Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

20 Oktober 2023 / 5 Rabi’ul Akhir 1445H

Mengikuti Jejak Langkah Nabi: Menyumbang Ke Arah Kebaikan



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah (s.w.t.) dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga Allah (s.w.t.) membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

Saudara dan Saudari,

Minggu lalu, Mimbar ini telah menekankan kepentingan kemakmuran, keihsanan dan kedamaian bagi seluruh umat manusia, pada setiap masa dan ketika, khususnya dalam saat-saat yang mencabar seperti sekarang ini. Pada hari ini, khatib ingin menyentuh satu lagi nilai utama daripada hadis yang dibacakan pada minggu lalu iaitu nilai "memberi makan kepada mereka yang memerlukan" sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Nabi (s.a.w.):

يَا أَيُّهَا النَّاسُ: أَفْشُوا السَّلَامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ، تَدْخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلَامٍ

Yang bermaksud: "Wahai manusia, sebarkanlah kedamaian, berikanlah makan kepada yang memerlukan, dan lakukanlah solat pada waktu malam ketika orang-orang sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat." [Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmizi].

Nilai "memberi makan" atau menghulurkan bantuan mencerminkan nilai hubungan sesama manusia yang didasari keperihatinan yang mendalam. Nilai ini mendidik kita untuk saling prihatin dan bekerjasama dalam mengharungi kehidupan di dunia ini.

Walaupun hadis tersebut menyebut “makan” sebagai salah satu keperluan asasi manusia, nilai menghulurkan bantuan juga mencakup keperluan-keperluan asasi lain. Keperluan-keperluan asasi manusia seperti ini kadang kala tidak dapat disediakan dengan secukupnya tanpa sokongan dan bantuan orang lain.

Di sinilah peluang kita sebagai hamba Allah untuk menghayati sifat Rahmah-Nya membantu sesama insan, dan mendapat ganjaran yang terbaik daripada Allah (s.w.t.). Firman Allah (s.w.t.):



Yang bermaksud: “Sekiranya kamu menzahirkan sedekah-sedekah itu, maka ia adalah baik. Dan sekiranya kamu menyembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada fakir miskin, maka ia adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan bagi kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 271).

Allah (s.w.t.) telah menetapkan agar setiap mereka yang mempunyai kelebihan untuk mengongsikan kelebihan yang ada kepada yang memerlukan. Sama ada dilakukan secara terang-terangan atau rahsia. Sumbangan kita itu pastinya akan menghasilkan kebaikan buat semua.

Saudara Saudari,

Masyarakat Singapura sememangnya terkenal dengan sifat kemurahan hati, rahmah dan keihsanan. Sifat dan akhlak seperti ini menjadi kebanggaan kita dan perlu diteruskan.

Sifat dan semangat memberi kepada yang memerlukan tentunya bukan hanya terbatas untuk memenuhi keperluan yang mendesak, tetapi ia juga bagi menangani isu-isu jangka-panjang yang lebih luas seperti kemiskinan, asas pendidikan, ketidaksetaraan, dan sebagainya.

Atas semangat rahmah dan rasa prihatin sebeginilah, Allah (s.w.t.) memberikan jalan keluar kepada manusia untuk mengatasi dan berhadapan dengan permasalahan dan ujian yang dihadapi.

Saudara Saudari,

Krisis kemanusiaan yang melanda bumi Palestin pada saat ini adalah suatu tragedi yang menyedihkan dan amat menyayat hati. Saban hari, kita menyaksikan angka korban jiwa yang tidak berdosa meningkat dengan mendadak. Sebagai masyarakat yang cintakan kedamaian, kita benci dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya penumpahan darah dan apa jua bentuk kezaliman yang menimpa jiwa-jiwa yang tidak berdosa. Justeru itu, krisis dan tragedi ini perlu kepada penyelesaian, dan sebaik-baik penyelesaian adalah pencapaian kedamaian dan semua bentuk kekerasan dihentikan.

Penyelesaian kepada suatu permasalahan atau konflik itu memerlukan kepada langkah-langkah yang membina lagi membangun. Dalam kita menyuarakan suatu pandangan, kita perlu memastikan setiap tutur kata dihiasi dengan keindahan akhlak kita. Setiap tutur kata kita merupakan cerminan diri kita. Seorang Muslim tentunya tidak akan sanggup mencemarkan dirinya dengan kata-kata yang boleh membawa kepada kebencian dan permusuhan.

Saudara dan Saudari,

Islam mengutamakan keamanan dan kedamaian dalam menyelesaikan segala bentuk konflik. Membalas kejahatan dengan kebaikan itu adalah perbuatan yang sangat mulia dan murni. Ia juga adalah cerminan daripada akhlak Nabi Muhammad (s.a.w.).

Dalam kita menyusuri jejak langkah Rasulullah dan mencontohi akhlak mulia Baginda dengan memupuk nilai “وَأَطْعِمُوا الطَّعَام” dalam menangani krisis kemanusiaan di bumi Palestin, Mimbar ingin mengajak para jemaah untuk menyumbang kepada Tabung Rayuan untuk bantuan kemanusiaan di Gaza. Sumbangan anda boleh dibuat sama ada secara dalam talian melalui lelaman sesawang RLAF atau ke dalam tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid mulai hari ini. Sumbangan sebegini adalah bukti dan manifestasi cinta kita kepada Rasulullah s.a.w., dan komitmen kita kepada kedamaian dan keihsanan walaupun pada saat yang mendukakan dan mencabar ini. Bantuan kewangan, dokongan moral dan sokongan kerohanian kita – melalui doa, bacaan qunut nazilah, solat hajat dan lain-lain – kita harapkan akan dapat meringankan beban mangsa-mangsa tragedi ini.

Semoga Allah (s.w.t.) memberi jalan penyelesaian yang menyeluruh kepada krisis ini, serta mengurniakan Masyarakat Islam Singapura yang kita cintai, untuk terus berusaha menyebarkan kebaikan, kedamaian dan keihsanan dalam apa jua keadaan. Amin.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِيْ غَزَّة وَفِي فِلِسْطِيْنَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ يَا أَرْحَمَ الرّاحِمِيْنَ.، اللهم بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ.

Ya Allah Ya Qawi Ya Matin, dengan rendah hati kami menadah tangan memohon kepada-Mu, kembalikanlah keamanan, kedamaian dan ketenangan kepada dunia ini. Lindungilah kami, negara kami serta saudara-saudara kami yang sedang menghadapi konflik dan krisis kemanusiaan, khususnya mereka yang di Palestin daripada sebarang kesulitan dan kezaliman. Kurniakanlah petunjuk, bimbingan serta hidayah-Mu agar sebarang konflik dan ketegangan dapat dileraikan dengan aman.

Ya Rahman Ya Rahim, limpahkanlah kasih sayang-Mu kepada hamba-hamba-Mu yang memerlukan bantuan. Ringankanlah cabaran hamba-hamba-Mu yang berhadapan dengan rintangan.

Ya Hayyu Ya Qayyum, pandanglah kami dan mereka yang terjejas dengan pandangan rahmat-Mu, dan kurniakanlah kami dan mereka dengan limpahan kurniaan-Mu di dunia dan di akhirat. Perkenankanlah permohonan dan permintaan kami, Ya Mujibus Saailiin! Ya Rahman Ya Rahim. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.
Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 20 Oktober 2023 / 5 Rabi’ul Akhir 1445H Mengikuti Jejak Langkah Nabi: Menyumbang Ke Arah Kebaikan Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah (s.w.t.) dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga Allah (s.w.t.) membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin. Saudara dan Saudari, Minggu lalu, Mimbar ini telah menekankan kepentingan kemakmuran, keihsanan dan kedamaian bagi seluruh umat manusia, pada setiap masa dan ketika, khususnya dalam saat-saat yang mencabar seperti sekarang ini. Pada hari ini, khatib ingin menyentuh satu lagi nilai utama daripada hadis yang dibacakan pada minggu lalu iaitu nilai "memberi makan kepada mereka yang memerlukan" sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Nabi (s.a.w.): يَا أَيُّهَا النَّاسُ: أَفْشُوا السَّلَامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ، تَدْخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلَامٍ Yang bermaksud: "Wahai manusia, sebarkanlah kedamaian, berikanlah makan kepada yang memerlukan, dan lakukanlah solat pada waktu malam ketika orang-orang sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat." [Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmizi]. Nilai "memberi makan" atau menghulurkan bantuan mencerminkan nilai hubungan sesama manusia yang didasari keperihatinan yang mendalam. Nilai ini mendidik kita untuk saling prihatin dan bekerjasama dalam mengharungi kehidupan di dunia ini. Walaupun hadis tersebut menyebut “makan” sebagai salah satu keperluan asasi manusia, nilai menghulurkan bantuan juga mencakup keperluan-keperluan asasi lain. Keperluan-keperluan asasi manusia seperti ini kadang kala tidak dapat disediakan dengan secukupnya tanpa sokongan dan bantuan orang lain. Di sinilah peluang kita sebagai hamba Allah untuk menghayati sifat Rahmah-Nya membantu sesama insan, dan mendapat ganjaran yang terbaik daripada Allah (s.w.t.). Firman Allah (s.w.t.): Yang bermaksud: “Sekiranya kamu menzahirkan sedekah-sedekah itu, maka ia adalah baik. Dan sekiranya kamu menyembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada fakir miskin, maka ia adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan bagi kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 271). Allah (s.w.t.) telah menetapkan agar setiap mereka yang mempunyai kelebihan untuk mengongsikan kelebihan yang ada kepada yang memerlukan. Sama ada dilakukan secara terang-terangan atau rahsia. Sumbangan kita itu pastinya akan menghasilkan kebaikan buat semua. Saudara Saudari, Masyarakat Singapura sememangnya terkenal dengan sifat kemurahan hati, rahmah dan keihsanan. Sifat dan akhlak seperti ini menjadi kebanggaan kita dan perlu diteruskan. Sifat dan semangat memberi kepada yang memerlukan tentunya bukan hanya terbatas untuk memenuhi keperluan yang mendesak, tetapi ia juga bagi menangani isu-isu jangka-panjang yang lebih luas seperti kemiskinan, asas pendidikan, ketidaksetaraan, dan sebagainya. Atas semangat rahmah dan rasa prihatin sebeginilah, Allah (s.w.t.) memberikan jalan keluar kepada manusia untuk mengatasi dan berhadapan dengan permasalahan dan ujian yang dihadapi. Saudara Saudari, Krisis kemanusiaan yang melanda bumi Palestin pada saat ini adalah suatu tragedi yang menyedihkan dan amat menyayat hati. Saban hari, kita menyaksikan angka korban jiwa yang tidak berdosa meningkat dengan mendadak. Sebagai masyarakat yang cintakan kedamaian, kita benci dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya penumpahan darah dan apa jua bentuk kezaliman yang menimpa jiwa-jiwa yang tidak berdosa. Justeru itu, krisis dan tragedi ini perlu kepada penyelesaian, dan sebaik-baik penyelesaian adalah pencapaian kedamaian dan semua bentuk kekerasan dihentikan. Penyelesaian kepada suatu permasalahan atau konflik itu memerlukan kepada langkah-langkah yang membina lagi membangun. Dalam kita menyuarakan suatu pandangan, kita perlu memastikan setiap tutur kata dihiasi dengan keindahan akhlak kita. Setiap tutur kata kita merupakan cerminan diri kita. Seorang Muslim tentunya tidak akan sanggup mencemarkan dirinya dengan kata-kata yang boleh membawa kepada kebencian dan permusuhan. Saudara dan Saudari, Islam mengutamakan keamanan dan kedamaian dalam menyelesaikan segala bentuk konflik. Membalas kejahatan dengan kebaikan itu adalah perbuatan yang sangat mulia dan murni. Ia juga adalah cerminan daripada akhlak Nabi Muhammad (s.a.w.). Dalam kita menyusuri jejak langkah Rasulullah dan mencontohi akhlak mulia Baginda dengan memupuk nilai “وَأَطْعِمُوا الطَّعَام” dalam menangani krisis kemanusiaan di bumi Palestin, Mimbar ingin mengajak para jemaah untuk menyumbang kepada Tabung Rayuan untuk bantuan kemanusiaan di Gaza. Sumbangan anda boleh dibuat sama ada secara dalam talian melalui lelaman sesawang RLAF atau ke dalam tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid mulai hari ini. Sumbangan sebegini adalah bukti dan manifestasi cinta kita kepada Rasulullah s.a.w., dan komitmen kita kepada kedamaian dan keihsanan walaupun pada saat yang mendukakan dan mencabar ini. Bantuan kewangan, dokongan moral dan sokongan kerohanian kita – melalui doa, bacaan qunut nazilah, solat hajat dan lain-lain – kita harapkan akan dapat meringankan beban mangsa-mangsa tragedi ini. Semoga Allah (s.w.t.) memberi jalan penyelesaian yang menyeluruh kepada krisis ini, serta mengurniakan Masyarakat Islam Singapura yang kita cintai, untuk terus berusaha menyebarkan kebaikan, kedamaian dan keihsanan dalam apa jua keadaan. Amin. أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم Khutbah Kedua الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ Ø£ÙŽÙ† لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ. أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ ÙˆÙŽ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِيْ غَزَّة وَفِي فِلِسْطِيْنَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ يَا أَرْحَمَ الرّاحِمِيْنَ.ØŒ اللهم بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. Ya Allah Ya Qawi Ya Matin, dengan rendah hati kami menadah tangan memohon kepada-Mu, kembalikanlah keamanan, kedamaian dan ketenangan kepada dunia ini. Lindungilah kami, negara kami serta saudara-saudara kami yang sedang menghadapi konflik dan krisis kemanusiaan, khususnya mereka yang di Palestin daripada sebarang kesulitan dan kezaliman. Kurniakanlah petunjuk, bimbingan serta hidayah-Mu agar sebarang konflik dan ketegangan dapat dileraikan dengan aman. Ya Rahman Ya Rahim, limpahkanlah kasih sayang-Mu kepada hamba-hamba-Mu yang memerlukan bantuan. Ringankanlah cabaran hamba-hamba-Mu yang berhadapan dengan rintangan. Ya Hayyu Ya Qayyum, pandanglah kami dan mereka yang terjejas dengan pandangan rahmat-Mu, dan kurniakanlah kami dan mereka dengan limpahan kurniaan-Mu di dunia dan di akhirat. Perkenankanlah permohonan dan permintaan kami, Ya Mujibus Saailiin! Ya Rahman Ya Rahim. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.
0 Comments 0 Shares 3698 Views