☆Tadabbur Kalamullah 9 Rabiul Akhir 1446H☆
إنَّ اللهَ لَعَفُوٌّ غَفُوْرٌ
"Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun" [Surah al-hajj 60]
#Berkata Syeikh Abdul Rahman as-Sa'di rahimahullah: "Dia Maha memaafkan orang-orang yang berbuat dosa, dengan tidak menyegerakan seksaan bagi mereka, serta mengampuni dosa-dosa mereka. Maka Allah menghapuskan dosa dan bekas-bekasnya dari diri mereka. Inilah sifat Allah swt yang tetap dan terus ada pada zat-Nya (Yang Maha Mulia), dan inilah perlakuanNya kepada hamba-hambaNya di setiap waktu, (iaitu) dengan pemaafan dan pengampunan…"
#Hal ini bertepatan dengan Firman Allah swt :
وَلَوۡ یُؤَاخِذُ ٱللَّهُ ٱلنَّاسَ بِمَا كَسَبُوا۟ مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهۡرِهَا مِن دَاۤبَّةࣲ وَلَـٰكِن یُؤَخِّرُهُمۡ إِلَىٰۤ أَجَلࣲ مُّسَمࣰّىۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِۦ بَصِیرَۢا
"Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya" [Surah Fāṭir 45]
#Tersebut dalam hadis Qudsi, bahwa Allah swt berfirman: "Seorang hamba melakukan perbuatan dosa, kemudian dia berdoa: "Ya Allah ampunilah dosaku". Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa". (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba itu berbuat dosa lagi lalu berdoa: "Ya Tuhanku ampunilah dosaku" . Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa". (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba itu berbuat dosa lagi lalu berdoa: "Ya Tuhanku ampunilah dosaku". Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa, berbuatlah sesukamu (wahai hambaKu), maka sungguh Aku telah mengampunimu" (HR al-Bukhari) Iaitu "selama kamu terus bertaubat, memohon dan kembali (kepadaKu)".
#Berkata Imam Ibnu Rajab:
العفو من أسماء الله تعالى وهو يتجاوز عن سيئات عباده الماحي لأثارهم عنهم وهو يحب العفو فيحب أن يعفو عن عباده ويحب من عباده أن يعفو بعضهم عن بعض فإذا عفا بعضهم عن بعض عاملهم بعفوه وعفوه أحب إليه من عقوبته
"Al-‘Afuw merupakan sebahagian dari nama-nama Allah swt. Ia bermaksud Allah mengampunkan dosa-dosa para hambaNya serta memadam kesan-kesan dosa dari mereka. Allah suka kepada kemaafan dan Dia suka untuk memaafkan para hambaNya. Dia juga suka sekiranya hamba-hambaNya saling memaafkan sesama mereka. Sekiranya mereka saling bermaafan, Allah akan melayan mereka dengan sifat pemaafNya, dan memaafkan itu lebih Dia sukai berbanding memberikan hukuman" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif)
♡Allah Tuhan Yang sentiasa bersedia memaafkan hambaNya, maka berdoa, bermunajat dan merayulah agar diampuni segala dosa dan kesalahan kita♡
Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

🐊Ust naim

0 Comments
0 Shares
3280 Views