☆Tadabbur Kalamullah 19 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Hari ini hari ke 19 umat Islam di Malaysia berpuasa. Malam ini masuklah malam ke 20. Ini bermakna kita bakal memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Malam yang dijanjikan dengan Lailatul Qadr iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

#Kita sangat dituntut untuk mencari malam al-Qadar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan ketaatan.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin Samurah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا

"Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad)

#Bahkan Nabi saw, sangat bersungguh-sungguh di 10 malam terakhir Ramadhan. Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, beliau menceritakan:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ

"Adapun Rasulullah saw apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda saw membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut" (HR Ibn Hibban)

#Terdapat riwayat lain yang menunjukkan akan kesungguhan Baginda saw sebagaimana diceritakan oleh
Sayidatina Aisyah r.ha:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

"Adalah Rasulullah saw berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain" (HR Muslim)

#10 malam terakhir adalah malam-malam yang sangat kritikal, malam yang diharapkan satu daripadanya adalah Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada 1000 bulan.

#Maka untuk meraih kebaikan maksimum rancanglah ia dengan sebaik-baiknya. Kata orang, jika kita tidak merancang untuk berjaya bererti kita merancang untuk gagal.

#Antara amalan baik yang boleh dirancang untuk diisi pada malam-malam 10 terakhir ini:

1. Qiam, dengan mendirikan solat tarawih, solat witir, solat tahajud dan memperbanyakkan solat-solat sunat.

2. Iktikaf, dimasjid-masjid dan mana-mana rumah Allah.

3. Tilawah al-Quran, menggandakan bacaan al-Quran.

4. Berdakwah, mengajak kepada Islam, beriman kepada Allah dan melaksanakan suruhan serta menjauhi laranganNya.

5. Mengajak ahli keluarga bersama-sama menghidupkan 10 malam terakhir dengan amal ketaatan.

6. Taja iftar, Sekurang-kurangnya taja satu orang satu malam.

7. Membanyakkan doa keampunan dan doa-doa yang dihajati.

8. Membaca buku untuk menambah ilmu atau mendengar ceramah/tazkirah dan seumpamanya.

9. Bersedekah, walaupun dengan nilai yang kecil tapi istiqamah setiap malam.

10. Berzikir, selawat dan istighfar.

♡Ingat! Setiap apa yang kita rancang dan kita lakukan setiap malam pada 10 malam terakhir, satu daripadanya insyaaAllah akan berbetulan dengan malam istimewa itu. Maka untuk amalan kita pada malam itu: solat, tilawah, istighfar, doa, sedekah, dakwah dan lain-lain, ganjarannya lebih baik daripada beramal selama 1000 bulan! Aduhai, alangkah ruginya kalau ia terlepas♡

Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 19 Ramadhan 1445H☆ لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3] #Hari ini hari ke 19 umat Islam di Malaysia berpuasa. Malam ini masuklah malam ke 20. Ini bermakna kita bakal memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Malam yang dijanjikan dengan Lailatul Qadr iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. #Kita sangat dituntut untuk mencari malam al-Qadar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan ketaatan. #Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin Samurah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda: الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا "Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad) #Bahkan Nabi saw, sangat bersungguh-sungguh di 10 malam terakhir Ramadhan. Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, beliau menceritakan: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ "Adapun Rasulullah saw apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda saw membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut" (HR Ibn Hibban) #Terdapat riwayat lain yang menunjukkan akan kesungguhan Baginda saw sebagaimana diceritakan oleh Sayidatina Aisyah r.ha: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ "Adalah Rasulullah saw berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain" (HR Muslim) #10 malam terakhir adalah malam-malam yang sangat kritikal, malam yang diharapkan satu daripadanya adalah Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada 1000 bulan. #Maka untuk meraih kebaikan maksimum rancanglah ia dengan sebaik-baiknya. Kata orang, jika kita tidak merancang untuk berjaya bererti kita merancang untuk gagal. #Antara amalan baik yang boleh dirancang untuk diisi pada malam-malam 10 terakhir ini: 1. Qiam, dengan mendirikan solat tarawih, solat witir, solat tahajud dan memperbanyakkan solat-solat sunat. 2. Iktikaf, dimasjid-masjid dan mana-mana rumah Allah. 3. Tilawah al-Quran, menggandakan bacaan al-Quran. 4. Berdakwah, mengajak kepada Islam, beriman kepada Allah dan melaksanakan suruhan serta menjauhi laranganNya. 5. Mengajak ahli keluarga bersama-sama menghidupkan 10 malam terakhir dengan amal ketaatan. 6. Taja iftar, Sekurang-kurangnya taja satu orang satu malam. 7. Membanyakkan doa keampunan dan doa-doa yang dihajati. 8. Membaca buku untuk menambah ilmu atau mendengar ceramah/tazkirah dan seumpamanya. 9. Bersedekah, walaupun dengan nilai yang kecil tapi istiqamah setiap malam. 10. Berzikir, selawat dan istighfar. ♡Ingat! Setiap apa yang kita rancang dan kita lakukan setiap malam pada 10 malam terakhir, satu daripadanya insyaaAllah akan berbetulan dengan malam istimewa itu. Maka untuk amalan kita pada malam itu: solat, tilawah, istighfar, doa, sedekah, dakwah dan lain-lain, ganjarannya lebih baik daripada beramal selama 1000 bulan! Aduhai, alangkah ruginya kalau ia terlepas♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
0 Comments 0 Shares 2312 Views