☆Tadabbur Kalamullah 20 Rejab 1445H☆

وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا

"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29]

#Jauhi sifat bakhil kerana ia membinasakan akhirat seseorang. Sifat bakhil perlu dihapuskan dalam kehidupan seseorang kerana bakhil itu membawa permusuhan dan pertelingkahan yang boleh mendatangkan kerugian.

#Daripada Sayidina Jabir r.a bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda:

اتَّقُوْا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَاتَّقُوْا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ

“Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka" (HR Muslim)

#Selain itu, tamak kepada dunia dan kedekut dengan apa yang dimiliki sentiasa mendorong manusia melakukan maksiat dan dosa dan menjuruskan mereka kepada perbuatan keji dan kemungkaran.

#Hari ini kebakhilan sudah menjadi penyakit yang meluas dikalangan umat Islam. Ekonomi kapitalis dan budaya hidup mewah menjadikan kita tidak peka terhadap sesama saudara seMuslim. Lingkungan keluarga dan masyarakat kita telah berhasil menanamkan jiwa invidualisme. Yang penting saya menjadi kaya, cukup, semua keperluan serba ada, dan tidak memikirkan keperluan saudaranya yang lain.

#Disebabkan itulah muncul berbagai bentuk kebakhilan. Bakhilnya seorang pendakwah untuk menyampaikan kebenaran kerana takut nikmat dunianya berkurang. Bakhilnya seorang pemimpin untuk menggunakan kepimpinannya  membela islam dan kebenaran. Bakhilnya seseorang untuk mengorbankan waktunya berfikir untuk kemajuan Islam. Bakhilnya seseorang untuk mengeluarkan hartanya di jalan Allah swt.

#Lebih parah lagi adalah bakhilnya seseorang untuk memberikan kemudahan kepada orang lain walaupun hanya dengan sesuatu yang kecil dan remeh. Orang yang bakhil tidak akan mahu memberikan hartanya, waktunya, tenaganya apalagi jiwa dan ruhnya untuk Islam.

#Ingatlah bahawa sifat bakhil menyebabkan seseorang itu dijauhkan daripada keimanan kepada Allah swt. Sifat bakhil akan mengikis keimanan seseorang sedikit demi sedikit. Sabda Rasulullah saw:

لاَ يَجْتَمِعُ الشُّحُّ وَ اْلإِيْمَانُ فِي قَلْبِ عَبْدٍ أَبَدًا

“Sifat bakhil dan iman tidak akan berkumpul dalam hati seseorang selama-lamanya” (Al-Musnad, Imam Ahmad, dan Shahih Ibni Hibban)

♡Islam sangat membenci sifat bakhil. Ini kerana sifat bakhil salah satu dari karakter orang munafiq yang tidak mahu berkorban untuk kebaikan. Padahal karakter orang yang beriman adalah sentiasa berkorban dengan apa sahaja demi islam♡

Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 20 Rejab 1445H☆ وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29] #Jauhi sifat bakhil kerana ia membinasakan akhirat seseorang. Sifat bakhil perlu dihapuskan dalam kehidupan seseorang kerana bakhil itu membawa permusuhan dan pertelingkahan yang boleh mendatangkan kerugian. #Daripada Sayidina Jabir r.a bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda: اتَّقُوْا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَاتَّقُوْا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ “Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka" (HR Muslim) #Selain itu, tamak kepada dunia dan kedekut dengan apa yang dimiliki sentiasa mendorong manusia melakukan maksiat dan dosa dan menjuruskan mereka kepada perbuatan keji dan kemungkaran. #Hari ini kebakhilan sudah menjadi penyakit yang meluas dikalangan umat Islam. Ekonomi kapitalis dan budaya hidup mewah menjadikan kita tidak peka terhadap sesama saudara seMuslim. Lingkungan keluarga dan masyarakat kita telah berhasil menanamkan jiwa invidualisme. Yang penting saya menjadi kaya, cukup, semua keperluan serba ada, dan tidak memikirkan keperluan saudaranya yang lain. #Disebabkan itulah muncul berbagai bentuk kebakhilan. Bakhilnya seorang pendakwah untuk menyampaikan kebenaran kerana takut nikmat dunianya berkurang. Bakhilnya seorang pemimpin untuk menggunakan kepimpinannya  membela islam dan kebenaran. Bakhilnya seseorang untuk mengorbankan waktunya berfikir untuk kemajuan Islam. Bakhilnya seseorang untuk mengeluarkan hartanya di jalan Allah swt. #Lebih parah lagi adalah bakhilnya seseorang untuk memberikan kemudahan kepada orang lain walaupun hanya dengan sesuatu yang kecil dan remeh. Orang yang bakhil tidak akan mahu memberikan hartanya, waktunya, tenaganya apalagi jiwa dan ruhnya untuk Islam. #Ingatlah bahawa sifat bakhil menyebabkan seseorang itu dijauhkan daripada keimanan kepada Allah swt. Sifat bakhil akan mengikis keimanan seseorang sedikit demi sedikit. Sabda Rasulullah saw: لاَ يَجْتَمِعُ الشُّحُّ وَ اْلإِيْمَانُ فِي قَلْبِ عَبْدٍ أَبَدًا “Sifat bakhil dan iman tidak akan berkumpul dalam hati seseorang selama-lamanya” (Al-Musnad, Imam Ahmad, dan Shahih Ibni Hibban) ♡Islam sangat membenci sifat bakhil. Ini kerana sifat bakhil salah satu dari karakter orang munafiq yang tidak mahu berkorban untuk kebaikan. Padahal karakter orang yang beriman adalah sentiasa berkorban dengan apa sahaja demi islam♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
0 Comments 0 Shares 5797 Views