☆Tadabbur Kalamullah 27 Jamadil Awwal 1445H☆

زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" [Surah Ali-ʿImran 14]

#Allah swt memulakan kaitan cinta syahwat itu bermula dari wanita, sebelum menyebutkan emas, perak, kenderaan dan pertanian. Kenapa wanita? Kerana manusia selalu mencintai dan menganggap indah segala sesuatu yang berkaitan dengan syahwat, fikirannya selalu mengarah kepada syahwat. Allah menyatakan kecintaan manusia terhadap wanita yang pertama menunjukkan fitnah yang sangat luar biasa daripada wanita.

#Sabda Nabi saw: "Aku tidak meninggalkan satu fitnah pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Allah swt menjadikan wanita apabila dilihat akan menimbulkan keinginan (syahwat) dan kaum lelaki mudah tergoda dengan mereka. Untuk itu, fitnah wanita adalah fitnah yang dahsyat kerana pada dirinya semua fitnah seperti suaranya, rupa parasnya, pergerakannya dan sebagainya. 

#Ini memahamkan kita bahawa di antara semua fitnah yang ada ternyata ada fitnah yang paling dahsyat bagi kaum lelaki ialah wanita. Para wanita harus faham bahawa dirinya adalah fitnah besar bagi para lelaki. Dia adalah perhiasan terindah, yang dunia tanpa wujudnya dirasakan gelap, walaupun mentari terbit dan di langit tidak ada segumpal awan. Kedamaian, ketenangan, ketenteraman, kebahagiaan, tanpa adanya wanita, susah untuk didapatkan.

#Disebabkan itu, Rasulullah saw berpesan kepada kaum lelaki supaya mereka berhati-hati atau menjauhkan diri daripada melihat wanita yang bukan mahramnya, berdua-duaan dengannya, bercampur baur dengan mereka dan seumpamanya. Hal ini diteguhkan lagi oleh sebuah hadis Nabi saw:

“Berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan fitnah wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang berlaku pada golongan Bani Israil adalah pada wanita" (HR Muslim)

#Maka, setiap lelaki Muslim, perlulah bertakwa dan berhati-hati dengan wanita dan para wanita perlulah menjaga auratnya, perawakannya dan pergaulannya agar terhindar daripada fitnah. Kaum lelaki dan wanita wajib menjadikan sifat takwa sebagai benteng atau perisai di antara dirinya dalam pergaulan supaya tidak terjebak kepada fitnah dan kemungkaran.

♡Ada pelbagai fitnah di muka bumi ini, antaranya fitnah kemiskinan, kemewahan, kejayaan, harta, anak, peperangan, banjir,  gempa bumi, wanita, kebakaran, kematian, kehilangan, kesakitan, kesempitan dan berbagai macam fitnah lainnya. Namun, fitnah yang bahaya dan perlu diwaspadai ialah fitnah wanita. Moga Allah swt pelihara iman kita semua. Aamiiin♡

Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 27 Jamadil Awwal 1445H☆ زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" [Surah Ali-ʿImran 14] #Allah swt memulakan kaitan cinta syahwat itu bermula dari wanita, sebelum menyebutkan emas, perak, kenderaan dan pertanian. Kenapa wanita? Kerana manusia selalu mencintai dan menganggap indah segala sesuatu yang berkaitan dengan syahwat, fikirannya selalu mengarah kepada syahwat. Allah menyatakan kecintaan manusia terhadap wanita yang pertama menunjukkan fitnah yang sangat luar biasa daripada wanita. #Sabda Nabi saw: "Aku tidak meninggalkan satu fitnah pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita” (HR al-Bukhari dan Muslim) #Allah swt menjadikan wanita apabila dilihat akan menimbulkan keinginan (syahwat) dan kaum lelaki mudah tergoda dengan mereka. Untuk itu, fitnah wanita adalah fitnah yang dahsyat kerana pada dirinya semua fitnah seperti suaranya, rupa parasnya, pergerakannya dan sebagainya.  #Ini memahamkan kita bahawa di antara semua fitnah yang ada ternyata ada fitnah yang paling dahsyat bagi kaum lelaki ialah wanita. Para wanita harus faham bahawa dirinya adalah fitnah besar bagi para lelaki. Dia adalah perhiasan terindah, yang dunia tanpa wujudnya dirasakan gelap, walaupun mentari terbit dan di langit tidak ada segumpal awan. Kedamaian, ketenangan, ketenteraman, kebahagiaan, tanpa adanya wanita, susah untuk didapatkan. #Disebabkan itu, Rasulullah saw berpesan kepada kaum lelaki supaya mereka berhati-hati atau menjauhkan diri daripada melihat wanita yang bukan mahramnya, berdua-duaan dengannya, bercampur baur dengan mereka dan seumpamanya. Hal ini diteguhkan lagi oleh sebuah hadis Nabi saw: “Berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan fitnah wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang berlaku pada golongan Bani Israil adalah pada wanita" (HR Muslim) #Maka, setiap lelaki Muslim, perlulah bertakwa dan berhati-hati dengan wanita dan para wanita perlulah menjaga auratnya, perawakannya dan pergaulannya agar terhindar daripada fitnah. Kaum lelaki dan wanita wajib menjadikan sifat takwa sebagai benteng atau perisai di antara dirinya dalam pergaulan supaya tidak terjebak kepada fitnah dan kemungkaran. ♡Ada pelbagai fitnah di muka bumi ini, antaranya fitnah kemiskinan, kemewahan, kejayaan, harta, anak, peperangan, banjir,  gempa bumi, wanita, kebakaran, kematian, kehilangan, kesakitan, kesempitan dan berbagai macam fitnah lainnya. Namun, fitnah yang bahaya dan perlu diwaspadai ialah fitnah wanita. Moga Allah swt pelihara iman kita semua. Aamiiin♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
0 Comments 0 Shares 4839 Views