☆Tadabbur Kalamullah 1 Rejab 1445H☆

ٱلَّذِینَ یَحۡمِلُونَ ٱلۡعَرۡشَ وَمَنۡ حَوۡلَهُۥ یُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَیُؤۡمِنُونَ بِهِۦ وَیَسۡتَغۡفِرُونَ لِلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ۖ رَبَّنَا وَسِعۡتَ كُلَّ شَیۡءࣲ رَّحۡمَةࣰ وَعِلۡمࣰا فَٱغۡفِرۡ لِلَّذِینَ تَابُوا۟ وَٱتَّبَعُوا۟ سَبِیلَكَ وَقِهِمۡ عَذَابَ ٱلۡجَحِیمِ

"Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka" [Surah Ghāfir 7]

#Ayat ini menunjukkan bahawa malaikat itu betul-betul mengenal Allah swt. Mereka berdoa dengan bertawassul menggunakan nama dan sifat Allah swt yang sesuai dan munasabah.

#Isi dan kandungan doa malaikat itu bertepatan dengan apa yang Allah swt mahu. Mereka lakukan perkara yang Allah suka. Allah swt sayang dan suka kepada hambaNya yang beriman, bertaqwa dan soleh, maka malaikat pun ambil berat dan prihatin dengan mendoakan orang beriman, orang bertaqwa dan orang-orang yang soleh.

#Doa para malaikat ini menunjukkan kesungguhan mereka memohon keampunan, kebaikan dan rahmat Allah kepada orang beriman. Maka, kita sepatutnya lebih perlu bersungguh mendoakan keampunan untuk diri kita sendiri yang sentiasa lalai dan berdosa.

Ini juga menunjukkan kebijaksanaan Malaikat dalam berdoa. Mereka tidak doakan kepada semua manusia, hanya kepada yang layak untuk mendapat kebaikan iaitu orang yang bertaubat dan mereka yang berada di atas landasan kebenaran.

Malaikat juga mendoakan syurga untuk orang beriman dan seluruh ahli keluarganya.

رَبَّنَا وَأَدۡخِلۡهُمۡ جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ ٱلَّتِی وَعَدتَّهُمۡ وَمَن صَلَحَ مِنۡ ءَابَاۤىِٕهِمۡ وَأَزۡوَ ٰ⁠جِهِمۡ وَذُرِّیَّـٰتِهِمۡۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡحَكِیمُ

"Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Ghāfir 8]

#Ini menunjukkan bahawa jangan berdoa untuk kita sahaja tetapi berdoalah untuk seluruh keluarga dan zuriat keturunan kita. Beginilah juga cara nabi Ibrahim Alaihissalam berdoa, untuk seluruh keluarga dan zuriat keturunannya.

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ

“Ya Tuhan kami jadikanlah kami orang yang berserah diri kepadaMu dan anak cucu kami juga umat yang berserah diri kepadaMu" [Surah al-Baqarah 128]

#Dengan berdoa demikian, maka akan lengkaplah kebahagiaan seseorang apabila dapat berkumpul bersama anak, isteri, mak, ayah, adik beradik dan kaum keluarga di dalam syurga nanti.

♡Marilah kita sama-sama tingkatkan keimanan dan ketqwaan kita kepada Allah swt agar kita semua dapat memasuki syurga sekeluarga serta berada pada tingkatan yang sama di dalam syurga nanti, InsyaAllah, Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 1 Rejab 1445H☆ ٱلَّذِینَ یَحۡمِلُونَ ٱلۡعَرۡشَ وَمَنۡ حَوۡلَهُۥ یُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَیُؤۡمِنُونَ بِهِۦ وَیَسۡتَغۡفِرُونَ لِلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ۖ رَبَّنَا وَسِعۡتَ كُلَّ شَیۡءࣲ رَّحۡمَةࣰ وَعِلۡمࣰا فَٱغۡفِرۡ لِلَّذِینَ تَابُوا۟ وَٱتَّبَعُوا۟ سَبِیلَكَ وَقِهِمۡ عَذَابَ ٱلۡجَحِیمِ "Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka" [Surah Ghāfir 7] #Ayat ini menunjukkan bahawa malaikat itu betul-betul mengenal Allah swt. Mereka berdoa dengan bertawassul menggunakan nama dan sifat Allah swt yang sesuai dan munasabah. #Isi dan kandungan doa malaikat itu bertepatan dengan apa yang Allah swt mahu. Mereka lakukan perkara yang Allah suka. Allah swt sayang dan suka kepada hambaNya yang beriman, bertaqwa dan soleh, maka malaikat pun ambil berat dan prihatin dengan mendoakan orang beriman, orang bertaqwa dan orang-orang yang soleh. #Doa para malaikat ini menunjukkan kesungguhan mereka memohon keampunan, kebaikan dan rahmat Allah kepada orang beriman. Maka, kita sepatutnya lebih perlu bersungguh mendoakan keampunan untuk diri kita sendiri yang sentiasa lalai dan berdosa. Ini juga menunjukkan kebijaksanaan Malaikat dalam berdoa. Mereka tidak doakan kepada semua manusia, hanya kepada yang layak untuk mendapat kebaikan iaitu orang yang bertaubat dan mereka yang berada di atas landasan kebenaran. Malaikat juga mendoakan syurga untuk orang beriman dan seluruh ahli keluarganya. رَبَّنَا وَأَدۡخِلۡهُمۡ جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ ٱلَّتِی وَعَدتَّهُمۡ وَمَن صَلَحَ مِنۡ ءَابَاۤىِٕهِمۡ وَأَزۡوَ ٰ⁠جِهِمۡ وَذُرِّیَّـٰتِهِمۡۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡحَكِیمُ "Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Ghāfir 8] #Ini menunjukkan bahawa jangan berdoa untuk kita sahaja tetapi berdoalah untuk seluruh keluarga dan zuriat keturunan kita. Beginilah juga cara nabi Ibrahim Alaihissalam berdoa, untuk seluruh keluarga dan zuriat keturunannya. رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ “Ya Tuhan kami jadikanlah kami orang yang berserah diri kepadaMu dan anak cucu kami juga umat yang berserah diri kepadaMu" [Surah al-Baqarah 128] #Dengan berdoa demikian, maka akan lengkaplah kebahagiaan seseorang apabila dapat berkumpul bersama anak, isteri, mak, ayah, adik beradik dan kaum keluarga di dalam syurga nanti. ♡Marilah kita sama-sama tingkatkan keimanan dan ketqwaan kita kepada Allah swt agar kita semua dapat memasuki syurga sekeluarga serta berada pada tingkatan yang sama di dalam syurga nanti, InsyaAllah, Aamiiin♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
0 Comments 0 Shares 2228 Views