☆Tadabbur Kalamullah 25 Jamadil Akhir 1445H☆

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ * أُولَـٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ * الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya" [Surah al-Mu’minun 9-11]

#Allah swt memuji orang yang memelihara solatnya dan menjanjikan mereka untuk ditempatkan di syurga yang tertinggi iaitu Syurga al-Firdaus.

#Solat berjemaah di masjid merupakan cara yang paling baik dan afdhal bagi seseorang untuk mendirikan solat dan memelihara solatnya agar sentiasa didirikan diawal waktu.

#Selain itu, Rasulullah saw banyak menyebutkan tentang kelebihan-kelebihan sentiasa menghadirkan diri untuk solat berjemaah di masjid. Antaranya, Rasulullah saw mengatakan bahawa setiap langkahan seseorang ke masjid merupakan sedekah.

#Sabda Rasulullah saw:

وكلُّ خطوَةٍ تخطوها إلى الصلاةِ صدَقَةٌ                                        
"Dan pada setiap langkah untuk menuju solat (berjemaah di masjid) adalah sedekah" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Dalam hadis yang lain, baginda saw bersabda:

أَعْظَمُ النّاسِ أجْرًا في الصَّلاةِ أبْعَدُهُمْ، فأبْعَدُهُمْ مَمْشًى والذي يَنْتَظِرُ الصَّلاةَ حتّى يُصَلِّيَها مع الإمامِ أعْظَمُ أجْرًا مِنَ الذي يُصَلِّي، ثُمَّ يَنامُ

"Orang yang paling besar ganjarannya dalam menunaikan solat ialah sesiapa yang paling jauh perjalanannya (menuju solat berjemaah). Dan, orang yang menunggu solat untuk didirikan bersama imam adalah lebih besar ganjarannya berbanding seseorang yang mendirikan solat (bersendirian) kemudian tidur" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Ini menunjukkan bahawa sesiapa yang berusaha memelihara solatnya terutama secara berjemaah di masjid akan diganjarkan dengan pahala yang lebih besar berbanding orang lain apabila dia sabar dalam menanggung kesusahan yang terpaksa dihadapinya untuk melaksanakannya walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan sukar untuk sampai ke masjid. 

#Bagi mereka yang memelihara solat dengan berjemaah maka diberi jaminan pahala yang melimpah ruah.

#Nabi saw bersabda:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

“Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat" (HR Muslim)

#Di dalam riwayat lain menyatakan:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ أَحَدِكُمْ وَحْدَهُ بِخَمْسَةٍ وَعِشْرِينَ جُزْءًا

Maksudnya : “Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat kalian yang secara bersendirian sebanyak 25 bahagian" (HR Muslim)

#Imam an-Nawawi rahimahullah menyebut bahawa sama ada 25 atau 27 bahagian adalah berdasarkan keadaan solat dan orang yang menunaikannya. Ada yang dapat 25 darjat dan ada yang dapat 27 berdasarkan kesempurnaan solatnya dan sejauh mana dia menjaga solat secara berjemaah. (Lihat: al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab)

♡Peliharalah solat dengan memastikan pelaksanaannya secara berjemaah di masjid surau, dilakukan diawal waktu di samping memerintah kaum keluarga untuk solat adalah antara sebab rezeki dimurahkan dan dimudahkan serta mendapat pertolongan Allah swt disamping layak mendiami jannatul Firdaus yang teristimewa♡

Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 25 Jamadil Akhir 1445H☆ وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ * أُولَـٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ * الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ "Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya" [Surah al-Mu’minun 9-11] #Allah swt memuji orang yang memelihara solatnya dan menjanjikan mereka untuk ditempatkan di syurga yang tertinggi iaitu Syurga al-Firdaus. #Solat berjemaah di masjid merupakan cara yang paling baik dan afdhal bagi seseorang untuk mendirikan solat dan memelihara solatnya agar sentiasa didirikan diawal waktu. #Selain itu, Rasulullah saw banyak menyebutkan tentang kelebihan-kelebihan sentiasa menghadirkan diri untuk solat berjemaah di masjid. Antaranya, Rasulullah saw mengatakan bahawa setiap langkahan seseorang ke masjid merupakan sedekah. #Sabda Rasulullah saw: وكلُّ خطوَةٍ تخطوها إلى الصلاةِ صدَقَةٌ                                         "Dan pada setiap langkah untuk menuju solat (berjemaah di masjid) adalah sedekah" (HR al-Bukhari dan Muslim) #Dalam hadis yang lain, baginda saw bersabda: أَعْظَمُ النّاسِ أجْرًا في الصَّلاةِ أبْعَدُهُمْ، فأبْعَدُهُمْ مَمْشًى والذي يَنْتَظِرُ الصَّلاةَ حتّى يُصَلِّيَها مع الإمامِ أعْظَمُ أجْرًا مِنَ الذي يُصَلِّي، ثُمَّ يَنامُ "Orang yang paling besar ganjarannya dalam menunaikan solat ialah sesiapa yang paling jauh perjalanannya (menuju solat berjemaah). Dan, orang yang menunggu solat untuk didirikan bersama imam adalah lebih besar ganjarannya berbanding seseorang yang mendirikan solat (bersendirian) kemudian tidur" (HR al-Bukhari dan Muslim) #Ini menunjukkan bahawa sesiapa yang berusaha memelihara solatnya terutama secara berjemaah di masjid akan diganjarkan dengan pahala yang lebih besar berbanding orang lain apabila dia sabar dalam menanggung kesusahan yang terpaksa dihadapinya untuk melaksanakannya walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan sukar untuk sampai ke masjid.  #Bagi mereka yang memelihara solat dengan berjemaah maka diberi jaminan pahala yang melimpah ruah. #Nabi saw bersabda: صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً “Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat" (HR Muslim) #Di dalam riwayat lain menyatakan: صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ أَحَدِكُمْ وَحْدَهُ بِخَمْسَةٍ وَعِشْرِينَ جُزْءًا Maksudnya : “Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat kalian yang secara bersendirian sebanyak 25 bahagian" (HR Muslim) #Imam an-Nawawi rahimahullah menyebut bahawa sama ada 25 atau 27 bahagian adalah berdasarkan keadaan solat dan orang yang menunaikannya. Ada yang dapat 25 darjat dan ada yang dapat 27 berdasarkan kesempurnaan solatnya dan sejauh mana dia menjaga solat secara berjemaah. (Lihat: al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab) ♡Peliharalah solat dengan memastikan pelaksanaannya secara berjemaah di masjid surau, dilakukan diawal waktu di samping memerintah kaum keluarga untuk solat adalah antara sebab rezeki dimurahkan dan dimudahkan serta mendapat pertolongan Allah swt disamping layak mendiami jannatul Firdaus yang teristimewa♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk     http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
BIT.LY
Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
Like
1
1 Comments 0 Shares 3451 Views