Sekali lagi, seni bina Islam menjadi mangsa kecaman mereka yang tak kenal sejarah, tak kenal langsung institiut-insitut yang pernah dibina dalam negara kita demi membangunkan ilmu pengetahuan.

Seni bina ini sebenarnya mengambil inspirasi seni bina Andalusia-Morocco. Seni bina ini diambil agar kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol dulu dapat kita ulangi semula pada zaman moden ini.

Seni bina ini berkembang pesat semasa pemerintahan Dinasti Umayyad di Sepanyol pada abad ke-8 hingga ke-15, ketika kota-kota seperti Córdoba, Seville, dan Granada menjadi pusat ilmu dan seni. Dekat Sepanyol hari ini, kita ada macam Masjid Cordoba yang menggunakan seni bina ini. Lepas tu kita ada Alhambra di Granada, sebuah istana yang menjadi mercu tanda seni bina islam Andalusia-Morocco yang menggambarkan keindahan seni bina Islam dengan taman air, mozek geometri, dan hiasan arabesque yang melambangkan falsafah ketuhanan.

Institut ini sepatutnya kita umat Melayu kenal. Ia didirikan oleh Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 1991. Kenapa Syed Naquib Al-Attas ambil ilham seni bina Islam dari Eropah ni sebab nak kita umat Islam, ambil inspirasi keagungan silam.

Masa kita kuasai Andalusia dulu, seorang rahib dari Jerman pernah berkata bahawa Cordoba ketika itu adalah “mutiara dunia” kerana kota itu mempunyai 70 buah perpustakaan besar dan 3000 buah masjid. Tiada mana-mana kota Kristian pada waktu itu mempunyai perpustakaan seagung perpustakaan umat Islam di Cordoba. Khalifah Amir Abdul Rahman II membina perpustakaan Islam Cordoba yang dalam perpustakaan ini sahaja, memiliki 400,000 hingga 600,000 buah naskah buku dalam pelbagai bidang, yang merupakan pesaing Baitul Hikmah di Baghdad.

Ya, perpustakaan, masjid dan istana yang saya sebutkan semua pakai seni bina yang orang Melayu kita panggil sebagai "gereja". Sebab tu selain Baghdad di Iraq bawah Abbasiyyah, Andalusia di Sepanyol menjadi pusat ilmu dunia bawah Umaiyyah. Keagungan ini yang dirindui oleh kita umat Islam. Tapi itulah, kalau masih sebegini respon umat Islam, yang seni bina agung sendiri dah tak kenal, rasanya mampu ke tak keagungan dulu kita ulangi?

P.S: Untuk yang yang berkeras ini ialah seni bina gereja, sebenarnya Hagia Sophia adalah sejenis gereja yang ditukarkan menjadi masjid ketika zaman Al-Fateh. Jadi, seni bina Gereja ini tak terikat sebenarnya. Kubah masjid yang kita pakai adalah asalnya digunakan awal oleh Gereja Ortodoks Timur, sebelum Uthmaniyyah adapatasi sewaktu berlaku pertembungan tamadun dengan Rom Timur.

https://www.facebook.com/share/r8B9qU4xoWhs6awh/?mibextid=WC7FNe
Sekali lagi, seni bina Islam menjadi mangsa kecaman mereka yang tak kenal sejarah, tak kenal langsung institiut-insitut yang pernah dibina dalam negara kita demi membangunkan ilmu pengetahuan. Seni bina ini sebenarnya mengambil inspirasi seni bina Andalusia-Morocco. Seni bina ini diambil agar kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol dulu dapat kita ulangi semula pada zaman moden ini. Seni bina ini berkembang pesat semasa pemerintahan Dinasti Umayyad di Sepanyol pada abad ke-8 hingga ke-15, ketika kota-kota seperti Córdoba, Seville, dan Granada menjadi pusat ilmu dan seni. Dekat Sepanyol hari ini, kita ada macam Masjid Cordoba yang menggunakan seni bina ini. Lepas tu kita ada Alhambra di Granada, sebuah istana yang menjadi mercu tanda seni bina islam Andalusia-Morocco yang menggambarkan keindahan seni bina Islam dengan taman air, mozek geometri, dan hiasan arabesque yang melambangkan falsafah ketuhanan. Institut ini sepatutnya kita umat Melayu kenal. Ia didirikan oleh Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 1991. Kenapa Syed Naquib Al-Attas ambil ilham seni bina Islam dari Eropah ni sebab nak kita umat Islam, ambil inspirasi keagungan silam. Masa kita kuasai Andalusia dulu, seorang rahib dari Jerman pernah berkata bahawa Cordoba ketika itu adalah “mutiara dunia” kerana kota itu mempunyai 70 buah perpustakaan besar dan 3000 buah masjid. Tiada mana-mana kota Kristian pada waktu itu mempunyai perpustakaan seagung perpustakaan umat Islam di Cordoba. Khalifah Amir Abdul Rahman II membina perpustakaan Islam Cordoba yang dalam perpustakaan ini sahaja, memiliki 400,000 hingga 600,000 buah naskah buku dalam pelbagai bidang, yang merupakan pesaing Baitul Hikmah di Baghdad. Ya, perpustakaan, masjid dan istana yang saya sebutkan semua pakai seni bina yang orang Melayu kita panggil sebagai "gereja". Sebab tu selain Baghdad di Iraq bawah Abbasiyyah, Andalusia di Sepanyol menjadi pusat ilmu dunia bawah Umaiyyah. Keagungan ini yang dirindui oleh kita umat Islam. Tapi itulah, kalau masih sebegini respon umat Islam, yang seni bina agung sendiri dah tak kenal, rasanya mampu ke tak keagungan dulu kita ulangi? P.S: Untuk yang yang berkeras ini ialah seni bina gereja, sebenarnya Hagia Sophia adalah sejenis gereja yang ditukarkan menjadi masjid ketika zaman Al-Fateh. Jadi, seni bina Gereja ini tak terikat sebenarnya. Kubah masjid yang kita pakai adalah asalnya digunakan awal oleh Gereja Ortodoks Timur, sebelum Uthmaniyyah adapatasi sewaktu berlaku pertembungan tamadun dengan Rom Timur. https://www.facebook.com/share/r8B9qU4xoWhs6awh/?mibextid=WC7FNe
WWW.FACEBOOK.COM
Helmi Effendy - Sekali lagi, seni bina Islam menjadi...
Sekali lagi, seni bina Islam menjadi mangsa kecaman mereka yang tak kenal sejarah, tak kenal langsung institiut-insitut yang pernah dibina dalam negara kita demi membangunkan ilmu pengetahuan. Seni...
0 Comments 0 Shares 1742 Views