JIWA TARBAWI 883



Tidak ada lagi kematian selepas kematian di dunia. Di akhirat nanti sudah tidak ada kematian.

Dari sahabat Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi ‎ﷺ bersabda,

يُؤْتَى بِالْمَوْتِ كَهَيْئَةِ كَبْشٍ أَمْلَحٍ فَيُنَادِي بِهِ مُنَادٍ : يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ ! فَيَشْرَئِبُوْنَ وَيَنْظُرُوْنَ, فَيَقًوْلُ : هَلْ تَعْرِفُوْنَ هَذَا ؟ فَيَقُوْلُوْنَ : نَعَمْ, هَذَا الْمَوْتُ, وَكُلُّهُمْ قَدْ رَآهُ, ثُمَّ يُنَادِي مُنَادٍ : يَا أَهْلَ النَّارِ فَيَشْرَئِبُوْنَ وَيَنْظُرُوْنَ, فَيَقُوْلُ : هَلْ تَعْرِفُوْنَ هَذَا ؟ فَيَقُوْلُوْنَ : نَعَمْ, هَذَا الْمَوْتُ وَكُلُّهْمْ قَدْ رَآهُ فَيُذْبَحُ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ ثُمَّ يَقُوْلُ : يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ خُلُوْدٌ فَلاَ مَوْتَ, وَيَا أَهْلَ النَّارِ خُلُوْدٌ فَلاَ مَوْتَ

“Kematian didatangkan dalam bentuk kambing berkulit hitam putih. Lalu, ada penyeru yang memanggil, ‘Wahai penduduk surga!’ Mereka menengok dan melihat. Penyeru itu berkata, ‘Apakah kamu mengenal ini?’ Mereka menjawab, ‘Ya, itu adalah kematian.’ Mereka semua telah melihatnya. Kemudian penyeru memanggil, ‘Wahai penduduk neraka!’ Mereka menengok dan melihat. Penyeru itu berkata, ‘Apakah kamu mengenal ini?’ Mereka menjawab, ‘Ya, itu adalah kematian.’ Mereka semua telah melihatnya. Kemudian kematian disembelih di antara surga dan neraka. Lalu penyeru  berkata, ‘Wahai penduduk syurga, kekekalan dan tiada lagi kematian setelahnya, dan wahai penduduk neraka, kekekalan dan tiada lagi  kematian setelahnya.’“

(HR. Bukhari dan Muslim)

Bahkan tidor yang merupakan saudara mati ketika di dunia pun tidak ada lagi di akhirat.

أخرج البزار والطبراني في الأوسط وابن مردويه والبيهقي في البعث بسند صحيح كما قال السيوطي عن جابر رضي الله عنه قال: قيل: يا رسول الله أينام أهل الجنة؟ قال: لا النوم أخو الموت، وأهل الجنة لا يموتون ولا ينامون.

Hadis dikekuarkan oleh Al Bazzar dan At Thabarani ( Al Aswath ), dan Ibnu Mardawih dan Al Baihaqi ( Al Ba'ts ) dengan sanad yang sahih sebagaimana yang disebut oleh As Sayuthi daripada Jabir RA berkata:

Ditanyai ( oleh seseorang ) : " Wahai Rasul Allah adakah ahli syurga itu tidor? ". Rasulullah ‎ﷺ menjawab : " Tidak. Tidor itu saudara kematian, dan ahli syurga itu tidak akan mati dan tidak tidor ".

Justeru, persiapkanlah dirimu untuk kematian di dunia ini demi kehidupan selepas mati.

Sesungguhnya amal ibadahmu, sadaqah jariahmu, dakwah dan tarbiyyah, juga jihadmu jika kamu ingin lakukan maka lakukanlah sebelum datang hari kematianmu di dunia. Kerana akhirat bukannya masa lagi untuk beramal. Bahkan ianya adalah menghisab amalan dan pembalasan untuk segala amalan.


ABi
JIWA TARBAWI 883 Tidak ada lagi kematian selepas kematian di dunia. Di akhirat nanti sudah tidak ada kematian. Dari sahabat Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi ‎ﷺ bersabda, يُؤْتَى بِالْمَوْتِ كَهَيْئَةِ كَبْشٍ أَمْلَحٍ فَيُنَادِي بِهِ مُنَادٍ : يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ ! فَيَشْرَئِبُوْنَ وَيَنْظُرُوْنَ, فَيَقًوْلُ : هَلْ تَعْرِفُوْنَ هَذَا ؟ فَيَقُوْلُوْنَ : نَعَمْ, هَذَا الْمَوْتُ, وَكُلُّهُمْ قَدْ رَآهُ, ثُمَّ يُنَادِي مُنَادٍ : يَا أَهْلَ النَّارِ فَيَشْرَئِبُوْنَ وَيَنْظُرُوْنَ, فَيَقُوْلُ : هَلْ تَعْرِفُوْنَ هَذَا ؟ فَيَقُوْلُوْنَ : نَعَمْ, هَذَا الْمَوْتُ وَكُلُّهْمْ قَدْ رَآهُ فَيُذْبَحُ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ ثُمَّ يَقُوْلُ : يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ خُلُوْدٌ فَلاَ مَوْتَ, وَيَا أَهْلَ النَّارِ خُلُوْدٌ فَلاَ مَوْتَ “Kematian didatangkan dalam bentuk kambing berkulit hitam putih. Lalu, ada penyeru yang memanggil, ‘Wahai penduduk surga!’ Mereka menengok dan melihat. Penyeru itu berkata, ‘Apakah kamu mengenal ini?’ Mereka menjawab, ‘Ya, itu adalah kematian.’ Mereka semua telah melihatnya. Kemudian penyeru memanggil, ‘Wahai penduduk neraka!’ Mereka menengok dan melihat. Penyeru itu berkata, ‘Apakah kamu mengenal ini?’ Mereka menjawab, ‘Ya, itu adalah kematian.’ Mereka semua telah melihatnya. Kemudian kematian disembelih di antara surga dan neraka. Lalu penyeru  berkata, ‘Wahai penduduk syurga, kekekalan dan tiada lagi kematian setelahnya, dan wahai penduduk neraka, kekekalan dan tiada lagi  kematian setelahnya.’“ (HR. Bukhari dan Muslim) Bahkan tidor yang merupakan saudara mati ketika di dunia pun tidak ada lagi di akhirat. أخرج البزار والطبراني في الأوسط وابن مردويه والبيهقي في البعث بسند صحيح كما قال السيوطي عن جابر رضي الله عنه قال: قيل: يا رسول الله أينام أهل الجنة؟ قال: لا النوم أخو الموت، وأهل الجنة لا يموتون ولا ينامون. Hadis dikekuarkan oleh Al Bazzar dan At Thabarani ( Al Aswath ), dan Ibnu Mardawih dan Al Baihaqi ( Al Ba'ts ) dengan sanad yang sahih sebagaimana yang disebut oleh As Sayuthi daripada Jabir RA berkata: Ditanyai ( oleh seseorang ) : " Wahai Rasul Allah adakah ahli syurga itu tidor? ". Rasulullah ‎ﷺ menjawab : " Tidak. Tidor itu saudara kematian, dan ahli syurga itu tidak akan mati dan tidak tidor ". Justeru, persiapkanlah dirimu untuk kematian di dunia ini demi kehidupan selepas mati. Sesungguhnya amal ibadahmu, sadaqah jariahmu, dakwah dan tarbiyyah, juga jihadmu jika kamu ingin lakukan maka lakukanlah sebelum datang hari kematianmu di dunia. Kerana akhirat bukannya masa lagi untuk beramal. Bahkan ianya adalah menghisab amalan dan pembalasan untuk segala amalan. ABi
Like
1
0 Comments 0 Shares 1592 Views