☆Tadabbur Kalamullah 2 Jamadil Awwal 1445H☆

وَیَوۡمَىِٕذࣲ یَفۡرَحُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ * بِنَصۡرِ ٱللَّهِۚ یَنصُرُ مَن یَشَاۤءُۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلرَّحِیمُ

"Dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani" [Surah ar-Rum 4-5]

#Perasaan gembira dan seronok menyambut kemenangan digambarkan oleh Allah swt dalam ayat ini.

#Namun, kemenangan yang diharap dan diimpikan oleh setiap pejuang tidaklah berlaku secara tiba-tiba, tanpa sebab, tanpa syarat atau tanpa peraturan. Allah swt menegaskan dalam beberapa ayat bahawa kemenangan itu datang dari sisiNya dengan syarat-syarat tertentu mengikut peraturan dan sunnah yang ditetapkan.

وَمَا ٱلنَّصۡرُ إِلَّا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ ٱلۡعَزِیزِ ٱلۡحَكِیمِ

"Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Ali-Ê¿Imran 126]

#Antara syarat utama dan yang paling penting ialah beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman. Iman yang membuahkan amal, melaksanakan apa yang disuruh, menjauhi apa yang dilarang, sentiasa berusaha sehabis daya dalam mencari redhaNya. Sesungguhnya iman bukan sekadar dakwaan dan bicara di bibir. Iman mesti digerakkan dengan pelaksanaan perjuangan dan perbuatan.

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ یَرۡتَابُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلصَّـٰدِقُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)" [Surah al-Ḥujurat 15]

#Apabila telah terpahat iman yang hakiki dan murni, maka janji Allah tidak pernah di mungkiri untuk mengurniakan kemenangan dan kejayaan.

وَلَقَدۡ سَبَقَتۡ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلۡمُرۡسَلِینَ * إِنَّهُمۡ لَهُمُ ٱلۡمَنصُورُونَ * وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ

Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan. Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran)" [Surah aá¹£-á¹¢affat 171-173]

♡Janji kemenangan adalah kepastian. Maka posisikan diri di tempat yang sesuai agar kita beroleh kemenangan atau syahid di medan perjuangan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 2 Jamadil Awwal 1445H☆ وَیَوۡمَىِٕذࣲ یَفۡرَحُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ * بِنَصۡرِ ٱللَّهِۚ یَنصُرُ Ù…ÙŽÙ† یَشَاۤءُۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلرَّحِیمُ "Dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani" [Surah ar-Rum 4-5] #Perasaan gembira dan seronok menyambut kemenangan digambarkan oleh Allah swt dalam ayat ini. #Namun, kemenangan yang diharap dan diimpikan oleh setiap pejuang tidaklah berlaku secara tiba-tiba, tanpa sebab, tanpa syarat atau tanpa peraturan. Allah swt menegaskan dalam beberapa ayat bahawa kemenangan itu datang dari sisiNya dengan syarat-syarat tertentu mengikut peraturan dan sunnah yang ditetapkan. وَمَا ٱلنَّصۡرُ إِلَّا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ ٱلۡعَزِیزِ ٱلۡحَكِیمِ "Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Ali-Ê¿Imran 126] #Antara syarat utama dan yang paling penting ialah beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman. Iman yang membuahkan amal, melaksanakan apa yang disuruh, menjauhi apa yang dilarang, sentiasa berusaha sehabis daya dalam mencari redhaNya. Sesungguhnya iman bukan sekadar dakwaan dan bicara di bibir. Iman mesti digerakkan dengan pelaksanaan perjuangan dan perbuatan. إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ Ù„ÙŽÙ…Û¡ یَرۡتَابُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلصَّـٰدِقُونَ "Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)" [Surah al-Ḥujurat 15] #Apabila telah terpahat iman yang hakiki dan murni, maka janji Allah tidak pernah di mungkiri untuk mengurniakan kemenangan dan kejayaan. وَلَقَدۡ سَبَقَتۡ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلۡمُرۡسَلِینَ * إِنَّهُمۡ لَهُمُ ٱلۡمَنصُورُونَ * وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan. Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran)" [Surah aá¹£-á¹¢affat 171-173] ♡Janji kemenangan adalah kepastian. Maka posisikan diri di tempat yang sesuai agar kita beroleh kemenangan atau syahid di medan perjuangan♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
0 Comments 0 Shares 1507 Views