan Imam as-Syafie dan Imam Malik mengatakan berlaku pada malam 23 Ramadhan berdasarkan hadis daripada Sayidina Abdullah bin Unais r.a.

    #Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan berlaku pada malam ke 24 atau malam-malam terakhir Ramadhan.

    #Ketahuilah bahawa Allah swt merahsiakan malam al-Qadar supaya ia menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mencarinya. Disamping, supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari malam tersebut seperti disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat dan juga disembunyikan namanya yang agung daripada segala nama-nama yang Dia miliki.

    ♡Selamat beramal dan memburu lailatulqadar. Malam ni malam ke 21 Ramadhan, merupakan malam yang diharapkan lailatulqadar disisi Imam as-Syafi‘i. Jom qiam!!♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 20 Ramadhan 1445H☆ لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3] #Rasulullah saw memberi beberapa isyarat kepada kita berkaitan malam al-Qadar ini. Antaranya, Baginda saw menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil dalam bulan Ramadhan. #Sayidina Jabir bin Samurah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا "Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad) #Dalam menentukan malam al-Qadar ini, antara pendapat yang paling kuat mengikut para ulamak bahawa malam itu berlaku pada malam 27 Ramadhan. #Hujah mereka amat banyak, antaranya: 1. Mengikut Sayidina Abu Ka’ab r.a katanya: "Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam al-Qadar berada dalam bulan Ramadhan dan jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, beliau enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya". 2. Daripada riwayat Sayidina Muawiyah r.a: "Bahawa Nabi saw telah bersabda bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27". 3. Riwayat ini disokong oleh Sayidina Ibn Abbas r.a yang mengatakan bahawa surah al-Qadar mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu adalah dhamir (هِيَ) yang kembalinya kepada Lailatul Qadar. 4. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sayidina Ibn Umar r.a: "Sesiapa yang mencari malam al-Qadar, hendaklah dia mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam al-Qadar pada malam yang ke-27". #Namun begitu, Imam as-Syafie berpendapat malam al-Qadar berlaku pada malam ke-21 Ramadhan berdalilkan hadis riwayat Sayidina Ibn Mas'ud. Terdapat juga pandangan Imam as-Syafie dan Imam Malik mengatakan berlaku pada malam 23 Ramadhan berdasarkan hadis daripada Sayidina Abdullah bin Unais r.a. #Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan berlaku pada malam ke 24 atau malam-malam terakhir Ramadhan. #Ketahuilah bahawa Allah swt merahsiakan malam al-Qadar supaya ia menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mencarinya. Disamping, supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari malam tersebut seperti disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat dan juga disembunyikan namanya yang agung daripada segala nama-nama yang Dia miliki. ♡Selamat beramal dan memburu lailatulqadar. Malam ni malam ke 21 Ramadhan, merupakan malam yang diharapkan lailatulqadar disisi Imam as-Syafi‘i. Jom qiam!!♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 1734 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 14 Ramadhan 1445H☆

    قُمِ ٱلَّیۡلَ إِلَّا قَلِیلࣰا

    "Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)" [Surah al-Muzzammil 2]

    #Allah swt meminta hamba-hambaNya bangun beribadah pada waktu malam melibatkan sebahagian daripadanya, bukanlah sepanjang malam. Sebagai seorang mukmin maka sahutlah seruan Allah untuk bangun menghidupkan malam terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini.

    #Antara solat malam yang boleh ditunaikan ialah solat tahajud dan juga solat witir.

    #Solat sunat Tahajjud, solat ini dilaksanakan, selepas bangun dari tidur dan sebelum masuk waktu subuh. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji)

    #Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

    وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ؛ صَلَاةُ اللَّيْلِ

    "Sebaik-baik solat setelah solat fardhu ialah solat malam" (HR Muslim)

    #Imam Ibnu Rajab berkata: "Waktu tahajud di malam hari adalah sebaik-baik waktu pelaksanaan solat sunat. Ketika itu hamba semakin dekat dengan Tuhannya. Waktu tersebut adalah saat dibukakannya pintu langit dan terkabulnya doa. Saat itu juga adalah waktu untuk mengemukakan pelbagai hajat kepada Allah swt" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif)

    #Selain solat tahajud, kita juga boleh tunaikan solat sunat witir.

    #Daripada Sayidina Abu Ayyub r.a, katanya, Rasulullah saw bersabda:

    الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلاَثٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ

    "Solat Witir ialah syariat yang dituntut atas setiap orang Islam. Sesiapa hendak melakukannya 5 rakaat lakukanlah, sesiapa yang hendak melakukannya 3 rakaat lakukanlah, dan sesiapa hendak melakukannya 1 rakaat sahaja lakukanlah" (HR Abu Daud)

    #Pengarang kitab Fiqh al-Manhaji menyebutkan: "Sekurang-kurang sempurna solat Witir ialah tiga rakaat, iaitu melakukannya secara dua rakaat bersambung dan satu rakaat lagi berasingan. Sementara yang paling sempurna adalah melakukannya sebanyak sebelas rakaat dengan mengucap salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat".

    #Menurut mazhab Syafi‘i, kita disunatkan untuk solat sunat witir secara berjemaah di dalam bulan Ramadhan.

    #Sabda Nabi saw:

    مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ

    "Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah mendirikan solat witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah mendirikan solat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan yakni dihadiri oleh malaikat dan itulah yang paling baik (afdhal)" (HR Muslim)

    ♡Selamat menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat malam, solat tahajud, solat tasbih, solat taubat, solat hajat, solat witir dan solat sunat yang lain. Jom solat!!♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 14 Ramadhan 1445H☆ قُمِ ٱلَّیۡلَ إِلَّا قَلِیلࣰا "Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)" [Surah al-Muzzammil 2] #Allah swt meminta hamba-hambaNya bangun beribadah pada waktu malam melibatkan sebahagian daripadanya, bukanlah sepanjang malam. Sebagai seorang mukmin maka sahutlah seruan Allah untuk bangun menghidupkan malam terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini. #Antara solat malam yang boleh ditunaikan ialah solat tahajud dan juga solat witir. #Solat sunat Tahajjud, solat ini dilaksanakan, selepas bangun dari tidur dan sebelum masuk waktu subuh. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji) #Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda: وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ؛ صَلَاةُ اللَّيْلِ "Sebaik-baik solat setelah solat fardhu ialah solat malam" (HR Muslim) #Imam Ibnu Rajab berkata: "Waktu tahajud di malam hari adalah sebaik-baik waktu pelaksanaan solat sunat. Ketika itu hamba semakin dekat dengan Tuhannya. Waktu tersebut adalah saat dibukakannya pintu langit dan terkabulnya doa. Saat itu juga adalah waktu untuk mengemukakan pelbagai hajat kepada Allah swt" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif) #Selain solat tahajud, kita juga boleh tunaikan solat sunat witir. #Daripada Sayidina Abu Ayyub r.a, katanya, Rasulullah saw bersabda: الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلاَثٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ "Solat Witir ialah syariat yang dituntut atas setiap orang Islam. Sesiapa hendak melakukannya 5 rakaat lakukanlah, sesiapa yang hendak melakukannya 3 rakaat lakukanlah, dan sesiapa hendak melakukannya 1 rakaat sahaja lakukanlah" (HR Abu Daud) #Pengarang kitab Fiqh al-Manhaji menyebutkan: "Sekurang-kurang sempurna solat Witir ialah tiga rakaat, iaitu melakukannya secara dua rakaat bersambung dan satu rakaat lagi berasingan. Sementara yang paling sempurna adalah melakukannya sebanyak sebelas rakaat dengan mengucap salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat". #Menurut mazhab Syafi‘i, kita disunatkan untuk solat sunat witir secara berjemaah di dalam bulan Ramadhan. #Sabda Nabi saw: مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ "Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah mendirikan solat witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah mendirikan solat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan yakni dihadiri oleh malaikat dan itulah yang paling baik (afdhal)" (HR Muslim) ♡Selamat menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat malam, solat tahajud, solat tasbih, solat taubat, solat hajat, solat witir dan solat sunat yang lain. Jom solat!!♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 2222 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 9 Ramadhan 1445H☆

    شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

    "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
    [Surah al-Baqarah 185]

    #Bulan Ramadhan bulan digalakkan kita memperbanyakkan membaca dan mentadabbur al-Quran. Hal ini kerana al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan.

    #Berdasarkan ayat ini, Imam Ibn Kathir mentafsirkan bahawa Allah swt memuliakan bulan puasa (Ramadhan) berbanding bulan yang lain yang mana bulan tersebut terpilih sebagai bulan turunnya al-Quran berbanding bulan-bulan yang lain.

    #Telah dijelaskan lagi oleh Imam  Ibn Kathir dengan menukilkan riwayat Abu Jaafar al-Baqi:

    كَانَ ابْتِدَاءُ الْوَحْيِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلَّم يوم الِاثْنَيْنِ، لِسَبْعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ

    "Permulaan wahyu bagi Rasulullah SAW pada hari Isnin bersamaan malam 17 dari bulan Ramadan" (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah)

    #Sesiapa yang menghafal al-Quran, membaca al-Quran, mentadabbur al-Quran, menjadikan al-Quran sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan nescaya mereka beroleh kedudukan yang mulia disisi Allah dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.

    #Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, Rasulullah saw bersabda:

    مَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ حَافِظٌ لَهُ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَمَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ وَهُوَ يَتَعَاهَدُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَدِيدٌ فَلَهُ أَجْرَانِ

    “Perumpamaan orang membaca al-Quran sedangkan dia menghafalnya, maka ia akan bersama para Malaikat mulia. Sedangkan perumpamaan seorang yang membaca al-Quran dengan tekun, dan dia mengalami kesulitan atasnya, maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala" (HR al-Bukhari)

    #Daripada Sayidina Abu Mas’ud al-Badri, Sayidina ‘Uqbah Ibn Amru r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

    يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ

    "Yang layak menjadi imam di kalangan mereka adalah yang paling banyak hafazan dan bacaan kitab Allah" (HR Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah)

    #Daripada Sayidina Umar Ibn al-Khattab r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

    إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

    "Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran" (HR Muslim, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

    ♡Jom jadikan al-Quran sebagai bacaan harian kita, juga sebagai pedoman hidup kita. Apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup, kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat bimbingan daripada Allah swt. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 9 Ramadhan 1445H☆ شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185] #Bulan Ramadhan bulan digalakkan kita memperbanyakkan membaca dan mentadabbur al-Quran. Hal ini kerana al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan. #Berdasarkan ayat ini, Imam Ibn Kathir mentafsirkan bahawa Allah swt memuliakan bulan puasa (Ramadhan) berbanding bulan yang lain yang mana bulan tersebut terpilih sebagai bulan turunnya al-Quran berbanding bulan-bulan yang lain. #Telah dijelaskan lagi oleh Imam  Ibn Kathir dengan menukilkan riwayat Abu Jaafar al-Baqi: كَانَ ابْتِدَاءُ الْوَحْيِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلَّم يوم الِاثْنَيْنِ، لِسَبْعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ "Permulaan wahyu bagi Rasulullah SAW pada hari Isnin bersamaan malam 17 dari bulan Ramadan" (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah) #Sesiapa yang menghafal al-Quran, membaca al-Quran, mentadabbur al-Quran, menjadikan al-Quran sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan nescaya mereka beroleh kedudukan yang mulia disisi Allah dan sentiasa dalam rahmat Allah swt. #Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, Rasulullah saw bersabda: مَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ حَافِظٌ لَهُ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَمَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ وَهُوَ يَتَعَاهَدُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَدِيدٌ فَلَهُ أَجْرَانِ “Perumpamaan orang membaca al-Quran sedangkan dia menghafalnya, maka ia akan bersama para Malaikat mulia. Sedangkan perumpamaan seorang yang membaca al-Quran dengan tekun, dan dia mengalami kesulitan atasnya, maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala" (HR al-Bukhari) #Daripada Sayidina Abu Mas’ud al-Badri, Sayidina ‘Uqbah Ibn Amru r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda: يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ "Yang layak menjadi imam di kalangan mereka adalah yang paling banyak hafazan dan bacaan kitab Allah" (HR Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah) #Daripada Sayidina Umar Ibn al-Khattab r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda: إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ "Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran" (HR Muslim, Ibn Majah dan al-Daraqutni) ♡Jom jadikan al-Quran sebagai bacaan harian kita, juga sebagai pedoman hidup kita. Apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup, kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat bimbingan daripada Allah swt. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 1755 Views
  • PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Sahur Waktu Mustajab Berdoa

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

    Daripada Abu Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.” (HR Bukhari No: 1094) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

    Pengajaran:

    1.  Sepertiga akhir malam adalah waktu istimewa untuk ahli ibadah (sekitar jam 3 pagi hingga sebelum subuh).

    2.  Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) merupakan waktu mustajab doa (doa diperkenan).

    3.  Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) waktu Allah mengampunkan dosa kepada yang memohon keampunan.

    وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون

    Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon keampunan”  (Surah Az Zariyat ayat: 18)

    4.  Rugilah mereka yang bangun di penghujung malam hanya untuk makan sahur atau ke bilik air semata-mata.

    Rebutlah peluang waktu istimewa ini dengan solat sunat seperti tahajud  dan  berdoa serta memohon  keampunan daripada dosa.

    Jadikan ibadat Ramadan kali ini menyuburkan amalan kita bagi membangunkan jiwa taqwa.

    Negara Rahmah Ummah Sejahtera

    #BangunkanJiwaTaqwa
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
    #PalestinMerdeka

    20hb Mac 2024
    09hb Ramadan 1445H

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Sahur Waktu Mustajab Berdoa عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ Daripada Abu Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.” (HR Bukhari No: 1094) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Sepertiga akhir malam adalah waktu istimewa untuk ahli ibadah (sekitar jam 3 pagi hingga sebelum subuh). 2.  Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) merupakan waktu mustajab doa (doa diperkenan). 3.  Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) waktu Allah mengampunkan dosa kepada yang memohon keampunan. وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon keampunan”  (Surah Az Zariyat ayat: 18) 4.  Rugilah mereka yang bangun di penghujung malam hanya untuk makan sahur atau ke bilik air semata-mata. Rebutlah peluang waktu istimewa ini dengan solat sunat seperti tahajud  dan  berdoa serta memohon  keampunan daripada dosa. Jadikan ibadat Ramadan kali ini menyuburkan amalan kita bagi membangunkan jiwa taqwa. Negara Rahmah Ummah Sejahtera #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 20hb Mac 2024 09hb Ramadan 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 1006 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 8 Ramadhan 1445H☆

    یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

    "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

    #Dalam keadaan kita diwajibkan berpuasa, pada masa yang sama juga, kita dituntut untuk memperbanyakkan sedekah dan sentiasa menyantuni orang susah yang memerlukan seperti menjamu mereka berbuka puasa.

    #Diriwayatkan daripada Sayidina Salman al-Farisi r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

    مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ قَالَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَوْ تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ

    "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka". Maka Rasulullah saw menjawab: "Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman" (Riwayat Ibn Khuzaimah)

    #Diriwayatkan bahawa Ibnu Shihab al-Zuhri,

    كان ابن شهاب الزهري إذا دخل رمضان قال: فإنما هو تلاوة القرآن، وإطعام الطعام.

    "Apabila tiba sahaja Ramadhan dia akan berkata: Ianya adalah bulan membaca al-Quran dan memberi orang makan" (Lihat: Lataif al-Maarif oleh Imam Ibn Rejab)

    #Daripada Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir berkata: "Maula perempuan Sayidina Abu Umamah r.a menceritakan kepadaku: Abu Umamah adalah orang yang suka bersedekah dan suka mengumpulkan sesuatu dan kemudian disedekahkannya. Dia tidak pernah menolak seorang pun yang meminta sesuatu kepadanya, walaupun dia hanya mampu untuk memberi hanya seulas bawang merah atau sebiji buah kurma atau sesuap makanan. Pada suatu hari datang seorang meminta kepadanya padahal ketika itu dia hanya mempunyai wang sebanyak 3 dinar. Orang itu tetap meminta juga, maka Abu Umamah pun memberikannya 1 dinar. Kemudian datang orang lain dan meminta bantuan daripadanya. Abu Umamah memberinya 1 dinar. Datang lagi seorang pengemis, Abu Umamah memberinya 1 dinar juga. (Lihat: Siyar A’lam Nubala)

    #Bagi orang yang dijamu makan, maka berdoalah untuk orang yang menjamu berbuka puasa itu. Ini sebagai tanda ingatan dan terima kasih kita kepada orang yang menjamu kita berbuka puasa, kita juga disunatkan untuk mendoakan mereka yang menjamu kita berbuka puasa dengan doa yang Nabi saw pernah ajar.

    #Menurut Anas bin Malik r.a, Nabi pernah datang ke rumah Sayidina Sa’ad bin ‘Ubadah r.a. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda saw lalu makan dan membaca:

    أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ
     
    "Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat" (HR Abu Daud, Ahmad dan an-Nasa’ie)

    ♡Contohilah mereka yang pemurah, suka berderma dan menjamu orang makan. Moga kita menjadi seorang yang dermawan. Aamiiin♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 8 Ramadhan 1445H☆ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183] #Dalam keadaan kita diwajibkan berpuasa, pada masa yang sama juga, kita dituntut untuk memperbanyakkan sedekah dan sentiasa menyantuni orang susah yang memerlukan seperti menjamu mereka berbuka puasa. #Diriwayatkan daripada Sayidina Salman al-Farisi r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ قَالَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَوْ تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka". Maka Rasulullah saw menjawab: "Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman" (Riwayat Ibn Khuzaimah) #Diriwayatkan bahawa Ibnu Shihab al-Zuhri, كان ابن شهاب الزهري إذا دخل رمضان قال: فإنما هو تلاوة القرآن، وإطعام الطعام. "Apabila tiba sahaja Ramadhan dia akan berkata: Ianya adalah bulan membaca al-Quran dan memberi orang makan" (Lihat: Lataif al-Maarif oleh Imam Ibn Rejab) #Daripada Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir berkata: "Maula perempuan Sayidina Abu Umamah r.a menceritakan kepadaku: Abu Umamah adalah orang yang suka bersedekah dan suka mengumpulkan sesuatu dan kemudian disedekahkannya. Dia tidak pernah menolak seorang pun yang meminta sesuatu kepadanya, walaupun dia hanya mampu untuk memberi hanya seulas bawang merah atau sebiji buah kurma atau sesuap makanan. Pada suatu hari datang seorang meminta kepadanya padahal ketika itu dia hanya mempunyai wang sebanyak 3 dinar. Orang itu tetap meminta juga, maka Abu Umamah pun memberikannya 1 dinar. Kemudian datang orang lain dan meminta bantuan daripadanya. Abu Umamah memberinya 1 dinar. Datang lagi seorang pengemis, Abu Umamah memberinya 1 dinar juga. (Lihat: Siyar A’lam Nubala) #Bagi orang yang dijamu makan, maka berdoalah untuk orang yang menjamu berbuka puasa itu. Ini sebagai tanda ingatan dan terima kasih kita kepada orang yang menjamu kita berbuka puasa, kita juga disunatkan untuk mendoakan mereka yang menjamu kita berbuka puasa dengan doa yang Nabi saw pernah ajar. #Menurut Anas bin Malik r.a, Nabi pernah datang ke rumah Sayidina Sa’ad bin ‘Ubadah r.a. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda saw lalu makan dan membaca: أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ   "Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat" (HR Abu Daud, Ahmad dan an-Nasa’ie) ♡Contohilah mereka yang pemurah, suka berderma dan menjamu orang makan. Moga kita menjadi seorang yang dermawan. Aamiiin♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 2081 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 29 Syaaban 1445H☆

    یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

    "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

    #Sebentar tadi telah diisytiharkan permulaan ibadah puasa bagi umat Islam di Malaysia bermula pada hari Selasa atau 1 Ramadhan 1445H bersamaan 12 Mac 2024.

    #Ahlan wa sahlan ya Ramadhan (Selamat datang bulan Ramadhan). Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang beriman yang mengetahui kelebihan dan kemuliaan yang terdapat pada bulan ini.

    #Orang-orang yang beriman tidak akan mensia-siakan kelebihan yang terdapat di dalam penghulu segala bulan ini walaupun sesaat. Mereka membuat pelbagai pengisian rohani yang dapat meningkatkan darjat keimanan mereka di sisi Allah swt. Janji-janji Allah swt yang sangat hebat melalui lisan RasulNya, nabi Muhammad saw, menyebabkan berlaku kerugian yang teramat sangat bagi mereka tidak merebut peluang keemasan di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.

    #Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Apabila tibanya Ramadhan, Rasulullah saw menyampaikan berita gembira ini kepada para sahabat. Sabda Nabi saw:

    أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ، وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ. فَيْهِ لَيْلَةٌ أَبْوَابُ خَيْرٌ من ألف شهر. مَنْ حرمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حرم

    "Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang merupakan bulan yang diberkati. Allah telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitan-syaitan yang jahat. Pada bulan ini terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan malam itu, sesungguhnya dia telah terhalang (dari rahmat Allah)" (Sunan an-Nasa’ie)

    #Imam Ibnu Rajab menjelaskan bahwa hadis ini menjadi isyarat bagi umat Islam agar menyambut bulan Ramadhan dengan penuh sukacita dan kegembiraan.

    #Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari rahimahullah:" Hadis ini merupakan asas (dalil atau dasar) bagi ucapan tahniah yang menjadi budaya pada awal bulan-bulan yang diberkati" (Lihat: Mirqat al-Mafatiḥ)

    #Maka, sebahagian ulamak mengatakan bahawa harus bagi kita untuk mengucapkan tahniah atas kedatangan Ramadhan, satu nikmat baharu yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Rezeki bertemu dengan Ramadhan adalah anugerah yang tidak ternilai.

    #Disamping itu, Rasulullah saw juga memberi teladan kepada para umatnya agar berdoa di saat telah melihat hilal (anak bulan) Ramadhan.

    #Imam an-Nawawi dalam kitab al-Majmu' menyebut hadis yang berisi doa Nabi saw saat menyambut bulan Ramadhan.

    انَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلالَ قَالَ : " اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالإِيمَانِ وَالسَّلامَةِ وَالإِسْلامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

    Sesungguhnya Nabi saw ketika telah melihat hilal (Ramadhan), baginda berdoa:" Ya Allah jadikanlah hilal (bulan ini) bagi kami dengan membawa keberkatan, keimanan, keselamatan, dan keIslaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah" (HR at-Tirmizi)

    #Oleh kerana ganjaran begitu banyak menanti di bulan Ramadhan, menyebabkan kedatangannya dinanti-nanti oleh orang-orang yang soleh, maka janganlah kita lepaskan peluang keemasan di bulan Ramadhan yang bakal tiba yang belum pasti untuk kita nikmati pada tahun-tahun yang mendatang.

    ♡Jom susun jadual ibadat kita sebaik mungkin dan jangan dibiarkan ia berlalu begitu sahaja walaupun sesaat sepertimana telah berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 29 Syaaban 1445H☆ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183] #Sebentar tadi telah diisytiharkan permulaan ibadah puasa bagi umat Islam di Malaysia bermula pada hari Selasa atau 1 Ramadhan 1445H bersamaan 12 Mac 2024. #Ahlan wa sahlan ya Ramadhan (Selamat datang bulan Ramadhan). Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang beriman yang mengetahui kelebihan dan kemuliaan yang terdapat pada bulan ini. #Orang-orang yang beriman tidak akan mensia-siakan kelebihan yang terdapat di dalam penghulu segala bulan ini walaupun sesaat. Mereka membuat pelbagai pengisian rohani yang dapat meningkatkan darjat keimanan mereka di sisi Allah swt. Janji-janji Allah swt yang sangat hebat melalui lisan RasulNya, nabi Muhammad saw, menyebabkan berlaku kerugian yang teramat sangat bagi mereka tidak merebut peluang keemasan di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. #Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Apabila tibanya Ramadhan, Rasulullah saw menyampaikan berita gembira ini kepada para sahabat. Sabda Nabi saw: أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ، وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ. فَيْهِ لَيْلَةٌ أَبْوَابُ خَيْرٌ من ألف شهر. مَنْ حرمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حرم "Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang merupakan bulan yang diberkati. Allah telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitan-syaitan yang jahat. Pada bulan ini terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan malam itu, sesungguhnya dia telah terhalang (dari rahmat Allah)" (Sunan an-Nasa’ie) #Imam Ibnu Rajab menjelaskan bahwa hadis ini menjadi isyarat bagi umat Islam agar menyambut bulan Ramadhan dengan penuh sukacita dan kegembiraan. #Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari rahimahullah:" Hadis ini merupakan asas (dalil atau dasar) bagi ucapan tahniah yang menjadi budaya pada awal bulan-bulan yang diberkati" (Lihat: Mirqat al-Mafatiḥ) #Maka, sebahagian ulamak mengatakan bahawa harus bagi kita untuk mengucapkan tahniah atas kedatangan Ramadhan, satu nikmat baharu yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Rezeki bertemu dengan Ramadhan adalah anugerah yang tidak ternilai. #Disamping itu, Rasulullah saw juga memberi teladan kepada para umatnya agar berdoa di saat telah melihat hilal (anak bulan) Ramadhan. #Imam an-Nawawi dalam kitab al-Majmu' menyebut hadis yang berisi doa Nabi saw saat menyambut bulan Ramadhan. انَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلالَ قَالَ : " اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالإِيمَانِ وَالسَّلامَةِ وَالإِسْلامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ Sesungguhnya Nabi saw ketika telah melihat hilal (Ramadhan), baginda berdoa:" Ya Allah jadikanlah hilal (bulan ini) bagi kami dengan membawa keberkatan, keimanan, keselamatan, dan keIslaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah" (HR at-Tirmizi) #Oleh kerana ganjaran begitu banyak menanti di bulan Ramadhan, menyebabkan kedatangannya dinanti-nanti oleh orang-orang yang soleh, maka janganlah kita lepaskan peluang keemasan di bulan Ramadhan yang bakal tiba yang belum pasti untuk kita nikmati pada tahun-tahun yang mendatang. ♡Jom susun jadual ibadat kita sebaik mungkin dan jangan dibiarkan ia berlalu begitu sahaja walaupun sesaat sepertimana telah berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 2867 Views
  • Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini.

    Untuk selesa di alam kubur, amalkan 4 perkara ini:

    1 - Baca Al-Quran sebelum subuh

    Saat kita meninggalkan dunia yang fana ini, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Al-Quran yang dibaca sebelum subuh. Al-Quran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

    2 - Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

    Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau di dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Al-Quran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

    3 - Bangun solat Tahajud walau 2 rakaat

    Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat Tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat Tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang.

    4 - Amalkan membaca Sayyidul istighfar

    Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

    Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik. Aamiin..

    #mutiarahikmah
    #IslamForU
    Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini. Untuk selesa di alam kubur, amalkan 4 perkara ini: 1 - Baca Al-Quran sebelum subuh Saat kita meninggalkan dunia yang fana ini, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Al-Quran yang dibaca sebelum subuh. Al-Quran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat. 2 - Amalkan surah Al-Mulk setiap malam Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau di dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Al-Quran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya. 3 - Bangun solat Tahajud walau 2 rakaat Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat Tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat Tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. 4 - Amalkan membaca Sayyidul istighfar Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik. Aamiin.. #mutiarahikmah #IslamForU
    Like
    1
    1 Comments 0 Shares 2912 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 15 Syaaban 1445H☆

    كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

    "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216]

    #Dalam Islam, jihad bertujuan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia keseluruhannya agar terbela di atas prinsip keadilan yang telus. Jihad juga berperanan untuk memastikan ketinggian agama Allah swt supaya ia dapat disampaikan secara terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa pun.

    #Pengembelingan usaha sama ada dalam bentuk tenaga, wang ringgit, fikiran ataupun kepakaran malahan jiwa dan raga sekalipun adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga perkara yang tersebut diatas terbela dan tidak diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Kegigihan usaha dan pengorbanan yang dibuat oleh seseorang Muslim, masyarakat atau negara Islam untuk mewujudkan ketiga-tiga perkara tersebut diistilahkan sebagai jihad.

    #Sekiranya ketiga-tiga perkara di atas tergugat, maka usaha untuk mengembalikannya semula juga disebut sebagai jihad. Manakala orang-orang Islam yang terlibat dalam usaha tersebut dikenali sebagai Mujahid.

    #Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menulis di dalam sebuah bukunya dengan menyebut kata-kata daripada Imam Hassan al-Banna mengenai jihad iaitu:

    "Usaha kita dan jihad kita berfokus kepada dua paksi: prinsip (Islam) dan tanah air Islam".

    #Beliau iaitu Imam Hassan al-Banna telah menggabungkan kedua-dua perkara di atas kerana suatu ideologi itu hanya boleh ditegakkan di atas sebuah tanah air atau negara yang bebas dan berpegang kepada hukum-hakam Islam. Dengan negara Islam ini, Islam itu dapat hidup dan memandu ummah ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.

    #Oleh sebab itu, para fuqahak Islam telah bersepakat bahawa adalah merupakan tanggungjawab setiap orang Islam untuk mempertahankan setiap tanah yang dikuasai dan dijajah oleh golongan yang tidak beriman. Seterusnya, mereka menyatakan jihad tersebut adalah fardhu ain terhadap setiap muslim yang tinggal di tanah air tersebut manakala orang Islam yang lain wajib memberikan sokongan kepada mereka dari segi kewangan, senjata dan tentera serta sebarang kepakaran sebagaimana yang diperlukan untuk memastikan tanah air tersebut bebas daripada aktiviti kezaliman yang dilakukan oleh golongan penjajah yang tidak beriman.

    #Imam Hassan al-Banna juga menyatakan: "Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas bahu tiap-tiap muslim. Amanah ini adalah untuk menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran"

    ♡Jihad demi mewujudkan keadilan dan kedamaian serta menghapuskan kezaliman dan penindasan♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 15 Syaaban 1445H☆ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ  "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216] #Dalam Islam, jihad bertujuan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia keseluruhannya agar terbela di atas prinsip keadilan yang telus. Jihad juga berperanan untuk memastikan ketinggian agama Allah swt supaya ia dapat disampaikan secara terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa pun. #Pengembelingan usaha sama ada dalam bentuk tenaga, wang ringgit, fikiran ataupun kepakaran malahan jiwa dan raga sekalipun adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga perkara yang tersebut diatas terbela dan tidak diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Kegigihan usaha dan pengorbanan yang dibuat oleh seseorang Muslim, masyarakat atau negara Islam untuk mewujudkan ketiga-tiga perkara tersebut diistilahkan sebagai jihad. #Sekiranya ketiga-tiga perkara di atas tergugat, maka usaha untuk mengembalikannya semula juga disebut sebagai jihad. Manakala orang-orang Islam yang terlibat dalam usaha tersebut dikenali sebagai Mujahid. #Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menulis di dalam sebuah bukunya dengan menyebut kata-kata daripada Imam Hassan al-Banna mengenai jihad iaitu: "Usaha kita dan jihad kita berfokus kepada dua paksi: prinsip (Islam) dan tanah air Islam". #Beliau iaitu Imam Hassan al-Banna telah menggabungkan kedua-dua perkara di atas kerana suatu ideologi itu hanya boleh ditegakkan di atas sebuah tanah air atau negara yang bebas dan berpegang kepada hukum-hakam Islam. Dengan negara Islam ini, Islam itu dapat hidup dan memandu ummah ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat. #Oleh sebab itu, para fuqahak Islam telah bersepakat bahawa adalah merupakan tanggungjawab setiap orang Islam untuk mempertahankan setiap tanah yang dikuasai dan dijajah oleh golongan yang tidak beriman. Seterusnya, mereka menyatakan jihad tersebut adalah fardhu ain terhadap setiap muslim yang tinggal di tanah air tersebut manakala orang Islam yang lain wajib memberikan sokongan kepada mereka dari segi kewangan, senjata dan tentera serta sebarang kepakaran sebagaimana yang diperlukan untuk memastikan tanah air tersebut bebas daripada aktiviti kezaliman yang dilakukan oleh golongan penjajah yang tidak beriman. #Imam Hassan al-Banna juga menyatakan: "Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas bahu tiap-tiap muslim. Amanah ini adalah untuk menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran" ♡Jihad demi mewujudkan keadilan dan kedamaian serta menghapuskan kezaliman dan penindasan♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 4186 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 21 Rejab 1445H☆

    وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا

    "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29]

    #Sifat bakhil merupakan sifat mazmumah (tercela) yang dibenci oleh Allah swt. Orang yang bersifat bakhil tidak rela memberikan apa yang dimilikinya kepada orang lain.

    #Terdapat beberapa penderitaan yang bakal disesali orang yang bakhil:

    1. Dihalang daripada masuk syurga. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

    “Tidak akan masuk syurga orang yang bakhil, penipu, pengecut, dan tidak pula orang yang berperangai kasar” (HR Ahmad)

    2. Allah bakhil pada orang yang bakhil. Diriwayatkan daripada Sayidatina Asma’ binti Abu Bakar r.ha bahawa Rasulullah saw bersabda kepadanya:

    “Berinfaklah atau bersedekahlah! Dan janganlah kamu menahan sebahagian daripada hartamu, jika tidak, Allah akan menyempitkan rezekimu. Dan janganlah kamu bakhil, jika tidak, Allah akan bakhil terhadapmu” (HR Ahmad)

    3. Disenaraikan dalam golongan yang dibenci Allah swt. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

    “Sesungguhnya Allah mencintai tiga golongan dan membenci tiga golongan. Allah swt membenci lelaki tua yang berzina, orang fakir yang sombong dan orang berharta yang bakhil” (HR Ahmad)

    4. Didoakan kehancuran oleh malaikat. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

    “Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun dua malaikat kepadanya, lalu salah satunya berkata: "Ya Allah! Berikanlah ganti kepada sesiapa yang menafkahkan hartanya.” Sedangkan malaikat yang berikutnya berkata:" Ya Allah! Berikanlah kehancuran kepada orang yang menahan hartanya (bakhil)" (HR al-Bukhari)

    #Bagi sesiapa yang dikurniakan kelebihan harta, janganlah sesekali bersifat bakhil. Berkongsilah rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan, itu lebih besar ganjaran dan nikmatnya.

    ♡Orang yang bersifat bakhil adalah golongan yang mengingkari nikmat Allah swt. Mereka sengaja menyembunyikan nikmat yang Allah berikan kepada mereka serta menyekat tangan daripada bersedekah dan menderma♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 21 Rejab 1445H☆ وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29] #Sifat bakhil merupakan sifat mazmumah (tercela) yang dibenci oleh Allah swt. Orang yang bersifat bakhil tidak rela memberikan apa yang dimilikinya kepada orang lain. #Terdapat beberapa penderitaan yang bakal disesali orang yang bakhil: 1. Dihalang daripada masuk syurga. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang bakhil, penipu, pengecut, dan tidak pula orang yang berperangai kasar” (HR Ahmad) 2. Allah bakhil pada orang yang bakhil. Diriwayatkan daripada Sayidatina Asma’ binti Abu Bakar r.ha bahawa Rasulullah saw bersabda kepadanya: “Berinfaklah atau bersedekahlah! Dan janganlah kamu menahan sebahagian daripada hartamu, jika tidak, Allah akan menyempitkan rezekimu. Dan janganlah kamu bakhil, jika tidak, Allah akan bakhil terhadapmu” (HR Ahmad) 3. Disenaraikan dalam golongan yang dibenci Allah swt. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah mencintai tiga golongan dan membenci tiga golongan. Allah swt membenci lelaki tua yang berzina, orang fakir yang sombong dan orang berharta yang bakhil” (HR Ahmad) 4. Didoakan kehancuran oleh malaikat. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun dua malaikat kepadanya, lalu salah satunya berkata: "Ya Allah! Berikanlah ganti kepada sesiapa yang menafkahkan hartanya.” Sedangkan malaikat yang berikutnya berkata:" Ya Allah! Berikanlah kehancuran kepada orang yang menahan hartanya (bakhil)" (HR al-Bukhari) #Bagi sesiapa yang dikurniakan kelebihan harta, janganlah sesekali bersifat bakhil. Berkongsilah rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan, itu lebih besar ganjaran dan nikmatnya. ♡Orang yang bersifat bakhil adalah golongan yang mengingkari nikmat Allah swt. Mereka sengaja menyembunyikan nikmat yang Allah berikan kepada mereka serta menyekat tangan daripada bersedekah dan menderma♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 5778 Views
  • SEJARAH RASULULLAH SAW :


    Nabi Muhammad SAW
    Pemimpin politik Arab dan
    Pengasas Islam

    Nabi Muhammad bin Abdullah
    (570 M - 8 Jun 632 M)
    Baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam.
    Nabi Muhammad SAW dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan nabi-nabi yang terdahulu.

    Nabi Muhammad Bin Abdullāh
    KELAHIRAN :
    12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 571)
    Mekkah, Semenanjung Arab
    (kini Arab Saudi)

    WAFATNYA RASULULLAH SAW :
    8 Jun 632
    Madinah, Semenanjung Arab
    (kini Arab Saudi)

    SEBAB KEWAFATAN :
    Sakit (demam panas)

    RASULULLAH SAW DIKEBUMIKAN :
    Makam di Masjid Nabawi, Madinah.

    NAMA-NAMA LAIN RASULULLAH SAW :
    1. Al-Amin,
    2. As-Saadiq,
    3. RASUL Allāh
    4. Abu al-Qasim dan ada banyak lagi sebenarnya 201.

    UMUR PASANGAN RASULULLAH SAW
    KETIKA BERNIKAH :
    1. Khadijah binti Khuwailid
    40 Tahun (555-619).

    2. Saudah binti Zam'ah
    50 Tahun (619-632).

    3. Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq
    9 tahun (619-632).

    4. Hafsah binti Umar Al-Khattab
    19 Tahun (624-632).

    5. Zainab binti Khuzaimah
    29 Tahun (625-627).

    6. Zainab binti Jansyin
    35 Tahun (627-632).

    7. Juwairiah binti Al-Harith
    19 Tahun (628-632).

    8. Ramlah binti Abu Sufian
    32 Tahun (628-632).

    9. Hindun binti Abi Umaiyah
    28 Tahun (629-632).

    10. Raihanah binti Zaid
    (629-631)

    11. Safiyah binti Huyay
    16 Tahun (629-632).

    12. Maimunah binti Al-Harith
    25 Tahun (630-632).

    13. Mariyah al-Qibthiyah
    (630-632).

    IBU BAPA RASULULLAH SAW :
    AYAH : Abdullah bin Abdul Muttalib
    IBU : Āminah bt Wahab


    SEJARAH RINGKAS :

    DILAHIRKAN DI MAKKAH DAN DIJAGA :
    Semenanjung Arab,
    Baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh
    1. datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan 2. seterusnya bapa saudara baginda,
    Abu Talib bin Abdul Muttalib.

    Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun).

    Keluarga baginda mengamalkan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Isa AS daripada Allah SWT.


    WAHYU PERTAMA :
    Ketika Nabi Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril (malaikat yang sama menyampaikan wahyu Allah SWT kepada 5 orang Rasul Ulul Azmi) ketika sedang berada di Gua Hira.


    BERDAKWAH :
    Tiga tahun setelah kejadian itu,
    baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan
    "Tuhan itu Esa"
    dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT
    (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين ad-Din) yang diterima Allah SWT sahaja.

    Nabi Muhammad SAW menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan.

    Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim.
    Oleh itu, Nabi Muhammad SAW telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M


    HIJRAH :
    sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah Hijrah ke Madinah
    (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M.

    Peristiwa penghijrahan Baginda itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah.

    Di Madinah, Baginda telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah.


    KEMBALI KE MEKKAH SEMULA :
    Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun,
    Baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta membukanya.
    Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.

    KEWAFATAN RASULULLAH SAW :
    Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas Haji Wida atau Haji Perpisahan,
    Nabi Muhammad SAW telah jatuh sakit
    lalu wafat.

    Ketika kematian Baginda,
    hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan utuhnya
    (6 Mei 570M atau pun 20 April/26 April 571M).


    KETURUNAN IBU DAN AYAH
    RASULULLAH SAW :
    Ibu Baginda,
    iaitu Aminah binti Wahab,
    adalah anak perempuan kepada
    Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah.

    Ayah Baginda,
    iaitu Abdullah,
    ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya dikatakan bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

    Ayah Baginda telah meninggal sebelum kelahiran Baginda.
    Sementara ibu Baginda meninggal ketika Baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu.


    IBU SUSUAN RASULULLAH SAW :
    Menurut tradisi keluarga atasan Mekkah, Baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat

    IBU SUSU :
    wanita yang menyusukan baginda yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun.

    RASULULLAH SAW DI JAGA :
    Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibu Baginda Aminah binti Wahab.

    Setelah ibu Baginda wafat,
    Baginda dijaga oleh
    datuknya, Abdul Muthalib.

    Apabila datuknya meninggal,
    Baginda dijaga oleh bapa saudara Baginda, Abu Talib.

    Ketika inilah Baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudara Baginda di sekitar Mekkah dan kerap menemani bapa saudara Baginda dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).


    MASA REMAJA RASULULLAH SAW :
    Dalam masa remaja Baginda,
    Nabi Muhammad SAW percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah SWT.

    Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak.
    Baginda mengamalkan ajaran-ajaran Nabi-Nabi terdahulu terutamanya
    Nabi Isa Al-Masih.

    YANG RASULULLAH SAW SAYANG :
    Baginda menyayangi
    1. orang-orang miskin,
    2. para janda dan
    3. anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka.

    Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain,
    sehingga Baginda dikenali sebagai
    As Saadiq (yang benar) dan
    Al Amin (yang amanah).

    Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekkah.


    BAGINDA BERUMAHTANGGA :
    Ketika berusia kira-kira 25 tahun,
    ayah saudara Baginda menyarankan Baginda untuk bekerja dengan kafilah
    (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria).
    Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.

    ISTERI DAN ANAK RASULULLAH SAW PERTAMA:
    Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini Baginda.
    Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia.

    Mereka dikurniakan 6 orang anak
    (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka,
    Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil.
    Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra.

    Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada
    usia 64 tahun.


    ANAK RASULULLAH SAW DENGAN
    MARIA AL-QIBTIYYAH :
    Seorang lagi anak Baginda adalah hasil perkahwinan Baginda dengan
    Maria al-Qibtiyyah.
    Putera Baginda bersama Maria bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai "Ummul Mukminin" yang bermaksud
    "ibu orang-orang beriman".

    BAPA DAN IBU SAUDARA
    NABI MUHAMMAD SAW :
    Al-Harith bin Abdul Muttalib
    Muqaddam bin Abdul Muttalib
    Zubair bin Abdul Muttalib
    Hamzah bin Abdul Muttalib
    Al-Abbas bin Abdul Muttalib
    Abu Thalib bin Abdul Muttalib
    Abu Lahab bin Abdul Muttalib
    Abdul Kaabah bin Abdul Muttalib
    Hijin bin Abdul Muttalib
    Dhirar bin Abdul Muttalib
    Ghaidaq bin Abdul Muttalib
    Safiyah binti Abdul Muttalib
    'Atikah binti Abdul Muttalib
    Arwa binti Abdul Muttalib
    Umaimah binti Abdul Muttalib
    Barrah binti Abdul Muttalib
    Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muttalib
    Hashim bin Abdu'Manan


    KERASULAN :
    Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah.
    Ia sungguh menyedihkan hati Baginda sehingga Baginda kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah,
    yang kemudian dikenali sebagai
    Jabal al-Nour,
    untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya.

    Di sinilah Baginda sering bertapa serta berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah SWT supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.


    WAHYU PERTAMA :
    Pada suatu malam hari Isnin 21 Ramadan (bersamaan 10 Ogos 610),
    ketika Baginda sedang bertafakur
    di Gua Hira,

    Malaikat Jibril mendatangi Baginda.
    Jibril membangkitkan Baginda dan menyampaikan wahyu Allah SWT
    di telinganya.
    Baginda diminta membaca.

    Baginda menjawab,
    "Saya tidak tahu membaca".

    Jibril mengulangi tiga kali meminta
    Nabi Muhammad SAW untuk membaca tetapi jawapan Baginda tetap sama.

    Baginda menjawab,
    "Saya tidak tahu membaca".

    Akhirnya, Jibril berkata :
    "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah.
    Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah
    yang mengajar manusia dengan perantaraan
    (menulis, membaca).
    Dia mengajarkan kepada manusia
    apa yang tidak diketahuinya."

    Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW.
    Ketika itu baginda berusia 40 tahun setengah.


    WAHYU TURUN SELAMA 23 TAHUN :
    Wahyu itu turun kepada Baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa
    23 tahun.

    Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan kepada
    Nabi Muhammad SAW dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan).


    AL-QURAN DAN AL SUNNAH :
    Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai
    erti yang jelas.
    Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh
    Nabi Muhammad SAW sendiri melalui percakapan Baginda,
    tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah.

    Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah SWT.


    BERDAKWAH :
    Marhalah dakwah baginda boleh dibahagikan mengikut fasa:

    Fasa di Makkah: hampir 13 tahun
    Dakwah rahsia: 3 tahun
    Dakwah terbuka di Makkah: hampir 7 tahun
    Dakwah kepada semua: 3 tahun
    Fasa Madinah: 10 tahun

    Perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW juga boleh diringkaskan sebagai berikut :

    Pertama:
    Marhalah Tasqif -
    tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.

    Kedua:
    Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah -
    tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai panduan utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

    Ketiga:
    Marhalah Istilamil Hukmi -
    tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.

    didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Nabi Muhammad SAW
    Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan oleh Baginda kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting :

    Pertama :
    untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.

    Kedua :
    untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

    CABARAN BERDAKWAH :
    Apabila Nabi Muhammad SAW menyeru manusia ke jalan Allah SWT,
    tidak ramai yang mendengar seruannya.

    Kebanyakkan pengikut Baginda adalah dari anggota keluarga Baginda dan dari golongan masyarakat bawahan,
    Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zaid dan Bilal.

    Apabila Baginda memperhebatkan kegiatan dakwah Baginda dengan mengumumkan secara terbuka
    Agama Islam yang disebarkan Baginda, dengan itu ramai yang mengikut Baginda.

    Tetapi pada masa, Baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam.
    Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.

    Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut Agama Islam.

    Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.

    Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekkah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan.

    Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya.
    Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya.
    Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.

    HIJRAH :
    Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s.
    beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah SWT.
    Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah SWT.

    Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama.
    Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan.
    Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini.

    Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam.
    Antara mereka yang tertarik dengan seruan Baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib (Madinah).

    Mereka menemui Baginda dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi.

    Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam,
    Nabi Muhammad SAW dan orang-orang Islam Mekkah.

    Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Nabi Muhammad di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib,
    pakcik Baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu.
    Mereka mengundang Baginda dan orang-orang Islam Mekkah untuk berhijrah ke Yathrib.

    Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seAgama.
    Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Nabi Muhammad SAW untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekkah di bandar mereka.
    Nabi Muhammad SAW akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.


    HIJRAH KE MADINAH (YATHRIB) :
    Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekkah cuba menghalang mereka.
    Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib.
    Masyarakat jahiliyah Mekkah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan Agama mereka ke daerah-daerah yang lain.

    Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali
    Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah.


    RANCANGAN MEMBUNUH
    RASULULLAH SAW :
    Masyarakat Mekkah kemudian memutuskan untuk membunuh Baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur,
    Nabi Muhammad SAW akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah SAW'.


    MADINAH :
    Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Baginda umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah.

    Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam.

    Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah.
    Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam.
    Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.


    PEMBUKAAN KOTA MAKKAH :
    Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku,
    Nabi Muhammad SAW berlepas ke Makkah.

    Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat.
    Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat.
    Nabi Muhammad SAW kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.


    MENELADANI PERBUATAN
    NABI MUHAMMAD SAW :
    Perbuatan-perbuatan yang dilakukan
    Nabi Muhammad SAW dibagi menjadi dua cara.
    Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara Fitriah, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah.

    Perbuatan-perbuatan jibiliyah,
    seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi
    Nabi Muhammad SAW maupun bagi umatnya.
    Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).

    Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi
    Nabi Muhammad SAW, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram);
    atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi Baginda.


    KHUSUS BAGI RASULULLAH SAW :
    Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Nabi Muhammad SAW,
    seperti dibolehkan Baginda melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan Baginda;
    maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikuti Baginda.

    Sebab,
    perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi Baginda berdasarkan Ijmak Sahabat.
    Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani Baginda dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.

    Akan halnya dengan perbuatan Baginda yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil.
    Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti

    RASULULLAH SAW BERSABDA :
    “ Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat ”.

    RASULULLAH SAW BERSABDA
    " Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan) ".

    Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan Baginda merupakan penjelas,
    agar kita mengikutinya.

    Penjelasan Baginda boleh juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/perbuatan yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas,

    ALLAH SWT BERFIRMAN :
    " Maka potonglah tangan keduanya ."
    (SURAH AL-MAIDAH : 38)

    Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Baginda, baik berupa ucapan maupun perbuatan yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu
    wajib,
    haram,
    mandub(sunat) atau
    mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.

    Sedangkan perbuatan-perbuatan Baginda yang tidak terdapat di dalamnya perbuatan yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas,
    bukan penolakan dan bukan pula ketetapan.
    Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub
    (mendekatkan diri kepada Allah SWT)
    atau tidak.
    Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah SWT
    maka perbuatan itu termasuk mandub (sunat),
    di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya.

    Misalnya Solat Duha.
    Sedangkan jika tidak terdapat di
    dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk
    mubah (harus).

    PESANAN TERAKHIR MUHAMMAD
    (ISI KHUTBAH TERAKHIR MUHAMMAD) :
    Ketika Nabi Muhammad SAW
    mengerjakan ibadah haji yang terakhir,
    maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah
    di Lembah Uranah, Bukit Arafah,
    Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin,
    di antara isi dari khutbah terakhir
    Nabi Muhammad SAW itu ialah:

    " Wahai manusia,
    dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

    Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

    1. "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

    2. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

    3. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

    4. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan DIA pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

    5. Allah SWT telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

    6. "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
    syaitan telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
    maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

    7. "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu,
    mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu,
    maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.
    Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
    Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

    8. "Wahai manusia,
    dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
    sembahlah Allah SWT,
    dirikanlah solat lima waktu,
    berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.
    Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

    9. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
    Kamu semua adalah sama;
    tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

    10. "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah SWT pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.
    Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

    11. "Wahai manusia,
    tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir Agama baru.

    Oleh itu wahai manusia.
    Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

    Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
    Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

    12. "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
    Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.

    Saksikanlah Ya Allah,
    bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."


    RINGKASAN PERKEMBANGAN ISLAM :
    570M-
    Nabi Muhammad SAW dilahirkan.

    610M-
    Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira'.

    615M-
    Orang Muslim didera oleh puak Quraish.
    Hijrah pertama ke Habsyah.

    616M-
    Sayidina Hamzah dan
    Saidina Umar memeluk Islam.
    Hijrah kedua ke Habsyah.

    619M-
    Khadijah ra (isteri Baginda) dan
    Abu Talib (bapa saudara Baginda)
    meninggal dunia.
    Melawat Taif.
    Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.

    621M-
    Baiat Aqabah 1.

    622M-
    Baiat Aqabah 2.
    Hijrah ke Madinah.
    Daulah Islamiyah dibina.

    624M-
    Perang Badar.

    625M-
    Perang Uhud.

    627M-
    Perang Ahzab.

    628M-
    Perjanjian Hudaibiyah.

    629M-
    Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine,
    Baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah.

    630M-
    Pembukaan Makkah.
    Perang Hunain.

    631M-
    Perang Tabuk.

    632M-
    Kewafatan RASULULLAH SAW,
    perlantikan Syaidina Abu Bakar sebagai khalifah.


    KEWAFATAN SAHABAT
    RASULULLAH SAW :

    1. Ali bin Abi Thalib
    lahir di Makkah
    Wafat 40 H

    2. Hasan bin Ali
    lahir di Madinah
    Wafat 50 H

    3. Husain bin Ali
    lahir di Madinah
    Wafat 61 H

    4. Ali bin Husain
    lahir di Madinah
    Wafat 95 H

    5. Muhammad al-Baqir
    lahir di Madinah
    Wafat 114

    6. Ja’far ash-Shadiq
    lahir di Madinah
    Wafat 148

    7. Musa al-Kadzim
    lahir di Madinah
    Wafat 183 H

    8. Ali ar-Ridha
    lahir di Madinah
    Wafat 203 H

    9. Muhammad al-Jawad
    lahir di Madinah
    Wafat 220 H

    10. Ali al-Hadi
    lahir di Madinah
    Wafat 254 H

    11. Hasan al-Asykari
    lahir di Madinah
    Wafat 260 H

    12. Muhammad bin al-Asykari
    Samarra, Irak
    Lahir 255 H atau 868 M
    SEJARAH RASULULLAH SAW : Nabi Muhammad SAW Pemimpin politik Arab dan Pengasas Islam Nabi Muhammad bin Abdullah (570 M - 8 Jun 632 M) Baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam. Nabi Muhammad SAW dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan nabi-nabi yang terdahulu. Nabi Muhammad Bin Abdullāh KELAHIRAN : 12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 571) Mekkah, Semenanjung Arab (kini Arab Saudi) WAFATNYA RASULULLAH SAW : 8 Jun 632 Madinah, Semenanjung Arab (kini Arab Saudi) SEBAB KEWAFATAN : Sakit (demam panas) RASULULLAH SAW DIKEBUMIKAN : Makam di Masjid Nabawi, Madinah. NAMA-NAMA LAIN RASULULLAH SAW : 1. Al-Amin, 2. As-Saadiq, 3. RASUL Allāh 4. Abu al-Qasim dan ada banyak lagi sebenarnya 201. UMUR PASANGAN RASULULLAH SAW KETIKA BERNIKAH : 1. Khadijah binti Khuwailid 40 Tahun (555-619). 2. Saudah binti Zam'ah 50 Tahun (619-632). 3. Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq 9 tahun (619-632). 4. Hafsah binti Umar Al-Khattab 19 Tahun (624-632). 5. Zainab binti Khuzaimah 29 Tahun (625-627). 6. Zainab binti Jansyin 35 Tahun (627-632). 7. Juwairiah binti Al-Harith 19 Tahun (628-632). 8. Ramlah binti Abu Sufian 32 Tahun (628-632). 9. Hindun binti Abi Umaiyah 28 Tahun (629-632). 10. Raihanah binti Zaid (629-631) 11. Safiyah binti Huyay 16 Tahun (629-632). 12. Maimunah binti Al-Harith 25 Tahun (630-632). 13. Mariyah al-Qibthiyah (630-632). IBU BAPA RASULULLAH SAW : AYAH : Abdullah bin Abdul Muttalib IBU : Āminah bt Wahab SEJARAH RINGKAS : DILAHIRKAN DI MAKKAH DAN DIJAGA : Semenanjung Arab, Baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh 1. datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan 2. seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Keluarga baginda mengamalkan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Isa AS daripada Allah SWT. WAHYU PERTAMA : Ketika Nabi Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril (malaikat yang sama menyampaikan wahyu Allah SWT kepada 5 orang Rasul Ulul Azmi) ketika sedang berada di Gua Hira. BERDAKWAH : Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين ad-Din) yang diterima Allah SWT sahaja. Nabi Muhammad SAW menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M HIJRAH : sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah Hijrah ke Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Baginda itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Baginda telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. KEMBALI KE MEKKAH SEMULA : Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, Baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta membukanya. Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah. KEWAFATAN RASULULLAH SAW : Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas Haji Wida atau Haji Perpisahan, Nabi Muhammad SAW telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematian Baginda, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan utuhnya (6 Mei 570M atau pun 20 April/26 April 571M). KETURUNAN IBU DAN AYAH RASULULLAH SAW : Ibu Baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayah Baginda, iaitu Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya dikatakan bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh. Ayah Baginda telah meninggal sebelum kelahiran Baginda. Sementara ibu Baginda meninggal ketika Baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. IBU SUSUAN RASULULLAH SAW : Menurut tradisi keluarga atasan Mekkah, Baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat IBU SUSU : wanita yang menyusukan baginda yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. RASULULLAH SAW DI JAGA : Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibu Baginda Aminah binti Wahab. Setelah ibu Baginda wafat, Baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, Baginda dijaga oleh bapa saudara Baginda, Abu Talib. Ketika inilah Baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudara Baginda di sekitar Mekkah dan kerap menemani bapa saudara Baginda dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria). MASA REMAJA RASULULLAH SAW : Dalam masa remaja Baginda, Nabi Muhammad SAW percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah SWT. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda mengamalkan ajaran-ajaran Nabi-Nabi terdahulu terutamanya Nabi Isa Al-Masih. YANG RASULULLAH SAW SAYANG : Baginda menyayangi 1. orang-orang miskin, 2. para janda dan 3. anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga Baginda dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekkah. BAGINDA BERUMAHTANGGA : Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara Baginda menyarankan Baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa. ISTERI DAN ANAK RASULULLAH SAW PERTAMA: Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini Baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. ANAK RASULULLAH SAW DENGAN MARIA AL-QIBTIYYAH : Seorang lagi anak Baginda adalah hasil perkahwinan Baginda dengan Maria al-Qibtiyyah. Putera Baginda bersama Maria bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai "Ummul Mukminin" yang bermaksud "ibu orang-orang beriman". BAPA DAN IBU SAUDARA NABI MUHAMMAD SAW : Al-Harith bin Abdul Muttalib Muqaddam bin Abdul Muttalib Zubair bin Abdul Muttalib Hamzah bin Abdul Muttalib Al-Abbas bin Abdul Muttalib Abu Thalib bin Abdul Muttalib Abu Lahab bin Abdul Muttalib Abdul Kaabah bin Abdul Muttalib Hijin bin Abdul Muttalib Dhirar bin Abdul Muttalib Ghaidaq bin Abdul Muttalib Safiyah binti Abdul Muttalib 'Atikah binti Abdul Muttalib Arwa binti Abdul Muttalib Umaimah binti Abdul Muttalib Barrah binti Abdul Muttalib Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muttalib Hashim bin Abdu'Manan KERASULAN : Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hati Baginda sehingga Baginda kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebagai Jabal al-Nour, untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah Baginda sering bertapa serta berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah SWT supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa. WAHYU PERTAMA : Pada suatu malam hari Isnin 21 Ramadan (bersamaan 10 Ogos 610), ketika Baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Baginda. Jibril membangkitkan Baginda dan menyampaikan wahyu Allah SWT di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Nabi Muhammad SAW untuk membaca tetapi jawapan Baginda tetap sama. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Akhirnya, Jibril berkata : "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW. Ketika itu baginda berusia 40 tahun setengah. WAHYU TURUN SELAMA 23 TAHUN : Wahyu itu turun kepada Baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). AL-QURAN DAN AL SUNNAH : Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Nabi Muhammad SAW sendiri melalui percakapan Baginda, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah SWT. BERDAKWAH : Marhalah dakwah baginda boleh dibahagikan mengikut fasa: Fasa di Makkah: hampir 13 tahun Dakwah rahsia: 3 tahun Dakwah terbuka di Makkah: hampir 7 tahun Dakwah kepada semua: 3 tahun Fasa Madinah: 10 tahun Perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW juga boleh diringkaskan sebagai berikut : Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan. Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai panduan utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat. Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia. didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Nabi Muhammad SAW Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan oleh Baginda kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting : Pertama : untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung. Kedua : untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat. CABARAN BERDAKWAH : Apabila Nabi Muhammad SAW menyeru manusia ke jalan Allah SWT, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut Baginda adalah dari anggota keluarga Baginda dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zaid dan Bilal. Apabila Baginda memperhebatkan kegiatan dakwah Baginda dengan mengumumkan secara terbuka Agama Islam yang disebarkan Baginda, dengan itu ramai yang mengikut Baginda. Tetapi pada masa, Baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka. Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut Agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi. Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekkah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah. HIJRAH : Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah SWT. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah SWT. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan Baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib (Madinah). Mereka menemui Baginda dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Nabi Muhammad SAW dan orang-orang Islam Mekkah. Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Nabi Muhammad di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik Baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang Baginda dan orang-orang Islam Mekkah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seAgama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Nabi Muhammad SAW untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekkah di bandar mereka. Nabi Muhammad SAW akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu. HIJRAH KE MADINAH (YATHRIB) : Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekkah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekkah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan Agama mereka ke daerah-daerah yang lain. Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. RANCANGAN MEMBUNUH RASULULLAH SAW : Masyarakat Mekkah kemudian memutuskan untuk membunuh Baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Nabi Muhammad SAW akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah SAW'. MADINAH : Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Baginda umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli. PEMBUKAAN KOTA MAKKAH : Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad SAW berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad SAW kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan. MENELADANI PERBUATAN NABI MUHAMMAD SAW : Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Nabi Muhammad SAW dibagi menjadi dua cara. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara Fitriah, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Nabi Muhammad SAW maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat). Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Nabi Muhammad SAW, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi Baginda. KHUSUS BAGI RASULULLAH SAW : Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Nabi Muhammad SAW, seperti dibolehkan Baginda melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan Baginda; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikuti Baginda. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi Baginda berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani Baginda dalam perbuatan-perbuatan semacam ini. Akan halnya dengan perbuatan Baginda yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti RASULULLAH SAW BERSABDA : “ Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat ”. RASULULLAH SAW BERSABDA " Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan) ". Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan Baginda merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan Baginda boleh juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/perbuatan yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas, ALLAH SWT BERFIRMAN : " Maka potonglah tangan keduanya ." (SURAH AL-MAIDAH : 38) Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Baginda, baik berupa ucapan maupun perbuatan yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil. Sedangkan perbuatan-perbuatan Baginda yang tidak terdapat di dalamnya perbuatan yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah SWT) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah SWT maka perbuatan itu termasuk mandub (sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah (harus). PESANAN TERAKHIR MUHAMMAD (ISI KHUTBAH TERAKHIR MUHAMMAD) : Ketika Nabi Muhammad SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW itu ialah: " Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. 1. "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. 2. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 3. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. 4. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan DIA pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. 5. Allah SWT telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. 6. "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. syaitan telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. 7. "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 8. "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah SWT, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. 9. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh. 10. "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah SWT pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 11. "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir Agama baru. Oleh itu wahai manusia. Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. 12. "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU." RINGKASAN PERKEMBANGAN ISLAM : 570M- Nabi Muhammad SAW dilahirkan. 610M- Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira'. 615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah. 616M- Sayidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah. 619M- Khadijah ra (isteri Baginda) dan Abu Talib (bapa saudara Baginda) meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku. 621M- Baiat Aqabah 1. 622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina. 624M- Perang Badar. 625M- Perang Uhud. 627M- Perang Ahzab. 628M- Perjanjian Hudaibiyah. 629M- Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine, Baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah. 630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain. 631M- Perang Tabuk. 632M- Kewafatan RASULULLAH SAW, perlantikan Syaidina Abu Bakar sebagai khalifah. KEWAFATAN SAHABAT RASULULLAH SAW : 1. Ali bin Abi Thalib lahir di Makkah Wafat 40 H 2. Hasan bin Ali lahir di Madinah Wafat 50 H 3. Husain bin Ali lahir di Madinah Wafat 61 H 4. Ali bin Husain lahir di Madinah Wafat 95 H 5. Muhammad al-Baqir lahir di Madinah Wafat 114 6. Ja’far ash-Shadiq lahir di Madinah Wafat 148 7. Musa al-Kadzim lahir di Madinah Wafat 183 H 8. Ali ar-Ridha lahir di Madinah Wafat 203 H 9. Muhammad al-Jawad lahir di Madinah Wafat 220 H 10. Ali al-Hadi lahir di Madinah Wafat 254 H 11. Hasan al-Asykari lahir di Madinah Wafat 260 H 12. Muhammad bin al-Asykari Samarra, Irak Lahir 255 H atau 868 M
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 11900 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 13 Rejab 1445H☆

    قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

    "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9]

    #Sambung lagi perbicaraan tentang kemuliaan para ulamak dan penghormatan terhadap mereka.

    #Tersangat perlu bagi kita memuliakan ulamak dan mengasihi mereka. Ini kerana jalan yang ditunjuk kepada kita adalah jalan akhirat dengan cara ibadah yang sah serta iman yang benar. Justeru, amat wajar mengasihi dan memuliakan mereka kerana ia termasuk suruhan Nabi saw.

    #Ulamak yang menjadi pewaris nabi amat perlu diberi penghormatan dan dimuliakan kerana mereka yang cukup istimewa di sisi Allah. Menjadi keperluan kepada kita semua untuk mengutip seberapa banyak mutiara ilmu daripada tokoh seperti itu.

    #Mulianya para ulamak berdasarkan kepada penyaksian ketauhidan bersama dengan Allah dan para malaikat adalah para ulamak. Firman Allah swt:

    شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

    "Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Ali Imran 218)

    #Syeikh al-Habib Zein Bin Ibrahim Bin Sumait:

    “Maka ilmu adalah punca dan sumber kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat. Ini kerana, sebesar-besar kedudukan pada hak anak Adam adalah kebahagiaan yang berkekalan di akhirat dan melihat wajah Allah serta menghuni syurga-Nya. Hal ini, tidak akan sampai kecuali dengan ilmu dan amal dan amalan tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali dengan segala kaifiyatnya berdasarkan Ilmu.

    #Daripada Umar r.a, katanya:

    لَمَوْتُ أَلْفِ عَابِدٍ قَائِمِ اللَّيْلِ صَائِمِ النَّهَارِ، أَهْوَنُ مِنْ مَوْتِ عَاقِلٍ

    “Mati seribu orang ahli ibadat yang berqiamullail dan puasa sunat di siang hari lebih ringan daripada mati seorang yang berakal lagi alim.

    #Daripada Abi Ja’far rahimahullah berkata:

    مَوْتُ عَالِمٍ أَحَبُّ إِلَى إِبْلِيْسَ مِنْ مَوْتِ سَبْعِيْنَ عَابِدَا

    “Mati seorang alim lebih disukai oleh Iblis daripada mati tujuh puluh orang ahli ibadat.” (HR Abu Nu’aim)

    #Berkata Imam Abdullah Ibn al-Mubarak rahimahullah: Ingatlah sesiapa yang merendah-rendahkan para ulamak, akhiratnya akan binasa.”

    #Syeikh al-Kandahlawi berkata: "Orang-orang yang mengajak untuk berburuk sangka, membenci dan berusaha menjauhkan alim ulamak dari umat, termasuk penyebab kerosakan agama. Orang yang seperti itu, akan mendapat azab yang keras.

    ♡Marilah sama-sama kita menghormati para ulamak, mengasihi dan memuliakan mereka♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 13 Rejab 1445H☆ قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9] #Sambung lagi perbicaraan tentang kemuliaan para ulamak dan penghormatan terhadap mereka. #Tersangat perlu bagi kita memuliakan ulamak dan mengasihi mereka. Ini kerana jalan yang ditunjuk kepada kita adalah jalan akhirat dengan cara ibadah yang sah serta iman yang benar. Justeru, amat wajar mengasihi dan memuliakan mereka kerana ia termasuk suruhan Nabi saw. #Ulamak yang menjadi pewaris nabi amat perlu diberi penghormatan dan dimuliakan kerana mereka yang cukup istimewa di sisi Allah. Menjadi keperluan kepada kita semua untuk mengutip seberapa banyak mutiara ilmu daripada tokoh seperti itu. #Mulianya para ulamak berdasarkan kepada penyaksian ketauhidan bersama dengan Allah dan para malaikat adalah para ulamak. Firman Allah swt: شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ "Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Ali Imran 218) #Syeikh al-Habib Zein Bin Ibrahim Bin Sumait: “Maka ilmu adalah punca dan sumber kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat. Ini kerana, sebesar-besar kedudukan pada hak anak Adam adalah kebahagiaan yang berkekalan di akhirat dan melihat wajah Allah serta menghuni syurga-Nya. Hal ini, tidak akan sampai kecuali dengan ilmu dan amal dan amalan tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali dengan segala kaifiyatnya berdasarkan Ilmu. #Daripada Umar r.a, katanya: لَمَوْتُ أَلْفِ عَابِدٍ قَائِمِ اللَّيْلِ صَائِمِ النَّهَارِ، أَهْوَنُ مِنْ مَوْتِ عَاقِلٍ “Mati seribu orang ahli ibadat yang berqiamullail dan puasa sunat di siang hari lebih ringan daripada mati seorang yang berakal lagi alim. #Daripada Abi Ja’far rahimahullah berkata: مَوْتُ عَالِمٍ أَحَبُّ إِلَى إِبْلِيْسَ مِنْ مَوْتِ سَبْعِيْنَ عَابِدَا “Mati seorang alim lebih disukai oleh Iblis daripada mati tujuh puluh orang ahli ibadat.” (HR Abu Nu’aim) #Berkata Imam Abdullah Ibn al-Mubarak rahimahullah: Ingatlah sesiapa yang merendah-rendahkan para ulamak, akhiratnya akan binasa.” #Syeikh al-Kandahlawi berkata: "Orang-orang yang mengajak untuk berburuk sangka, membenci dan berusaha menjauhkan alim ulamak dari umat, termasuk penyebab kerosakan agama. Orang yang seperti itu, akan mendapat azab yang keras. ♡Marilah sama-sama kita menghormati para ulamak, mengasihi dan memuliakan mereka♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 4774 Views
  • JIWA TARBAWI 885

    Inspirasi dari mengingati kematian.

    Bila hati banyak berzikir mengingati kematian,

    1. Hati akan terhubung terus kepada Allah ta’ala.

    كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿الأنبياء: ٣٥)

    Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada KAMI lah kamu semua akan dikembalikan.

    (Al Anbiya’ : 35)

    2. Hati akan menjadi BERSIH, HIDUP’ dan LEMBUT.

    ابن عمر قال : قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : ” إن هذه القلوب تصدأ كما يصدأ الحديد إذا أصابه الماء ” قيل : يا رسول الله وما جلاؤها ؟ قال : ” كثرة ذكر الموت وتلاوة القرآن ” روى البيهقي

    “Dari Ibn Umar ia berkata: Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

    “ Hati ini berkarat seperti berkaratnya besi jika terkena air. Lalu Baginda ‎ﷺ ditanya: “Apakah pembersihnya?”Sabda Baginda ‎ﷺ : “Banyakkan mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

    (HR: Al Baihaqi)


    أن امرأة شكت إلى عائشة رضي الله عنها قساوة قلبها فقالت لها : أكثري من ذكر الموت يرق قلبك ففعلت ذلك فرق قلبها فجاءت تشكر عائشة رضي الله عنها

    Seorang perempuan mengadu kepada 'Aisyah radhiyallahu ‘anha tentang kerasnya hatinya. Kata 'Aisyah padanya : “ Engkau banyakkanlah mengingati mati nescaya lembut hatimu". Maka perempuan itu melakukannya lalu menjadi lembut hatinya dan dia datang menemui 'Aisyah dan berterima kasih padanya.

    ( petikan dari Kitab Sairus Salikin )

    3. Hati akan dapat mengerti hakikat kehidupan yang sementara.


    Ali bin Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata,

    ارْتَحَلَتِ الدُّنْيَا مُدْبِرَةً، وَارْتَحَلَتِ الآخِرَةُ مُقْبِلَةً، وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا بَنُونَ، فَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الآخِرَةِ، وَلاَ تَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا، فَإِنَّ الْيَوْمَ عَمَلٌ وَلاَ حِسَابَ، وَغَدًا حِسَابٌ وَلاَ عَمَلَ.

    “Dunia sudah pergi meninggalkan, dan akhirat datang menghampiri, dan setiap dari keduanya ada pengekornya, maka jadilah kalian dari orang-orang yang mendambakan kehidupan akhirat dan jangan kalian menjadi orang-orang yang mendambakan dunia, karena sesungguhnya hari ini (di dunia) yang ada hanya amal perbuatan dan tidak ada hitungan dan besok (di akhirat) yang ada hanya hitungan tidak ada amal.”

    Syumaith bin ‘Ajlan berkata:

    مَنْ جَعَلَ الْمَوْتَ نُصْبَ عَيْنَيْهِ, لَمْ يُبَالِ بِضَيْقِ الدُّنْيَا وَلاَ بِسَعَتِهَا

    “Barangsiapa menjadikan maut di hadapan kedua matanya, dia tidak peduli dengan kesempitan dunia atau keluasannya.”

    [Mukhtashar Minhajul Qashidin].

    4. Tergambar hakikat dunia yang menipu.

    Firman Allah ta’ala,

    اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

    “Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”

    (Al Hadîd : 20)

    5. Benar-benar dapat merasai hakikat keyakinan.

    وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ ﴿الحجر: ٩٩﴾

    dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).

    Al Yaqin dakam ayat itu bermaksud kematian. Membawa pengertian bila seseorang itu mati, di situlah keyakinan mutlak muncul terhadap segala perkara yang ketika dipermudahkan seperti amalan saleh, kehidupan selepas mati dan sebsgainya.

    6. Bermula hakikat kehidupan akhirat yang panjang dan kekal

    Orang yang banyak mengingat kematian dan mempersiapkan kematian dengan iman yang sahih (benar), tauhid yang khalish (murni), amal yang salih (sesuai dengan tuntunan), dengan landasan niat yang ikhlas, itulah orang-orang yang paling berakal.

    عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ

    Dari Ibnu Umar, dia berkata: Aku bersama Rasulullah ‎ﷺ , lalu seorang laki-laki Anshar datang kepada Baginda ‎ﷺ , kemudian mengucapkan salam kepada Nabi ‎ﷺ , lalu dia bertanya: “Wahai, Rasulullah! Manakah di antara kaum mukminin yang paling utama?” Baginda ‎ﷺ menjawab,”Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.” Dia bertanya lagi: “Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?” Baginda ‎ﷺ menjawab,”Yang paling banyak mengingat kematian di antara mereka, dan yang paling bagus persiapannya setelah kematian. Mereka itu orang-orang yang cerdik.”

    (HR Ibnu Majah, no. 4259)

    7. Hati terputus dari rasa ‘ at takaatsur ’ ( التكاثر) iaitu keinginan membanyakkan harta dan dunia.

    أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ﴿١﴾ حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ﴿٢﴾
    ﴿التكاثر: ١-٢)

    Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur.

    (At Takatsur : 1-2)

    Artinya, berlumba-lumba memperbanyakkan harta dan bermewah, seringkali melalaikan manusia. Mereka jadi sedar hanyalah apabila datangnya ajal kematian, iaitu bila tiada apa kekayaan yang dapat dibawa untuk masuk ke kubur, iaitu ke alam barzakh.

    8. Hati terputus dari rasa kelazatan dunia.

    Dalam riwayat Ath Thabrani dan Al Hakim,

    أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ : الْمَوْتَ , فَإِنَّهُ لَمْ يَذْكُرْهُ أَحَدٌ فِيْ ضِيْقٍ مِنَ الْعَيْشِ إِلاَّ وَسَّعَهُ عَلَيْهِ , وَلاَ ذَكَرَهُ فِيْ سَعَةٍ إِلاَّ ضَيَّقَهَا عَلَيْهِ

    “Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu kematian. Kerana sesungguhnya tidaklah seseorang mengingatnya di waktu sempit kehidupannya, kecuali (mengingat kematian) itu melonggarkan kesempitan hidup atas orang itu. Dan tidaklah seseorang mengingatnya di waktu luas (kehidupannya), kecuali (mengingat kematian) itu menyempitkan keluasan hidup atas orang itu.”

    (Sahih Al Jami’ush Shaghir)

    9. Terputus keinginan untuk berbuat maksiat dan dosa, juga untuk berbuat zalim kepada manusia kerana hati gerun dengan kedatangannya yang tiba-tiba dan tidak tertangguh.

    {وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا} [المنافقون : 11]

    Artinya: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila. datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”

    (Al Munafiqun: 11)

    (إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ) [لقمان: 34 ]

    “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

    (Lukman: 34)

    كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
    ﴿آل عمران: ١٨٥﴾

    Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.

    Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

    (Ali ‘Imran : 185)


    10. Hati tidak akan mahu menangguh taubat lagi.

    Imam Bukhari meriwayatkan:

    عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

    Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu anhuma, dia berkata: Rasulullah ‎ﷺ memegang bahuku, lalu bersabda,”Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah seorang yang asing, atau seorang musafir.” Dan Ibnu Umar mengatakan: “Jika engkau masuk waktu Subuh, maka janganlah engkau menanti sore. Jika engkau masuk waktu sore, maka janganlah engkau menanti Subuh. Ambillah dari kesehatanmu untuk sakitmu. Dan ambillah dari hidupmu untuk matimu.”

    (HR Bukhari, no. 5937)

    Ad Daqqaq rahimahullah berkata,

    “من أكثر ذكر الموت أكرم بثلاثة: تعجيل التوبة، وقناعة القلب، ونشاط العبادة، ومن نسى الموت عوجل بثلاثة: تسويف التوبة، وترك الرضا بالكفاف، والتكاسل في العبادة”  (تذكرة القرطبي : ص 9)

    “Barangsiapa yang banyak mengingat kematian maka dimuliakan dengan tiga hal: “Bersegera taubat, puas hati dan semangat ibadah, dan barangsiapa yang lupa kematian diberikan hukuman dengan tiga hal; menunda taubat, tidak ridha dengan keadaan dan malas ibadah”

    (At Tadzkirah fi Ahwal Al Mauta wa Umur Al Akhirah, karya Al Qurthuby).

    11. Muncul himmah cita-cita untuk beramal dan menyiapkan diri untuk bertemuNya.

    Allah Azza wa Jalla berfirman:

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

    “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”

    (Al Hasyr :18)

    Nabi ‎ﷺ bersabda,

    اذكرِ الموتَ فى صلاتِك فإنَّ الرجلَ إذا ذكر الموتَ فى صلاتِهِ فَحَرِىٌّ أن يحسنَ صلاتَه وصلِّ صلاةَ رجلٍ لا يظن أنه يصلى صلاةً غيرَها وإياك وكلَّ أمرٍ يعتذرُ منه

    “Ingatlah kematian dalam salatmu kerana jika seseorang mengingat mati dalam salatnya, maka ia akan memperbaguskan salatnya. Salatlah seperti salat orang yang tidak menyangka bahwa ia masih mempunyai kesempatan melakukan salat yang lainnya. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak malah engkau meminta uzur ( kerana tidak mampu memenuhinya).”

    (HR. Ad Dailami)


    12. Memutuskan panjang angan-angan

    Hendaklah setiap orang waspada terhadap angan-angan panjang dan angan-angan umur panjang, sehingga menangguhkan amal saleh.

    Nabi ‎ﷺ bersabda:

    يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ حُبُّ الْمَالِ وَطُولُ الْعُمُرِ

    “Anak Adam semakin tua, dan dua perkara semakin besar juga bersamanya: cinta harta dan panjang umur.”

    (HR Bukhari, no. 5942)

    Justeru, ingatan terhadap mati, pada setiap saat pasti memutuskan angan-angan itu.

    13. Menumbuhkan penyesalan di dunia lagi, terhadap sedikitnya amalan.

    يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلآ أَوْلاَدُكُمْ عَن ذِكْرِ اللهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْ لآ أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ وَلَن يُؤَخِّرَ اللهُ نَفْسًا إِذَا جَآءَ أَجَلُهَا وَاللهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

    Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya, Rabbku.

    Mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang shalih”. Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.

    (Al Munafiqun: 9-11)


    Justeru,

    أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ يَعْنِي الْمَوْتَ

    “Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan, yaitu kematian.”

    (HR Ibnu Majah, no. 4258)


    Cukuplah kematian menjadi penasihat diri.



    ABi
    JIWA TARBAWI 885 Inspirasi dari mengingati kematian. Bila hati banyak berzikir mengingati kematian, 1. Hati akan terhubung terus kepada Allah ta’ala. كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿الأنبياء: ٣٥) Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada KAMI lah kamu semua akan dikembalikan. (Al Anbiya’ : 35) 2. Hati akan menjadi BERSIH, HIDUP’ dan LEMBUT. ابن عمر قال : قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : ” إن هذه القلوب تصدأ كما يصدأ الحديد إذا أصابه الماء ” قيل : يا رسول الله وما جلاؤها ؟ قال : ” كثرة ذكر الموت وتلاوة القرآن ” روى البيهقي “Dari Ibn Umar ia berkata: Rasulullah ‎ﷺ bersabda: “ Hati ini berkarat seperti berkaratnya besi jika terkena air. Lalu Baginda ‎ﷺ ditanya: “Apakah pembersihnya?”Sabda Baginda ‎ﷺ : “Banyakkan mengingati mati dan membaca Al-Quran.” (HR: Al Baihaqi) أن امرأة شكت إلى عائشة رضي الله عنها قساوة قلبها فقالت لها : أكثري من ذكر الموت يرق قلبك ففعلت ذلك فرق قلبها فجاءت تشكر عائشة رضي الله عنها Seorang perempuan mengadu kepada 'Aisyah radhiyallahu ‘anha tentang kerasnya hatinya. Kata 'Aisyah padanya : “ Engkau banyakkanlah mengingati mati nescaya lembut hatimu". Maka perempuan itu melakukannya lalu menjadi lembut hatinya dan dia datang menemui 'Aisyah dan berterima kasih padanya. ( petikan dari Kitab Sairus Salikin ) 3. Hati akan dapat mengerti hakikat kehidupan yang sementara. Ali bin Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata, ارْتَحَلَتِ الدُّنْيَا مُدْبِرَةً، وَارْتَحَلَتِ الآخِرَةُ مُقْبِلَةً، وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا بَنُونَ، فَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الآخِرَةِ، وَلاَ تَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا، فَإِنَّ الْيَوْمَ عَمَلٌ وَلاَ حِسَابَ، وَغَدًا حِسَابٌ وَلاَ عَمَلَ. “Dunia sudah pergi meninggalkan, dan akhirat datang menghampiri, dan setiap dari keduanya ada pengekornya, maka jadilah kalian dari orang-orang yang mendambakan kehidupan akhirat dan jangan kalian menjadi orang-orang yang mendambakan dunia, karena sesungguhnya hari ini (di dunia) yang ada hanya amal perbuatan dan tidak ada hitungan dan besok (di akhirat) yang ada hanya hitungan tidak ada amal.” Syumaith bin ‘Ajlan berkata: مَنْ جَعَلَ الْمَوْتَ نُصْبَ عَيْنَيْهِ, لَمْ يُبَالِ بِضَيْقِ الدُّنْيَا وَلاَ بِسَعَتِهَا “Barangsiapa menjadikan maut di hadapan kedua matanya, dia tidak peduli dengan kesempitan dunia atau keluasannya.” [Mukhtashar Minhajul Qashidin]. 4. Tergambar hakikat dunia yang menipu. Firman Allah ta’ala, اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ “Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu” (Al Hadîd : 20) 5. Benar-benar dapat merasai hakikat keyakinan. وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ ﴿الحجر: ٩٩﴾ dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal). Al Yaqin dakam ayat itu bermaksud kematian. Membawa pengertian bila seseorang itu mati, di situlah keyakinan mutlak muncul terhadap segala perkara yang ketika dipermudahkan seperti amalan saleh, kehidupan selepas mati dan sebsgainya. 6. Bermula hakikat kehidupan akhirat yang panjang dan kekal Orang yang banyak mengingat kematian dan mempersiapkan kematian dengan iman yang sahih (benar), tauhid yang khalish (murni), amal yang salih (sesuai dengan tuntunan), dengan landasan niat yang ikhlas, itulah orang-orang yang paling berakal. عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ Dari Ibnu Umar, dia berkata: Aku bersama Rasulullah ‎ﷺ , lalu seorang laki-laki Anshar datang kepada Baginda ‎ﷺ , kemudian mengucapkan salam kepada Nabi ‎ﷺ , lalu dia bertanya: “Wahai, Rasulullah! Manakah di antara kaum mukminin yang paling utama?” Baginda ‎ﷺ menjawab,”Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.” Dia bertanya lagi: “Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?” Baginda ‎ﷺ menjawab,”Yang paling banyak mengingat kematian di antara mereka, dan yang paling bagus persiapannya setelah kematian. Mereka itu orang-orang yang cerdik.” (HR Ibnu Majah, no. 4259) 7. Hati terputus dari rasa ‘ at takaatsur ’ ( التكاثر) iaitu keinginan membanyakkan harta dan dunia. أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ﴿١﴾ حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ﴿٢﴾ ﴿التكاثر: ١-٢) Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur. (At Takatsur : 1-2) Artinya, berlumba-lumba memperbanyakkan harta dan bermewah, seringkali melalaikan manusia. Mereka jadi sedar hanyalah apabila datangnya ajal kematian, iaitu bila tiada apa kekayaan yang dapat dibawa untuk masuk ke kubur, iaitu ke alam barzakh. 8. Hati terputus dari rasa kelazatan dunia. Dalam riwayat Ath Thabrani dan Al Hakim, أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ : الْمَوْتَ , فَإِنَّهُ لَمْ يَذْكُرْهُ أَحَدٌ فِيْ ضِيْقٍ مِنَ الْعَيْشِ إِلاَّ وَسَّعَهُ عَلَيْهِ , وَلاَ ذَكَرَهُ فِيْ سَعَةٍ إِلاَّ ضَيَّقَهَا عَلَيْهِ “Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu kematian. Kerana sesungguhnya tidaklah seseorang mengingatnya di waktu sempit kehidupannya, kecuali (mengingat kematian) itu melonggarkan kesempitan hidup atas orang itu. Dan tidaklah seseorang mengingatnya di waktu luas (kehidupannya), kecuali (mengingat kematian) itu menyempitkan keluasan hidup atas orang itu.” (Sahih Al Jami’ush Shaghir) 9. Terputus keinginan untuk berbuat maksiat dan dosa, juga untuk berbuat zalim kepada manusia kerana hati gerun dengan kedatangannya yang tiba-tiba dan tidak tertangguh. {وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا} [المنافقون : 11] Artinya: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila. datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Al Munafiqun: 11) (إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ) [لقمان: 34 ] “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Lukman: 34) كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ﴿آل عمران: ١٨٥﴾ Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali ‘Imran : 185) 10. Hati tidak akan mahu menangguh taubat lagi. Imam Bukhari meriwayatkan: عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu anhuma, dia berkata: Rasulullah ‎ﷺ memegang bahuku, lalu bersabda,”Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah seorang yang asing, atau seorang musafir.” Dan Ibnu Umar mengatakan: “Jika engkau masuk waktu Subuh, maka janganlah engkau menanti sore. Jika engkau masuk waktu sore, maka janganlah engkau menanti Subuh. Ambillah dari kesehatanmu untuk sakitmu. Dan ambillah dari hidupmu untuk matimu.” (HR Bukhari, no. 5937) Ad Daqqaq rahimahullah berkata, “من أكثر ذكر الموت أكرم بثلاثة: تعجيل التوبة، وقناعة القلب، ونشاط العبادة، ومن نسى الموت عوجل بثلاثة: تسويف التوبة، وترك الرضا بالكفاف، والتكاسل في العبادة”  (تذكرة القرطبي : ص 9) “Barangsiapa yang banyak mengingat kematian maka dimuliakan dengan tiga hal: “Bersegera taubat, puas hati dan semangat ibadah, dan barangsiapa yang lupa kematian diberikan hukuman dengan tiga hal; menunda taubat, tidak ridha dengan keadaan dan malas ibadah” (At Tadzkirah fi Ahwal Al Mauta wa Umur Al Akhirah, karya Al Qurthuby). 11. Muncul himmah cita-cita untuk beramal dan menyiapkan diri untuk bertemuNya. Allah Azza wa Jalla berfirman: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Al Hasyr :18) Nabi ‎ﷺ bersabda, اذكرِ الموتَ فى صلاتِك فإنَّ الرجلَ إذا ذكر الموتَ فى صلاتِهِ فَحَرِىٌّ أن يحسنَ صلاتَه وصلِّ صلاةَ رجلٍ لا يظن أنه يصلى صلاةً غيرَها وإياك وكلَّ أمرٍ يعتذرُ منه “Ingatlah kematian dalam salatmu kerana jika seseorang mengingat mati dalam salatnya, maka ia akan memperbaguskan salatnya. Salatlah seperti salat orang yang tidak menyangka bahwa ia masih mempunyai kesempatan melakukan salat yang lainnya. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak malah engkau meminta uzur ( kerana tidak mampu memenuhinya).” (HR. Ad Dailami) 12. Memutuskan panjang angan-angan Hendaklah setiap orang waspada terhadap angan-angan panjang dan angan-angan umur panjang, sehingga menangguhkan amal saleh. Nabi ‎ﷺ bersabda: يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ حُبُّ الْمَالِ وَطُولُ الْعُمُرِ “Anak Adam semakin tua, dan dua perkara semakin besar juga bersamanya: cinta harta dan panjang umur.” (HR Bukhari, no. 5942) Justeru, ingatan terhadap mati, pada setiap saat pasti memutuskan angan-angan itu. 13. Menumbuhkan penyesalan di dunia lagi, terhadap sedikitnya amalan. يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلآ أَوْلاَدُكُمْ عَن ذِكْرِ اللهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْ لآ أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ وَلَن يُؤَخِّرَ اللهُ نَفْسًا إِذَا جَآءَ أَجَلُهَا وَاللهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya, Rabbku. Mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang shalih”. Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan. (Al Munafiqun: 9-11) Justeru, أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ يَعْنِي الْمَوْتَ “Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan, yaitu kematian.” (HR Ibnu Majah, no. 4258) Cukuplah kematian menjadi penasihat diri. ABi
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 4513 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 6 Rejab 1445H☆

    كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ ثُمَّ إِلَیۡنَا تُرۡجَعُونَ

    "Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 57]

    #Setiap manusia akan berdepan dengan kematian. Tidak ada manusia yang tidak mati. Semua akan mati dan bila-bila masa sahaja kita akan mati apabila datangnya ajal.

    #Namun begitu, kita hendaklah berusaha sehabis daya agar memperoleh kematian yang baik, husnul khatimah atau mati syahid, iaitu sebaik-baik kematian.

    #Antara tanda-tanda husnul khatimah ialah sesiapa yang sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. Ini berdasarkan Sabda Rasulullah saw:

    مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ

    "Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga" (HR Abu Daud)

    #Begitu juga orang yang meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya. Di dalam hadis, baginda Rasulullah saw bersabda:

    مَوْتُ المُؤْمِنِ بِعَرْقِ الجَبِينِ

    "Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya" (HR at-Tirmizi)

    #Selain itu, seseorang yang diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah swt beramal soleh sebelum dia meninggal dunia. Di dalam satu hadis, Rasulullah saw bersabda:

    إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

    "Jika sekiranya Allah swt menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah swt menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat r.anhum bertanya: “Bagaimana Dia menjadikannya melakukan amal?”. Rasulullah saw bersabda: “Allah swt akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya" (HR at-Tirmizi)

    #Juga, orang yang berasa gembira, rindu, redha dan senang hati untuk bertemu dengan Allah swt. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Anas Bin Malik r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

    مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ

    "Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya" (HR Muslim)

    #Sayidina Abu Darda' r.a telah berkata:

    عن أبي الدرداء قال: أحب الموت: اشتياقاً إلى ربي، وأحب الفقر: تواضعاً لربي، وأحب المرض: تكفيراً لخطيئتي

    "Aku mencintai kematian kerana aku sangat merindui Tuhanku, aku mencintai kefakiran (kesusahan) kerana ianya menjadikan aku tawadhu' (rendah diri) terhadapNya, dan aku mencintai kesakitan kerana ianya menjadi penghapus terhadap dosaku" (Lihat: Hilyatul Awliya')

    ...Bersambung...

    ♡Burulah kematian yang mulia, husnul khatimah agar beroleh kehidupan selepas mati yang penuh bahagia, damai dan gembira♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 6 Rejab 1445H☆ كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ ثُمَّ إِلَیۡنَا تُرۡجَعُونَ "Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 57] #Setiap manusia akan berdepan dengan kematian. Tidak ada manusia yang tidak mati. Semua akan mati dan bila-bila masa sahaja kita akan mati apabila datangnya ajal. #Namun begitu, kita hendaklah berusaha sehabis daya agar memperoleh kematian yang baik, husnul khatimah atau mati syahid, iaitu sebaik-baik kematian. #Antara tanda-tanda husnul khatimah ialah sesiapa yang sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. Ini berdasarkan Sabda Rasulullah saw: مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ "Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga" (HR Abu Daud) #Begitu juga orang yang meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya. Di dalam hadis, baginda Rasulullah saw bersabda: مَوْتُ المُؤْمِنِ بِعَرْقِ الجَبِينِ "Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya" (HR at-Tirmizi) #Selain itu, seseorang yang diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah swt beramal soleh sebelum dia meninggal dunia. Di dalam satu hadis, Rasulullah saw bersabda: إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ "Jika sekiranya Allah swt menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah swt menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat r.anhum bertanya: “Bagaimana Dia menjadikannya melakukan amal?”. Rasulullah saw bersabda: “Allah swt akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya" (HR at-Tirmizi) #Juga, orang yang berasa gembira, rindu, redha dan senang hati untuk bertemu dengan Allah swt. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Anas Bin Malik r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda: مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ "Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya" (HR Muslim) #Sayidina Abu Darda' r.a telah berkata: عن أبي الدرداء قال: أحب الموت: اشتياقاً إلى ربي، وأحب الفقر: تواضعاً لربي، وأحب المرض: تكفيراً لخطيئتي "Aku mencintai kematian kerana aku sangat merindui Tuhanku, aku mencintai kefakiran (kesusahan) kerana ianya menjadikan aku tawadhu' (rendah diri) terhadapNya, dan aku mencintai kesakitan kerana ianya menjadi penghapus terhadap dosaku" (Lihat: Hilyatul Awliya') ...Bersambung... ♡Burulah kematian yang mulia, husnul khatimah agar beroleh kehidupan selepas mati yang penuh bahagia, damai dan gembira♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 2330 Views
  • Majlis Ugama Islam Singapura

    Khutbah Jumaat

    12 Januari 2024 / 30 Jamadil Akhir 1445H

    Keindahan Syariat Islam



    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah (s.w.t.). Taati segala perintah-Nya dan jauhi segala larangan-Nya. Semoga Allah (s.w.t.) menerima segala amalan kita. Amin.

    Saudara dan Saudari yang dikasihi,

    Allah (s.w.t.) mengurniakan pelbagai nikmat buat manusia. Kita dikurniakan akal yang mampu menilai baik buruknya sesuatu perkara. Kita dikurniakan akal fikiran yang perlu disirami dan dimurnikan dengan ilmu yang bermanfaat. Ingatlah pada firman Allah (s.w.t.) di dalam surah al-Ma’idah, ayat 100:



    Yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu berjaya.”

    Kemampuan manusia untuk membezakan perkara yang baik dan buruk adalah anugerah yang amat berharga. Imam Al-Jurjani, di dalam kitabnya At-ta'rifat pernah menjelaskan bahawa Islam merupakan suatu sistem ketuhanan yang menyeru orang-orang berakal kepada menerima apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w.).

    Sebagai seorang yang beriman dan berakal, kitalah yang mencorak pemikiran dan kehidupan kita agar selari dengan syariat Islam. Ilmu yang sahih dan keimanan yang mantap dapat membezakan antara hak dan batil dalam suatu amalan.

    Saudara Saudari,

    Perumpamaan iman dan amal adalah seperti hati dan badan yang aktif berfungsi, tidak dapat dipisahkan. Syariat Islam dijadikan sebagai panduan dan bimbingan buat kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

    Di sebalik syariat Islam itu, terdapat nilai-nilai yang mewarnai keindahan ajaran Islam. Pada kesempatan hari ini, izinkan saya untuk mengongsikan beberapa nilai murni dalam syariat Islam:

    Pertama: Nilai kemudahan buat manusia

    Syariat Islam diturunkan untuk memberi kemudahan buat umat manusia. Malahan, syariat Islam diturunkan kepada kita, umat Nabi Muhammad (s.a.w.), secara tadarruj, iaitu bertahap-tahap.

    Islam turut memberi keyakinan kepada kita bahawa setiap kesukaran pasti ada jalan keluarnya. Sebagai contoh, keringanan untuk solat dalam keadaan duduk bagi mereka yang berkeuzuran untuk berdiri dengan sempurna ketika solat. Solusi ini membantu hamba-Nya melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan sebaik mungkin tanpa rasa paksaan atau bebanan. Begitulah keindahan syariat Islam yang mengambil kira kemampuan manusia. Ingatlah pesanan Rasulullah (s.a.w.):

    إِنَّ الدِّيْنَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّيْنَ إِلاَّ غَلَبَهُ

    Yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agamanya kecuali akan dikalahkan (tidak dapat melaksanakannya dengan sempurna).” (Hadis riwayat Imam Bukhari).

    Islam itu adalah agama yang mudah, jangan kita menjadi penyebab orang lain menjauhi agama ini disebabkan kita yang menyulitkannya. Diburukkan lagi sekiranya kesulitan berlaku kerana kejahilan kita dalam beragama. Namun, kemudahan dalam beragama tidak bererti kita boleh memperlekehkan agama ini, sehingga kita mengambil ringan serta mengabaikan metodologi fiqh yang telah disusun dan diterima pakai oleh para ulama. Oleh itu, amat penting untuk memahami nilai syariat Islam ini melalui ilmu yang muktabar.

    Kedua: Nilai keadilan dalam syariat Islam

    Para jemaah sekalian,

    Syariat Islam sangat menitikberatkan sifat berlaku adil di dalam berurusan sesama manusia. Tiada sebarang bentuk kezaliman atau kekejaman yang boleh dilakukan kepada sesiapa pun. Apatah lagi dalam masalah hukum agama kita sendiri. Namun, terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita, sebagai contoh, yang menyalahgunakan dan mengeksploitasikan hukum faraid untuk memenuhi kepentingan diri. Ada pula yang mengabaikan kebajikan sebahagian ahli waris yang memerlukan sehingga menzalimi hak mereka dalam hukum faraid.

    Perbuatan mempergunakan hukum agama untuk kepentingan diri adalah satu bentuk kezaliman. Ia sama sekali bertentangan dengan nilai keadilan dalam ajaran Islam.

    Ketiga: Nilai kesyumulan (menyeluruh) syariat Islam

    Syariat Islam bersifat holistik atau syumul. Kesyumulan syariat Islam meliputi akidah, akhlak, hukum-hakam dan segala aspek kehidupan seharian. Lihat sahaja keindahan syariat Islam menerusi ibadah haji dan zakat. Kedua-duanya merupakan suatu bentuk ibadah yang merangkumi sudut kerohanian, sosial, ekonomi, mahupun kemanusiaan. Ketika seorang Muslim itu mengharapkan rahmat dan pengampunan Allah (s.w.t.) dalam peribadatannya, dia turut berpeluang untuk memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama manusia. Ia juga dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan kehidupan beragama di dalam masyarakat.

    Semoga Allah (s.w.t.) mengurniakan kefahaman agama buat kita semua, dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

    أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم





    KHUTBAH KEDUA



    الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.



    أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.



    وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.



    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.



    عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.



    https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/455
    Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 12 Januari 2024 / 30 Jamadil Akhir 1445H Keindahan Syariat Islam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah (s.w.t.). Taati segala perintah-Nya dan jauhi segala larangan-Nya. Semoga Allah (s.w.t.) menerima segala amalan kita. Amin. Saudara dan Saudari yang dikasihi, Allah (s.w.t.) mengurniakan pelbagai nikmat buat manusia. Kita dikurniakan akal yang mampu menilai baik buruknya sesuatu perkara. Kita dikurniakan akal fikiran yang perlu disirami dan dimurnikan dengan ilmu yang bermanfaat. Ingatlah pada firman Allah (s.w.t.) di dalam surah al-Ma’idah, ayat 100: Yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu berjaya.” Kemampuan manusia untuk membezakan perkara yang baik dan buruk adalah anugerah yang amat berharga. Imam Al-Jurjani, di dalam kitabnya At-ta'rifat pernah menjelaskan bahawa Islam merupakan suatu sistem ketuhanan yang menyeru orang-orang berakal kepada menerima apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w.). Sebagai seorang yang beriman dan berakal, kitalah yang mencorak pemikiran dan kehidupan kita agar selari dengan syariat Islam. Ilmu yang sahih dan keimanan yang mantap dapat membezakan antara hak dan batil dalam suatu amalan. Saudara Saudari, Perumpamaan iman dan amal adalah seperti hati dan badan yang aktif berfungsi, tidak dapat dipisahkan. Syariat Islam dijadikan sebagai panduan dan bimbingan buat kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Di sebalik syariat Islam itu, terdapat nilai-nilai yang mewarnai keindahan ajaran Islam. Pada kesempatan hari ini, izinkan saya untuk mengongsikan beberapa nilai murni dalam syariat Islam: Pertama: Nilai kemudahan buat manusia Syariat Islam diturunkan untuk memberi kemudahan buat umat manusia. Malahan, syariat Islam diturunkan kepada kita, umat Nabi Muhammad (s.a.w.), secara tadarruj, iaitu bertahap-tahap. Islam turut memberi keyakinan kepada kita bahawa setiap kesukaran pasti ada jalan keluarnya. Sebagai contoh, keringanan untuk solat dalam keadaan duduk bagi mereka yang berkeuzuran untuk berdiri dengan sempurna ketika solat. Solusi ini membantu hamba-Nya melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan sebaik mungkin tanpa rasa paksaan atau bebanan. Begitulah keindahan syariat Islam yang mengambil kira kemampuan manusia. Ingatlah pesanan Rasulullah (s.a.w.): إِنَّ الدِّيْنَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّيْنَ إِلاَّ غَلَبَهُ Yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agamanya kecuali akan dikalahkan (tidak dapat melaksanakannya dengan sempurna).” (Hadis riwayat Imam Bukhari). Islam itu adalah agama yang mudah, jangan kita menjadi penyebab orang lain menjauhi agama ini disebabkan kita yang menyulitkannya. Diburukkan lagi sekiranya kesulitan berlaku kerana kejahilan kita dalam beragama. Namun, kemudahan dalam beragama tidak bererti kita boleh memperlekehkan agama ini, sehingga kita mengambil ringan serta mengabaikan metodologi fiqh yang telah disusun dan diterima pakai oleh para ulama. Oleh itu, amat penting untuk memahami nilai syariat Islam ini melalui ilmu yang muktabar. Kedua: Nilai keadilan dalam syariat Islam Para jemaah sekalian, Syariat Islam sangat menitikberatkan sifat berlaku adil di dalam berurusan sesama manusia. Tiada sebarang bentuk kezaliman atau kekejaman yang boleh dilakukan kepada sesiapa pun. Apatah lagi dalam masalah hukum agama kita sendiri. Namun, terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita, sebagai contoh, yang menyalahgunakan dan mengeksploitasikan hukum faraid untuk memenuhi kepentingan diri. Ada pula yang mengabaikan kebajikan sebahagian ahli waris yang memerlukan sehingga menzalimi hak mereka dalam hukum faraid. Perbuatan mempergunakan hukum agama untuk kepentingan diri adalah satu bentuk kezaliman. Ia sama sekali bertentangan dengan nilai keadilan dalam ajaran Islam. Ketiga: Nilai kesyumulan (menyeluruh) syariat Islam Syariat Islam bersifat holistik atau syumul. Kesyumulan syariat Islam meliputi akidah, akhlak, hukum-hakam dan segala aspek kehidupan seharian. Lihat sahaja keindahan syariat Islam menerusi ibadah haji dan zakat. Kedua-duanya merupakan suatu bentuk ibadah yang merangkumi sudut kerohanian, sosial, ekonomi, mahupun kemanusiaan. Ketika seorang Muslim itu mengharapkan rahmat dan pengampunan Allah (s.w.t.) dalam peribadatannya, dia turut berpeluang untuk memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama manusia. Ia juga dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan kehidupan beragama di dalam masyarakat. Semoga Allah (s.w.t.) mengurniakan kefahaman agama buat kita semua, dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم KHUTBAH KEDUA الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ. أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ. https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/455
    0 Comments 0 Shares 4261 Views
More Results