• PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Bersahabat Dengan Penjual Minyak Wangi Bukan Pembakar Besi

    حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً

    Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin 'Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa daripada bapanya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap". (Sahih Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih

    Pengajaran:

    1.  Hidup bermasayarakat memerlukan sahabat serta orang lain yang akan saling bertolong bantu bagi menyempurnakan kehidupan.

    2.  Pelbagai jenis manusia yang berada di sekeliling kita, ada yang baik ada juga yang jahat dan buruk akhlak.

    3.  Bergaul serta bersama dengan orang  yang baik dan soleh umpama berada bersama penjual minyak wangi, jika kita tidak membelinya, bau wangi tetap melekat pada tubuh kita.

    4.  Bergaul serta bersama dengan orang yang buruk akhlak umpama berada bersama pembakar besi, walaupun kita tidak membakarnya, bahang panasnya tetap kita rasai.

    Carilah orang yang soleh dan berakhlak mulia sebagai teman dan sahabat untuk kita bersama mereka. Moga tempias kebaikannya mempengaruhi kita.

    #BangunkanJiwaMerdeka
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
    #PalestinMerdeka

    08hb Jamadil Awal 1446H
    10hb November 2024

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Bersahabat Dengan Penjual Minyak Wangi Bukan Pembakar Besi حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin 'Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa daripada bapanya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap". (Sahih Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Hidup bermasayarakat memerlukan sahabat serta orang lain yang akan saling bertolong bantu bagi menyempurnakan kehidupan. 2.  Pelbagai jenis manusia yang berada di sekeliling kita, ada yang baik ada juga yang jahat dan buruk akhlak. 3.  Bergaul serta bersama dengan orang  yang baik dan soleh umpama berada bersama penjual minyak wangi, jika kita tidak membelinya, bau wangi tetap melekat pada tubuh kita. 4.  Bergaul serta bersama dengan orang yang buruk akhlak umpama berada bersama pembakar besi, walaupun kita tidak membakarnya, bahang panasnya tetap kita rasai. Carilah orang yang soleh dan berakhlak mulia sebagai teman dan sahabat untuk kita bersama mereka. Moga tempias kebaikannya mempengaruhi kita. #BangunkanJiwaMerdeka #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 08hb Jamadil Awal 1446H 10hb November 2024 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    0 Comments 0 Shares 4474 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Awwal 1446H☆

    لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡیَا بِٱلۡحَقِّۖ

    "Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar" [Surah al-Fatḥ 27]

    #al-Raghib al-Asfahani berkata: "Al-Ru’ya ialah apa yang dilihat dalam mimpi.

    #Antara mimpi yang menzahirkan rasa takjub ialah apabila mendengar seseorang itu pernah bermimpi melihat Rasulullah saw, kerana ia merupakan satu peristiwa yang
    pastinya diinginkan oleh setiap insan yang bergelar Muslim. Dan mimpi melihat Rasulullah saw adalah mimpi yang benar.

    #Sabda Rasulullah saw:

    مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِي ‏

    "Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sememangnya dia melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupaku" (HR al-Bukhari dan Muslim)

    #Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata, hadis ini mengandungi isyarat bahawa, meskipun Allah swt membenarkan syaitan untuk menyerupai sesiapa sahaja yang dikehendaki, namun ia tetap terhalang dari menyerupai Nabi saw. Beberapa ulamak berpanjangan, yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah apabila seseorang melihat Baginda saw dalam rupa yang sama seperti rupa asal Baginda saw.

    #Terdapat banyak riwayat tentang orang-orang soleh mimpi bertemu Rasulullah saw yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran:

    1. Dikisahkan oleh Ishaq bin Ismail katanya: Aku mendengar Sufyan at-Thauri berkata: "Aku telah melihat Nabi saw dalam mimpiku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu tentang bawang merah dan bawang putih. Baginda menjawab: Para malaikat merasa terganggu dengan keduanya. (Lihat: al-Manamat)

    2. Dikisahkan bahawa al-Muthanna bin Sa‘id al-Qasir telah menceritakan kepada kami, katanya: Aku mendengar Malik bin Anas (Imam Malik) berkata: "Tidak pernah aku melalui satu malam pun melainkan aku melihat Rasulullah saw dalam tidurku" (Lihat: Hilyah al-Auliya)

    3. Al-Rabi‘ bin Sulaiman meriwayatkan: Aku mendengar
    Imam as-Syafi‘i berkata: Aku melihat Nabi saw dalam mimpi,
    sebelum aku mencapai usia dewasa. Baginda berkata kepadaku: Wahai anak muda. Aku menjawab, Labbaik, wahai Rasulullah. Baginda bertanya: Dari golongan manakah engkau? Aku menjawab: Dari golonganmu, wahai Rasulullah. Baginda berkata: Dekatkan dirimu kepadaku: Maka aku pun mendekat, lalu Baginda mengambil sedikit daripada air liurnya. Aku membuka mulutku, dan Baginda menyapukan air liurnya pada lidahku, mulutku, dan bibirku, sambil berkata: Teruskanlah, semoga Allah memberkatimu. (Lihat: Manaqib al-Syafi‘i. al-Baihaqi)

    4. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi pernah menceritakan kisahnya, lebih kurang 16 tahun yang lalu, bahawa beliau telah bermimpi bertemu Rasulullah saw sebanyak 47 kali. Pada suatu ketika, beliau merasakan Rasulullah saw menyentuh kepala dan belakangnya, dan beliau dapat merasai kesejukan jari-jemari baginda pada kepalanya dan belakangnya. Kisah ini diceritakannya dalam rancangan Muntada Fursan al-Sunnah li al-Intaj al-Islami. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi merupakan 
    seorang pendakwah Islam terkenal dari Mesir. Beliau terlibat dalam Rabitah al-Alam al-Islami (Liga Muslim Sedunia) di Mekah, khususnya dalam bahagian Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah.

    #Ya Allah, kurniakanlah aku kesempatan untuk bertemu dengan RasulMu, Nabi Muhammad saw, dalam mimpiku. Jadikan pertemuan itu sebagai pendorong kecintaan dan ikutan terhadap sunnah Baginda. Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, ahli keluarganya, dan para sahabatnya. Aamiiin.

    ♡Jelas bahawa mimpi bertemu Rasulullah saw termasuk dalam mimpi yang baik dan merupakan perkhabaran gembira buat seseorang. Ini menunjukkan bahawa terdapat keistimewaan dalam dirinya yang membolehkannya bertemu dengan insan yang paling mulia, sekiranya benar orang yang dijumpainya itu adalah Rasulullah saw berdasarkan sifat-sifat Baginda yang diceritakan dalam hadis dan sesuai dengannya. Oleh itu, secara umumnya, tidak menjadi masalah untuk seseorang menceritakan mimpinya bertemu Rasulullah saw.

    Bahkan Baginda saw sendiri membenarkan seseorang yang bermimpi sesuatu perkara yang baik untuk menceritakannya kepada orang lain♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk join:
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Awwal 1446H☆ لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡیَا بِٱلۡحَقِّۖ "Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar" [Surah al-Fatḥ 27] #al-Raghib al-Asfahani berkata: "Al-Ru’ya ialah apa yang dilihat dalam mimpi. #Antara mimpi yang menzahirkan rasa takjub ialah apabila mendengar seseorang itu pernah bermimpi melihat Rasulullah saw, kerana ia merupakan satu peristiwa yang pastinya diinginkan oleh setiap insan yang bergelar Muslim. Dan mimpi melihat Rasulullah saw adalah mimpi yang benar. #Sabda Rasulullah saw: مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِي ‏ "Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sememangnya dia melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupaku" (HR al-Bukhari dan Muslim) #Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata, hadis ini mengandungi isyarat bahawa, meskipun Allah swt membenarkan syaitan untuk menyerupai sesiapa sahaja yang dikehendaki, namun ia tetap terhalang dari menyerupai Nabi saw. Beberapa ulamak berpanjangan, yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah apabila seseorang melihat Baginda saw dalam rupa yang sama seperti rupa asal Baginda saw. #Terdapat banyak riwayat tentang orang-orang soleh mimpi bertemu Rasulullah saw yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran: 1. Dikisahkan oleh Ishaq bin Ismail katanya: Aku mendengar Sufyan at-Thauri berkata: "Aku telah melihat Nabi saw dalam mimpiku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu tentang bawang merah dan bawang putih. Baginda menjawab: Para malaikat merasa terganggu dengan keduanya. (Lihat: al-Manamat) 2. Dikisahkan bahawa al-Muthanna bin Sa‘id al-Qasir telah menceritakan kepada kami, katanya: Aku mendengar Malik bin Anas (Imam Malik) berkata: "Tidak pernah aku melalui satu malam pun melainkan aku melihat Rasulullah saw dalam tidurku" (Lihat: Hilyah al-Auliya) 3. Al-Rabi‘ bin Sulaiman meriwayatkan: Aku mendengar Imam as-Syafi‘i berkata: Aku melihat Nabi saw dalam mimpi, sebelum aku mencapai usia dewasa. Baginda berkata kepadaku: Wahai anak muda. Aku menjawab, Labbaik, wahai Rasulullah. Baginda bertanya: Dari golongan manakah engkau? Aku menjawab: Dari golonganmu, wahai Rasulullah. Baginda berkata: Dekatkan dirimu kepadaku: Maka aku pun mendekat, lalu Baginda mengambil sedikit daripada air liurnya. Aku membuka mulutku, dan Baginda menyapukan air liurnya pada lidahku, mulutku, dan bibirku, sambil berkata: Teruskanlah, semoga Allah memberkatimu. (Lihat: Manaqib al-Syafi‘i. al-Baihaqi) 4. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi pernah menceritakan kisahnya, lebih kurang 16 tahun yang lalu, bahawa beliau telah bermimpi bertemu Rasulullah saw sebanyak 47 kali. Pada suatu ketika, beliau merasakan Rasulullah saw menyentuh kepala dan belakangnya, dan beliau dapat merasai kesejukan jari-jemari baginda pada kepalanya dan belakangnya. Kisah ini diceritakannya dalam rancangan Muntada Fursan al-Sunnah li al-Intaj al-Islami. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi merupakan  seorang pendakwah Islam terkenal dari Mesir. Beliau terlibat dalam Rabitah al-Alam al-Islami (Liga Muslim Sedunia) di Mekah, khususnya dalam bahagian Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah. #Ya Allah, kurniakanlah aku kesempatan untuk bertemu dengan RasulMu, Nabi Muhammad saw, dalam mimpiku. Jadikan pertemuan itu sebagai pendorong kecintaan dan ikutan terhadap sunnah Baginda. Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, ahli keluarganya, dan para sahabatnya. Aamiiin. ♡Jelas bahawa mimpi bertemu Rasulullah saw termasuk dalam mimpi yang baik dan merupakan perkhabaran gembira buat seseorang. Ini menunjukkan bahawa terdapat keistimewaan dalam dirinya yang membolehkannya bertemu dengan insan yang paling mulia, sekiranya benar orang yang dijumpainya itu adalah Rasulullah saw berdasarkan sifat-sifat Baginda yang diceritakan dalam hadis dan sesuai dengannya. Oleh itu, secara umumnya, tidak menjadi masalah untuk seseorang menceritakan mimpinya bertemu Rasulullah saw. Bahkan Baginda saw sendiri membenarkan seseorang yang bermimpi sesuatu perkara yang baik untuk menceritakannya kepada orang lain♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook: https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 7907 Views
  • *Do'a Menjelang Maghrib*

    اَللّٰهُمَّ هٰذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُنَهَارِكَ وَأَصْوَاتُ دُعَاءِكَ فَاغْفِرْلِى ...

    *Allahumma haadza iqbaalu laylika wa idbaaru nahaarika wa ashwaatu du'aaika faghfirlii...*

    _Ya Allah... ini adalah kedatangan malamMu dan lenyapnya siangMu, serta suara orang-orang yang berdoa padaMu maka ampunilah aku_

    *(sumber: Al Adzkar Imam Nawawi).*

    Apabila waktu shalat telah tiba, maka tinggalkanlah semua kegiatanmu, sebab Allah Subhaanahu Wata'aalaa lebih pantas untuk engkau perhatikan daripada yang lainnya.

    *(Habib Umar bin Abdurrahman al-atthas)*

    *Keutamaan Waktu antara Maghrib dan Isya'*


    Waktu ini sangat singkat. Tapi penuh dengan kucuran rahmat Allah.

    Alhabib Abdullah bin Abu Bakar Alidrus berkata

    الكنوز كل الكنوز فيما بين المغرب و العشاء
    *Pusaka (hal yang paling berharga) dari segala pusaka ada pada waktu antara maghrib dan isya'.*

    Dikisahkan bahwa ada seorang murid mengadu kepada gurunya. Dia berkata," _Wahai syekh, aku ini sangat ingin untuk beribadah puasa dipagi hari dan juga ingin menghidupkan waktu antara maghrib dan isya' dengan ibadah. Akan tetapi jika aku lakukan keduanya itu sangat susah. Jika paginya aku berpuasa, tentu diwaktu maghrib aku akan sibuk untuk berbuka,masak, dll. Lalu bagaimana??_

    Gurunya menjawab, " _Kau lakukan keduanya itulah yang afdhol...!! Pagi harinya berpuasa, dan ketika adzan magrib engkau berbuka sebentar kemudian langsung beribadah._"
    Muridnya pun mengadu bahwa susah melakukan 2 hal itu. Lantas mana yang harus dipilih diantara 2 ibadah itu..? Puasa tapi waktu antara maghrib dan isya' sibuk dengan makanan,,, atau sebaliknya??
    Syekh tsb menjawab:
    اذن احيي بين العشائين!!

    *Kalau begitu, hidupkan waktu antara maghrib dan isya*

    Maka jangan lewatkan waktu yang mulia ini untuk hal yang sia-sia.
    Gunakan untuk beribadah.
    Setelah adzan maghrib langsung sholat berjama'ah,
    Kemudian sibukkan dengan mengaji, berdzikir,membaca ratib, dll hingga datang waktu isya'.👍🏻

    Yang lagi kerja,,stop dulu kerjaannya..
    🖥TV dimatikan dulu
    HPnya ditaruh dulu,,kalau perlu di _silent_,, kan lagi sibuk sama Allah.. ❤
    Jangan ngrumpi, atau ngomongin orang diwaktu ini.
    Jangan juga bahas masalah dunia!!!
    *🌅Do'a Menjelang Maghrib🕌* اَللّٰهُمَّ هٰذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُنَهَارِكَ وَأَصْوَاتُ دُعَاءِكَ فَاغْفِرْلِى ... *Allahumma haadza iqbaalu laylika wa idbaaru nahaarika wa ashwaatu du'aaika faghfirlii...* _Ya Allah... ini adalah kedatangan malamMu dan lenyapnya siangMu, serta suara orang-orang yang berdoa padaMu maka ampunilah aku_ *(sumber: Al Adzkar Imam Nawawi).* ✨🌳 Apabila waktu shalat telah tiba, maka tinggalkanlah semua kegiatanmu, sebab Allah Subhaanahu Wata'aalaa lebih pantas untuk engkau perhatikan daripada yang lainnya. *🌴🕌(Habib Umar bin Abdurrahman al-atthas)🕌🌴* 🌹 *Keutamaan Waktu antara Maghrib dan Isya'*🌹 Waktu ini sangat singkat. Tapi penuh dengan kucuran rahmat Allah. 👳 Alhabib Abdullah bin Abu Bakar Alidrus berkata الكنوز كل الكنوز فيما بين المغرب و العشاء *Pusaka (hal yang paling berharga) dari segala pusaka ada pada waktu antara maghrib dan isya'.* 📜Dikisahkan bahwa ada seorang murid mengadu kepada gurunya. Dia berkata," _Wahai syekh, aku ini sangat ingin untuk beribadah puasa dipagi hari dan juga ingin menghidupkan waktu antara maghrib dan isya' dengan ibadah. Akan tetapi jika aku lakukan keduanya itu sangat susah. Jika paginya aku berpuasa, tentu diwaktu maghrib aku akan sibuk untuk berbuka,masak, dll. Lalu bagaimana??_ Gurunya menjawab, " _Kau lakukan keduanya itulah yang afdhol...!! Pagi harinya berpuasa, dan ketika adzan magrib engkau berbuka sebentar kemudian langsung beribadah._" Muridnya pun mengadu bahwa susah melakukan 2 hal itu. Lantas mana yang harus dipilih diantara 2 ibadah itu..? Puasa tapi waktu antara maghrib dan isya' sibuk dengan makanan,,, atau sebaliknya?? Syekh tsb menjawab: اذن احيي بين العشائين!! *Kalau begitu, hidupkan waktu antara maghrib dan isya* 🕕 Maka jangan lewatkan waktu yang mulia ini untuk hal yang sia-sia. Gunakan untuk beribadah. 🕌 Setelah adzan maghrib langsung sholat berjama'ah, 📖 Kemudian sibukkan dengan mengaji, berdzikir,membaca ratib, dll hingga datang waktu isya'.🕖👍🏻 Yang lagi kerja,,stop dulu kerjaannya..⛔ 🖥TV dimatikan dulu 📱HPnya ditaruh dulu,,kalau perlu di _silent_,, kan lagi sibuk sama Allah.. ❤ Jangan ngrumpi, atau ngomongin orang diwaktu ini. Jangan juga bahas masalah dunia!!!
    0 Comments 0 Shares 5252 Views
  • PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Tidak Masuk Syurga Pemilik Sifat Sombong

    عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
     
    Daripada Abdullah bin Mas'ud RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan." Seorang laki-laki bertanya, "Sesungguhnya laki-laki menyukai apabila baju dan kasutnya bagus - cantik (apakah ini termasuk kesombongan)?"Baginda menjawab: "Sesungguhnya Allah itu cantik dan  menyukai yang cantik, kesombongan itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia." (HR Muslim No: 131) Status: Hadis Sahih

    Pengajaran:

    1.  Sifat sombong adalah sifat iblis, merasa dirinya lebih baik dari yang lain

    2.  Imam Nawawi  berkata: Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka, serta menolak kebenaran

    3.  Tidak masuk syurga sesiapa yang memiliki sifat sombong dalam dirinya walaupun sebesar biji sawi.

    4.  Sifat sombong mendorong seseorang menolak kebenaran dan merendah serta memperlekeh orang lain.

    5.  Dalam Kitab Riadussolihin menyebutkan: Menolak kebenaran adalah dengan menolak dan berpaling darinya serta tidak mahu menerimanya. Sedangkan meremehkan manusia yakni merendahkan dan meremehkan orang lain, memandang orang lain tidak ada apa-apa dan melihat dirinya lebih dibandingkan orang lain

    6.  Suka kepada kecantikan pakaian tidak termasuk kepada sifat kesombongan.

    #BangunkanJiwaMerdeka
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
    #PalestinMerdeka

    09hb Rabiul Akhir 1446H
    12hb Oktober 2024

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Tidak Masuk Syurga Pemilik Sifat Sombong عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ   Daripada Abdullah bin Mas'ud RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan." Seorang laki-laki bertanya, "Sesungguhnya laki-laki menyukai apabila baju dan kasutnya bagus - cantik (apakah ini termasuk kesombongan)?"Baginda menjawab: "Sesungguhnya Allah itu cantik dan  menyukai yang cantik, kesombongan itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia." (HR Muslim No: 131) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Sifat sombong adalah sifat iblis, merasa dirinya lebih baik dari yang lain 2.  Imam Nawawi  berkata: Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka, serta menolak kebenaran 3.  Tidak masuk syurga sesiapa yang memiliki sifat sombong dalam dirinya walaupun sebesar biji sawi. 4.  Sifat sombong mendorong seseorang menolak kebenaran dan merendah serta memperlekeh orang lain. 5.  Dalam Kitab Riadussolihin menyebutkan: Menolak kebenaran adalah dengan menolak dan berpaling darinya serta tidak mahu menerimanya. Sedangkan meremehkan manusia yakni merendahkan dan meremehkan orang lain, memandang orang lain tidak ada apa-apa dan melihat dirinya lebih dibandingkan orang lain 6.  Suka kepada kecantikan pakaian tidak termasuk kepada sifat kesombongan. #BangunkanJiwaMerdeka #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 09hb Rabiul Akhir 1446H 12hb Oktober 2024 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    0 Comments 0 Shares 5060 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 10 Rabiul Akhir 1446H☆

    إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ

    "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).. [Surah al-Hujurat 13]

    #Allah menilai manusia pada taqwanya. Bukan pada rupa paras atau hartanya.

    #Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki melintasi Rasulullah aw. Baginda pun bertanya: "Apa pandangan kamu semua tentang dia?"

    Mereka menjawab: Dia ini pasti, jika meminang, orang sudi nikahkan. Jika beri cadangan, orang terima. Jika berkata, orang dengar.’

    Nabi hanya diam. Kemudian lalu pula seorang lelaki Muslim yang miskin. Nabi pun bertanya: "Apa pandangan kamu semua pula tentang dia?"

    Mereka menjawab: "Dia ini pasti, jika meminang, orang tidak sudi. Jika beri cadangan, orang tolak. Jika berkata, orang tidak dengar"

    Rasulullah pun bersabda: "Dia seorang sahaja pun adalah lebih baik daripada seramai-ramai orang di bumi yang serupa dengan orang pertama tadi!" (HR al-Bukhari)
     
    #Disebut dalam riwayat, ada beberapa orang sahabat Nabi yang hodoh, antaranya Sayidina Ju'ail bin Suraqah r.a. Sebelah matanya buta. Sudahlah hodoh dan buta, miskin pula.

    Selepas pembahagian harta perang Hunain, Nabi tanya Sayidina Abu Zar tentang Ju'ail bin Saraqah r.a. Mereka berdua sekampung. "Bagaimana awak tengok Ju'ail?"

    Sayidina Abu Zar menjawab: "Kesian orangnya sepertimana rupanya di mata orang"

    Nabi tanya pula pandangan Sayidina Abu Zar tentang seorang pemimpin kabilah yang baru Nabi hadiahkan harta kepadanya. Beliau pun menjawab: "Dia adalah tokoh antara tokoh!"

    Lalu Nabi pun sebut: "Namun Ju'ail seorang adalah lebih baik daripada orang itu sekalipun seramai sampai penuh bumi orang sepertinya!" (Ma'rifah al-Sahabah)

    #Walaupun rupa hodoh, buta dan miskin, namun jika dia seorang yang bertaqwa, dia sangat bernilai disisi Allah swt bahkan dijanjikan syurga teristimewa.

    ♡Alhamdulillah, Allah tidak menilai kita pada rupa dan harta, tetapi pada iman, amal usaha dan taqwa. Bertaqwakah kita? Selamat bermuhasabah!!♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk join:
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 10 Rabiul Akhir 1446H☆ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).. [Surah al-Hujurat 13] #Allah menilai manusia pada taqwanya. Bukan pada rupa paras atau hartanya. #Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki melintasi Rasulullah aw. Baginda pun bertanya: "Apa pandangan kamu semua tentang dia?" Mereka menjawab: Dia ini pasti, jika meminang, orang sudi nikahkan. Jika beri cadangan, orang terima. Jika berkata, orang dengar.’ Nabi hanya diam. Kemudian lalu pula seorang lelaki Muslim yang miskin. Nabi pun bertanya: "Apa pandangan kamu semua pula tentang dia?" Mereka menjawab: "Dia ini pasti, jika meminang, orang tidak sudi. Jika beri cadangan, orang tolak. Jika berkata, orang tidak dengar" Rasulullah pun bersabda: "Dia seorang sahaja pun adalah lebih baik daripada seramai-ramai orang di bumi yang serupa dengan orang pertama tadi!" (HR al-Bukhari)   #Disebut dalam riwayat, ada beberapa orang sahabat Nabi yang hodoh, antaranya Sayidina Ju'ail bin Suraqah r.a. Sebelah matanya buta. Sudahlah hodoh dan buta, miskin pula. Selepas pembahagian harta perang Hunain, Nabi tanya Sayidina Abu Zar tentang Ju'ail bin Saraqah r.a. Mereka berdua sekampung. "Bagaimana awak tengok Ju'ail?" Sayidina Abu Zar menjawab: "Kesian orangnya sepertimana rupanya di mata orang" Nabi tanya pula pandangan Sayidina Abu Zar tentang seorang pemimpin kabilah yang baru Nabi hadiahkan harta kepadanya. Beliau pun menjawab: "Dia adalah tokoh antara tokoh!" Lalu Nabi pun sebut: "Namun Ju'ail seorang adalah lebih baik daripada orang itu sekalipun seramai sampai penuh bumi orang sepertinya!" (Ma'rifah al-Sahabah) #Walaupun rupa hodoh, buta dan miskin, namun jika dia seorang yang bertaqwa, dia sangat bernilai disisi Allah swt bahkan dijanjikan syurga teristimewa. ♡Alhamdulillah, Allah tidak menilai kita pada rupa dan harta, tetapi pada iman, amal usaha dan taqwa. Bertaqwakah kita? Selamat bermuhasabah!!♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 5812 Views
More Results