SPRM beku 41 akaun Aman Palestin RM15 juta, siasat penyelewengan RM70 juta
SPRM bekukan 41 akaun bank syarikat pertubuhan amal itu dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00, semalam
SPRM bekukan 41 akaun bank syarikat pertubuhan amal itu dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00, semalam
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00, semalam.

Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya juga merakam beberapa keterangan saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain objektif penubuhan syarikat berkenaan.

"Sebelum ini, SPRM membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

"Siasatan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574)," katanya.

Pada 7 November lalu, SPRM dilaporkan masih belum memanggil mana-mana saksi berhubung siasatan terhadap Aman Palestin yang mengutip derma untuk rakyat negara berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dipetik berkata ketika ini siasatan masih berjalan dan pegawai forensik agensi itu sedang meneliti dokumen membabitkan kewangan syarikat berkenaan.

Media melaporkan SPRM memulakan siasatan ke atas Aman Palestin berhubung aktiviti pengumpulan derma untuk rakyat Palestin susulan tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) menarik balik kebenaran untuk syarikat itu membuat kutipan bagi tujuan berkenaan.

Ia apabila ada aduan beberapa pihak yang meminta Aman Palestin disiasat berkaitan wang dipungut dan dikumpulkan selama ini.

SPRM mempunyai kuasa untuk memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang diterbitkan media.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1180527/sprm-beku-akaun-aman-palestin
SPRM beku 41 akaun Aman Palestin RM15 juta, siasat penyelewengan RM70 juta SPRM bekukan 41 akaun bank syarikat pertubuhan amal itu dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00, semalam SPRM bekukan 41 akaun bank syarikat pertubuhan amal itu dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00, semalam KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00, semalam. Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu. SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya juga merakam beberapa keterangan saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain objektif penubuhan syarikat berkenaan. "Sebelum ini, SPRM membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu. "Siasatan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574)," katanya. Pada 7 November lalu, SPRM dilaporkan masih belum memanggil mana-mana saksi berhubung siasatan terhadap Aman Palestin yang mengutip derma untuk rakyat negara berkenaan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dipetik berkata ketika ini siasatan masih berjalan dan pegawai forensik agensi itu sedang meneliti dokumen membabitkan kewangan syarikat berkenaan. Media melaporkan SPRM memulakan siasatan ke atas Aman Palestin berhubung aktiviti pengumpulan derma untuk rakyat Palestin susulan tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) menarik balik kebenaran untuk syarikat itu membuat kutipan bagi tujuan berkenaan. Ia apabila ada aduan beberapa pihak yang meminta Aman Palestin disiasat berkaitan wang dipungut dan dikumpulkan selama ini. SPRM mempunyai kuasa untuk memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang diterbitkan media. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1180527/sprm-beku-akaun-aman-palestin
0 Comments 0 Shares 2510 Views