SEJARAH RASULULLAH SAW :


Nabi Muhammad SAW
Pemimpin politik Arab dan
Pengasas Islam

Nabi Muhammad bin Abdullah
(570 M - 8 Jun 632 M)
Baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam.
Nabi Muhammad SAW dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan nabi-nabi yang terdahulu.

Nabi Muhammad Bin Abdullāh
KELAHIRAN :
12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 571)
Mekkah, Semenanjung Arab
(kini Arab Saudi)

WAFATNYA RASULULLAH SAW :
8 Jun 632
Madinah, Semenanjung Arab
(kini Arab Saudi)

SEBAB KEWAFATAN :
Sakit (demam panas)

RASULULLAH SAW DIKEBUMIKAN :
Makam di Masjid Nabawi, Madinah.

NAMA-NAMA LAIN RASULULLAH SAW :
1. Al-Amin,
2. As-Saadiq,
3. RASUL Allāh
4. Abu al-Qasim dan ada banyak lagi sebenarnya 201.

UMUR PASANGAN RASULULLAH SAW
KETIKA BERNIKAH :
1. Khadijah binti Khuwailid
40 Tahun (555-619).

2. Saudah binti Zam'ah
50 Tahun (619-632).

3. Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq
9 tahun (619-632).

4. Hafsah binti Umar Al-Khattab
19 Tahun (624-632).

5. Zainab binti Khuzaimah
29 Tahun (625-627).

6. Zainab binti Jansyin
35 Tahun (627-632).

7. Juwairiah binti Al-Harith
19 Tahun (628-632).

8. Ramlah binti Abu Sufian
32 Tahun (628-632).

9. Hindun binti Abi Umaiyah
28 Tahun (629-632).

10. Raihanah binti Zaid
(629-631)

11. Safiyah binti Huyay
16 Tahun (629-632).

12. Maimunah binti Al-Harith
25 Tahun (630-632).

13. Mariyah al-Qibthiyah
(630-632).

IBU BAPA RASULULLAH SAW :
AYAH : Abdullah bin Abdul Muttalib
IBU : Āminah bt Wahab


SEJARAH RINGKAS :

DILAHIRKAN DI MAKKAH DAN DIJAGA :
Semenanjung Arab,
Baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh
1. datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan 2. seterusnya bapa saudara baginda,
Abu Talib bin Abdul Muttalib.

Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun).

Keluarga baginda mengamalkan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Isa AS daripada Allah SWT.


WAHYU PERTAMA :
Ketika Nabi Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril (malaikat yang sama menyampaikan wahyu Allah SWT kepada 5 orang Rasul Ulul Azmi) ketika sedang berada di Gua Hira.


BERDAKWAH :
Tiga tahun setelah kejadian itu,
baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan
"Tuhan itu Esa"
dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT
(secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين ad-Din) yang diterima Allah SWT sahaja.

Nabi Muhammad SAW menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan.

Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim.
Oleh itu, Nabi Muhammad SAW telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M


HIJRAH :
sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah Hijrah ke Madinah
(dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M.

Peristiwa penghijrahan Baginda itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah.

Di Madinah, Baginda telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah.


KEMBALI KE MEKKAH SEMULA :
Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun,
Baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta membukanya.
Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.

KEWAFATAN RASULULLAH SAW :
Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas Haji Wida atau Haji Perpisahan,
Nabi Muhammad SAW telah jatuh sakit
lalu wafat.

Ketika kematian Baginda,
hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan utuhnya
(6 Mei 570M atau pun 20 April/26 April 571M).


KETURUNAN IBU DAN AYAH
RASULULLAH SAW :
Ibu Baginda,
iaitu Aminah binti Wahab,
adalah anak perempuan kepada
Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah.

Ayah Baginda,
iaitu Abdullah,
ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya dikatakan bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayah Baginda telah meninggal sebelum kelahiran Baginda.
Sementara ibu Baginda meninggal ketika Baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu.


IBU SUSUAN RASULULLAH SAW :
Menurut tradisi keluarga atasan Mekkah, Baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat

IBU SUSU :
wanita yang menyusukan baginda yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun.

RASULULLAH SAW DI JAGA :
Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibu Baginda Aminah binti Wahab.

Setelah ibu Baginda wafat,
Baginda dijaga oleh
datuknya, Abdul Muthalib.

Apabila datuknya meninggal,
Baginda dijaga oleh bapa saudara Baginda, Abu Talib.

Ketika inilah Baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudara Baginda di sekitar Mekkah dan kerap menemani bapa saudara Baginda dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).


MASA REMAJA RASULULLAH SAW :
Dalam masa remaja Baginda,
Nabi Muhammad SAW percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah SWT.

Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak.
Baginda mengamalkan ajaran-ajaran Nabi-Nabi terdahulu terutamanya
Nabi Isa Al-Masih.

YANG RASULULLAH SAW SAYANG :
Baginda menyayangi
1. orang-orang miskin,
2. para janda dan
3. anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka.

Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain,
sehingga Baginda dikenali sebagai
As Saadiq (yang benar) dan
Al Amin (yang amanah).

Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekkah.


BAGINDA BERUMAHTANGGA :
Ketika berusia kira-kira 25 tahun,
ayah saudara Baginda menyarankan Baginda untuk bekerja dengan kafilah
(rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria).
Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.

ISTERI DAN ANAK RASULULLAH SAW PERTAMA:
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini Baginda.
Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia.

Mereka dikurniakan 6 orang anak
(2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka,
Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil.
Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra.

Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada
usia 64 tahun.


ANAK RASULULLAH SAW DENGAN
MARIA AL-QIBTIYYAH :
Seorang lagi anak Baginda adalah hasil perkahwinan Baginda dengan
Maria al-Qibtiyyah.
Putera Baginda bersama Maria bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai "Ummul Mukminin" yang bermaksud
"ibu orang-orang beriman".

BAPA DAN IBU SAUDARA
NABI MUHAMMAD SAW :
Al-Harith bin Abdul Muttalib
Muqaddam bin Abdul Muttalib
Zubair bin Abdul Muttalib
Hamzah bin Abdul Muttalib
Al-Abbas bin Abdul Muttalib
Abu Thalib bin Abdul Muttalib
Abu Lahab bin Abdul Muttalib
Abdul Kaabah bin Abdul Muttalib
Hijin bin Abdul Muttalib
Dhirar bin Abdul Muttalib
Ghaidaq bin Abdul Muttalib
Safiyah binti Abdul Muttalib
'Atikah binti Abdul Muttalib
Arwa binti Abdul Muttalib
Umaimah binti Abdul Muttalib
Barrah binti Abdul Muttalib
Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muttalib
Hashim bin Abdu'Manan


KERASULAN :
Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah.
Ia sungguh menyedihkan hati Baginda sehingga Baginda kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah,
yang kemudian dikenali sebagai
Jabal al-Nour,
untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya.

Di sinilah Baginda sering bertapa serta berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah SWT supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.


WAHYU PERTAMA :
Pada suatu malam hari Isnin 21 Ramadan (bersamaan 10 Ogos 610),
ketika Baginda sedang bertafakur
di Gua Hira,

Malaikat Jibril mendatangi Baginda.
Jibril membangkitkan Baginda dan menyampaikan wahyu Allah SWT
di telinganya.
Baginda diminta membaca.

Baginda menjawab,
"Saya tidak tahu membaca".

Jibril mengulangi tiga kali meminta
Nabi Muhammad SAW untuk membaca tetapi jawapan Baginda tetap sama.

Baginda menjawab,
"Saya tidak tahu membaca".

Akhirnya, Jibril berkata :
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah
yang mengajar manusia dengan perantaraan
(menulis, membaca).
Dia mengajarkan kepada manusia
apa yang tidak diketahuinya."

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW.
Ketika itu baginda berusia 40 tahun setengah.


WAHYU TURUN SELAMA 23 TAHUN :
Wahyu itu turun kepada Baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa
23 tahun.

Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan kepada
Nabi Muhammad SAW dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan).


AL-QURAN DAN AL SUNNAH :
Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai
erti yang jelas.
Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh
Nabi Muhammad SAW sendiri melalui percakapan Baginda,
tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah.

Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah SWT.


BERDAKWAH :
Marhalah dakwah baginda boleh dibahagikan mengikut fasa:

Fasa di Makkah: hampir 13 tahun
Dakwah rahsia: 3 tahun
Dakwah terbuka di Makkah: hampir 7 tahun
Dakwah kepada semua: 3 tahun
Fasa Madinah: 10 tahun

Perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW juga boleh diringkaskan sebagai berikut :

Pertama:
Marhalah Tasqif -
tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.

Kedua:
Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah -
tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai panduan utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Ketiga:
Marhalah Istilamil Hukmi -
tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.

didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Nabi Muhammad SAW
Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan oleh Baginda kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting :

Pertama :
untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.

Kedua :
untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

CABARAN BERDAKWAH :
Apabila Nabi Muhammad SAW menyeru manusia ke jalan Allah SWT,
tidak ramai yang mendengar seruannya.

Kebanyakkan pengikut Baginda adalah dari anggota keluarga Baginda dan dari golongan masyarakat bawahan,
Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zaid dan Bilal.

Apabila Baginda memperhebatkan kegiatan dakwah Baginda dengan mengumumkan secara terbuka
Agama Islam yang disebarkan Baginda, dengan itu ramai yang mengikut Baginda.

Tetapi pada masa, Baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam.
Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.

Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut Agama Islam.

Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekkah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan.

Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya.
Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya.
Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.

HIJRAH :
Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s.
beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah SWT.
Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah SWT.

Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama.
Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan.
Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini.

Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam.
Antara mereka yang tertarik dengan seruan Baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib (Madinah).

Mereka menemui Baginda dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi.

Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam,
Nabi Muhammad SAW dan orang-orang Islam Mekkah.

Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Nabi Muhammad di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib,
pakcik Baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu.
Mereka mengundang Baginda dan orang-orang Islam Mekkah untuk berhijrah ke Yathrib.

Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seAgama.
Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Nabi Muhammad SAW untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekkah di bandar mereka.
Nabi Muhammad SAW akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.


HIJRAH KE MADINAH (YATHRIB) :
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekkah cuba menghalang mereka.
Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib.
Masyarakat jahiliyah Mekkah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan Agama mereka ke daerah-daerah yang lain.

Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali
Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah.


RANCANGAN MEMBUNUH
RASULULLAH SAW :
Masyarakat Mekkah kemudian memutuskan untuk membunuh Baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur,
Nabi Muhammad SAW akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah SAW'.


MADINAH :
Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Baginda umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah.

Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam.

Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah.
Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam.
Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.


PEMBUKAAN KOTA MAKKAH :
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku,
Nabi Muhammad SAW berlepas ke Makkah.

Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat.
Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat.
Nabi Muhammad SAW kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.


MENELADANI PERBUATAN
NABI MUHAMMAD SAW :
Perbuatan-perbuatan yang dilakukan
Nabi Muhammad SAW dibagi menjadi dua cara.
Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara Fitriah, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah.

Perbuatan-perbuatan jibiliyah,
seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi
Nabi Muhammad SAW maupun bagi umatnya.
Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).

Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi
Nabi Muhammad SAW, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram);
atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi Baginda.


KHUSUS BAGI RASULULLAH SAW :
Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Nabi Muhammad SAW,
seperti dibolehkan Baginda melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan Baginda;
maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikuti Baginda.

Sebab,
perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi Baginda berdasarkan Ijmak Sahabat.
Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani Baginda dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.

Akan halnya dengan perbuatan Baginda yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil.
Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti

RASULULLAH SAW BERSABDA :
“ Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat ”.

RASULULLAH SAW BERSABDA
" Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan) ".

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan Baginda merupakan penjelas,
agar kita mengikutinya.

Penjelasan Baginda boleh juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/perbuatan yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas,

ALLAH SWT BERFIRMAN :
" Maka potonglah tangan keduanya ."
(SURAH AL-MAIDAH : 38)

Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Baginda, baik berupa ucapan maupun perbuatan yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu
wajib,
haram,
mandub(sunat) atau
mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.

Sedangkan perbuatan-perbuatan Baginda yang tidak terdapat di dalamnya perbuatan yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas,
bukan penolakan dan bukan pula ketetapan.
Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub
(mendekatkan diri kepada Allah SWT)
atau tidak.
Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah SWT
maka perbuatan itu termasuk mandub (sunat),
di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya.

Misalnya Solat Duha.
Sedangkan jika tidak terdapat di
dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk
mubah (harus).

PESANAN TERAKHIR MUHAMMAD
(ISI KHUTBAH TERAKHIR MUHAMMAD) :
Ketika Nabi Muhammad SAW
mengerjakan ibadah haji yang terakhir,
maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah
di Lembah Uranah, Bukit Arafah,
Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin,
di antara isi dari khutbah terakhir
Nabi Muhammad SAW itu ialah:

" Wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

1. "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

2. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

3. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

4. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan DIA pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

5. Allah SWT telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

6. "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
syaitan telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

7. "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu,
mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu,
maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

8. "Wahai manusia,
dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah SWT,
dirikanlah solat lima waktu,
berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

9. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama;
tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

10. "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah SWT pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

11. "Wahai manusia,
tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir Agama baru.

Oleh itu wahai manusia.
Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

12. "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah,
bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."


RINGKASAN PERKEMBANGAN ISLAM :
570M-
Nabi Muhammad SAW dilahirkan.

610M-
Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira'.

615M-
Orang Muslim didera oleh puak Quraish.
Hijrah pertama ke Habsyah.

616M-
Sayidina Hamzah dan
Saidina Umar memeluk Islam.
Hijrah kedua ke Habsyah.

619M-
Khadijah ra (isteri Baginda) dan
Abu Talib (bapa saudara Baginda)
meninggal dunia.
Melawat Taif.
Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.

621M-
Baiat Aqabah 1.

622M-
Baiat Aqabah 2.
Hijrah ke Madinah.
Daulah Islamiyah dibina.

624M-
Perang Badar.

625M-
Perang Uhud.

627M-
Perang Ahzab.

628M-
Perjanjian Hudaibiyah.

629M-
Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine,
Baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah.

630M-
Pembukaan Makkah.
Perang Hunain.

631M-
Perang Tabuk.

632M-
Kewafatan RASULULLAH SAW,
perlantikan Syaidina Abu Bakar sebagai khalifah.


KEWAFATAN SAHABAT
RASULULLAH SAW :

1. Ali bin Abi Thalib
lahir di Makkah
Wafat 40 H

2. Hasan bin Ali
lahir di Madinah
Wafat 50 H

3. Husain bin Ali
lahir di Madinah
Wafat 61 H

4. Ali bin Husain
lahir di Madinah
Wafat 95 H

5. Muhammad al-Baqir
lahir di Madinah
Wafat 114

6. Ja’far ash-Shadiq
lahir di Madinah
Wafat 148

7. Musa al-Kadzim
lahir di Madinah
Wafat 183 H

8. Ali ar-Ridha
lahir di Madinah
Wafat 203 H

9. Muhammad al-Jawad
lahir di Madinah
Wafat 220 H

10. Ali al-Hadi
lahir di Madinah
Wafat 254 H

11. Hasan al-Asykari
lahir di Madinah
Wafat 260 H

12. Muhammad bin al-Asykari
Samarra, Irak
Lahir 255 H atau 868 M
SEJARAH RASULULLAH SAW : Nabi Muhammad SAW Pemimpin politik Arab dan Pengasas Islam Nabi Muhammad bin Abdullah (570 M - 8 Jun 632 M) Baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam. Nabi Muhammad SAW dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan nabi-nabi yang terdahulu. Nabi Muhammad Bin Abdullāh KELAHIRAN : 12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 571) Mekkah, Semenanjung Arab (kini Arab Saudi) WAFATNYA RASULULLAH SAW : 8 Jun 632 Madinah, Semenanjung Arab (kini Arab Saudi) SEBAB KEWAFATAN : Sakit (demam panas) RASULULLAH SAW DIKEBUMIKAN : Makam di Masjid Nabawi, Madinah. NAMA-NAMA LAIN RASULULLAH SAW : 1. Al-Amin, 2. As-Saadiq, 3. RASUL Allāh 4. Abu al-Qasim dan ada banyak lagi sebenarnya 201. UMUR PASANGAN RASULULLAH SAW KETIKA BERNIKAH : 1. Khadijah binti Khuwailid 40 Tahun (555-619). 2. Saudah binti Zam'ah 50 Tahun (619-632). 3. Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq 9 tahun (619-632). 4. Hafsah binti Umar Al-Khattab 19 Tahun (624-632). 5. Zainab binti Khuzaimah 29 Tahun (625-627). 6. Zainab binti Jansyin 35 Tahun (627-632). 7. Juwairiah binti Al-Harith 19 Tahun (628-632). 8. Ramlah binti Abu Sufian 32 Tahun (628-632). 9. Hindun binti Abi Umaiyah 28 Tahun (629-632). 10. Raihanah binti Zaid (629-631) 11. Safiyah binti Huyay 16 Tahun (629-632). 12. Maimunah binti Al-Harith 25 Tahun (630-632). 13. Mariyah al-Qibthiyah (630-632). IBU BAPA RASULULLAH SAW : AYAH : Abdullah bin Abdul Muttalib IBU : Āminah bt Wahab SEJARAH RINGKAS : DILAHIRKAN DI MAKKAH DAN DIJAGA : Semenanjung Arab, Baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh 1. datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan 2. seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Keluarga baginda mengamalkan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Isa AS daripada Allah SWT. WAHYU PERTAMA : Ketika Nabi Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril (malaikat yang sama menyampaikan wahyu Allah SWT kepada 5 orang Rasul Ulul Azmi) ketika sedang berada di Gua Hira. BERDAKWAH : Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين ad-Din) yang diterima Allah SWT sahaja. Nabi Muhammad SAW menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M HIJRAH : sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah Hijrah ke Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Baginda itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Baginda telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. KEMBALI KE MEKKAH SEMULA : Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, Baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta membukanya. Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah. KEWAFATAN RASULULLAH SAW : Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas Haji Wida atau Haji Perpisahan, Nabi Muhammad SAW telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematian Baginda, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan utuhnya (6 Mei 570M atau pun 20 April/26 April 571M). KETURUNAN IBU DAN AYAH RASULULLAH SAW : Ibu Baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayah Baginda, iaitu Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya dikatakan bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh. Ayah Baginda telah meninggal sebelum kelahiran Baginda. Sementara ibu Baginda meninggal ketika Baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. IBU SUSUAN RASULULLAH SAW : Menurut tradisi keluarga atasan Mekkah, Baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat IBU SUSU : wanita yang menyusukan baginda yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. RASULULLAH SAW DI JAGA : Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibu Baginda Aminah binti Wahab. Setelah ibu Baginda wafat, Baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, Baginda dijaga oleh bapa saudara Baginda, Abu Talib. Ketika inilah Baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudara Baginda di sekitar Mekkah dan kerap menemani bapa saudara Baginda dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria). MASA REMAJA RASULULLAH SAW : Dalam masa remaja Baginda, Nabi Muhammad SAW percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah SWT. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda mengamalkan ajaran-ajaran Nabi-Nabi terdahulu terutamanya Nabi Isa Al-Masih. YANG RASULULLAH SAW SAYANG : Baginda menyayangi 1. orang-orang miskin, 2. para janda dan 3. anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga Baginda dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekkah. BAGINDA BERUMAHTANGGA : Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara Baginda menyarankan Baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa. ISTERI DAN ANAK RASULULLAH SAW PERTAMA: Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini Baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. ANAK RASULULLAH SAW DENGAN MARIA AL-QIBTIYYAH : Seorang lagi anak Baginda adalah hasil perkahwinan Baginda dengan Maria al-Qibtiyyah. Putera Baginda bersama Maria bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai "Ummul Mukminin" yang bermaksud "ibu orang-orang beriman". BAPA DAN IBU SAUDARA NABI MUHAMMAD SAW : Al-Harith bin Abdul Muttalib Muqaddam bin Abdul Muttalib Zubair bin Abdul Muttalib Hamzah bin Abdul Muttalib Al-Abbas bin Abdul Muttalib Abu Thalib bin Abdul Muttalib Abu Lahab bin Abdul Muttalib Abdul Kaabah bin Abdul Muttalib Hijin bin Abdul Muttalib Dhirar bin Abdul Muttalib Ghaidaq bin Abdul Muttalib Safiyah binti Abdul Muttalib 'Atikah binti Abdul Muttalib Arwa binti Abdul Muttalib Umaimah binti Abdul Muttalib Barrah binti Abdul Muttalib Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muttalib Hashim bin Abdu'Manan KERASULAN : Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hati Baginda sehingga Baginda kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebagai Jabal al-Nour, untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah Baginda sering bertapa serta berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah SWT supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa. WAHYU PERTAMA : Pada suatu malam hari Isnin 21 Ramadan (bersamaan 10 Ogos 610), ketika Baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Baginda. Jibril membangkitkan Baginda dan menyampaikan wahyu Allah SWT di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Nabi Muhammad SAW untuk membaca tetapi jawapan Baginda tetap sama. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Akhirnya, Jibril berkata : "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW. Ketika itu baginda berusia 40 tahun setengah. WAHYU TURUN SELAMA 23 TAHUN : Wahyu itu turun kepada Baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). AL-QURAN DAN AL SUNNAH : Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Nabi Muhammad SAW sendiri melalui percakapan Baginda, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah SWT. BERDAKWAH : Marhalah dakwah baginda boleh dibahagikan mengikut fasa: Fasa di Makkah: hampir 13 tahun Dakwah rahsia: 3 tahun Dakwah terbuka di Makkah: hampir 7 tahun Dakwah kepada semua: 3 tahun Fasa Madinah: 10 tahun Perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW juga boleh diringkaskan sebagai berikut : Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan. Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai panduan utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat. Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia. didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Nabi Muhammad SAW Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan oleh Baginda kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting : Pertama : untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung. Kedua : untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat. CABARAN BERDAKWAH : Apabila Nabi Muhammad SAW menyeru manusia ke jalan Allah SWT, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut Baginda adalah dari anggota keluarga Baginda dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zaid dan Bilal. Apabila Baginda memperhebatkan kegiatan dakwah Baginda dengan mengumumkan secara terbuka Agama Islam yang disebarkan Baginda, dengan itu ramai yang mengikut Baginda. Tetapi pada masa, Baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka. Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut Agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi. Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekkah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah. HIJRAH : Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah SWT. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah SWT. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan Baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib (Madinah). Mereka menemui Baginda dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Nabi Muhammad SAW dan orang-orang Islam Mekkah. Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Nabi Muhammad di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik Baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang Baginda dan orang-orang Islam Mekkah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seAgama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Nabi Muhammad SAW untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekkah di bandar mereka. Nabi Muhammad SAW akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu. HIJRAH KE MADINAH (YATHRIB) : Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekkah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekkah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan Agama mereka ke daerah-daerah yang lain. Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. RANCANGAN MEMBUNUH RASULULLAH SAW : Masyarakat Mekkah kemudian memutuskan untuk membunuh Baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Nabi Muhammad SAW akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah SAW'. MADINAH : Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Baginda umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli. PEMBUKAAN KOTA MAKKAH : Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad SAW berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad SAW kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan. MENELADANI PERBUATAN NABI MUHAMMAD SAW : Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Nabi Muhammad SAW dibagi menjadi dua cara. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara Fitriah, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Nabi Muhammad SAW maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat). Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Nabi Muhammad SAW, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi Baginda. KHUSUS BAGI RASULULLAH SAW : Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Nabi Muhammad SAW, seperti dibolehkan Baginda melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan Baginda; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikuti Baginda. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi Baginda berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani Baginda dalam perbuatan-perbuatan semacam ini. Akan halnya dengan perbuatan Baginda yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti RASULULLAH SAW BERSABDA : “ Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat ”. RASULULLAH SAW BERSABDA " Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan) ". Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan Baginda merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan Baginda boleh juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/perbuatan yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas, ALLAH SWT BERFIRMAN : " Maka potonglah tangan keduanya ." (SURAH AL-MAIDAH : 38) Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Baginda, baik berupa ucapan maupun perbuatan yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil. Sedangkan perbuatan-perbuatan Baginda yang tidak terdapat di dalamnya perbuatan yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah SWT) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah SWT maka perbuatan itu termasuk mandub (sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah (harus). PESANAN TERAKHIR MUHAMMAD (ISI KHUTBAH TERAKHIR MUHAMMAD) : Ketika Nabi Muhammad SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW itu ialah: " Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. 1. "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. 2. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 3. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. 4. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan DIA pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. 5. Allah SWT telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. 6. "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. syaitan telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. 7. "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 8. "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah SWT, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. 9. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh. 10. "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah SWT pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 11. "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir Agama baru. Oleh itu wahai manusia. Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. 12. "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU." RINGKASAN PERKEMBANGAN ISLAM : 570M- Nabi Muhammad SAW dilahirkan. 610M- Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira'. 615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah. 616M- Sayidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah. 619M- Khadijah ra (isteri Baginda) dan Abu Talib (bapa saudara Baginda) meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku. 621M- Baiat Aqabah 1. 622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina. 624M- Perang Badar. 625M- Perang Uhud. 627M- Perang Ahzab. 628M- Perjanjian Hudaibiyah. 629M- Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine, Baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah. 630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain. 631M- Perang Tabuk. 632M- Kewafatan RASULULLAH SAW, perlantikan Syaidina Abu Bakar sebagai khalifah. KEWAFATAN SAHABAT RASULULLAH SAW : 1. Ali bin Abi Thalib lahir di Makkah Wafat 40 H 2. Hasan bin Ali lahir di Madinah Wafat 50 H 3. Husain bin Ali lahir di Madinah Wafat 61 H 4. Ali bin Husain lahir di Madinah Wafat 95 H 5. Muhammad al-Baqir lahir di Madinah Wafat 114 6. Ja’far ash-Shadiq lahir di Madinah Wafat 148 7. Musa al-Kadzim lahir di Madinah Wafat 183 H 8. Ali ar-Ridha lahir di Madinah Wafat 203 H 9. Muhammad al-Jawad lahir di Madinah Wafat 220 H 10. Ali al-Hadi lahir di Madinah Wafat 254 H 11. Hasan al-Asykari lahir di Madinah Wafat 260 H 12. Muhammad bin al-Asykari Samarra, Irak Lahir 255 H atau 868 M
Like
1
0 Comments 0 Shares 11771 Views