☆Tadabbur Kalamullah 4 Jamadil Awwal 1445H☆

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman" [Surah al-Muʾminūn 1]

#Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Umar Ibnul Khattab r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

قال: أنزل عليّ عشر آياتٍ من أقامهن دخل الجنّة, ثم قرأ:”قد أفلح المؤمنون” حتئ ختم عشر آيات.

"Telah diturunkan kepadaku 10 ayat (yang dimaksudkan adalah ayat 1 hingga 10 surah Al-Mukminun), sesiapa yang mengerjakannya akan masuk syurga. Kemudian dibacanya ayat pertama sehingga habis ayat ke-10".

#Mukmin adalah orang yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran maka bertambah keimanannya.

#Bagi seorang mukmin, hidup adalah rangkaian ibadah. Mereka akan menempuh bahtera kehidupan mengikut cara-cara dan acuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Orang mukmin sentiasa berusaha untuk memenuhi kehidupannya dengan melakukan ibadah dan kebaikan dengan tujuan memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.

#Oleh itu, melalui surah al-Mukminun ayat 1-10, akan memperkatakan tentang ciri-ciri mukmin berjaya.

1. Khusyuk dalam solat.
2. Menjauhkan diri daripada perkara yang tidak berguna dan sia-sia.
3. Menunaikan zakat
4. Memelihara kemaluan
5. Memelihara amanah dan janji
6. Menjaga solat

#Islam menyuruh umatnya melakukan solat fardhu yang wajib dilakukan lima waktu setiap hari. Orang Mukmin akan berusaha untuk memenuhi hari-hari mereka dengan menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain, ini kerana manusia yang paling mulia itu adalah apabila ibadah hariannya bermula dengan solat Subuh, kemudian diakhiri pula harinya dengan solat Isyak.

#Terdapat pelbagai kemuliaan bagi orang yang menjaga solatnya. Antaranya ialah dicintai Allah, hatinya lembut, wajahnya bercahaya seperti orang soleh dan pelbagai lagi fadhilat lain. Kita juga dituntut untuk menjaga hak-hak yang berkaitan dengan solat contohnya adalah solat di awal waktu, menunaikannya secara berjemaah, menyempurnakan rukuk dan sujud serta segala rukun-rukunnya. Mereka yang menjaga solat dengan segala hak-haknya adalah mereka yang berjaya dan mendapat ganjaran daripada Allah di akhirat kelak.

♡Inilah ciri dan sifat-sifat mukmin yang berjaya yang di sebut oleh Allah di dalam surah al-Mukminun ini. Kadang-kadang, ada antara kita yang telepas pandang tentang fadhilat dan kelebihan yang terkandung dan tersirat dalam surah ini. Marilah untuk kita sama-sama menghisab dan menghitung diri kita, sejauh mana pengamalan kita dengan perintah Allah swt ini♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 4 Jamadil Awwal 1445H☆ قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman" [Surah al-MuʾminÅ«n 1] #Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Umar Ibnul Khattab r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: قال: أنزل عليّ عشر آياتٍ من أقامهن دخل الجنّة, ثم قرأ:”قد أفلح المؤمنون” حتئ ختم عشر آيات. "Telah diturunkan kepadaku 10 ayat (yang dimaksudkan adalah ayat 1 hingga 10 surah Al-Mukminun), sesiapa yang mengerjakannya akan masuk syurga. Kemudian dibacanya ayat pertama sehingga habis ayat ke-10". #Mukmin adalah orang yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran maka bertambah keimanannya. #Bagi seorang mukmin, hidup adalah rangkaian ibadah. Mereka akan menempuh bahtera kehidupan mengikut cara-cara dan acuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Orang mukmin sentiasa berusaha untuk memenuhi kehidupannya dengan melakukan ibadah dan kebaikan dengan tujuan memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat. #Oleh itu, melalui surah al-Mukminun ayat 1-10, akan memperkatakan tentang ciri-ciri mukmin berjaya. 1. Khusyuk dalam solat. 2. Menjauhkan diri daripada perkara yang tidak berguna dan sia-sia. 3. Menunaikan zakat 4. Memelihara kemaluan 5. Memelihara amanah dan janji 6. Menjaga solat #Islam menyuruh umatnya melakukan solat fardhu yang wajib dilakukan lima waktu setiap hari. Orang Mukmin akan berusaha untuk memenuhi hari-hari mereka dengan menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain, ini kerana manusia yang paling mulia itu adalah apabila ibadah hariannya bermula dengan solat Subuh, kemudian diakhiri pula harinya dengan solat Isyak. #Terdapat pelbagai kemuliaan bagi orang yang menjaga solatnya. Antaranya ialah dicintai Allah, hatinya lembut, wajahnya bercahaya seperti orang soleh dan pelbagai lagi fadhilat lain. Kita juga dituntut untuk menjaga hak-hak yang berkaitan dengan solat contohnya adalah solat di awal waktu, menunaikannya secara berjemaah, menyempurnakan rukuk dan sujud serta segala rukun-rukunnya. Mereka yang menjaga solat dengan segala hak-haknya adalah mereka yang berjaya dan mendapat ganjaran daripada Allah di akhirat kelak. ♡Inilah ciri dan sifat-sifat mukmin yang berjaya yang di sebut oleh Allah di dalam surah al-Mukminun ini. Kadang-kadang, ada antara kita yang telepas pandang tentang fadhilat dan kelebihan yang terkandung dan tersirat dalam surah ini. Marilah untuk kita sama-sama menghisab dan menghitung diri kita, sejauh mana pengamalan kita dengan perintah Allah swt ini♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
0 Comments 0 Shares 1508 Views