☆Tadabbur Kalamullah 21 Rejab 1445H☆

وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا

"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29]

#Sifat bakhil merupakan sifat mazmumah (tercela) yang dibenci oleh Allah swt. Orang yang bersifat bakhil tidak rela memberikan apa yang dimilikinya kepada orang lain.

#Terdapat beberapa penderitaan yang bakal disesali orang yang bakhil:

1. Dihalang daripada masuk syurga. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Tidak akan masuk syurga orang yang bakhil, penipu, pengecut, dan tidak pula orang yang berperangai kasar” (HR Ahmad)

2. Allah bakhil pada orang yang bakhil. Diriwayatkan daripada Sayidatina Asma’ binti Abu Bakar r.ha bahawa Rasulullah saw bersabda kepadanya:

“Berinfaklah atau bersedekahlah! Dan janganlah kamu menahan sebahagian daripada hartamu, jika tidak, Allah akan menyempitkan rezekimu. Dan janganlah kamu bakhil, jika tidak, Allah akan bakhil terhadapmu” (HR Ahmad)

3. Disenaraikan dalam golongan yang dibenci Allah swt. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah mencintai tiga golongan dan membenci tiga golongan. Allah swt membenci lelaki tua yang berzina, orang fakir yang sombong dan orang berharta yang bakhil” (HR Ahmad)

4. Didoakan kehancuran oleh malaikat. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun dua malaikat kepadanya, lalu salah satunya berkata: "Ya Allah! Berikanlah ganti kepada sesiapa yang menafkahkan hartanya.” Sedangkan malaikat yang berikutnya berkata:" Ya Allah! Berikanlah kehancuran kepada orang yang menahan hartanya (bakhil)" (HR al-Bukhari)

#Bagi sesiapa yang dikurniakan kelebihan harta, janganlah sesekali bersifat bakhil. Berkongsilah rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan, itu lebih besar ganjaran dan nikmatnya.

♡Orang yang bersifat bakhil adalah golongan yang mengingkari nikmat Allah swt. Mereka sengaja menyembunyikan nikmat yang Allah berikan kepada mereka serta menyekat tangan daripada bersedekah dan menderma♡

Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 21 Rejab 1445H☆ وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29] #Sifat bakhil merupakan sifat mazmumah (tercela) yang dibenci oleh Allah swt. Orang yang bersifat bakhil tidak rela memberikan apa yang dimilikinya kepada orang lain. #Terdapat beberapa penderitaan yang bakal disesali orang yang bakhil: 1. Dihalang daripada masuk syurga. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang bakhil, penipu, pengecut, dan tidak pula orang yang berperangai kasar” (HR Ahmad) 2. Allah bakhil pada orang yang bakhil. Diriwayatkan daripada Sayidatina Asma’ binti Abu Bakar r.ha bahawa Rasulullah saw bersabda kepadanya: “Berinfaklah atau bersedekahlah! Dan janganlah kamu menahan sebahagian daripada hartamu, jika tidak, Allah akan menyempitkan rezekimu. Dan janganlah kamu bakhil, jika tidak, Allah akan bakhil terhadapmu” (HR Ahmad) 3. Disenaraikan dalam golongan yang dibenci Allah swt. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah mencintai tiga golongan dan membenci tiga golongan. Allah swt membenci lelaki tua yang berzina, orang fakir yang sombong dan orang berharta yang bakhil” (HR Ahmad) 4. Didoakan kehancuran oleh malaikat. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun dua malaikat kepadanya, lalu salah satunya berkata: "Ya Allah! Berikanlah ganti kepada sesiapa yang menafkahkan hartanya.” Sedangkan malaikat yang berikutnya berkata:" Ya Allah! Berikanlah kehancuran kepada orang yang menahan hartanya (bakhil)" (HR al-Bukhari) #Bagi sesiapa yang dikurniakan kelebihan harta, janganlah sesekali bersifat bakhil. Berkongsilah rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan, itu lebih besar ganjaran dan nikmatnya. ♡Orang yang bersifat bakhil adalah golongan yang mengingkari nikmat Allah swt. Mereka sengaja menyembunyikan nikmat yang Allah berikan kepada mereka serta menyekat tangan daripada bersedekah dan menderma♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
0 Comments 0 Shares 5927 Views