• ☆Tadabbur Kalamullah 20 Ramadhan 1445H☆

    لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

    "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

    #Rasulullah saw memberi beberapa isyarat kepada kita berkaitan malam al-Qadar ini. Antaranya, Baginda saw menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil dalam bulan Ramadhan.

    #Sayidina Jabir bin Samurah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

    الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا

    "Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad)

    #Dalam menentukan malam al-Qadar ini, antara pendapat yang paling kuat mengikut para ulamak bahawa malam itu berlaku pada malam 27 Ramadhan.

    #Hujah mereka amat banyak, antaranya:

    1. Mengikut Sayidina Abu Ka’ab r.a katanya: "Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam al-Qadar berada dalam bulan Ramadhan dan jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, beliau enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya".

    2. Daripada riwayat Sayidina Muawiyah r.a: "Bahawa Nabi saw telah bersabda bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27".

    3. Riwayat ini disokong oleh Sayidina Ibn Abbas r.a yang mengatakan bahawa surah al-Qadar mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu adalah dhamir (هِيَ) yang kembalinya kepada Lailatul Qadar.

    4. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sayidina Ibn Umar r.a: "Sesiapa yang mencari malam al-Qadar, hendaklah dia mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam al-Qadar pada malam yang ke-27".

    #Namun begitu, Imam as-Syafie berpendapat malam al-Qadar berlaku pada malam ke-21 Ramadhan berdalilkan hadis riwayat Sayidina Ibn Mas'ud. Terdapat juga pandangan Imam as-Syafie dan Imam Malik mengatakan berlaku pada malam 23 Ramadhan berdasarkan hadis daripada Sayidina Abdullah bin Unais r.a.

    #Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan berlaku pada malam ke 24 atau malam-malam terakhir Ramadhan.

    #Ketahuilah bahawa Allah swt merahsiakan malam al-Qadar supaya ia menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mencarinya. Disamping, supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari malam tersebut seperti disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat dan juga disembunyikan namanya yang agung daripada segala nama-nama yang Dia miliki.

    ♡Selamat beramal dan memburu lailatulqadar. Malam ni malam ke 21 Ramadhan, merupakan malam yang diharapkan lailatulqadar disisi Imam as-Syafi‘i. Jom qiam!!♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 20 Ramadhan 1445H☆ لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3] #Rasulullah saw memberi beberapa isyarat kepada kita berkaitan malam al-Qadar ini. Antaranya, Baginda saw menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil dalam bulan Ramadhan. #Sayidina Jabir bin Samurah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا "Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad) #Dalam menentukan malam al-Qadar ini, antara pendapat yang paling kuat mengikut para ulamak bahawa malam itu berlaku pada malam 27 Ramadhan. #Hujah mereka amat banyak, antaranya: 1. Mengikut Sayidina Abu Ka’ab r.a katanya: "Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam al-Qadar berada dalam bulan Ramadhan dan jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, beliau enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya". 2. Daripada riwayat Sayidina Muawiyah r.a: "Bahawa Nabi saw telah bersabda bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27". 3. Riwayat ini disokong oleh Sayidina Ibn Abbas r.a yang mengatakan bahawa surah al-Qadar mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu adalah dhamir (هِيَ) yang kembalinya kepada Lailatul Qadar. 4. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sayidina Ibn Umar r.a: "Sesiapa yang mencari malam al-Qadar, hendaklah dia mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam al-Qadar pada malam yang ke-27". #Namun begitu, Imam as-Syafie berpendapat malam al-Qadar berlaku pada malam ke-21 Ramadhan berdalilkan hadis riwayat Sayidina Ibn Mas'ud. Terdapat juga pandangan Imam as-Syafie dan Imam Malik mengatakan berlaku pada malam 23 Ramadhan berdasarkan hadis daripada Sayidina Abdullah bin Unais r.a. #Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan berlaku pada malam ke 24 atau malam-malam terakhir Ramadhan. #Ketahuilah bahawa Allah swt merahsiakan malam al-Qadar supaya ia menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mencarinya. Disamping, supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari malam tersebut seperti disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat dan juga disembunyikan namanya yang agung daripada segala nama-nama yang Dia miliki. ♡Selamat beramal dan memburu lailatulqadar. Malam ni malam ke 21 Ramadhan, merupakan malam yang diharapkan lailatulqadar disisi Imam as-Syafi‘i. Jom qiam!!♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 1980 Views
  • Majlis Ugama Islam Singapura

    Khutbah Jumaat

    26 Januari 2024 / 14 Rejab 1445H

    Ilmu Fikah: Mekanisma Pemahaman Syariat Islam




    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Khatib mengajak dirinya serta para tetamu Allah Sekalian agar bersama mempertingkatkan Ketakwaan kepada Allah (s.w.t). Marilah kita laksanakan segala perintah-Nya dan jauhi tegahan-Nya. Semoga kita dikurniakan kebijaksanaan menjalani kehidupan duniawi berlandaskan ilmu agama yang sahih. Amin.

    Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

    Ketika baginda Nabi (s.a.w.) mengutus Mu’az Bin Jabal ke Yaman, baginda bertanya kepadanya: “Bagaimanakah kamu akan membimbing Muslimin di sana ketika berhadapan situasi baru, dan tiada panduannya daripada Al-Quran dan Sunnah?” Mu’az menjawab, “Aku berijtihad dengan pendapatku dan tidak akan menyimpang (daripada dasar umum dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah)”. Lalu baginda bersabda:

    الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللَّهِ لِمَا يُرْضِي رَسُولَ اللَّهِ

    Yang bermaksud: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasul dengan apa yang diredai oleh Rasulullah.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

    Apakah pengajaran dari kisah tadi? Para sahabat dididik agar mampu berijtihad atau memberikan pandangan dalam permasalahan hukum kerana mereka telah dibekalkan dengan kefahaman agama yang baik. Ini bererti mereka memiliki panduan yang jelas dalam memahami dan mencerna hukum agama dalam kehidupan seharian.

    Para jemaah yang dikasihi,

    Fikah atau Fiqh adalah antara disiplin ilmu yang wujud dalam sains Islam. Ia secara khusus membahas persoalan hukum yang mengatur berbagai aspek kehidupan manusia, baik kehidupan peribadi, bermasyarakat, mahupun kehidupan manusia dengan Allah.

    Ulama mazhab seperti imam Malik, imam Shafi’i dan yang lainnya menggubal kaedah dan metodologi dalam membahaskan sesuatu permasalahan hukum. Sebagai contoh, ada mazhab yang menjadikan amalan penduduk Madinah pada awal Islam sebagai salah satu sandaran dalam pertimbangan hukum. Ada pula yang membezakan antara hukum fardu dan wajib berpandukan tahap kekuatan dalil hukum. Kesimpulannya, panduan dan dasar yang dipegang oleh para ulama adalah berdasarkan kajian, penelitian dan pendekatan dalam memahami syariat Islam.

    Saudara dan Saudari,

    Lapangan ilmu fikah mempersembahkan kemampuan dan kehebatan intelektual ulama silam dalam menganalisa hukum-hakam. Terkadang, wujud perbezaan pandangan pada satu masalah yang sama kerana kerencaman analisis. Ini biasanya berlaku dalam isu-isu cabang atau sampingan, dan bukan pada isu pokok atau prinsip hukum itu sendiri. Sebagai contoh, perbahasan ulama berkaitan menyapu kepala ketika berwuduk berpandukan firman Allah (s.w.t.) dalam surah Al-Ma’idah, ayat 6:




    Yang bermaksud: “Sapulah kepala kamu.”

    Ada ulama berpandangan perkataan “al-mash” di dalam ayat tadi bererti menyapu sebahagian kepala. Mazhab Hanafi sebagai contoh, berpandangan menyapu seperempat kepala. Segelintir yang lain pula berpendapat agar dibasuh sepenuhnya.

    Setiap daripada pandangan ini mempunyai hujah dan dasar yang berpaksi pada metodologi yang muktabar. Renungilah pandangan mereka dengan lensa ilmu, mudah-mudahan kita dapat memahami dan menghargai pandangan para ulama kita dalam sesuatu isu yang dibincangkan. Perbezaan pendapat antara manusia adalah lumrah kehidupan. Sama-samalah kita hayati firman Allah (s.w.t.) yang berbunyi:




    Yang bermaksud: “Dan sekiranya Tuhanmu (wahai Muhammad s.a.w.) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.” (Surah Hud, ayat 118).

    Semoga Allah (s.w.t.) mengurniakan kefahaman dalam agama Islam kepada kita, dan mengolongkan kita dalam kalangan mereka yang memperoleh kebaikan di dunia ini dan di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

    أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم



    KHUTBAH KEDUA



    الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.



    أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.



    وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.



    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.



    عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضْلِهِ يُعْطِكُم، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.





    https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/459
    Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 26 Januari 2024 / 14 Rejab 1445H Ilmu Fikah: Mekanisma Pemahaman Syariat Islam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Khatib mengajak dirinya serta para tetamu Allah Sekalian agar bersama mempertingkatkan Ketakwaan kepada Allah (s.w.t). Marilah kita laksanakan segala perintah-Nya dan jauhi tegahan-Nya. Semoga kita dikurniakan kebijaksanaan menjalani kehidupan duniawi berlandaskan ilmu agama yang sahih. Amin. Muslimin dan Muslimat yang dikasihi, Ketika baginda Nabi (s.a.w.) mengutus Mu’az Bin Jabal ke Yaman, baginda bertanya kepadanya: “Bagaimanakah kamu akan membimbing Muslimin di sana ketika berhadapan situasi baru, dan tiada panduannya daripada Al-Quran dan Sunnah?” Mu’az menjawab, “Aku berijtihad dengan pendapatku dan tidak akan menyimpang (daripada dasar umum dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah)”. Lalu baginda bersabda: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللَّهِ لِمَا يُرْضِي رَسُولَ اللَّهِ Yang bermaksud: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasul dengan apa yang diredai oleh Rasulullah.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Apakah pengajaran dari kisah tadi? Para sahabat dididik agar mampu berijtihad atau memberikan pandangan dalam permasalahan hukum kerana mereka telah dibekalkan dengan kefahaman agama yang baik. Ini bererti mereka memiliki panduan yang jelas dalam memahami dan mencerna hukum agama dalam kehidupan seharian. Para jemaah yang dikasihi, Fikah atau Fiqh adalah antara disiplin ilmu yang wujud dalam sains Islam. Ia secara khusus membahas persoalan hukum yang mengatur berbagai aspek kehidupan manusia, baik kehidupan peribadi, bermasyarakat, mahupun kehidupan manusia dengan Allah. Ulama mazhab seperti imam Malik, imam Shafi’i dan yang lainnya menggubal kaedah dan metodologi dalam membahaskan sesuatu permasalahan hukum. Sebagai contoh, ada mazhab yang menjadikan amalan penduduk Madinah pada awal Islam sebagai salah satu sandaran dalam pertimbangan hukum. Ada pula yang membezakan antara hukum fardu dan wajib berpandukan tahap kekuatan dalil hukum. Kesimpulannya, panduan dan dasar yang dipegang oleh para ulama adalah berdasarkan kajian, penelitian dan pendekatan dalam memahami syariat Islam. Saudara dan Saudari, Lapangan ilmu fikah mempersembahkan kemampuan dan kehebatan intelektual ulama silam dalam menganalisa hukum-hakam. Terkadang, wujud perbezaan pandangan pada satu masalah yang sama kerana kerencaman analisis. Ini biasanya berlaku dalam isu-isu cabang atau sampingan, dan bukan pada isu pokok atau prinsip hukum itu sendiri. Sebagai contoh, perbahasan ulama berkaitan menyapu kepala ketika berwuduk berpandukan firman Allah (s.w.t.) dalam surah Al-Ma’idah, ayat 6: Yang bermaksud: “Sapulah kepala kamu.” Ada ulama berpandangan perkataan “al-mash” di dalam ayat tadi bererti menyapu sebahagian kepala. Mazhab Hanafi sebagai contoh, berpandangan menyapu seperempat kepala. Segelintir yang lain pula berpendapat agar dibasuh sepenuhnya. Setiap daripada pandangan ini mempunyai hujah dan dasar yang berpaksi pada metodologi yang muktabar. Renungilah pandangan mereka dengan lensa ilmu, mudah-mudahan kita dapat memahami dan menghargai pandangan para ulama kita dalam sesuatu isu yang dibincangkan. Perbezaan pendapat antara manusia adalah lumrah kehidupan. Sama-samalah kita hayati firman Allah (s.w.t.) yang berbunyi: Yang bermaksud: “Dan sekiranya Tuhanmu (wahai Muhammad s.a.w.) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.” (Surah Hud, ayat 118). Semoga Allah (s.w.t.) mengurniakan kefahaman dalam agama Islam kepada kita, dan mengolongkan kita dalam kalangan mereka yang memperoleh kebaikan di dunia ini dan di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم KHUTBAH KEDUA الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ. أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضْلِهِ يُعْطِكُم، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/459
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 6335 Views
  • Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil
    Sinar Harian
    Sinar Harian
    November 23, 2023 02:45 MYT

    Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil
    Mahkamah Rayuan pada Khamis memutuskan penubuhan sekolah vernakular adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail

    PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis memutuskan penubuhan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan.

    Panel tiga hakim diketuai Datuk Supang Lian yang bersidang bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Azizul Azmi Adnan sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan difailkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    Mereka ialah Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

    Pada Disember 2019, lima NGO iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mappim, Gapena dan Isma memfailkan saman terhadap 13 pihak antaranya kerajaan Malaysia, kumpulan pendidik Cina Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia serta Persatuan Tamilar Thurunal (Perak).

    I-Guru pula menamakan Menteri Pendidikan dan kerajaan Malaysia, memohon deklarasi bahawa Seksyen 17 serta Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 adalah tidak konsisten dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, maka ia perlu dibatalkan.

    NGO-NGO itu mencabar keabsahan sekolah vernakular dan menyatakan penggunaan bahasa Mandarin serta Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

    Majlis Bahasa Cina Malaysia, Persatuan Tamil Neri Malaysia, Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia, MCA dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) telah dibenarkan mencelah dalam saman yang difailkan oleh I-Guru.

    Pada 29 Disember 2021, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak saman GPMS, Mappim, Gapena and Isma.

    Mohd Nazlan memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan.

    Pada 29 Mei tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman, Abazafree Mohd Abbas (kini Hakim Mahkamah Tinggi) turut memutuskan bahawa kewujudan sekolah vernakular adalah sah dan berperlembagaan ketika beliau menolak saman I-Guru.

    Pada Disember 2021 dan Mei 2022, Mappim, Gapena, Isma dan I-Guru merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Kota Bharu yang menolak saman mereka.

    Bagaimanapun, hanya GPMS tidak memfailkan rayuan.

    Semasa hujahan prosiding rayuan itu, peguam kanan Persekutuan, Liew Horng Bin, mewakili Menteri Pendidikan dan kerajaan berhujah bahawa penggunaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana bahasa kebangsaan diajar sebagai mata pelajaran wajib di sekolah terbabit.

    Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Mappim dan Gapena dalam hujahan balasnya berkata, disebabkan pendidikan merupakan urusan rasmi, maka penggunaan bahasa sebagai medium pengajaran wajiblah dalam bahasa Melayu.

    Katanya, Mohd Nazlan terkhilaf apabila memutuskan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular adalah sah dan berperlembagaan. -


    https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penubuhan-sekolah-vernakular-sah-boleh-tutur-bahasa-mandarin-tamil-447164?amp=1
    Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil Sinar Harian Sinar Harian November 23, 2023 02:45 MYT Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil Mahkamah Rayuan pada Khamis memutuskan penubuhan sekolah vernakular adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis memutuskan penubuhan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Supang Lian yang bersidang bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Azizul Azmi Adnan sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan difailkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka ialah Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma). Pada Disember 2019, lima NGO iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mappim, Gapena dan Isma memfailkan saman terhadap 13 pihak antaranya kerajaan Malaysia, kumpulan pendidik Cina Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia serta Persatuan Tamilar Thurunal (Perak). I-Guru pula menamakan Menteri Pendidikan dan kerajaan Malaysia, memohon deklarasi bahawa Seksyen 17 serta Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 adalah tidak konsisten dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, maka ia perlu dibatalkan. NGO-NGO itu mencabar keabsahan sekolah vernakular dan menyatakan penggunaan bahasa Mandarin serta Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Majlis Bahasa Cina Malaysia, Persatuan Tamil Neri Malaysia, Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia, MCA dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) telah dibenarkan mencelah dalam saman yang difailkan oleh I-Guru. Pada 29 Disember 2021, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak saman GPMS, Mappim, Gapena and Isma. Mohd Nazlan memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan. Pada 29 Mei tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman, Abazafree Mohd Abbas (kini Hakim Mahkamah Tinggi) turut memutuskan bahawa kewujudan sekolah vernakular adalah sah dan berperlembagaan ketika beliau menolak saman I-Guru. Pada Disember 2021 dan Mei 2022, Mappim, Gapena, Isma dan I-Guru merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Kota Bharu yang menolak saman mereka. Bagaimanapun, hanya GPMS tidak memfailkan rayuan. Semasa hujahan prosiding rayuan itu, peguam kanan Persekutuan, Liew Horng Bin, mewakili Menteri Pendidikan dan kerajaan berhujah bahawa penggunaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana bahasa kebangsaan diajar sebagai mata pelajaran wajib di sekolah terbabit. Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Mappim dan Gapena dalam hujahan balasnya berkata, disebabkan pendidikan merupakan urusan rasmi, maka penggunaan bahasa sebagai medium pengajaran wajiblah dalam bahasa Melayu. Katanya, Mohd Nazlan terkhilaf apabila memutuskan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular adalah sah dan berperlembagaan. - https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penubuhan-sekolah-vernakular-sah-boleh-tutur-bahasa-mandarin-tamil-447164?amp=1
    WWW.ASTROAWANI.COM
    Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil | Astro Awani
    Mahkamah Rayuan putuskan penubuhan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar sah dengan Perlembagaan Persekutuan.
    0 Comments 0 Shares 2550 Views
  • Nak list terbaik barang boikot beserta hujahnya? Klik di sini, search, baca, buat research tambahan kemudian buat keputusan berlandaskan iman.

    https://boycott.thewitness.news/categories
    Nak list terbaik barang boikot beserta hujahnya? Klik di sini, search, baca, buat research tambahan kemudian buat keputusan berlandaskan iman. https://boycott.thewitness.news/categories
    Categories | Israel Boycott Guide | by The Witness
    A guide to supporting innocent Palestinians and boycotting israel for its illegal occupation | by The Witness
    0 Comments 0 Shares 270 Views
  • PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Setiap Kebaikan Adalah Sedekah

    عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْحَارِثِ بْنِ عَاصِمٍ الْأَشْعَرِيِّ  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ  الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيْمَانِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلآنِ – أَوْتَمْلأُ – مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَالصَّلاَةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ Ù„ÙŽÙƒÙŽ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَائِعُ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا

    Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Bersuci itu separuh daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi (bukti). Sabar itu adalah sinaran (memberi cahaya). Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi (berusaha), ada yang menjual dirinya (sama ada kepada Allah dengan melakukan ketaatan atau kepada syaitan dan hawa nafsu dengan melakukan maksiat dan kemurkaan Allah), ada yang memerdekakan dirinya (daripada kehinaan di dunia dan azab akhirat) dan ada pula yang mencelakakan dirinya (dengan melakukan maksiat). (HR Muslim No: 223) Status Hadis Sahih

    Pengajaran:

    1.  lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya separuh daripada lman. Menjaga kebersihan adalah amat dituntut.

    2.  Bersuci merupakan syarat sahnya ibadah. Malah kesucian hati dan ketulusan niat juga menentukan kelurusan amalan setiap individu Muslim. Justeru setiap Muslim perlu sentiasa mengambil perhatian.

    3.  Menjaga ibadat solat akan mendatangkan cahaya petunjuk dan mampu memperbaiki diri seorang muslim terhadap manusia lain, menjadikan ia  berakhlak dan berperilaku terpuji, memiliki sifat kewarakan dan ketakwaan di sisi Allah.

    4.  Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat timbangannya dan sebagainya. Antaranya;

    a.  Zikir al-Hamdulillah akan memenuhi neraca timbangan.

    b.  Zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.

    c.  Solat adalah cahaya.

    d.  Sedekah adalah saksi (seruan untuk berinfaq pada jalan kebaikan dan bersegera melakukannya dimana hal tersebut merupakan pertanda dan bukti benarnya keimanan).

    e.  Sabar adalah sinaran (bersabar ketika mengalami musibah, khususnya apa yang dialami seorang muslim kerana perbuatan amar ma’ruf nahi munkar yang dilakukan).

    f.  Al-Quran adalah hujah bagi mukmin (Membaca Al-Quran dengan pemahaman dan mentadabbur (merenungkan) maknanya, mengamalkan kandungannya kerana hal tersebut dapat memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat).

    5.  Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.

    6.  Pastikan segala aktiviti harian kita membawa kebaikan dan pahala bukan keburukan dan dosa.

    Hadis 23
    #Hadis40ImamNawawi
    #BangunkanJiwamu
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

    14hb Nov.  2023
    30hb Rabiul Akhir 1445H

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Setiap Kebaikan Adalah Sedekah عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْحَارِثِ بْنِ عَاصِمٍ الْأَشْعَرِيِّ  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ  الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيْمَانِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلآنِ – أَوْتَمْلأُ – مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَالصَّلاَةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ Ù„ÙŽÙƒÙŽ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَائِعُ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Bersuci itu separuh daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi (bukti). Sabar itu adalah sinaran (memberi cahaya). Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi (berusaha), ada yang menjual dirinya (sama ada kepada Allah dengan melakukan ketaatan atau kepada syaitan dan hawa nafsu dengan melakukan maksiat dan kemurkaan Allah), ada yang memerdekakan dirinya (daripada kehinaan di dunia dan azab akhirat) dan ada pula yang mencelakakan dirinya (dengan melakukan maksiat). (HR Muslim No: 223) Status Hadis Sahih Pengajaran: 1.  lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya separuh daripada lman. Menjaga kebersihan adalah amat dituntut. 2.  Bersuci merupakan syarat sahnya ibadah. Malah kesucian hati dan ketulusan niat juga menentukan kelurusan amalan setiap individu Muslim. Justeru setiap Muslim perlu sentiasa mengambil perhatian. 3.  Menjaga ibadat solat akan mendatangkan cahaya petunjuk dan mampu memperbaiki diri seorang muslim terhadap manusia lain, menjadikan ia  berakhlak dan berperilaku terpuji, memiliki sifat kewarakan dan ketakwaan di sisi Allah. 4.  Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat timbangannya dan sebagainya. Antaranya; a.  Zikir al-Hamdulillah akan memenuhi neraca timbangan. b.  Zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. c.  Solat adalah cahaya. d.  Sedekah adalah saksi (seruan untuk berinfaq pada jalan kebaikan dan bersegera melakukannya dimana hal tersebut merupakan pertanda dan bukti benarnya keimanan). e.  Sabar adalah sinaran (bersabar ketika mengalami musibah, khususnya apa yang dialami seorang muslim kerana perbuatan amar ma’ruf nahi munkar yang dilakukan). f.  Al-Quran adalah hujah bagi mukmin (Membaca Al-Quran dengan pemahaman dan mentadabbur (merenungkan) maknanya, mengamalkan kandungannya kerana hal tersebut dapat memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat). 5.  Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan. 6.  Pastikan segala aktiviti harian kita membawa kebaikan dan pahala bukan keburukan dan dosa. Hadis 23 #Hadis40ImamNawawi #BangunkanJiwamu #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 14hb Nov.  2023 30hb Rabiul Akhir 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    0 Comments 0 Shares 2005 Views