☆Tadabbur Kalamullah 8 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Dalam keadaan kita diwajibkan berpuasa, pada masa yang sama juga, kita dituntut untuk memperbanyakkan sedekah dan sentiasa menyantuni orang susah yang memerlukan seperti menjamu mereka berbuka puasa.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Salman al-Farisi r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ قَالَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَوْ تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ

"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka". Maka Rasulullah saw menjawab: "Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman" (Riwayat Ibn Khuzaimah)

#Diriwayatkan bahawa Ibnu Shihab al-Zuhri,

كان ابن شهاب الزهري إذا دخل رمضان قال: فإنما هو تلاوة القرآن، وإطعام الطعام.

"Apabila tiba sahaja Ramadhan dia akan berkata: Ianya adalah bulan membaca al-Quran dan memberi orang makan" (Lihat: Lataif al-Maarif oleh Imam Ibn Rejab)

#Daripada Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir berkata: "Maula perempuan Sayidina Abu Umamah r.a menceritakan kepadaku: Abu Umamah adalah orang yang suka bersedekah dan suka mengumpulkan sesuatu dan kemudian disedekahkannya. Dia tidak pernah menolak seorang pun yang meminta sesuatu kepadanya, walaupun dia hanya mampu untuk memberi hanya seulas bawang merah atau sebiji buah kurma atau sesuap makanan. Pada suatu hari datang seorang meminta kepadanya padahal ketika itu dia hanya mempunyai wang sebanyak 3 dinar. Orang itu tetap meminta juga, maka Abu Umamah pun memberikannya 1 dinar. Kemudian datang orang lain dan meminta bantuan daripadanya. Abu Umamah memberinya 1 dinar. Datang lagi seorang pengemis, Abu Umamah memberinya 1 dinar juga. (Lihat: Siyar A’lam Nubala)

#Bagi orang yang dijamu makan, maka berdoalah untuk orang yang menjamu berbuka puasa itu. Ini sebagai tanda ingatan dan terima kasih kita kepada orang yang menjamu kita berbuka puasa, kita juga disunatkan untuk mendoakan mereka yang menjamu kita berbuka puasa dengan doa yang Nabi saw pernah ajar.

#Menurut Anas bin Malik r.a, Nabi pernah datang ke rumah Sayidina Sa’ad bin ‘Ubadah r.a. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda saw lalu makan dan membaca:

أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ
 
"Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat" (HR Abu Daud, Ahmad dan an-Nasa’ie)

♡Contohilah mereka yang pemurah, suka berderma dan menjamu orang makan. Moga kita menjadi seorang yang dermawan. Aamiiin♡

Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 8 Ramadhan 1445H☆ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183] #Dalam keadaan kita diwajibkan berpuasa, pada masa yang sama juga, kita dituntut untuk memperbanyakkan sedekah dan sentiasa menyantuni orang susah yang memerlukan seperti menjamu mereka berbuka puasa. #Diriwayatkan daripada Sayidina Salman al-Farisi r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ قَالَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَوْ تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka". Maka Rasulullah saw menjawab: "Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman" (Riwayat Ibn Khuzaimah) #Diriwayatkan bahawa Ibnu Shihab al-Zuhri, كان ابن شهاب الزهري إذا دخل رمضان قال: فإنما هو تلاوة القرآن، وإطعام الطعام. "Apabila tiba sahaja Ramadhan dia akan berkata: Ianya adalah bulan membaca al-Quran dan memberi orang makan" (Lihat: Lataif al-Maarif oleh Imam Ibn Rejab) #Daripada Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir berkata: "Maula perempuan Sayidina Abu Umamah r.a menceritakan kepadaku: Abu Umamah adalah orang yang suka bersedekah dan suka mengumpulkan sesuatu dan kemudian disedekahkannya. Dia tidak pernah menolak seorang pun yang meminta sesuatu kepadanya, walaupun dia hanya mampu untuk memberi hanya seulas bawang merah atau sebiji buah kurma atau sesuap makanan. Pada suatu hari datang seorang meminta kepadanya padahal ketika itu dia hanya mempunyai wang sebanyak 3 dinar. Orang itu tetap meminta juga, maka Abu Umamah pun memberikannya 1 dinar. Kemudian datang orang lain dan meminta bantuan daripadanya. Abu Umamah memberinya 1 dinar. Datang lagi seorang pengemis, Abu Umamah memberinya 1 dinar juga. (Lihat: Siyar A’lam Nubala) #Bagi orang yang dijamu makan, maka berdoalah untuk orang yang menjamu berbuka puasa itu. Ini sebagai tanda ingatan dan terima kasih kita kepada orang yang menjamu kita berbuka puasa, kita juga disunatkan untuk mendoakan mereka yang menjamu kita berbuka puasa dengan doa yang Nabi saw pernah ajar. #Menurut Anas bin Malik r.a, Nabi pernah datang ke rumah Sayidina Sa’ad bin ‘Ubadah r.a. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda saw lalu makan dan membaca: أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ   "Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat" (HR Abu Daud, Ahmad dan an-Nasa’ie) ♡Contohilah mereka yang pemurah, suka berderma dan menjamu orang makan. Moga kita menjadi seorang yang dermawan. Aamiiin♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
Like
1
0 Comments 0 Shares 2044 Views