JIWA TARBAWI 880





Setengah manusia menyangka berfikir tentang kematian adalah tanda depresi. Pada hal, mengingat mati itu adalah sebuah inspirasi.

أكثروا ذكر هاذم اللذات - الموت، فإنه لم يذكره أحد في ضيق من العيش إلا وسعه عليه.
(رواه البيهقي)

Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan iaitu kematian. Maka sesungguhnya tidaklah mengingatinya oleh seseorang ketika waktu sempit dalam kehidupannya melainkan akan diperluaskan atasnya.

(HR Baihaqi)

Dan Ibnu ‘Umar Radhiyallahu anhuma pun berkata:

إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

“Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu waktu pagi dan jika engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu waktu petang, manfaatkanlah kesihatanmu sebelum datang waktu sakit, dan hidupmu sebelum datang kematian.”

(HR Bukhari)

Ini bererti, dia sentiasa bersegera untuk melakukan kebaikan tanpa bertangguh, sentiasa bersikap positif mengisi masa kehidupannya dan sentiasa berfikir panjang untuk tunduk kepada keinginan buruknya.

Justeru, jadikanlah zikir mengingati kematian sebagai rutin hidupmu.



ABi
JIWA TARBAWI 880 Setengah manusia menyangka berfikir tentang kematian adalah tanda depresi. Pada hal, mengingat mati itu adalah sebuah inspirasi. أكثروا ذكر هاذم اللذات - الموت، فإنه لم يذكره أحد في ضيق من العيش إلا وسعه عليه. (رواه البيهقي) Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan iaitu kematian. Maka sesungguhnya tidaklah mengingatinya oleh seseorang ketika waktu sempit dalam kehidupannya melainkan akan diperluaskan atasnya. (HR Baihaqi) Dan Ibnu ‘Umar Radhiyallahu anhuma pun berkata: إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu waktu pagi dan jika engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu waktu petang, manfaatkanlah kesihatanmu sebelum datang waktu sakit, dan hidupmu sebelum datang kematian.” (HR Bukhari) Ini bererti, dia sentiasa bersegera untuk melakukan kebaikan tanpa bertangguh, sentiasa bersikap positif mengisi masa kehidupannya dan sentiasa berfikir panjang untuk tunduk kepada keinginan buruknya. Justeru, jadikanlah zikir mengingati kematian sebagai rutin hidupmu. ABi
0 Comments 0 Shares 1193 Views