NIAT PUASA HARI PUTIH (Ayyamul Bidh)
01/02/2023
puasa hari putih ayyamul bidh
Apakah lafaz niat Puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh)?
Panduan ini akan menerangkan secara lengkap berkaitan niat Puasa Hari Putih, tarikh & waktu, kelebihan dan beberapa maklumat berkenaan Ayyamul Bidh.
Lafaz niat juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi.
Bilakah Tarikh Puasa Hari Putih?
Apakah yang dimaksudkan dengan “puasa hari putih” atau Ayyamul Bidh ini?
Hari Putih bermaksud hari pada pertengahan bulan Islam, iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan Qamariah.
Menurut Imam Nawawi, tidak ada pengkhususan hari yang ditetapkan dalam melaksanakan puasa tiga hari setiap bulan.
Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “Fiqah Puasa” menyebut, bahawa perbezaan dalam menetapkan hari-hari tertentu untuk berpuasa menunjukkan adanya toleransi dalam perkara ini.
Setiap Muslim dibolehkan berpuasa pada awal, tengah ataupun akhir bulan, mengikut kesesuaian dan kesempatan yang dimiliki.
Walau bagaimanapun, Imam Nawawi bersetuju bahawa hari yang terbaik untuk berpuasa adalah pada hari yang ke-13, 14 dan 15, berdasarkan hadis di atas dan hadis-hadis lain yang menjelaskan tentang perkara ini.
Kenapa Dinamakan Ayyamul Bidh?
Ia dipanggil Ayyamul Bidh (آيام البض) atau Hari Putih kerana pada pada malam-malam tersebut adalah waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih.
Ini kerana ia jatuh pada hari ke 13, 14 dan 15 setiap bulan, tidak kira sama ada jumlah hari dalam bulan tersebut adalah 29 hari ataupun 30 hari.
Pada tarikh ini, kita disunatkan berpuasa sebagai tambahan kepada amal ibadah yang lain.
Imam Bukhari menulis sebuah bab di dalam kitab sahihnya dengan judul “Puasa hari-hari biidh (hari putih/purnama), hari ke 13, 14 dan 15).”
Puasa ini sunat dilaksanakan pada setiap bulan. Dasarnya adalah hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah ï·º .
Abu Hurairah & menceritakan,
“Kekasihku, iaitu Rasulullah ï·º memberikan tiga perkara sebagai wasiat kepadaku: Berpuasa tiga hai pada setiap bulan, melakukan dua rakaat solat dhuha dan melaksanakan solat witir sebelum tidur.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)none
Dalil Pensyariatan Puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh)
Latar belakang pensyariatannya adalah dari hadis Rasulullah SAW, seperti berikut:
Abu Dzar al-Ghifari menceritakan, Rasulullah SAW bersabda:
Wahai Aba Dzar! Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, berpuasalah pada hari yang ke-13, 14 dan 15.”
(Hadis riwayat Tirmizi, Ahmad dan an-Nasaie)none
Qatadah bin Milan menceritakan,
Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk berpuasa pada hari-hari putih, iaitu hari yang ke- 13, 14 dan 15. Pahala berpuasa di hari-hari tersebut sama seperti berpuasa selamanya.”
(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)none
Begitu juga sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Mu’adzah ‘Adawiyah.
Beliau bertanya kepada Aisyah, isteri Rasulullah ï·º, “Adakah Rasulullah ï·º berpuasa tiga hari pada setiap bulan?”
Beliau berkata, “Ya.”
Dia bertanya, “Pada bulan apa baginda berpuasa?”
Beliau berkata, “Baginda tidak mempedulikan bulan apapun untuk berpuasa.”
(Hadis riwayat Muslim)none
Dalam riwayat Abu Daud ditambah:
“Di mana aku tidak meninggalkannya, baik pada waktu musafir mahupun waktu bermukim.”
(Hadis riwayat Abu Daud)none
Nota
Dikecualikan puasa pada 13 Dzulhijjah kerana tarikh itu sebahagian daripada Hari Tasyriq. (Berpuasa pada hari tersebut diharamkan).
Sebaliknya ia diganti pada 16 Dzulhijjah.
*Pada 9 Dzulhijjah disunatkan untuk Puasa Hari Arafah
Nota Untuk Wanita
Jika kita tidak dapat puasa pada hari-hari yang pertengahan, tidak mengapa.
Anda boleh sahaja memilih hari apa untuk kita berpuasa asalkan ia 3 hari dalam sebulan.
Lafaz Niat Puasa Hari Putih
Lafaz niat bagi puasa hari putih adalah seperti berikut:
niat puasa sunat ayyamul bidh
Nawaitu Sauma Ayyaamal Bidh Sunnatan Lillahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Taala.
Nota
Jika anda terlupa berniat di malam hari atau sebelum subuh tidak menjadi masalah, asalkan anda sempat berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat tidak makan dan minum atau tidak didahului dengan perkara yang boleh membatalkan puasa.
Fadhilat & Kelebihan Puasa Ayyamul Bidh
Apakah kelebihan mengamal Puasa Hari Putih ini?
Berikut beberapa kelebihan yang terdapat pada puasa Ayyamul Bidh ini:
1. Mendapat Pahala Seperti Puasa Setahun
Diriwayatkan bahawa puasa Ayyamul Bidh mempunyai kelebihan pahala yang sama seperti orang yang melakukan puasa sepanjang tahun.
Puasa pada 3 hari tiap bulannya merupakan serupa puasa sepanjang tahun.”
— Hadis riwayat Bukhari :1979none
Perkara ini juga disokong dengan riwayat lain:
Berpuasa tiga hari setiap bulan sama dengan berpuasa sepanjang tahun dan hari-hari putih itu adalah tanggal 13, 14 dan 15.”
— Hadis riwayat an-Nasai’enone
2. Sunnah Yang Tidak Pernah Ditinggalkan Oleh Nabi ï·º
Dalam riwayat Abu Hurairah pula, disebutkan:
Kekasihku (Rasulullah) mewasiatkan padaku tiga nasihat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati yakni berpuasa tiga hari setiap bulannya, mengerjakan solat dhuha, mengerjakan solat witir sebelum tidur.”
Hadis Riwayat Bukharinone
3. Meningkatkan Ketahanan Badan Melawan Kanser
Terbukti baik untuk kesihatan secara saintifik untuk mengelakkan kanser dan meningkat sistem imun badan.
Kajian mengenainya boleh dibaca pada journal saintifik ini:
4. Sebagai Alternatif Kepada Larangan Puasa Sepanjang Tahun (Puasa Dahr).
Waktu yang paling utama untuk melakukan puasa tiga hari adalah pada hari-hari bidh (putih/terang), laitu hari yang ke-13,14 dan 15 dalam setiap bulan hijriah.
Ini kerana Rasulullah ï·º pernah memerintahkan perkara ini secara khusus dalam hadis yang sahih.
Rasulullah ï·º melarang seseorang berpuasa pada setiap hari sepanjang tahun (Puasa Dahr).
Kemudian Baginda ï·º membimbing mereka kepada kebaikan dan keutamaan yang mereka mampu kerjakan secara rutin.
Hadis-hadis di atas menunjukkan tentang keutamaan melaksanakan amal ibadah secara berterusan.
Rasulullah ï·º bersabda,
Amalan (ibadah) yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berterusan, walaupun sedikit. ”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)none
Adakah Wajib Berpuasa Tiga Hari Berturut-turut?
niat puasa enam dan qadha
Timbul satu persoalan dari ramai orang awam, adakah Puasa Hari Putih atau Ayyamul Bidh ini perlu dilakukan secara 3 hari berturut-turut?
Jawapannya, secara ringkasnya TIDAK.
Walaupun puasa tersebut tiga hari, ia bukanlah satu kesatuan yang saling membatalkan jika tidak dilaksanakan salah satu daripadanya.
Kita boleh berpuasa tiga hari, boleh juga berpuasa dua hari, ataupun hanya berpuasa satu hari sahaja.
Apatah lagi memandangkan puasa ini hanyalah puasa sunat sahaja, bukan puasa yang wajib.
Tidak ada dalil yang mengatakan ia perlu dilakukan tiga hari berturut-turut, di mana apabila salah satu daripadanya ditinggalkan, maka semuanya perlu ditinggalkan.
Puasa sunah tiga hari ini tidak mensyaratkan mutatabi’ah (berturut-turut), sebagaimana Puasa Kafarah yang diwajibkan ke atas seseorang yang melakukan persetubuhan di siang hari pada Bulan Ramadan.
Oleh itu, seseorang diharuskan untuk berpuasa pada salah satu daripada tiga hari tersebut.
Bagaimana Pula Dengan Pahalanya?
sudah tentu pahala orang yang berpuasa tiga hari berbeza dengan orang yang berpuasa hanya satu atau dua hari sahaja.
Tetapi daripada tidak mendapat pahala langsung, maka lebih baik kita memperolehi sebahagiannya.
Ini bersesuai dengan kaedah fikah,
‘”Maa laa yudraku kulluhu laa yutraku kulluhu, (Sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan keseluruhannya, tidak pula ditinggalkan semuanya).”
Penutup
Puasa sunat adalah salah satu ibadah sunat yang sangat digalakkan.
Allah sangat menyukai orang yang berpuasa kerana Allah, sehinggakan Allah telah menjanjikan gerbang khusus di syurga bagi yang suka berpuasa, iaitu Ar-Rayyan.”
— Hadis Riwayat Muslimnone
Nabi Muhammad saw telah membawa seluruh umat manusia ke arah satu dimensi kehidupan yang jauh lebih baik.
Malah Allah menjamin keselamatan di dunia dan di akhirat bagi sesiapa yang mengikuti jejak Rasulullah saw seperti mana yang telah disunahkan.
Banyak amalan sunat yang diamalkan dan diwariskan kepada para sahabat, tabi’in (orang yang mengikuti), tabi’ tabi’in (orang yang ikut orang yang mengikuti) dan sehinggalah sampai kepada umat Islam pada hari ini.
Semoga panduan ini dapat membantu anda.
Muhamad Naim
Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Berkongsi ilmu adalah perkara paling baik yang dapat dilakukan untuk mengubah dunia kepada yang lebih baik. Semoga Allah redha.
Suka Apa Yang Anda Baca?
Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!
https://akuislam.com/blog/ibadah/puasa-hari-putih/ NIAT PUASA HARI PUTIH (Ayyamul Bidh)

https://akuislam.com/blog/ibadah/puasa-hari-putih/