☆Tadabbur Kalamullah 8 Rejab 1445H☆

كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ ثُمَّ إِلَیۡنَا تُرۡجَعُونَ

"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 57]

#Sambung perbincangan tentang kematian. Bicara tentang mati, semua mendambakan kematian yang indah dan penuh damai.

#Hal ini kerana tiada anugerah yang lebih indah daripada dikurniakan pengakhiran atau kematian yang baik dan mulia.

#Kita semua mahukan pengakhiran hidup dalam husnul khatimah, tetapi semua itu bergantung kepada bagaimana kita menjalani kehidupan di dunia. 

#Berkata Imam al-Ghazali rahimahullah: "Cara mati seseorang mukmin itu ditentukan oleh cara hidupnya. Begitu juga cara seseorang itu dibangkitkan akan ditentukan oleh cara kematiannya. Hakikat yang perlu diterima oleh manusia, setiap yang bernyawa akan menemui ajalnya".

#Diriwayatkan bahawa sepanjang umur Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma dihabiskan dalam bidang ilmu. Sewaktu muda beliau banyak menghabiskan masa menuntut ilmu. Di hujung usia beliau menyampaikan ilmu pula. Beliau juga menjadi penasihat utama beberapa orang khalifah. Setiap kali diadakan majlis ilmu di rumahnya, bukan sahaja rumahnya sesak, tetapi semua jalan-jalan ke rumahnya turut dipenuhi lautan manusia sehingga tidak dapat dilalui.

#Sayidina Ibn Abbas r.huma bukan sekadar berilmu, tetapi juga kuat beramal dan beribadah dengan ilmunya. Imam Ibnu Mulaikah pernah memberitahu, pada satu malam ketika baru sampai dari Mekah ke Madinah, mereka semua tidur keletihan tetapi Ibn Abbas berqiamullail. Aku mendengar Ibn Abbas mengulang-ulang satu ayat daripada Surah Qaf ayat 19 :

"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah “Sakaratul maut” membawa kebenaran. Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!” [Surah Qaf 19]

#Dalam keadaan menangis dengan suara yang kuat, ayat tersebut terus diulang-ulang hinggalah masuk waktu Fajar.

Sayidina Ibnu Abbas hidup hingga ke usia 71 tahun. Ketika meninggal dunia, beliau disembahyangkan oleh anak Sayidina Ali, Muhammad bin Hanafiah, dan jenazahnya diuruskan oleh beberapa sahabat yang masih hidup serta para tabiin besar.

#Ketika pengkebumian, terdengar satu suara membacakan firman Allah:

یَـٰۤأَیَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَىِٕنَّةُ * ٱرۡجِعِیۤ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِیَةࣰ مَّرۡضِیَّةࣰ * فَٱدۡخُلِی فِی عِبَـٰدِی * وَٱدۡخُلِی جَنَّتِی *

“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau redha dan diredhai tuhan. Maka masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu (yang berbahagia). Dan masuklah ke dalam Syurgaku!!" [Surah al-Fajr 27-30]

♡Cukuplah kematian sebagai pemberi nasihat dan motivasi untuk menggandakan amal soleh♡

Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 8 Rejab 1445H☆ كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ ثُمَّ إِلَیۡنَا تُرۡجَعُونَ "Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 57] #Sambung perbincangan tentang kematian. Bicara tentang mati, semua mendambakan kematian yang indah dan penuh damai. #Hal ini kerana tiada anugerah yang lebih indah daripada dikurniakan pengakhiran atau kematian yang baik dan mulia. #Kita semua mahukan pengakhiran hidup dalam husnul khatimah, tetapi semua itu bergantung kepada bagaimana kita menjalani kehidupan di dunia.  #Berkata Imam al-Ghazali rahimahullah: "Cara mati seseorang mukmin itu ditentukan oleh cara hidupnya. Begitu juga cara seseorang itu dibangkitkan akan ditentukan oleh cara kematiannya. Hakikat yang perlu diterima oleh manusia, setiap yang bernyawa akan menemui ajalnya". #Diriwayatkan bahawa sepanjang umur Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma dihabiskan dalam bidang ilmu. Sewaktu muda beliau banyak menghabiskan masa menuntut ilmu. Di hujung usia beliau menyampaikan ilmu pula. Beliau juga menjadi penasihat utama beberapa orang khalifah. Setiap kali diadakan majlis ilmu di rumahnya, bukan sahaja rumahnya sesak, tetapi semua jalan-jalan ke rumahnya turut dipenuhi lautan manusia sehingga tidak dapat dilalui. #Sayidina Ibn Abbas r.huma bukan sekadar berilmu, tetapi juga kuat beramal dan beribadah dengan ilmunya. Imam Ibnu Mulaikah pernah memberitahu, pada satu malam ketika baru sampai dari Mekah ke Madinah, mereka semua tidur keletihan tetapi Ibn Abbas berqiamullail. Aku mendengar Ibn Abbas mengulang-ulang satu ayat daripada Surah Qaf ayat 19 : "Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah “Sakaratul maut” membawa kebenaran. Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!” [Surah Qaf 19] #Dalam keadaan menangis dengan suara yang kuat, ayat tersebut terus diulang-ulang hinggalah masuk waktu Fajar. Sayidina Ibnu Abbas hidup hingga ke usia 71 tahun. Ketika meninggal dunia, beliau disembahyangkan oleh anak Sayidina Ali, Muhammad bin Hanafiah, dan jenazahnya diuruskan oleh beberapa sahabat yang masih hidup serta para tabiin besar. #Ketika pengkebumian, terdengar satu suara membacakan firman Allah: یَـٰۤأَیَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَىِٕنَّةُ * ٱرۡجِعِیۤ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِیَةࣰ مَّرۡضِیَّةࣰ * فَٱدۡخُلِی فِی عِبَـٰدِی * وَٱدۡخُلِی جَنَّتِی * “Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau redha dan diredhai tuhan. Maka masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu (yang berbahagia). Dan masuklah ke dalam Syurgaku!!" [Surah al-Fajr 27-30] ♡Cukuplah kematian sebagai pemberi nasihat dan motivasi untuk menggandakan amal soleh♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
0 Comments 0 Shares 3931 Views