Tiada keperluan wajibkan dos penggalak COVID-19
Gambar hiasan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk mewajibkan dos penggalak vaksin COVID-19 berikutan kebanyakan kes jangkitan virus itu ketika ini adalah bergejala ringan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Azizan Abdul Aziz, berkata individu sihat boleh pulih dengan pengambilan ubat dan berehat.

Bagaimanapun, katanya, amat penting untuk kumpulan berisiko tinggi mengambil dos penggalak bagi melindungi mereka daripada gejala yang lebih teruk.

"Pengambilan dos penggalak yang disyorkan mengikut jadual adalah digalakkan berikutan kesan vaksin semakin berkurangan dari semasa ke semasa," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau ditanya sama ada dos penggalak perlu diwajibkan, terutama kepada golongan berisiko berikutan kes COVID-19 yang meningkat ketika ini.

Pada 14 Disember lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan pengambilan dos penggalak, terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi, selain ia berkesan melindungi orang ramai daripada jangkitan mutasi dan strain baharu COVID-19.

Selain itu, Dr Azizan berkata, golongan perokok perlu mempertimbang untuk menghentikan tabiat itu jika bimbang mengenai COVID-19 kerana merokok, yang boleh memberi kesan kepada paru-paru dan organ lain, boleh menyebabkan seseorang lebih terdedah kepada virus berkenaan.

"Kita juga menasihatkan masyarakat supaya mengambil langkah mempertingkat sistem imun mereka dengan pengambilan diet seimbang, rehat berkualiti yang mencukupi dan sering bersenam.

"Langkah mendapatkan Vitamin D yang mencukupi secara semula jadi melalui pendedahan kepada cahaya matahari juga penting dalam meningkatkan sistem imun.

"Perkara asas ini, jika tidak diberi perhatian boleh menjejaskan sistem imun yang menjadi pertahanan semula jadi tubuh terhadap virus dan bakteria, selain meredakan tekanan yang mempunyai kesan positif terhadap sistem imun," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1190766/tiada-keperluan-wajibkan-dos-penggalak-covid-19
Tiada keperluan wajibkan dos penggalak COVID-19 Gambar hiasan Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk mewajibkan dos penggalak vaksin COVID-19 berikutan kebanyakan kes jangkitan virus itu ketika ini adalah bergejala ringan. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Azizan Abdul Aziz, berkata individu sihat boleh pulih dengan pengambilan ubat dan berehat. Bagaimanapun, katanya, amat penting untuk kumpulan berisiko tinggi mengambil dos penggalak bagi melindungi mereka daripada gejala yang lebih teruk. "Pengambilan dos penggalak yang disyorkan mengikut jadual adalah digalakkan berikutan kesan vaksin semakin berkurangan dari semasa ke semasa," katanya kepada BH, hari ini. Beliau ditanya sama ada dos penggalak perlu diwajibkan, terutama kepada golongan berisiko berikutan kes COVID-19 yang meningkat ketika ini. Pada 14 Disember lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan pengambilan dos penggalak, terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi, selain ia berkesan melindungi orang ramai daripada jangkitan mutasi dan strain baharu COVID-19. Selain itu, Dr Azizan berkata, golongan perokok perlu mempertimbang untuk menghentikan tabiat itu jika bimbang mengenai COVID-19 kerana merokok, yang boleh memberi kesan kepada paru-paru dan organ lain, boleh menyebabkan seseorang lebih terdedah kepada virus berkenaan. "Kita juga menasihatkan masyarakat supaya mengambil langkah mempertingkat sistem imun mereka dengan pengambilan diet seimbang, rehat berkualiti yang mencukupi dan sering bersenam. "Langkah mendapatkan Vitamin D yang mencukupi secara semula jadi melalui pendedahan kepada cahaya matahari juga penting dalam meningkatkan sistem imun. "Perkara asas ini, jika tidak diberi perhatian boleh menjejaskan sistem imun yang menjadi pertahanan semula jadi tubuh terhadap virus dan bakteria, selain meredakan tekanan yang mempunyai kesan positif terhadap sistem imun," katanya. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1190766/tiada-keperluan-wajibkan-dos-penggalak-covid-19
0 Comments 0 Shares 3130 Views