Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil
Sinar Harian
Sinar Harian
November 23, 2023 02:45 MYT

Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil
Mahkamah Rayuan pada Khamis memutuskan penubuhan sekolah vernakular adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis memutuskan penubuhan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Supang Lian yang bersidang bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Azizul Azmi Adnan sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan difailkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mereka ialah Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Pada Disember 2019, lima NGO iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mappim, Gapena dan Isma memfailkan saman terhadap 13 pihak antaranya kerajaan Malaysia, kumpulan pendidik Cina Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia serta Persatuan Tamilar Thurunal (Perak).

I-Guru pula menamakan Menteri Pendidikan dan kerajaan Malaysia, memohon deklarasi bahawa Seksyen 17 serta Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 adalah tidak konsisten dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, maka ia perlu dibatalkan.

NGO-NGO itu mencabar keabsahan sekolah vernakular dan menyatakan penggunaan bahasa Mandarin serta Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Majlis Bahasa Cina Malaysia, Persatuan Tamil Neri Malaysia, Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia, MCA dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) telah dibenarkan mencelah dalam saman yang difailkan oleh I-Guru.

Pada 29 Disember 2021, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak saman GPMS, Mappim, Gapena and Isma.

Mohd Nazlan memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan.

Pada 29 Mei tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman, Abazafree Mohd Abbas (kini Hakim Mahkamah Tinggi) turut memutuskan bahawa kewujudan sekolah vernakular adalah sah dan berperlembagaan ketika beliau menolak saman I-Guru.

Pada Disember 2021 dan Mei 2022, Mappim, Gapena, Isma dan I-Guru merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Kota Bharu yang menolak saman mereka.

Bagaimanapun, hanya GPMS tidak memfailkan rayuan.

Semasa hujahan prosiding rayuan itu, peguam kanan Persekutuan, Liew Horng Bin, mewakili Menteri Pendidikan dan kerajaan berhujah bahawa penggunaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana bahasa kebangsaan diajar sebagai mata pelajaran wajib di sekolah terbabit.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Mappim dan Gapena dalam hujahan balasnya berkata, disebabkan pendidikan merupakan urusan rasmi, maka penggunaan bahasa sebagai medium pengajaran wajiblah dalam bahasa Melayu.

Katanya, Mohd Nazlan terkhilaf apabila memutuskan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular adalah sah dan berperlembagaan. -


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penubuhan-sekolah-vernakular-sah-boleh-tutur-bahasa-mandarin-tamil-447164?amp=1
Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil Sinar Harian Sinar Harian November 23, 2023 02:45 MYT Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil Mahkamah Rayuan pada Khamis memutuskan penubuhan sekolah vernakular adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis memutuskan penubuhan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Supang Lian yang bersidang bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Azizul Azmi Adnan sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan difailkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka ialah Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma). Pada Disember 2019, lima NGO iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mappim, Gapena dan Isma memfailkan saman terhadap 13 pihak antaranya kerajaan Malaysia, kumpulan pendidik Cina Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia serta Persatuan Tamilar Thurunal (Perak). I-Guru pula menamakan Menteri Pendidikan dan kerajaan Malaysia, memohon deklarasi bahawa Seksyen 17 serta Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 adalah tidak konsisten dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, maka ia perlu dibatalkan. NGO-NGO itu mencabar keabsahan sekolah vernakular dan menyatakan penggunaan bahasa Mandarin serta Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Majlis Bahasa Cina Malaysia, Persatuan Tamil Neri Malaysia, Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia, MCA dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) telah dibenarkan mencelah dalam saman yang difailkan oleh I-Guru. Pada 29 Disember 2021, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak saman GPMS, Mappim, Gapena and Isma. Mohd Nazlan memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan. Pada 29 Mei tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman, Abazafree Mohd Abbas (kini Hakim Mahkamah Tinggi) turut memutuskan bahawa kewujudan sekolah vernakular adalah sah dan berperlembagaan ketika beliau menolak saman I-Guru. Pada Disember 2021 dan Mei 2022, Mappim, Gapena, Isma dan I-Guru merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Kota Bharu yang menolak saman mereka. Bagaimanapun, hanya GPMS tidak memfailkan rayuan. Semasa hujahan prosiding rayuan itu, peguam kanan Persekutuan, Liew Horng Bin, mewakili Menteri Pendidikan dan kerajaan berhujah bahawa penggunaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana bahasa kebangsaan diajar sebagai mata pelajaran wajib di sekolah terbabit. Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Mappim dan Gapena dalam hujahan balasnya berkata, disebabkan pendidikan merupakan urusan rasmi, maka penggunaan bahasa sebagai medium pengajaran wajiblah dalam bahasa Melayu. Katanya, Mohd Nazlan terkhilaf apabila memutuskan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular adalah sah dan berperlembagaan. - https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penubuhan-sekolah-vernakular-sah-boleh-tutur-bahasa-mandarin-tamil-447164?amp=1
WWW.ASTROAWANI.COM
Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil | Astro Awani
Mahkamah Rayuan putuskan penubuhan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar sah dengan Perlembagaan Persekutuan.
0 Comments 0 Shares 2507 Views