Hidup Ini Tujuan nya Mencari Tuhan

Dari zaman sekolah sampai ke universiti, dah biasa diajar kata kata keramat "percaya pada diri", "apa kita usaha kita akan dapat", "usaha kita sekarang adalah penentu masa depan", "jika kau fikir kau boleh, kau pasti boleh lakukan", "you are what you think" dan banyak lagilah.

Jujurnya, penat chasing hidup berlumba ni. Namun, tiada siapa kejutkan saya. "

Dik, kau tak perlu pun berlumba-lumba."

Yang ada sebelah kanan kiri saya, semua berkejaran, berlumba-lumba macam masuk 400x lumba lari.

Rupanya bukan kata-kata keramat semua tu, tapi membunuh roh sampai hancur lumat, mengundang maksiat (derhaka kepada Allah). Lalu, membesarkan ananiyah. Nilah punca kita TERHIJAB UNTUK FAHAM TANDA AKHIR ZAMAN.

Membesarkan nafsu sendiri. Buang pergantungan kepada Tuhan. Kau sibuk berusaha konon mesti dapat, tapi kau lupa apa maksud beriman qada qadar. Lepas tu kau menyalahkan Tuhan..padahal kata keramat kau tu semua mengarut.

Bila belajar tasawuf, tetiba diajar tawakal itu lebih penting dari segala yang penting. Sebab kita mampu berusaha pun atas tawakal kepada Allah. Kita pun konfius, aik dulu rasanya belajar kena bergantung kepada usaha je. Tawakal tu last sekali. So terpaksa reset otak semula. Penat jugak saya nak reset, tambah pulak saya spesies top scorer dan high competitor. Sedih, nobody tell me. Sis, this is a wrong way.

Sebab tu maksud tawakal tu sendiri kena clear. Iman qada qadar kena clear. Sistem pendidikan kita harini telah MEMBUNUH TAUHID & TASAWUF.

Semoga Allah selamatkan siapa yang nampak. Mohon ibu ayah sentiasa betulkan pemikiran anak-anak sendiri. Cukup cukuplah generasi saya dah dirosakkan. Cukuplah. Pedih.

Sesungguhnya, anxiety, bunuh diri, tekanan hidup adalah bayaran kepada sistem jahiliyah ini dan kita dah hidup selama 100 tahun dengan sistem ini. Kita semua mangsa. Mak ayah kita mangsa. Yang sedar, sedarlah.

Wallahualam, sekadar berkongsi apa yang saya dah alami dan Allah yang kejutkan saya atas rahmatNya. Sesungguhnya, bergantung kepada diri adalah permulaan kepada kesengsaraan hidup.

Mana Tuhan kamu?


#akhirzaman
#fitnah
Hidup Ini Tujuan nya Mencari Tuhan Dari zaman sekolah sampai ke universiti, dah biasa diajar kata kata keramat "percaya pada diri", "apa kita usaha kita akan dapat", "usaha kita sekarang adalah penentu masa depan", "jika kau fikir kau boleh, kau pasti boleh lakukan", "you are what you think" dan banyak lagilah. Jujurnya, penat chasing hidup berlumba ni. Namun, tiada siapa kejutkan saya. " Dik, kau tak perlu pun berlumba-lumba." Yang ada sebelah kanan kiri saya, semua berkejaran, berlumba-lumba macam masuk 400x lumba lari. Rupanya bukan kata-kata keramat semua tu, tapi membunuh roh sampai hancur lumat, mengundang maksiat (derhaka kepada Allah). Lalu, membesarkan ananiyah. Nilah punca kita TERHIJAB UNTUK FAHAM TANDA AKHIR ZAMAN. Membesarkan nafsu sendiri. Buang pergantungan kepada Tuhan. Kau sibuk berusaha konon mesti dapat, tapi kau lupa apa maksud beriman qada qadar. Lepas tu kau menyalahkan Tuhan..padahal kata keramat kau tu semua mengarut. Bila belajar tasawuf, tetiba diajar tawakal itu lebih penting dari segala yang penting. Sebab kita mampu berusaha pun atas tawakal kepada Allah. Kita pun konfius, aik dulu rasanya belajar kena bergantung kepada usaha je. Tawakal tu last sekali. So terpaksa reset otak semula. Penat jugak saya nak reset, tambah pulak saya spesies top scorer dan high competitor. Sedih, nobody tell me. Sis, this is a wrong way. Sebab tu maksud tawakal tu sendiri kena clear. Iman qada qadar kena clear. Sistem pendidikan kita harini telah MEMBUNUH TAUHID & TASAWUF. Semoga Allah selamatkan siapa yang nampak. Mohon ibu ayah sentiasa betulkan pemikiran anak-anak sendiri. Cukup cukuplah generasi saya dah dirosakkan. Cukuplah. Pedih. Sesungguhnya, anxiety, bunuh diri, tekanan hidup adalah bayaran kepada sistem jahiliyah ini dan kita dah hidup selama 100 tahun dengan sistem ini. Kita semua mangsa. Mak ayah kita mangsa. Yang sedar, sedarlah. Wallahualam, sekadar berkongsi apa yang saya dah alami dan Allah yang kejutkan saya atas rahmatNya. Sesungguhnya, bergantung kepada diri adalah permulaan kepada kesengsaraan hidup. Mana Tuhan kamu? #akhirzaman #fitnah
Like
1
0 Comments 0 Shares 3066 Views