☆Tadabbur Kalamullah 24 Syaaban 1445H☆

وَٱلۡعَصۡرِ

"Demi masa" [Surah al-ʿAṣr 1]

#Setiap manusia pasti menemui dan melalui masa atau waktu dalam kehidupannya seharian. Maka beruntunglah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara kebaikan dan bermanfaat. Rugilah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia.

#Allah swt adalah pencipta masa dan telah menetapkannya sebanyak 24 jam atau 1440 minit dalam sehari semalam tidak lebih dan tidak kurang.

#Masa adalah amanah dari Allah swt. Setiap amanah merupakan tangungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat kelak. Maka kita wajib memenuhkan setiap minit tersebut dengan perkara yang menguntungkan dunia dan akhirat kita.

#Jom kita hayati nasihat atau peringatan Salafussoleh tentang kepentingan masa:

1. Imam Hasan al-Basri berkata:

- Wahai anak Adam! Sesungguhnya dirimu adalah hari-hari yang engkau lalui. Apabila berlalu satu hari maka berlalulah sebahagian daripada dirimu!
- Wahai anak Adam! Siangmu itu adalah tetamumu. Maka berbuat baiklah kepadanya kerana sekiranya engkau berbuat baik kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia memujimu. Dan sekiranya engkau berbuat jahat kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia mencelamu. Begitulah juga halnya dengan malammu.
- Dunia ini hanya ada tiga hari sahaja: semalam, esok dan hari ini. Adapun semalam, maka ia telah pergi membawa apa yang ada di dalamnya. Esok pula, mungkin engkau tidak sempat menyusulinya. Dan hari ini, itulah untukmu. Maka beramallah pada hari ini.

2. Sayidina Abdullah bin Mas’ud berkata:

- Tidak ada perkara yang paling aku sesali seperti mana aku menyesal apabila tenggelamnya matahari yang menandakan kian berkurang umurku sedang amalku tidak bertambah pada hari itu.

3. Imam Ibnul Qayyim berkata:

- Membuang waktu lebih bahaya daripada kematian kerana engkau membuang waktu akan menyebabkan engkau terputus hubungan dengan Allah dan hari akhirat, sedangkan kematian memutuskan hubungan engkau dengan dunia dan isinya.

4. As-Sirri bin Muflis berkata:

- Jika engkau bersedih kerana berkurangnya hartamu, maka sewajarnya kamu menangis kerana berkurangnya usiamu

♡Uruslah masa secara teratur agar dapat dimanfaatkan dengan bijak dan berkesan serta berbuahkan pahala yang besar♡

Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 24 Syaaban 1445H☆ وَٱلۡعَصۡرِ "Demi masa" [Surah al-ʿAṣr 1] #Setiap manusia pasti menemui dan melalui masa atau waktu dalam kehidupannya seharian. Maka beruntunglah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara kebaikan dan bermanfaat. Rugilah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia. #Allah swt adalah pencipta masa dan telah menetapkannya sebanyak 24 jam atau 1440 minit dalam sehari semalam tidak lebih dan tidak kurang. #Masa adalah amanah dari Allah swt. Setiap amanah merupakan tangungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat kelak. Maka kita wajib memenuhkan setiap minit tersebut dengan perkara yang menguntungkan dunia dan akhirat kita. #Jom kita hayati nasihat atau peringatan Salafussoleh tentang kepentingan masa: 1. Imam Hasan al-Basri berkata: - Wahai anak Adam! Sesungguhnya dirimu adalah hari-hari yang engkau lalui. Apabila berlalu satu hari maka berlalulah sebahagian daripada dirimu! - Wahai anak Adam! Siangmu itu adalah tetamumu. Maka berbuat baiklah kepadanya kerana sekiranya engkau berbuat baik kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia memujimu. Dan sekiranya engkau berbuat jahat kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia mencelamu. Begitulah juga halnya dengan malammu. - Dunia ini hanya ada tiga hari sahaja: semalam, esok dan hari ini. Adapun semalam, maka ia telah pergi membawa apa yang ada di dalamnya. Esok pula, mungkin engkau tidak sempat menyusulinya. Dan hari ini, itulah untukmu. Maka beramallah pada hari ini. 2. Sayidina Abdullah bin Mas’ud berkata: - Tidak ada perkara yang paling aku sesali seperti mana aku menyesal apabila tenggelamnya matahari yang menandakan kian berkurang umurku sedang amalku tidak bertambah pada hari itu. 3. Imam Ibnul Qayyim berkata: - Membuang waktu lebih bahaya daripada kematian kerana engkau membuang waktu akan menyebabkan engkau terputus hubungan dengan Allah dan hari akhirat, sedangkan kematian memutuskan hubungan engkau dengan dunia dan isinya. 4. As-Sirri bin Muflis berkata: - Jika engkau bersedih kerana berkurangnya hartamu, maka sewajarnya kamu menangis kerana berkurangnya usiamu ♡Uruslah masa secara teratur agar dapat dimanfaatkan dengan bijak dan berkesan serta berbuahkan pahala yang besar♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
Like
1
0 Comments 0 Shares 9031 Views