☆Tadabbur Kalamullah 23 Jamadil Awwal 1445H☆

قُلۡ ءَامِنُوا۟ بِهِۦۤ أَوۡ لَا تُؤۡمِنُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡعِلۡمَ مِن قَبۡلِهِۦۤ إِذَا یُتۡلَىٰ عَلَیۡهِمۡ یَخِرُّونَ لِلۡأَذۡقَانِ سُجَّدࣰا * وَیَقُولُونَ سُبۡحَـٰنَ رَبِّنَاۤ إِن كَانَ وَعۡدُ رَبِّنَا لَمَفۡعُولࣰا * وَیَخِرُّونَ لِلۡأَذۡقَانِ یَبۡكُونَ وَیَزِیدُهُمۡ خُشُوعࣰا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk. Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk" [Surah al-Isrāʾ 107-109]

#Sambung bicara berkaitan Allah swt memuji hambaNya menangis kerana takut kepadaNya dan ketika mentadabbur ayatNya.

#Menangis itu dibenarkan, malah digalakkan terutamanya kerana takutkan azab Allah swt serta menyesal atas dosa dan maksiat yang dilakukan untuk  melahirkan rasa kesyukuran serta ketika timbul rasa khusyuk dalam beribadat. Tangisan seumpama itu cukup tinggi nilainya kerana ia lahir daripada gabungan rasa kesedaran dan keimanan.

#Jika kita sentiasa membaca Al-Quran dan memahami kedahsyatan azab dan juga kedahsyatan suasana di Mahsyar serta memikirkan hal sedemikian pastinya akan melahirkan rasa gerun di hati. Ia juga mampu membuatkan kita menangis lalu memohon kepada Allah swt supaya melepaskan kita daripada segala azab seksaan itu.

#Sayidina Abdullah bin Umar r.huma meletakkan nilai yang tinggi pada jiwa yang mudah menangis kerana Allah swt. Katanya:

لأن أدمع من خشية الله أحب إلي من أن أتصدق بألف دينار

“Menangis kerana takutkan Allah lebih aku sukai daripada bersedekah seribu dinar (wang emas).”

#Ternyata air mata yang tumpah kerana Allah swt itu bukan perkara sia-sia malah bernilai tinggi disisi Allah swt dengan jaminan diharamkan api neraka daripada membakarnya. Oleh itu, kita perlu mendidik diri kita supaya menangis kerana mengingati Allah swt dan takut akan kemurkaanNya.

#Namun bagi mereka yang tidak pernah peduli dengan perintah Allah bahkan langsung tidak pernah menangisi dosa dan kesalahan didunia ini malah sombong serta bangga ketika melakukan dosa dan maksiat, mereka pasti menyesal dan menangis tanpa henti di akhirat kelak. Firman Allah swt:

فَلۡیَضۡحَكُوا۟ قَلِیلࣰا وَلۡیَبۡكُوا۟ كَثِیرࣰا جَزَاۤءَۢ بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ

"Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan" [Surah at-Tawbah 82]

♡Jika ada di antara kita yang belum pernah menangis, maka menangislah ketika membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran atau ketika mengenangkan dosa-dosa yang menggunung atau ketika memanjatkan doa sewaktu bangun beribadat pada sepertiga malam. Menangislah kerana Allah swt!!♡

Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 23 Jamadil Awwal 1445H☆ قُلۡ ءَامِنُوا۟ بِهِۦۤ أَوۡ لَا تُؤۡمِنُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡعِلۡمَ مِن قَبۡلِهِۦۤ إِذَا یُتۡلَىٰ عَلَیۡهِمۡ یَخِرُّونَ لِلۡأَذۡقَانِ سُجَّدࣰا * وَیَقُولُونَ سُبۡحَـٰنَ رَبِّنَاۤ إِن كَانَ وَعۡدُ رَبِّنَا لَمَفۡعُولࣰا * وَیَخِرُّونَ لِلۡأَذۡقَانِ یَبۡكُونَ وَیَزِیدُهُمۡ خُشُوعࣰا Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk. Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk" [Surah al-Isrāʾ 107-109] #Sambung bicara berkaitan Allah swt memuji hambaNya menangis kerana takut kepadaNya dan ketika mentadabbur ayatNya. #Menangis itu dibenarkan, malah digalakkan terutamanya kerana takutkan azab Allah swt serta menyesal atas dosa dan maksiat yang dilakukan untuk  melahirkan rasa kesyukuran serta ketika timbul rasa khusyuk dalam beribadat. Tangisan seumpama itu cukup tinggi nilainya kerana ia lahir daripada gabungan rasa kesedaran dan keimanan. #Jika kita sentiasa membaca Al-Quran dan memahami kedahsyatan azab dan juga kedahsyatan suasana di Mahsyar serta memikirkan hal sedemikian pastinya akan melahirkan rasa gerun di hati. Ia juga mampu membuatkan kita menangis lalu memohon kepada Allah swt supaya melepaskan kita daripada segala azab seksaan itu. #Sayidina Abdullah bin Umar r.huma meletakkan nilai yang tinggi pada jiwa yang mudah menangis kerana Allah swt. Katanya: لأن أدمع من خشية الله أحب إلي من أن أتصدق بألف دينار “Menangis kerana takutkan Allah lebih aku sukai daripada bersedekah seribu dinar (wang emas).” #Ternyata air mata yang tumpah kerana Allah swt itu bukan perkara sia-sia malah bernilai tinggi disisi Allah swt dengan jaminan diharamkan api neraka daripada membakarnya. Oleh itu, kita perlu mendidik diri kita supaya menangis kerana mengingati Allah swt dan takut akan kemurkaanNya. #Namun bagi mereka yang tidak pernah peduli dengan perintah Allah bahkan langsung tidak pernah menangisi dosa dan kesalahan didunia ini malah sombong serta bangga ketika melakukan dosa dan maksiat, mereka pasti menyesal dan menangis tanpa henti di akhirat kelak. Firman Allah swt: فَلۡیَضۡحَكُوا۟ قَلِیلࣰا وَلۡیَبۡكُوا۟ كَثِیرࣰا جَزَاۤءَۢ بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ "Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan" [Surah at-Tawbah 82] ♡Jika ada di antara kita yang belum pernah menangis, maka menangislah ketika membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran atau ketika mengenangkan dosa-dosa yang menggunung atau ketika memanjatkan doa sewaktu bangun beribadat pada sepertiga malam. Menangislah kerana Allah swt!!♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
0 Comments 0 Shares 3250 Views