☆Tadabbur Kalamullah 9 Ramadhan 1445H☆

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
[Surah al-Baqarah 185]

#Bulan Ramadhan bulan digalakkan kita memperbanyakkan membaca dan mentadabbur al-Quran. Hal ini kerana al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan.

#Berdasarkan ayat ini, Imam Ibn Kathir mentafsirkan bahawa Allah swt memuliakan bulan puasa (Ramadhan) berbanding bulan yang lain yang mana bulan tersebut terpilih sebagai bulan turunnya al-Quran berbanding bulan-bulan yang lain.

#Telah dijelaskan lagi oleh Imam  Ibn Kathir dengan menukilkan riwayat Abu Jaafar al-Baqi:

كَانَ ابْتِدَاءُ الْوَحْيِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلَّم يوم الِاثْنَيْنِ، لِسَبْعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ

"Permulaan wahyu bagi Rasulullah SAW pada hari Isnin bersamaan malam 17 dari bulan Ramadan" (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah)

#Sesiapa yang menghafal al-Quran, membaca al-Quran, mentadabbur al-Quran, menjadikan al-Quran sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan nescaya mereka beroleh kedudukan yang mulia disisi Allah dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.

#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, Rasulullah saw bersabda:

مَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ حَافِظٌ لَهُ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَمَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ وَهُوَ يَتَعَاهَدُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَدِيدٌ فَلَهُ أَجْرَانِ

“Perumpamaan orang membaca al-Quran sedangkan dia menghafalnya, maka ia akan bersama para Malaikat mulia. Sedangkan perumpamaan seorang yang membaca al-Quran dengan tekun, dan dia mengalami kesulitan atasnya, maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala" (HR al-Bukhari)

#Daripada Sayidina Abu Mas’ud al-Badri, Sayidina ‘Uqbah Ibn Amru r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ

"Yang layak menjadi imam di kalangan mereka adalah yang paling banyak hafazan dan bacaan kitab Allah" (HR Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah)

#Daripada Sayidina Umar Ibn al-Khattab r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

"Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran" (HR Muslim, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

♡Jom jadikan al-Quran sebagai bacaan harian kita, juga sebagai pedoman hidup kita. Apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup, kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat bimbingan daripada Allah swt. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya♡

Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 9 Ramadhan 1445H☆ شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185] #Bulan Ramadhan bulan digalakkan kita memperbanyakkan membaca dan mentadabbur al-Quran. Hal ini kerana al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan. #Berdasarkan ayat ini, Imam Ibn Kathir mentafsirkan bahawa Allah swt memuliakan bulan puasa (Ramadhan) berbanding bulan yang lain yang mana bulan tersebut terpilih sebagai bulan turunnya al-Quran berbanding bulan-bulan yang lain. #Telah dijelaskan lagi oleh Imam  Ibn Kathir dengan menukilkan riwayat Abu Jaafar al-Baqi: كَانَ ابْتِدَاءُ الْوَحْيِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلَّم يوم الِاثْنَيْنِ، لِسَبْعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ "Permulaan wahyu bagi Rasulullah SAW pada hari Isnin bersamaan malam 17 dari bulan Ramadan" (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah) #Sesiapa yang menghafal al-Quran, membaca al-Quran, mentadabbur al-Quran, menjadikan al-Quran sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan nescaya mereka beroleh kedudukan yang mulia disisi Allah dan sentiasa dalam rahmat Allah swt. #Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, Rasulullah saw bersabda: مَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ حَافِظٌ لَهُ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَمَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ وَهُوَ يَتَعَاهَدُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَدِيدٌ فَلَهُ أَجْرَانِ “Perumpamaan orang membaca al-Quran sedangkan dia menghafalnya, maka ia akan bersama para Malaikat mulia. Sedangkan perumpamaan seorang yang membaca al-Quran dengan tekun, dan dia mengalami kesulitan atasnya, maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala" (HR al-Bukhari) #Daripada Sayidina Abu Mas’ud al-Badri, Sayidina ‘Uqbah Ibn Amru r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda: يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ "Yang layak menjadi imam di kalangan mereka adalah yang paling banyak hafazan dan bacaan kitab Allah" (HR Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah) #Daripada Sayidina Umar Ibn al-Khattab r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda: إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ "Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran" (HR Muslim, Ibn Majah dan al-Daraqutni) ♡Jom jadikan al-Quran sebagai bacaan harian kita, juga sebagai pedoman hidup kita. Apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup, kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat bimbingan daripada Allah swt. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
0 Comments 0 Shares 1782 Views