☆Tadabbur Kalamullah 12 Jamadil Akhir 1445H☆

وَسِیقَ ٱلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ رَبَّهُمۡ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ زُمَرًاۖ حَتَّىٰۤ إِذَا جَاۤءُوهَا وَفُتِحَتۡ أَبۡوَ ٰ⁠بُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُهَا سَلَـٰمٌ عَلَیۡكُمۡ طِبۡتُمۡ فَٱدۡخُلُوهَا خَـٰلِدِینَ

"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk)" [Surah Az-Zumar 73]

#Sambung bicara berkaitan kisah Sayidina Abdullah bin Salam r.a yang diberi jaminan syurga ketika masih hidup didunia lagi.

#Diriwayatkan hadis pertama yang didengari Sayidina Abdullah bin Salam daripada mulut Nabi saw ialah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ، أَفْشُوْا السَّلاَمَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ، تَدْخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلاَمٍ

“Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makan (kepada orang yang memerlukan), sambungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu malam tatkala orang lain sedang tidur, kelak kamu akan masuk syurga dengan sejahtera” (Lihat: Siyar A‘lam al-Nubala’).

#Terdapat riwayat daripada Sayidina Anas bin Malik r.a menceritakan bahawa telah sampai berita ketibaan Nabi saw di Madinah kepada Abdullah bin Salam, lalu beliau menanyakan beberapa perkara kepada Baginda. Katanya: “Aku akan bertanya kepadamu tiga perkara yang tidak akan akan diketahui kecuali oleh seorang Nabi.

1. Apakah tanda-tanda pertama hari kiamat?
2. Dan apa makanan pertama yang akan dimakan oleh penghuni syurga?
3. Dan bagaimanakah seorang anak mirip dengan bapanya dan bagaimana dia mirip dengan ibunya?”

Baginda menjawab: “Jibril baru sahaja memberitahuku.” Abdullah bin Salam berkata: “Dia adalah malaikat yang menjadi musuh orang-orang Yahudi.” Baginda bersabda: “Adapun tanda pertama hari kiamat adalah api yang akan muncul dan akan menghimpunkan manusia daripada timur menuju barat. Dan makanan pertama penghuni syurga adalah ketulan hati ikan paus. Dan (miripnya) seorang anak (ditentukan), apabila suami mendatangi isterinya dan air maninya mendahului air mani isterinya, bererti akan lahir anak yang menyerupai bapanya. Namun bila air mani isterinya mendahului air mani suaminya, maka akan lahir anak yang mirip dengan ibunya.”  

(Lantas) Abdullah bin Salam berkata: “Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan engkau adalah Rasulullah.”

Kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang-orang Yahudi adalah kaum yang sangat suka memutar belit. Tanyalah mereka mengenai aku sebelum mereka mengetahui keislamanku.” Kemudian orang-orang Yahudi datang, lalu Nabi saw bersabda: “Bagaimanakah pendapat kamu tentang seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Salam?”  Mereka menjawab: “Dia adalah seorang alim dan anak dari seorang yang alim dan orang yang paling mulia antara kami dan anak orang yang paling mulia antara kami.”

Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Bagaimanakah pendapat kamu jika Abdullah bin Salam memeluk Islam?” Mereka menjawab: “Semoga dia dilindungi Allah dari perbuatan itu.” Baginda mengulangi pertanyaannya kepada mereka, Namun mereka tetap menjawab seperti tadi. Lalu Abdullah bin Salam keluar seraya berkata: “Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.” Maka mereka berkata: “Dia ini orang yang paling buruk di antara kami dan anak dari orang yang jahat.” Mereka terus saja menghina Abdullah bin Salam. Lalu Abdullah bin Salam berkata: “Inilah yang aku bimbangkan tadi, wahai Rasulullah.” (HR al-Bukhari)

♡Jadilah ahli ilmu dan beramallah dengan ilmu yang dipelajari kerana ia merupakan jalan untuk ke syurga♡

Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 12 Jamadil Akhir 1445H☆ وَسِیقَ ٱلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ رَبَّهُمۡ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ زُمَرًاۖ حَتَّىٰۤ إِذَا جَاۤءُوهَا وَفُتِحَتۡ أَبۡوَ ٰ⁠بُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُهَا سَلَـٰمٌ عَلَیۡكُمۡ طِبۡتُمۡ فَٱدۡخُلُوهَا خَـٰلِدِینَ "Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk)" [Surah Az-Zumar 73] #Sambung bicara berkaitan kisah Sayidina Abdullah bin Salam r.a yang diberi jaminan syurga ketika masih hidup didunia lagi. #Diriwayatkan hadis pertama yang didengari Sayidina Abdullah bin Salam daripada mulut Nabi saw ialah: يَا أَيُّهَا النَّاسُ، أَفْشُوْا السَّلاَمَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ، تَدْخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلاَمٍ “Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makan (kepada orang yang memerlukan), sambungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu malam tatkala orang lain sedang tidur, kelak kamu akan masuk syurga dengan sejahtera” (Lihat: Siyar A‘lam al-Nubala’). #Terdapat riwayat daripada Sayidina Anas bin Malik r.a menceritakan bahawa telah sampai berita ketibaan Nabi saw di Madinah kepada Abdullah bin Salam, lalu beliau menanyakan beberapa perkara kepada Baginda. Katanya: “Aku akan bertanya kepadamu tiga perkara yang tidak akan akan diketahui kecuali oleh seorang Nabi. 1. Apakah tanda-tanda pertama hari kiamat? 2. Dan apa makanan pertama yang akan dimakan oleh penghuni syurga? 3. Dan bagaimanakah seorang anak mirip dengan bapanya dan bagaimana dia mirip dengan ibunya?” Baginda menjawab: “Jibril baru sahaja memberitahuku.” Abdullah bin Salam berkata: “Dia adalah malaikat yang menjadi musuh orang-orang Yahudi.” Baginda bersabda: “Adapun tanda pertama hari kiamat adalah api yang akan muncul dan akan menghimpunkan manusia daripada timur menuju barat. Dan makanan pertama penghuni syurga adalah ketulan hati ikan paus. Dan (miripnya) seorang anak (ditentukan), apabila suami mendatangi isterinya dan air maninya mendahului air mani isterinya, bererti akan lahir anak yang menyerupai bapanya. Namun bila air mani isterinya mendahului air mani suaminya, maka akan lahir anak yang mirip dengan ibunya.”   (Lantas) Abdullah bin Salam berkata: “Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan engkau adalah Rasulullah.” Kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang-orang Yahudi adalah kaum yang sangat suka memutar belit. Tanyalah mereka mengenai aku sebelum mereka mengetahui keislamanku.” Kemudian orang-orang Yahudi datang, lalu Nabi saw bersabda: “Bagaimanakah pendapat kamu tentang seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Salam?”  Mereka menjawab: “Dia adalah seorang alim dan anak dari seorang yang alim dan orang yang paling mulia antara kami dan anak orang yang paling mulia antara kami.” Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Bagaimanakah pendapat kamu jika Abdullah bin Salam memeluk Islam?” Mereka menjawab: “Semoga dia dilindungi Allah dari perbuatan itu.” Baginda mengulangi pertanyaannya kepada mereka, Namun mereka tetap menjawab seperti tadi. Lalu Abdullah bin Salam keluar seraya berkata: “Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.” Maka mereka berkata: “Dia ini orang yang paling buruk di antara kami dan anak dari orang yang jahat.” Mereka terus saja menghina Abdullah bin Salam. Lalu Abdullah bin Salam berkata: “Inilah yang aku bimbangkan tadi, wahai Rasulullah.” (HR al-Bukhari) ♡Jadilah ahli ilmu dan beramallah dengan ilmu yang dipelajari kerana ia merupakan jalan untuk ke syurga♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
0 Comments 0 Shares 4333 Views