Bisikan Ruh Ramadhan 1

Ramadhan adalah bulan teristimewa yang berbeza dari bulan-bulan yang lain. Ianya adalah :

1. Bulan diturunkan Al Quran dan kitab-kitab samawiyyah.

Allah ta’ala berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ
شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ{البقرة: ١٨٥}

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.”

(Al Baqarah: 185)
 

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ(3){القدر: ١-٣}

”Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Al Qadr: 1-3).
 
Allah ta’ala juga berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا
مُنْذِرِينَ {الدخان: ٣}

”Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”
( Ad-Dukhan: 3)

 
2. Bulan untuk qiyamullail dengan solat tarawih dan tahajjud.

Nabi ﷺ bersabda,

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
(رواه البخاري ومسلم). 

”Barangsiapa yang berdiri (menunaikan salat) di bulan Ramadan dengan iman dan mengharap (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni”.

3. Bulan pengampunan dan penghapus dosa.

Nabi ﷺ bersabda,

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه البخاري ومسلم)

Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

4. Bulan pembebasan dari api neraka.

Nabi ﷺ bersabda,

(ولله عتقاء من النار وذلك في كل ليلة) رواه الترمذي وابن ماجه.

Dan bagi Allah membebaskan sejumlah orang dari neraka. Hal itu terjadi pada setiap malam.” (HR. Tirmizi dan Ibn Majah)

5. Bulan ihsan kasihan belas dan pemurah.

Nabi ﷺ bersabda,

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل فيدارسه القرآن. (رواه البخاري ومسلم)

Nabi ‎ﷺ adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat Baginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an.

(HR. Bukhari,Muslim)

6. Bulan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu para syaitan.

Nabi ﷺ bersabda,

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النار، وصفدت الشياطين (رواه البخاري ومسلم)

Bila datang Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dibelenggu para syaitan.

( HR Bukhari, Muslim)

7. Bulan doa-doa dimakbulkan oleh Allah ta’ala.

Dalam surah Al Baqarah selepa ayat kewajipan berpuasa, Allah ta’ala menyatakan tentang diriNya sebagai Pemakbul Doa dari para hambaNya.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ‎
﴿البقرة: ١٨٦﴾‏

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (186)

(Al Baqarah: 186)


Nabi ﷺ bersabda,

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ
الْمَظْلُومِ

“Tiga orang yang do’anya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan do’a orang yang dizalimi”.

(HR Tirmizi)


8. Bulan yang digandakan pahala amal ibadah dan kebaikan.

Nabi ﷺ bersabda,


فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي ، فَإِنَّ عُمْرَةً
فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً

Sekiranya telah tiba bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu mengerjakan umrah. Ini kerana umrah pada bulan tersebut menyamai pahalanya seperti mengerjakan haji.

(HR al-Bukhari)

9. Bulan berlakunya lailatul qadar iaitu malam yang paling mulia.

Allah ta’ala berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ(3)

”Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Al Qadr: 1-3).
 
Allah ta’ala juga berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
 
”Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”

( Ad-Dukhan: 3)

Justeru, ambillah dan rebutlah ruang dan peluang yang Allah ta’ala telah berikan padamu dengan hadirnya Ramadhan tahun ini. Kerana engkau tidak pasti lagi dapat menemuinya pada tahun hadapan.



ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 1 Ramadhan adalah bulan teristimewa yang berbeza dari bulan-bulan yang lain. Ianya adalah : 1. Bulan diturunkan Al Quran dan kitab-kitab samawiyyah. Allah ta’ala berfirman, شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ{البقرة: ١٨٥} “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.” (Al Baqarah: 185)   إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ(3){القدر: ١-٣} ”Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (Al Qadr: 1-3).   Allah ta’ala juga berfirman, إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ {الدخان: ٣} ”Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” ( Ad-Dukhan: 3)   2. Bulan untuk qiyamullail dengan solat tarawih dan tahajjud. Nabi ﷺ bersabda, من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه البخاري ومسلم).  ”Barangsiapa yang berdiri (menunaikan salat) di bulan Ramadan dengan iman dan mengharap (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni”. 3. Bulan pengampunan dan penghapus dosa. Nabi ﷺ bersabda, من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه البخاري ومسلم) Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” (HR al-Bukhari dan Muslim) 4. Bulan pembebasan dari api neraka. Nabi ﷺ bersabda, (ولله عتقاء من النار وذلك في كل ليلة) رواه الترمذي وابن ماجه. Dan bagi Allah membebaskan sejumlah orang dari neraka. Hal itu terjadi pada setiap malam.” (HR. Tirmizi dan Ibn Majah) 5. Bulan ihsan kasihan belas dan pemurah. Nabi ﷺ bersabda, عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل فيدارسه القرآن. (رواه البخاري ومسلم) Nabi ‎ﷺ adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat Baginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. (HR. Bukhari,Muslim) 6. Bulan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu para syaitan. Nabi ﷺ bersabda, إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النار، وصفدت الشياطين (رواه البخاري ومسلم) Bila datang Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dibelenggu para syaitan. ( HR Bukhari, Muslim) 7. Bulan doa-doa dimakbulkan oleh Allah ta’ala. Dalam surah Al Baqarah selepa ayat kewajipan berpuasa, Allah ta’ala menyatakan tentang diriNya sebagai Pemakbul Doa dari para hambaNya. وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ‎ ﴿البقرة: ١٨٦﴾‏ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (186) (Al Baqarah: 186) Nabi ﷺ bersabda, ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ “Tiga orang yang do’anya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan do’a orang yang dizalimi”. (HR Tirmizi) 8. Bulan yang digandakan pahala amal ibadah dan kebaikan. Nabi ﷺ bersabda, فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي ، فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً Sekiranya telah tiba bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu mengerjakan umrah. Ini kerana umrah pada bulan tersebut menyamai pahalanya seperti mengerjakan haji. (HR al-Bukhari) 9. Bulan berlakunya lailatul qadar iaitu malam yang paling mulia. Allah ta’ala berfirman, إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ(3) ”Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (Al Qadr: 1-3).   Allah ta’ala juga berfirman, إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ   ”Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” ( Ad-Dukhan: 3) Justeru, ambillah dan rebutlah ruang dan peluang yang Allah ta’ala telah berikan padamu dengan hadirnya Ramadhan tahun ini. Kerana engkau tidak pasti lagi dapat menemuinya pada tahun hadapan. ABi
Like
1
0 Comments 0 Shares 9032 Views