• ☆Tadabbur Kalamullah 15 Syaaban 1445H☆

    كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

    "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216]

    #Dalam Islam, jihad bertujuan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia keseluruhannya agar terbela di atas prinsip keadilan yang telus. Jihad juga berperanan untuk memastikan ketinggian agama Allah swt supaya ia dapat disampaikan secara terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa pun.

    #Pengembelingan usaha sama ada dalam bentuk tenaga, wang ringgit, fikiran ataupun kepakaran malahan jiwa dan raga sekalipun adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga perkara yang tersebut diatas terbela dan tidak diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Kegigihan usaha dan pengorbanan yang dibuat oleh seseorang Muslim, masyarakat atau negara Islam untuk mewujudkan ketiga-tiga perkara tersebut diistilahkan sebagai jihad.

    #Sekiranya ketiga-tiga perkara di atas tergugat, maka usaha untuk mengembalikannya semula juga disebut sebagai jihad. Manakala orang-orang Islam yang terlibat dalam usaha tersebut dikenali sebagai Mujahid.

    #Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menulis di dalam sebuah bukunya dengan menyebut kata-kata daripada Imam Hassan al-Banna mengenai jihad iaitu:

    "Usaha kita dan jihad kita berfokus kepada dua paksi: prinsip (Islam) dan tanah air Islam".

    #Beliau iaitu Imam Hassan al-Banna telah menggabungkan kedua-dua perkara di atas kerana suatu ideologi itu hanya boleh ditegakkan di atas sebuah tanah air atau negara yang bebas dan berpegang kepada hukum-hakam Islam. Dengan negara Islam ini, Islam itu dapat hidup dan memandu ummah ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.

    #Oleh sebab itu, para fuqahak Islam telah bersepakat bahawa adalah merupakan tanggungjawab setiap orang Islam untuk mempertahankan setiap tanah yang dikuasai dan dijajah oleh golongan yang tidak beriman. Seterusnya, mereka menyatakan jihad tersebut adalah fardhu ain terhadap setiap muslim yang tinggal di tanah air tersebut manakala orang Islam yang lain wajib memberikan sokongan kepada mereka dari segi kewangan, senjata dan tentera serta sebarang kepakaran sebagaimana yang diperlukan untuk memastikan tanah air tersebut bebas daripada aktiviti kezaliman yang dilakukan oleh golongan penjajah yang tidak beriman.

    #Imam Hassan al-Banna juga menyatakan: "Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas bahu tiap-tiap muslim. Amanah ini adalah untuk menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran"

    ♡Jihad demi mewujudkan keadilan dan kedamaian serta menghapuskan kezaliman dan penindasan♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 15 Syaaban 1445H☆ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ  "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216] #Dalam Islam, jihad bertujuan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia keseluruhannya agar terbela di atas prinsip keadilan yang telus. Jihad juga berperanan untuk memastikan ketinggian agama Allah swt supaya ia dapat disampaikan secara terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa pun. #Pengembelingan usaha sama ada dalam bentuk tenaga, wang ringgit, fikiran ataupun kepakaran malahan jiwa dan raga sekalipun adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga perkara yang tersebut diatas terbela dan tidak diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Kegigihan usaha dan pengorbanan yang dibuat oleh seseorang Muslim, masyarakat atau negara Islam untuk mewujudkan ketiga-tiga perkara tersebut diistilahkan sebagai jihad. #Sekiranya ketiga-tiga perkara di atas tergugat, maka usaha untuk mengembalikannya semula juga disebut sebagai jihad. Manakala orang-orang Islam yang terlibat dalam usaha tersebut dikenali sebagai Mujahid. #Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menulis di dalam sebuah bukunya dengan menyebut kata-kata daripada Imam Hassan al-Banna mengenai jihad iaitu: "Usaha kita dan jihad kita berfokus kepada dua paksi: prinsip (Islam) dan tanah air Islam". #Beliau iaitu Imam Hassan al-Banna telah menggabungkan kedua-dua perkara di atas kerana suatu ideologi itu hanya boleh ditegakkan di atas sebuah tanah air atau negara yang bebas dan berpegang kepada hukum-hakam Islam. Dengan negara Islam ini, Islam itu dapat hidup dan memandu ummah ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat. #Oleh sebab itu, para fuqahak Islam telah bersepakat bahawa adalah merupakan tanggungjawab setiap orang Islam untuk mempertahankan setiap tanah yang dikuasai dan dijajah oleh golongan yang tidak beriman. Seterusnya, mereka menyatakan jihad tersebut adalah fardhu ain terhadap setiap muslim yang tinggal di tanah air tersebut manakala orang Islam yang lain wajib memberikan sokongan kepada mereka dari segi kewangan, senjata dan tentera serta sebarang kepakaran sebagaimana yang diperlukan untuk memastikan tanah air tersebut bebas daripada aktiviti kezaliman yang dilakukan oleh golongan penjajah yang tidak beriman. #Imam Hassan al-Banna juga menyatakan: "Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas bahu tiap-tiap muslim. Amanah ini adalah untuk menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran" ♡Jihad demi mewujudkan keadilan dan kedamaian serta menghapuskan kezaliman dan penindasan♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 4202 Views
  • Majlis Ugama Islam Singapura
    Khutbah Jumaat
    2 Februari 2024 / 21 Rejab 1445H
    Fatwa: Panduan Keagamaan Kontemporari Buat Masyarakat

    Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

    Marilah kita bertakwa kepada Allah (s.w.t.) dengan melakukan segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang sentiasa bertakwa dan di dalam pemeliharaan-Nya. Amin.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Allah berfirman di dalam surah an-Nahl ayat 43:



    Yang bermaksud: “Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Maka bertanyalah kepada ahli zikir sekiranya kamu tidak mengetahui.”

    “Ahli zikir” yang dimaksudkan dalam ayat yang baru dibacakan tadi merujuk kepada golongan ahli ilmu. Yang demikian, ketika berdepan dengan setiap persoalan kehidupan, hendaklah kita merujuk kepada ilmuan atau golongan yang pakar dalam isu tersebut. Sama ada isu perubatan, agama dan sebagainya, sesungguhnya merujuk suatu permasalahan kepada mereka yang bukan ahlinya hanya akan mengakibatkan kesan negatif, ke atas diri sendiri mahupun orang lain.

    Saudara dan saudari,

    Prinsip-prinsip utama agama Islam sememangnya telah digariskan menerusi al-Qur’an dan sunnah Rasulullah (s.a.w.), serta kesepakatan para sahabat dan ulama muktabar. Namun terdapat banyak isu-isu semasa dan terkini yang memerlukan panduan keagamaan. Di sinilah letaknya kepentingan institusi fatwa dalam memberikan panduan kepada masyarakat terhadap isu-isu kompleks yang tidak pernah wujud dalam tradisi ilmu yang kita warisi.

    Ketika wabak melanda dunia, terdapat banyak persoalan dalam masyarakat yang memerlukan kepada panduan keagamaan. Institusi fatwa Singapura sebagai contoh, telah menetapkan pendirian agama yang agak sukar tetapi praktikal dalam menyelesaikan keperluan yang mendesak, seperti fatwa penundaan ibadah haji, bantuan zakat bagi golongan yang terjejas dengan COVID-19 dan sebagainya.

    Sebagai anggota masyarakat, kita perlu mengetahui dan memahami rasional setiap keputusan fatwa yang dikeluarkan. Kita juga perlu berlapang dada dan menghormati pandangan fatwa yang dikeluarkan kerana setiap fatwa diputuskan berpandukan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (s.a.w.), serta prinsip hukum dan konteks semasa seperti yang telah dijelaskan pada khutbah minggu lalu. Manakala berbeza pandangan dalam penilaian sesuatu fatwa adalah lumrah dan dibolehkan. Apa yang ditegah ialah sikap merendahkan, mengaibkan atau memperlekehkan pandangan tersebut dan ini perlu dijauhi sama sekali. Nabi Muhammad (s.a.w.) mengingatkan kita:

    لَيْسَ اَلْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ، وَلَا اَللَّعَّانُ، وَلَا اَلْفَاحِشَ، وَلَا اَلْبَذِيءَ

    Yang bermaksud: “Orang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka berkata keji.” [Hadis riwayat Imam Tirmizi].

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Izinkan khatib merumuskan tiga pengajaran penting dari khutbah hari ini :

    Pertama: Fatwa memainkan peranan penting dalam memandu kehidupan beragama masyarakat. Setiap fatwa yang dikeluarkan merupakan hasil pertimbangan dan perbincangan yang menyeluruh bagi memelihara kemaslahatan umum. Rujuklah suatu permasalahan agama itu kepada mereka yang ahli dalam bidang permasalahan tersebut.

    Kedua: Perbezaan pandangan dalam sesuatu permasalahan agama, dalam isu-isu cabang atau sampingan, tidak seharusnya menghalang kita daripada memahami dan seterusnya merasa yakin dengan pandangan fatwa yang dikeluarkan.

    Akhir sekali, fatwa mampu memperkasa (empower) sesebuah masyarakat untuk mengemudi cabaran moden dengan penuh keyakinan (confident), dengan berteraskan ilmu dan berdaya tahan (resilient) mengharungi cabaran. Semoga Allah (s.w.t.) mengurniakan kefahaman yang baik dalam urusan agama kita. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

    أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم



    KHUTBAH KEDUA



    الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.



    أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.



    وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.



    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.



    عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضْلِهِ يُعْطِكُم، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.





    https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/461

    https://donshafi911.blogspot.com/2024/02/majlis-ugama-islam-singapura-khutbah.html
    Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 2 Februari 2024 / 21 Rejab 1445H Fatwa: Panduan Keagamaan Kontemporari Buat Masyarakat Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah, Marilah kita bertakwa kepada Allah (s.w.t.) dengan melakukan segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang sentiasa bertakwa dan di dalam pemeliharaan-Nya. Amin. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Allah berfirman di dalam surah an-Nahl ayat 43: Yang bermaksud: “Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Maka bertanyalah kepada ahli zikir sekiranya kamu tidak mengetahui.” “Ahli zikir” yang dimaksudkan dalam ayat yang baru dibacakan tadi merujuk kepada golongan ahli ilmu. Yang demikian, ketika berdepan dengan setiap persoalan kehidupan, hendaklah kita merujuk kepada ilmuan atau golongan yang pakar dalam isu tersebut. Sama ada isu perubatan, agama dan sebagainya, sesungguhnya merujuk suatu permasalahan kepada mereka yang bukan ahlinya hanya akan mengakibatkan kesan negatif, ke atas diri sendiri mahupun orang lain. Saudara dan saudari, Prinsip-prinsip utama agama Islam sememangnya telah digariskan menerusi al-Qur’an dan sunnah Rasulullah (s.a.w.), serta kesepakatan para sahabat dan ulama muktabar. Namun terdapat banyak isu-isu semasa dan terkini yang memerlukan panduan keagamaan. Di sinilah letaknya kepentingan institusi fatwa dalam memberikan panduan kepada masyarakat terhadap isu-isu kompleks yang tidak pernah wujud dalam tradisi ilmu yang kita warisi. Ketika wabak melanda dunia, terdapat banyak persoalan dalam masyarakat yang memerlukan kepada panduan keagamaan. Institusi fatwa Singapura sebagai contoh, telah menetapkan pendirian agama yang agak sukar tetapi praktikal dalam menyelesaikan keperluan yang mendesak, seperti fatwa penundaan ibadah haji, bantuan zakat bagi golongan yang terjejas dengan COVID-19 dan sebagainya. Sebagai anggota masyarakat, kita perlu mengetahui dan memahami rasional setiap keputusan fatwa yang dikeluarkan. Kita juga perlu berlapang dada dan menghormati pandangan fatwa yang dikeluarkan kerana setiap fatwa diputuskan berpandukan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (s.a.w.), serta prinsip hukum dan konteks semasa seperti yang telah dijelaskan pada khutbah minggu lalu. Manakala berbeza pandangan dalam penilaian sesuatu fatwa adalah lumrah dan dibolehkan. Apa yang ditegah ialah sikap merendahkan, mengaibkan atau memperlekehkan pandangan tersebut dan ini perlu dijauhi sama sekali. Nabi Muhammad (s.a.w.) mengingatkan kita: لَيْسَ اَلْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ، وَلَا اَللَّعَّانُ، وَلَا اَلْفَاحِشَ، وَلَا اَلْبَذِيءَ Yang bermaksud: “Orang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka berkata keji.” [Hadis riwayat Imam Tirmizi]. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Izinkan khatib merumuskan tiga pengajaran penting dari khutbah hari ini : Pertama: Fatwa memainkan peranan penting dalam memandu kehidupan beragama masyarakat. Setiap fatwa yang dikeluarkan merupakan hasil pertimbangan dan perbincangan yang menyeluruh bagi memelihara kemaslahatan umum. Rujuklah suatu permasalahan agama itu kepada mereka yang ahli dalam bidang permasalahan tersebut. Kedua: Perbezaan pandangan dalam sesuatu permasalahan agama, dalam isu-isu cabang atau sampingan, tidak seharusnya menghalang kita daripada memahami dan seterusnya merasa yakin dengan pandangan fatwa yang dikeluarkan. Akhir sekali, fatwa mampu memperkasa (empower) sesebuah masyarakat untuk mengemudi cabaran moden dengan penuh keyakinan (confident), dengan berteraskan ilmu dan berdaya tahan (resilient) mengharungi cabaran. Semoga Allah (s.w.t.) mengurniakan kefahaman yang baik dalam urusan agama kita. Amin ya Rabbal ‘Alamin. أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم KHUTBAH KEDUA الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ. أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضْلِهِ يُعْطِكُم، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/461 https://donshafi911.blogspot.com/2024/02/majlis-ugama-islam-singapura-khutbah.html
    0 Comments 0 Shares 9626 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 17 Rejab 1445H☆

    قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

    "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah az-Zumar 9]

    #Bicara berkaitan kemuliaan dan penghormatan terhadap para ulamak disambung lagi.

    #Di alam kesultanan Melayu Nusantara, sebahagian besar ulamak telah berperanan sebagai penasihat istana sehingga beberapa perkara seperti penyebaran dakwah, pengajian ilmu Islam, pelaksanaan pentadbiran Islam dan penguatkuasan Syariat dapat dibuat sehingga Daulah yang dibina berdiri kukuh. Ini sebagaimana peranan Syed Hussein Jamadil Kubra di Kelantan, Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati di Demak, Sheikh Mansor di Tidore dan Sheikh Nuruddin ar-Raniry di Aceh, begitulah berperanan mempengaruhi Raja terhadap pemupukan kehidupan beragama.

    #Lebih daripada itu, dimuliakan kedudukan para ulamak dengan melantik mereka sebagai pemerintah. Pelantikan para ulamak seperti Tengku Mohammad sebagai Sultan Perlak, Sultan Syarif Ali sebagai Sultan Brunei, Syarif Kebungsuwan sebagai Sultan Mindanao, anak-cucu Syed Jaafar as-Sadiq sebagai Sultan-sultan di Tidore, Bachan, Ternate dan Jailolo serta Sunan Fatahillah sebagai Sultan Demak, adalah contoh pembentukan Daulah Islam dengan para ulamak menjadi Raja dan Sultan.

    #Inilah kehebatan pemimpin dahulu dalam menghormati ulamak dan kehebatan ulamak yang dinobatkan sebagai pemimpin.

    #Ketahuilah bahawa ulamak adalah pewaris tugas dan peranan sekalian nabi dan rasul dalam menyampaikan amanah Islam kepada seluruh umat manusia. Di tangan ulamaklah penentu kepada maju mundurnya sesebuah negara, terang gelapnya sesebuah bangsa, baik buruknya sesuatu umat di bumi ini.

    #Jika ulamak berperanan sebagaimana berperanannya para nabi dan rasul, akan baiklah pemimpin dan umat berkenaan. Sebaliknya, jika ulamak itu tidak berfungsi dan berperanan jelik, nescaya akan buruk dan binasalah pemimpin dan umat berkenaan.

    ♡Setiap pemimpin dan rakyat hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada ulamak dalam sebarang persoalan hidup, samada persoalan duniawi mahupun ukhrawi. Jadikanlah ulamak sebagai obor yang menerangi seluruh kehidupan kita♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 17 Rejab 1445H☆ قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah az-Zumar 9] #Bicara berkaitan kemuliaan dan penghormatan terhadap para ulamak disambung lagi. #Di alam kesultanan Melayu Nusantara, sebahagian besar ulamak telah berperanan sebagai penasihat istana sehingga beberapa perkara seperti penyebaran dakwah, pengajian ilmu Islam, pelaksanaan pentadbiran Islam dan penguatkuasan Syariat dapat dibuat sehingga Daulah yang dibina berdiri kukuh. Ini sebagaimana peranan Syed Hussein Jamadil Kubra di Kelantan, Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati di Demak, Sheikh Mansor di Tidore dan Sheikh Nuruddin ar-Raniry di Aceh, begitulah berperanan mempengaruhi Raja terhadap pemupukan kehidupan beragama. #Lebih daripada itu, dimuliakan kedudukan para ulamak dengan melantik mereka sebagai pemerintah. Pelantikan para ulamak seperti Tengku Mohammad sebagai Sultan Perlak, Sultan Syarif Ali sebagai Sultan Brunei, Syarif Kebungsuwan sebagai Sultan Mindanao, anak-cucu Syed Jaafar as-Sadiq sebagai Sultan-sultan di Tidore, Bachan, Ternate dan Jailolo serta Sunan Fatahillah sebagai Sultan Demak, adalah contoh pembentukan Daulah Islam dengan para ulamak menjadi Raja dan Sultan. #Inilah kehebatan pemimpin dahulu dalam menghormati ulamak dan kehebatan ulamak yang dinobatkan sebagai pemimpin. #Ketahuilah bahawa ulamak adalah pewaris tugas dan peranan sekalian nabi dan rasul dalam menyampaikan amanah Islam kepada seluruh umat manusia. Di tangan ulamaklah penentu kepada maju mundurnya sesebuah negara, terang gelapnya sesebuah bangsa, baik buruknya sesuatu umat di bumi ini. #Jika ulamak berperanan sebagaimana berperanannya para nabi dan rasul, akan baiklah pemimpin dan umat berkenaan. Sebaliknya, jika ulamak itu tidak berfungsi dan berperanan jelik, nescaya akan buruk dan binasalah pemimpin dan umat berkenaan. ♡Setiap pemimpin dan rakyat hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada ulamak dalam sebarang persoalan hidup, samada persoalan duniawi mahupun ukhrawi. Jadikanlah ulamak sebagai obor yang menerangi seluruh kehidupan kita♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 6054 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 16 Rejab 1445H☆

    قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

    "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9]

    #Sambungan bicara berkaitan kemuliaan dan penghormatan terhadap para ulamak.

    #Dulu, Sultan-sultan di Tanah Melayu ini sangat mengasihi, menghormati dan membesarkan para ulamak. Para ulamak dijadikan tempat rujuk sekelian Baginda Raja-raja Melayu itu. Bahkan para sultan itu sendiri pun alim-alim dan warak orangnya seperti contoh Sultan Zainal Abidin di Terengganu dan lain-lain. 

    #Antara sekian ramai sultan di dunia Melayu, terdapat beberapa orang sultan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti Islam. Ada yang mengasihi ulamak, bahkan ada yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam. Ada juga yang menghasilkan karangan berupa risalah atau pun kitab. Sultan Sulaiman, Sultan Selangor Darul Ehsan dapat dikategorikan seorang sultan yang mengasihi ulamak.

    #Atas rasa kewajipan dan tanggungjawab menyebar dan mempertingkatkan pengetahuan Islam dalam Kerajaan Selangor, Sultan Sulaiman telah mendatangkan beberapa orang ulamak besar dalam kerajaan yang diperintahnya. Antara ulamak yang paling dekat dengannya ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani.

    #Sultan Sulaiman sangat mesra dan kasih kepada Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani hinggalah suatu ketika baginda hendak ke luar negara (terutama ke London), ulamak yang berasal dari Patani ini ikut bersama-sama dalam rombongan baginda. 

    #Peristiwa ini mencerminkan bahawa Sultan Sulaiman berusaha sedemikian rupa menggabungkan kerjasama, kesepaduan dan keserasian antara umara dan ulamak sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah saw. Dalam penyebaran Islam di negeri lain selain Selangor, Sultan Sulaiman juga mempunyai rasa tanggungjawab. Sebagai buktinya, walaupun baginda kasih terhadap Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, namun kerana masyarakat Jambi sangat memerlukan ulamak, baginda merestui keberangkatan Tengku Muhammad dari Klang ke Jambi. 

    #Menurut Sejarah Melayu, Sultan Melaka telah diIslamkan oleh Syed Abdul Aziz, ulamak juga pendakwah di Jeddah. Kemudian keturunan Syed Abdul Aziz menggantikan beliau sebagai Qadhi Melaka beberapa generasi seperti anaknya, Qadhi Maulana Yusof dan cucunya, Qadhi Munawar Syah. Beberapa ulamak lain turut menjadi pembesar di Melaka seperti Maulana Abu Bakar dan Maulana Sadar Jahan. Pada zaman Sultan Mahmud Syah (1488-1511M), Qadhi Munawar Syah dan Maulana Sadar Jahan adalah ulamak yang paling berpengaruh di istana, bahkan pada zaman Sultan Ahmad Syah (1511M), Maulana Sadar Jahan adalah Penasihat Sultan.

    #Peranan ulamak dalam istana Melaka bukan hanya sebagai guru agama atau pakar rujuk hukum agama sahaja, tetapi turut berperanan untuk menyebarkan Islam, menguatkuasakan undang-undang Islam seperti penggubalan Hukum Kanun Melaka, sebagai pembesar bertaraf menteri dan juga penasihat yang berpengaruh ke atas Sultan Melaka.

    #Selain itu, di alam kesultanan Melayu Nusantara, sebahagian besar ulamak telah berperanan sebagai penasihat istana sehingga beberapa perkara seperti penyebaran dakwah, pengajian ilmu Islam, pelaksanaan pentadbiran Islam dan penguatkuasan Syariat dapat dibuat sehingga Daulah yang dibina berdiri kukuh.

    ... Bersambung ...

    ♡Letakkanlah peranan ulamak di kedudukan yang betul dan atas landasannya yang sebenar, insyaAllah perjalanan hidup kita semua termasuk para pemimpin akan sentiasa berada di bawah lembayung dan rahmat Allah swt♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 16 Rejab 1445H☆ قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9] #Sambungan bicara berkaitan kemuliaan dan penghormatan terhadap para ulamak. #Dulu, Sultan-sultan di Tanah Melayu ini sangat mengasihi, menghormati dan membesarkan para ulamak. Para ulamak dijadikan tempat rujuk sekelian Baginda Raja-raja Melayu itu. Bahkan para sultan itu sendiri pun alim-alim dan warak orangnya seperti contoh Sultan Zainal Abidin di Terengganu dan lain-lain.  #Antara sekian ramai sultan di dunia Melayu, terdapat beberapa orang sultan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti Islam. Ada yang mengasihi ulamak, bahkan ada yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam. Ada juga yang menghasilkan karangan berupa risalah atau pun kitab. Sultan Sulaiman, Sultan Selangor Darul Ehsan dapat dikategorikan seorang sultan yang mengasihi ulamak. #Atas rasa kewajipan dan tanggungjawab menyebar dan mempertingkatkan pengetahuan Islam dalam Kerajaan Selangor, Sultan Sulaiman telah mendatangkan beberapa orang ulamak besar dalam kerajaan yang diperintahnya. Antara ulamak yang paling dekat dengannya ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani. #Sultan Sulaiman sangat mesra dan kasih kepada Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani hinggalah suatu ketika baginda hendak ke luar negara (terutama ke London), ulamak yang berasal dari Patani ini ikut bersama-sama dalam rombongan baginda.  #Peristiwa ini mencerminkan bahawa Sultan Sulaiman berusaha sedemikian rupa menggabungkan kerjasama, kesepaduan dan keserasian antara umara dan ulamak sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah saw. Dalam penyebaran Islam di negeri lain selain Selangor, Sultan Sulaiman juga mempunyai rasa tanggungjawab. Sebagai buktinya, walaupun baginda kasih terhadap Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, namun kerana masyarakat Jambi sangat memerlukan ulamak, baginda merestui keberangkatan Tengku Muhammad dari Klang ke Jambi.  #Menurut Sejarah Melayu, Sultan Melaka telah diIslamkan oleh Syed Abdul Aziz, ulamak juga pendakwah di Jeddah. Kemudian keturunan Syed Abdul Aziz menggantikan beliau sebagai Qadhi Melaka beberapa generasi seperti anaknya, Qadhi Maulana Yusof dan cucunya, Qadhi Munawar Syah. Beberapa ulamak lain turut menjadi pembesar di Melaka seperti Maulana Abu Bakar dan Maulana Sadar Jahan. Pada zaman Sultan Mahmud Syah (1488-1511M), Qadhi Munawar Syah dan Maulana Sadar Jahan adalah ulamak yang paling berpengaruh di istana, bahkan pada zaman Sultan Ahmad Syah (1511M), Maulana Sadar Jahan adalah Penasihat Sultan. #Peranan ulamak dalam istana Melaka bukan hanya sebagai guru agama atau pakar rujuk hukum agama sahaja, tetapi turut berperanan untuk menyebarkan Islam, menguatkuasakan undang-undang Islam seperti penggubalan Hukum Kanun Melaka, sebagai pembesar bertaraf menteri dan juga penasihat yang berpengaruh ke atas Sultan Melaka. #Selain itu, di alam kesultanan Melayu Nusantara, sebahagian besar ulamak telah berperanan sebagai penasihat istana sehingga beberapa perkara seperti penyebaran dakwah, pengajian ilmu Islam, pelaksanaan pentadbiran Islam dan penguatkuasan Syariat dapat dibuat sehingga Daulah yang dibina berdiri kukuh. ... Bersambung ... ♡Letakkanlah peranan ulamak di kedudukan yang betul dan atas landasannya yang sebenar, insyaAllah perjalanan hidup kita semua termasuk para pemimpin akan sentiasa berada di bawah lembayung dan rahmat Allah swt♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    Like
    1
    0 Comments 0 Shares 7390 Views
  • PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Tiga Golongan Mustajab Doa

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ

    Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang bermusafir, dan doa orang tua untuk anaknya." (HR Tirmizi No: 1828) Status: Hadis Hasan

    Pengajaran:

    1.  Muslim dituntut sentiasa berbuat baik dalam pergaulan dan perhubungan dengan anggota masyarakat termasuk kedua ibu bapa.

    2.  Elakkan hubungan yang buruk hingga menjadi penyebab kita menzalimi orang lain.

    3.  Tiga golongan doanya mustajab di sisi Allah:

    b.  Doa dari orang yang dizalimi
    c.  Doa orang yang  sedang bermusafir
    d.  Doa dua ibu bapa kepada anak

    4.  Pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang buruk kepada golongan ini sehingga menjadi penyebab mereka berdoa yang buruk untuk kita

    Semoga kita mendapat doa yang baik dari orang yang sedang bermusafir. Bagi  kedua ibu bapa, pastikan apa yang keluar dari mulut dan yang terlintas dalam  doa untuk anak-anak adalah yang baik-baik kerana ia boleh menjadi mustajab.

    Mari kita bina keluarga yang sejahtera dengan doa yang terbaik menuju ke syurga. Doa ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga Bahagia.

    #BangunkanJiwamu
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
    #PalestinMerdeka

    25hb Dis.  2023
    12hb Jamadil Akhir 1445H

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Tiga Golongan Mustajab Doa عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang bermusafir, dan doa orang tua untuk anaknya." (HR Tirmizi No: 1828) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Muslim dituntut sentiasa berbuat baik dalam pergaulan dan perhubungan dengan anggota masyarakat termasuk kedua ibu bapa. 2.  Elakkan hubungan yang buruk hingga menjadi penyebab kita menzalimi orang lain. 3.  Tiga golongan doanya mustajab di sisi Allah: b.  Doa dari orang yang dizalimi c.  Doa orang yang  sedang bermusafir d.  Doa dua ibu bapa kepada anak 4.  Pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang buruk kepada golongan ini sehingga menjadi penyebab mereka berdoa yang buruk untuk kita Semoga kita mendapat doa yang baik dari orang yang sedang bermusafir. Bagi  kedua ibu bapa, pastikan apa yang keluar dari mulut dan yang terlintas dalam  doa untuk anak-anak adalah yang baik-baik kerana ia boleh menjadi mustajab. Mari kita bina keluarga yang sejahtera dengan doa yang terbaik menuju ke syurga. Doa ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga Bahagia. #BangunkanJiwamu #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 25hb Dis.  2023 12hb Jamadil Akhir 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    0 Comments 0 Shares 2589 Views
  • Peranan guru murshid
    Peranan guru murshid
    0 Comments 0 Shares 391 Views 1