Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
12 Januari 2024 / 30 Jamadil Akhir 1445H
Keindahan Syariat Islam
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah (s.w.t.). Taati segala perintah-Nya dan jauhi segala larangan-Nya. Semoga Allah (s.w.t.) menerima segala amalan kita. Amin.
Saudara dan Saudari yang dikasihi,
Allah (s.w.t.) mengurniakan pelbagai nikmat buat manusia. Kita dikurniakan akal yang mampu menilai baik buruknya sesuatu perkara. Kita dikurniakan akal fikiran yang perlu disirami dan dimurnikan dengan ilmu yang bermanfaat. Ingatlah pada firman Allah (s.w.t.) di dalam surah al-Ma’idah, ayat 100:
Yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu berjaya.”
Kemampuan manusia untuk membezakan perkara yang baik dan buruk adalah anugerah yang amat berharga. Imam Al-Jurjani, di dalam kitabnya At-ta'rifat pernah menjelaskan bahawa Islam merupakan suatu sistem ketuhanan yang menyeru orang-orang berakal kepada menerima apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w.).
Sebagai seorang yang beriman dan berakal, kitalah yang mencorak pemikiran dan kehidupan kita agar selari dengan syariat Islam. Ilmu yang sahih dan keimanan yang mantap dapat membezakan antara hak dan batil dalam suatu amalan.
Saudara Saudari,
Perumpamaan iman dan amal adalah seperti hati dan badan yang aktif berfungsi, tidak dapat dipisahkan. Syariat Islam dijadikan sebagai panduan dan bimbingan buat kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini.
Di sebalik syariat Islam itu, terdapat nilai-nilai yang mewarnai keindahan ajaran Islam. Pada kesempatan hari ini, izinkan saya untuk mengongsikan beberapa nilai murni dalam syariat Islam:
Pertama: Nilai kemudahan buat manusia
Syariat Islam diturunkan untuk memberi kemudahan buat umat manusia. Malahan, syariat Islam diturunkan kepada kita, umat Nabi Muhammad (s.a.w.), secara tadarruj, iaitu bertahap-tahap.
Islam turut memberi keyakinan kepada kita bahawa setiap kesukaran pasti ada jalan keluarnya. Sebagai contoh, keringanan untuk solat dalam keadaan duduk bagi mereka yang berkeuzuran untuk berdiri dengan sempurna ketika solat. Solusi ini membantu hamba-Nya melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan sebaik mungkin tanpa rasa paksaan atau bebanan. Begitulah keindahan syariat Islam yang mengambil kira kemampuan manusia. Ingatlah pesanan Rasulullah (s.a.w.):
إِنَّ الدِّيْنَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّيْنَ إِلاَّ غَلَبَهُ
Yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agamanya kecuali akan dikalahkan (tidak dapat melaksanakannya dengan sempurna).” (Hadis riwayat Imam Bukhari).
Islam itu adalah agama yang mudah, jangan kita menjadi penyebab orang lain menjauhi agama ini disebabkan kita yang menyulitkannya. Diburukkan lagi sekiranya kesulitan berlaku kerana kejahilan kita dalam beragama. Namun, kemudahan dalam beragama tidak bererti kita boleh memperlekehkan agama ini, sehingga kita mengambil ringan serta mengabaikan metodologi fiqh yang telah disusun dan diterima pakai oleh para ulama. Oleh itu, amat penting untuk memahami nilai syariat Islam ini melalui ilmu yang muktabar.
Kedua: Nilai keadilan dalam syariat Islam
Para jemaah sekalian,
Syariat Islam sangat menitikberatkan sifat berlaku adil di dalam berurusan sesama manusia. Tiada sebarang bentuk kezaliman atau kekejaman yang boleh dilakukan kepada sesiapa pun. Apatah lagi dalam masalah hukum agama kita sendiri. Namun, terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita, sebagai contoh, yang menyalahgunakan dan mengeksploitasikan hukum faraid untuk memenuhi kepentingan diri. Ada pula yang mengabaikan kebajikan sebahagian ahli waris yang memerlukan sehingga menzalimi hak mereka dalam hukum faraid.
Perbuatan mempergunakan hukum agama untuk kepentingan diri adalah satu bentuk kezaliman. Ia sama sekali bertentangan dengan nilai keadilan dalam ajaran Islam.
Ketiga: Nilai kesyumulan (menyeluruh) syariat Islam
Syariat Islam bersifat holistik atau syumul. Kesyumulan syariat Islam meliputi akidah, akhlak, hukum-hakam dan segala aspek kehidupan seharian. Lihat sahaja keindahan syariat Islam menerusi ibadah haji dan zakat. Kedua-duanya merupakan suatu bentuk ibadah yang merangkumi sudut kerohanian, sosial, ekonomi, mahupun kemanusiaan. Ketika seorang Muslim itu mengharapkan rahmat dan pengampunan Allah (s.w.t.) dalam peribadatannya, dia turut berpeluang untuk memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama manusia. Ia juga dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan kehidupan beragama di dalam masyarakat.
Semoga Allah (s.w.t.) mengurniakan kefahaman agama buat kita semua, dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم
KHUTBAH KEDUA
الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.
أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.
وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.
https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/455

0 Comments
0 Shares
7348 Views