donshafi911 Malay (Islamic)
donshafi911 Malay (Islamic)
Recent Updates
  • Kesian dr Roland, dia cuba buat sebaik mungkin tetapi orang-orang yang mahu cari jalan untuk vaksin, yang mahu menentang perubatan palsu Who.

    Tapi sorang pun tak datang, supportlah...

    Kata mahu mencari kebenaran, cari jalan clear vaksin, menentang kkm who, tuntut bela. Maka pergilah support.

    Ihr sudah ditandatangani, anak-anak kita didalam risiko.

    https://vt.tiktok.com/ZS25A4DCs/
    Kesian dr Roland, dia cuba buat sebaik mungkin tetapi orang-orang yang mahu cari jalan untuk vaksin, yang mahu menentang perubatan palsu Who. Tapi sorang pun tak datang, supportlah... Kata mahu mencari kebenaran, cari jalan clear vaksin, menentang kkm who, tuntut bela. Maka pergilah support. Ihr sudah ditandatangani, anak-anak kita didalam risiko. https://vt.tiktok.com/ZS25A4DCs/
    0 Comments 0 Shares 16 Views 1
  • 0 Comments 0 Shares 19 Views 0
  • https://vt.tiktok.com/ZS2PupraX/
    https://vt.tiktok.com/ZS2PupraX/
    0 Comments 0 Shares 17 Views
  • 0 Comments 0 Shares 17 Views 0
  • 0 Comments 0 Shares 19 Views 0
  • PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

    Perbuatan Dosa

    عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ

    Daripada Al-Mughirah bin Syu'bah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup,  mempercayai setiap khabar yang tidak tentu  sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta (boros)". (HR Bukhari No: 2231) Status: Hadis Sahih

    Pengajaran:

    Rasulullah melarang setiap Muslim daripada melakukan perkara berikut:

    1.  Mendurhakai ibu

    2.  Menanam anak perempuan hidup-hidup

    3.  Mempercayai kepada khabar yang tidak pasti sumbernya (sama ada melalui lisan juga media sosial seperti TikTok, FB, Twiter, Whatsapp, Telegram, Akhbar, TV dan lain-lain) lalu di sebarkan (forward). Awaslah daripada menjadi penyebar berita palsu.

    4.  Banyak bertanya yang bertujuan untuk menguji atau mengadu domba

    5.  Boros terhadap harta (tidak berjimat).

    Marilah kita menjadi Muslim yang baik dengan taat kepada kedua ibu dan bapa, mengasihi anak-anak dengan diberikan didikan dan asuhan, memastikan setiap berita yang sampai pada kita diselidiki terlebih dahulu kesahihannya sebelum mempercayai dan disebarkan, kurangkan bertanya yang bukan ikhlas untuk mendapatkan maklumat dan berjimat dalam membelanjakan harta.

    Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024
    Malaysia Madani: Jiwa Merdeka

    #BangunkanJiwaMerdeka
    #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
    #BinaNegaraRahmah
    #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
    #PalestinMerdeka

    06hb Rabiul Awal 1446H
    10hb September 2024

    Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
    telegram.me/hadisharian_ikram
    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Perbuatan Dosa عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ Daripada Al-Mughirah bin Syu'bah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup,  mempercayai setiap khabar yang tidak tentu  sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta (boros)". (HR Bukhari No: 2231) Status: Hadis Sahih Pengajaran: Rasulullah melarang setiap Muslim daripada melakukan perkara berikut: 1.  Mendurhakai ibu 2.  Menanam anak perempuan hidup-hidup 3.  Mempercayai kepada khabar yang tidak pasti sumbernya (sama ada melalui lisan juga media sosial seperti TikTok, FB, Twiter, Whatsapp, Telegram, Akhbar, TV dan lain-lain) lalu di sebarkan (forward). Awaslah daripada menjadi penyebar berita palsu. 4.  Banyak bertanya yang bertujuan untuk menguji atau mengadu domba 5.  Boros terhadap harta (tidak berjimat). Marilah kita menjadi Muslim yang baik dengan taat kepada kedua ibu dan bapa, mengasihi anak-anak dengan diberikan didikan dan asuhan, memastikan setiap berita yang sampai pada kita diselidiki terlebih dahulu kesahihannya sebelum mempercayai dan disebarkan, kurangkan bertanya yang bukan ikhlas untuk mendapatkan maklumat dan berjimat dalam membelanjakan harta. Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Malaysia Madani: Jiwa Merdeka #BangunkanJiwaMerdeka #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 06hb Rabiul Awal 1446H 10hb September 2024 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
    0 Comments 0 Shares 17 Views
  • Tadabbur Diri 29

    Bermuhasabah terhadap dirimu sendiri.

    Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,

    " من علامات السعادة والفلاح أن العبد كلما زيد في علمه زيد في تواضعه ورحمته وكلما، زيد في عمره نقص من حرصه، وكلما زيد في ماله زيد في سخائه وبذله، وكلما زيد في قدره وجاهه زيد في قربه من الناس وقضاء حوائجهم والتواضع لهم،

    “Salah satu tanda kebahagiaan dan kejayaan adalah tatkala seorang hamba semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah pula sikap tawadhu’ dan kasih sayangnya. Dan semakin bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takut dan waspadanya. Setiap kali bertambah usianya maka semakin berkuranglah ketamakan nafsunya. Setiap kali bertambah hartanya maka bertambahlah kedermawanan dan kemahuannya untuk membantu sesama. Dan setiap kali bertambah tinggi kedudukan dan pangkatnya maka semakin dekat pula dia dengan manusia dan berusaha untuk menunaikan berbagai keperluan mereka serta bersikap rendah hati kepada mereka.”

    Beliau menyebut lagi,

    وعلامات الشقاوة أنه كلما زيد في علمه زيد في كبره وتيهه، وكلما زيد في عمله زيد في فخره واحتقاره للناس وحسن ظنه بنفسه، وكلما زيد في عمره زيد في حرصه، وكلما زيد في ماله زيد في بخله وإمساكه، وكلما زيد في قدره وجاهه زيد في كبره وتيهه، وهذه الأمور ابتلاء من الله وامتحان يبتلي بها عباده فيسعد بها أقوام ويشقى بها أقوام"

    “Dan tanda kebinasaan iaitu tatkala semakin bertambah ilmunya maka bertambahlah kesombongan dan kebanggaannya. Dan setiap kali bertambah amalnya maka bertambahlah keangkuhannya, dia semakin meremehkan manusia dan terlalu bersangka baik kepada dirinya sendiri. Semakin bertambah umurnya maka bertambahlah ketamakannya. Setiap kali bertambah banyak hartanya maka dia semakin kedekutnya dan tidak mahu membantu. Dan setiap kali meningkat kedudukan dan derajatnya maka bertambahlah kesombongan dan kebanggaan dirinya. Ini semua adalah ujian dan cobaan dari Allah untuk menguji hamba-hamba-Nya. Sehingga akan berbahagialah sebagian kelompok, dan sebahagian kelompok yang lain pula akan binasa. “

    ( Al Fawaaid, Ibnul Qayyim )



    Justeru, muhasabahlah dirimu sendiri.




    ABi
    Tadabbur Diri 29 Bermuhasabah terhadap dirimu sendiri. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, " من علامات السعادة والفلاح أن العبد كلما زيد في علمه زيد في تواضعه ورحمته وكلما، زيد في عمره نقص من حرصه، وكلما زيد في ماله زيد في سخائه وبذله، وكلما زيد في قدره وجاهه زيد في قربه من الناس وقضاء حوائجهم والتواضع لهم، “Salah satu tanda kebahagiaan dan kejayaan adalah tatkala seorang hamba semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah pula sikap tawadhu’ dan kasih sayangnya. Dan semakin bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takut dan waspadanya. Setiap kali bertambah usianya maka semakin berkuranglah ketamakan nafsunya. Setiap kali bertambah hartanya maka bertambahlah kedermawanan dan kemahuannya untuk membantu sesama. Dan setiap kali bertambah tinggi kedudukan dan pangkatnya maka semakin dekat pula dia dengan manusia dan berusaha untuk menunaikan berbagai keperluan mereka serta bersikap rendah hati kepada mereka.” Beliau menyebut lagi, وعلامات الشقاوة أنه كلما زيد في علمه زيد في كبره وتيهه، وكلما زيد في عمله زيد في فخره واحتقاره للناس وحسن ظنه بنفسه، وكلما زيد في عمره زيد في حرصه، وكلما زيد في ماله زيد في بخله وإمساكه، وكلما زيد في قدره وجاهه زيد في كبره وتيهه، وهذه الأمور ابتلاء من الله وامتحان يبتلي بها عباده فيسعد بها أقوام ويشقى بها أقوام" “Dan tanda kebinasaan iaitu tatkala semakin bertambah ilmunya maka bertambahlah kesombongan dan kebanggaannya. Dan setiap kali bertambah amalnya maka bertambahlah keangkuhannya, dia semakin meremehkan manusia dan terlalu bersangka baik kepada dirinya sendiri. Semakin bertambah umurnya maka bertambahlah ketamakannya. Setiap kali bertambah banyak hartanya maka dia semakin kedekutnya dan tidak mahu membantu. Dan setiap kali meningkat kedudukan dan derajatnya maka bertambahlah kesombongan dan kebanggaan dirinya. Ini semua adalah ujian dan cobaan dari Allah untuk menguji hamba-hamba-Nya. Sehingga akan berbahagialah sebagian kelompok, dan sebahagian kelompok yang lain pula akan binasa. “ ( Al Fawaaid, Ibnul Qayyim ) Justeru, muhasabahlah dirimu sendiri. ABi
    0 Comments 0 Shares 18 Views
  • Tadabbur Diri 30

    Pasakkan istiqamah dalam jiwa atas jalan dakwah dan perjuangan.

    Kemanisan dalam dakwah dan perjuangan hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang istiqamah. Istiqamah hanya akan terbukti di saat ruh keluar dari tubuh yakni ketika mendapat bisikan ketenangan dari malaikat Allah ta’ala ‘Azz wa Jalla.

    إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿١٣﴾ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٤ ﴾ (الأحقاف : ١٣-١٤)

    Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.( 13 ) Mereka itulah penghuni-penghuni surga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.( 14 )

    (Al Ahqaf: 13-14)

    Dalam sahih Muslim daripada Sufian bin Abdullah Ats Tsaqafi telah berkata :

    يا رسول الله قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحدا بعدك - وفي رواية - غيرك . قال : قل آمنت بالله ثم استقم

    " Aku berkata : Wahai Rasulullah ! Katalah padaku tentang Islam satu perkataan yang aku tidak akan bertanya lagi tentangnya pada orang lain selepas engkau..( pada satu riwayat lain - selain engkau ); Rasulullah ‎ﷺ bersabda : Katakanlah - Aku beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah!

    Rukun Istiqamah :

    1. Ikhlas pada aqidah dan pada amalan

    وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

    Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus

    (Al Bayyinah : 4)

    2. Keyakinan yang benar dan tiada keraguan

    إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ ﴿١٥﴾

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.

    (Al Hujurat : 15)

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ (التوبة : 119)

    Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan jadilah orang-orang yang benar

    (At Taubah : 119)

    3. Bay'ah ( janji setia)

    إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١١١)

    Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.( 111)

    التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّـهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١١٢﴾

    Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.(112)

    (At Taubah : 111-112)

    4. Amalan berterusan dan menuntut balasan di akhirat.

    فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ﴿١١٠)
    (الكهف: ١١٠)




    Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".

    (Al Kahfi : 110)

    أحب الأعمال إلى الله أدومها وان قل (رواه مسلم)

    Daripada Aisyah radhiyallahu 'anha berkata: Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

    " Sebaik-baik amalan kepda Allah ( ialah ) yang berterusan walaupun sedikit ".

    ( HR Muslim )


    5. Sabar, tabah, cekal dan kuat jiwa.

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٤٥) وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (٤٦)(الأنفال:٤٥-٤٦)

    Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.( 45 ) Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.( 46 )

    (Al Anfal: 45-46)

    عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

    “Amat menghairankan sekali keadaan orang mukmin itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi bagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mukmin itu belaka, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup (kesenangan),diapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya,sedang apabila ia ditimpa kesukaran – yakni bencana – diapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya.”

    (HR Muslim)

    6. Sentiasa mengharapkan bertambah petunjuk melalui amal dan doa.

    وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُم( محمد : ١٧ )

    Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.

    (Muhammad : 17)

    Kalaam tarbawi dari Ibnu Qayyim Al Jauzi rahimahullahu ta'ala :

    " إذا اراد الله بعبد خيراَ جعله معترفاَ بذنبه،ممسكاَ عن ذنب غيره ، جواداَ بما عنده، زاهداَ فيما عند غيره، محتملاَ لأذى غيره، وإن أراد به شراَ عكس ذلك عليه."

    Apabila Allah ta'ala mengkehendaki akan hambaNya kebaikan, Dia menjadi hamba itu mengakui dosanya, menahan diri dari melakukan dosa yang lain, pemurah dengan apa yang ada pada dirinya, zuhud terhadap apa yang ada pada orang lain, menghalang diri dari menyakiti orang lain. Dan jika Allah ta'ala mengkehendaki keburukan atau kejahatan maka yang berlaku ialah disebaliknya.

    Disebut dalam sebuah atsar,

    من عمل بما علم أورثه الله علم ما لم يعلم

    “Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang telah ia ketahui maka Allah akan mewariskan (mengajarkan) kepadanya ilmu yang belum ia ketahui”

    Yakni dalam bentuk taufik bimbingan terhadap amalan.

    وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِين (٦٩)

    Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

    (Al Ankabut : 69)

    1 Tenang dan tenteram jiwanya iaitu tiada ketakutan dan tiada bersedih hati hasil anugerah Allah ta’ala kerana keimanan yang ada dalam hati.

    هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

    ( الفتح : ٤ )




    (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana

    (Al Fath : 4)

    وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢﴾ (الأحزاب:٢٢)

    Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.

    (Al Ahzab: 23)

    أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ .الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (يونس:٦٢-٦٣)

    Ingatlah sesungguhnya para penolong agama Allah tiada ketakutan atas mereka dan tiada lah mereka bersedih hati , orang-orang yang beriman dan adalah mereka bertaqwa

    (Yunus : 62-63)

    8. Bersedia menghadapi kematian.

    إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠﴾ نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۖ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ ﴿٣١)

    Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".(30) Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.(31)

    (Fussilat : 30-31)

    وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ (٩٩)
    (الحجر:٩٩)

    Dan sembahlah Rabbmu sampai datang kepadamu yang diyakini (iaitu ajal kematian)

    (Al Hijr : 99)

    يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾(الفجر:٢٧-٣٠)

    Hai jiwa yang tenang ( 27 ) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. ( 28 ) Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, ( 29 ) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! ( 30 )

    (Al Fajr: 27-30)

    Justeru, beristiqamahlah!

    حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ‎
    ﴿آل عمران: ١٧٣﴾‏

    Sufficient for us is Allah, and [He is] the best Disposer of affairs.

    (Ali ‘Imran: 173)



    ABi
    Tadabbur Diri 30 Pasakkan istiqamah dalam jiwa atas jalan dakwah dan perjuangan. Kemanisan dalam dakwah dan perjuangan hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang istiqamah. Istiqamah hanya akan terbukti di saat ruh keluar dari tubuh yakni ketika mendapat bisikan ketenangan dari malaikat Allah ta’ala ‘Azz wa Jalla. إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿١٣﴾ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٤ ﴾ (الأحقاف : ١٣-١٤) Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.( 13 ) Mereka itulah penghuni-penghuni surga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.( 14 ) (Al Ahqaf: 13-14) Dalam sahih Muslim daripada Sufian bin Abdullah Ats Tsaqafi telah berkata : يا رسول الله قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحدا بعدك - وفي رواية - غيرك . قال : قل آمنت بالله ثم استقم " Aku berkata : Wahai Rasulullah ! Katalah padaku tentang Islam satu perkataan yang aku tidak akan bertanya lagi tentangnya pada orang lain selepas engkau..( pada satu riwayat lain - selain engkau ); Rasulullah ‎ﷺ bersabda : Katakanlah - Aku beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah! Rukun Istiqamah : 1. Ikhlas pada aqidah dan pada amalan وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus (Al Bayyinah : 4) 2. Keyakinan yang benar dan tiada keraguan إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ ﴿١٥﴾ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar. (Al Hujurat : 15) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ (التوبة : 119) Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan jadilah orang-orang yang benar (At Taubah : 119) 3. Bay'ah ( janji setia) إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١١١) Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.( 111) التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّـهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١١٢﴾ Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.(112) (At Taubah : 111-112) 4. Amalan berterusan dan menuntut balasan di akhirat. فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ﴿١١٠) (الكهف: ١١٠) Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". (Al Kahfi : 110) أحب الأعمال إلى الله أدومها وان قل (رواه مسلم) Daripada Aisyah radhiyallahu 'anha berkata: Rasulullah ‎ﷺ bersabda: " Sebaik-baik amalan kepda Allah ( ialah ) yang berterusan walaupun sedikit ". ( HR Muslim ) 5. Sabar, tabah, cekal dan kuat jiwa. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٤٥) وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (٤٦)(الأنفال:٤٥-٤٦) Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.( 45 ) Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.( 46 ) (Al Anfal: 45-46) عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ “Amat menghairankan sekali keadaan orang mukmin itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi bagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mukmin itu belaka, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup (kesenangan),diapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya,sedang apabila ia ditimpa kesukaran – yakni bencana – diapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya.” (HR Muslim) 6. Sentiasa mengharapkan bertambah petunjuk melalui amal dan doa. وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُم( محمد : ١٧ ) Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa. (Muhammad : 17) Kalaam tarbawi dari Ibnu Qayyim Al Jauzi rahimahullahu ta'ala : " إذا اراد الله بعبد خيراَ جعله معترفاَ بذنبه،ممسكاَ عن ذنب غيره ، جواداَ بما عنده، زاهداَ فيما عند غيره، محتملاَ لأذى غيره، وإن أراد به شراَ عكس ذلك عليه." Apabila Allah ta'ala mengkehendaki akan hambaNya kebaikan, Dia menjadi hamba itu mengakui dosanya, menahan diri dari melakukan dosa yang lain, pemurah dengan apa yang ada pada dirinya, zuhud terhadap apa yang ada pada orang lain, menghalang diri dari menyakiti orang lain. Dan jika Allah ta'ala mengkehendaki keburukan atau kejahatan maka yang berlaku ialah disebaliknya. Disebut dalam sebuah atsar, من عمل بما علم أورثه الله علم ما لم يعلم “Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang telah ia ketahui maka Allah akan mewariskan (mengajarkan) kepadanya ilmu yang belum ia ketahui” Yakni dalam bentuk taufik bimbingan terhadap amalan. وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِين (٦٩) Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al Ankabut : 69) 1 Tenang dan tenteram jiwanya iaitu tiada ketakutan dan tiada bersedih hati hasil anugerah Allah ta’ala kerana keimanan yang ada dalam hati. هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ( الفتح : ٤ ) (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (Al Fath : 4) وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢﴾ (الأحزاب:٢٢) Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (Al Ahzab: 23) أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ .الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (يونس:٦٢-٦٣) Ingatlah sesungguhnya para penolong agama Allah tiada ketakutan atas mereka dan tiada lah mereka bersedih hati , orang-orang yang beriman dan adalah mereka bertaqwa (Yunus : 62-63) 8. Bersedia menghadapi kematian. إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠﴾ نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۖ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ ﴿٣١) Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".(30) Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.(31) (Fussilat : 30-31) وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ (٩٩) (الحجر:٩٩) Dan sembahlah Rabbmu sampai datang kepadamu yang diyakini (iaitu ajal kematian) (Al Hijr : 99) يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾(الفجر:٢٧-٣٠) Hai jiwa yang tenang ( 27 ) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. ( 28 ) Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, ( 29 ) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! ( 30 ) (Al Fajr: 27-30) Justeru, beristiqamahlah! حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ‎ ﴿آل عمران: ١٧٣﴾‏ Sufficient for us is Allah, and [He is] the best Disposer of affairs. (Ali ‘Imran: 173) ABi
    0 Comments 0 Shares 31 Views
  • ☆Tadabbur Kalamullah 6 Rabiul Awwal 1446H☆

    یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ

    "Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168]

    #Makanan, minuman dan hasil nafkah dari yang haram sangat berpengaruh dalam kehidupan seorang muslim, bahkan untuk kehidupan akhiratnya setelah kematian.

    #Makanan halal berhubung kait dengan kemakbulan doa.

    #Nabi saw berkata kepada Sayidina Sa’ad r.a:

    أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة

    "Perbaikilah makananmu, maka doamu akan mustajab" (HR at-Thabrani)

    #Daripada Imam Wahb bin Munabbih rahimahullah berkata:

    من سرَّه أنْ يستجيب الله دعوته، فليُطِب طُعمته

    "Siapa yang bahagia doanya dikabulkan oleh Allah, maka perbaikilah makanannya".

    #Beliau (Imam Wahb bin Munabbih) berkata lagi:

    العملُ الصالحُ يبلغ الدعاء، ثم تلا قوله تعالى: إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُه

    "Amalan soleh akan memudahkan tersampainya (terkabulnya) doa. Lalu beliau membaca firman Allah swt: "KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh menaikkanNya" [Surah Fathir 10]

    #Berkata Imam Sahl bin ‘Abdillah rahimahullah:

    من أكل الحلال أربعين يوماً  أُجيبَت دعوتُه

    "Barangsiapa memakan makanan halal selama 40 hari, maka doanya akan mudah dikabulkan".

    #Imam Yusuf bin Asbath rahimahullah berkata:

    بلغنا أنَّ دعاءَ العبد يحبس عن السماوات بسوءِ المطعم

    "Telah sampai pada kami bahawa doa seorang hamba tertahan di langit kerana sebab makanan haram yang ia makan"

    #Daripada Sayidina Umar r.a, ia berkata:

    بالورع عما حرَّم الله يقبلُ الله الدعاء والتسبيحَ

    "Dengan sikap warak (hati-hati) terhadap larangan Allah, Dia akan mudah mengabulkan doa dan memperkenankan tasbih (zikir subhanallah)".

    #Sebahagian salaf berkata:

    لا تستبطئ الإجابة، وقد سددتَ طرقها بالمعاص

    “Janganlah engkau memperlambatkan terkabulnya doa dengan engkau menempuh jalan maksiat" (Lihat: Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, Ibnu Rajab al-Hambali)

    ♡Betapa pentingnya makanan halal dalam urusan ibadah seorang hamba kepada TuhanNya samada diterima atau ditolak. Begitu juga, betapa bahayanya makan makanan haram sehingga mempengaruhi doa dan amalan kebaikan bahkan di akhirat kelak beroleh seksaan yang dahsyat dan azab yang mengerikan. Pastikan segalanya halal dalam kehidupan kita!!♡

    Ust naim
    Klik link ini untuk join:
    http://bit.ly/tadabburkalamullah

    Facebook:   
    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    ☆Tadabbur Kalamullah 6 Rabiul Awwal 1446H☆ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ "Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168] #Makanan, minuman dan hasil nafkah dari yang haram sangat berpengaruh dalam kehidupan seorang muslim, bahkan untuk kehidupan akhiratnya setelah kematian. #Makanan halal berhubung kait dengan kemakbulan doa. #Nabi saw berkata kepada Sayidina Sa’ad r.a: أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة "Perbaikilah makananmu, maka doamu akan mustajab" (HR at-Thabrani) #Daripada Imam Wahb bin Munabbih rahimahullah berkata: من سرَّه أنْ يستجيب الله دعوته، فليُطِب طُعمته "Siapa yang bahagia doanya dikabulkan oleh Allah, maka perbaikilah makanannya". #Beliau (Imam Wahb bin Munabbih) berkata lagi: العملُ الصالحُ يبلغ الدعاء، ثم تلا قوله تعالى: إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُه "Amalan soleh akan memudahkan tersampainya (terkabulnya) doa. Lalu beliau membaca firman Allah swt: "KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh menaikkanNya" [Surah Fathir 10] #Berkata Imam Sahl bin ‘Abdillah rahimahullah: من أكل الحلال أربعين يوماً  أُجيبَت دعوتُه "Barangsiapa memakan makanan halal selama 40 hari, maka doanya akan mudah dikabulkan". #Imam Yusuf bin Asbath rahimahullah berkata: بلغنا أنَّ دعاءَ العبد يحبس عن السماوات بسوءِ المطعم "Telah sampai pada kami bahawa doa seorang hamba tertahan di langit kerana sebab makanan haram yang ia makan" #Daripada Sayidina Umar r.a, ia berkata: بالورع عما حرَّم الله يقبلُ الله الدعاء والتسبيحَ "Dengan sikap warak (hati-hati) terhadap larangan Allah, Dia akan mudah mengabulkan doa dan memperkenankan tasbih (zikir subhanallah)". #Sebahagian salaf berkata: لا تستبطئ الإجابة، وقد سددتَ طرقها بالمعاص “Janganlah engkau memperlambatkan terkabulnya doa dengan engkau menempuh jalan maksiat" (Lihat: Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, Ibnu Rajab al-Hambali) ♡Betapa pentingnya makanan halal dalam urusan ibadah seorang hamba kepada TuhanNya samada diterima atau ditolak. Begitu juga, betapa bahayanya makan makanan haram sehingga mempengaruhi doa dan amalan kebaikan bahkan di akhirat kelak beroleh seksaan yang dahsyat dan azab yang mengerikan. Pastikan segalanya halal dalam kehidupan kita!!♡ 🐊Ust naim Klik link ini untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah Facebook:    https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
    BIT.LY
    Tadabbur Kalamullah
    Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
    0 Comments 0 Shares 19 Views
  • 0 Comments 0 Shares 44 Views 0
More Stories
Chatbox

Join the group to join the chatbox