• Majlis Ugama Islam Singapura

    Khutbah Jumaat

    26 Januari 2024 / 14 Rejab 1445H

    Ilmu Fikah: Mekanisma Pemahaman Syariat Islam




    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Khatib mengajak dirinya serta para tetamu Allah Sekalian agar bersama mempertingkatkan Ketakwaan kepada Allah (s.w.t). Marilah kita laksanakan segala perintah-Nya dan jauhi tegahan-Nya. Semoga kita dikurniakan kebijaksanaan menjalani kehidupan duniawi berlandaskan ilmu agama yang sahih. Amin.

    Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

    Ketika baginda Nabi (s.a.w.) mengutus Mu’az Bin Jabal ke Yaman, baginda bertanya kepadanya: “Bagaimanakah kamu akan membimbing Muslimin di sana ketika berhadapan situasi baru, dan tiada panduannya daripada Al-Quran dan Sunnah?” Mu’az menjawab, “Aku berijtihad dengan pendapatku dan tidak akan menyimpang (daripada dasar umum dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah)”. Lalu baginda bersabda:

    الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللَّهِ لِمَا يُرْضِي رَسُولَ اللَّهِ

    Yang bermaksud: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasul dengan apa yang diredai oleh Rasulullah.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

    Apakah pengajaran dari kisah tadi? Para sahabat dididik agar mampu berijtihad atau memberikan pandangan dalam permasalahan hukum kerana mereka telah dibekalkan dengan kefahaman agama yang baik. Ini bererti mereka memiliki panduan yang jelas dalam memahami dan mencerna hukum agama dalam kehidupan seharian.

    Para jemaah yang dikasihi,

    Fikah atau Fiqh adalah antara disiplin ilmu yang wujud dalam sains Islam. Ia secara khusus membahas persoalan hukum yang mengatur berbagai aspek kehidupan manusia, baik kehidupan peribadi, bermasyarakat, mahupun kehidupan manusia dengan Allah.

    Ulama mazhab seperti imam Malik, imam Shafi’i dan yang lainnya menggubal kaedah dan metodologi dalam membahaskan sesuatu permasalahan hukum. Sebagai contoh, ada mazhab yang menjadikan amalan penduduk Madinah pada awal Islam sebagai salah satu sandaran dalam pertimbangan hukum. Ada pula yang membezakan antara hukum fardu dan wajib berpandukan tahap kekuatan dalil hukum. Kesimpulannya, panduan dan dasar yang dipegang oleh para ulama adalah berdasarkan kajian, penelitian dan pendekatan dalam memahami syariat Islam.

    Saudara dan Saudari,

    Lapangan ilmu fikah mempersembahkan kemampuan dan kehebatan intelektual ulama silam dalam menganalisa hukum-hakam. Terkadang, wujud perbezaan pandangan pada satu masalah yang sama kerana kerencaman analisis. Ini biasanya berlaku dalam isu-isu cabang atau sampingan, dan bukan pada isu pokok atau prinsip hukum itu sendiri. Sebagai contoh, perbahasan ulama berkaitan menyapu kepala ketika berwuduk berpandukan firman Allah (s.w.t.) dalam surah Al-Ma’idah, ayat 6:




    Yang bermaksud: “Sapulah kepala kamu.”

    Ada ulama berpandangan perkataan “al-mash” di dalam ayat tadi bererti menyapu sebahagian kepala. Mazhab Hanafi sebagai contoh, berpandangan menyapu seperempat kepala. Segelintir yang lain pula berpendapat agar dibasuh sepenuhnya.

    Setiap daripada pandangan ini mempunyai hujah dan dasar yang berpaksi pada metodologi yang muktabar. Renungilah pandangan mereka dengan lensa ilmu, mudah-mudahan kita dapat memahami dan menghargai pandangan para ulama kita dalam sesuatu isu yang dibincangkan. Perbezaan pendapat antara manusia adalah lumrah kehidupan. Sama-samalah kita hayati firman Allah (s.w.t.) yang berbunyi:




    Yang bermaksud: “Dan sekiranya Tuhanmu (wahai Muhammad s.a.w.) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.” (Surah Hud, ayat 118).

    Semoga Allah (s.w.t.) mengurniakan kefahaman dalam agama Islam kepada kita, dan mengolongkan kita dalam kalangan mereka yang memperoleh kebaikan di dunia ini dan di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

    أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم



    KHUTBAH KEDUA



    الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.



    أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.



    وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.



    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.



    عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضْلِهِ يُعْطِكُم، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.





    https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/459
    Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 26 Januari 2024 / 14 Rejab 1445H Ilmu Fikah: Mekanisma Pemahaman Syariat Islam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Khatib mengajak dirinya serta para tetamu Allah Sekalian agar bersama mempertingkatkan Ketakwaan kepada Allah (s.w.t). Marilah kita laksanakan segala perintah-Nya dan jauhi tegahan-Nya. Semoga kita dikurniakan kebijaksanaan menjalani kehidupan duniawi berlandaskan ilmu agama yang sahih. Amin. Muslimin dan Muslimat yang dikasihi, Ketika baginda Nabi (s.a.w.) mengutus Mu’az Bin Jabal ke Yaman, baginda bertanya kepadanya: “Bagaimanakah kamu akan membimbing Muslimin di sana ketika berhadapan situasi baru, dan tiada panduannya daripada Al-Quran dan Sunnah?” Mu’az menjawab, “Aku berijtihad dengan pendapatku dan tidak akan menyimpang (daripada dasar umum dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah)”. Lalu baginda bersabda: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللَّهِ لِمَا يُرْضِي رَسُولَ اللَّهِ Yang bermaksud: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasul dengan apa yang diredai oleh Rasulullah.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Apakah pengajaran dari kisah tadi? Para sahabat dididik agar mampu berijtihad atau memberikan pandangan dalam permasalahan hukum kerana mereka telah dibekalkan dengan kefahaman agama yang baik. Ini bererti mereka memiliki panduan yang jelas dalam memahami dan mencerna hukum agama dalam kehidupan seharian. Para jemaah yang dikasihi, Fikah atau Fiqh adalah antara disiplin ilmu yang wujud dalam sains Islam. Ia secara khusus membahas persoalan hukum yang mengatur berbagai aspek kehidupan manusia, baik kehidupan peribadi, bermasyarakat, mahupun kehidupan manusia dengan Allah. Ulama mazhab seperti imam Malik, imam Shafi’i dan yang lainnya menggubal kaedah dan metodologi dalam membahaskan sesuatu permasalahan hukum. Sebagai contoh, ada mazhab yang menjadikan amalan penduduk Madinah pada awal Islam sebagai salah satu sandaran dalam pertimbangan hukum. Ada pula yang membezakan antara hukum fardu dan wajib berpandukan tahap kekuatan dalil hukum. Kesimpulannya, panduan dan dasar yang dipegang oleh para ulama adalah berdasarkan kajian, penelitian dan pendekatan dalam memahami syariat Islam. Saudara dan Saudari, Lapangan ilmu fikah mempersembahkan kemampuan dan kehebatan intelektual ulama silam dalam menganalisa hukum-hakam. Terkadang, wujud perbezaan pandangan pada satu masalah yang sama kerana kerencaman analisis. Ini biasanya berlaku dalam isu-isu cabang atau sampingan, dan bukan pada isu pokok atau prinsip hukum itu sendiri. Sebagai contoh, perbahasan ulama berkaitan menyapu kepala ketika berwuduk berpandukan firman Allah (s.w.t.) dalam surah Al-Ma’idah, ayat 6: Yang bermaksud: “Sapulah kepala kamu.” Ada ulama berpandangan perkataan “al-mash” di dalam ayat tadi bererti menyapu sebahagian kepala. Mazhab Hanafi sebagai contoh, berpandangan menyapu seperempat kepala. Segelintir yang lain pula berpendapat agar dibasuh sepenuhnya. Setiap daripada pandangan ini mempunyai hujah dan dasar yang berpaksi pada metodologi yang muktabar. Renungilah pandangan mereka dengan lensa ilmu, mudah-mudahan kita dapat memahami dan menghargai pandangan para ulama kita dalam sesuatu isu yang dibincangkan. Perbezaan pendapat antara manusia adalah lumrah kehidupan. Sama-samalah kita hayati firman Allah (s.w.t.) yang berbunyi: Yang bermaksud: “Dan sekiranya Tuhanmu (wahai Muhammad s.a.w.) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.” (Surah Hud, ayat 118). Semoga Allah (s.w.t.) mengurniakan kefahaman dalam agama Islam kepada kita, dan mengolongkan kita dalam kalangan mereka yang memperoleh kebaikan di dunia ini dan di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم KHUTBAH KEDUA الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ. أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضْلِهِ يُعْطِكُم، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. https://muslimsg.app/v1/khutbah_contents/459
    Like
    1
    0 Yorumlar 0 hisse senetleri 5779 Views
  • Now I want to dye my hair this color????
    #Lensa
    Now I want to dye my hair this color???? #Lensa
    Like
    7
    1 Yorumlar 0 hisse senetleri 1702 Views
  • Some more #LensaAI
    Name the movie you think of?????
    Some more #LensaAI Name the movie you think of?????
    Like
    Yay
    9
    2 Yorumlar 0 hisse senetleri 1671 Views
  • Another #Lensa Even tho i don’t know what the text means in that AI created picture ????????
    Another #Lensa Even tho i don’t know what the text means in that AI created picture ????????
    Like
    4
    0 Yorumlar 0 hisse senetleri 1429 Views
  • Another cool AI version of me hehe
    #LensaAI
    Another cool AI version of me hehe #LensaAI
    Like
    8
    1 Yorumlar 0 hisse senetleri 1884 Views
  • One of my favorites. So cool. ???? Lensa
    One of my favorites. So cool. ???? Lensa
    Like
    10
    0 Yorumlar 0 hisse senetleri 1549 Views
  • Getting closer! And stronger. I’m feeling the energy. #energy #actor #start #believe #auditions #work #goodvibes #strongmindset #lensa #comic
    Getting closer! And stronger. I’m feeling the energy. #energy #actor #start #believe #auditions #work #goodvibes #strongmindset #lensa #comic
    Like
    Love
    5
    0 Yorumlar 0 hisse senetleri 3464 Views
  • Saturdayvibez love this app! #saturday #lensa #somee #post #comic #actor #winter #2022
    Saturdayvibez love this app! #saturday #lensa #somee #post #comic #actor #winter #2022
    Like
    6
    0 Yorumlar 0 hisse senetleri 1636 Views
  • Some more #LensaAI ????????
    Some more #LensaAI ????????
    Like
    5
    2 Yorumlar 0 hisse senetleri 1826 Views
  • I love this app! #lensa #comic #friday #somee #fun
    I love this app! #lensa #comic #friday #somee #fun
    Like
    4
    0 Yorumlar 0 hisse senetleri 1458 Views
  • Action Hero LensaAI pic. So cool ????
    Action Hero LensaAI pic. So cool ????
    Like
    Love
    6
    0 Yorumlar 0 hisse senetleri 1880 Views
  • Another cool #LensaAI
    Who thinks, SoMee should have a feature like Lensa integrated? ????
    That would be badass????
    Another cool #LensaAI Who thinks, SoMee should have a feature like Lensa integrated? ???? That would be badass????
    Like
    13
    0 Yorumlar 0 hisse senetleri 2045 Views
  • Another one of my favs from #LensaAI app???????????? so cooool
    Another one of my favs from #LensaAI app???????????? so cooool
    Like
    6
    1 Yorumlar 0 hisse senetleri 2268 Views
  • Artificial Intelligence is taking over the world. This Lensa AI photo app. ChatGPT software. We learned nothing from The Terminator or the Matrix ????????
    Artificial Intelligence is taking over the world. This Lensa AI photo app. ChatGPT software. We learned nothing from The Terminator or the Matrix ????????
    Like
    Haha
    8
    0 Yorumlar 0 hisse senetleri 2279 Views
  • #lensa #ai had to hop on and try this trendy app. Which is ur favorite???
    #lensa #ai had to hop on and try this trendy app. Which is ur favorite???
    Like
    Love
    2
    1 Yorumlar 0 hisse senetleri 2093 Views
Arama Sonuçları