☆Tadabbur Kalamullah 5 Jamadil Awwal 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [Surah Muḥammad 7]

#Allah swt memberi jaminan bahawa Allah swt akan memberi pertolongan dan kemenangan kepada sesiapa yang menolong agamaNya.

#Perjuangan memerlukan pengorbanan tinggi untuk menjamin kejayaan. Di samping keyakinan bahawa kemenangan adalah milik setiap perjuangan yang dilakukan kerana Allah swt. Apatah lagi apabila perjuangan itu kerana mempertahankan agama Allah dan maruah serta hak orang Islam sebagaimana di bumi Palestin. Mereka bukan sahaja berjuang kerana mempertahankan tanah air tetapi lebih penting daripada itu mempertahankan tanah suci umat Islam dan menentang kezaliman rejim Zionis Israel.

#Setiap orang Islam sangat yakin bahawa kemenangan adalah bersama mereka. Konsep keyakinan terhadap kemenangan dalam perjuangan menentang musuh Allah adalah aspek penting dalam ajaran Islam. Dalam Islam, keyakinan tersebut melibatkan kepercayaan teguh kepada janji Allah bahawa akhirnya, kebenaran akan menang dalam perjuangan menentang musuh Allah.

#Umat Islam wajib yakin bahawa kebenaran dan keadilan akan menang pada akhirnya, dan ini memberi mereka semangat dan tekad untuk terus berjuang dalam menentang musuh Allah swt.

#Umat Islam wajib percaya bahawa kesabaran dan ketekunan dalam menghadapi musuh Allah adalah cara untuk mendapatkan kemenangan.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" [Surah Ali-Ê¿Imran 200]

♡Yakinlah, kebenaran pasti menang!! Allahuakbar♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 5 Jamadil Awwal 1445H☆ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [Surah Muḥammad 7] #Allah swt memberi jaminan bahawa Allah swt akan memberi pertolongan dan kemenangan kepada sesiapa yang menolong agamaNya. #Perjuangan memerlukan pengorbanan tinggi untuk menjamin kejayaan. Di samping keyakinan bahawa kemenangan adalah milik setiap perjuangan yang dilakukan kerana Allah swt. Apatah lagi apabila perjuangan itu kerana mempertahankan agama Allah dan maruah serta hak orang Islam sebagaimana di bumi Palestin. Mereka bukan sahaja berjuang kerana mempertahankan tanah air tetapi lebih penting daripada itu mempertahankan tanah suci umat Islam dan menentang kezaliman rejim Zionis Israel. #Setiap orang Islam sangat yakin bahawa kemenangan adalah bersama mereka. Konsep keyakinan terhadap kemenangan dalam perjuangan menentang musuh Allah adalah aspek penting dalam ajaran Islam. Dalam Islam, keyakinan tersebut melibatkan kepercayaan teguh kepada janji Allah bahawa akhirnya, kebenaran akan menang dalam perjuangan menentang musuh Allah. #Umat Islam wajib yakin bahawa kebenaran dan keadilan akan menang pada akhirnya, dan ini memberi mereka semangat dan tekad untuk terus berjuang dalam menentang musuh Allah swt. #Umat Islam wajib percaya bahawa kesabaran dan ketekunan dalam menghadapi musuh Allah adalah cara untuk mendapatkan kemenangan. یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" [Surah Ali-Ê¿Imran 200] ♡Yakinlah, kebenaran pasti menang!! Allahuakbar♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
0 Comments 0 Shares 1197 Views