☆Tadabbur Kalamullah 20 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Rasulullah saw memberi beberapa isyarat kepada kita berkaitan malam al-Qadar ini. Antaranya, Baginda saw menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil dalam bulan Ramadhan.

#Sayidina Jabir bin Samurah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا

"Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad)

#Dalam menentukan malam al-Qadar ini, antara pendapat yang paling kuat mengikut para ulamak bahawa malam itu berlaku pada malam 27 Ramadhan.

#Hujah mereka amat banyak, antaranya:

1. Mengikut Sayidina Abu Ka’ab r.a katanya: "Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam al-Qadar berada dalam bulan Ramadhan dan jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, beliau enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya".

2. Daripada riwayat Sayidina Muawiyah r.a: "Bahawa Nabi saw telah bersabda bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27".

3. Riwayat ini disokong oleh Sayidina Ibn Abbas r.a yang mengatakan bahawa surah al-Qadar mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu adalah dhamir (هِيَ) yang kembalinya kepada Lailatul Qadar.

4. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sayidina Ibn Umar r.a: "Sesiapa yang mencari malam al-Qadar, hendaklah dia mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam al-Qadar pada malam yang ke-27".

#Namun begitu, Imam as-Syafie berpendapat malam al-Qadar berlaku pada malam ke-21 Ramadhan berdalilkan hadis riwayat Sayidina Ibn Mas'ud. Terdapat juga pandangan Imam as-Syafie dan Imam Malik mengatakan berlaku pada malam 23 Ramadhan berdasarkan hadis daripada Sayidina Abdullah bin Unais r.a.

#Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan berlaku pada malam ke 24 atau malam-malam terakhir Ramadhan.

#Ketahuilah bahawa Allah swt merahsiakan malam al-Qadar supaya ia menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mencarinya. Disamping, supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari malam tersebut seperti disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat dan juga disembunyikan namanya yang agung daripada segala nama-nama yang Dia miliki.

♡Selamat beramal dan memburu lailatulqadar. Malam ni malam ke 21 Ramadhan, merupakan malam yang diharapkan lailatulqadar disisi Imam as-Syafi‘i. Jom qiam!!♡

Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 20 Ramadhan 1445H☆ لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3] #Rasulullah saw memberi beberapa isyarat kepada kita berkaitan malam al-Qadar ini. Antaranya, Baginda saw menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil dalam bulan Ramadhan. #Sayidina Jabir bin Samurah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا "Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad) #Dalam menentukan malam al-Qadar ini, antara pendapat yang paling kuat mengikut para ulamak bahawa malam itu berlaku pada malam 27 Ramadhan. #Hujah mereka amat banyak, antaranya: 1. Mengikut Sayidina Abu Ka’ab r.a katanya: "Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam al-Qadar berada dalam bulan Ramadhan dan jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, beliau enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya". 2. Daripada riwayat Sayidina Muawiyah r.a: "Bahawa Nabi saw telah bersabda bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27". 3. Riwayat ini disokong oleh Sayidina Ibn Abbas r.a yang mengatakan bahawa surah al-Qadar mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu adalah dhamir (هِيَ) yang kembalinya kepada Lailatul Qadar. 4. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sayidina Ibn Umar r.a: "Sesiapa yang mencari malam al-Qadar, hendaklah dia mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam al-Qadar pada malam yang ke-27". #Namun begitu, Imam as-Syafie berpendapat malam al-Qadar berlaku pada malam ke-21 Ramadhan berdalilkan hadis riwayat Sayidina Ibn Mas'ud. Terdapat juga pandangan Imam as-Syafie dan Imam Malik mengatakan berlaku pada malam 23 Ramadhan berdasarkan hadis daripada Sayidina Abdullah bin Unais r.a. #Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan berlaku pada malam ke 24 atau malam-malam terakhir Ramadhan. #Ketahuilah bahawa Allah swt merahsiakan malam al-Qadar supaya ia menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mencarinya. Disamping, supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari malam tersebut seperti disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat dan juga disembunyikan namanya yang agung daripada segala nama-nama yang Dia miliki. ♡Selamat beramal dan memburu lailatulqadar. Malam ni malam ke 21 Ramadhan, merupakan malam yang diharapkan lailatulqadar disisi Imam as-Syafi‘i. Jom qiam!!♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
0 Comments 0 Shares 2008 Views