☆Tadabbur Kalamullah 7 Rejab 1445H☆

كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ ثُمَّ إِلَیۡنَا تُرۡجَعُونَ

"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 57]

#Sambung bicara tentang kematian. Setiap yang hidup pasti bertemu kematian.

#Berkata Syed Qutb rahimahullah: "Semua orang pasti akan kembali kepada Allah ketika mati, tapi yang berbahagia adalah orang yang dekat dengan Allah semasa hidupnya".

#Antara mati yang mulia ialah mati syahid di medan jihad. Inilah yang diburu oleh generasi awal Islam iaitu mencari kematian yang indah.

#Sayidina Umar al-Khattab r.a  pernah berdoa agar beroleh mati syahid:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

"Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanMu. Matikanlah aku di negeri RasulMu saw (Madinah)" (HR al-Bukhari)

#Antara sahabat terawal syahid dalam perang Badar ialah Sayidina Mahja‘ bin Soleh r.a maula Sayidina Umar bin al-Khattab r.a. 

#Beliau termasuk dalam kalangan sahabat yang awal memeluk agama Islam, menyertai peperangan Badar dan mati terbunuh sebagai syahid dalam peperangan tersebut.

#Musa bin ‘Uqbah menyebutkan, beliau adalah yang awal syahid dalam peperangan itu. Begitu juga Ibn ‘Abd al-Barr turut menyatakan, beliau adalah yang awal terbunuh dalam kalangan tentera Muslimin di antara dua barisan (tentera yang bertentangan), anak panah datang kepadanya dari arah barat dan membunuhnya. Dikatakan orang yang telah membunuhnya ialah ‘Amir bin al-Hadhrami.

#Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda kepada para sahabat yang menunjukkan kemuliaan orang yang mati syahid. Sabda Nabi saw:

“Ada seorang sahabat yang akan masuk ke syurga tanpa perlu solat, puasa dan lain-lain. Dia ialah ialah Amar bin Sabit”.

#Amar bin Sabit masuk Islam, kemudian terus ke medan perang dan mati syahid.

♡Moga Allah memilih kita semua untuk dikurniakan mati syahid. Aamiiin♡

Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 7 Rejab 1445H☆ كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ ثُمَّ إِلَیۡنَا تُرۡجَعُونَ "Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 57] #Sambung bicara tentang kematian. Setiap yang hidup pasti bertemu kematian. #Berkata Syed Qutb rahimahullah: "Semua orang pasti akan kembali kepada Allah ketika mati, tapi yang berbahagia adalah orang yang dekat dengan Allah semasa hidupnya". #Antara mati yang mulia ialah mati syahid di medan jihad. Inilah yang diburu oleh generasi awal Islam iaitu mencari kematian yang indah. #Sayidina Umar al-Khattab r.a  pernah berdoa agar beroleh mati syahid: اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ "Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanMu. Matikanlah aku di negeri RasulMu saw (Madinah)" (HR al-Bukhari) #Antara sahabat terawal syahid dalam perang Badar ialah Sayidina Mahja‘ bin Soleh r.a maula Sayidina Umar bin al-Khattab r.a.  #Beliau termasuk dalam kalangan sahabat yang awal memeluk agama Islam, menyertai peperangan Badar dan mati terbunuh sebagai syahid dalam peperangan tersebut. #Musa bin ‘Uqbah menyebutkan, beliau adalah yang awal syahid dalam peperangan itu. Begitu juga Ibn ‘Abd al-Barr turut menyatakan, beliau adalah yang awal terbunuh dalam kalangan tentera Muslimin di antara dua barisan (tentera yang bertentangan), anak panah datang kepadanya dari arah barat dan membunuhnya. Dikatakan orang yang telah membunuhnya ialah ‘Amir bin al-Hadhrami. #Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda kepada para sahabat yang menunjukkan kemuliaan orang yang mati syahid. Sabda Nabi saw: “Ada seorang sahabat yang akan masuk ke syurga tanpa perlu solat, puasa dan lain-lain. Dia ialah ialah Amar bin Sabit”. #Amar bin Sabit masuk Islam, kemudian terus ke medan perang dan mati syahid. ♡Moga Allah memilih kita semua untuk dikurniakan mati syahid. Aamiiin♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
Like
1
0 Comments 0 Shares 2562 Views