• ☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Awwal 1446H☆

    لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡیَا بِٱلۡحَقِّۖ

    "Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar" [Surah al-Fatḥ 27]

    #al-Raghib al-Asfahani berkata: "Al-Ru’ya ialah apa yang dilihat dalam mimpi.

    #Antara mimpi yang menzahirkan rasa takjub ialah apabila mendengar seseorang itu pernah bermimpi melihat Rasulullah saw, kerana ia merupakan satu peristiwa yang
    pastinya diinginkan oleh setiap insan yang bergelar Muslim. Dan mimpi melihat Rasulullah saw adalah mimpi yang benar.

    #Sabda Rasulullah saw:

    مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِي ‏

    "Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sememangnya dia melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupaku" (HR al-Bukhari dan Muslim)

    #Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata, hadis ini mengandungi isyarat bahawa, meskipun Allah swt membenarkan syaitan untuk menyerupai sesiapa sahaja yang dikehendaki, namun ia tetap terhalang dari menyerupai Nabi saw. Beberapa ulamak berpanjangan, yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah apabila seseorang melihat Baginda saw dalam rupa yang sama seperti rupa asal Baginda saw.

    #Terdapat banyak riwayat tentang orang-orang soleh mimpi bertemu Rasulullah saw yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran:

    1. Dikisahkan oleh Ishaq bin Ismail katanya: Aku mendengar Sufyan at-Thauri berkata: "Aku telah melihat Nabi saw dalam mimpiku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu tentang bawang merah dan bawang putih. Baginda menjawab: Para malaikat merasa terganggu dengan keduanya. (Lihat: al-Manamat)

    2. Dikisahkan bahawa al-Muthanna bin Sa‘id al-Qasir telah menceritakan kepada kami, katanya: Aku mendengar Malik bin Anas (Imam Malik) berkata: "Tidak pernah aku melalui satu malam pun melainkan aku melihat Rasulullah saw dalam tidurku" (Lihat: Hilyah al-Auliya)

    3. Al-Rabi‘ bin Sulaiman meriwayatkan: Aku mendengar
    Imam as-Syafi‘i berkata: Aku melihat Nabi saw dalam mimpi,
    sebelum aku mencapai usia dewasa. Baginda berkata kepadaku: Wahai anak muda. Aku menjawab, Labbaik, wahai Rasulullah. Baginda bertanya: Dari golongan manakah engkau? Aku menjawab: Dari golonganmu, wahai Rasulullah. Baginda berkata: Dekatkan dirimu kepadaku: Maka aku pun mendekat, lalu Baginda mengambil sedikit daripada air liurnya. Aku membuka mulutku, dan Baginda menyapukan air liurnya pada lidahku, mulutku, dan bibirku, sambil berkata: Teruskanlah, semoga Allah memberkatimu. (Lihat: Manaqib al-Syafi‘i. al-Baihaqi)

    4. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi pernah menceritakan kisahnya, lebih kurang 16 tahun yang lalu, bahawa beliau telah bermimpi bertemu Rasulullah saw sebanyak 47 kali. Pada suatu ketika, beliau merasakan Rasulullah saw menyentuh kepala dan belakangnya, dan beliau dapat merasai kesejukan jari-jemari baginda pada kepalanya dan belakangnya. Kisah ini diceritakannya dalam rancangan Muntada Fursan al-Sunnah li al-Intaj al-Islami. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi merupakan 
    seorang pendakwah Islam terkenal dari Mesir. Beliau terlibat dalam Rabitah al-Alam al-Islami (Liga Muslim Sedunia) di Mekah, khususnya dalam bahagian Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah.

    #Ya Allah, kurniakanlah aku kesempatan untuk bertemu dengan RasulMu, Nabi Muhammad saw, dalam mimpiku. Jadikan pertemuan itu sebagai pendorong kecintaan dan ikutan terhadap sunnah Baginda. Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, ahli keluarganya, dan para sahabatnya. Aamiiin.

    ♡Jelas bahawa mimpi bertemu Rasulullah saw termasuk dalam mimpi yang baik dan merupakan perkhabaran gembira buat seseorang. Ini menunjukkan bahawa terdapat keistimewaan dalam dirinya yang membolehkannya bertemu dengan insan yang paling mulia, sekiranya benar orang yang dijumpainya itu adalah Rasulullah saw berdasarkan sifat-sifat Baginda yang diceritakan dalam hadis dan sesuai dengannya. Oleh itu, secara umumnya, tidak menjadi masalah untuk seseorang menceritakan mimpinya bertemu Rasulullah saw.

    Bahkan Baginda saw sendiri membenarkan seseorang yang bermimpi sesuatu perkara yang baik untuk menceritakannya kepada orang lain♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk join:
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Awwal 1446H☆ لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡیَا بِٱلۡحَقِّۖ "Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar" [Surah al-Fatḥ 27] #al-Raghib al-Asfahani berkata: "Al-Ru’ya ialah apa yang dilihat dalam mimpi. #Antara mimpi yang menzahirkan rasa takjub ialah apabila mendengar seseorang itu pernah bermimpi melihat Rasulullah saw, kerana ia merupakan satu peristiwa yang pastinya diinginkan oleh setiap insan yang bergelar Muslim. Dan mimpi melihat Rasulullah saw adalah mimpi yang benar. #Sabda Rasulullah saw: مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِي ‏ "Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sememangnya dia melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupaku" (HR al-Bukhari dan Muslim) #Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata, hadis ini mengandungi isyarat bahawa, meskipun Allah swt membenarkan syaitan untuk menyerupai sesiapa sahaja yang dikehendaki, namun ia tetap terhalang dari menyerupai Nabi saw. Beberapa ulamak berpanjangan, yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah apabila seseorang melihat Baginda saw dalam rupa yang sama seperti rupa asal Baginda saw. #Terdapat banyak riwayat tentang orang-orang soleh mimpi bertemu Rasulullah saw yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran: 1. Dikisahkan oleh Ishaq bin Ismail katanya: Aku mendengar Sufyan at-Thauri berkata: "Aku telah melihat Nabi saw dalam mimpiku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu tentang bawang merah dan bawang putih. Baginda menjawab: Para malaikat merasa terganggu dengan keduanya. (Lihat: al-Manamat) 2. Dikisahkan bahawa al-Muthanna bin Sa‘id al-Qasir telah menceritakan kepada kami, katanya: Aku mendengar Malik bin Anas (Imam Malik) berkata: "Tidak pernah aku melalui satu malam pun melainkan aku melihat Rasulullah saw dalam tidurku" (Lihat: Hilyah al-Auliya) 3. Al-Rabi‘ bin Sulaiman meriwayatkan: Aku mendengar Imam as-Syafi‘i berkata: Aku melihat Nabi saw dalam mimpi, sebelum aku mencapai usia dewasa. Baginda berkata kepadaku: Wahai anak muda. Aku menjawab, Labbaik, wahai Rasulullah. Baginda bertanya: Dari golongan manakah engkau? Aku menjawab: Dari golonganmu, wahai Rasulullah. Baginda berkata: Dekatkan dirimu kepadaku: Maka aku pun mendekat, lalu Baginda mengambil sedikit daripada air liurnya. Aku membuka mulutku, dan Baginda menyapukan air liurnya pada lidahku, mulutku, dan bibirku, sambil berkata: Teruskanlah, semoga Allah memberkatimu. (Lihat: Manaqib al-Syafi‘i. al-Baihaqi) 4. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi pernah menceritakan kisahnya, lebih kurang 16 tahun yang lalu, bahawa beliau telah bermimpi bertemu Rasulullah saw sebanyak 47 kali. Pada suatu ketika, beliau merasakan Rasulullah saw menyentuh kepala dan belakangnya, dan beliau dapat merasai kesejukan jari-jemari baginda pada kepalanya dan belakangnya. Kisah ini diceritakannya dalam rancangan Muntada Fursan al-Sunnah li al-Intaj al-Islami. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi merupakan  seorang pendakwah Islam terkenal dari Mesir. Beliau terlibat dalam Rabitah al-Alam al-Islami (Liga Muslim Sedunia) di Mekah, khususnya dalam bahagian Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah. #Ya Allah, kurniakanlah aku kesempatan untuk bertemu dengan RasulMu, Nabi Muhammad saw, dalam mimpiku. Jadikan pertemuan itu sebagai pendorong kecintaan dan ikutan terhadap sunnah Baginda. Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, ahli keluarganya, dan para sahabatnya. Aamiiin. ♡Jelas bahawa mimpi bertemu Rasulullah saw termasuk dalam mimpi yang baik dan merupakan perkhabaran gembira buat seseorang. Ini menunjukkan bahawa terdapat keistimewaan dalam dirinya yang membolehkannya bertemu dengan insan yang paling mulia, sekiranya benar orang yang dijumpainya itu adalah Rasulullah saw berdasarkan sifat-sifat Baginda yang diceritakan dalam hadis dan sesuai dengannya. Oleh itu, secara umumnya, tidak menjadi masalah untuk seseorang menceritakan mimpinya bertemu Rasulullah saw. Bahkan Baginda saw sendiri membenarkan seseorang yang bermimpi sesuatu perkara yang baik untuk menceritakannya kepada orang lain♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook: https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Kommentare 0 Anteile 19KB Ansichten 0 Vorschau
  • JANGAN JEMU MENGETUK PINTU-NYA

    Fudhail bin 'Iyadh berkata:
    Aku belajar tentang sabar daripada seorang kanak-kanak kecil....

    Pada suatu hari, dalam perjalananku ke masjid aku melintasi sebuah rumah. Aku terdengar seorang kanak-kanak sedang menjerit dipukul ibunya. Sebentar kemudian kanak-kanak itu membuka pintu dan lari keluar dari rumah. Dan ibunya lantas menutup pintu dan menguncinya.

    Selepas itu, aku bertemu dengan kanak-kanak itu. Selepas dia berhenti menangis, dia mula menoleh ke kanan dan ke kiri mencari perlindungan, namun dia tidak menemui sesiapa dan tidak menemui sebarang tempat untuk dia berlindung. Lalu dia kembali ke rumah ibunya. Didapati pintu rumah masih berkunci. Lalu dia merebahkan badan, meletakkan pipinya di hadapan pintu dan tertidur di situ.

    Manakala ibunya membuka pintu dan mendapati anaknya dalam keadaan itu, dia tidak dapat menahan diri lalu rebah di atas badan anaknya dan menciumnya bertalu-talu seraya berkata: "Duhai anakku, ke mana engkau pergi tinggalkan ibu? Siapa yang dapat menjagamu selain aku? Tidakkah aku telah berkata kepadamu, jangan lawan cakap ibu?" Si ibu memeluk erat anaknya dan membawanya masuk ke dalam rumah.

    Melihat peristiwa itu, Fudhail menangis sehingga basah janggutnya. Dia berkata: Maha Suci Allah! Sekiranya seseorang hamba sabar menunggu di pintu Allah, pastilah Allah akan buka pintuNya untuk hamba itu!

    Abu Darda' berkata: Bersungguh-sungguhlah berdoa. Sesungguhnya siapa yang banyak mengetuk pintu, tidak lama pintu itu akan dibuka untuknya.

    Maka sesiapa yang belum mengecapi kemanisan taubat, solat, selawat, zikir, puasa, qiam, sedekah dan tilawah al-Quran sehingga sekarang, jangan berputus asa. Jangan tinggalkan pintu Allah kerana sebentar lagi ia akan dibuka. Sabarlah seketika cuma. Mudah-mudahan Allah akan buka pintu-pintu rahmatNya untukmu dan akan berjurai anugerahNya....



    #CintaiAlQuran
    JANGAN JEMU MENGETUK PINTU-NYA Fudhail bin 'Iyadh berkata: Aku belajar tentang sabar daripada seorang kanak-kanak kecil.... Pada suatu hari, dalam perjalananku ke masjid aku melintasi sebuah rumah. Aku terdengar seorang kanak-kanak sedang menjerit dipukul ibunya. Sebentar kemudian kanak-kanak itu membuka pintu dan lari keluar dari rumah. Dan ibunya lantas menutup pintu dan menguncinya. Selepas itu, aku bertemu dengan kanak-kanak itu. Selepas dia berhenti menangis, dia mula menoleh ke kanan dan ke kiri mencari perlindungan, namun dia tidak menemui sesiapa dan tidak menemui sebarang tempat untuk dia berlindung. Lalu dia kembali ke rumah ibunya. Didapati pintu rumah masih berkunci. Lalu dia merebahkan badan, meletakkan pipinya di hadapan pintu dan tertidur di situ. Manakala ibunya membuka pintu dan mendapati anaknya dalam keadaan itu, dia tidak dapat menahan diri lalu rebah di atas badan anaknya dan menciumnya bertalu-talu seraya berkata: "Duhai anakku, ke mana engkau pergi tinggalkan ibu? Siapa yang dapat menjagamu selain aku? Tidakkah aku telah berkata kepadamu, jangan lawan cakap ibu?" Si ibu memeluk erat anaknya dan membawanya masuk ke dalam rumah. Melihat peristiwa itu, Fudhail menangis sehingga basah janggutnya. Dia berkata: Maha Suci Allah! Sekiranya seseorang hamba sabar menunggu di pintu Allah, pastilah Allah akan buka pintuNya untuk hamba itu! Abu Darda' berkata: Bersungguh-sungguhlah berdoa. Sesungguhnya siapa yang banyak mengetuk pintu, tidak lama pintu itu akan dibuka untuknya. Maka sesiapa yang belum mengecapi kemanisan taubat, solat, selawat, zikir, puasa, qiam, sedekah dan tilawah al-Quran sehingga sekarang, jangan berputus asa. Jangan tinggalkan pintu Allah kerana sebentar lagi ia akan dibuka. Sabarlah seketika cuma. Mudah-mudahan Allah akan buka pintu-pintu rahmatNya untukmu dan akan berjurai anugerahNya.... #CintaiAlQuran
    0 Kommentare 0 Anteile 9KB Ansichten 0 Vorschau
  • ☆Tadabbur Kalamullah 9 Rabiul Akhir 1446H☆

    إنَّ اللهَ لَعَفُوٌّ غَفُوْرٌ

    "Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun" [Surah al-hajj 60]

    #Berkata Syeikh Abdul Rahman as-Sa'di rahimahullah: "Dia Maha memaafkan orang-orang yang berbuat dosa, dengan tidak menyegerakan seksaan bagi mereka, serta mengampuni dosa-dosa mereka. Maka Allah menghapuskan dosa dan bekas-bekasnya dari diri mereka. Inilah sifat Allah swt yang tetap dan terus ada pada zat-Nya (Yang Maha Mulia), dan inilah perlakuanNya kepada hamba-hambaNya di setiap waktu, (iaitu) dengan pemaafan dan pengampunan…"

    #Hal ini bertepatan dengan Firman Allah swt :

    وَلَوۡ یُؤَاخِذُ ٱللَّهُ ٱلنَّاسَ بِمَا كَسَبُوا۟ مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهۡرِهَا مِن دَاۤبَّةࣲ وَلَـٰكِن یُؤَخِّرُهُمۡ إِلَىٰۤ أَجَلࣲ مُّسَمࣰّىۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِۦ بَصِیرَۢا

    "Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya" [Surah Fāṭir 45]

    #Tersebut dalam hadis Qudsi, bahwa Allah swt berfirman: "Seorang hamba melakukan perbuatan dosa, kemudian dia berdoa: "Ya Allah ampunilah dosaku". Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa". (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba itu berbuat dosa lagi lalu berdoa: "Ya Tuhanku ampunilah dosaku" . Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa". (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba itu berbuat dosa lagi lalu berdoa: "Ya Tuhanku ampunilah dosaku". Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa, berbuatlah sesukamu (wahai hambaKu), maka sungguh Aku telah mengampunimu" (HR al-Bukhari) Iaitu "selama kamu terus bertaubat, memohon dan kembali (kepadaKu)".

    #Berkata Imam Ibnu Rajab:

    العفو من أسماء الله تعالى وهو يتجاوز عن سيئات عباده الماحي لأثارهم عنهم وهو يحب العفو فيحب أن يعفو عن عباده ويحب من عباده أن يعفو بعضهم عن بعض فإذا عفا بعضهم عن بعض عاملهم بعفوه وعفوه أحب إليه من عقوبته

    "Al-‘Afuw merupakan sebahagian dari nama-nama Allah swt. Ia bermaksud Allah mengampunkan dosa-dosa para hambaNya serta memadam kesan-kesan dosa dari mereka. Allah suka kepada kemaafan dan Dia suka untuk memaafkan para hambaNya. Dia juga suka sekiranya hamba-hambaNya saling memaafkan sesama mereka. Sekiranya mereka saling bermaafan, Allah akan melayan mereka dengan sifat pemaafNya, dan memaafkan itu lebih Dia sukai berbanding memberikan hukuman" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif)

    ♡Allah Tuhan Yang sentiasa bersedia memaafkan hambaNya, maka berdoa, bermunajat dan merayulah agar diampuni segala dosa dan kesalahan kita♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk join:
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 9 Rabiul Akhir 1446H☆ إنَّ اللهَ لَعَفُوٌّ غَفُوْرٌ "Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun" [Surah al-hajj 60] #Berkata Syeikh Abdul Rahman as-Sa'di rahimahullah: "Dia Maha memaafkan orang-orang yang berbuat dosa, dengan tidak menyegerakan seksaan bagi mereka, serta mengampuni dosa-dosa mereka. Maka Allah menghapuskan dosa dan bekas-bekasnya dari diri mereka. Inilah sifat Allah swt yang tetap dan terus ada pada zat-Nya (Yang Maha Mulia), dan inilah perlakuanNya kepada hamba-hambaNya di setiap waktu, (iaitu) dengan pemaafan dan pengampunan…" #Hal ini bertepatan dengan Firman Allah swt : وَلَوۡ یُؤَاخِذُ ٱللَّهُ ٱلنَّاسَ بِمَا كَسَبُوا۟ مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهۡرِهَا مِن دَاۤبَّةࣲ وَلَـٰكِن یُؤَخِّرُهُمۡ إِلَىٰۤ أَجَلࣲ مُّسَمࣰّىۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِۦ بَصِیرَۢا "Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya" [Surah Fāṭir 45] #Tersebut dalam hadis Qudsi, bahwa Allah swt berfirman: "Seorang hamba melakukan perbuatan dosa, kemudian dia berdoa: "Ya Allah ampunilah dosaku". Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa". (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba itu berbuat dosa lagi lalu berdoa: "Ya Tuhanku ampunilah dosaku" . Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa". (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba itu berbuat dosa lagi lalu berdoa: "Ya Tuhanku ampunilah dosaku". Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa, berbuatlah sesukamu (wahai hambaKu), maka sungguh Aku telah mengampunimu" (HR al-Bukhari) Iaitu "selama kamu terus bertaubat, memohon dan kembali (kepadaKu)". #Berkata Imam Ibnu Rajab: العفو من أسماء الله تعالى وهو يتجاوز عن سيئات عباده الماحي لأثارهم عنهم وهو يحب العفو فيحب أن يعفو عن عباده ويحب من عباده أن يعفو بعضهم عن بعض فإذا عفا بعضهم عن بعض عاملهم بعفوه وعفوه أحب إليه من عقوبته "Al-‘Afuw merupakan sebahagian dari nama-nama Allah swt. Ia bermaksud Allah mengampunkan dosa-dosa para hambaNya serta memadam kesan-kesan dosa dari mereka. Allah suka kepada kemaafan dan Dia suka untuk memaafkan para hambaNya. Dia juga suka sekiranya hamba-hambaNya saling memaafkan sesama mereka. Sekiranya mereka saling bermaafan, Allah akan melayan mereka dengan sifat pemaafNya, dan memaafkan itu lebih Dia sukai berbanding memberikan hukuman" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif) ♡Allah Tuhan Yang sentiasa bersedia memaafkan hambaNya, maka berdoa, bermunajat dan merayulah agar diampuni segala dosa dan kesalahan kita♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Kommentare 0 Anteile 7KB Ansichten 0 Vorschau
  • ☆Tadabbur Kalamullah 17 Zulkaedah 1445H☆

    لَاۤ إِكۡرَاهَ فِی ٱلدِّینِۖ قَد تَّبَیَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَیِّۚ فَمَن یَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَیُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِیعٌ عَلِیمٌ

    "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah al-Baqarah 256]

    #Berkata Imam at-Thabari rahimahullah: "Ahli tafsir berbeza pendapat tentang makna 'tiada paksaan dalam agama'. Sebahagian mereka berkata ayat ini turun untuk menjawab kemusykilan kaum Ansar atau seorang lelaki dari kalangan mereka yang mempunyai beberapa orang anak yang telah mereka jadikan penganut agama yahudi atau nasrani. Apabila Allah menurunkan Islam, mereka mahu memaksa anak-anak mereka itu agar memeluk Islam. Maka Allah melarang mereka berbuat demikian. Sebaliknya mereka hendaklah membiarkan anak-anak mereka itu sendiri yang memilih untuk memeluk Islam.

    #Antara riwayat yang menyebut demikian ialah apa yang diambil daripada Imam Said bin Jubair rahimahullah daripada Ibn Abbas r.a: "Seorang wanita dikatakan miqlat, iaitu selalu kematian anak. Lalu dia bernazar sekiranya ada anaknya yang hidup dia akan menjadikan anak itu yahudi. Ketika Bani Nadhir diusir dari Madinah, terdapat bersama dengan mereka anak-anak orang Ansar (termasuk anak wanita itu). Mereka bertekad tidak akan membiarkan anak-anak mereka bersama yahudi. Lalu Allah turunkan ayat ini".

    #Riwayat yang lain, daripada maula Sayidina Zaid bin Thabit r.a daripada Ikrimah atau Said bin Jubair daripada Sayidina Ibn Abbas r.a: "Ayat ini turun mengenai seorang lelaki Ansar daripada Bani Salim bin Auf bernama Husain. Dia mempunyai dua orang anak yang menganut agama Nasrani sedangkan dia seorang muslim. Dia berkata kepada Nabi saw:" Tidakkah aku harus memaksa kedua-duanya? Sesungguhnya kedua-duanya tidak mahu terima kecuali Nasrani!". Maka Allah menurunkan ayat ini bagi menjawab persoalan itu.

    #Jika kita renungi ayat di atas serta sebab turunnya secara mendalam, akan memahamkan kita bahawa Allah swt memberikan kebebasan kepada hambaNya untuk memilih agama mereka.

    #Justeru, tanggungjawab kita sebagai muslim adalah memberi penerangan dengan jelas dan berhikmah supaya nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Apabila telah nyata, maka terserah kepada mereka membuat pilihan sama ada menerima kebenaran agama Islam atau masih belum mahu menerima Islam. Tiada sebarang paksaan.

    #Jika mereka masih belum menerima, teruskan usaha dakwah tanpa putus asa. Tidak perlu rasa bersalah jika mereka terus enggan menerima Islam kerana hidayah adalah milik Allah swt.

    ♡Membawa manusia yang berada di dalam kegelapan untuk menerima cahaya kebenaran adalah satu pekerjaan yang amat berat. Namun begitu, pekerjaan yang mulia inilah merupakan pekerjaan para nabi dan rasul iaitu membawa manusia ke jalan hidayah. Teruskan berdakwah dengan hikmah dan jangan sesekali memaksa mereka menerima Islam♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk    
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 17 Zulkaedah 1445H☆ لَاۤ إِكۡرَاهَ فِی ٱلدِّینِۖ قَد تَّبَیَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَیِّۚ فَمَن یَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَیُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِیعٌ عَلِیمٌ "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah al-Baqarah 256] #Berkata Imam at-Thabari rahimahullah: "Ahli tafsir berbeza pendapat tentang makna 'tiada paksaan dalam agama'. Sebahagian mereka berkata ayat ini turun untuk menjawab kemusykilan kaum Ansar atau seorang lelaki dari kalangan mereka yang mempunyai beberapa orang anak yang telah mereka jadikan penganut agama yahudi atau nasrani. Apabila Allah menurunkan Islam, mereka mahu memaksa anak-anak mereka itu agar memeluk Islam. Maka Allah melarang mereka berbuat demikian. Sebaliknya mereka hendaklah membiarkan anak-anak mereka itu sendiri yang memilih untuk memeluk Islam. #Antara riwayat yang menyebut demikian ialah apa yang diambil daripada Imam Said bin Jubair rahimahullah daripada Ibn Abbas r.a: "Seorang wanita dikatakan miqlat, iaitu selalu kematian anak. Lalu dia bernazar sekiranya ada anaknya yang hidup dia akan menjadikan anak itu yahudi. Ketika Bani Nadhir diusir dari Madinah, terdapat bersama dengan mereka anak-anak orang Ansar (termasuk anak wanita itu). Mereka bertekad tidak akan membiarkan anak-anak mereka bersama yahudi. Lalu Allah turunkan ayat ini". #Riwayat yang lain, daripada maula Sayidina Zaid bin Thabit r.a daripada Ikrimah atau Said bin Jubair daripada Sayidina Ibn Abbas r.a: "Ayat ini turun mengenai seorang lelaki Ansar daripada Bani Salim bin Auf bernama Husain. Dia mempunyai dua orang anak yang menganut agama Nasrani sedangkan dia seorang muslim. Dia berkata kepada Nabi saw:" Tidakkah aku harus memaksa kedua-duanya? Sesungguhnya kedua-duanya tidak mahu terima kecuali Nasrani!". Maka Allah menurunkan ayat ini bagi menjawab persoalan itu. #Jika kita renungi ayat di atas serta sebab turunnya secara mendalam, akan memahamkan kita bahawa Allah swt memberikan kebebasan kepada hambaNya untuk memilih agama mereka. #Justeru, tanggungjawab kita sebagai muslim adalah memberi penerangan dengan jelas dan berhikmah supaya nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Apabila telah nyata, maka terserah kepada mereka membuat pilihan sama ada menerima kebenaran agama Islam atau masih belum mahu menerima Islam. Tiada sebarang paksaan. #Jika mereka masih belum menerima, teruskan usaha dakwah tanpa putus asa. Tidak perlu rasa bersalah jika mereka terus enggan menerima Islam kerana hidayah adalah milik Allah swt. ♡Membawa manusia yang berada di dalam kegelapan untuk menerima cahaya kebenaran adalah satu pekerjaan yang amat berat. Namun begitu, pekerjaan yang mulia inilah merupakan pekerjaan para nabi dan rasul iaitu membawa manusia ke jalan hidayah. Teruskan berdakwah dengan hikmah dan jangan sesekali memaksa mereka menerima Islam♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Kommentare 0 Anteile 21KB Ansichten 0 Vorschau
  • Bisikan Ruh Ramadhan 1

    Ramadhan adalah bulan teristimewa yang berbeza dari bulan-bulan yang lain. Ianya adalah :

    1. Bulan diturunkan Al Quran dan kitab-kitab samawiyyah.

    Allah ta’ala berfirman,

    شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ
    شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ{البقرة: ١٨٥}

    “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.”

    (Al Baqarah: 185)
     

    إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ(3){القدر: ١-٣}

    ”Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.”
    (Al Qadr: 1-3).
     
    Allah ta’ala juga berfirman,

    إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا
    مُنْذِرِينَ {الدخان: ٣}

    ”Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”
    ( Ad-Dukhan: 3)

     
    2. Bulan untuk qiyamullail dengan solat tarawih dan tahajjud.

    Nabi ﷺ bersabda,

    من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
    (رواه البخاري ومسلم). 

    ”Barangsiapa yang berdiri (menunaikan salat) di bulan Ramadan dengan iman dan mengharap (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni”.

    3. Bulan pengampunan dan penghapus dosa.

    Nabi ﷺ bersabda,

    من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه البخاري ومسلم)

    Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.”

    (HR al-Bukhari dan Muslim)

    4. Bulan pembebasan dari api neraka.

    Nabi ﷺ bersabda,

    (ولله عتقاء من النار وذلك في كل ليلة) رواه الترمذي وابن ماجه.

    Dan bagi Allah membebaskan sejumlah orang dari neraka. Hal itu terjadi pada setiap malam.” (HR. Tirmizi dan Ibn Majah)

    5. Bulan ihsan kasihan belas dan pemurah.

    Nabi ﷺ bersabda,

    عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل فيدارسه القرآن. (رواه البخاري ومسلم)

    Nabi ‎ﷺ adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat Baginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an.

    (HR. Bukhari,Muslim)

    6. Bulan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu para syaitan.

    Nabi ﷺ bersabda,

    إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النار، وصفدت الشياطين (رواه البخاري ومسلم)

    Bila datang Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dibelenggu para syaitan.

    ( HR Bukhari, Muslim)

    7. Bulan doa-doa dimakbulkan oleh Allah ta’ala.

    Dalam surah Al Baqarah selepa ayat kewajipan berpuasa, Allah ta’ala menyatakan tentang diriNya sebagai Pemakbul Doa dari para hambaNya.

    وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ‎
    ﴿البقرة: ١٨٦﴾‏

    Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (186)

    (Al Baqarah: 186)


    Nabi ﷺ bersabda,

    ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ
    الْمَظْلُومِ

    “Tiga orang yang do’anya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan do’a orang yang dizalimi”.

    (HR Tirmizi)


    8. Bulan yang digandakan pahala amal ibadah dan kebaikan.

    Nabi ﷺ bersabda,


    فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي ، فَإِنَّ عُمْرَةً
    فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً

    Sekiranya telah tiba bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu mengerjakan umrah. Ini kerana umrah pada bulan tersebut menyamai pahalanya seperti mengerjakan haji.

    (HR al-Bukhari)

    9. Bulan berlakunya lailatul qadar iaitu malam yang paling mulia.

    Allah ta’ala berfirman,

    إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ(3)

    ”Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.”
    (Al Qadr: 1-3).
     
    Allah ta’ala juga berfirman,

    إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
     
    ”Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”

    ( Ad-Dukhan: 3)

    Justeru, ambillah dan rebutlah ruang dan peluang yang Allah ta’ala telah berikan padamu dengan hadirnya Ramadhan tahun ini. Kerana engkau tidak pasti lagi dapat menemuinya pada tahun hadapan.



    ABi
    Bisikan Ruh Ramadhan 1 Ramadhan adalah bulan teristimewa yang berbeza dari bulan-bulan yang lain. Ianya adalah : 1. Bulan diturunkan Al Quran dan kitab-kitab samawiyyah. Allah ta’ala berfirman, شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ{البقرة: ١٨٥} “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.” (Al Baqarah: 185)   إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ(3){القدر: ١-٣} ”Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (Al Qadr: 1-3).   Allah ta’ala juga berfirman, إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ {الدخان: ٣} ”Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” ( Ad-Dukhan: 3)   2. Bulan untuk qiyamullail dengan solat tarawih dan tahajjud. Nabi ﷺ bersabda, من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه البخاري ومسلم).  ”Barangsiapa yang berdiri (menunaikan salat) di bulan Ramadan dengan iman dan mengharap (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni”. 3. Bulan pengampunan dan penghapus dosa. Nabi ﷺ bersabda, من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه البخاري ومسلم) Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” (HR al-Bukhari dan Muslim) 4. Bulan pembebasan dari api neraka. Nabi ﷺ bersabda, (ولله عتقاء من النار وذلك في كل ليلة) رواه الترمذي وابن ماجه. Dan bagi Allah membebaskan sejumlah orang dari neraka. Hal itu terjadi pada setiap malam.” (HR. Tirmizi dan Ibn Majah) 5. Bulan ihsan kasihan belas dan pemurah. Nabi ﷺ bersabda, عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل فيدارسه القرآن. (رواه البخاري ومسلم) Nabi ‎ﷺ adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat Baginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. (HR. Bukhari,Muslim) 6. Bulan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu para syaitan. Nabi ﷺ bersabda, إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النار، وصفدت الشياطين (رواه البخاري ومسلم) Bila datang Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dibelenggu para syaitan. ( HR Bukhari, Muslim) 7. Bulan doa-doa dimakbulkan oleh Allah ta’ala. Dalam surah Al Baqarah selepa ayat kewajipan berpuasa, Allah ta’ala menyatakan tentang diriNya sebagai Pemakbul Doa dari para hambaNya. وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ‎ ﴿البقرة: ١٨٦﴾‏ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (186) (Al Baqarah: 186) Nabi ﷺ bersabda, ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ “Tiga orang yang do’anya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan do’a orang yang dizalimi”. (HR Tirmizi) 8. Bulan yang digandakan pahala amal ibadah dan kebaikan. Nabi ﷺ bersabda, فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي ، فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً Sekiranya telah tiba bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu mengerjakan umrah. Ini kerana umrah pada bulan tersebut menyamai pahalanya seperti mengerjakan haji. (HR al-Bukhari) 9. Bulan berlakunya lailatul qadar iaitu malam yang paling mulia. Allah ta’ala berfirman, إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ(3) ”Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (Al Qadr: 1-3).   Allah ta’ala juga berfirman, إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ   ”Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” ( Ad-Dukhan: 3) Justeru, ambillah dan rebutlah ruang dan peluang yang Allah ta’ala telah berikan padamu dengan hadirnya Ramadhan tahun ini. Kerana engkau tidak pasti lagi dapat menemuinya pada tahun hadapan. ABi
    Like
    1
    0 Kommentare 0 Anteile 13KB Ansichten 0 Vorschau
Suchergebnis